Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 6 hari yang lalu

SUPER POWER VS POLIS DUNIA
 Posted on Sabtu, 10 April 2004 @ 21:13:28oleh Hanan
Berita samirah menulis Rencana: Pasca Dua Tahun Tragedi 11 September

Dua tahun yang lalu, pada tarikh 11 September merupakan detik paling mustahak kepada sejarah Amerika Syarikat yang mengaku sebagai 'Super
Power' dan 'Polis Dunia'diranapkan hanya menerusi serangan bersifat 'kamikaze' ke atas WTC dan Pentagon. Kesannya Amerika melabelkan serangan tersebut sebagai tindakan keganasan yang dilakukan oleh Umat Islam, walaupun sehingga penyiasatan reda tiada bukti yang kukuh dilakukan oleh umat Islam.

Presiden Amerika, George W. Bush di dalam kenyataannya ketika itu secara melulu menuduh dalang yang bertanggung jawab ke atas serangan
tersebut adalah Osama Bin Laden,seorang Jutawan berbangsa Arab yang memiliki pengaruh yang kuat yang ketika itu sedang berada diAfghanistan, berilmu serta warak. Namun dalam masa yang sama, Osama menafikan keterlibatan beliau serta menyangkal tuduhan tersebut.

Media barat menjadikan isu tersebut untuk menghentam Islam. Minoriti umat Islam yang tinggal di Barat hidup dalam ketakutan., terutama
bangsa Arab. Lantaran kebencian yang membuak-buak mereka menyenaraikan negara-negara pengganas dan nama-nama pengganas untuk
diperangi. Yang peliknya, majoriti pengganas adalah umat Islam. Rupa-rupanya sama ada sedar atau tidak, Amerika menjadikan ianya sebagai
umpan untuk menyerang Afghanistan, sebuah negara mundur yang majoritinya umat Islam tetapi pernah mencipta sejarah besar menumbangkan blok komunis (soviet Union) pada 1989 melalui gabungan mujahidin. Walaupun dalam kenyataan Bush, serangan itu bertujuan memerangi keganasan sekaligus untuk membunuh Osama Bin Laden tetapi saya secara peribadi merasakan tujuan Amerika lebih memihak untuk menguasai minyak dan gas asli di mana dianggarkan bahawa Afghanistan mempunyai 270 bilion tong minyak, iaitu lebih kurang 20% daripada simpanan minyak dunia serta 665 kaki padu gas asli iaitu hampir 1/8
simpanan gas asli dunia. Kenapa saya berkata demikian? Jika benarlah Bush ingin membunuh Osama, rasanya dengan kecanggihan yang mereka
miliki sudah amat memadai tanpa menurunkan bala tentera yang ramai serta kos peperangan yang besar. Cukup sebagaimana lakonan dari
Holywood diterjemahkan umpamanya menghantar seorang komando yang berperwatakan seperti Arnold atau menggunakan kecanggihan satelit
pengesan dan bom jarak jauh tercanggih. Akhirnya Amerika mengumumkan berjaya menawan Afghanistan dan Hamid Khardzai dijadikan boneka
memimpin Afghanistan.

Pasca serangan Amerika ke atas Afghanistan, Iraq dijadikan medan 'ujikaji persenjataan' seterusnya. Mengapa perlu Iraq? Kenapa tidak negara lain? Alasan yang digunakan kerana Iraq mempunyai
simpanan senjata nuklear, kimia dan biologi dan ianya melanggar ketetapan persenjataan antarabangsa. Kenapa tidak Korea atau Cuba
yang juga khabarnya turut mempunyai senjata tersebut? Pertama kerana Iraq adalah negara umat Islam (walaupun majoriti penduduknya adalah
bermazhab Syiah), kedua kerana ini adalah siri peperangan akidah,ketiga kerana Iraq ada telaga minyak kedua terbesar di dunia keempat kerana Iraq adalah musuh tradisi keluarga Bush dan kelima kerana untuk mencapai misi negara Israel-Raya, dari lembangan Furat ke Lembah Nil.

Atas alasan tersebut maka PBB pun bersidang (sebenarnya berlakon). Wakil pemeriksa dihantar ke Iraq bagi membuktikan bahawa Iraq sememangnya telah melanggar ketetapan persenjataan dunia. Namun, tiada sebarang bukti ditemui. Amerika tetap berkeras. Bajet peperangan yang sangat besar telah disediakan. Akhirnya, berlakulah peperangan yang menyaksikan umat Islam di Iraq sebagai mangsa. Iraq jatuh ketangan Amerika dan Saddam Hussin hilang entah ke mana. Ada berita yang mengatakan Saddam ke Rusia, bersembunyi. Namun, bukanlah persoalan pemimpin bacul seperti Saddam itu yang mahu diketengahkan,tetapi apa yang mahu disebut bahawa agenda serangan pasca 11 September adalah rangkaian misi 'New World Orde' yang digagaskan semenjak pentadbiran Bapa Bush.

