Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 100
Ahli: 0
Jumlah: 100




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu

Manis Tutur Kata!
 Posted on Isnin, 05 April 2004 @ 12:53:16oleh Hanan
Tazkirah amirul_mukminin2x menulis Assalamualaikum!Mengenai manis tutur kata pula merupakan satu perkara yang tidak kurang pentingnya, kalaupun tidak lebih penting dari yang lain. Perkataan para pendakwah merupakan alat penghubung antaranya dengan orang ramai, ia
juga merupakan alat untuk m'yampaikan sesuatu maksud dan fikrah, oleh itu kiranya para pendakwah dapat memelihara lidahnya, menguasai percakapannya, berupaya untuk memilih perkataan-perkataan yang baik-baik
dan susunan kata yang indah, bererti beliau telah mampu menarik hati orang ramai dan sekaligus beliau berjaya menyelam masuk ke dalam hati
dan diri mereka.

Tetapi sebaliknya jika beliau tidak mampu berbuat demikian, malah tidak
mengambil endah terhadap apa yang keluar dan celah kedua bibirnya, bererti beliau telah membina sendiri benteng yang memisahkannya dengan orang ramai, benteng yang tidak mudah untuk ditembusi, malah dengan itu menjadikannya dicela, dibenci, dijauhi dan tidak dimesrai oleh orang ramai.

Di antara firman Allah yang berhubung dengan permasalahan ini ialah
firman-firman Allah berikut:

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."

"Dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia."

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang
diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah
Maha Kaya lagi Maha Penyantun."

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan
katakanlah perkataan yang benar."

"Dan mereka diberi pertunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjukki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji."

"Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik."

"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang
lemah-lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut."

 

  Tazkirah


Komen


"Manis Tutur Kata!" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14001 saat. Lajunya....