Oleh |
Surat terbuka untuk radio ERA Rentak Muzik Terkini |
Muhseen
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.02.2004 Ahli No: 7631
Posting: 34
|
Posting pada: 23-06-04 13:59
ana forwardkan je...
Sejak kebelakangan ini, kita sering lihat radio-radio swasta berlumba-lumba dengan radio-radio RTM dan radio-radio swasta yang lain untuk menarik minat pendengar. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, satu demi satu radio swasta mula mencuri hati para pendengar.
Tujuan saya menulis artikel yang tidak seberapa ini bukanlah nak menimbulkan kemarahan atau rasa tak puas hati di kalangan peminat radio - radio lain.Tidak sama sekali. Cuma, saya ingin mempertengahkan persoalan yang timbul kesan daripada sikap degil radio-radio swasta ini.
Jika di lihat pada radio Era misalnya, kenapa Pilihan di Era masa time maghrib dan juga Isyak pun nak di udara bersama pendengar?? Bukankah ini tidak menghormati sensitif masyarakat Islam di Malaysia?
Walaupun, radio Era boleh menepis persoalan ini dengan mengatakan .."Oh, ini adalah pihak swasta",tapi mereka kenalah sedar, kemana-mana kita pergi misalnya di KL di setiap ceruk, dalam bus intrakota, bas-bas metro, pejabat pos, bank, kedai makanan dan juga sebagainya mengambil radio Era sebagai radio yang nak di tayangkan kepada pelanggan. Memang tidak dapat di nafikan bahawa radio era adalah radio yang ceria, banyak info dan juga personaliti DJ Radionya begitu menarik. Tetapi, bayangkanlah stesen radio ini sama sekali tidak menghormati sensitif masyarakat islam di malaysia dengan siaran programnya di tengah-tengah maghrib. Itu pertama kita boleh pertikaikan.
Yang kedua, pada hari Jumaat di mana pada waktu Zohor umat islam khususnya lelaki akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Tetapi, dalam masa yang sama juga radio Era ke udara bersama pendengar dan pendengar itu adalah lelaki!!! Bukankah ini mengambarkan umat lelaki di Malaysia sudah jemu untuk ke Masjid menunaikan solat Jumaat malah mereka memikirkan adalah lebih baik mendengar radio sahaja dari khutbah Jumaat.Memang ada di antara kita yang menganggap benda nie macam perkara biasa tetapi janganlah terlalu mengagungkan orang yang tidak sembahyang..Kenapa radio Era memasangkan lagu memekak mekak ketika muazzin di surau sedang melaungkan azan sementara dalam masa yang sama radio era sedang mendendangkan lagu menadah gerimis ziana zain yang seakan-akan sama sedang laungan muazzin??
Tidakkah radio era menghormati masyarakat islam di malaysia??
Orang radio era perlu diingatkan yang hari Jumaat adalah hari yang mulia untuk umat islam, penghulu segala hari. Sementara hari Sabtu adalah hari mulia untuk kaum Yahudi dan hari ahad adalah hari yang mulia untuk orang Nasrani(Cristian)
Kenapa pula di hari Ahad, Radio Era mengutarakan Carta Era??
Kenapa pula hari Ahad seolah-olah anda mengagungkan hari kerja tersebut sedangkan pada hari jumaat, hari mulia umat islam anda mengangap seperti tiada apa-apa yang istimewa.
Inilah dia Islam Hadhari kita…
Yang ketiga, Pilihan di Era tak payahlah nak gunakan nama tu. Kenapa perlu tiru “Pilihan Bersama” di Radio Muzik. Ataukah anda adalah pihak yang suka meniru??? Nak cari publisiti murah masuk pula ke dalam TV seolah-olah mahu satu dunia tahu siapakah DJ radio ini.
Apalah stesen anda ini!!!.
Sentuh pula stesen radio yang lain iaitu sinar.fm yang menyiarkan lagu-lagu lama sepanjang masa. Pada pendapat saya, inilah lagi saya stesen yang hendak meniru radio muzik iaitu menerusi program “Ritma Maya” yang di siarkan setiap hari bermula 6.00 petang dan berakhir 8.00 malam.
