Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 39 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ~MERDEKA!!betul ke kita ni merdeka??~


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ~MERDEKA!!betul ke kita ni merdeka??~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~MERDEKA!!betul ke kita ni merdeka??~

tuyup
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-08-04 08:57


...
x lama lg negara kite malaysia akn menyambut kemerdekaan..bersama2 lah kite bersyukur atas kebesan negara kite dr belenggu penjajah..
tp adakah sambutannya melambangkan kite masih merdeka sb masih ada unsur barat yg menguasai diri muda-mudi sekarang..
cth..kite akn tgk bagaimana sambutan hari kemerdekaan nanti...adakah itu betul utk meraikan dengan konsert yg ntahapahantah yg menggambarkan negara kite merdeka tp jiwa kita?adakah kite sudah merdeka?
fikirkanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tuyupProfil   Hantar PM kepada tuyup   Pergi ke tuyup's Website   Quote dan BalasQuote

hafezad
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10415
Posting: 12
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-04 09:59




Diharap semua teman pembaca berada dalam rahmat Allah, Sebagaimana yang dijelaskan oleh saudaraTuyup dalam memperihalkan kemerdekaan. Memang kita tidak dapat menafikan bahawa negara kita telah mencapai kemerdekaan semenjak ogos 1957 lagi namun hakikatnya, kemerdekaan yang hakiki masih belum kita kecapi sepenuhnya. Ini kerana saban waktu dan ketika kita tidak dapat tidak lari dalam arus penjajahan minda yang tersebar melalui pelbagai cara. Tapi yang pasti sebagai seorang muslim yang sejati kita seharusnya bertindak secara efektif untuk tidak terperangkap dalam arus penjajahan minda ini. Di sini penjajahan minda dapatlah saya takrifkan sebagai, membawa masuk benda baru yang bertentangan dengan syariat Islam, adat, budaya dan warisan hakiki masyarakat Malaysia yang dapat memencongkan pemikiran generasi kita. Sejarah telah membuktikan masyarakat kita telah terjajah semenjak kurun ke 15 lagi, dan kita seharusnya beringat dan setiasa berwaspada bahawa kita sebenarnya telah mengalami satu lagi penjajahan bentuk baru yang paling mengerikan iaitu penjajahan minda sekiranya hal ini tidak dapat di kawal nescaya pincanglah bangsa kita hancurlah agama kita....... Semoga kita semua dilindungi Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafezadProfil   Hantar PM kepada hafezad   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-08-04 19:39


entahlah susah nak jawab..sebab manusia la ni masih lagi terjajah dengan budaya penjajahnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 09:13


Rasa macam dah ada tajuk ni....cuba check dulu sebelum posting.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-08-04 16:43


....

Syukur kehadratMu Ya Allah kerana memberi hadiah keamanan kepada negara Malaysia!..Persoalanyer merdekakah kiter?..kalau ditanyer pada semua individu remaja mmg mereka akan menjawab"Malaysia sudah merdeka Beb!"..merdeka dari sudut zahir bukan merdeka dari sudut batin sahabatku!!..kiter masih lagi dijajah..bukan dengan senjata tetapi dengan cara pemikiran!!..anak2 muda sekarang dijajah dengan hiburan yang amat melalaikan dan melekakan!..tapi kiter tidak sedar dengan situasi nie!...merdeka hanya dari sudut material semata2 tidak memadai utk kiter membentuk negara yang berilmu dan berdaulat!...selagi perundangan islam tidak diikuti selagi itulah pelbagai masalah datang menimpa!

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 19-08-04 17:11


merdeka??? ntah mungkin kita merdeka suatu masa dulu saja tapi kini kita masih dijajah,tak payah pergi jauh tgk saja pada diri kita sendiri....kita lihat apa yg masih diri kita di jajah tak perlu lah diterang cuba renung dan pikirkan lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-04 11:53


ye betul....negara Malaysia sudah merdeka tapi...rakyat Malaysia...masih dijajah dengan pemikiran Barat dan budaya mereka...marilah kita sama-sama memerdekakan kembali rakyat Malayisa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 20-08-04 18:49




dlm majlis sambutan bulan kemerdekaan di ipoh, TPM mengajak rakyat m'sia utk memerdekakan diri drp semua bentuk penjajahan.. jiwa merdeka, semangat merdeka, minda merdeka.. tp utk sambutan hari kemerdekaan ni nanti krj sendiri yg anjurkan konsert2 hiburan, budaya yg dibawa drp pihak penjajah.. merdeka ker kita??

