Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang bodoh hanya berdiam diri, tetapi orang yang paling bodoh adalah yang bercakap perkara yang dia sebenarnya bodoh
-- -- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Dalam bus pon ada cite lucah...tak tahu la nak kata apa!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Dalam bus pon ada cite lucah...tak tahu la nak kata apa!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Dalam bus pon ada cite lucah...tak tahu la nak kata apa!!

usamah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8451
Posting: 52

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-06-04 00:46



Bas ekspress tayang filem berunsur lucah - Siti Zailah

Friday, June 11 @ 12:13:52 MYT

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Senator Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan ada di antara pemandu bas ekspress yang menayangkan filem berunsur lucah sewaktu dalam perjalanan membawa penumpang.

Katanya lagi, beliau kesal dengan sikap pemandu bas yang sedikitpun tidak memikirkan sensitiviti di kalangan penumpang.

Siti Zailah berkata demikian ketika mencelah ucapan Timbalan Menteri Pengangkutan, Douglas Unggah Embas yang membahaskan jawapan perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi pihak kementeriannya semalam.

Malah katanya, penayangan filem seumpama itu dalam bas akan mengundang keghairahan terutamanya kepada muda-mudi.

Lebih-lebih lagi katanya, ada bas yang tidak memperdulikan soal muda-mudi yang bukan muhrim duduk berdua-duaan di dalam bas bagi perjalanan yang melibatkan destinasi jauh.

"Sewaktu saya balik ke Pantai Timur, saya sendiri terlihat pemandu menayangkan filem berunsurkan seks, sementara ada dua atau tiga pasangan muda-mudi yang bercumbuan dalam bas," jelasnya.

Justeru, Siti Zailah menggesa pihak kementerian agar memantau aduan berhubung kegiatan pemandu yang menayangkan filem berunsur seks itu dan menguatkuasakan larangan serta-merta.

Selain itu beliau meminta kementerian menyediakan satu garis panduan pengasingan tempat duduk kepada penumpang yang bukan muhrim supaya tidak berlakunya kes bercumbuan di kalangan mereka.

Sementara itu, Douglas Unggah dalam jawapannya berkata kementerian beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan satu garis panduan penumpang kerana perusahaan bas ekspress melibatkan kementerian lain iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan.

Bagaimanapun beliau akan mengajukan aduan mengenai salah laku pemandu dan penumpang itu kepada kementerian yang bertanggungjawab mengenainya. - WN/mks


Bookmark and Share

    


  Member Information For usamahProfil   Hantar PM kepada usamah   Quote dan BalasQuote

ummu_najah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9199
Posting: 182
Dari: egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 00:33



nih aperr citerr nih???dalam bas pun ader tayang gambar lucah..aduhai...lemah betul....mana perginya malu orang kita nih????itu kan tempat awam....takder langsung rasa sensitif...tengok gambar2 tak senonoh...yang takder faedah langsung...kotor..weshah!!!!!
bas manerr nih???pihak syarikat bas terbabit berdiam diri jerr kerr???nak amik untung macam nih ker???akal ada ka???
tak taulah apa nak jadi dengan dunia skarang nih....macam2 hal..manusia masih tak sedar diri..maksiat merata tempat.....dunia dah akhir zaman....muhasabh lah diri balik..hidup yang abadi di akhirat sana...itu yang pasti.......pikir2kanlah....wallahualam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_najahProfil   Hantar PM kepada ummu_najah   Pergi ke ummu_najah's Website   Quote dan BalasQuote

miss_arin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8931
Posting: 288
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-06-04 00:41


saman je pihak bas berkenaan..
tak de moral langsunglah..
camne nak maju kalau macam ni..tak habis2 dgn masalah..tu yg byk kes rogol kat malaysia tuh..
rosak akhlak muda mudi..
astaghfirullah al azim
dunia oh dunia

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_arinProfil   Hantar PM kepada miss_arin   Pergi ke miss_arin's Website   Quote dan BalasQuote

zaidisharif
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6260
Posting: 29
Dari: Malaysia

Sabah  


posticon Posting pada: 14-06-04 14:02


Lucah dlam bas? lucah kat umah? semua datang dari mana? TV!!!

http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=410



Ini lah kerjasama Malaysia dgn Israel utk meruntuhkan lagi akhlak pemuda pemudi islam di negara ni... dgn hiburan dan ma'siat

Tak mustahil... Dajjal yg dimaksudkan oleh hadith2 itu adalah peti TV yg menyiarkan fitnah kepada manusia serentak di seluruh dunia...