Jika, diperhatikan , kalau kita nak dengar lagu-lagu lama sepanjang masa, manusia akan muntah kerana citarasa manusia tak sama.
Tetapi radio Muzik pandai meletakkan lagu-lagu lama yang bercampur lagu antarabangsa dengan hanya 2 jam sahaja dan lebih tepat masanya di waktu petang yang syahdu. Dan bukannya 24 jam.
Jesteru itu, saya bukanlah nak menyakitkan hati sesiapa cuma saya ingin memberikan pendapat.Saya tahu citarasa manusia lain-lain tetapi seboleh-bolehnya stesen radio swasta ini tolonglah beri kerjasama agar menyiarkan lagu mengikut masa dan bukannya tak kira tempat.Tolonglah hormati sensitive masyarakat Malaysia amnya. Barulah Islam Hadhari boleh menjadi satu hari nanti walaupun tidak 100%.
Harap stesen radio ini dapat berubah. Walaubagaimanapun, perlu di ingatkan “pilihan bersama” di Radio Muzik tetap pilihan No 1 setiap malam di Malaysia.
Tahu tak pe!!
Sekian,
Yang sakit telinga mendengar lagu memekik-melolong masa azan.
|
nabilah
Warga 5 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 996
Posting: 383
Dari:
|
Posting pada: 23-06-04 14:36
Em..ada betulnya...
Saya lebih suka dgr ikim.fm pilihan utama...tak menyakitkan telinga,dapat lagi ilmu berguna. ----------------- Dunia adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam, justeru itu sediakanlah perahu untuk belayar dan ia adalah taqwa kpd Allah-Luqmanul Hakim

|
bobby84
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2004 Ahli No: 7364
Posting: 17
Dari: selangor
|
Posting pada: 23-06-04 17:46
opps..actually i`m not agree with you!i think the station era has the right to manage their own program.pasal carta era lak,kalo wat ari jumaat, nanti u akan cakap tak hormat langsung ari jumaat.kan ari ahad, ramai yang cuti?orang duk kat umah.last but not least, if someone doesn`t like to listen era radio,u can tune to another station radio..saya bukanya sokong music dan nak agung2kan music, coz saye jarang dengar radio..tak berkat kalo belajar sambil dengar radio!
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 23-06-04 18:06
Tetapi byk2 radio adalah masih ada identiti sendiri dan bersih..selain Ikim.fm...
Adalah radio negeri masing atau kawasan...di bawah RTM....
Radio Terengganu...
Radio Pahang
Radio .....
dan seterusnya
|
akulajin
Warga Rasmi Menyertai: 15.01.2004 Ahli No: 6466
Posting: 10
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 23-06-04 18:08
assalamualaikum
pasal DJ lelaki yg keudara pada waktu solat jumaat tu sebenarnya diorang dh rakam awal2 dan diudarakan pada waktu yang sama dengan waktu solat Jumaat.
terima kasih
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 23-06-04 18:27
emmmmm...
macam tu rupanyer....betul jugak pandapat saudara tu....sekarang ni memang jadi tak pelik....tak sembahyang ke...tak ngaji ke..tak mandi wajib ke...dorang semua tak peduli..asalhak ade hiburan...cukuplah...
p/s: janganlah jadi haiwan....pikir guna akal sikit..wahai umat nabi muhammad....
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 24-06-04 11:16
Cuba dengar radio mcm Prof sebutkan..
time solat....dia tak pasang yg sembang atau lagu...
takda rasanya...dok main sembang atau lagu..
Walaupon rekod....
Baik kalau betul rekod....adakah semua tahu ?
Takda masa sesuai nak pasang ke ?
Rekod tetap rekod... time solat pasanglah bacaan al-Quran....atau sebagainya....