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-08-04 19:53


merdeka apa......kalau rasa tak merdeka..leh minta kemerdekaan ngan kerajaan...rasa boleh kot...

p/s:cintakan malaysia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 23-08-04 23:51


emmmm.............

merdeka ataupun tidak???? ita patut tanya diri kita sendiri...pada pandangan saya la kan....tak guna kalau negara kita ni merdeka tetapi pemikiran kita masih dijajah dengan anasir-anasir yang merosakan...tak guna kalau kita melaungkan kata-kata merdeka sekiranya kita tak bersyukur di atas kemerdekaannkita......yang paling penting sekali m,erdekakah kita ni sekiranya kita tiada hak untuk bersuara..kalau bersuara je kena tangkap.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

perantau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2938
Posting: 164

blank  


posticon Posting pada: 24-08-04 08:36


merdeka for me is the ability to voice out our opinions without fear of reprisal, to see justice for everyone (i.e punishment for anyone who is guilty and freedom for the innocent) and fair treatment towards everyone!
still pondering...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantauProfil   Hantar PM kepada perantau   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 03:27


Hayati kemerdekaan melalui kaca mata Islam

Wednesday, August 25 @ 16:44:48 MYT


Oleh Muhammad Yusri Amin
BULAN Ogos setiap tahun merupakan bulan penting dalam rekod Malaysia apabila negara menempa sejarah, mencapai kemerdekaan.

Ogos tahun ini, Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-47. Sambutan bulan kemerdekaan pula bermula 17 Ogos lalu yang dirayakan selama sebulan.

Pelancaran sambutannya dilakukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertempat di Ipoh, Perak. Manakala upacara perasmian penutupannya akan disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong di Kuching, Sarawak yang dijadualkan pada 16 September 2004.

Sesungguhnya, kemerdekaan yang dicapai negara bukan saja menuntut warganya mengisinya dengan pembangunan 'lumrah' bagi meneruskan tamadun bangsa. Bahkan pengisian perlu juga dilakukan dari sudut pembangunan insan.

Saidina Abu Bakar mengingatkan, "Wahai sekalian manusia! Kamu telah membaca ayat 105 surah Al-Maedah yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah dirimu di mana tidak membahayakan dirimu (oleh) kesesatan orang yang sesat, asalkan kamu memperolehi pertunjuk.’

"Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesunguhnya jika orang-orang yang melihat orang zalim berbuat kejahatan sedangkan mereka tidak mencegah dengan kemampuannya, maka sudah hampir Allah SWT akan menurunkan seksaan-Nya yang merata."

Umat yang 'merdeka' perlu membebaskan dirinya dari 'rupa bentuk' penjajahan, seterusnya mereka perlu 'memerdekakan dirinya' itu daripada musuh yang 'nyata' dan musuh yang 'tidak nyata' iaitu 'hawa nafsu' dan syaitan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW adalah 'sumber ilham' yang mesti diikuti dalam usaha melaksanakan pengisian kemerdekaan sebenar.

Rasulullah SAW sesungguhnya mampu membebaskan diri baginda daripada cengkaman 'kesyirikan' dalam masyarakatnya yang suatu masa hidup dalam kejahilan.

Baginda berjaya mengatasi cengkaman dan penyeksaan yang dialukan kufar Quraisy, bahkan Baginda berjaya memperjelaskan kebenaran daripada Allah SWT dengan perintah supaya berhijrah ke Madinah.

Pertukaran bentuk penyembahan dari menyembah berhala kepada peribadatan kepada Allah SWT pada masa itu merupakan kemerdekaan sebenar, bahkan meliputi urusan kehidupan duniawi.

'Kejayaan' dalam memperjuangkan kemerdekaan bukan hanya setakat pasrahnya bangsa Inggeris dan keluar dari Tanah Melayu, sedangkan dalam masa yang sama semangat penjajah masih dibiarkan.

Bangsa Melayu melakukan banyak gejala yang membawa kepada kesesatan dan kezaliman, hatta ada yang sanggup mengangkat perundangan yang dikanunkan penjajah Inggeris.

Dalam mengisi kemerdekaan negara, kerajaan perlu mengangkat dasar yang jelas bagi mengisi tradisi keilmuan.

Bagaimanapun di Kelantan dalam usaha mengekalkan martabat tradisi keilmuan, kerajaan negeri cuba menghindari acuan yang ditinggalkan penjajah Barat.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap di Majlis Graduan Institut Teknologi Darulnaim (ITD) di sebuah hotel di Kota Bharu tidak lama dulu, menegaskan bahawa penjajahan Barat telah meninggalkan kesan yang amat hebat dan dahsyat khususnya terhadap pemikiran umat Islam.

"Seluruh sistem pengetahuan dan hirarki ilmu pengetahuan telah diganggu dan diubah. Mereka telah memperkenalkan konsep baru di dalam pengetahuan iaitu konsep ‘pemisahan ilmu’.

"Doktrin ini telah berjaya diserapkan ke dalam pemikiran umat Islam sehingga timbulnya dua golongan ilmuan yang bukan saja berbeza dari segi ilmunya, malahan falsafah peribadi dan cara hidup mereka telah dipisahkan oleh jurang yang luas," katanya.

Beliau memberitahu hasil dari itu lahirlah golongan jurutera, doktor, akauntan dan professional lain yang 'tidak selari' dengan kehendak Islam.

Kita perlu mencontohi semangat yang ditunjukkan Rub'i bin Umair semasa menjawab pertanyaan Rustam Panglima Parsi semasa tercetus peperangan Al-Qadisiah.

