Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 24-04-2025 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | ARTIS DIKAITKAN SEBAGAI PENCETUS GEJALA MAKSIAT... | |||
---|---|---|---|---|
syed ![]() ![]() |
![]() ![]() mafhum drp firman Allah SWT... "APA2 YG DI BAWA OLEH NYA(RASULULLAH SAW)AMBILLAH..DAN APE2 YG DI LARANGNYA JAUHIL;AH..." sahabt sekalian...betul atau tidak yg artis adalah salah satu pencetus gejala maksiat di dunia ini?kalau betul kenapa?dan kalau salah kenapa pulak? tetapi bagi saya 99%...boleh di katakan salah artis..sebab di kalangan merekalah yg menyebarkan fahaman dan etika pemakaian, pergaulan yg melampau...menyebabkanramai manusia yg jahil lagi bodoh senang mengikut jejak langkah mereka...di sini saya tegaskan...bukan cakap saya cuma omong2ngan..tetapi realiti yg berlaku kala ni... akhir kalam wasslam | |||
Nazri ![]() |
![]()
Di Malaysia, majoriti artis berpakaian tidak sopan, khususnya kaum hawa, ana telah berjumpa dgn byk artis, sebab ana memang ceburi bidang nie... Kebanyakan mereka boleh dikatakan TIDAK berakhlak... ana tengok ramai yang 'minum', ramai duduk berdua-dua dalam bilik, hisap rokok jgn cakaplah, siap campur dgn Shabu (sejenis dadah), cakap sombong... Jadi, ini sudah menjadi trend bagi artis... Apa lagi, peminat pun ikut jejak lah... Yang sedihnya, ana tengok artis nasyid sendiri yang pernah buat maksiat, tak payah cakap siapa...!!
![]() ![]() p/s: suka tengok akak-akak HUDA.. ----------------- Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata... | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
hehehehehe....
assalamualaikumm.... umat akhir zaman perangainya akan kembali sepertimana zaman jahiliyah...malah mereka boleh pergi lebih jauh daripada itu lagi....contohnye di zaman batu awal....kita tengok macam, mana pakaian orang batu awal...macam tu la yang berlaku sekarang ni.....dedah sana-dedah sini...potong sana potong sini....kalau nak salahkan orang batu Awal tak patut jugak coz dorang tak tahu buat baju mase tu.....tapi yang pelik sekarang ni....walaupun tyeknoligi canggih macammana sekalipun orang sekarang ni nak jugak ikut orang zaman dulu......agaknye..kalau hidup lagi la oirang dulu ni...mesti dia heran... berbalik kepada tajuk topik ni...saye bersetuju tersangat-sangat...yang artis ni pencetus segala maksiat...cuba kita tengok hadis nabi sekejap..yang menyatakan pada akhir zaman artis akan lebih diagung-agungkan berbanding dengan ulama'........nak buat cam ner kan...dah nasib ulamak macam tu......kita sekarang ni sedar yang bahawa artis ni lah yang memesong kita...kenapa lah dorang ni jugak yang disanjung.....kesannya akan sampai kepada kanak-kanak...bukan kepada kita.... | |||
syahid_zul ![]() ![]() |
![]()
SEMEMANGNYA......itulah yg berlaku kepada masyarakat hari ini...
