Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
sarashanee: 4 hari yang lalu
CikIzzah1992: 6 hari yang lalu
Qiamulail: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: VCD biadap hina nabi....


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» VCD biadap hina nabi....

Please Mendaftar To Post


Oleh VCD biadap hina nabi....

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 08-07-04 17:51


errrrr...........


KUANTAN: Satu sindiket menerbit serta mengedar cakera padat video (VCD) lucah semakin berani serta bertindak biadab dengan menerbitkan VCD yang mendakwa memaparkan kehidupan seks nabi termasuk Nabi Muhammmad.
VCD lucah berkenaan yang berjudul Kehidupan Seks Para Nabi (Seks Life Of The Prophet) dan menggunakan judul kecil `Based On The Life Sex After Death, And The Re-Birth Of The Prophet Muhammad’.

Seorang remaja yang terbeli VCD berkenaan, berkata VCD itu memaparkan aksi ghairah seorang lelaki dengan tiga wanita yang berpakaian Arab di sebuah khemah di padang pasir yang diiringi irama padang pasir.

Menurutnya, aksi berkenaan didahului dengan pengakuan lelaki yang mendakwa Nabi Adam, Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta sebelum aksi ghairah itu bermula lelaki terbabit memanggil seorang wanita itu dengan nama Aishah (sama dengan nama isteri Nabi Muhammad).

Seorang remaja yang terbeli VCD berkenaan, berkata VCD itu memaparkan aksi ghairah seorang lelaki dengan tiga wanita berpakaian Arab di sebuah khemah di padang pasir diiringi irama padang pasir.

Menurutnya, aksi itu didahului dengan pengakuan lelaki yang mendakwa Nabi Adam, Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta sebelum aksi ghairah itu bermula lelaki terbabit memanggil seorang wanita itu dengan nama Aishah (sama dengan nama isteri Nabi Muhammad).

Katanya, dia membeli VCD itu daripada seorang remaja yang menawarkannya ketika dia bersama beberapa kawan sedang makan di sebuah warung, dengan harga RM8.

“Tindakan mereka benar-benar biadab dan menghina nabi terutama Nabi Muhammad serta umat Islam kerana kita tahu perlakuan yang dipaparkan jauh berbeza dengan sejarah yang kita ketahui,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Menurutnya, sindiket terbabit kemungkinan sengaja merancang menerbitkan VCD itu untuk menjatuhkan maruah nabi serta Islam sebagai perang saraf membangkitkan kebencian terhadap Islam.

Katanya, semua orang diajar setiap perlakuan dalam kehidupan seharian mempunyai adab termasuk ketika `bersama’ isteri, namun aksi dalam VCD itu langsung tidak memperlihatkan adab itu malah seperti perlakuan binatang.

Menurutnya, jelas menunjukkan pembuatan VCD itu memperlihatkan niat jahat sindiket itu yang dipercayai sengaja ingin merosakkan maruah serta imej nabi dan umat Islam keseluruhannya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Datuk Wan Wahid Wan Hasan, berkata perbuatan itu sangat keterlaluan kerana tidak menghormati ajaran, maruah, ketokohan serta agama orang lain.

Katanya, pihak yang terbabit tidak sepatutnya mengaitkan nabi atau tokoh agama lain dalam kegiatan keji seperti itu.

Menurutnya, perbuatan itu sangat keterlaluan kerana tidak menghormati ajaran, maruah, ketokohan serta agama orang lain.

Katanya, ia seolah-olah cuba merendah serta menghina para nabi yang sangat disanjungi terutama Nabi Muhammad yang terkenal sangat `maasum’ (tiada dosa) dan diketahui mempunyai adab serta perilaku yang sangat sopan.

