Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 276
Ahli: 0
Jumlah: 276

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: sms sama dgn judi?????????

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» sms sama dgn judi?????????

Please Mendaftar To Post

Oleh sms sama dgn judi?????????

auzman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2003
Ahli No: 6097
Posting: 47

egypt   avatar

posticon Posting pada: 08-06-04 12:12

assalamualaikum........
ini ada topik baru.........
sejak akhir2 ini kita disiarkan dg peraduan sms yg banyak tersiar diakhbar2 dan media massa lain yg menawarkan hadiah2 yg menarik lagi lumayan.........
adakah ianya boleh disamakan dgn berjudi krn bagi ana konsepnya sama..........
kena keluar duit dan cuma jawab beberapa soalan shj.............
dan kalau nasib baik dapat hadiah.......
jadi berhati2 lah dgn peraduan sms itu.....

Bookmark and Share

  Member Information For auzmanProfil   Hantar PM kepada auzman   Quote dan BalasQuote

daquayza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6050
Posting: 153
Dari: sp

Kedah  

posticon Posting pada: 08-06-04 13:47

ana setuju! apa kata alim ulamak dlm isu ni?

Bookmark and Share

  Member Information For daquayzaProfil   Hantar PM kepada daquayza   Quote dan BalasQuote

meknor
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8919
Posting: 6
Dari: Ampang

Kelantan  

posticon Posting pada: 08-06-04 15:26

Abim dakwa kuiz SMS ada persamaan dengan loteri

Monday, June 07 @ 12:34:32 MYT

Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta pihak berkuasa agama mengkaji pertandingan kuiz melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berbayar yang semakin menular kerana khuatir ia mengandungi unsur perjudian serta memudharatkan.

Naib Presidennya, Yusri Mohamad berkata, pihaknya mendapati kuiz tersebut mempunyai persamaan dengan permainan 'loteri' di mana hanya cara pembelian tiket membezakan kedua-dua permainan itu.

"Perjudian loteri, tiketnya dibeli secara tunai manakala perjudian SMS melalui cajnya, tetapi kedua-duanya tetap melibatkan wang hadiah daripada pertaruhan peserta.

"Kedua-duanya mempunyai unsur utama perjudian iaitu pertaruhan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Yusri memberi contoh laporan akhbar baru-baru ini, bagaimana seorang peserta kuiz SMS anjuran sebuah stesen televisyen menghabiskan RM20,000 dalam pertandingan tersebut dan akhirnya peserta tersebut memenangi hadiah bernilai RM10,000 sahaja.

Bahkan tambah beliau, beberapa kajian oleh pihaknya dari aspek hukum syarak berkaitan isu itu turut menyokong kuat ada unsur perjudian dalam kuiz tersebut.

Selain itu kata beliau lagi, persamaan lain boleh mengaitkan kuiz itu dengan perjudian adalah kerana ia boleh mengakibatkan kerugian wang, masa serta tenaga peserta, sementara keuntungannya pula hanya diperolehi oleh segelintir daripada mereka.

Malahan katanya, ia juga menggalakkan budaya jalan pintas untuk mencari kekayaan daripada berusaha bersungguh-sungguh mengikut saluran sepatutnya

Katanya, tidak mustahil ada peserta yang begitu asyik mengambil bahagian akan sampai ke tahap ketagih.

Justeru beliau mengesyorkan pihak berkuasa seperti Majlis Fatwa dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) segera mengkaji isu tesebut dan memberi penjelasan sebenar kepada masyarakat.

Sementara itu tinjauan Harakahdaily terhadap beberapa akhbar dan televisyen mendapati penganjur peraduan SMS menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada peserta seperti kereta, pakej pelancongan, barangan elektrik dan wang tunai.

