Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 132
Ahli: 0
Jumlah: 132




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 13 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Di Sebalik Kisah Sebenar Pembunuhan Norzi Ayu.


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Di Sebalik Kisah Sebenar Pembunuhan Norzi Ayu.

Please Mendaftar To Post


Oleh Di Sebalik Kisah Sebenar Pembunuhan Norzi Ayu.

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 21:59


Berdasarkan fakta yang sebenar....Pegawai Penyelidik Norzi Ayu, 27 tahun

Pemuda berusia 23 tahun merupakan bekas tunangan kepada arwah AYU. Ketika kejadian, arwah tidak pergi ke pejabat kerana diserang demam. Tidak ada sama sekali CINTA 3 SEGI di sini. Jadi, apakah fakta yang sebenarnya??

Sebagai seorang tunangan, beliau melayan arwah dengan kasar sekali... sepak terajang merupakan agenda utama sepanjang perhubungan mereka...Disebabkan tidak tahan dengan keganasan yang telah dilakukan, arwah memutuskan pertunangannya dengan pemuda berusia 23 tahun tersebut dan baru2 ini beliau berkawan dengan pegawai dari IMR. Setelah pemuda tersebut mengetahui tentang perhubungan arwah dan pegawai tersebut beliau naik berang lalu cuba untuk menghalang perhubungan tersebut.

Isnin lepas, 26 Julai 2004 arwah Ayu tidak pergi ke pejabat kerana demam. Mengetahui tentang keadaan beliau, pemuda berusia 23 tahun tersebut bertindak pergi ke apartment beliau di bangi. Menggunakan GERGAJI, dia telah memotong mangga pintu grill di apartment beliau. Ketika kejadian, arwah Ayu menjerit meminta pertolongan dari jiran2 tapi tidak dipedulikan oleh orang yang pekak telinga.

Semasa kejadian, arwah sempat menefelon POLIS memberitahu bahawa ada penyerang sedang cuba untuk memasuki rumah beliau menggunakan gergaji namun polis memberikan alasan yang tidak wajar iaitu LELAKI TERSEBUT HANYA NAK BERKENALAN DENGAN KAMU SAHAJA TU......

Lantas beliau menelefon guru silat nya. Namun, ajal sememangnya di tangan pemuda tersebut. Ketika guru silat beliau sampai(saksi utama kes pembunuhan ini), beliau nampak pemuda tersebut mengacukan gergaji di leher arwah. Memandangkan guru silat tersebut merupakan guru arwah dan pemuda 23 tersebut, maka guru silat tersebut berusaha sedaya upaya berunding dengan anak muridnya, pemuda 23 tahun itu menyelesaikan perkara tersebut tanpa pertumpahan darah, tapi dek kerana dirasuk syaitan maka dengan marahnya dia mengheret arwah ke dalam bilik lalu menguncinya.

Di dalam bilik tersebut hanya Allah yang menyaksikan perkara sebenar apa yang berlaku, kerana setelah pemuda berusia 23 tahun itu keluar dari bilik tersebut arwah sudah ditikam sebanyak 3 kali dan bukan 2 kali seperti apa yang dilaporkan oleh media. Tatkala pemuda 23 tahun itu keluar dari bilik tersebut dia sendiri tergamam dengan tindakan yang telah dilakukannya. Buat pengetahun semua, dengan sisa baki hayatnya arwah Ayu sempat mengejar kembali bekas tunangannya namun setelah beberapa langkah, arwah jatuh.

Ketika itu, dengan sedikit harapan arwah menceritakan apa yang telah berlaku kepada saksi utama kes pembunuhan ini iaitu guru silat tersebut DETIK-DETIK sebelum saat beliau ditikam oleh lelaki yang pernah dicintainya sebelum ini.

Dan segala fakta mengenai alasan polis, mengenai bekas tunangannya menggergaji pintu grill dan jeritan meminta pertolongan adalah dari mulut arwah sendiri... Dan ketika dalam keadaan lemah, beliau telah dibawa ke hospital.

Oleh kerana kehilangan darah yang banyak ekoran dari tikaman menggunakan gergaji, arwah meninggal di hospital kajang. Jenazah arwah hanya dibenarkan keluar dari bilik mayat semalam kerana melalui proses bedah siasat.