tapi ada yg x sedar .....dan org inilah perlu disedarkan bukan dikutuk sahaja | |||
fuqaha ![]() |
![]() ![]() dah nama artis, hidup nak di sanjung2. bila orang tegur pandai la pulak dia jawab, dah Allah bagi nikmat suara sedap guna ja la..kata jgn kufur nikmat Allah la, jgn tengok orang dari luaran saja la, macam2 tapi diaorang tak sedar apa yg diaorang buat tu tak betul... apa guna kau disanjung2 kau digelar manusia agung...(pas nanyi sdiri) ![]() ----------------- belajar menghargai sesuatu.... | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]() | |||
JoshuaIsfahan ![]() |
![]()
hahahahahah...janganlah nak kondem artis je...bukan semua artis buat jahat....habis dah kumpulan nasyid tu artis gak,takkan nak panggil penjahanam agama....pemuzik klasikal pun artis gak...lagi tak bercakap,cuma main muzik je...pakai suit hitam sepanjang masa...aparaa
| |||
rahmat_hidayat ![]() |
![]() ![]() Dalam memahami sesuatu isu, kita seharusnya mengunakan fikiran secara rasional dan terbuka tanpa mengetepikan persoalan akidah yang harus dijadikan dasar utama. Nyanyian yang mengkhayalkan sehingga membuatkan manusia lalai dan lupa akan kekuasaan Allah dan ditambah pula dengan maksiat...pendedahan aurat dan percampuran antara lelaki dan perempuan sudah semestinya HARAM lagi BERDOSA disisi Allah. Ini adalah kenyataan yang tidak harus kita pertikaikan! Harus diingat juga....bukan semua artis nasyid itu wajar disanjung sebagai artis yang menyebarkan dakwah. Sahabat JoshuaIsfahan yang mempertikaikan artis nasyid seharusnya berfikir semula tentang kedudukan dan peranan yang telah dimainkan oleh artis nasyid di negara kita. Jika tidak kerana keuntungan jualan album....sambutan peminat.....jemputan membuat persembahan.....sudah tentu tiada orang yang mahu menyadi penyanyi nasyid. Harus diingat kembali.....nasyid pernah terkubur suatu masa dahulu.....hanya selepas kemunculan kumpulan RAIHAN dengan album pertamanya yang telah mendapat sambutan membanggakan....barulah banyak syarikat rakaman yang berlumba-lumba mencipta kumpulan nasyid baru yang boleh mencipta keuntungan. Kononnya atas dasar dakwah......tetapi lagaknya kumpulan nasyid sebegini yang sanggup berkompromi dengan artis-artis maksiat boleh dipertikaikan. Pensyarah saya sendiri pernah mempertikaikan bahawa kemunculan kumpulan nasyid baru bagaikan cendawan selepas hujan ada kaitannya dengan populariti, keuntungan dan keinginan untuk menghiburkan. Unsur dakwah hanya dijadikan isu sampingan disebalik nama nasyid. Tidakkah ini juga harus kita bimbangkan? Di sebalik penyanyi yang sudah sedia jelas kemungkarannya...kita seringkali terlupa dengan kewujudan kumpulan nasyid yang boleh dipertikaikan. Ada kumpulan nasyid yang sudah mulai berani mengunakan khidmat pemuzik dan alat muzik yang jelas haram di sisi Islam. Di mana letaknya matlamat sebenar nasyid...Adakah hanya sekadar berhibur....menengelamkan pendengar dengan alunan muzik yang sedia rancak umpama muzik rock atau melenakan pendengar dengan alunan muzik klasik yang melalaikan. ----------------- IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410 | |||
din_arif ![]() |
![]()
![]() Maaf mencelah... Saya sokong hujah tu. Mmglah bukan sumer group nasyid camtu, tp yg kurang elok tu yg patut kita perbetulkn. Maaf sekali lg... ![]() | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
emmmmmm......
kalau nak kepastian la..saudara pergi tanya setiap artis nyasid.....adakah mahu menyampaikan dakwah ataupun mahu glemor je...kalau nak sampaikan dakwah...kita tengok lirik nyasid sekarang ni...ade lagi kah unsur-unsur dakwah didalamnya....... memang la manusia ni serba tak tahu...atau perkataan yang tak eloknyer dipanggil bodoh...kalau manusia bodoh..artis pun sama jugak bodoh...dah tahu dedah-mendedah tu dosa..tapi dorang dok buat juga.... saye tak kate la brehibur tu salah....tapi jangan la fanatik sangat dengan hiburan....nanti lain yang jadi... | |||
fairuzah ![]() ![]() |
![]() ![]() i agree with Syed... artis² yg menjadik idola bebudak sekarang la yg byk membawak kerosakan...pasal ape?...apa² yg artis tu buat, pakai...seme bebudak nak tiru.....lebih buruk lagi kalau artis tu artis kafir dari barat.....ape lagi...bertindik sana-sini, minum arak, seks bebas, gengsterisme, pakaian tak senonoh....and the list goes on and on and on.......... don't be fooled...tak ingat ke bahawa salah satu cara orang Yahudi laknat (ttg 24 Protokol Yahudi) nak menyesatkan umat Islam adalah melalui cara HIBURAN... | |||
JoshuaIsfahan ![]() |
![]()
oooo rahmat,u kalau bukan pendengar lagu klasik u jangan main redah nak kata muzik ini boleh melalaikan...muzik klasik merupakan salah satu medium psikologi bagi memastikan saraf darah otak berjalan dengan lebih baik....