Macamlah semua org tahu yg itu rekod....
|
teman_siber
WARGA SETIA Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-06-04 12:00
fuh... dengar IKIM senang... kalau dgr era pun, time azan bukan tak boleh tutup jer radio tu... hmm.. ntah laa.. susah nak cakap.. setiap manusia ada perangai lain²...
|
Engku_Salina
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 24-06-04 12:06
senang2 tutup aje radio tu...
tak payah dgr siaran yg tak bermanfaat...
ana pun jarang dgr radio...
tp, seelok2nya mrk kenalah peka dgn sensitiviti masyarakat islam...
time masuk waktu tu, siarkanlah azan...
----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 24-06-04 17:07
hehehehe.....
kesimpulannyer....dengar la ikim...memang best dan terus best....
|
princess_annyss
Warga Rasmi Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9582
Posting: 15
|
Posting pada: 24-06-04 17:51
 ..
selagi ada yang menyokong ..selagi itulah diorang boleh beroperasi..dan setiap orang berlainan pulak citarasanye..sebagai orang islam..kalau kita rasa bende tu tak elok/tak ade manfaatnya..dengarlah siaran yang lain..banyak lagi kan..
kajilah manfaat apa yang diorang bagi??walaupun hanya utk hiburan,hilangkan tention..tapi..kalau dah lagho aje..buat gelap hati..especially..student..
buku depan mata..membacalah tu..tapi..telinga dok dengar lagu..mana satu nak masuk..
kalau ade gambar2 patung dalam rumah..malaikat tak masuk..kalau pasang lagu2 yang giler2 tu..malaikat tak nak masuk jugak lah yer..
pendeknya..carilah siaran yang bermanfaat utk kita,yg boleh mendidik kita..yang boleh memberi ketenangan..
sejuk rasa hati ni bila dengar bacaan Qur'an dalam ikim tue..
|
ummu_najah
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.05.2004 Ahli No: 9199
Posting: 182
Dari: egypt
|
Posting pada: 25-06-04 00:02
aii macam2...tuh lerr aa pada sayer pandai2 kiter ler utk dgr siaran radio maner yang beri manfaat...maner siaran yang kurang tuh..aa tak payah lerr dengar....sayerr sokmo dgr ikim...aaa tuh best byk lagu2 nasyid.....dengar lerr ikim.
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 25-06-04 00:03
entahnye... bkn susah pon tutup ajer le
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 25-06-04 00:10
Masalah hiburan di Malaysia memang dah tak menitik beratkan bab agama. Tak kiralah radio ke tv ke majalah ke. Memandangkan kita pun tak ada kuasa selain dr hantar memorandum dan surat2, maka jadilah pendengar dan penonton yang bijak. Kalau rasa tak elok jauhkan. Jangan kita kata tak elok dalam masa sama kitalah peminat setia.
Boring2 meh online kat ukhwah.com ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 25-06-04 00:11
ana mmg nyampah ngan radio era ni... ----------------- hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..
|
tumpang
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak
|
Posting pada: 25-06-04 11:23
betul tu.. kalo tak suka takyah la dengar.. tutup jer radio tu.. kalo masuk waktu solat.. gi je la solat.. watpe kita pasang radio.. kononnya nak tau la sapa yg tak gi solat jumaat... tp dlm masa yg sama.. kita dok dengar radio... mcm mana tuu...?
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 25-06-04 23:46
dengar IKIM.fm lagi baik, sbb radio lain walaupun ada azan bila tiba solat, bila habis je azan terus pasang lagu balik, sedangkan azan kat kawasan rumah kita tak habis lagi. sepatutnya ikutla macam ikim.fm yg memutarkan bacaan ayat suci quran dan zikir munajat disekitar waktu solat. ----------------- Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar
|
nurul_cahaya
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.08.2003 Ahli No: 3157
Posting: 97
Dari: selangor
|
Posting pada: 26-06-04 00:07
ikim.fm still no.1..pilihan utama,beb!!
