Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 5 hari yang lalu

~Duduk dengan ulama akan jadi mulia**
 Posted on Rabu, 28 April 2004 @ 9:50:31oleh Engku_Salina
Tazkirah simple_shida menulis BANYAK hadis Rasulullah yang memperkatakan mengenai kelebihan ilmu, panduan hidup dan kepentingan takwa serta iman di dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah: “Seorang bijak berkata, siapa yang mengetahui kebodohan dirinya, ia pun tidak akan mengurus kebodohan orang lain”

"Siapa yang tidak memakai baju takwa, ia pun tidak boleh menutupi dirinya dengan sesuatu apa pun”. “Siapa yang reda dengan rezeki Allah, dia pun tidak akan bersedih atas apa yang ada di tangan orang lain”.

“Siapa yang menghunus pedang kezaliman, ia akan terpotong dengannya”.

“Siapa yang menggali telaga untuk menjerumuskan saudaranya, ia akan terjerumus di dalamnya”.

“Siapa yang menyingkap tabir orang lain, ia pun tersingkap auratnya”.

“Siapa yang melupakan kesalahan dirinya, ia akan menganggap besar kesalahan orang lain”.

“Siapa yang memaksa diri dalam pelbagai urusan, ia bakal binasa”.

“Siapa yang mencukupkan diri dengan akalnya sendiri, ia bakal tergelincir.

“Siapa yang menyombong diri terhadap orang lain, ia akan menjadi hina”.

“Siapa yang terlalu mendalami sesuatu pekerjaan, ia akan jemu”.

“Siapa yang membanggakan diri kepada orang lain, ia akan menjadi rendah.

“Dan siapa yang memperbodohkan mereka, ia akan dimaki”.

“Siapa yang bergaul dengan orang yang rendah, ia akan menjadi hina”.

“Siapa yang duduk dengan ulama, ia akan menjadi mulia”.

“Siapa yang memasuki tempat yang buruk, ia akan tertuduh”.

“Dan siapa yang meremehkan agama, ia bakal terperosok”.

“Siapa yang merampas harta orang lain, ia akan menjadi miskin”.

“Siapa yang mengharap akibat yang baik, ia akan bersabar”.

“Siapa yang tidak mengetahui tempat pijakan kakinya, ia bakal berjalan dalam penyesalan”.

“Siapa yang takut kepada Allah, ia akan beruntung”.

“Siapa yang tidak berpengalaman, ia akan mudah tertipu”.

“Siapa yang melawan orang yang benar, ia akan kalah”.

“Dan siapa yang menanggung apa yang tidak sanggup diperbuatnya, ia akan tidak berdaya”.

“Siapa yang mengetahui ajalnya, maka pendek harapannya”.

“Siapa yang mengikut kebodohan, ia akan meninggalkan jalan keadilan”.

“Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah”.

Dikatakan orang bahawa pajak orang Muslim adalah bayaran sewa rumahnya, pembebasan dirinya adalah dengan melunasi hutangnya, kehinaan dirinya adalah hutangnya dan seksa yang dirasakannya adalah keburukan perilaku isterinya.

Seorang bijak juga berkata bahawa berjumpa dengan saudara dapat mengembangkan akal.

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asya'hari bahawa Nabi SAW bersabda: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti Utrujjah, baunya harum dan rasanya sedap. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran bagaikan kurma yang rasanya sedap dan tidak ada baunya. Perumpamaan orang durjana yang membaca al-Quran seperti tanaman Raihan yang baunya harum dan rasanya pahit. Perumpamaan orang durjana yang tidak membaca al-Quran sebagaimana handholah yang rasanya pahit dan tidak ada bau”.

Utrujjah ialah manisan penduduk Hijaz yang rasanya rasanya sedap, baunya harum dan manis bila dimakan.

 

  Tazkirah


Komen


"~Duduk dengan ulama akan jadi mulia**" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116483 saat. Lajunya....