Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 29 hari yang lalu
izdham: 38 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 48 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Konsert 'Sure Heboh' TV3 haram - Mufti Perak


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Konsert 'Sure Heboh' TV3 haram - Mufti Perak

Please Mendaftar To Post


Oleh Konsert 'Sure Heboh' TV3 haram - Mufti Perak

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 23:04


Konsert 'Sure Heboh' TV3 haram - Mufti Perak

Friday, July 30 @ 16:18:08 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yacob dan Ekmal Yusof
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Tokoh agama menyifatkan hiburan yang melalaikan seperti konsert 'Sure Heboh' adalah haram dan bertentangan dengan Islam.

Bekas Mufti Negeri Selangor, Dato' Ishak Baharom menegaskan, menurut Islam apa juga perkara yang boleh melalaikan dan melekakan adalah bertentangan dengan syarak.

"Walaupun ada sedikit baiknya, tetapi buruknya banyak berkait dengan moral dan campur gaul di kalangan bukan muhrim,hukumnya tetap haram," ujarnya.

Beliau turut bersetuju dengan pendapat Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria yang menyatakan konsert 'Sure Heboh" anjuran TV3 adalah haram kerana program itu melalaikan.

Ujar Ustaz Ishak lagi, program seperti 'Sure Heboh' dilihat banyak menyumbang kepada gejala keruntuhan moral di samping perbuatan itu bukanlah selari dengan akidah Islam itu sendiri.

"Mereka yang hadir dan menganjurkan bukan sekadar leka tetapi menggalakkan unsur-unsur maksiat di kalangan masyarakat," tegasnya lagi.

"Pemimpin kita gah menyatakan Malaysia sebuah negara Islam, tetapi perkara yang berbaur maksiat terus disuburkan di kalangan rakyat," tambahnya.

Beliau seterusnya menggesa kerajaan dan pihak terbabit menghentikan segera penganjuran konsert 'Sure Heboh' dan program hiburan yang lain yang jelas haram di sisi Islam.

Sementara itu, Ustaz Harussani dalam rancangan 'Menjawab Soalan Agama' siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh pada pagi tadi berkata, persembahan hiburan 'Sure Heboh' adalah haram dan diwajibkan diberhentikan segera.

"Pada saya 'Sure Heboh' ini adalah suatu perkara yang tidak baik kerana ianya melalaikan orang. Maka perbuatan melalaikan orang itu hukumnya haram," ujarnya ketika menjawab soalan pemanggil sewaktu siaran langsung itu.

Ujar Ustaz Harussani lagi, mereka yang menghadiri rancangan 'Sure Heboh' itu terdiri dari kalangan remaja Melayu yang beragama Islam.

Tambahnya, mereka yang hadir tentulah akan berseronok dari sebelum Maghrib lagi hinggalah ke lewat malam, malah ada yang meneruskan aktiviti lain selepas konsert itu seperti melepak hingga ke Subuh.

Selain itu, beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Pejabat Mufti Negeri Perak telah membuat laporan membantah pihak terbabit yang menganjurkan program 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia' dan Persembahan Bakat Warga Emas.

"Semua program hiburan seumpama itu adalah perbuatan yang membuang masa dan melalaikan termasuklah melemahkan tumpuan pelajar terhadap pendidikan mereka," ujarnya.

Katanya lagi, sejajar dengan kenyataan Malaysia Negara Islam kerajaan perlu menghapuskan program-program yang melalaikan yang bertentangan dengan Islam.

Konsert 'Sure Heboh' anjuran TV3 yang telah menjelajah hampir seluruh negara kini akan mengadakan kemuncak acaranya di Stadium Bukit Jalil daripada 30 Julai sehingga 1 Ogos ini.

Sebelum ini, penganjurannya telah mendapat pelbagai tentangan daripada masyarakat dan tokoh agama kerana pengisian program yang dibawa mengandungi pelbagai acara hiburan yang melalaikan. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 07:51



Taniah kepada Majlis Mufti-mufti Malaysia!Konsert2 yang seangkatan dgnnya pun mcm tu laa jgk..Harap2 TV3 dapat batalkan acara konsert Sure Heboh di bukit jalil hujung minggu ni...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Majlis Mufti: Konsert Sure Heboh TV3 haram
IPOH 30 Julai - Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Sehubungan itu mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram.

Keputusan majlis mufti yang diadakan baru-baru ini itu diumumkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini.

``Majlis Mufti telah membincangkannya baru-baru ini dan berpendapat konsert Sure Heboh TV3 adalah sesuatu yang melalaikan dan oleh itu ia wajar dihentikan,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Muzakarah Ulama 2004 sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-76 di sini.

Katanya, pengharaman konsert Sure Heboh itu bagaimanapun hanya diputuskan di peringkat mufti-mufti.

``Kita akan bawa perkara itu ke perhatian Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi,'' katanya.

Sure Heboh TV3 mula dilancarkan pada Julai 2003. Ia merupakan program bergerak yang diadakan setiap bulan secara bergilir-gilir di negeri-negeri.

Sejak mula dilancarkan, program berkonsepkan ekspo dan hiburan itu mendapat sambutan amat menggalakkan di setiap negeri, termasuk berjaya menarik hampir sejuta pengunjung ketika diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Sure Heboh TV3 kini berlangsung di Stadium Bukit Jalil di sini mulai hari ini hingga Ahad. Kebiasaannya, kemuncak acara itu adalah konsert yang mengundang sejumlah artis popular tanah air.

Beliau berkata, konsert Sure Heboh hendaklah dihentikan kerana Majlis Mufti melihat ia membawa kesan buruk kepada orang Melayu.

Katanya, walaupun dibenarkan dalam Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara berpada-pada sehingga tidak melalaikan.


[ Posting ini telah di edit oleh: Admin pada 2004-08-03 10:34 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

deHan2
Warga Rasmi
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9886
Posting: 13
Dari: ardhul kinanah

Kedah  


posticon Posting pada: 31-07-04 07:59


SOKONG 100%.......banyak sgt buruk dari baiknya.. klu antum baca pendedahan HARAKAH yg lepas...tak ingat dah tarikh..konsert yg buat kat aloq setaq tu....mmg patut dan WAJIB kena HARAM....SYABAS kerana kelantangan para ULAMA...

soKong ULAMA`........bukan ulaRdaLamSeMak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For deHan2Profil   Hantar PM kepada deHan2   Pergi ke deHan2's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 09:00




Sokong mufti perak.

*tengah tunggu mufti2 lain dan majlis fatwa kebangsaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 10:49


aah..bgd tu, byk dah cite psl sure heboh ni...
haramkan je...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

wufi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3225
Posting: 158
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 11:33




SOKONG infiniti%!!!!!!Memang patut diharamkan sejak mula2 lagi!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For wufiProfil   Hantar PM kepada wufi   Pergi ke wufi's Website   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 31-07-04 11:50


tapi diorang teruskan gak

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

busrairdina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8188
Posting: 29
Dari: kluang, johor

Johor  


posticon Posting pada: 31-07-04 12:42


betul tu, betul,
tp ape tindakan nye yer?
dok cakap pon tak guna

Bookmark and Share

    


  Member Information For busrairdinaProfil   Hantar PM kepada busrairdina   Quote dan BalasQuote

izzatulhasnaa
Warga Rasmi
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8189
Posting: 11
Dari: kluang,johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 13:07


manusia akhir zaman sentiasa mengejar duniawi.di manakah akhirat mereka?jadilah insan yang cemerlang dunia dan akhirat......SESUNGGUHNYA ASLAM ITU INDAH, JADI JANGANLAH KITA CEMARKANNYA...
ana tak faham dengan Malaysia hari ini...maksiat di mana2.semakin banyak rancangan yang melalaikan+melekakan+lagha dan yang sewaktu degannya.Semoga Islam bangkit dan gemilang di bumi Malaysia...... [IMG]null[/IMG]null

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzatulhasnaaProfil   Hantar PM kepada izzatulhasnaa   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 13:27


nasib baik tak pernah gi.... n mmg tanak gi pun.. buang karan jer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 13:36


"jgnlah biarkan kami hanyut sehanyut sehanyut nya..." amin.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 13:46


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem


Shaykh Muhammad Naasirud Deen al-Albaanee says: There is no doubt therefore,
that today the revival of the Islaamic way of life, is from the
establishment of these two obligations;

Tafsiyah (purification), and Tarbiyah (education)

First: Purifying the Islaamic 'Aqeedah from what is foreign to it, such as
shirk, and negation of the Divine Attributes, and making ta'weel of them,
and rejecting authentic ahaadeeth because they
explain the 'aqeedah, and similar to that.

Second: Purifying Islaamic Jurisprudence from wrong judgments (ijtihaad)
opposing the Book and the Sunnah. As for the last obligation, I want by it
to educate the young generation on this
purified Islaam from all of what was mentioned, with the authentic Islaamic
education,starting from their earliest age, without the effects of the
disbelieving western education."
[Silsilatul Ahaadeethud Da'eefah Wal Mawdoo'ah (the introduction/2)]
*****************************************************************
Allahumma,I seek refuge in You from knowledge that does not benefit,
from a heart that is not subdued,
from a supplication that is not answered,
and from a soul that is not satisfied.
AMEEN

O Allah ! Let those who want to harm the Muslims have the same
taste of what they have been plotting returned to their own necks
and keep them busy wit their own troubles and let them destroy
themselves with their own hands.

Allahumma man aradana wa asadal Muslimina bisu'in wa sharrin faj'al kaidahu fi nahrihi, wa ashghilhu binafsihi, wa'jal tadbirahu tadmiran 'alaihi.


O Allah! Let us live as Muslims and die as Muslims without disgracing or subjecting us to temptations.

Wallahuta'ala a'lam bissawab



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 31-07-04 14:51




baru saya tau ader beza majlis mufti-mufti dgn majlis fatwa kebangsaan lak.. bkn tugas mufti2 kat m'sia ni utk kuarkan fatwa ker? aper pon alhamdulillah akhir nyer pihak mufti berani suarakan yg haq.. kalo diharamkan SEMUA jenis konsert, reality talent shows, parti cit cat azwan & yg seumpama dgn nyer kan lg molek..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 15:48


!
Banyak keburukan dari kebaikan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

alhaqeer
Warga Rasmi
Menyertai: 19.06.2004
Ahli No: 9554
Posting: 10
Dari: Taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 19:03



Pertamanya alhamdulillah...syukur..kerana pihak mufti dan majlis fatwa menyuarakan apa yang sepatutnya.Pada ana mufti telah lama menjalankan tugasnya cuma mungkin fatwa yg yang diwartakan itu tidak dihebahkan.Bersesuaian dengan malaysia sebagai nagara islam maka wajarlah institusi mufti dihormati dalam penetapan hukum-hukum kehidupan kita yang berkaitan dengan hukum-hukum syara'.sebelum ini juga majlis fatwa telah mengeluarkan fatwa haram peraduan sms dan dail 600...alhamdulillah..kali ini ader lagi isu dalam masyarakat kita yg ingin diperbetulkan.Alhamdulillah...dan semoga Allah merahmati para mufti-mufti dan mereka yang menjalankan tugas agama dinegara kita.Permudahkanlah tugas2 mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaqeerProfil   Hantar PM kepada alhaqeer   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 01-08-04 01:21


Alhamdulillah.Dato' Harussani best. Tapi masalahnya kenapa di wartakan keharaman Sure Heboh Tersebut disaat-saat Akhir hayatnya (Kemuncak di bukit Jalil) Mengapa tidak diawal perlaksanaannya dahulu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-08-04 02:02


janganlah kena pecat..mcm ape yg telah terjadipada dato ishak bahrom..disebab menentang pertandingan ratu cantik..diadi pecat..ape2 pun ana sokong 200%...pengharaman tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 01-08-04 07:12




baca tulisan astora jabat dlm ruangan bicara ahad dia tu, cepat tul response dia ttg hal ni.. sempat pulak pi perli krj k'tan.. tulih pusing2, ndak jugak dihalalkan aper yg dah nyata haram..

