Untuk makluman semua. Ana dapat e-mail ni dari kawan.
Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004(gambar muka
depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat
untuk suami. Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang
dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum
pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapatkan kenaikan
pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian
dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun. Dan ada satu lagi
fakta yang lebih menarik, proses berulangan di waktu pagi ini dapat
mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak
tahu details, kena baca sendiri le.
Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang
telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya tidak dapat disahkan
secara 100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambilkira.
Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu
perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga.
Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan ciri-ciri
pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerja
masing-masing. Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang
mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi. Tapi saya yakin
tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab
mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat.
Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca artikel
tersebut(yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar
untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2
ciuman ini. Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh
menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang
tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya
especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik,
sebab itulah saya sedikit musykil. Walaubagaimanapun, memang disetiap pagi
saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan
dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi. Itu
pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya
membalas ciuman saya. Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat
saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap
keinginan saya. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan
menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya
menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan
tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah).
Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan
cadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa saya
berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar
mana, tapi ianya penting.
Maka pada hari-hari yang seterusnya(sekarang dah masuk satu minggu kot)
saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap
hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi
lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.
Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa
dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.
Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yang
ingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja. Jadi
suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke
stesen LRT.
Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak
saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada di rumah.
Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium
tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.
Keajaiban berlaku ( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3
tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia
beralih ke seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah
berdiri diluar pintu kereta. Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,
dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.
Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang
dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya
juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasihsayang dalam diri mereka
semenjak mereka kecil lagi.
Oleh itu,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini,
apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Untuk
menyuburkan lagi kasih sayang antara suami isteri, untuk memberikan variasi
baru dalam perkahwinan, untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan
memanjangkan lagi umur suami tersayang. Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu
yang baru. Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannya.
Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya. Tidak
bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan
rumahtangga..jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba. Dalam
rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa, barulah lebih bermakna.
Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin para
suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan
diberikan kasihsayang, benarkah begitu wahai para suami? Bersetujukan anda
dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis
itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium
tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana
tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu. Sekiranya beliau tahu, pastinya
beliau juga akan mempraktikkan perkara ini. Oklah, saya ucapkan selamat
mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan.