Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 hari yang lalu
wyd1014: 15 hari yang lalu
haykal77: 23 hari yang lalu
Kakngah: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: tanda-tanda awal kanser


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» tanda-tanda awal kanser

Please Mendaftar To Post


Oleh tanda-tanda awal kanser

IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-04 03:51


TANDA-TANDA AWAL KANSER
1.Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

2 Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.

3. Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4. Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

5. Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6. Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7. Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi
lebih mendalam.

8. Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9. Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10. Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat
jangkitan (infection).

11. Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan (6) Tembakau

(2) Alkohol (7) Radiasi

(3) Sinaran cahaya matahari 8.Pekerjaan

(4) Pengambilan ubat (9) Pencemaran air dan udara

(5) Perokok yang tidak aktif (10) Keturunan


TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,
membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China,
mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan
risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan
enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan
bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu
melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga
mengurangkan risiko serangan stroke.


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

(2) Hindari makanan ringan yang masam

(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil.



[ Posting ini telah di edit oleh: IrSyA_IsYqI pada 2004-06-10 03:55 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For IrSyA_IsYqIProfil   Hantar PM kepada IrSyA_IsYqI   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 11-06-04 00:20



Terima kasih ukhtie IrSyA_IsYqI atas info yang dikongsi bersama.
Saya cuma nak tambah mengenai simptom kanser otak tu. Berdasarkan pengalaman saya salah satu lagi simptom berlakunya kanser otak adalah pengaliran darah melalui hidung yang kerap berlaku( pendarahan dalaman pada bahagian kepala ).


-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-07-04 10:56


Kanser - Corak pemakanan turut menjadi punca

KANSER, penyakit yang paling ditakuti dan menjadi pembunuh utama penduduk di kebanyakan negara. Ia lazimnya dikaitkan dengan merokok dan pengambilan alkohol kerana kedua-dua tabiat tersebut telah dikenal pasti sebagai punca utama penyakit berkenaan.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh para penyelidik dan ahli sains dari Barat baru-baru ini mendapati diet atau corak pemakanan menyumbang kepada hampir satu pertiga punca kes kanser di negara-negara sedang membangun.

Malah faktor tersebut dikenal pasti sebagai punca kepada 80,000 kes kanser di United Kingdom (UK).

Ketua Saintis bagi Kajian Diet Eropah (EPIC), Dr Tim Key dalam persidangan mengenai barah di Harrogate, England, baru-baru ini memberitahu para ahli sains sedang mengkaji bagaimana makanan-makanan tertentu boleh menyumbang kepada jangkitan kanser.

Bagaimanapun, apa yang pasti corak pemakanan, pengambilan minuman keras dan masalah obesiti memainkan peranan besar kepada peningkatan kes kanser di seluruh dunia.

``Lima peratus daripada jangkitan kanser boleh dielak jika seseorang itu tidak mengalami masalah obesiti,'' ujarnya.

Menurut Key, yang beribu pejabat di Unit Epidemilogi Pusat Penyelidikan Kanser UK di Universiti Oxford, setakat ini tembakau atau merokok menyumbang kepada 30 peratus punca kes kanser, manakala corak pemakanan atau diet membabitkan kira-kira 25 peratus dan pengambilan minuman keras kira-kira lima peratus.

``Kita tahu bahawa obesiti dan alkohol adalah punca utama kanser,'' kata Key.

Menurutnya, masalah obesiti meningkatkan risiko jangkitan kanser payu dara, rahim, usus dan buah pinggang, manakala alkohol dikenal pasti sebagai punca kanser mulut, tekak dan paru-paru.

Beliau menambah, bahaya jangkitan menjadi lebih besar apabila digabungkan dengan tabiat merokok.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kadar kes kanser disebabkan pengambilan alkohol menampakkan peningkatan di kebanyakan negara di dunia.

Key berkata, mesyuarat amal Pusat Penyelidikan Kanser UK, bahawa elemen-elemen lain yang mengaitkan corak pemakanan dengan jangkitan kanser setakat ini memang belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, para ahli sains berharap bahawa kajian EPIC, yang membandingkan corak pemakanan keata 500,000 orang di 10 negara dengan risiko barah yang mereka hadapi, akan memberikan bebrapa jawapan yang diperlukan.

Keputusan awal kajian tersebut mendedahkan bahawa penduduk Norway, Sweden dan Denmark merupakan golongan paling rendah yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding negara-negara Eropah lain, manakala Sepanyol dan Itali merupakan negara yang tertinggi.

``Adalah disarankan agar setiap orang mengambil sekurang-kurangnya lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan mereka kerana ia dipercayai dapat mengurangkan risiko barah,'' ujarnya.

Menurut Key lagi, para ahli sains yang terbabit dalam kajian EPIC memberitahu mereka sedang mengkaji kaitan corak pemakanan dengan beberapa jenis kanser yang paling kerap dihidapi termasuk payu dara, prostat dan usus.

