Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Teknologi
Topik: Teknologi Komputer Masa Kini & Akan Datang


Carian Forum

Moderator: Administrator, Martyr
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Teknologi
    »» Teknologi Komputer Masa Kini & Akan Datang

Please Mendaftar To Post


Oleh Teknologi Komputer Masa Kini & Akan Datang

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 10-06-03 11:44


Teknologi Komputer Masa Kini & Akan Datang

Komputer mempunyai sifat kemanusiaan
Dengan itu komputer akan memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengecam emosi.

Rangkaian menjadi lebih bijak
Sistem rangkaian yang diwujudkan mempunyai ciri-ciri seperti lebih pantas, sistem rangkaian rumah yang lebih bijak, penggunaan IPV4, talian digital dan intra sambungan dengan pelbagai peralatan telekomunikasi.

Web juga menjadi lebih bijak
Web juga memperkenalkan portal peribadi, penggunaan XML menggantikan HTML dan penggunaan percarian menerusi imej atau QBIC (Query By Image Content).

Peranti kecil berfikiran sendiri
Peranti-peranti seperti telefon, jam tangan, ketuhar gelombang mikro, TV dan peti sejuk akan menjadi lebih bijak. Penggunaan perisian seperti StrongARM, DragonBall dan pSOS akan dipertingkatkan.

Perisian menjadi lebih pintar
Perisian-perisian akan menggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi, menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi secara sendiri.

Ekonomi Internet akan berkuasa
Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet seluruh, jumlah yang bakal dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41 bilion menjelang 2003.

Komputer generasi baru
Komputer akan memunculkan paparan Super XGA (1,280-by-1,024), paparan Roentgen, sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi 2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar.

Hiburan maya
Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan diadakan dalam bentuk 3D chat. Manakala dalam pembikinan permainan DirectX 8.0 pula akan dihasilkan.

Identiti Digital
Maklumat diri akan menjadi lebih terbuka dan bebas. Akhirnya segala maklumat diri yang peribadi boleh dicapai dengan mudah. Manakala maklumat dan transaksi dalam e-dagang pula akan dipertingkatkan dan ini akan membuatkan para pelanggan berasa selamat.

Ramalan
Menjelang tahun 2011, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-micron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat.

--------------------------------------------
Petikan drp majalah PC

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 79
Posting: 646
Dari: gombak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-06-03 18:26


time kasih bebanyak kat kak hajidah..
bagus sesangat akak post nih..
qaulah kene wat folio pasal komunikasi terkini... bertetapan dgn apa yg akak post..

kalau ader lg, rajin2 lah post yer..
ehehe..

Wassalam

-----------------
"kutemui diriku, apabila mencariMu."

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Quote dan BalasQuote

wan_pasir
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 37
Posting: 395
Dari: kuala terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-06-03 23:34


Quote:
Identiti Digital
Maklumat diri akan menjadi lebih terbuka dan bebas. Akhirnya segala maklumat diri yang peribadi boleh dicapai dengan mudah. Manakala maklumat dan transaksi dalam e-dagang pula akan dipertingkatkan dan ini akan membuatkan para pelanggan berasa selamat.



:: dunia seperti dikuasai komputer kan :: mudah dan semakin rancak ::

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_pasirProfil   Hantar PM kepada wan_pasir   Pergi ke wan_pasir's Website   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 11-06-03 10:24


Afwan qaulah....Alhamdulillah dpt jugak akak tolong awak sikit sebanyak buat folio yer...

wan_pasir..betul tu...anta kalau ada apa-apa topik yg sesuai utk posting dlm forum ni sila laa yer...syukran



Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

cill
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1172
Posting: 236

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-06-03 00:27


dan tanpa kite sedari... kite org islam makin jauh ketinggalan dari orang bukan islam...

maka sesama la .... kite berusaha..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cillProfil   Hantar PM kepada cill   Pergi ke cill's Website   Quote dan BalasQuote

budihost
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1055
Posting: 90
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-06-03 01:03


semangat inkuiri tadak.. takde usaha nak cari.. tengok kang, kuat study.. dah boleh siapkan portal ni tuk kita..