-->"Jika tidak, kemungkinan besar semua program hiburan itu akan difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan."

geram tul baca part yg akhir tu.. ikkhh..



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-08-04 12:43


Konsert Sure Heboh: Dr Khir minta penjelasan mufti


SHAH ALAM: Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan mendapatkan penjelasan Mufti Selangor berhubung keputusan Majlis Mufti Malaysia mengharamkan konsert Sure Heboh TV3.

Katanya, beliau akan mendapatkan laporan daripada Datuk Mohd Tamyiz Abdul Wahid berhubung perkara itu terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Kita mahu tahu mengapa Majlis Mufti mengambil keputusan ini. Apa puncanya? Seperti pertandingan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) itu, kita faham ia membabitkan perjudian dan kerana itu kita menyokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Kita akan dapatkan laporan Mufti segera berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-54 Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini, semalam, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Kelmarin, Majlis Mufti Malaysia dilaporkan memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Sehubungan itu, mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram.

Keputusan majlis itu diumumkan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.

Pengharaman itu bagaimanapun hanya diputuskan pada peringkat mufti dan akan dibawa kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi.

Harussani berkata, acara seumpama itu walaupun dibenarkan Islam, hendaklah diadakan secara berpada-pada dan tidak melalaikan.

Sure Heboh TV3 mula dilancarkan pada Julai 2003 dan diadakan setiap sebulan secara bergilir di negeri-negeri.

Acara itu kini berlangsung di Stadium Bukit Jalil, bermula kelmarin dan berakhir hari ini.

Difahamkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan menghadiri acara itu hari ini dan ia disahkan oleh Dr Mohd Khir Toyo.

Ditanya sama ada Sultan Selangor ada meminta pandangan berhubung keputusan Majlis Mufti itu, Dr Mohamad Khir berkata: “Bukan saya (untuk beri pandangan). Tuanku akan mendapatkan penjelasan daripada mufti.”

Mohd Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Melaka ketika ditemui pula tidak mahu memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu.

Di KUANTAN, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata TV3 perlu mengubah sesuai program itu supaya sesuai dengan keputusan majlis itu.

“Apa yang diputuskan majlis berkenaan berlandaskan implikasi negatif yang timbul dan tidak dapat dinafikan lagi. Di Pahang sendiri, kita lihat ekoran daripada program Sure Heboh itu ada kes khalwat dan rogol dilaporkan.

“Bagaimanapun, pada masa sama, program Sure Heboh TV3 sudah membantu kebanyakan kerajaan negeri untuk mengenengahkan program dan dasar bagi membangunkan masyarakat.

“Program itu membabitkan segenap kelompok masyarakat, sama ada kelompok pemimpin, pemimpin kecil, kelompok agama dengan forum agamanya, selain ada usaha mengenegahkan seni kebudayaan masyarakat tempatan dan ini adalah perkara baik.

“Oleh itu, TV3 perlu melakukan sedikit sebanyak penyesuaian supaya tidak terkeluar daripada landasan dan batasan yang ditentukan agama Islam,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Adnan berkata, setiap program yang dilakukan mesti ada kesesuaian dengan waktu sembahyang.

“Artis yang mengambil bahagian menghiburkan orang ramai juga perlu memainkan peranan berdakwah ketika membuat persembahan,” katanya.

termasuk mengingatkan penonton mengenai sembahyang, keselamatan dan tidak melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.




HA..X PUEH HATI LA PUAK2 NI....NAK JAHANAMKAN ANAK BANGSA LAGILAH TU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Liasari
Warga Rasmi
Menyertai: 14.07.2004
Ahli No: 10054
Posting: 7
Dari: bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-04 12:49



Ana memang setuju sangat2.
memang wajib diharamkan pun..
entah apae program diorang buat tanpa memikirkan keburukan program tersebut
ialah asyik dok fikir pasai keuntungan
sehingga menggelapkan mata dan hati diorang
ana memang menentang sekeras-kerasnya
"sure heboh" tu
ROSAKKAN umat Islam je
tapi apa lah daya ana...
tindakan Mufti tu memang lah disokong sangat
agaknya lepas ni banyak lagi program-program yang bakal diharamkan oleh Mufti...
termasuklah Akademik Fantasia, Malaysia Idol & bermacam-macam lagi hiburan


Bookmark and Share

    


  Member Information For LiasariProfil   Hantar PM kepada Liasari   Pergi ke Liasari's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 01-08-04 17:36




first of all sy mengucapkan tahniah laa kepada encik mufti kerana telah mengeluarkan kenyataan mengharamkan konsert Sure Heboh TV3 yang ntah ape² tu....bak kata omputih, better late than never ....

sy harap bukan setakat Sure Heboh je...aktiviti² tak berpekdah lagi mengundang maksiat yg lain pun patut diharamkan....especially yg membabitkan bebudak 'berembun' sampai ke pagi...mcm sambutan tahun baru Masihi ke....ape kejadahnyeee...heheh...

lg pun sape suruh buat kurang ajar camtu...malu la diri sendiri pun orang Islam jugak....tak salah kalau nak berniaga (expo kat Sure Heboh)....kenalah ikut kesesuaian....

spt baru² ini Fiesta Makanan & Buah-buahan di PD....sykt kami ada buka gerai kat sana (under MARA) nak promote produk laa....sambil tu kat sana ada gak buat konsert kecik..cuma yg tak syok tu bila ada penyanyi dari Sabah (org Islam) yg bergonjeng atas pentas yg berdekatan gerai petang tu dgn baju singkat sampai nampak perut..chetttt...aper baranggg..........selain drpd penyanyi yg dah tua bangka....

setakat persembahan kebudayaan tu kira OK lagi laa drpd benda² merepek camni... Fiesta ni kira OK lg drpd Sure Heboh pasal menghormati waktu solat....tapi benda kalau dah salah tetap salah gak kan...ekeke....aperr...aku jaga gerai je la..betul!!!....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

cahaya_malam
Warga Rasmi
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9969
Posting: 2
Dari: UUM

Pahang  


posticon Posting pada: 01-08-04 18:49



alhamdulilah ada lagi umat Islam yg berani bersuara....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_malamProfil   Hantar PM kepada cahaya_malam   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-08-04 18:57


marah benor nampok gaya kak fairuzah ni...ape2 pun kebenaran kiya kena suarakan....jangan dok harap SUHAKAM jer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 01-08-04 21:39



kenaplaah pemimpin sekrang ni sukar terima sesuatu yang bertentangan dengan kehendak naluri mereka...? bila ada yang bertentangan dengan agama maka mereka akan salahkan balik kepada golongan ulama/agama. bila benda itu tidak diambil kira oleh ulama mereka akan salahkan ulama semula. pening kepala dibuatnya. tentang sure heboh ni memang patut kena haram pun. menyebabkan maksiat jer.... moga Islam akan terus bertapak dalam hati-hati mereka... DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU ISLAM DI JUNJUNG

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

mardhiah2502
Warga Rasmi
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10246
Posting: 8
Dari: n.9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-08-04 22:32



alhamdulillah,akhirnye mufti bersuara juga........
ana setuju kalau sure heboh diharamkan,bukan pe,byk sgt maksiat yg kite boleh lihat,ana rase xnampak pun yg baiknye selama ia diadakan tp xthlah org lain.maybe kerajaan benarkan adalah untuk menaikkan nama [email protected] jelah yang menyumbang kearah kemajuan n kebaikkan negara tp kite kena kaji sblm meluluskan sesuatu program.adekah ia menyumbang kearah keislaman.ana cukup risau dgn dunia ari ni,mcmnelah agaknye negara kite thn2020 nntikan.
sekarang ni pun maksiat melambak sampai dah xboleh nak bendung.

BANTULAH KAMI WAHAI PIHAK YANG TERLIBAT KAMI DAHAGAKAN KEISLAMAN BUKANNYA DAHAGAKAN HIBURAN..........
BENTUKLAH GENERASI KAMI KEARAH PEMUDA N PEMUDI YG MENUJU KEARAH KEISLAMAN


-----------------
salam ukhwah....semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For mardhiah2502Profil   Hantar PM kepada mardhiah2502   Pergi ke mardhiah2502's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-08-04 03:00


tahniah kepada mufti perak yg berani bersuara...tapi di sini ana bukan nak sangkal pendapat tuan harussani...tapi cuba kita fikir...kalau semua benda itu melalaikan itu haram...maka sy rasa byk lagi yg perlu diharamkan...macam kata pengerusi majlis fatwa...susahlah kalau setiap konsert yg diadakan kena dikeluarkan fatwa....kita sebenarnya yg seharusnya tahu memilih cara yang elok....semua itu bergantung pada kita....tak semestinya pi sure heboh tu haram....kalau macam tu...knapa tak tangkap saja org melayu yg klua masuk disko dan dangdut...kita sebenarnya tahu hukum hakam tetapi akibat nafsu kita tewas....

apakata sure heboh tu dibuat waktu siang....sy rasa...tuan mufti perak perlu melihat sama persepsi org lain....tak perlu laa dilabel haram trus....

ataupun cuba keluarkan satu garis panduan bagaimana yg dikatakan tidak bercanggah dengan islam....sy setuju dgn pendapat dato' islamil ibrahim....

setakat itu saja pndapat sy...bukanlah nk menyokong sure heboh...kerana di negeri ana sendiri pesta ni dh menghasilkan beratus-ratus kondom ....tapi cuma ana nak kita pk apa yang pihak penganjur rasa....kita tatau...tujuan derang baik....kutip derma sambil berhibur....itu saja....wallahualam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 02-08-04 03:41


Quote:

On 2004-08-02 03:00, Putra_Aiman wrote:

tujuan derang baik....kutip derma sambil berhibur....itu saja....wallahualam....






bahaya Putra_Aiman cakap mcm ni.. perkara yg halal tetap tak boleh ndak dicampur adukkan dgn yg haram, w/pun tujuan kita baik.. bab hukum tak boleh ndak ikut logik akal semata..

kalo sungguh ndak buat pameran, ekspo, karnival & yg seumpama dgn nyer, tak perlulah dgn konsert2 hiburan sekali.. berniaga jer la.. wat pameran jer la.. alasan nak berhibur tu, rasa nyer program2 kat tv tu dah terlampau byk yg menjurus pd hiburan.. takkan tak cukup gak kot??


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 03:51


inilah akhir zaman....benarlah ape yg pernah di sabdakan junjungan besar nabi saw...yang akan dtg arak tak di panggil arak lagi,benda maksiat tak di panggil maksiat lagi...
beginilah putra_aiman..ape yg enta nak pelikkan..sudah benda tu tak baik..nak buek mcm mana pun..walaupun di tukar pd nama yg islamic pun ianya ttp x baik...ckp jer nak mintak derma ttp ade benda yg tersirat tu...
baik..kalau buat siang..ianya ttp MAKSIAT..mengerti...!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-08-04 09:51



Alhamdulillah...ana bersetuju fatwa itu di keluarkan...dan...ana rasa majlis mufti malaysia sememangnya wajib keluarakan fatwa tu...rasanya kita tak perlu mempertikaikan fatwa tu...sememangnya die orang memang layak untuk berijtihad.jadi...ana bersetuju....dan sama2...kiter boikot TV3....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

fiafarha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1209
Posting: 79
Dari: t`ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-08-04 09:58



saya pun setuju dgn pendapat yg lain...saya kagum dgn mufti perak dan bks mufti selangor yg berani bersuara demi menegakkan kebenaran..menentang kemungkaran..sepatutnya sureheboh akan diadakan di trengganu pd bulan 7 baru ni tapi tidak diperkenankan oleh sultan mizan..alhamdulillah...
ni kata2 dr mudir saya di pst bhs arab nilam puri:
jika kita lihat para pemimpin di bawah ulama
maka selamatlah ulama dan pemimpin itu..
dan jika kita lihat ulama di bawah pemimipin
maka rosaklahlah ulama dan pemimipin itu....
fikirkanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiafarhaProfil   Hantar PM kepada fiafarha   Quote dan BalasQuote

PrePAID
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3876
Posting: 130
Dari: Bukit Beruntung, Rawang

Kedah  


posticon Posting pada: 02-08-04 10:00




Pertama sekali...gejala maksiat yang berlaku skrang adalah disebabkan kemasukan unsur2 hiburan yang melalaikan... di sini tiada unsur mendidik jiwa remaja kita mengenal diri dan tujuan hidup dan ke mana arah tujuan kita sebenarnya....

Sebenarnya jika kita nilai, kejadian2 maksiat, pembunuhan dan sebagainya lagi kerana sifat kemalaikatan telah dicabut oleh Allah krn disebabkan kita tidak mengamalkan suruhan Allah.

Maka disini elok benar jk suara2 tokoh2 Agama didengari oleh pemimpin2 negara yang inginkan sebuah negara yang gemilang, terbilang dan cemerlang...jgnlah gemilang,terbilang dan cemerlang dr kebendaan dan luaran sahaja... betul tak kengkawan???

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For PrePAIDProfil   Hantar PM kepada PrePAID   Pergi ke PrePAID's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-08-04 10:02




Bukan nak cakap apa... apa yang mufti perak tu usulkan mmg bagus..
kite dah penah jumpa dengan mufti perak tu..
tegas dalam bab-bab Agama nie..
mudah-mudahan ianya menjadi cth kepada mufti lain.
bila difikirkan mufti sekarang nie macam dah tiada kuasa... semua nya hambar... cehh! apa sudah jadi nie..
takkan bila seorang dah buka mulut baru yg lain nak follow kot...

-----------------

Jom Pakat² Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 11:09




alhamdulillah ada usaha utk membanterasnyer...mmg ana sokong 100% kenyataan mufti negeri perak..ana rasa bimbang bila memikirkan berbagai2 masalah moral dan keruntuhan akhlak yg berlaku pd zmn ni...ana berdoa moga kita semua dilindungi Allah selalu & tdk terjebak dgn perbuatan2 yg merosakkan dan melalaikan diri kita khusus sbg umat Islam...hidup di dunia adlh sementara ttp di akhirat adlh alam yg kekal..olh itu jgnlh kita lalai dgn keseronokan di dunia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 12:54



kita tunggu akademi fantasia, malaysian idol dan audition utk diberi fatwa HARAM.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-08-04 13:11


MB Pahang juga menyokong kata2 mufti perak cuma ada beberapa menteri yg cuba mempertkai kan tugas mufti tersebut...susah klu semua org nak tunjuk bijak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ghaznawi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.08.2003
Ahli No: 2833
Posting: 158
Dari: taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 13:38


sure heboh ada buruk baiknya tp jika buruknya lebih dari kebaikan, baik haram jelah toksah dok heboh2 kita serah pada pakar dalam hal ni..

-----------------
fikirkan kelebihan diri untuk bersyukur bukan untuk bermegah diri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaznawiProfil   Hantar PM kepada ghaznawi   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 14:49


erm...ana setuju 150%...hmm...memang benda2 macam ni tak patut diadakan....kebaikan hanya sejemput...tapi keburukan berkolah-kolah.....hiki hik...bila tgk melalui TV...yg ramai pi konsert tu rata2 remaja melayu...malunya rasa....

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 16:07





Reaksi 'Sure Heboh' (1): Mufti perlu perteguh pendirian - Pemuda PAS

Monday, August 02 @ 12:43:41 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Pemuda PAS Pusat menyambut baik pendirian Majlis Mufti Malaysia yang menyatakan konsert 'Sure Heboh' anjuran TV3 haram dan mahu badan tersebut konsisten dengan pendirian itu.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, majlis mufti perlu terus konsisten dengan pendirian mereka bahawa konsert tersebut adalah haram berdasarkan hujah yang mereka tampilkan.

"Mereka seterusnya perlu turun padang untuk memberitahu orang ramai, apa yang mereka katakan itu benar walapun tidak disetujui pemerintah," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang mempertikaikan keputusan Majlis Mufti Malaysia yang memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' TV3 adalah haram.

Majlis Mufti Malaysia pada 30 Julai lalu sepakat menetapkan konsert 'Sure Heboh' haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Sehubungan itu Majlis Mufti menegaskan, mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram.

Keputusan Majlis Mufti yang diadakan baru-baru ini diumumkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria.

Pertikaian membuka pekung Umno dan BN

Kata Ustaz Idris, Pemuda PAS menyeru Majlis Mufti terus menetapkan pendirian mereka walaupun ada pihak yang cuba mempertikaikan kredibiliti majlis itu yang seharusnya menjadi rujukan kepada kerajaan dalam soal agama.

"Kalau dulu kami beri hujah dan pendapat, mereka (ulama kerajaan) kata pendapat kami ulama politik. Tetapi hari ini ulama kerajaan yang beri pendapat, tetapi mereka masih berdegil mempertikai pendapat itu," ujarnya.

Kata beliau,kenyataan pemimpin kerajaan itu membuka pekung kepada seluruh rakyat pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya cuba memperlekehkan ulama dalam apa juga ketetapan menyentuh perkara agama.

"Mereka ini hanya mahu ulama ikut telunjuk dan nafsu, menghalalkan apa sahaja tindakan kerajaan walaupun bertentangan dengan akidah umat Islam. Lihatlah betapa hinanya ulama di sisi Umno dan BN," tegasnya lagi.

Justeru beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Pemuda PAS akan tetap memberi sokongan kepada pendirian Majlis Fatwa dan meminta badan ulama itu konsisten dengan pendirian mereka.

"Kami yakin seluruh rakyat yang cintakan Islam akan menyokong pendirian itu," ujarnya lagi. - mks.



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Khairuns
Warga Rasmi
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7187
Posting: 11
Dari: Sungkai,Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 17:24


tapi kenapa ade wakil kerajaan yang nak menentang yek.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhairunsProfil   Hantar PM kepada Khairuns   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 18:36


...

First of all we should congratulate Perak Mufti for the statement / fatwa. Anyhow, yang menjadi persoalan, kenapa after 2 years baru pihak mufti nak bersuara? Adakah Karnival Sure Heboh itu selama ini HALAL? They (TV3) have been conducting the programme for the whole year last year and this year, it's the final round of it already. Why should we wait until sekarang baru nak bertindak? Walaupun saya tak pernah pergi dan tak pernah tau pun apa bentuk hiburan yang diberikan kerana berada jauh, namun bila dengar hiburan aja di Malaysia, dah boleh terbayang apa yg jadi..

Mungkin inilah konsep Islam HADHARI yang dianjurkan..... Wallahua'lam..

-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 02-08-04 19:37





menarik nyer citer 'sure heboh' ni.. pd asal nyer..

mufti perak: "Pada saya 'Sure Heboh' ini adalah suatu perkara yang tidak baik kerana ianya melalaikan orang. Maka perbuatan melalaikan orang itu hukumnya haram"

majlis mufti-mufti: "Majlis Mufti telah membincangkannya baru-baru ini dan berpendapat konsert Sure Heboh TV3 adalah sesuatu yang melalaikan dan oleh itu ia wajar dihentikan"

dato' ishak baharom: "Walaupun ada sedikit baiknya, tetapi buruknya banyak berkait dengan moral dan campur gaul di kalangan bukan muhrim, hukumnya tetap haram"


lps tu kuar plak komen..

MB s'ngor: "Kita mahu tahu mengapa Majlis Mufti mengambil keputusan ini. Apa puncanya?"

MB pahang: "Oleh itu, TV3 perlu melakukan sedikit sebanyak penyesuaian supaya tidak terkeluar daripada landasan dan batasan yang ditentukan agama Islam"

menteri penerangan: "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah, tidak ada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja"

PM: "Saya tak boleh komen...saya nak tahu apa sebab keputusan itu dibuat"

astora jabat: "Apa yang dapat disimpul di sini ialah hiburan itu tidak haram, tetapi pengamalannya dengan cara yang tidak tepat dan dalam persekitaran yang tidak baik menyebakan ia menjadi faktor perosak manusia dan masyarakat. Justeru tindakan yang perlu diambil bukan mengharamkan perkara yang halal di sisi Allah, tetapi mengharamkan pengamalan yang tidak tepat dan persekitarannya yang tidak betul itu.

Pelbagai pihak yang terlibat dalam menganjurkan hiburan seperti Sure Heboh, Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan lain-lain perlu memberi perhatian kepada perkara ini. Jika tidak, kemungkinan besar semua program hiburan itu akan difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan"

pengerusi majlis fatwa: "Saya juga tidak mempersoal fatwa teknikal yang dikemukakan oleh mufti kerana fatwa atau tidak ia bukan satu masalah, setiap perkara yang dikemukakan, akan diproses oleh sekretariat panel syariah kita

Selain khidmat pesanan ringkas (SMS), isu penganjuran konsert sudah ada dalam agenda kita dan kita sedang dalam proses menyediakannya untuk dijadikan panduan oleh pihak yang berkenaan"


akhir nyer dlm dok berbalah tu kuar kat s/khabar (B Harian):

"KUALA LUMPUR: Lebih 80,000 pengunjung memeriahkan Majlis Penutupan Karnival Sure Heboh TV3 2004 yang turut diserikan Mega Konsert XX-Fiesta Sure Heboh di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Selepas tujuh bulan menjelajah ke seluruh negara dengan 10 destinasi, karnival anjuran TV3 itu kini sampai ke penghujungnya di Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Konsert yang disifatkan sebagai konsert terbesar tahun ini disiarkan secara langsung di seluruh negara bermula jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11 malam."





Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

wufi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3225
Posting: 158
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 23:21


Quote:

On 2004-08-02 19:37, alea13 wrote:

akhir nyer dlm dok berbalah tu kuar kat s/khabar (B Harian):

"KUALA LUMPUR: Lebih 80,000 pengunjung memeriahkan Majlis Penutupan Karnival Sure Heboh TV3 2004 yang turut diserikan Mega Konsert XX-Fiesta Sure Heboh di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Selepas tujuh bulan menjelajah ke seluruh negara dengan 10 destinasi, karnival anjuran TV3 itu kini sampai ke penghujungnya di Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Konsert yang disifatkan sebagai konsert terbesar tahun ini disiarkan secara langsung di seluruh negara bermula jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11 malam."







Sebagai tambahan....

KUALA LUMPUR: Lebih 80,000 pengunjung membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sempena majlis penutupan Karnival Sure Heboh dan mega konsert XX Fiesta Sure Heboh, di sini, malam tadi.

Selepas tujuh bulan menjelajah 10 destinasi di seluruh negara, karnival anjuran TV3 itu sampai ke penghujungnya di Kuala Lumpur malam tadi dan diakhiri konsert yang bermula seawal 6 jam petang.

Konsert yang disifatkan terbesar tahun ini turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara dan Indonesia menerusi Trans TV dan Anteve, dua setengah jam bermula 8.30 malam hingga 11 malam.

Selain artis popular tempatan seperti Anuar Zain, Spider, Erra Fazira, Ruffedege, Search dan Misha Omar, dua artis didatangkan khas dari Indonesia, Shanti dan Dewi Sandre turut membuat persembahan.

Turut mencuri tumpuan adalah persembahan bertenaga penyanyi dari Bombay Dream Broadway, Stephen Rahman Hughes.

Karnival tiga hari bermula Jumaat lalu mengumpul jumlah kutipan tabung Bersamamu TV3 sebanyak RM30,000 yang menjadikan jumlah keseluruhan RM320,000.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyempurnakan majlis penutup.

Baginda bersama Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail melepaskan 100 ekor burung serindit pelbagai warna sebagai simbolik kepada kebebasan dan keamanan.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Ridzuan.

Sementara itu, majlis penyerahan kembali cek 50 peratus daripada jumlah kutipan di setiap destinasi karnival kepada wakil setiap negeri untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

Dalam keghairahan menyaksikan mega konsert, beberapa penonton bertindak liar dengan membaling objek sekali gus mencetus pergaduhan memaksa pihak keselamatan menahan mereka.

Turut berlaku kekecohan di pintu masuk utama stadium dan juga stesen LRT Star kerana pengunjung berebut menaiki tren.

-Walaupun sudah difatwakan haram,beginilah sambutan org ramai yg majoritinya beragama Islam dan berbangsa melayu terhadap majlis penutup sure heboh semalam.Ape,nak lepas gian ke pasal dah tak dpt tengok lagi lepas ni?Sedih rasanya hati mengenangkan begitu jahilnya diri kita ini terhadap hukum Allah s.w.t...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wufiProfil   Hantar PM kepada wufi   Pergi ke wufi's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 08:51


kan kat tempat2 mcm 2 byk syaitan....sendiri mau ingat

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 09:46



Kalau warga ukhwah perasan disamping iklan sureheboh ada satu lagi iklan konsert tour malaysia yang diiklankan...siapa lagi kalau tak siti nurhaliza.......situasinya sama dengan surehebohkan.....bila pulak nak keluar fatwa konsert siti nurhaliza haram......

kononnya siti nurhaliza ni artis yang bermoral, tidak seksi, bersopan santun.....HARAM TETAP HARAM, jangan memandai nak halalkan kerjaya penyanyi wanita yang menari, berjoget, dedah aurat dan buat konsert utk merosakkan anak muda remaja.....tidak ada bezanya dengan sureheboh

kita nak pakai islam hadhari atau islam Al-Quran yang dibawa oleh Rasulillah SAW..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 10:20


dipetik dari Berita Harian online : 3 Ogos 2004

Konsert, hiburan melampau salahi hukum syarak: Mufti

IPOH: Semua karnival, konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition dan Malaysian Idol jelas bertentangan dengan hukum syarak, sama seperti Karnival Sure Heboh TV3, kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, mana-mana pihak tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan apabila sesuatu program itu jelas bertentangan dengan kehendak syarak.

Katanya, selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

Katanya, selepas beberapa siri Karnival Sure Heboh TV3 dianjurkan, program berkenaan dilihat lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat khususnya golongan remaja yang bersekolah.

"Adalah disyorkan karnival itu dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari.

"Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, kelmarin yang meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara mengkaji terlebih dulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan rakyat.

Harussani yang menggariskan secara terperinci alasannya mengenai perkara itu berkata, Karnival Sure Heboh TV3 mendatangkan kesan negatif kepada agama, bangsa dan negara kerana menyebabkan pengunjung lupa kepada tanggungjawab hakiki sebagai seorang Islam, termasuk dalam soal solat.

Beliau berkata, pengunjung, rata-ratanya remaja Islam tidak menunaikan solat Maghrib apabila mereka berkumpul di tapak karnival terlalu awal dan leka dengan hiburan yang disajikan.

Katanya, ketika konsert pula, kelihatan dengan jelas percampuran dan pertembungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, bersesak-sesak dan berhimpit-himpit antara satu sama lain di luar batasan.

"Persembahan artis juga dilihat sebagai keterlaluan dari segi pakaian serta tingkah laku dan mungkin tidak kurang juga tutur kata yang boleh mempengaruhi minda dan jiwa remaja untuk mengikutinya.

“Remaja membuang masa dengan melepak di sekitar kawasan itu hingga awal pagi tanpa kawalan.

"Pelbagai kejadian buruk mungkin berlaku tanpa disedari, termasuk peras ugut, pergaduhan sesama sendiri, kecurian, kes ragut, merosakkan harta-benda awam dan kenderaan," katanya

p/s : kita mintak paklah dan kabinet bersidang segera berhubung perkara ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 03-08-04 14:21



alhamdulillah....

terima kasih banyak untuk mufti Perak yang berani menentang kebatilan....

tapi yang saya hairan...sibuk pulak TV3 tanya pendapat Pak Lah tentang pengharaman 'sure bodoh' tue nak mintak back up lah tue

tak reti2 lagi dah orang kata haram-haramlah bah...ndak pandai paham2 jugak.

hidup Perak.... puji sikit yea



Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 15:29



Tahniah Majlis Mufti kerana berani – Dewan Ulama PAS Kelantan

Monday, August 02 @ 17:59:50 MYT


KOTA BHARU, 2 Ogos (Hrkh) – Dewan Ulama PAS Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Mufti-Mufti Malaysia kerana berani mengeluarkan kenyataan yang tegas mengenai konsert ‘Sure Heboh’.



Ketuanya, Ustaz Mohamed Daud berkata, ketegasan bagi mencegah perkara mungkar perlu dibuat, kerana ia membabitkan soal akhlak dan masa depan golongan remaja.

“Jika sesuatu majlis diadakan membabitkan percampuran bebas di antara lelaki dan wanita serta hiburan yang dipersembahan jelas melalaikan, ia adalah jelas haram di sisi agama.

“Islam bukan mahu mengekang sepenuhnya program bercorak hiburan, tetapi ada garis panduan yang mesti dipatuhi,” katanya di sini.

Baru-baru ini, Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Keputusan majlis itu diumumkan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria.

Ekoran kenyataan tersebut, Menteri Penerangan, Dato’ Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini dipetik sebagai berkata, pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara supaya mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan rakyat.

Mohamed berkata, program hiburan yang jelas membawa penonton ke arah kebaikan dan tidak melalaikan manusia daripada mengingati kebesaran Allah adalah dibolehkan.

“Dewan Ulama PAS Kelantan menyokong penuh keputusan dibuat Majlis Mufti berkaitan perkara tersebut,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri ini tidak pernah berkompromi dengan pihak yang mahu menganjurkan persembahan seperti itu, sebagaimana termaktub di bawah Enakmen Kawalan Hiburan 1998. - MJ/lanh



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 19:36


Reaksi 'Sure Heboh' (5): NGO sokong keputusan Majlis Mufti Malaysia

Tuesday, August 03 @ 17:20:50 MYT


KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu hari ini sepakat menyokong keputusan Majlis Mufti Malaysia mengharam konsert 'sure heboh' dan kata mereka keputusan tersebut adalah tepat.

Justeru itu, NGO-NGO tersebut yang terdiri dari Teras Pengupayaan Melayu (Teras), persatuan Ulama Kedah (PUK), Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia (Isra') dan Institut Pengembelengan dan pembangnan Komuniti (Impak) berkata mereka menghantar sokongan mereka terhadap Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria selaku Pengerusi Majlis Mufti Malaysia.

Demikian kenyataan yang difaksimilikan kepada Harakahdaily, bahawa konsert Sure Heboh TV3 sebagai menyalahi syariat agama dan perlu dihentikan terus turut mendapat perhatian serius oleh mereka.

Kesemua Presiden NGO berkenaan Azmi Hamid (Teras), Dato' Syeikh Azmi Ahmad (Isra'), Syeikh Abu Bakar Awang (PUK) dan Mahfuz Omar (Impak) berpendiran bahawa program-program tersebut yang kini menjadi kebiasaan malah makin banyak dianjur didapati langsung tidak mengambil kira kesan negatif.

Kata mereka, program tersebut membawa kesan sosial terutama di kalangan anak muda, maka penganjuran dan menyertainya serta menontonnya boleh membawa dosa.

"Kami yakin jika terlalu banyak program seumpama itu, anak-anak muda akan terheret dengan acara hiburan yang tidak bersudahan," kata mereka.

Menurut mereka lagi TV3 tidak seharusnya mementingkan pembinaan imej untuk menjadi saluran popular dengan cara menganjurkan program hiburan yang tidak henti-henti.

Menarik minat masyarakat kepada saluran tersebut katanya NGO tersebut tidak semestinya sampai mengenepikan kesan sosial yang membawa kepada kegiatan dan budaya hedonistik melampau.

"Kami berpendapat adalah baik jika nasihat Mufti untuk panduan umat Islam diikuti dengan semangat menerima teguran dan memperbaiki tindakan oleh semua pihak.

"Adalah amat tidak wajar jika pandangan yang diberikan para mufti yang menjadi penasihat agama kepada kerajaan dan institusi ini yang dilantik secara sah oleh Raja-raja Melayu tidak diendahkan pihak-pihak tertentu," ujar mereka lagi.

