Hamdan lillah. 16 Mei 1999 pertama kali kita bersua.. masing-masing agak canggung, taklimat pertama di Lab Metrologi.. garangnya Dr Zaid..he..he..
* * *
Terkenang. Banyak sekali yang terkenang di lebuh nostalgia. Berbunga satu demi satu memori, tersingkap helai demi helai diari kenangan, masih utuh termaktub langkah-langkah padu, janji-janji satu, suka duka sebuah keluarga.
Terlewat ke kuliah kerana tertidur..dah tu gi kuliah tak sempat mandi.. member sebelah senyum semacam je.. takpe.. pegi jugak kan dari ponteng terus..
Mana mungkin dilupakan jasa ‘murni’ sahabat sekuliah berkongsi tugasan, akrabnya kita!
Adakala menyambut ulangtahun hari lahir bersama dalam mesra ukhuwah.. tiada kalimah seindah untuk dizahirkan. “Masa sudah tamat, sila berhenti menulis, yang meniru sila berhenti meniru!” Senyum simpul Dr Mani sukar dilupa.. Dr Lim yang segak dengan gaya selambanya.. kacang maa.. Aduh.. adakala sama-sama berkongsi boring semasa kuliah.. he..he ada yang tertidur lagi tu.. siapa ye..?
Menarik hadir kuliah Dr K, kuliah yang bertenaga, tak pernah sunyi dari jenaka, senyum panjang dan ikhlas.. “Salah dua daripadanya adalah..” ada ke patut semua gelak kat Dr Khoo.. kegigihannya turut dikagumi.. Waduh.. penatnye salin nota Dr Zaid.. laju sangat.. takpe nanti pinjam nota Kak Omie atau Kak Intan.. tulisan diorang lawa.. Dr Norhashimah.. walaupun dah berpisah tak dilupa.. jangan lupa 7 QC Tools, pareto dll. Dr Zuraidah.. ha..ha tegas tapi baik orangnya..Dr Raje dengan langkah lembutnya menghurai Teorem Boolean..
Ingat-ingat pesan Dr Suzuri Ramadhan yang lalu: “Carilah keredhaan Allah..”
Ketegasan dan kesungguhan ‘Cikgu’ Zalina tidak boleh tidak, terabadi di sanubari.
Jangan lupa pada malam-malam yang lampau tika kita terpaksa korbankan masa tidur untuk menyiapkan tugasan dan study untuk ujian.. (sesekali bermunajat) ..yang ada di sisi kita hanya rahmat Allah, doa ibu ayah dan sokongan sesama.. betah kita menempuh satu demi satu ranjau bersama. Masalah, ujian dan dugaan kita dadai bersama hingga tertegak sebuah kota yang utuh dikubui ukhuwah.
Sahabat, mampukah kita tinggalkan semua ini ??
Masih jelas di mata, keruh wajah Najib ketika ibunya pergi dahulu meninggalkan kita, namun Najib tidak keseorangan.. Begitu juga ketika air mata Kak Ina merungkai duka di pelukan Kak Fizah semasa ayahnya menyambut seruan Ilahi.. kami juga terasa dukanya, Kak Ina tak bersendirian.. Ketika Kak Iza diuji hebat dalam musim peperiksaan kehilangan yang tersayang, yang mampu kami berikan hanya semangat dan doa, kita kongsi duka itu agar tidak ditanggung sepi sendiri.. Begitu juga ketika Kak Mazli kehilangan yang dikasihi..
Tersinggung dan berselisih pendapat, sedangkan lidah lagi tergigit.. maaflah sesama kita. Kita tak mampu berselisih lama akhirnya kemesraan merapuhkan segalanya.. Masih subur di ingatan kasih sayang ikhlas ketika ziarah ke rumah Kak Aida, Kak Omie, Abang Wan (bas), Abe Mi (Ajoi), Kak Fizah, Kak Awin, Kak Faeiz dan lain-lain.. Sama-sama kesyukuran berbunga di dada tatkala memandang seri wajah Kak Ina diijabkabulkan bersama Abang Man, tahniah, barakallahulaka..
Saban tahun kita berbuka puasa bersama pensyarah. Mana mungkin luput dari ingatan jabat salam akrab sesudah tarawih, peluk kasih Aidilfitri ketika hampir raya.. Keluarga kita berkembang dengan kehadiran junior yang amat kita sayang walaupun mungkin mereka tidak begitu mengetahui betapa kita menyayangi mereka. Tidak banyak yang kita mampu lakukan untuk mereka.. tapi kita zahirkan erti persahabatan dan persaudaraan.
Dan hari ini 2 Jamadilakhir 1423H, 11 Ogos 2002 kita bersua lagi untuk bertukar salam tahniah sempena majlis konvokesyen.. juga untuk berpisah.. Allah telah menyaksikan pertemuan dan kasih sayang kita.
Dan hari ini Allah akan menyaksikan hati-hati ini dengan gugup rasa pilu menerima hakikat perpisahan.. ya, kita akan berpisah hari ini.. sudah tiba masanya.. siapa pernah menduga….
Sahabat, kita telah bersama, dan kita akan bersama. Mudah-mudahan kesyukuran sempena pengijazahan ini akan menjadi saksi akan persaudaraan kita..kasih sayang kita..keakraban kita.. kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, kita bertemu kerana Allah..
Dan kini kita akan berpisah..
Juga kerana Allah.
Mudah-mudahan semalam yang pergi, hari ini yang hadir dan esok yang mendatang tidak merubah keakraban kita… Moga Allah berkati segalanya, insya Allah. Berdoalah moga Allah memelihara pertemuan dan perpisahan ini dengan rahmat-Nya…
Selamat Berjuang sahabatku. Hidup cuma sementara, impian kita kejayaan dunia dan akhirat. Matlamat kita keredhaan-Nya.
Walhamdulillah, solatan wasalaman ‘ala Rasulillah.
MEMORI KONVOKESYEN KE-31 QCI USM 2002