Syukran jazilan..



-----------------
http://www.budihost.com
http://www.myblogarea.com
Bookmark and Share

    


  Member Information For budihostProfil   Hantar PM kepada budihost   Pergi ke budihost's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 10:49


Sorry ha mencelah sikit....

Nak kenalkan kepada sahabat semua, siapa sebenarnya budihost yang terrer ni.

Namanya ialah Farhan.

Apa yang sangat mengkagumkan Kang dan menjadikan Kang malu sendiri ialah dalam usianya yang masih sangat muda (bagi Kang masih budak-budak... heheheh) masih dalam matric UIA lagi, tetapi sudah mempunyai syarikat hosting sendiri. Dahsyat tak?

Servernya ada di Cyberjaya dan sudah agak ramai juga penyewa servernya. Dia berani bertanding dengan syarikat-syarikat hosting lain dalam dan luar negara. Di samping menyewakan space hosting, Farhan juga memberikan beberapa servis lain berkaitan dengan IT.

Farhan juga ada menjual server untuk yang memerlukan. InsyaAllah server Ukhwah.com akan dibeli dari beliau.

BUkan senang nak memiliki dan menguruskan syarikat hosting sendiri. Kalau ilmu tak cukup dan enggan terus belajar, pelanggan akan lari, syarikat akan tutup.

Kang banyak belajar hal-ehwal server dan IT dari Farhan, walaupun belum pernah berjumpa.

Tahniah sebanyak-banyaknya untuk Farhan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

budihost
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1055
Posting: 90
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-06-03 16:22


apa plak terer.. ada2 je..

cuma saya baru nak start dalam dunia bisnes, harap dapat panduan daripada yang lebih pakar..

Memang kalau nak server daripada saya, saya boleh provide.. Khas untuk ukhwah punya..

Wassalam

-----------------
http://www.budihost.com
http://www.myblogarea.com
Bookmark and Share

    


  Member Information For budihostProfil   Hantar PM kepada budihost   Pergi ke budihost's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 18:27


Assalamualaikum....

masyaAllah....mmg pintar la budihost ni ek...tak sangka ana sampai macam tu skali percapaian anta/i dalam bidang hosting dan server ni..mmg kagumla ana.....bleh la ajar ana nanti ek camna nak maju dalam perniagaan....

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

amad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 64
Posting: 147
Dari: Cleveland

usa  


posticon Posting pada: 16-06-03 18:55


Alhamdulillah...

Good job..teruskan budihost...at least ada orang kita yang berani mencuba...kami semua insyaAllah akan tolong sekardar mampu...

memang betul apa yang di katakan..dunia IT sekarang nih memang bergerak dengan pantas sangat...setiap hari tanpa kita sedari ada sahaja penemuan baru yang di jumpai...namun yang agak mengecewakan..di antara beribu pakar2 teknologi itu..dimanakah insan yang bergelar muslim/muslimah..??

we have to keep learning...and get rid of this anachronisms...insyaAllah..

-----------------
~berjalan, melihat, mentafsir..~

Bookmark and Share

    


  Member Information For amadProfil   Hantar PM kepada amad   Pergi ke amad's Website   Quote dan BalasQuote

budihost
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1055
Posting: 90
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-06-03 23:47


Perkembangan IT terlalu pantas, sehingga ada yang berani kata, graduan IT sekarang tak menepati kehendak pasaran.. Sebab tu kena ada daya usaha sendiri..

Memang itu yang kita cari.. Pakar dalam semua bidang, Muslim..

Tapi jangan kita duk mencari di mana golongan itu, kitalah yang sepatutnya mengisi tempat tersebut.
MAMPUKAH KITA!!!??