"Allah SWT telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah SWT yang Maha Esa, dan kemerdekaan manusia, bahkan daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat, daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia ke-47, umat Islam perlu melihat diri mereka dalam usaha melakukan 'muhasabah' semula terhadap tahap pencapaian dalam perjuangan. Mereka perlu gigih dalam mengangkat syiar Islam.

Allah SWT berfirman, surah At-Taubah, ayat 29, bermaksud:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah SWT dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah SWT dan Rasul-Nya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara Ahli Kitab, kecuali mereka membayar 'jizyah' dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan".

Sesungguhnya, tanggungjawab kita sebagai muslim amat luas termasuk dalam persoalan menangani kemungkaran dan memenuhi keperluan berdakwah.

Allah SWT berfirman dalam surah As-Saba', ayat 28 bermaksud, "Kami tidak mengutus engkau Muhammad melainkan kepada sekalian umat manusia untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Sesungguhnya, tugas umat Islam masih banyak yang belum selesai terutama ‘memperjuangkan cita-cita Islam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara’

(Matlamat Perjuangan PAS, Bab Pertama, Fasal 2, Ceraian 2).

Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-47 ini, perhatian patut difokus kepada Allahyarham Prof Zulkifli Mohamad yang menegaskan bahawa 'kita adalah umat Islam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah SWT itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. - /mj/mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-08-04 09:13




majoriti dari posting yg dibaca.. kebanyakannya mengatakan minda kita masih dijajah.. so, how to solve it?

esok adalah 31 Ogos 2004.. iaitu ulangtahun ke 47thn kemerdekaan. apa yg anda faham dlm erti MERDEKA itu sendiri? adakah semangat mengibarkan bendera? adakah semangat berkumpul beramai2 di padang sambil 'countdown' tepat jam 12mlm lepas tu menjerit MERDEKA!! MERDEKA!! di samping terdapat hiburan yg melaghakan??? adakah merdeka dgn menonton tv di awal pagi menyaksikan perarakan perbarisan @ menyertai perbarisan?

Rasanya andai sikap patriotik yg islami tidak diterapkan dlm jiwa kanak2 dan juga anak muda zaman skrg.. nampaknya mereka akan mengenal MERDEKA itu dlm senario di atas..

Oleh itu.. ana menyeru sahabat sekalian, marilah kita bersama2 mengucap syukur kita pada Ilahi atas nikmat keMERDEKAan yg telah diberi ini.. moga kita tidak terus hanyut dgn sambutan yg melalaikan.. mungkin bagi memeriahkan sambutan keMERDEKAan ini.. marilah kita berpuasa sunat.. kebetulan skrg ni bulan REJAB.. mungkin pada mlm ini.. saat di mana kawan2 kita sibuk countdown.. bersama2lah kita buat SOLAT HAJAT..mohon agar iman kita dipelihara di samping mendoakan mereka diberi hidayah oleh Allah..

p/s: MERDEKAkanlah hidup anda dengan cara yg betul..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

ratu_balqis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4645
Posting: 38
Dari: gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-08-04 10:54


Sambutan merdeka ni hanya melalaikan.. Bukan mengingatkan manusia pada Allah.. Cuba bayangkan sambutan yang sewajarnya dirai oleh sebuah negara islam? Detik 12 malam pemimipin membaca doa selamat....
Mungkinkah??? Mungkin juga..tunggu dan lihat saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratu_balqisProfil   Hantar PM kepada ratu_balqis   Pergi ke ratu_balqis's Website   Quote dan BalasQuote

sitishuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11861
Posting: 132
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 15:21


...


Kita memang merdeka kalau ikut tarikh dan sejarah..tp cuba kita fikir baik2, sebenarnya kita x merdeka sepenuhnya lg..klau kita boleh lihat undang2 yg krajaan guna pakai skrang ni,masih menggunakan undang2 penjajah iaitu undang2 yg asasnya dibuat Lord Reid..inikah merdeka yg kita katakan bebas dr penjajah? tp sebenarnya pemikiran kita tak bebas dan merdeka..cuba kita amati pula sambutan merdeka yg dianjurkan pihak trtntu langsung tak menunjukkan kita berada dlm sbuah negara yg merdeka..inikah yg dikatakan merdeka jika syariat Allah hanya dipandang sepi?lihat muda-mudi yg rata2nya melayu dan islam brpeleseran pd mlm ambang merdeka dgn ada yg minum arak tanpa segan silu,lakukan prbuatan yg x senonoh seakan lupa mereka diperhatikan Tuhan..inikah yg dikatakan merdeka jiwa,pmikiran?tepuk dada tanyalah iman..jgn ikut nafsu,tp pandulah nafsu mengikut akal dan letakkan Allah setinggi2nya pada akal..kita kan bahgia dunia akhirat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishuhadaProfil   Hantar PM kepada sitishuhada   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118019 saat. Lajunya....