Saya merupakan mereka yang berada di dalam bidang muzik klasikal...sebagai seorang Islam,jika saya tahu muzik itu boleh melalaikan...saya akan meninggalkan minat saya ini.Saya tak fikir saudara merupakan peminat lagu klasik,sebab tu main redah je..sepanjang saya berada di dalam muzik ini,ia tidak pernah menidakkan saya untuk menunaikan apa2 kewajipan dan overtune hingga menjadi terjemahan kepada taksub seperti lagu rock dan metal. Jangan begitu singkat nak memberi sesuatu ulasan.Sekurang-kurangnya Muzik klasik tidak membawa apa2 lirik dan ia lebih subjektif dan individistik. Ada ke sejarah mengatakan muzik jenis klasik merupakan muzik yang membawa pengaruh negatif? Yang tidak meminatinya mungkin akan kata ia mengantuk,tapi yang jiwanya pd muzik jenis ini,ia adalah satu keajaiban seni. Dan sebaik-baiknya,pemuzik klasikal lebih jujur dpd segelintir ahli nasyid yang hipokrit.Bukan saya tak tahu....depan masyarakat bercakap mengenai kebaikan itu dan ini seperti mereka maksum....terlalu sempurna utk menasihati org lain tapi sebaliknya.... "Suka tengok film blue".......tepuk dada,tanyalah iman?siapa yg lebih teruk? p/s:Members of ChamberKLPOPSymphony-2003-2005 | |||
Qyranna ![]() |
![]()
Askum....
Saya merupakan penggemar muzik dan spt Joshua, saya juga meminati muzik klasik krn saya penah terlibat scr tdk langsung terlibat dlm bidang ini dlm tempoh pengajian di universiti serta mengikuti kursus pendek. di universiti utk menimba pengalaman dan ilmu....cuma dlm konteks perbincangan kita ialah soal artis....artis adalah pengamal muzik tersebut....adilkah kita menyalahkan muzik lantaran kecacatan dan sifat sumbang pengamalnya...??? Bagi saya, dlm menilai sesuatu perkara...tolong fikirkan sedlm2nya...muzik juga merupakan satu bidang ilmu...muzik sbnrnya byk mempengaruhi kehidupan manusia....perkara yg penting di sini bagaimana kita hdk menapis jenis muzik yg bagaimanakah sesuai utk kita dengari selagi ia tdk membuat kita leka dgn tanggungjawab sbg seorg Islam...apakah penasyid itu boleh kita nobatkan sbg sebaik2 artis...??? Think about it...!!!!..mmg tdk nafikan lirik2 lagu nasyid itu sebahagian besarnya membawa mesej yg baik...tp bagaimana pula dgn lagu2 yg tdk dikategorikan sbg lagu nasyid tp mampu memberi pengertian yg baik utk manusia...?? adakah kita menolaknya...sdgkan masih ada mesej yg boleh diterima...terpulanglah bagaimana caranya utk kita menikmati muzik itu sendiri...di sini filter yg paling berkesan adalah iman....cukuplah jika kita menikmati muzik itu berdasarkan batasan2 yg berpadanan dgn sifat kita sbg seorg Islam yg berakhlak....ttg artis yg dianggap sbg pencetus maksiat....bg sy, dlm hal ini x perlulah menjadikan artis sbg idola...mmg saya akui artis juga antara punca pencetus maksiat tapi bukannya semua yg bersifat begitu....mungkin anda menganggap saya seolah-olah menyokong artis tapi ia bukan bersifat mutlak....byk faktor yg mendorong kpd perkara tersebut .... cuma adalah tdk adil kita meletakkannya 100%...definisi artis itu terlalu luas....ia meliputi bidang kesenian yg bukan shj mengkhusus kpd hiburan tetapi juga cabang seni yg lain...begitu juga dgn artis nasyid.....walaupun mereka melabelkan diri mereka sbg pendakwah....saya harap kita harus fikirkan semula.....saya tdk merujuk kpd mana2 artis nasyid tapi perhatikan sama ada akhlak, gaya hidup dan lain2 hal lagi ttg kehidupan itu berpadanan dgn sifat seorg pendakwah atau tdk....menyanyikan lagu nasyid bukan tiket mutlak utk menjadi pendakwah andainya aspek2 lain dlm kehidupannya tdk menggambarkan mrk sbg pendakwah....kita perlu sedar bhw kita dlm era globalisasi ini amat sukar utk menyekat kemasukan pelbagai budaya dan perkara2 yg mungkin sblm ini agak asing pd kita....tanpa ilmu dan iman yg mantap.....pengaruh itu mudah meresap dlm kehidupan kita....bercerita soal perangai artis ini tdk ada kesudahannya....hari ini maksiat terlalu mudah utk dilihat....kita mungkin tdk mampu utk membantu artis itu memperbaiki akhlaknya tetapi kita mungkin mampu membantu org2 yg terpengaruh dgn budaya maksiat ini utk memperbaiki dirinya tetapi jgn lupa utk turut memperbaiki diri sendiri...adakalanya kita terlupa.... | |||