Mereka juga menggesa pihak berkuasa lebih berwaspada dan berhati-hati untuk membenarkan mana-mana pihak yang mahu mengadakan konsert dengan menimbangkan impak sosial.

Kata mereka lagi dengan wujudnya acara hiburan yang terlalu banyak dalam pelbagai saluran TV awam dan swasta dibimbangi akan menambahkan gejala sosial yang kian parah sekarang.

"Jika kerajaan terus membiarkan segala program yang merosakkan anak-anak muda indeks jenayah terutama jenayah berat seperti bunuh, ragut, rogol dan sebagainya akan terus mencapai ke tahap kritikal," kata mereka sambil melahirkan kebimbangan terhadap apa yang berlaku sekarang. - ROY/mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 19:40


Kadir dakwa akhbar silap lapor isu haram


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, semalam menjelaskan beliau tidak mengeluarkan kenyataan mencabar Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berhubung isu pengharaman konsert Sure Heboh TV3.

Katanya, laporan akhbar The New Straits Times, semalam silap dengan melaporkan beliau mencabar Harussani.

“Saya tidak mencabar mufti itu ataupun menggunakan perkataan berkenaan. Ia bahasa kasar yang tidak sepatutnya digunakan dalam isu seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Kadir berkata, laporan itu tidak tepat kerana beliau tidak pernah berkata demikian ketika ditanya wartawan di tapak Karnival Sure Heboh TV3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Katanya, apa yang beliau sebut ialah menjatuhkan hukuman haram terhadap sesuatu perkara itu perlu dikaji secara mendalam dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum keputusan muktamad dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Pengarang The New Straits Times menjelaskan, ia tidak memetik Abdul Kadir sebagai berkata, beliau mencabar Mufti Perak.

Perenggan pertama yang dipertikaikan Abdul Kadir adalah seperti berikut: “Menteri Penerangan mencabar kenyataan Mufti Perak bahawa Karnival Sure Heboh yang popular adalah haram dan ia perlu dijauhi oleh orang Islam.”

Perkataan cabar adalah tafsiran kepada jawapan yang diberikan Abdul Kadir kepada Berita Harian, akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), yang mana beliau dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata:

“Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah, tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja.”

Perkataan cabar yang digunakan adalah untuk menafsir jawapan yang diberikan Abdul Kadir ketika mempersoalkan keputusan Mufti Perak bahawa konsert itu haram.

The New Straits Times tetap mempertahankan berita itu tetapi “kami memohon maaf jika perkataan cabar itu disalah tafsir dan memalukan Abdul Kadir.”


KALAU SILAP BETUL TAK MENGAPA...TETAPI KALAU BETULLAH DIA BERNIAT MCM TU..MMG KUANG HAJOLAH DIE....NAK MENETANG ORG YG ALIM DALAM BIDANGNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 02:06


JAWAPAN KEPADA PERSOLAN KENAPO DI HARAMKAN BENDA TERSEBUT...

Konsert, hiburan melampau salahi hukum syarak: Mufti


IPOH: Semua karnival, konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition dan Malaysian Idol jelas bertentangan dengan hukum syarak, sama seperti Karnival Sure Heboh TV3, kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, mana-mana pihak tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan apabila sesuatu program itu jelas bertentangan dengan kehendak syarak.

Katanya, selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

Katanya, selepas beberapa siri Karnival Sure Heboh TV3 dianjurkan, program berkenaan dilihat lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat khususnya golongan remaja yang bersekolah.

"Adalah disyorkan karnival itu dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari.

"Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, kelmarin yang meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara mengkaji terlebih dulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan rakyat.

Harussani yang menggariskan secara terperinci alasannya mengenai perkara itu berkata, Karnival Sure Heboh TV3 mendatangkan kesan negatif kepada agama, bangsa dan negara kerana menyebabkan pengunjung lupa kepada tanggungjawab hakiki sebagai seorang Islam, termasuk dalam soal solat.

Beliau berkata, pengunjung, rata-ratanya remaja Islam tidak menunaikan solat Maghrib apabila mereka berkumpul di tapak karnival terlalu awal dan leka dengan hiburan yang disajikan.

Katanya, ketika konsert pula, kelihatan dengan jelas percampuran dan pertembungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, bersesak-sesak dan berhimpit-himpit antara satu sama lain di luar batasan.

"Persembahan artis juga dilihat sebagai keterlaluan dari segi pakaian serta tingkah laku dan mungkin tidak kurang juga tutur kata yang boleh mempengaruhi minda dan jiwa remaja untuk mengikutinya.

“Remaja membuang masa dengan melepak di sekitar kawasan itu hingga awal pagi tanpa kawalan.

"Pelbagai kejadian buruk mungkin berlaku tanpa disedari, termasuk peras ugut, pergaduhan sesama sendiri, kecurian, kes ragut, merosakkan harta-benda awam dan kenderaan," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 09:44



Apabila pandangan mufti tidak diendah...

Monday, August 02 @ 15:23:11 MYT

SEORANG bapa atau ibu memerlukan ketaatan anaknya. Seorang guru pula mendambakan kepatuhan anak muridnya. Demikian juga seorang mufti (dalam kes yang akan dibincangkan ini Majlis Mufti) memerlukan kepatuhan ummah.



Malangnya di negara kita, ketika ini berlaku satu perkembangan yang sungguh luar biasa dan menakutkan. Pandangan mufti tidak dipedulikan lagi, malah dibantah pula.

Kebanjiran kira-kira 100,000 penonton 'Sure Heboh' pada malam Ahad, 1 Ogos lalu, (esoknya pekerja akan bertugas manakala anak-anak akan bersekolah), seolah-olah manifestasi bantahan kepada keputusan Majlis Mufti yang menyatakan konsert itu adalah haram.

Malah sesetengah akhbar nasional pula pada keesokan harinya, dengan bangga sekali menyiarkan sambutan luar biasa konsert itu sebagai tajuk utama muka depan, termasuk menyiarkan gambarnya secara besar-besaran.

Pemimpin negara termasuk menteri pula meminta penjelasan ‘apa yang haram’ di samping memberi ingatan bahawa pandangan mufti berkenaan boleh memecah-belahkan masyarakat.

Bagi penganjur konsert pula, selepas dihebahkan pengharamannya, berdasarkan persembahan pada malam itu, seolah-olah tidak ada langkah langsung untuk ‘menghormati apatah lagi memikirkan apa yang telah diutarakan oleh Majlis Mufti’.

Persembahan masih keterlaluan, terutama artis wanita yang mendedahkan ‘aset’ mereka untuk memenuhi tuntutan nafsu ratusan ribu penonton.

Penganjur, pemimpin, artis dan penonton seolah-olah ‘mengejek-ejek’ mufti: “Lihatlah kamu kata haram, bagi kami ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pun.” Keadaan ini bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan kisah sahabat Rasulullah s.a.w. dulu. Ketika permulaan Islam arak belum diharamkan, tetapi sebaik saja perintah mengharamkan arak diturunkan, maka sahabat pun memberhentikan amalan itu serta-merta.

Nampaknya, bagi kebanyakan ummah sekarang ini, halal dan haram bukan lagi ukuran. Mereka tidak peduli lagi akan hukum hakam agama.

Jika ulama yang menyatakan konsert itu haram, tidak dipedulikan malah dibantah, apalah sangat yang dapat diperkatakan oleh orang kurang ilmu seperti penulis sendiri.

Tetapi disebabkan perjuangan untuk menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang batil itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim, adalah menjadi kewajipan penulis meneruskan perjuangan.

Kali ini penulis tidak berhajat untuk memanjangkan perbincangan, takut-takut nanti jadi macam kes mufti – cakapnya tidak dipedulikan malah dibantah.

Jadi kali ini penulis menyalin semula maksud dan tafsiran ayat 19, 20 dan 21 Surah Fusilat yang dipelajari ketika Tingkatan Empat dulu untuk dijadikan pengajaran kepada diri sendiri dan juga kepada yang mahu mendengar dan membuka pintu hati masing-masing.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan pada hari Qiamat akan dikumpulkan semua musuh-musuh Allah untuk ke neraka dan mereka dipandu ke sana sehingga apabila sampai ke situ, bersaksilah ke atas mereka oleh pendengaran mereka juga penglihatan mereka dan kulit-kulit badan mereka dengan kesalahan yang mereka lakukan.

“Dan mereka bertanya kepada kulit-kulit badan mereka itu, kenapa kamu bersaksi di atas kesalahan kami? Lalu jawab kulit badan, kami diberi kuasa bertutur oleh Allah yang mana Ia berkuasa memberi tuturan kepada segala sesuatu dan Dialah yang menjadikan kamu pada permulaan dahulu dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.”

Keterangan Ayat

Tiap-tiap yang hidup mesti akan mati, tetapi bagi manusia kematiannya itu bukanlah bererti habis dan tamat kisahnya, bahkan ia akan menghadapi kehidupan lain pula, iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi sama ada di dalam nikmat atau azab.

Dan oleh kerana di dunia ini manusia terbahagi dua iaitu ada yang baik dan ada yang jahat, ada yang kafir dan ada yang beriman, maka di akhirat pun terbahagi dua juga.

Melalui ayat di atas Allah menerangkan bahawa orang-orang yang tidak mengikuti perintah-perintah Allah dan ajaran-ajaran Rasul-Nya itu anggap sebagai musuh Allah dan pada hari akhirat kelak mereka akan dipandu ke neraka.

Di sana tidak ada kesalahan yang dapat dinafikan dalam mahkamah Allah kerana saksi-saksi yang memberikan keterangan pada hari itu ialah anggota badan mereka sendiri.

Ayat ini seterusnya mengingatkan orang-orang yang tidak mengikuti ajaran-ajaran Rasul bahawa balasan azab akan menimpa mereka kelak.

Logiknya adanya hari kiamat ini ialah untuk memberikan pembalasan yang sewajarnya kepada orang-orang yang hidup di atas muka bumi ini, kerana berapa banyak orang yang melakukan kejahatan yang tidak mendapat pembalasan atau mendapat pembalasan yang tidak setimpal, demikian juga kebaikan.

Maka hari pembalasan yang maha adil sekali ialah hari akhirat yang tidak ada berlaku kezaliman sedikit pun.

Wassalam. – LANH



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 11:11




cuba baca petikan akhbar ni... ada ke patut dia mempertikaikan fatwa yg telah dikeluarkan... majlis fatwa dan mufti tersebut bknnya keluarkan fatwa sesuka hati mrk... semuanya berpandukan al-Quran dan as-sunnah...

Zaid: Usah biar dua majlis buat `undang-undang' sesuka hati

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat `undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Peguam Zaid Ibrahim berkata, Malaysia bukan sebuah negara teokratik dan kedua-dua badan agama itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan sistem sedia ada.

``Merujuk kepada fatwa pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan isu hukum haram konsert Sure Heboh oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

``Saya dapati banyak kesilapan dalam cara dua badan ini membuat keputusan kerana Malaysia mempunyai undang-undang dan agensi penguatkuasaan yang cukup untuk menangani kedua-dua isu itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas keputusan pengharaman peraduan kuiz SMS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan konsert Karnival Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Zaid yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu yang berkaitan dengan masyarakat awam tidak sewajarnya disentuh berdasarkan garis panduan agama dan kaum.