Inilah rangkuman cerita sebenar dari apa yang berlaku. Media sewajarnya bertanyakan kepada saksi cerita sebenar kejadian ini dan bukan menutup kesalahan orang lain dengan menulis kononnya cinta 3 segi dan sebagainya.. Dan persoalannya di sini, dimanakah POLIS ketika mangsa betul2 memerlukan pertolongan dan adakah jiran sekeliling pekak ketika beliau menjerit meminta pertolongan?? Wallahhualam..

Al-fatihah

* sumber drp [email protected]]



-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

syamin_raw85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 285
Posting: 46
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 22:29


wbkt

Eee..mcm tu ceritanye. Ape la perasaan sahabat saya seorg tu bile dgr cite ni. Arwah tu plak merupakan kakak kesayangan dier.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syamin_raw85Profil   Hantar PM kepada syamin_raw85   Pergi ke syamin_raw85's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 22:42




‘Pertandingan silat cetus kemarahan bekas kekasih’
Oleh Fazallah Pit


KLANG: Tindakan Norzi Ayu Md Noor (gambar) membawa bakal tunang ke satu pertandingan silat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini dipercayai menjadi punca kemarahan bekas kekasihnya sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Adiknya, Noorziana Md Noor, 26, berkata, bekas kekasih kakaknya dikatakan terlalu cemburu apabila Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) itu berbuat demikian.

Malah, suspek mungkin lebih marah berikutan tindakan kakaknya membawa bakal tunang ke pertandingan silat selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

Katanya, Norzi Ayu yang menjadi juri pertandingan itu dikatakan tidak menyangka perbuatannya menimbulkan kemarahan bekas kekasihnya, walaupun tidak berniat melukakan perasaan suspek.

“Ketika itu, bekas kekasih kakak sudah tiada sebarang hubungan dengan kak Ayu,†katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Songket 4, Taman Maznah di sini semalam.

Akhir bulan lalu, beliau berkata, Norzi Ayu pernah diminta bekas kekasihnya membuat pilihan sama ada terus bersama dia atau orang lain tetapi kakaknya memilih bakal tunangnya.

“Kak Ayu pernah tanya saya mengenai soal itu. Saya kata kakak harus ikut hati dan dia memilih memutuskan hubungan dengan suspek kerana tiada keserasian," katanya yang sering berkongsi masalah dengan Norzi Ayu.

Sejak itu, Noorziana berkata, bekas kekasih Norzi Ayu mula mengugut kakaknya, termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi keluarganya tidak menyangka ia boleh membawa kepada pembunuhan.

Katanya, bapa mereka Md Noor Dahari juga mengetahui masalah antara kakaknya dan suspek kerana bapa juga menerima ugutan ketika bekas kekasih kakaknya mengunjungi rumah sekitar dua minggu lalu.

Katanya, bapa mereka sering menasihatkan Norzi Ayu berwaspada, malah kerap menziarahi kakaknya di Pangsapuri Seri Tanjung, Bandar Baru Bangi bagi memastikan keselamatannya.

Mengenai pembunuhan itu, Noorziana percaya bekas kekasih kakaknya sudah merancang berbuat demikian terhadap mangsa ketika menceroboh masuk ke rumah mangsa, Isnin lalu.

Ini kerana, suspek dikatakan membawa mangga pintu lain dan menggantikan mangga sedia ada selepas menceroboh ke rumah bagi menghalang orang lain memasukinya.

“Ia juga menyebabkan guru silat yang dikenali sebagai Abang Man gagal masuk ke rumah itu walaupun sempat tiba ke rumah kakaknya sebelum pembunuhan berlaku,†katanya.

Noorziana berkata, beliau terkilan kerana kakaknya tidak pulang ke rumah akhir minggu lalu seperti kelaziman kerana demam dan letih selepas mengendalikan pertandingan silat itu.

Beliau berkata, Norzi Ayu juga mengambil cuti kecemasan pada hari kejadian untuk berehat dan bercadang pulang ke rumah keluarganya di sini pada waktu petang.

“Saya percaya, jika kakak sihat, dia tentu pulang ke sini, sekali gus terlepas dari pembunuhan itu. Mungkin sudah takdirnya begitu,†katanya sambil menambah kakaknya sudah mencapai tahap jurulatih dalam Seni Silat Gayung.

Noorziana berkata, semua ahli keluarganya mengenali suspek kerana pernah mengunjungi rumah mereka beberapa kali, malah keluarga suspek dari Kelantan juga pernah berhari raya di situ.

“Arwah kakak memang rapat dengan suspek kerana sama-sama menyertai silat tetapi hanya menganggapnya sebagai kawan rapat saja. Tidak wujud cinta tiga segi. Hanya cinta tidak berbalas dan cemburu,†katanya.