nur_muhammadi ![]() |
![]()
"berhibur tida salahnya
kerana hiburan itu indah hanya pabila salah memilihnya membuat kita jd bersalah" so..anyway..tanya nawaitu kita dulu dlm hiburan...apakah kita memilihnya semata2 ingin mencari setitis redha Ilahi..ataupun semata2 penghibur diwaktu bosan atau terikut2 dgn rakan2.....mengenai persoalan artis pula teringatlah pepatah arab.. "unzur ma qala...wla tanzur liman qala" "lihatlah apayg dikata ..jgn lihat siapa yg berkata" tepuk dada tanyalah iman...it depends on syariat ![]() | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]() | |||
syed ![]() ![]() |
![]()
hemm..maaflah..
memang skop bagi melatakkan status artis sebagai punca kesalahan mmg salah...tapi sahabt sekalaian kena tahulah..artis yg kategori mana saya maksudkan tu... takkan artis nasyid pulak?...pikir betul2 sebelum terus jawab... satu lagi...muzik ade pantang larangnya..bukan semua muzik kita boleh ikut..islam dah gariskan...adab2 dalam berseni...nak kena terangkan ke?? artis..boleh di kata pelakon, pelawak,penyanyi..dan pelukis..dan2222...banyak lagi..jadi kita lihat la ni di mana2 artis cukup2 banyak membawa kesan besar terhadap kehidupan masyarakat terutamanya anak muda...jadi kita perlu memilih ...jangan hari raye jer..pakai tudung..hari2 lain..nampok lurah2 dendanm tu..tu takleh jadi ikutan..jadi sebatan adelah di akhirat kelak...wassalam | |||
din_arif ![]() |
![]()
![]() Betul tu. Masa hari raya ler artis2 sumer sibuk nk wat show. Pakai tudung, nyanyi sebut kesyukuran pada Allah. Macam ler diorg jer yg puasa dlm bulan Ramadhan. Yg pelik tu, time tu jer pakai tudung + berlakon sopan. Time lain, terjoget2, terkinja2, melompat2 x igt Tuhan. X keterlaluan kalo saya ckp golongan artis camni menghina Islam. Sbb diorg bukan jer menjatuhkan maruah diri sendiri, sambil2 tu maruah umat Islam dan Islam itu sendiri tercemar secara sedar atau tidak. Kalau dulu, bila ada artis yg tersilap kata terkutuk PM, dh kena gam. Inikan pulak yg terang2 wat perangai kutuk Islam. Patutnya gam jer diorg seumur hidup. Xkira ler popular ker x. Maaflah terkasar bahasa skit. Bukan aper, xthn tgk umat Islam sendiri umpama mencemuh hukum Islam. Bertudung bila2 diorg suka jer. So, aper beza diorg ngan askar Amerika yg hina Islam kt penjara Iraq tu? Fikirkanlah wahai sahabat sekalian. Maaf sekali lagi. "Semuanya dtg drpd Allah. Yg baik itu dtgnya drpd Allah. Yg buruk itu juga dtgnya drpd Allah tp atas kelemahan saya sendiri." | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]()
betul kata joshua tu, saya juga mengkajai musics, jgn menghina music. music mosacs contohnya boleh membantu dalam pembelajaran. membantu menenangkan fikiran dan melancarkan peredaran darah. music jenis blue juga melancarkan peredaran darah. music jenis blue paling sesuai digunakan ketika bersukan, seperti main besi. ia membantu kita supaya tidak cepat penat. manakala music jenis fast macam techno, rock dll sesuai digunakan untuk membakar kalori. sebab die bila kita dengar music yg berentak laju, jantung kita akan berdenyut dgn lebih cepat, darah bergerak lebih laju, pengosidaan makanan lebih cepat berlaku. itu antara sebab kenapa org yg ada sakit jantung tak boleh dgr lajhu begitu.
