Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Terkejutkah kita??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Terkejutkah kita??

Please Mendaftar To Post


Oleh Terkejutkah kita??

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-07-04 08:20


Remaja mengaku pernah `melayan' artis, profesional
Oleh: SYAHRIL A. KADIR dan SHARILFUDDIN SAARI

KUALA LUMPUR 7 Julai - Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail terkejut apabila salah seorang remaja yang ditemuinya sewaktu sedang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay mengaku pernah `melayan' beberapa individu terkenal termasuk dari golongan artis dan profesional.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti mereka yang terlibat berkata, lebih mendukacitakan lagi kebanyakan daripada mereka yang terjebak dalam masalah itu adalah orang Melayu yang telah berkeluarga.

Pirdaus yang membaca pendedahan Utusan Malaysia mengenai kegiatan tersebut Rabu lalu telah bertindak `turun padang' bagi menyiasat sendiri kesahihan laporan berkenaan.

``Memang mengejutkan, saya bersama rakan, Datuk Ab. Rauf Yusoh semalam pergi ke tempat yang dimaksudkan dan beliau (Ab. Rauf) berjaya meyakinkan salah seorang remaja yang terlibat supaya mengikut kami ke sebuah hotel lima bintang.

``Ketika itu Ab. Rauf memandu kereta manakala remaja berkenaan duduk di sebelahnya, saya yang duduk di belakang kerusi penumpang kemudiannya dapat mendengar dengan jelas pengakuan remaja terbabit menerusi perbualannya dengan rakan saya itu.

``Nampaknya kegiatan ini semakin serius dan pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu bertindak segera sebelum ia menjadi lebih parah,'' katanya pada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada Rabu lalu mendedahkan kegiatan pelacuran membabitkan remaja lelaki yang menawarkan khidmat seks kepada golongan gay atau homoseksual dikesan di ibu negara sejak kebelakangan ini.

Dengan bayaran serendah RM20, remaja yang kebanyakannya tidak bersekolah dan tidak mempunyai pekerjaan ini dikatakan menawarkan `perkhidmatan' kepada berpuluh-puluh lelaki gay yang mengunjungi sebuah lorong sunyi berhampiran Lorong Gombak dan Jalan Esfahan, di sini.

Malah mereka juga tidak segan silu melakukan perbuatan terkutuk itu di celah-celah pokok dan di belakang bangunan pejabat di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ab. Rauf berkata, pihaknya memuji kesungguhan media untuk melaporkan masalah sosial yang melanda masyarakat khususnya golongan muda hari ini.

``Mungkin kegiatan ini adalah sesuatu yang memalukan tetapi ini adalah realiti yang wujud dalam masyarakat sekarang dan ia perlu dibanteras habis-habisan.

``Bagi jangka masa pendek, saya cadangkan Lorong Gombak dan Jalan Esfahan yang menjadi pusat kegiatan itu dipasang lampu kerana ia mungkin dapat mengurangkan aktiviti maksiat di kawasan berkenaan,'' katanya lagi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Terkejutkah kita dengan berita itu??Bagi Kak Yong berita tu taklah mengejutkan sangat.Sebab bukan setakat remaja saja yang berkelakuan tidak senonoh tetapi yang bukan remaja pun sama.Inilah hasil daripada pembangunan insaniah yang diabaikan.Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 08-07-04 19:26


astaghfirullahal'azhim.. naper ler manusia suka buat keje2 yg Allah laknat.. ingatkan kes pelacuran biasa, rupa nyer homoseksual.. bila manusia tak dpt ndak kawal nafsu kedudukan mereka mmg lbh rendah drp haiwan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 08-07-04 21:03



Ana sendiri penah ada member seorg gay,mula2 xtau gak,tp bila tgk perangai dia lain mcm ana terus selidik dia dan akhirnya dia mengaku seorg gay.
Dia penah cite kat ana ia boleh senaraikan nama2 artis kat m'sia yg gay.
Lagi satu ana nak igtkan,kaum gay ni sbnrnya ramai di kampus,cuma kita je xperasan.
Dan lagi satu ana nak bgtau,golongan gay dan pondan adalah dua kelompok yg berbeza,bukan sama seprtimana kita sangkakan.
MasyaAllah bila dgr penjelasan kawan ana ni. Puas ana nasihatkan dia,tp degil gak.Susah katanya nak tinggalkan. Mcm2 ana buat. Alhamdulillah pd satu hari dia telefon ana katanya dia dh berubah. Harap2nya begitulah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-07-04 21:15



memag teruk manusia di akhir zaman ni....kalau pihak pertama x layan...pihak kedua ambil kesempatan...begitu l;ah sebalik nya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

busrairdina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8188
Posting: 29
Dari: kluang, johor

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-04 21:50



hmm.. rasanya tak perlu nak terkejut kalau
perkara seperti ini tidak diambil tindakan.lg pun, sejak zaman nabi lagi dah ada glgn 'gay' ni.
peliknya...apa peranan kita..peranan masyarakat dan pihak yg b'tggjawab dalam kes-kes spt ni.
mereka pun perlulah ada kesedaran.

Tuhan sentiasa menerima taubat dari hambaNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For busrairdinaProfil   Hantar PM kepada busrairdina   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  


posticon Posting pada: 09-07-04 07:07


selalunya yg dok timbul macam2 masalah ni disbbkan oleh masalah yg ada pd diri seseorg itu.

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.388627 saat. Lajunya....