Ibu mangsa, Puziah Hassan, 52, pula masih sebak dengan kehilangan anak sulungnya itu kerana mangsa adalah seorang ceria, rapat dengan keluarga dan menjadi contoh ikutan kepada adik-adiknya.

Katanya, kali terakhir bertemu dengan Norzi Ayu adalah pada 18 Julai lalu ketika mangsa bersiap ke Melaka bagi membentangkan kertas kerjanya sebagai melengkapkan keperluan ijazah sarjananya.

“Ayu tidak bercakap banyak tetapi rapat dengan adik-adiknya dan sentiasa berterus terang apabila menghadapi masalah. Kami sayangnya tetapi reda dengan pemergiannya,†katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

rijalulmuslim
Warga Rasmi
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9871
Posting: 9
Dari: um

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 22:59


hmm..sedihnya sya dgr cerita di ats nie..smoga p'kara sedemikian x akan berlaku lagi kpd masyarakat kita ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rijalulmuslimProfil   Hantar PM kepada rijalulmuslim   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 00:29




Bila baca cerita tentang pembunuhan Norzi Ayu..sedih sgt2...kenapalah menusia sanggup melakukan perkara yg dilarang hanya kerana tuntutan nafsu syaitan semata?



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 30-07-04 04:51


nak dikatakan bodoh, belajar sampai ke universiti. kdg2 manusia ni badan aje besar, berpelajaran tinggi......tp otak dh mcm otak lembu. maaf klu bahasa kasar namun itulah kenyataannya. x ubah mcm haiwan yg x berakal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

izdihar_insyirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4238
Posting: 32
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 30-07-04 15:21


dunia skrg ni macam-macam.itulah kalau ikutkan hati dan perasaan.belajar tinggi mana pun kalau tak boleh nak gunakan akal fikiran dgn betul,macam2 tindakan bodoh yg dibuat...
Al Fatihah untuk arwah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdihar_insyirahProfil   Hantar PM kepada izdihar_insyirah   Pergi ke izdihar_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 15:49


manusia zaman sekarang....hanya kepada sebuah kecemburuan nyawa jadi sasaran...mereka ni semua bertindak mengikut hawa nafsu walaupun berpelajaran tinggi....semoga dia mendapat balasan yang sewajarnya atas perbuatannya itu....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 30-07-04 18:03




hmmm.. sbb cinta manusia sampai hilang pertimbangan.. moga kes ni jadi iktibar utk kita semua..

semoga Allah cucurkan rahmatNya ke atas roh Allahyarhamah Norzi Ayu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 21:10


ya allah....!!!! mcm tu cite nye ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 21:30



posting ni adalah untuk meminta pandangan dan juga kesahihan mengenai artikel tersebut.
ana dpt artikel ini melalui seorang hamba Allah mungkin ada yg boleh memberikan pandangan.
jgn salah faham mengenai artikel ini! dan mudah membuat andaian!...
ARTIKEL INI UNTUK MEMINTA PANDANGAN MENGENAI ISU INI. ANDAI ADA YG BOLEH MEMPERBETULKAN APA YG SALAH DLM ARTIKEL INI SILA TAMPILKAN KENYATAAN YG BOLEH MENYOKONG STATEMENT DI ATAS. ANA SENDIRI MERASAI KERAGUAN, JADI ARTIKEL INI MENGUNDANG PADA SESIAPA YG BOLEH ,ENJELASKAN HAL YG SEBENARNYA.
WSLM

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 22:37


hemm terpengaruh sangat dengan hasutan syaitan durjana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 22:39


hemm terpengaruh sangat dengan hasutan syaitan durjana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 22:39


hemm terpengaruh sangat dengan hasutan syaitan durjana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Raudhatunnur04
Warga Rasmi
Menyertai: 10.06.2004
Ahli No: 9383
Posting: 13
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-07-04 23:58


..
Pelik betul manusia ni..tak habis-habis,asyik nak bunuh-membunuh aje..kadang2 sprt menjadi satu habit pula.Rasanya telinga ni mcm nak pekak aje bila dengar berita mcm ni.bila semua ini akan berakhir?
sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi hidayah kpd mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Raudhatunnur04Profil   Hantar PM kepada Raudhatunnur04   Quote dan BalasQuote

ada_syuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1685
Posting: 81
Dari: bumi allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 08:55


begitu lah manusia kini....tanda dunia berada di penghujungnya...nyawa terlalu murah harganya..entah la manusia....moga kita semua sentiasa berada dalam lindungan illahi..