Setakat ini, kajian tersebut menunjukkan bahawa obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi barah usus, manakala makanan berproses dan daging merah juga kemungkinan meningkatkan risiko jangkitan penyakit tersebut.

Menurut Key, makan banyak buah dan sayur-sayuran mengurangkan kemungkinan-kemungkinan tersebut.

``Hormon merupakan faktor utama dalam jangkitan barah payu dara. Ketika ini terdapat kira-kira lima corak jangkitan barah payu dara di seluruh dunia. Sebahagian daripada bentuk jangkitan itu berpunca dari-pada masalah yang sama seperti jumlah anak (yang dimiliki wanita berkenaan) dan penyusuan badan,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa obesiti dan pengambilan minuman keras boleh meningkatkan risiko jangkitan tersebut.

Menurut Key lagi, para saintis yang terbabit dalam kajian tersebut belum dapat mengenal pasti dengan positif sebarang faktor pemakanan yang boleh dikaitkan kanser prostat.

Sumber: Utusan Online (01/07/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 248
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 01-07-04 11:28


,
Alhamdulillah, solatan 'ala Muhammad,

Terima kasih, info yg amat bermanfaat.
Biasanya org kita ni kurang menghargai info sebegini, kalau topik kesihatan, ekonomi biasanya kurang mendapat sambutan tapi kalau melibatkan hiburan, cinta, hebat sekali responnya..

Walhamdulillah, salaman 'ala Rasulillah,
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-04 10:15


thanks...

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

Ju
Warga Rasmi
Menyertai: 14.07.2005
Ahli No: 17296
Posting: 15
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-05 15:54


Corak pemakanan memang mempengaruhi kesihatan

Di malaysia, orang cina banyak kena esophageal cancer (Ca) sebab mereka suka makan benda panas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuProfil   Hantar PM kepada Ju   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 18:12


kanser sebab banyak tekanan ke?
maaf buka balik topik lama...
jom meriahkan topik tentang kesihatan

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 18:31


tekanan stress kepada organisma. ini membawa kepada penurunan immunity. kita bukan sahaja perasaan, tetapi immunity kita juga stress. stress yang berpanjangan boleh menyumbang kepada berbagai penyakit seperti gastritis (radang perut), cold (demam selsema), ulcer dan kanser.,..


-----------------
http://zul-md.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 20:43


syukran 'ala hazihil ma'lumaat almumti'ah..wa asalulah ta'ala anyarzuqoni walakum al'afiah


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 08:46


Alhamdulilllah info yang sangat berguna..kekadang leka juga pasal kesihatan diri ni..so far dengan info ni so dapat lah juga ilmu dan ambil langkah berjaga2..


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 14:26


betul ke setiap orang ada kanser.?????
betul ke?????
saja tanya nak tahu....
kanser disebabkan keturunan atau faktor gen jugak ke?????
ke faktor pemakanan saja???
hehhehehe, tak tahu...
syukran2 atas maklumat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 21:33


Pada 01-11-09 14:26 , ziyah posting:

!!! QUOTE !!!

betul ke setiap orang ada kanser.?????
betul ke?????
saja tanya nak tahu....
kanser disebabkan keturunan atau faktor gen jugak ke?????
ke faktor pemakanan saja???
hehhehehe, tak tahu...
syukran2 atas maklumat...


salamun alaik..
memang setiap org ada sel kanser dalam tubuh..hanya aktif dan tak aktif..dan ada faktor penggalaknya..keturunan & genetik salah 1 sebab juga..
ada juga yang berkaitan faktor pemakanan..faktor persekitaran pun boleh jadi sebab..contohnya org yang bekerja di kawasan ada asbestos jgka masa panjang boleh sebabkan kanser paru2..ada juga kanser yang disebabkan virus,bhan2 karsinogen..2 yang ana belajar sikit-sikit lah masa kelas patologi..hehe.. :-D


-----------------
masih ku di dalam pencarian abadi..yang belum pasti kutemui jika mendamba cinta selain Illahi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 01-11-09 21:36


bukan semua org ada cancer. tapi, kromosom yang bawa gen cancer memang ada. cumanya, gen tersebut lemah, dan tak dapat direalisasikan. so, bila badan kita lemah (immuniti rendah), maka gen tersebut dapat direalisasikan.
faktor keturunan menyumbang 20% dari penyebab kanser. faktor pemakanan pun menyumbang juga. apa yang paling penting, amalkan gaya hidup sihat, tidak stress, banyak bersenam, banyak makan makanan berfiber, dan jangan merokok


-----------------
http://zul-md.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 11:10


Terima kasih atas info diberi..

Risau juga dengan kanser ni... satu sel berubah pun boleh jadi punca kanser... berdoalah semoga terhindar darinya.

Sedih dengar pengalam rakan-rakan yang kena kanser.. nak berubat dan kimoterapi... semoga mereka sembuh dan tabah... Amin...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108619 saat. Lajunya....