-----------------
http://www.budihost.com
http://www.myblogarea.com
Bookmark and Share

    


  Member Information For budihostProfil   Hantar PM kepada budihost   Pergi ke budihost's Website   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-06-03 15:40


kene banyak blaja dari budihost nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

chibi_kawaii
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1574
Posting: 41
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-06-03 16:58


akum.
kagum sy dgr ttg saudara farhan nih.
waa..terasa plak bile ade saudara kite ckp yg graduan IT skrg nih x menepati kehendak pasaran.
jadik, graduan IT yg menepati kehendak pasaran tuh bgmana erk saudara farhan?
munkin saudara farhan dpt terangkannye kat cnih.

kagum ^-^;; ... bru chibi sedar yg bnyk lg sbnrnyer yg chibi perlu blja dlm dunia IT nih. time kasih erk buat peringatan tuh.

teringat plak chibi masa lect chibi ckp sal: kite mesti ade kelainan dlm diri kite utk membezakan antr kite ngan org lain (since graduan IT kat mesia nih dah makin ramai) jadik, klu stakat bergelar graduan dlm bidang IT aja, takder laa se-gah mana, kite juga perlu tahu dan mahir ttg latest tech ttg IT yg skrg ni mmg berkmbg ngan pesat nye.

insaf chibi.. aaa..dah ade smgt nak stadi blk, okie, nak logout nak pi stadi, nak jd cam saudara farhan nih. ^.~

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_kawaiiProfil   Hantar PM kepada chibi_kawaii   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 22-06-03 18:01


Berita sedih chibi_kawaii...

Dari pergaulan Kang inilah sebahagian yang terjadi kepada Graduan IT. Tidak semua hanya sebahagian besarnya:

1. Tak tahu apa sebenarnya IT. Belajar cuma nak dapat title atau sijil. Akibatnya terjadilah lambakan graduan yang "ternganga"

2. Tidak mahu mengikuti perkembangan IT yang nampaknya makin singkat tempoh perkembangannya.

3. Sedihnya -- masa nak masuk U dulu masih blurr tentang apa itu IT. Cuma dengar-dengar... apa itu IT sahaja. Orang yang tak tahu benda sibuk mengatakan, "IT bagus, IT bagus..."

4. Yang peliknya, mereka yang mengambil jurusan lain pulak terrer dalam IT. Contoh: seorang sahabat dari UIA ambil kejuruteraan tetapi ada Team IT sendiri dan membuka perniagaan yang ada kaitan dengan IT.

5. Inilah yang paling-paling sedih.... sebahagiannya tak tahu nak jelaskan dengan jelas (bagi yang nak belajar macam Kang ni) apa itu sebenarnya IT. Bahkan lucunya, ada yang mengatakan IT tu komputer. Bila tanya apa itu MSC dan fungsinya, lain macam aje jawapannya.

6. Masyarakat luar sebahagian besarnya pun agak pelik penerimaannya... Pernah satu hari seseorang nak repair komputer, enggan nak menyerahkan komputernya kepada kawan saya yang memang kariernya repair dan trouble shooting hardware, software komputer. Dia kata, "Dah bagi orang lain, budak tu belajar komputer sains..." Nak muntah kerana terlampau geli. Setahu Kang, mereka yang belajar Sains Komputer tak tahu satu benda pun tentang hardware.

7. Ada pula yang belajar networking (LAN) tapi satu wayar networking pun tak tahu.

8. Kesimpulannya... itulah nasibnya jika belajar nak mengejar sijil dan tittle bukan nak mengejar ilmu.

9. Cuba bandingkan dengan mereka yang belajar di Cosmopoint (hand-on) atau belajar sendiri dengan tekun dan semata-mata nak mengejar ilmu.


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

budihost
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1055
Posting: 90
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-06-03 22:36


mcm kata kang, blajo pun tak pandai gak..belajar just untuk dapat title.. memang tak kemana..

yang paling penting, menepati kehendak pasaran, barulah kita di kira berkualiti..

yang saya belajar, maksud kualiti ialah, keupayaan sesuatu produk menepati kehendak pekanggan.. KAN?

-----------------
http://www.budihost.com
http://www.myblogarea.com
Bookmark and Share

    


  Member Information For budihostProfil   Hantar PM kepada budihost   Pergi ke budihost's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101739 saat. Lajunya....