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ada_syuhadaProfil   Hantar PM kepada ada_syuhada   Quote dan BalasQuote

ARJ
Warga Rasmi
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1336
Posting: 2

Johor  


posticon Posting pada: 31-07-04 13:16


assalamuaikum..

sedih rasanya mendengar citer disebalik pembunuhan allahyarham ayu tu. sahih ke citer tu ismi_safiza?

inilah kesannya bila kita tidak memperdulikan jiran dan tidak menjalankan ttjwb yg diamanahkan(polis)..

semoga kita tidak jd mcm tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ARJProfil   Hantar PM kepada ARJ   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 14:00


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah syukran jazilan atas info yang diberi kerana niat umi
memaparkan ialah agar ada feedback membetulkan fakta di akhbar dan juga
internet. Semoga Roh Allahyarhamah diRahmati Allah SWT. Inalillahi wa inna
ilaihi rajiun. Al Fatehah.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


>From: norm mintre
>To: siti hajar mohsin
>Subject: Re: [islah-net] kisah sebenar disebalik pembunuhan Norzi Ayu
>Date: Fri, 30 Jul 2004 21:53:11 -0700 (PDT)
>
> warahmatullah..
>gadis malang ini adalah anak kepada kakak ipar saya.
>"fakta" yang dipaparkan mengandungi beberapa
>kesilapan.
>1. nama sebenar arwah ialah norziayu
>2. ayu tak pernah bertunang... cuma ada ura ura dia
>akan bertunang pada bulan disember
>
>3. ayu ditikam 2 kali dengan pisau. salah satu tikaman
>itu mengenai vena cava (pembuluh besar jantung. sebab
>kematian ialah kehilangan darah yang banyak.
>4. talipon bimbit ayu tak ada kredit sewaktu kejadian
>berlaku
>
>


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 14:00


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah syukran jazilan atas info yang diberi kerana niat umi
memaparkan ialah agar ada feedback membetulkan fakta di akhbar dan juga
internet. Semoga Roh Allahyarhamah diRahmati Allah SWT. Inalillahi wa inna
ilaihi rajiun. Al Fatehah.

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


>From: norm mintre
>To: siti hajar mohsin
>Subject: Re: [islah-net] kisah sebenar disebalik pembunuhan Norzi Ayu
>Date: Fri, 30 Jul 2004 21:53:11 -0700 (PDT)
>
> warahmatullah..
>gadis malang ini adalah anak kepada kakak ipar saya.
>"fakta" yang dipaparkan mengandungi beberapa
>kesilapan.
>1. nama sebenar arwah ialah norziayu
>2. ayu tak pernah bertunang... cuma ada ura ura dia
>akan bertunang pada bulan disember
>
>3. ayu ditikam 2 kali dengan pisau. salah satu tikaman
>itu mengenai vena cava (pembuluh besar jantung. sebab
>kematian ialah kehilangan darah yang banyak.
>4. talipon bimbit ayu tak ada kredit sewaktu kejadian
>berlaku
>
>


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 16:32



cuba baca posting ana sebelum ini...
ini adalah antara artikel yg ana dapat mungkin beribu lagi yg dapat..sahih atau tidak, itulah ana perlukan. melalui posting ini ana harap sapa yg ada maklumah yg SAHIH sila kemukakan...
wsm

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 31-07-04 20:52


saya rasa kisah ni kurang betul, kerana dari segi cerita seolah penulis email tu ada dtempat kejadian, dia bleh cerita secara detail hinggakan perbualan dgn polis pun dia tahu... so, secara logik macam mana dia tau citer? sebab masa tu cuma 3 org je yg ada di situ iaitu mangsa,suspek dan guru silat... saya minta kepada semua klu cerita tu kita tak tahu kesahihan nya jgnlah hebahkan... mungkin akan menyentuh perasaan keluarga mangsa... atau mungkin akan timbul fitnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-04 21:04


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah anak anak dah baca ke apa yang umi paste? Baca betul-betul ....