jgn menyalahkan musics, music tu tak bersalah. yg bersalah tu manusia. samada penyanyi atau pendengar. penyanyi memasukkan lirik yg merosakkan music. penyanyi membentuk imej yg merosakkan music. pendengar mengikut penyanyi. pendengar mengikut lirik. mereka tidak ikut music. manusialah yg merosakkan seni. seni tak pernah merosakkan manusia. | |||
BrotherMon ![]() ![]() |
![]()
pokoknya..ilmu...
kalau dah tau artis tu tak elok..buat apa nak jadikan ikutan.. ini bukan main lagi.. bila ditanya idola......artis la jawapannya.... | |||
aisyah_nurdiah ![]() |
![]()
Memang kebanyakan artis sekarang macam tu....
----------------- Keikhlasan datang dari hati yang suci.... | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
emmmmmmm.....
ohhh...rupanya saudara kita ni mengkaji music......saya juga mengkaji music.....memang ade jugak kebaikan tentang music ni....tapi keputusan kajian saya pulak menunjukkan...70 peratus gejala maksiat berpunca dari pada music...kalau tak ade music tak ade la artis kan...ini menunjukkan ianya berkait rapat antara misic dan artis.....kalau tak caye....cuba kita tanya adik-adik kita..ataupun budak kecik...yang mana dia lebih tahu..artis ataupun ulama'???cuba tanya ..lepas tu baru bagi posting... | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
emmmmmmm.....
ohhh...rupanya saudara kita ni mengkaji music......saya juga mengkaji music.....memang ade jugak kebaikan tentang music ni....tapi keputusan kajian saya pulak menunjukkan...70 peratus gejala maksiat berpunca dari pada music...kalau tak ade music tak ade la artis kan...ini menunjukkan ianya berkait rapat antara misic dan artis.....kalau tak caye....cuba kita tanya adik-adik kita..ataupun budak kecik...yang mana dia lebih tahu..artis ataupun ulama'???cuba tanya ..lepas tu baru bagi posting... | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]()
muslimin23, i dont think u understand music. apa u kata tu lagu n bukan music. terbukti kajian u gagal 100 percent.
| |||
rutab ![]() ![]() |
![]() | |||
azi ![]() |
![]() ![]() nakbagi ingatjer pada semua..bukan semua artis macamtu..kalau nak diikutkan,ramailagi manusia yang boleh digelar sebagai pecetus maksiat..contoh,pemimpin2 kita di Malaysia nie..bukan nak menyalahkan sesiapa,tapi isu ini adalah isu bersama..jadi janganlah kita suka sangat nak menuding jari..takdenye selesai masalah kalau kiter bersifat macamtu..sebagai orang baru dalam ukhwahnie,mintak maaf kalau pendapat ana salah bagi sesetengah orang,tapi bukti tidak pernah menipu manusia..hanya manusia yang menipu..to Joshua,Jackie..teruskanla usaha mendalami musik..dan pada yang lain2,jgn cepat menyalahkan sesuatu jenis musik..kiter berukhwahnie jgn cepat melenting biler dikritik k.. | |||
JoshuaIsfahan ![]() |
![]()
memang betul ada perkara negatif di dalam hiburan ni..esp pd muzik yg memerlukan penyanyi utk menyanyi..tapi tak semua akan mendatangkan mudarat pd kesan sosial.....cth kalau dah lagu opera,beniechiles,italian.....soprano menyanyi...apa ada kesan ke?