Beliau mendakwa, jika terdapat cubaan eksploitasi dan perjudian dalam peraduan melalui SMS maka undang-undang berkaitannya akan digubal di Parlimen sekiranya dasar awam memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, tidak ada badan yang berhak campur tangan dalam proses pentadbiran negara melainkan kerajaan.

Katanya, pihak pentadbir agama sewajarnya menggunakan kedudukannya yang dihormati untuk mendidik masyarakat dan bekerjasama dengan semua pihak meningkatkan nilai moral masyarakat.

Sumber: Utusan Online (04/08/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

hizbullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3691
Posting: 110
Dari: Terengganu

egypt  


posticon Posting pada: 04-08-04 11:55


wbt...
emm pada pendapat ana jugak,nilah hasil daripada pendidikan sekular yang diamalkan dalam dnegara kita.hingga seseorang yang berkelulusan undang-undang sanggup untuk mempertikaikan suatu hukum yang jelas diperbahaskan akan kesahihannya oleh para alim ulama.takkan lah hukum sebegitu pun nak dibahaskan dalam parlimen baru dapat diluluskan sebagai suatu hukum yang sah sedangkan para mufti2 adalah mereka yang lebih berkelayakan dalam memutuskan ttg hukum tersebut.

Apapun ekoran dari fatwa ni,semua yang berkaitan dgn perkara2 i semuanya haram,yang menganjurkannya berdosa besar.yang sokong berdosa besar,yang pergi berdosa besar dan yang menonton di kaca tv pun berdosa besar....

Moga Allah memberikan kita kelapangan utk mengamalkan Islam sesyumulnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hizbullahProfil   Hantar PM kepada hizbullah   Pergi ke hizbullah's Website   Quote dan BalasQuote

sidin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4251
Posting: 96
Dari: BANDAR BARU BANGI

australia  


posticon Posting pada: 04-08-04 12:41


ULASAN DARI PEMIMPIN SEBUAH NEGARA ISLAM

Zaid: Usah biar dua majlis buat `undang-undang' sesuka hati

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat `undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Peguam Zaid Ibrahim berkata, Malaysia bukan sebuah negara teokratik dan kedua-dua badan agama itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan sistem sedia ada.

``Merujuk kepada fatwa pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan isu hukum haram konsert Sure Heboh oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

``Saya dapati banyak kesilapan dalam cara dua badan ini membuat keputusan kerana Malaysia mempunyai undang-undang dan agensi penguatkuasaan yang cukup untuk menangani kedua-dua isu itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas keputusan pengharaman peraduan kuiz SMS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan konsert Karnival Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Zaid yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu yang berkaitan dengan masyarakat awam tidak sewajarnya disentuh berdasarkan garis panduan agama dan kaum.

Beliau mendakwa, jika terdapat cubaan eksploitasi dan perjudian dalam peraduan melalui SMS maka undang-undang berkaitannya akan digubal di Parlimen sekiranya dasar awam memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, tidak ada badan yang berhak campur tangan dalam proses pentadbiran negara melainkan kerajaan.

Katanya, pihak pentadbir agama sewajarnya menggunakan kedudukannya yang dihormati untuk mendidik masyarakat dan bekerjasama dengan semua pihak meningkatkan nilai moral masyarakat.



Bookmark and Share

    


  Member Information For sidinProfil   Hantar PM kepada sidin   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 12:52




saudara sidin...
anta tak baca dulu ke posting ttg isu ini???
apa yg anta pastekan tu sudah ana pastekan...
cuba anta check balik posting ana kat atas tu...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

farah_caesura
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.01.2004
Ahli No: 6416
Posting: 100
Dari: Jalan Bukit Pantai, Bangsar KL

uk  


posticon Posting pada: 04-08-04 14:05



lagi? apa yg haram? ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_caesuraProfil   Hantar PM kepada farah_caesura   Pergi ke farah_caesura's Website   Quote dan BalasQuote

shafawi78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 282
Posting: 285
Dari: Bukit Mertajam

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-08-04 18:39




kenyataan demi kenyataan balas dari pimpinan negara & masyarakat kepada kenyataan Mufti Perak, sedikit sebanyak menjelaskan erti 'Islam Hadhari' yg. diwar-warkan oleh mereka. Dan juga menggambarkan pendirian mereka terhadap ke arah manakah ingin mereka corak negara ini pada masa depan. Begitu cetek dan dangkal sekali, malah tidak salah jika dikatakan betapa tidak beratnya mereka pada syariat Ilahi. Adakah mereka lupa bumi siapa yang mereka diami? Betullah apa yang saya dengari pada hujung minggu lalu, " kami (Org Islam) tidak bebas melaksanakan tuntutan agama kami di Malaysia ini, tidak seperti saudara semua" sahabat ini berkata di depan pimpinan NGO agama lain dlm satu pertemuan dgn. SUHAKAM.

-----------------
D-Max 4x4 serba baru !

Bookmark and Share

    


  Member Information For shafawi78Profil   Hantar PM kepada shafawi78   Pergi ke shafawi78's Website   Quote dan BalasQuote

soff-one
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5828
Posting: 47
Dari: Bocholt, Germany

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-08-04 08:29




baca kenyataan mufti perak

kenyataan sure heboh mufti perak

Bookmark and Share

    


  Member Information For soff-oneProfil   Hantar PM kepada soff-one   Pergi ke soff-one's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-08-04 10:32


SMS: Dakwaan Zaid disangkal

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini menyangkal dakwaan peguam Zaid Ibrahim semalam yang mengatakan majlis itu membuat undang-undang sesuka hati berhubung pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, fatwa yang dikeluarkan itu tidak berkuat kuasa sebagai undang-undang selagi tidak dibawa ke negeri-negeri oleh mufti masing-masing untuk diwartakan.

Justeru, jelasnya, fatwa tersebut hanya berfungsi sebagai panduan dari segi agama kepada orang Islam yang ingin mematuhinya.

``Apabila fatwa itu diwartakan di negeri-negeri, maka ia akan menjadi undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri itu.

``Masalah fatwa adalah berkaitan dengan hal ehwal agama yang terletak di bawah kuasa Raja di negeri masing-masing,'' katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Zaid dalam kenyataannya semalam menggesa kerajaan tidak membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat undang-undang sesuka hati berhubung fatwa pengharaman kuiz melalui SMS dan Konsert Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Ini kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurut Ismail, walaupun tanpa kuatkuasa undang-undang, telah ada pihak-pihak berkenaan yang mematuhi fatwa tersebut secara sukarela semata-mata kerana ingin mematuhi hukum agama.

``Isu yang mengatakan majlis ini membuat undang-undang sesuka hati tidak perlu timbul kerana tugas kami adalah menentukan sesuatu fatwa berhubung hal ehwal agama.

``Selama ini banyak undang-undang pentadbiran agama yang dijalankan di negeri-negeri adalah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan majlis,'' katanya.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Zaid bahawa fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan sistem sedia ada kerana Malaysia bukan negara teokratik, beliau memberitahu, Malaysia juga tidak mengamalkan sistem sekular.

Sebaliknya, tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Sumber: Utusan Online (05/08/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-08-04 10:41


Teliti semula ijtihad - PM -- Langkah memastikan umat Islam sekarang lebih dinamik

Oleh: FAUZIAH AROF dan HAIRULAZIM MAHMUD

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyarankan supaya ijtihad para ulama yang dibuat sejak beratus tahun dahulu dan masih menjadi pegangan umat Islam, diteliti semula bagi memastikan kesesuaiannya dengan keadaan masa kini.

Perdana Menteri berkata, para ulama zaman ini perlu `memperbaharui' ijtihad-ijtihad oleh ulama terdahulu kerana ada fatwa atau pandangan itu mungkin tidak bersesuaian dengan perkembangan dunia semasa.

Menurut beliau, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan umat Islam sekarang menjadi lebih dinamik selain berkemampuan mencapai pembangunan tanpa terikat dengan apa-apa pandangan yang tidak sesuai dengan perkembangan zaman.

``Kita tidak katakan fatwa (sebelum ini) itu tidak betul, sebab ia betul pada zamannya iaitu pada zaman ijtihad itu dibuat.

``Tetapi sama ada ia betul atau tidak pada zaman ini, itu perlu kita pertimbangkan dan kalau tidak sesuai maka adalah perlu kita mendapat pandangan ulama (untuk mengeluarkan fatwa lain) yang perlu mengambil kira keadaan semasa dan keperluan umat masa kini,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Umat Islam dan Islam Pada Abad ke-21: Imej dan Realiti di sini, hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas cadangannya ketika berucap pada majlis itu bahawa perlunya ijtihad sezaman dilakukan dalam usaha meletakkan umat Islam terus maju pada masa depan.

Abdullah berkata, untuk penelitian semula ijtihad itu, ulama perlu mendapatkan pandangan dengan mengambil kira situasi, masalah dan rintangan yang dihadapi zaman ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, umat Islam perlu mengiktiraf ijtihad ulama sezaman dengan syarat ijtihad yang dikeluarkan itu mengambil kira faktor-faktor semasa.

``Saya tidak berpegang kepada teori yang mengatakan bahawa pintu ijtihad telah tertutup. Ia tidak tertutup kerana ijtihad berubah dari semasa ke semasa, dari tempat ke tempat,'' jelasnya.

Sebagai contoh, jelasnya, Imam Shafie sendiri pernah membuat fatwa berlainan iaitu di Basra dan di Kaherah bagi satu masalah yang sama yang menggambarkan bahawa situasi sesebuah negara itu perlu diambil kira.

``Inikan pula pada zaman moden yang beratus tahun (perbezaannya),'' tambahnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu pengharaman Konsert Karnival Sure Heboh, Abdullah meminta perdebatan mengenainya dihentikan.

``Itu bukan fatwa, itu hanya pandangan dan setiap orang boleh beri pandangan. Kita nak pegang adalah fatwa dan proses untuk membuat fatwa itu diketahui oleh semua orang Islam di negara ini.

``Jadi, oleh sebab ia bukan fatwa, saya fikir tak payahlah untuk berbahas dan berbalah sesama kita mengenai pandangan itu,'' ujarnya.

Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria semasa mengeluarkan kenyataan pengharaman itu berkata, ia haram kerana menyebabkan ramai umat Islam lalai dalam mengerjakan ibadat di samping turut menggalakkan maksiat selain membawa kemunduran kepada orang Melayu.

Sumber: Utusan Online (05/08/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-08-04 11:08



" Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu pengharaman Konsert Karnival Sure Heboh, Abdullah meminta perdebatan mengenainya dihentikan.

``Itu bukan fatwa, itu hanya pandangan dan setiap orang boleh beri pandangan. Kita nak pegang adalah fatwa dan proses untuk membuat fatwa itu diketahui oleh semua orang Islam di negara ini.