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 26-06-04 05:19
ntah la.. mmg tak minat ngan radio era & stesen2 radio swasta nih.. dgr lagu yg diorang siarkan pon dah pening, cakap plak topik melalut2..
|
izdihar_insyirah
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4238
Posting: 32
Dari: melaka
|
Posting pada: 26-06-04 13:56
dengarlah ikim ye...........ikim.fm PILIHAN UTAMA..
|
ummu_qistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 26-06-04 20:50
assalammulaikum ..
kl rase tak bermanfaat tutp jer la radio tu senang kan ..  patu buat laa keje 2lain yg bermanfaat ..waalahulam ..
wassalam ----------------- IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 27-06-04 01:10
|
shaharatul_qibtiah
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.10.2003 Ahli No: 4002
Posting: 173
|
Posting pada: 28-06-04 14:27
setiap radio punyai kelebihan da kelemahan dlm susunan program...yg elok kita jadikan pandua dan dgr betul² dan yg tak elok tak usah kita dgr...
anyway..inilah hakikat...masyarakat islam hadhari....
wsm
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 28-06-04 14:43
emmmm...
era..oh..era....ape la nak jadi dengan kamu ni...pening dibuatnyer...
saye pon tak suka sangat dengan radio ni...tak best lngsung...banyak iklan daripada lagu..pas tu lagu tak best pulak tu.,..
|
miza
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.01.2004 Ahli No: 6484
Posting: 67
Dari: kelantan bandaraya islam
|
Posting pada: 16-07-04 13:31
EMM ANA setuju 200% pilhla ikim fm....pilihan utama...
dah nama era tu pun nak sama ngan B]nERAka[/B]...sorryla kalau tersinggung
ana cuma ckp benda betul.....
ana kalu dgr era tu serabut kepala...
dgr la radio ikim yg selalu memperdengarkan ayt2 al qur'an.hati pun lebih tenang...
hidup lebih teratur.....[
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 16-07-04 15:19
nak dgr dgr,taknak dgr tutup..mcm saya,tak dgr,saya tak on radio....buat apa nak membebel kat sini..bukan era nak ambil tau pun...
p/s:suka hitz fm..
|
sasician
WARGA SETIA Menyertai: 04.05.2004 Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka
|
Posting pada: 16-07-04 15:45
dengarlah ikim ye....
dengarlah I.K.I.M.fm PILIHAN Utama
|
sundus
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.07.2004 Ahli No: 9770
Posting: 70
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 16-07-04 17:47
assalamualaikum....
teman2 portal ukhwah yang dihormati...bila sebut pandangan dan cadangan tentunya ada disana pro dan kontra serta sama ada diterima atau ditolak..dan saya suka juga utk memberikan respon tentang radio era....pertama segala urusan negara terutama tentang pendirian kerajaan kita..andainya kerajaan yang masuk campur dan bertegas dengan pihak swasta tentang hal sensitiviti umat islam .tentu ia boleh dilakukan..kerana kita semua mengakui agama kita adalah islam dan ini adalah negara kita..andai betul negara kita negara islam keseluruhannya dan terrealisasikah islam hadhari?...cuba fikirkan bersama...sebagai cth di egypt..bila azannya muazzin semua lagu2 lagha yang berkemundang pasti akan serentak ditutup utk menghormati sedangkan egypt juga azan...sedangkan di egypt juga bukannya negara islam keseluruhan....pertembungan islam dan kristian terlalu banyak......sebab itulah kerajaan sebenarnya yang punya kuasa atas segala nya....jadi adakah betul sistem dan kerajaan yang kita pilih selama ini....dan saya pasti teman semua akan menganggap ini isu sensitif..tapi saya perlu katakan yang kita bukan orangnya untuk terus tunduk pada kebathilan..hak tetap hak...kita boleh meraikan perkara yang berlalu tapi utk akan datang disana kita perlukan anjakan yang sememangnya sudah lama kita usahakan....walau apapun...kita sekarang hidup dalam zaman yang penuh kecacatan dan kekejian....beruntung mereka yang tegas dalam urusan agamanya.......
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-07-04 10:08
taknak dengar tu tutup la radia. takkan tutup radio pun dah tak reti.
hitz.fm lagi kualiti dari era.fm.
|