From: norm mintre
>To: siti hajar mohsin
>Subject: Re: [islah-net] kisah sebenar disebalik pembunuhan Norzi Ayu
>Date: Fri, 30 Jul 2004 21:53:11 -0700 (PDT)
>
> warahmatullah..
>gadis malang ini adalah anak kepada kakak ipar saya.
>"fakta" yang dipaparkan mengandungi beberapa
>kesilapan.
>1. nama sebenar arwah ialah norziayu
>2. ayu tak pernah bertunang... cuma ada ura ura dia
>akan bertunang pada bulan disember
>
>3. ayu ditikam 2 kali dengan pisau. salah satu tikaman
>itu mengenai vena cava (pembuluh besar jantung. sebab
>kematian ialah kehilangan darah yang banyak.
>4. talipon bimbit ayu tak ada kredit sewaktu kejadian
>berlaku

Umi telah menerima email dari hamba Allah di atas itu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-08-04 03:20


hmmm....kasihan...sedih gak baca citer ni....tapi nak buat macam mana...dah takdir dia macam tu....mungkin allah lebih sayangkan dia....

yang media dok kalut buat citer....apa laaa..sapa yg nak jadi wartawan tu...jgn laa menghipobola kan sesuatu citer....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 02-08-04 03:30


moral of the hoax:jangan sesekali membiarkan kredit handset anda kering...rajinkan diri untuk topup..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 10:43


assalamualaikum.....

thanks atas info dr ummimq. ana terkejut bila kali pertama dgr melalui radio...ana ucapkan takziah kpd keluarga mangsa dan al-fatihah buat arwah. ana pun terkejut bila kejadian tu berlaku di apartment yg sama ngan kwn ana duduk. tp kwn ana xda pd masa kejadian krn dia ada kelas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 11:31


.....zaman skarang penuh keganasan..tiap hari ada je tersiar di dada akhbar...yg mnyedihkan...yg terlibat kebanyakannya org Melayu..org Islam...

mmg sedih kisah allahyarhamah ni..smg rohnya dicucuri rahmat....amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 18:44


..

Tak habis2 dengan isu pembunuhan..!! Bila hati dah dirasuk syaitan mcm2 yg jadi..Na'uzubillah..

Semoga Allah kekalkan keamanan dan tegakkan daulah Islam di Malaysia

Wallahua'lam

-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 20:05


mari kita tgk 999 malam ni kat TV3 cite pasal arwah norziayu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

kakyong
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-04 21:20




Kakyong rasa kan...pemuda 23 thn tu sakitlah....mungkin dia ni ada masalah psikologi...sbb. biasanya mereka ni mmg aggressif dan menakutkan...

wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongProfil   Hantar PM kepada kakyong   Pergi ke kakyong's Website   Quote dan BalasQuote

DarkenX
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2004
Ahli No: 8839
Posting: 53
Dari: kedah darul aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 07:38


biar bagai mana dia meninggal tak payah la cerita pasal dia lagi dia dah terima bahagian dia macam tu cuma kita boleh buat sedekah kan al fatihah ...semoga roh arwah di rahmati allah ...
al fatihah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For DarkenXProfil   Hantar PM kepada DarkenX   Pergi ke DarkenX's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-04 08:49


takut nyer saye ngn org lelaki ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-08-04 15:09




Kerana cinta yang sementara itu manusia sanggup berbuat apa2 sahaja termasuk membunuh.Sedangkan cinta yang sepatutnya dicari dan dimiliki ( Cinta kepada Allah dan Rasul) tidak dipedulikan. Semoga kejadian itu membuka mata para remaja dan sahabat2 yang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

ayu_usm
Warga Rasmi
Menyertai: 10.08.2004
Ahli No: 10558
Posting: 1
Dari: selangor

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-08-04 01:24


ooo...macam tu kisahnya.
Hanya Allah saja Maha Menetahui setiap sesuatu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayu_usmProfil   Hantar PM kepada ayu_usm   Quote dan BalasQuote

are-zie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.05.2004
Ahli No: 9174
Posting: 32
Dari: Sabak Bernam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-08-04 18:41



Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.....
Hikmah yang paling besar sekali kepada kita semua adalah pengajaran disebalik kejadian...


Bookmark and Share

    


  Member Information For are-zieProfil   Hantar PM kepada are-zie   Pergi ke are-zie's Website   Quote dan BalasQuote

khadijah_rais
Warga Rasmi
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11030
Posting: 5
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 23:45


wbt..saya tak sangka sampai begitu keadaannya...saya sbg mahahsisiwi ukm agak terkejut dgn kejadian tersebut...ini kerana saya menyangkakan...mahasiswa/i ini sudah matang pemikirannya..itula org kata...ikut hati,mati...ikut nafsu lesu...saya pelik...kite sbg orang islam...jgn terlalu ikut perasaan....terimalah qada'&qadar Allah swt...kalau dah bukan jodoh kita nak buat mcm mane....kan tak psal2 menyusahkan diri kita sendiri.... mungkin dah trend masyarakat kita...bunuh itu saje penyelesaiannya...kadang2 saye rasekan...dunia ini sudah tidak selamat lagi....semoga Allah sentiase melindungi kita semua..apa dah jadi gdn dunia ini....wallahualam...