``Jadi, oleh sebab ia bukan fatwa, saya fikir tak payahlah untuk berbahas dan berbalah sesama kita mengenai pandangan itu,'' ujarnya.

Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria semasa mengeluarkan kenyataan pengharaman itu berkata, ia haram kerana menyebabkan ramai umat Islam lalai dalam mengerjakan ibadat di samping turut menggalakkan maksiat selain membawa kemunduran kepada orang Melayu."

di negara 'islam hadhari' ni nak hukum benda tu HARAM kena tunggu FATWA dulu ke, sekalipun kalau ia adalah pandangan, tapi ia adalah pandangan ULAMAK, siapa ulama'? ULAMA IALAH PEWARIS NABI, PENYAMBUNG LIDAH NABI, mereka memberi pendapat bukan berdasarkan nafsu tapi berdasarkan AL-QURAN DAN HADITH, kalau dah jelas Al-Quran Hadith kata HARAM, HARAM LA !!

Betullah hadith akhir zaman, ulama dihina diperlekeh ( kata-kata mereka tak boleh dipakai ), artis disanjung dan diberi tempat yang istimewa dalam masyarakat.

Rancangan Bicara Bersama Ulama tiada di RTM, tapi Bicara bersama Norman KRU ada, cerah masa depan. Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-08-04 18:53


Reaksi 'Sure Heboh' (9): Zaid letak Perlembagaan tinggi daripada hukum Allah

Thursday, August 05 @ 15:31:19 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob dan Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato’ Dr Haron Din Al-Hafiz menyifatkan pandangan ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim dalam isu pengharaman konsert 'Sure Heboh' sebagai langkah merendah-rendahkan hukum Islam.



"Kenyataan beliau bahawa segala isu di kalangan masyarakat perlu ikut panduan Parlimen dan Perlembagaan Malaysia adalah suatu pandangan yang nyata merendahkan petunjuk agama," ujar Dr Haron.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily pagi tadi semasa diminta mengulas kenyataan Zaid yang memperlekehkan keputusan Majlis Mufti berhubung isu pengharaman konsert 'Sure Heboh'.

Zaid dalam laporan akhbar semalam antara lain berkata, isu yang berkaitan dengan masyarakat awam tidak sewajarnya disentuh berdasarkan garis panduan agama dan kaum.

Selain itu Zaid berkata, kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti Malaysia membuat `undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan tokoh agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia

Membalas kenyataan itu Dr Haron berkata, sebagai seorang Islam, wajib bagi mereka meletakkan hukum Islam menjadi panduan kepada segala tindak-tanduk manusia tidak kira sesama manusia mahupun dengan Pencipta.

"Hukum Allah itu maha tinggi, tiada hukum lain yang boleh mengatasi Nya," tegas beliau.

Ujarnya, mereka (pemimpin kerajaan) seharusnya meletakkan dasar bahawa Islam itu bukan agama yang diperintah, tetapi agama yang memerintah.

Kata Dr Haron, bagi Zaid, beliau hanya meletakkan hukum yang dicipta oleh manusia (Perlembagaan Negara) itu lebih tinggi daripada hukum atau ketetapan yang diturunkan Allah menerusi al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Tambahnya, apabila Zaid menyatakan bahawa Parlimen adalah tempat di mana segala-gala urusan manusia itu disandarkan bermakna, peranan agama Islam itu sendiri telah dikesampingkan sehingga tidak bermaruah lagi.

Beliau turut memberi respons semasa ditanya mengenai kenyataan Zaid yang menyifatkan negara ini bukan negara teokratik dan mufti mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan perlembagaan yang sedia ada.

Katanya, tidak timbul soal pemerintahan, atau konsep negara teokrasi tetapi walau di mana umat Islam itu hidup, mereka perlu mendaulatkan perintah Allah meskipun dibenci oleh musuh Allah.

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam," beliau membawa pengertian salah satu bacaan dalam solat.

Katanya, mesej yang cuba disampaikan melalui ayat itu ialah antara lain mahukan manusia itu menjadi hamba kepada Allah, bukannya mencari alasan untuk menolak hukum Allah.

Justeru, beliau menggesa pihak yang terbabit memberi kenyataan memperlekeh hukum Islam itu melihat dari konteks akidah supaya setiap kenyataan mereka tidak mengakibatkan akidah mereka terpesong daripada landasan Islam.

Zaid bukan sekali cabar hukum Allah

Sementara itu seorang pendakwah, Ustaz Azhar Yaakob berkata, Zaid sebelum ini pernah memperlekehkan hukum Allah apabila bertindak menyaman kerajaan negeri Kelantan yang mengazetkan hukum Hudud.

"Kita nampak gambaran sekafir-kafir Firaun, beliau tidak pernah menyaman Nabi Musa a.s. dalam menegakkan syariat Allah. Sekafir-kafir Abu Jahal beliau tidak pernah menyaman Rasulullah s.a.w. kerana menegakkan syariat dan hukum Allah di bumi Makkah," katanya.

"Apakah Zaid ini lahir daripada Perlembagaan Persekutuan? Apakah beliau akhirnya akan mati dengan perlembagaan itu apabila beliau mendaulatkan hukum buatan manusia sementara menidakkan hukum Allah," tegasnya semasa memberi kuliah mingguan di Harakah sebentar tadi.

Kata Ustaz Azhar lagi, hari ini Zaid sekali lagi cuba memperlekehkan pengharaman konsert ‘Sure Heboh’ dengan menyifatkan pendangan mufti bersandarkan agama itu tidak boleh dipakai bagi urusan manusia.

Ujarnya, sikap itu jelas menunjukkan beliau hanya meletakkan ideologi sekular sebagai panduan dan pegangan hidupnya yang akhirnya akan menjejaskan akidah sebagai seorang Muslim.

Isu Abdullah rasmi perhimpunan Majlis Gereja Sedunia

Sementara itu, mengulas tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi merasmikan perhimpunan Majlis Gereja Sedunia di ibu negara Selasa lalu, Dr Haron berkata pada asasnya tidak nampak kesalahannya tetapi apabila dikaitkan dengan perhimpunan sedunia membabitkan sesebuah agama, ia patut difikirkan secara mendalam.

Ini katanya, tindakan Abdullah itu bolehlah disamakan dengan senario Presiden Amerika Syarikat, George W Bush datang merasmikan Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa ataupun memanggil Presiden Rusia, Vladimir Putin merasmikan Majlis Masjid-masjid Sedunia.

"Jika itulah keadaannya maka terjawab soalan tadi iaitu elokkah seorang Perdana Menteri beragama Islam merasmikan Majlis Gereja Sedunia hanya atas nama toleransi beragama," katanya.

Katanya, walaupun Islam membenarkan toleransi beragama iaitu saling hormat menghormati antara satu sama lain tetapi bukan bererti sampai ke peringkat terlibat merestui dan mengagungkan agama lain yang boleh mengundang tafsiran kepada menyanjung agama lain daripada agama Islam.

Katanya, ini dikhuatiri akan membawa kepada tafsiran yang berkaitan dengan suatu kaedah dalam akidah umat Islam yang berbunyi, 'reda dengan yang kufur membawa kepada kekufuran'.

Oleh sebab itu katanya, dalam konteks merasmikan Majlis Gereja itu secara rasionalnya adalah lebih baik yang merasmikannya pemimpin Kristian sendiri. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-08-04 02:01


SMS: Dakwaan Zaid disangkal
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini menyangkal dakwaan peguam Zaid Ibrahim semalam yang mengatakan majlis itu membuat undang-undang sesuka hati berhubung pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, fatwa yang dikeluarkan itu tidak berkuat kuasa sebagai undang-undang selagi tidak dibawa ke negeri-negeri oleh mufti masing-masing untuk diwartakan.

Justeru, jelasnya, fatwa tersebut hanya berfungsi sebagai panduan dari segi agama kepada orang Islam yang ingin mematuhinya.

``Apabila fatwa itu diwartakan di negeri-negeri, maka ia akan menjadi undang-undang yang berkuat kuasa di negeri-negeri itu.

``Masalah fatwa adalah berkaitan dengan hal ehwal agama yang terletak di bawah kuasa Raja di negeri masing-masing,'' katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Zaid dalam kenyataannya semalam menggesa kerajaan tidak membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat undang-undang sesuka hati berhubung fatwa pengharaman kuiz melalui SMS dan Konsert Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Ini kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurut Ismail, walaupun tanpa kuatkuasa undang-undang, telah ada pihak-pihak berkenaan yang mematuhi fatwa tersebut secara sukarela semata-mata kerana ingin mematuhi hukum agama.

``Isu yang mengatakan majlis ini membuat undang-undang sesuka hati tidak perlu timbul kerana tugas kami adalah menentukan sesuatu fatwa berhubung hal ehwal agama.

``Selama ini banyak undang-undang pentadbiran agama yang dijalankan di negeri-negeri adalah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan majlis,'' katanya.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Zaid bahawa fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan sistem sedia ada kerana Malaysia bukan negara teokratik, beliau memberitahu, Malaysia juga tidak mengamalkan sistem sekular.

Sebaliknya, tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara Islam.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-08-04 15:17




Saya juga menyokong agar konsert tersebut diharamkan. Yang saya tak faham tu kenapa masih ada lagi muda mudi kita yang tidak dapat membezakan mana baik dan mana buruk...Gunakanlah minda yang terpelajar itu untuk berfikir walau sejenak tentang baik dan buruknya akibat menyokong konsert tersebut. Dan yang lebih tak faham adalah..... ada pula para pemimpin negeri yang mahu mempertikaikan lagi keputusan majlis mufti2 dengan menyuruh para ahli majlis turut serta dalam konsert tersebut....Ish..ish...Tak faham sungguh. Kenapa iye???????

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

zinnirah_84
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5026
Posting: 28
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 06-08-04 21:50


Syabas! ana sokong 100%.rancangn hiburan yg melalaikan seperti ini patut diharamkn.malah byk lagi rancangn hiburan yg mcm tu,contohnya akademi fantasia yg ntah hapa2,bercampur lelaki& perempuan.inikah yg dikatakan kemajuan??? sampai lupa pada batasan agama... Perkara sebegini perlulah dibendung dgn segera.golongan remaja mudah terpengaruh dgn benda2 mcm ni. byk pihak merungut keruntuhan akhlak di kalangan remaja makin meningkat,tp apa kesudahannya kalau perkara sebegini dihidangkan kpd mereka,tentu x masuk akal kn? sepatutnya masyarakat dihidangkn dgn perkara2 yg berunsur keilmuan buknnya kemaksiatan. Berhibur x slh di sisi ISLAM tp biaqla kna pd tempat & caranya.....asalkan x melampaui batasan syariat.
Sesungguhnya ISLAM itu indah cuma manusia sahaja yg tidak tahu menilainya......sama2lah kita bermuhasabah diri.....WALLAHUA'ALAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnirah_84Profil   Hantar PM kepada zinnirah_84   Quote dan BalasQuote

ahmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9956
Posting: 39
Dari: tpGARANG

Selangor  


posticon Posting pada: 06-08-04 21:52


Tapi nak tau jawapan Umara' Malaysia (PieM) yang tertinggi....
"Tu cuma pandangan peribadi dia (Mufti Perak) je.... bukan fatwa..."

