Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu

7 Resepi Tercapai Azam
 Posted on Khamis, 22 April 2004 @ 10:19:56oleh Engku_Salina
Umum SrikandiSejati menulis Untuk memudahkan azam tercapai, kunci kejayaan membaiki diri dan mengubah sikap perlu ada.

Azam yang baik perlukan 'sebab' untuk membuat perubahan. Tanpa 'sebab' yang kukuh untuk berubah, maka seseorang itu tidak terpanggil untuk mengubah nasib dan keadaannya.

1. TINGGI HEMAH DAN CITA-CITA
- Azam yang baik perlukan 'sebab' untuk membuat perubahan. Tanpa 'sebab' yang kukuh untuk berubah, maka seseorang itu tidak terpanggil untuk mengubah nasib dan keadaannya. 'Sebab' untuk membuat perubahan ini lahir daripada ilmu dan kesedaran tentang apa yang lebih baik dan utama yang perlu dicapai atau dimiliki agar hidup lebih bermakna.

2. NIAT, IKRAR DAN JANJI
- Azam adalah kerja pengukuhan di dalam hati, bukan lisan. Oleh itu ia ada kaitan dengan niat. Niat adalah penting kerana ia menyatakan dengan jelas hala tuju atau arah tindakan yang bakal diambil. Niat boleh diperteguhkan lagi dengan membuat ikrar dan janji dengan diri sendiri.

3. TEGUH PENDIRIAN
- jangan was-was akan kemampuan diri untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Pendirian boleh diteguhkan dengan berbaik sangka dengan Allah. Sangka baiklah bahawa Allah akan memberi kejayaan. Jika kita bersangka buruk akan digagalkan, maka dikhuatiri Allah datangkan kegagalan itu. Selepas sangka baik dengan Allah s.w.t, azam perlu dilapik dengan tawakkal yakni berserah kepada Allah. jangan bergantung harap kepada selain Allah, termasuk kepada usaha, ikhtiar yang kita lakukan.

4. KUAT KEMAHUAN
- Setelah keputusan dan perjanjian dengan diri telah dibuat, seseorang perlu nekad dan tekad. Spy dengan itu tidak ada rasa pts asa dr rahmat Allah. Hati perlu dipupuk agar seimbang rasa takut dan rasa harap terhadap rahmat Allah. Agar dengan itu lahir dorongan kemahuan yang kuat dalam hati untuk berusaha ikhtiar. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

5. SABAR DAN TABAH
- Kesabaran dan ketabahan hati amat diperlukan ketika mengambil tindakan membuat perubahan. Meninggalkna tabiat dan kebiasaan yang buruk misalnya, bukan suatu yang mudah. Hati perlu sabar dan tabah menanggung kesusahan dan kepayahan. Begitu juga ketika melatih diri bermujahadah agar tetap berterusan dalam ketaatan dan kebaikan. Kesulitan juga dialami untuk menutup pintu-pintu godaan dan rangsangan ke arah kejahatan.

6. BERTINDAK MEMBUAT PERUBAHAN
- Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah dengan memperbaharui taubat dan penyesalan, meninggalkan sikap dan perbuatan yang ingin dikikis. Adakala seseorang yang berazam membuat perubahan diri dan kehidupan harus melakukan 'hijrah'. Kadang kala seseorang itu perlu mengasingkan dirinya daripada pergaulan untuk membina penghidupan baru.

7. SOKONGAN DAN BANTUAN
- Mendapat bantuan dan sokongan terutamanya daripada Allah(hidayah dan taufik). Begitu juga dengan didikan dan bimbingan guru dan pendidik. Pengaruh kawan, pasangan hidup dan pergaulan juga memberi saham kepada jaya dan gagalnya suatu azam itu.Berusaha ikhtiar juga perlu dilapik dengan doa dan mengetuk pintu-pintu berkat. Maksudnya melakukan amalan yang boleh mendatangkan keberkatan dengan diniatkan agar Allah permudahkan usaha untuk membuat perubahan. Misalnya, memasang niat demikian sambil memberi sedekah.

 

  Umum


Komen


"7 Resepi Tercapai Azam" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120094 saat. Lajunya....