Selepas kejatuhan Soviet kepada kuasa kerdil Afghanistan, Amerika menjadi kuasa besar tunggal. Pada 1990 Iraq melancarkan serangan
terhadap Kuwait (sebenarnya kesan konspirasi politik Amerika terhadap pengapian isu persempadanan Iraq-Kuwait) yang kemudiannya
membuka peluang Amerika serta sekutunya menghantar bala tentera untuk meranapkan Iraq pada Perang Teluk 1991. Ketika itu Arab Saudi
pun turut membuka laluan kepada Amerika.

Selepas berakhirnya Perang Teluk dan Bush bapa berundur dari arena politik Amerika dengan digantikan oleh Bill Clinton, Amerika seakan-akan tidak menemui alasan untuk terus berperang dengan Umat Islam sehinggalah tragedi 11 September 2001. Dan terbukti pemimpin Amerika
yang menggantikan Bill Clinton adalah anak Bush sendiri. Agenda Zionis akan diteruskan dengan Presiden Amerika sebagai kepala 'goyim'. Mana mungkin tradisi Amerika sebagai 'pembuli' terencat kesan pimpinan Clinton yang hanya lebih mesra ber'asmara'di Rumah Putih.

Saya sendiri sangat tidak faham dengan politik negara-negara Arab.Setahu saya, negara-negara Arab hanya mengamalkan dua bentuk pentadbiran iaitu menerusi 'mamlakah' kerajaan beraja (contoh: Arab Saudi, Jordan, Qatar dll) dan sistem presiden yang bersifat diktator (contoh: Mesir, Syria, Lubnan). Dengan penguasaan Amerika di Iraq pastinya akan berlaku perubahan yang ketara dalam sistem politik timur tengah. Ini kerana Amerika memperkenalkan demokrasi yang kemungkinan besar akan menjadi gelombang kebangkitan kesedaran politik bangsa Arab. Walaupun begitu, tiada sebuah pun negara Arab yang benar-benar berperanan menghalang penyerangan Amerika terhadap Iraq.
Liga Arab yang bersidang juga tidak menemukan apa-apa resolusi yang memberangsangkan. Mungkin kerana masing-masing hanya ingin
menjaga kepentingan diri, lantas membiarkan Iraq menjadi mangsa.

Setelah kejatuhan Afghanistan Iraq juga menerima nasib yang serupa.Kemasukan budaya barat ke gerbang sosial umat Islam menjadi kejutan budaya yang merunsingkan. Amerika menerbangkan filem-filem lucah mereka masuk ke Afghanistan dan Iraq demi melalaikan umat Islam,terutama generasi muda. Jika dahulu, wayang hanya menyiarkan filem-filem yang masih menjaga adab, setelah 'penjajahan' Amerika filem-filem lucah diberitakan membanjiri Baghdad. Majalah-majalah erotis yang memaparkan model-model bogel bersepah di sepanjang jalan di Baghdad. Malah lebih menyedihkan apabila mendapat sambutan baik masyarakat Iraq. Jika dulu semasa Rejim Saddam memerintah, semuanya terkawal; setelah tumbangnya patung Saddam adalah masa kebebasan mutlak. Namun, umat Islam yang teguh iman masih meneruskan penentangan demi penentangan.

Betullah, siri peperangan salib tidak akan berakhir. Apakah kalian menyangka bahawa Yahudi dan Nasrani akan meredhai umat Islam? Sedangkan di dalam al-Quran telah disebutkan dengan jelas. Peluang menguasai Iraq dan Afghanistan adalah keuntungan yang sangat besar kepada Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya Amerika tidak lagi perlu bergantung kepada Arab Saudi untuk mendapatkan bekalan minyak dan gas. Berpengkalan di Iraq juga memungkinkan lebih mudah Amerika menyalurkan apa-apa bantuan kepada Israel. Misi Israel belum usai.

Selagi umat Islam tidak bersatu, usah harap kita akan mampu menentang kafir laknatullah itu. Buktinya sudah ada di depan mata, nampaknya pasca 11 September 2001 adalah detik penerusan agenda 'New World Orde' yang belum usai. Apakah kita hanya akan menjadi penonton kepada drama dunia baru?

Apa yang pasti, selagi tidak ada perubahan sistem politik umat Islam kembali kepada sistem Islam yang hakiki... selagi itulah kita akan terus menjadi mangsa. Apakah kalian sedar? - TAMAT

Kata-kata Pujangga: "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah
mereka itu?"

 

  Berita


Komen


"SUPER POWER VS POLIS DUNIA" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.161907 saat. Lajunya....