HUH!!! Takde langsung sokongan utk diharamkan!!
PM ape ni.. nama je lulusan Pengajian Islam.. 8(
AMAT MENGECAWAKAN...
Dengan TV3 pun takut...

Kat NAM, OIC, negara2 miskin, negara2 afrika... tunjuk lagak...
"malaysia contoh Negara Islam"...
Hakikatnye hampeh...

Hmmm... tu la korang ... Pangkah lah LAgi
'NERACA BIRU' tu 2009 ni...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmieProfil   Hantar PM kepada ahmie   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 09:09


tapi kenapa dah dekat nak habis baru nak haram ? Adakah ia akan muncul untuk musim yang baru ???? tengoklaa samada ada respon atau tidak daripada pimpinan kita.....

-----------------
Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 20:58


Reaksi 'Sure Heboh' (10) : Abdullah cuba tutup mulut mufti

Friday, August 06 @ 11:44:05 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 6 Ogos(Hrkh) - Gesaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar pihak tertentu berhenti daripada membincangkan isu pengharaman konsert 'Sure Heboh' hanyalah helah pemimpin negara itu menutup mulut mufti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Dr Haron Din berkata, gesaan Abdullah itu hanyalah helah untuk menutup mulut para mufti daripada menghebahkan perkara yang benar berlandaskan hukum Islam kepada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa diwawancara Harakahdaily semalam bagi mengulas isu gesaan Abdullah supaya semua pihak berhenti dari membincangkan isu pengharaman konsert 'Sure Heboh' yang didedahkan oleh Majlis Mufti Malaysia minggu lalu.

"Pemimpin negara ini hebat dalam mencanangkan sistem demokrasi dan kebebasan bersuara, tetapi dalam isu ini keadaan sebaliknya. Mulut mufti ditutup daripada mendedahkan kebenaran kepada rakyat," tegasnya lagi.

Menurut Dr Haron, sebelum ini kerajaan turut meminta rakyat supaya membincangkan pelbagai isu termasuklah yang melibatkan pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.

Bagaimanapun ujarnya, dalam isu yang menyentuh perkara halal dan haram, kerajaan sekali lagi mengarahkan rakyat termasuk badan khas yang berkhidmat untuk kerajaan (Majlis Mufti) agar berhenti daripada mengeluarkan pendapat mereka.

"Yang terdengar hanya pendapat pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bercanggah dengan akidah Islam itu sendiri," tegasnya lagi.

Sebagai contoh, kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim yang hebat menghentam Majlis Mufti Malaysia membuat tindakan tidak berdasarkan perlembagaan negara.

Kenyataan Zaid itu dianggap biasa bagi pemimpin tinggi kerajaan, tetapi kenyataan mufti sebaliknya dilihat hanya mengelirukan rakyat.

"Inilah akibat jika orang yang tidak mempunyai pengkhususan agama bercakap mengenai perkara yang di luar bidang mereka. Keadaan ini menambahkan kekeliruan rakyat," tegasnya.

Katanya lagi, tindakan itu sekali gus membuka peluang kepada musuh Islam untuk menghentam, mengkritik dan memperlekeh hukum Islam sesuka hati mereka.

"Hukum haram cuba 'dipeti-aiskan' daripada masyarakat. Kalau itulah hasrat sebenar pemimpin kerajaan, amat malanglah bagi kita semua setelah begitu kukuh fatwa Majlis Mufti dihujahkan, kemudiannya tidak boleh disebarkan kepada masyarakat," ujarnya lagi.

Kata Dr Haron, dalam Islam sesuatu hukum yang sah bersabit dengan haram tidak boleh disembunyikan atau didiamkan oleh pihak yang mengetahui kebenaran itu.

"Menyembunyikan hukum Allah dengan niat merendahkannya, ia termasuk dalam dosa-dosa besar," tegas beliau yang juga mantan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedikit masa lalu.

Justeru beliau sekali lagi meminta kerajaan terutamanya Abdullah memberi kebebasan kepada Majlis Mufti yang dilantik kerajaan memberi pandangan, teguran dan nasihat berhubung sesuatu perkara yang menyentuh isu umat Islam.

"Saya takut perkara lama yang terjadi kepada mantan Mufti Negeri Selangor, Dato' Ishak Baharom akan berulang. Ketika itu mufti dipecat, sementara ratu cantik pula dibela oleh kerajaan," tegasnya. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

fumiyo
Warga Rasmi
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11338
Posting: 18
Dari: Kuantan

Johor  


posticon Posting pada: 07-11-04 15:42


Ooooo.....artikel ni saya ade jgk baca....kat dalam majalah al-islam...memang menarik topik nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fumiyoProfil   Hantar PM kepada fumiyo   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-11-04 13:31


hehehe..
tingat kisah lama..
masa zaman maha**** dahulu..
bila mufti keluarkan fatwa yg pertandingan ratu cantik tu haram.hehe..terus kena pecat.
la ni..seorg lagi mufti kata sure heboh haram hampir juga kena pecat.
tapi disebabkan sultan sayang dia kena gam je sekejab.
hehe..

jadi moralnya disini..
kita nampak pemimpin negara bijak dlm retorik menegakkan islam.
cuma bab action..
mmmm...hampes..
jadi dah terang..
cuma kadang2 kita sama2 nak ikut jugak jln yg gelap.

p/s..mahafira** jg la yg ada skang ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-12-04 19:59


Pelancaran ‘Sure Heboh 2005’ bukti nasihat mufti diketepi

Friday, December 24 @ 16:01:25 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) - Pelancaran ‘Karnival Sure Heboh 2005’ yang disempurnakan Ketua Eksekutif TV3, Dato' Ahmad Farid Rizuan malam tadi membuktikan stesen televisyen itu tidak mengendahkan tegahan Majlis Mufti Malaysia pada pertengahan tahun 2004.



Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mazlan Aliman berkata, pihaknya kesal TV3 masih meneruskan perancangan untuk menghidangkan rakyat dengan hiburan terlampau seperti mana yang dilakukan pada karnival lalu.

Menurut Mazlan, pihaknya juga kesal pengurusan TV3 tidak memikirkan sensitiviti golongan agama selain bantahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia semasa ‘Sure Heboh’ hangat diperkatakan.

"Ketika itu Majlis Mufti tegas dengan pendirian bahawa penganjuran ‘Konsert Sure Heboh’ bercanggah dengan ajaran Islam, bagaimanapun ia tidak diendahkan malah dibela oleh beberapa pemimpin kerajaan," tegasnya.







Menurutnya lagi, TV3 seharusnya mengambil iktibar bantahan golongan agama lebih-lebih lagi Majlis Mufti adalah badan yang diiktiraf dan mufti digaji oleh kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS akan menyerahkan memorandum bantahan kepada pengurusan TV3 pada 27 Disember ini memandangkan stesen televisyen itu masih berdegil dengan perancangan mereka.

Pada 30 Julai lalu, Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mewakili Majlis Mufti Malaysia menyatakan persembahan hiburan 'Sure Heboh' adalah haram dan diwajibkan diberhentikan segera.

"Pada saya 'Sure Heboh' ini adalah suatu perkara yang tidak baik kerana ia melalaikan orang. Maka perbuatan melalaikan orang itu hukumnya haram," ujarnya ketika menjawab soalan pemanggil sewaktu siaran langsung itu.

Ujar Ustaz Harussani lagi, mereka yang menghadiri rancangan 'Sure Heboh' itu terdiri daripada kalangan remaja Melayu yang beragama Islam.

Tambahnya, mereka yang hadir tentulah akan berseronok daripada sebelum Maghrib lagi hinggalah ke lewat malam, malah ada yang meneruskan aktiviti lain selepas konsert itu seperti melepak hingga ke Subuh.

Selain itu, beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Pejabat Mufti Negeri Perak telah membuat laporan membantah pihak terbabit yang menganjurkan program 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia' dan ‘Persembahan Bakat Warga Emas’.

"Semua program hiburan seumpama itu adalah perbuatan yang membuang masa dan melalaikan termasuklah melemahkan tumpuan pelajar terhadap pendidikan mereka," ujarnya. – lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

wufi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3225
Posting: 158
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-06-06 20:34


saya setuju 100%

Bookmark and Share

    


  Member Information For wufiProfil   Hantar PM kepada wufi   Pergi ke wufi's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 15:18


!!! QUOTE !!!

Zaid: Usah biar dua majlis buat `undang-undang' sesuka hati

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia membuat `undang-undang' sesuka hati kerana penggubalan perundangan negara tidak bersandarkan pandangan agama sebaliknya diputuskan di Parlimen seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Peguam Zaid Ibrahim berkata, Malaysia bukan sebuah negara teokratik dan kedua-dua badan agama itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan sistem sedia ada.

``Merujuk kepada fatwa pengharaman kuiz melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan isu hukum haram konsert Sure Heboh oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

``Saya dapati banyak kesilapan dalam cara dua badan ini membuat keputusan kerana Malaysia mempunyai undang-undang dan agensi penguatkuasaan yang cukup untuk menangani kedua-dua isu itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas keputusan pengharaman peraduan kuiz SMS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan konsert Karnival Sure Heboh oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia.

Zaid yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, isu yang berkaitan dengan masyarakat awam tidak sewajarnya disentuh berdasarkan garis panduan agama dan kaum.

Beliau mendakwa, jika terdapat cubaan eksploitasi dan perjudian dalam peraduan melalui SMS maka undang-undang berkaitannya akan digubal di Parlimen sekiranya dasar awam memerlukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, tidak ada badan yang berhak campur tangan dalam proses pentadbiran negara melainkan kerajaan.

Katanya, pihak pentadbir agama sewajarnya menggunakan kedudukannya yang dihormati untuk mendidik masyarakat dan bekerjasama dengan semua pihak meningkatkan nilai moral masyarakat.

geram betul bila baca pandangan di atas, berani dia pertikaikan mufti.

Pak Lah pula anggap fatwa tersebut hanya sekadar pandangan, bukan fatwa, sedangkan seluruh mufti dah sepakat.

patutlah sampai sekarang ada lagi, cuma ditukar nama kepada jomheboh saja, sedangkan pengisian tak berubah.

Islam Hadhari...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 15:20


lah.............memangla haram!!!
apa nak dihebohkan lagi.
ana sokong mufti-mufti!!!
hidup kerana islam!!!
ALLAHUAKBAR!
nyanyi tu pun dah haramla...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

aqli
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19625
Posting: 83

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-07-06 15:52


sedih tengok muda mudi harapan negara...
bila tengok konsert (saya mengaku, saya pun tengok..tapi saya tengok dr skop yang lain) banyaknya bangsa melayu yang beragama islam terleka..
pencampuran lelaki dan perempuan tak payah nak cakap lah...
sedih kan...
konsert habis pukul 11..lepas itu pergi mana???
Astagfirullah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqliProfil   Hantar PM kepada aqli   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.20025 saat. Lajunya....