“Paparan yang dibuat jauh menyimpang daripada ajaran Islam serta peribadi Rasullullah saw yang berakhlak mulia itu,” katanya yang dihubungi di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, sekiranya itu disengajakan, tindakan pihak terbabit melanggar undang-undang negara dan agama kerana menghina agama atau ajaran agama orang lain dan boleh dihukum mengikut Kanun Keseksaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Katanya, orang ramai yang terbeli atau memiliki serta mengetahui mengenai VCD berkenaan diminta agar membuat laporan di balai polis berhampiran bagi mengelak daripada gelaja ini berleluasa dan boleh mempengaruhi iman umat Islam terutama remaja serta memberi gambaran salah kepada penganut agama lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 08-07-04 18:42


mmg biadap sungguh saper yg buat keje nih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

permata_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 08-07-04 18:54


astaughfirullah al azim...ya Allah...tak seriknya org kafir ni nak menjatuhkan agam islam ni...sampaikan nabi yg paling mulia tu pun dia nak burukkan...jahatnya dorang ni...tak ada pihak atasan ambil tindakan ke?geram ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_islamProfil   Hantar PM kepada permata_islam   Pergi ke permata_islam's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 08-07-04 21:22


Ya Allah......kekasihMu dihina oleh musuh2Mu.


Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

busrairdina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8188
Posting: 29
Dari: kluang, johor

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-04 22:02


Astaghfirullahal'azim.. teruk betul mereka yang buat vcd tu.Macam2 cara diorang guna nak jatuhkan org Islam.
Ya Rabbi.. hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Setiap perbuatan yang jahat pasti dibalas dengan balasan yang setimpal.


Bookmark and Share

    


  Member Information For busrairdinaProfil   Hantar PM kepada busrairdina   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 09-07-04 02:41


kurang ajar betul manusia yg buat ni.. sampai mcm tu sekali org2 kafir ni nak hina umat Islam.. cepat-cepatlah pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pihak yg terlibat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  


posticon Posting pada: 09-07-04 05:42


astaghfirullahala'zim......x patut btul!!!!!

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

ilhamharapan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9051
Posting: 63
Dari: Tanta

Johor  


posticon Posting pada: 09-07-04 07:12


assalamualaikum
sahabat semua. lihatla. bila hr semakin dewasa. penghinaan terhadap agama pun semakin berleluasa. kitalah yg harus membela. kita dh tiada lg kekuatan melainkan kekutan kesatuan dibawah islam. marilah kita bersatu. smbhyg jemaah terutama jgn dilupa. Dan terutama buat rakan2 AL-AZHAR kita. yg tido tu bangunla. kesian kat agama kita. kalu nabi kita ada lg mungkin dia mngs liht semua ni. Penat Nabi Muhammad bedakwah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhamharapanProfil   Hantar PM kepada ilhamharapan   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-07-04 11:22



MEMANG CELAKA SIAPA YANG BUAT TU!!!!!!
DAH LA KAT NEGERI SAYA ( PAHANG)..
MEMANG TAHAP BANGANG DAH... BODOH MELANTUN-LANTUN...
TAK DE KERJA LAIN NAK BUAT...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-04 11:38



Siapa yang menerbitakn vcd ni? Dari luar ke tempatan punya. Memang biadap. Perlu dibanteras segera.

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

xrem2020
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8908
Posting: 58
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 09-07-04 14:23


teruk nya dgn dunia nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For xrem2020Profil   Hantar PM kepada xrem2020   Pergi ke xrem2020's Website   Quote dan BalasQuote

kuahdurian
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-07-04 16:18


Remaja TERBELI vcd lucah? TERBELI??? apa ni, beli secara tak sengaja ke? beli vcd lucah tanpa niat ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kuahdurianProfil   Hantar PM kepada kuahdurian   Pergi ke kuahdurian's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 10-07-04 10:00


mmg le die beli. tp sekurang2nye die tau jugak m'jage maruah nabi kite. ade jugak saham akhirat die kat situ.

cerite ni ade keluar dlm metro. sape yg bace taule. kire dah lame jugak cerite ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-04 11:27


astaghfirullah........
sapela yg buat ni.....memang dilaknat Allah


Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119553 saat. Lajunya....