Kebanyakannya akan mengenakan caj kepada peserta antara RM1 hingga RM3 bagi setiap satu SMS. – lanh

Bookmark and Share

  Member Information For meknorProfil   Hantar PM kepada meknor   Quote dan BalasQuote

meknor
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8919
Posting: 6
Dari: Ampang

Kelantan  

posticon Posting pada: 08-06-04 15:27

posticon Posting pada: 08-06-04 16:56

apa tindakan kerajaan?

Bookmark and Share

  Member Information For daquayzaProfil   Hantar PM kepada daquayza   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  

posticon Posting pada: 09-06-04 08:37

kerajaan??dok sengap jer....

Bookmark and Share

  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

simba
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 184
Posting: 251
Dari: BAnGi

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 09-06-04 08:48

Islam Hadhari la katakan

Bookmark and Share

  Member Information For simbaProfil   Hantar PM kepada simba   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  

posticon Posting pada: 09-06-04 13:04

ASSALAMUALAIKUM.................
BETULLAH...SAYA SETUJU..SEBAB SEKARANG NI RAMAI PELAJAR IPT YANG GUNA HANDSET.......SO KERAJAAN MESTI AMBIL TINDAKAN...TAPI DIAORANG SEDAR KE TAK HAAA?????
MUNGKIN DIAORANG TAK NAMPAK KOT....

Bookmark and Share

  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

sobrey7
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.08.2003
Ahli No: 3068
Posting: 33
Dari: penang

PulauPinang  

posticon Posting pada: 10-06-04 23:58

Hmm....mesti ditangani segera nih...terima kasih krn menyampaikan berita ni...

Bookmark and Share

  Member Information For sobrey7Profil   Hantar PM kepada sobrey7   Pergi ke sobrey7's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  

posticon Posting pada: 24-06-04 05:44

ndak tunggu sebulan lagi baru nak kuar fatwa.. ntah brp ramai lagi rakyat m'sia yg berjudi dlm tempoh tu??

Fatwa kuiz melalui SMS diputuskan bulan depan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Majlis Fatwa Kebangsaan akan memutuskan pada bulan depan berhubung hukum peraduan kuiz melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, kajian yang sudah disiapkan oleh majlis itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Fatwa bagi menentukan sama ada ia mempunyai unsur perjudian atau tidak.

Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain berkata, secara peribadi beliau menganggap peraduan kuiz SMS mempunyai elemen judi dan ia harus dielakkan.

Kedua-dua mereka mengulas surat pembaca yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini mengenai hukum peraduan kuiz SMS yang dikatakan mempunyai unsur perjudian.

Penulis surat tersebut, Abrar Abd. Rahman dari Seri Kembangan, Selangor menyatakan, beliau telah menulis surat kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, semua mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Persatuan Ulama Malaysia bagi mendapatkan reaksi.

Bagaimanapun, katanya, hanya Jabatan Mufti Selangor yang memberikan jawapan untuk melakukan kajian mengenainya.

Dr. Mohammed memberitahu,isu peraduan kuiz melalui SMS itu telah dimaklumkan oleh Ismail bahawa ia akan dibincangkan dalam mesyuarat muzakarah fatwa bulan depan.

"Daripada kajian awal, jelas menunjukkan kuiz seumpama itu mempunyai unsur-unsur perjudian kerana ia bergantung kepada nasib.

Ia bukannya satu pertandingan yang ditentukan berdasarkan kemahiran individu,'' katanya.

Bagi memenangi sesuatu peraduan, katanya, seseorang perlu mengeluarkan wang bagi mendapat laluan SMS dan kemudian mengharapkan nasib untuk memenangi hadiah.

(Utusan Online, 24 Jun 2004)

Bookmark and Share

  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar

posticon Posting pada: 09-07-04 02:45

Unsur judi: Mufti digesa keluar fatwa peraduan guna SMS

Thursday, July 08 @ 17:29:25 MYT

Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Mufti-mufti digesa mengeluarkan fatwa berhubung peraduan secara intraktif mengunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini, kata Naib Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurut beliau, peraduan tersebut yang didakwa oleh beberapa pihak mengandungi unsur-unsur perjudian, perlu diperjelaskan segera kedudukannya dari segi hukum oleh Mufti atau Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai institusi rujukan umat Islam.

