Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 148
Ahli: 0
Jumlah: 148




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 16 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Wadah Wanita Islam: Membezakan sesama umat bawa kehancuran kaum
 Posted on Jumaat, 09 April 2004 @ 13:07:41oleh Engku_Salina
Tazkirah shafawi78 menulis Oleh Prof Madya Maznah Daud

UNGKAPAN ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’ sememangnya tidak asing kepada kita. Ia memberi gambaran betapa sukarnya untuk kita cuba mewujudkan perpaduan di kalangan umat kerana manusia dicipta dengan pelbagai ragam serta budaya.

Namun, perkara itu bukanlah mustahil. Sejarah membuktikan bahawa Rasulullah berjaya menyatupadukan pelbagai etnik di Madinah dalam masa singkat.

Allah mengajak kita kembali kepada perkara pokok iaitu asal kejadian diri. Manusia dijadikan Allah hasil perkahwinan ayah dan ibu.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita serta menjadikan kamu berbilang bangsa dan suku supaya kamu saling kenal mengenal.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Ayat itu menjelaskan bahawa Pencipta kita adalah satu dan kita dilahirkan menerusi perkahwinan ayah dan ibu. Oleh kerana kita dicipta oleh Tuhan yang esa serta daripada ayah dan ibu yang satu, mengapa harus wujud perbezaan sesama kita hingga ada kalanya tidak boleh duduk bersama?

Asas pertama untuk mewujudkan perpaduan dan kasih sayang ialah kefahaman bahawa semua manusia tidak kira bangsa, jantina, pangkat, warna kulit, bahasa pertuturan, atau adat resam, adalah sama taraf, hak dan tanggungjawab di sisi-Nya. Tidak ada pihak atau puak yang lebih istimewa daripada yang lain.

Rasulullah saw pernah memberi amaran bahawa sikap membeza-bezakan antara satu golongan dengan lain adalah punca kehancuran sesuatu kaum.

Dalam hadisnya, baginda bersabda: “Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu ialah apabila orang atasan mencuri mereka membiarkannya (tidak dihukum). Tetapi apabila orang bawahan mencuri mereka menghukumnya. Demi Allah sekiranya terbukti Fatimah anak perempuan Muhammad mencuri, pasti akan aku potong tangannya.”

Asas kedua yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam mewujudkan perpaduan ialah menjadikan kasih sayang sesama saudara sebagai pengukur kepada iman seseorang.

Sabda baginda bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi diri sendiri.”

Contohnya, katakan seorang lelaki ingin mencari pasangan hidup, adakah dia mahu mengahwini perempuan yang dinodai lelaki lain? Sudah tentu dia tidak suka.

Jika dia sendiri tidak suka, dia pasti tahu lelaki lain juga begitu kerana mereka adalah saudaranya juga. Lantaran itu, dia tidak akan mencabuli maruah wanita yang bukan isterinya atau yang tidak mahu dikahwininya.

Kita tidak suka dicerca dan dihina di khalayak ramai. Sebagaimana kita, orang lain begitu juga. Maka, janganlah kita sekali-kali mencerca dan menghina mereka meskipun kita mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Jika sanggup melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak suka perkara itu dilakukan terhadap diri sendiri, itu tandanya kita tidak kasih kepada saudara kita. Ia menunjukkan tanda kedaifan iman di hati kita.

Cuba kita bayangkan apabila semua orang berfikir mengenai kepentingan orang lain sama seperti mereka berfikir mengenai kepentingan diri sendiri; memberi kepada mereka apa yang dia suka menerimanya; tidak bermasam muka, tidak menuduh orang lain tanpa bukti dan usul periksa.

Jika perkara sebegini berlaku, pasti tidak berlaku perkara yang tidak diingini dalam masyarakat seperti mencuri, merompak, menipu, merogol, memfitnah dan rasuah.

Asas ketiga dalam mewujudkan perpaduan ialah mengembalikan segala pertikaian dan perselisihan pandangan kepada Allah dan Sunnah rasul. Kita sering diperdengarkan firman Allah yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul, dan ulil amri (pemerintah) antara kamu...” (Surah an-Nisaa’, ayat 58).

Sambungan ayat itu jarang sekali ditekankan. Sambungan ayat itulah yang sebenarnya menjadi teras kepada perpaduan dan kemakmuran sesebuah masyarakat. Sambungannya adalah: “... Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikan ia kepada Allah (al-Quran) dan rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik kesudahannya.” (Surah an-Nisaa’, ayat 59).

Kembali kepada ungkapan ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’, penyelesaian muktamad ialah dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah sendiri kerana kedua-duanya pusaka yang ditinggalkan Nabi kepada umatnya.

Kesimpulannya, bagi memupuk perpaduan dan kasih sayang di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan budaya, tiga perkara mesti dipegang iaitu menerima hakikat semua manusia adalah bersaudara; meletakkan kepentingan saudara sekurang-kurangnya sejajar dengan kepentingan kita sendiri; serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah.

PENULIS adalah pensyarah Syariah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan boleh dihubungi dengan mengakses e-mel [email protected]

 

  Tazkirah


Komen


"Wadah Wanita Islam: Membezakan sesama umat bawa kehancuran kaum" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.326296 saat. Lajunya....