Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 90
Ahli: 0
Jumlah: 90




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 14 hari yang lalu
sadiqah: 18 hari yang lalu

Kata-kata Nabi Muhammad jadi peribahasa
 Posted on Rabu, 28 April 2004 @ 9:48:58oleh Engku_Salina
Tazkirah simple_shida menulis IBNU Abbas menegaskan tidaklah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw mengenai perkataan yang diucapkannya melainkan ia menjadi peribahasa.

Antaranya ialah sabda Nabi yang bermaksud: “Orang mukmin itu tidak disengat dua kali dari satu lubang”.

“Orang yang berkuasa ialah yang boleh mengalahkan nafsunya”.

“Sekarang peperangan menjadi sengit”.

“Khabar itu tidak seperti melihat sendiri”.

“Orang yang hadir melihat apa yang tidak dilihat oleh orang yang tidak hadir”.

“Pemberi minum manusia adalah mereka yang terakhir minum”.

“Andai kata sebuah gunung berbuat zalim kepada sebuah gunung lainnya nescaya Allah Taala sudah menghancurkannya”.

“Perang itu membolehkan tipu daya”.

“Mulai dengan diri kamu, kemudian orang yang menjadi tanggungan kamu”.

“Bencana itu tergantung pada ucapan”.

“Orang Muslim adalah cermin orang Muslim”.

“Manusia itu sama seperti gigi-gigi sikat”.

“Kekayaan yang hakiki adalah kaya jiwa”.

“Meninggalkan kejahatan adalah sedekah”.

“Pemimpin orang adalah pelayan mereka”.

“Sesungguhnya daripada syair itu ada hikmah dan sesungguhnya daripada kata-kata yang indah ada daya pesona”.

“Niat orang mukmin itu lebih baik daripada amalnya”.

“Kasihanilah makhluk yang ada di bumi, nescaya kamu dikasihani oleh Tuhan yang menguasai langit”.

“Penasihat itu diserahkan amanat”.

“Selesaikan keperluan kamu dengan merahsiakannya”.

“Siapa yang tidak menyayangi, dia pun tidak disayang”.

“Orang yang menarik kembali pemberiannya seperti orang yang memakan kembali muntahnya”.

“Orang yang menunjukkan kebaikan adalah seperti yang melakukannya”.

“Cintamu kepada sesuatu menjadikan buta dan tuli”.

“Setiap perbuatan yang makruf adalah sedekah”.

“Menunda pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah kezaliman”.

“Perjalanan itu sebahagian daripada seksaan”.

“Orang mukmin mengikuti syarat mereka”.

“Manusia itu menurut asal-usulnya seperti asal-usul (sumber) emas dan perak. Yang baik daripada mereka pada zaman jahiliah adalah yang baik di antara mereka dalam Islam apabila mereka memahami agama”.

“Kezaliman itu menjadi kegelapan pada Hari Kiamat”.

“Hati manusia diciptakan untuk mencintai siapa yang berbuat baik kepadanya dan membenci siapa yang berbuat buruk kepadanya”.

“Tidaklah mensyukuri Allah sesiapa yang tidak mensyukuri Allah dan sesiapa yang tidak mensyukuri manusia”.

“Keadilan raja mengekalkan kerajaannya”. Ia bermaksud kerajaan penguasa yang adil akan tetap berlangsung meskipun ia seorang kafir, sedangkan kerajaan orang yang bodoh tidak akan bertahan lama, meskipun ia seorang Muslim.

 

  Tazkirah


Komen


"Kata-kata Nabi Muhammad jadi peribahasa" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115378 saat. Lajunya....