"Isu ini tidak boleh dipandang remah lagi kerana melibatkan perjudian yang jelas merupakan dosa besar bagi umat Islam.

"Penjelasan ataupun fatwa perlu dikeluarkan untuk menyelamatkan umat Islam melakukan dosa tersebut sekiranya dakwaan judi SMS itu berasas," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun kata Ustaz Idris, beliau tidak menolak kemungkinan orang Islam yang tidak tahu peraduan itu merupakan satu perjudian kerana ia tidak sama dengan cara perjudian lain seperti mesin slot atau lumba kuda yang secara terang meletakkan pertaruhan kepada peserta.

Mungkin juga kata beliau, oleh kerana SMS merupakan teknologi baru digunakan hari ini serta belum ada perbincangan atau perbahasan ulama secara terperinci mengenai penggunaan teknologi itu, menyebabkan orang ramai tidak perasaan ia boleh disalahgunakan menjadi satu bentuk perjudian.

"Sebab itu saya desak institusi Mufti perlu bertanggungjawab berhubung perkara ini kerana hanya mereka mempunyai autoriti untuk mengeluarkan hukum selain pandangan mereka akan dipatuhi," tegas beliau.

Sebelum ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam satu kenyataannya telah meminta pihak berkuasa agama mengkaji pertandingan kuiz SMS berbayar yang semakin menular kerana khuatir ia mengandungi unsur perjudian.

Naib Presidennya, Yusri Mohamad berkata, pihaknya mendapati kuiz tersebut mempunyai persamaan dengan permainan 'loteri' di mana hanya cara pembelian tiket membezakan kedua-dua permainan itu.

"Perjudian loteri, tiketnya dibeli secara tunai manakala perjudian SMS melalui cajnya, tetapi kedua-duanya tetap melibatkan wang hadiah daripada pertaruhan peserta," katanya.

Kebimbangan yang sama turut disuarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) apabila menggesa kerajaan supaya mengawal peraduan SMS dan mempertimbangkan pengharamannya kerana terdapat unsur perjudian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, peraduan SMS kini merupakan 'lombong emas' bagi penganjur dan syarikat-syarikat telefon di mana pengguna dengan mudah tertipu kerana tergoda dengan hadiah yang banyak dan kemudahan untuk menyertainya.

Selain itu, dalam perkembagan isu berkenaan, seorang gadis telah melaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna baru-baru ini kerana telah membelanjakan hampir RM20,000 untuk menghantar hampir 29,000 mesej SMS bagi satu peraduan SMS.

Akhbar juga pernah melaporkan satu kes yang sama sebelum ini bagaimana seorang peserta kuiz SMS anjuran sebuah stesen televisyen menghabiskan RM20,000 dalam pertandingan tersebut tetapi hanya memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Peraduan SMS biasanya dipromosikan secara meluas oleh akhbar, radio dan televisyen dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada peserta seperti kereta, motosikal, pakej pelancongan, barangan elektrik dan wang tunai daripada syarikat penganjur.

Selain itu, penganjur juga biasanya mengambil peluang daripada hari atau musim tertentu untuk menarik peserta menyertai pertandingan seperti peraduan SMS Hari Merdeka, SMS Euro, SMS Tahun Baru, SMS Valentine Day atau SMS sempena tayangan filem dan rancangan tertentu di televisyen.

Biasanya peserta akan dikenakan caj diantara RM1 hingga RM3 bagi setiap satu SMS yang dihantar atau diterima. – lanh

Bookmark and Share

  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  

posticon Posting pada: 09-07-04 07:01

tu la dunia skrang macam2 perkara tanpa disedari perkara tu sama cam perbuatan yg haram dicc agama

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.147625 saat. Lajunya....