Dunia hampir kiamat... masihkah lalai? kembali pada Quran dan Sunnah... buang jauh2 jahiliyah anda


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidisharifProfil   Hantar PM kepada zaidisharif   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 14-06-04 17:05


MALU-MALU..................MALU BETUL KITA SEBAGAI UMAT ISLAM TIDAK MAMPU MENGHALANG KEROSAKAN YANG BERLAKU DI NEGARA KITA...............APA USAHA KERAJAAN????APA USAHA KITA??????CAKAP MEMANG SENANG KANNNN.....
SEBENARNYA INI ADALAH MASALAH SIKAP KITA SENDIRI.................HARAP-HARAP KITA MAMPU NAK BANTERAS MASALAH NI........

-----------------
WARDAH.....SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

sobrey7
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.08.2003
Ahli No: 3068
Posting: 33
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-06-04 21:33



Hai....mmg dah akhir zaman dah ni.....moga Allah pelihara kita semua,muslimin dan muslimat sentiasa....aamminn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sobrey7Profil   Hantar PM kepada sobrey7   Pergi ke sobrey7's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 17-06-04 04:01


satu bas pakat terbalik masuk gaung baru tau... time tu la nak salahkan brek la.. kaji kelajuan la... pemandu mabuk la.. jalan licin la...

-----------------



    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 01:02


astaghfirullah...
macam2 hal skrg ni...kita naik bas nak jimatkan budget minyak kereta...tapi...dalam bas...ini pulak yg ada....ish..ish...
macamanalah nak maju kalau fikiran kotor dgn benda2 macam tu...macamana hati nak bersih kalau mata di saji dgn hidangan sebegitu????

wallahuallam...

p/s:-cabaran dan ujian di akhir zaman semakin memuncak dan menggerunkan....masyaallah...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 20:37


hehehehe...

rase-rase sebab ni la kot kebanyakan bas ekspres kemalangan....bayaran tunai dari Allah kot....tapi nak buat macam mana kalau ditegur pun buat pekak je....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 20:43


he..he... ada pengalaman. 5 minit naik bas pas tu drebar terus pasang cd separa lucah. Nasib baik malam, terus tidur...........zzzzzzzzzzzzz. Bangun jer dah sampai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

Aqilah
Warga Rasmi
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2018
Posting: 2
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 21:19


akum..
yelah. sepatutnya siarkan rancangan yang berfaedah. bukannya cd lucah. inilah salah satu sebab yg menyumbang kepada kegiatan spt merogol yg sudah berleluasa. pihak kerajaan sepatutnya ambil tindakan kpd pemandu bas yg tdk bermoral tu...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqilahProfil   Hantar PM kepada Aqilah   Pergi ke Aqilah's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 19-06-04 11:20


well. kite kan hidup di negare islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 19-06-04 15:02


emmmmmm....

maybe nak menarik penumpang nak kat bas dia kot.....tak pon pemandu bus sendiri tak nak mengantuk,,,sebabtu la dia pasang...eeeeiiii..jijiknyer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

aref_geomatik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.01.2004
Ahli No: 6458
Posting: 78
Dari: KB

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-07-05 18:13


iskhh3....takkan lah seorang pun tak ada yang suruh tukar cerita lain....
macam-macam lah kat dunia sekarang ni..memang sengaja menenpah tiket ke neraka tu..
dia tak ingat yang Allah tu sentiasa melihat hambanya....


-----------------
Berilmu,
Beriman,
Beramal &
Beristiqamah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For aref_geomatikProfil   Hantar PM kepada aref_geomatik   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 29-07-05 19:39


HIsh.....teruk betul..sapalah ye yang tergamak buat macamtu

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

trigO
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.05.2005
Ahli No: 16362
Posting: 242
Dari: negaraku...

malaysia  


posticon Posting pada: 29-07-05 19:42


saya rasa dalam bus tak patut tunjuk cerita apa² pun..memeningkan kepala saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For trigOProfil   Hantar PM kepada trigO   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117482 saat. Lajunya....