..
Wahai ahli-ahli komuniti..
Kejadian ragut sekarang semakin menjadi-jadi. Peragut tidak mengira mangsa sama ada tua atau muda. Yang pentingnya matlamat peragut tercapai.Kebanyakan kejadian peragut berlaku akibat dari kecuaian sendiri mangsa,dan kejadian ragut telahpun menyebabkan terkorbannya jiwa yang tidak berdosa.Jadi sebelum kita sendiri terkena,marilah kita semua ambil langkah berjaga-jaga daripada menjadi mangsa peragut yang tidak kenal erti jemu dalam mencari mangsanya..senang kata,ada peluang untuk meragut,maga berlakulah kes ragut..
Disini ada beberapa langkah dalam mencegah kes ragut/samun yang secara praktikalnya boleh kita lakukan. Yang pentingnya kita jangan seminitpun alpa apabila berada di kawasan kawasan yang berpotensi menjadi kawasan kes ragut.
Langkah yang perlu diambil 1.
Elakkan berjalan berseorangan Seelok-eloknya berjalanlah beramai-ramai. Ini boleh menyebabkan si peragut pikir dua tiga kali nak ragut atau tidak. Dan selok-eloknya,berjalanlah dengan arah yang
bertentangan bermakna anda nampak kenderaan yang datang ke arah anda. Ramai pejalan kaki mengambil endah dengan langkah ini dan menyebabkan terbukanya peluang kepada si peragut kerana peragut ini tahu anda tidak menyedari mereka. Untuk pejalan kaki,.
Elakkan menggunakan@bercakap dengan handphone ketika berjalan atau berhenti di jalan raya..selok-eloknya,carilah tempat yang sesuai. dan tidak lupa,
2.
Kepada pemandu/penunggang motor dan kereta - Pastikan semasa perjalanan didalam bandar,
LOCK pintu anda- kenapa? ada banyak kes yang terjadi ketika terutama di kawasan lampu isyarat,di mana si peragut akan memasuki kenderaan anda ketika lampu merah apabila anda tidak mengunci kereta anda. Bagi penunggang motor,
Elakkan meletakkan beg duit di bakul hadapan,ini termasuklah barang-barang berharga yang lain.
3.
Elakkan dari memakai beg tangan yang disangkut pada bahu. Ini bagi muslimahla,tak taula pulak kalau muslimin pun ada pakai jugak. Seboleh-bolehnya,beli beg dompet yang sesuai,boleh diletakkan dalam saku. Penggunaan beg tangan sandar bahu ( susah nak gelar) @ hand beg bukan sahaja boleh mengglakkan peragut,tapi mendatangkan kecederaan kepada anda.
4.
Sentiasalah beringat dan jangan alpa- ada jugak kes-kes dimana si peragut memerhatikan mangsa dari awal sebelum meragut. Ini terutamanya di kawasan mesin pengeluaran wang@ ATM machine.
5.
Jangan ingat kaum wanita sahaja yang menjadi mangsa - kaum lelaki juga boleh menjadi mangsa. Kebanyakan kes yang melibatkan lelaki adalah dalam bentuk
ancaman@ugutan. Walaupun dikategorikan dalam jenayah ugut dan rompak atau diistilahkan sebagai "POW", anda juga perlulah berhati-hati kerana "MAT POW" ini selalu menggunakan senjata-senjata berbahaya. Yang selalu menjadi mangsa adalah lelaki, dan saya sendiri pernah kena "POW" di kawasan berhampiran puduraya. Nak lawan takut sebab diugut dengan
pisau dan asid oleh beberapa orang "MAt POW". Elakkan berjalan berseorangan di kawasan yang berpotensi tinggi untuk "MAT POW".
6.
Bantulah mangsa dan jangan hanya sekadar melihat- kepada semua tidak kira lelaki atau wanita..sebolehnya janganlah hanya mendiamkan diri apabila melihat kejadian-kejadian ragut/pow ini..saya sendiri di puduraya,walaupun bolehla dikatakan ramai yang lalu-lalang,mereka hanya buat sedar tak sedar jer..bukan nak mintak tolong ke apa..beginilah kebanyakan sikap rakyat malaysia..bukan ape,tapi cuba la kalau diri sendiri dah kena,ha,barutau..yang pentingnya kena ada semangat tolong menolong..
p/s : Kepada rakan-rakan yang lain,kalau ada sebarang komen atau langkah pencegahan..silalah war-warkan untuk pengetahuan bersama..kalau boleh diberitahu lokasi-lokasi yang pernah anda saksikan sendiri kejadian ini berlaku,lagi elok..bukan apa,sekadar ingin mengingatkan rakan-rakan yang lain,tidak kira tua/muda/lelaki/perempuan supaya berjaga-jaga..maaflah kalau ada bahasa yang anda semua tidak faham..