Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

Dari Sahabat Untuk Sahabat
 Posted on Selasa, 06 April 2004 @ 12:54:31oleh Hanan
Tazkirah mahadir menulis Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus
mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.
Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri
tidak semestinya bagus dan betul.

3. jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org
terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau
kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat &
hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti
rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba
lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri
kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka belagak dan sombong, atau
menghentak hentakkan kaki dan barang bila kita membuat
kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup
kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat.
Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir
kesannya kepada sahabat.

9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia
sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah
mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan
terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita
tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri
peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu
berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat
perhubungan dengan insan lain.

11. Jika salah seorang marah, beri peluang dia
melepaskan amarah di hati.jangan dibalas, berdiam &
tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan
kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat
setiap org ada lautan hati yang pasang surut.

12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan
diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih
baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain
dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e.
kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri
tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur
dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu,
sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai
menjaga hati org lain, begitulah sebaliknya org lain
akan lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya.

Cuba periksa diri kita, adakah hari ini kita merupakan
sahabat yang baik untuk sahabat kita. Atau hari ini
kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri
dari kita? Tepuk dada tanya selera........

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia
akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh
air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk
menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

 

  Tazkirah


Komen


"Dari Sahabat Untuk Sahabat" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117694 saat. Lajunya....