-----------------
litelbee

Bookmark and Share

    


  Member Information For khadijah_raisProfil   Hantar PM kepada khadijah_rais   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-04 23:54



mmg susah org bercinta nih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 01:51


bunuh dah jadi perkara biasa sekarang ni.....

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-09-04 13:49


hmmm,berpelajaran tak semestinyer pandai dalam segala segi....orang tak berpelajaran pulak tak semestinyer tak leh berfikiran waras.kebanyakan anak2 yang berpelajaran lah abaikan makbapak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

nur_hanillah
Warga Rasmi
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1511
Posting: 20

Johor  


posticon Posting pada: 20-09-04 12:54




Just some story to share....

Apa yang saudari ismi_safiza ceritakan tu saya tak pasti kesahihannya tapi kita kena tahu dulu sumber nyer dari siapa. Kalau dari kisah sebenar memang saya tak percaya dgn maklumat dari saudari ismi_safiza. Kalau maklumat dari ummi insyaAllah sahih sebab saya sendiri tahu mengenainya.

Untuk makluman semua saya juga anak murid guru silat arwah (Abg Man/Coach), cuma saya tak sempat mengenali arwah. Kakak2 dan abg2 senior yang mengenali arwah amat2 sedih dan terkejut dgn kejadian itu.

Pada mlm beliau meninggal dunia, saya dan kawan2 pelik kenapa Abg Man tak sampai2. Kami juga perasan abg2 dan kakak2 kami kelihatan gelisah terutama Along(ketua for sisters) sebab beliau amat mengenali arwah. Pada mlm tu kami teruskan juga latihan tanpa kehadiran Abg Man. Abg Long(assistant Abg Man) latih kami mlm tu agak agresif dan mlm tu first time saya disuruh fight dgn Abg Long. Pada akhir latihan kami duduk beramai-ramai dan Abg Long menyampaikan kami berita tersebut. Pada esok mlmnya kami batalkan latihan berikutan kes bunuh tersebut.

Mlm berikutnya kami adakan latihan seperti biasa tapi suasana mlm tu agak sedih dan Abg Man kelihatan tak bermaya. Kebetulan kami sdg sibuk preparation utk tournament so mlm tu Abg Man just lepaskan everyone yg masuk tournament belasah dia, biasanya dia akan lawan balik tapi mlm tu tak, kesian sgt kami tengok.....

Pada akhir sesi kami duduk beramai-ramai dan Abg Man ceritakan sedikit mengenai peristiwa tersebut. Dia cuma berpesan JANGAN PERCAYA DGN APA YANG MEDIA LAPORKAN SBB DIA SENDIRI TAK PERNAH BUAT ANY KENYATAAN BERKENAAN KES INI. Pada mlm tu dia tak banyak cerita just dia sedih dgn sikap media yang sesuka hati tulis itu ini dan dia pun sedih jugak sbb tak dpt selamatkan arwah because she is a great person malah dia juga juara silat kebangsaan. Abg Man latih dia sampai tahap jurulatih so Abg Man agak terkilan dan rasa bersalah sbb dia tak dapat selamatkan arwah tapi yang pasti semua itu di tgn Tuhan, kita sebagai manusia cuma mampu menerima segala ketentuanNya.

Just sedikit pesanan dari Abg Man kepada kami as anak muridnya dan kepada semua yang membaca, kes ini bukanlah seperti apa yang diwar-warkan oleh media. Kita tunggu dan lihat saja apa kesudahannya. Abg Man tidak membuat any kenyataan sebab dia tak mahu maklumat yg dia sampaikan nanti ada salah faham bila kes ini dibicarakan di mahkamah dan si pembunuh terlepas begitu saja. InsyaAllah after kes ini selesai, beliau akan menceritakan semua kisah yang sebenar-benarnya kepada kami so insyaAllah saya akan ceritakan untuk makluman semua bila Abg Man dah inform nanti yerk....

al-fatihah buat arwah Norziayu

p/s: maaf yer panjang sgt cerita saya ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_hanillahProfil   Hantar PM kepada nur_hanillah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.215609 saat. Lajunya....