Apa yg menjadikan saya sedikit marah mengenai pandangan mengenai muzik klasikal..muzik ini takkan sama dengan apa jenis muzik yg ada dalam dunia ini.....bagi yg mereka pernah melihat konsert yg dibawa oleh BosniaPhilharmonic,anda akan sedar bahawa muzik yg dibawa oleh mereka seolah2 ingin berkongsi sesuatu.....selain pemuzik mereka menangis sewaktu membawa lagu2 tersebut..audience turut tersentuh hati terutama apabila visual peperangan di Bosnia dipaparkan.....muzik dibawa oleh mereka lebih terkesan dari mereka yg menyanyi lagu aman itu dan ini........ Bagi mereka yg jahil mengenai muzik klasik...jangan berani nak bersuara...dan berani ingin mengatakan bahawa muzik ini juga sama memberi kesan negatif...buktikan kepada saya,mana ceruk dlm dunia ni muzik jenis klasikal boleh mengundang masalah sosial......kebanyakkan mereka yg meminat muzik ini tidak menjadikan pemuzik itu sebagai idol,tetapi skill dan kefahaman mereka untuk membawa muzik itu dengan baik....Jika ingin bercakap mengenai syariat jugak,berapa ramai sekarang artis nasyid guna strings dlm instrumentasi mereka malah lagu makin mengarut..Cinta di IPTA-lah,what next?Cinta kat Dining Hall... Dan juga jangan kerana ada yg bertitik hitam membawa lagu pop etc...satu populasi pemuzik disalahkan.......habis non-muslim yg bawa lagu soal alam,kemanusiaan yg tak tahu menahu pasal Islam pun nak banned jugak sedangkan niat muzik mereka jelas baik. Muzik terlalu universal untuk digambarkan.Hanya diri kita sebagai manusia perlu tidak singkat menerimanya atau tidak.Saya tidak pernah tidak suka kepada nasyid,tapi kadangkala ada dikalangan mereka yg berwajah abang2 baik ni hipokrit.Individu spt saya yg menceburi bidang muzik walaupun tidak sepenuhnya cukup masak dengan semua ini.Malah attititude mereka adalah yg lebih teruk,cuma kerena berbasah bibir menyebut nama tuhan,kita dikaburi....bagi saya manusia mcm ni lebih teruk......menggunakan agama untuk mengkaburi sifat mereka....tepuk dada,tanyalah iman....nampak duit...mata hitam terus jadi hijau.... | |||
MuTTaQiN ![]() |
![]() ![]() Berkenaan isu nasyid....mmg tidak boleh dipertikaikan yang keadaan nasyid sekarang lebih mengejar populariti daripada konsep dakwah... ,Tetapi itu tidak memberikan kita tiket atau alasan untuk menyokong music2 lain yang tidak bertepatan dengan syarak....dan memberikan kita kelongaran untuk menyokongnya...,andai para penasyid itu salah mengapa perlu kita mengikut mereka,dan jadikan perkara tersebut alasan untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak...apa yang perlu dititikan beratkan adalah Al-Quran dan Sunnah..,andai sesuatu itu berlangar dengannya maka ttidak perlu kita mengikutnya...tidak kira sama ada penasyid atau pun sesiapa berkenaan hiburan ,islam sendiri telah mengariskan sejauh mana dan batas hiburan....Andai sesuatu hiburan itu bertentangan dengan islam,seperti ia melalaikan,atau mengunakan alat2 yang dilanrang oleh itu ia tidak patut diterima... andai sesuatu hiburan itu bertepatan dengan syarak...maka ia boleh diterima... just nak tanya kepada saudara joshua...ermm dalam music kalsik tersebut...ada tak mereka bebenar menepati syarak.....dan adakah mereka tidak mengunakan alat2 yang dilarang seperti alat music bertali, dan alat2 music yang mempunyai hukum yang sama dengannya...ermm dan adakah mereka tidak lansung mengunakan suara wanita... andai music tersebut mempunyai unsur yang boleh membuatkan kita terkhusyuk dan melalaikan dan juga tidak bertepatan dengan syarakan ia harus ditolak.... Rasulullah Bersabda : "akan tiba satu waktu dimana zina,arak,suara wanita, dan alat music bertali dihalalkan" (Riwayat Sahih Bukhari) Kalau ingin berhiburpun...tidak kira apa2 jenis music...pertama sekali pastikan ia berlandaskan syarak..andai music pop,atau klasik itu berlandaskan syarak adalah tidak mengapa,tapi apabila bertentangan dan berlangar ia harus ditolak...harap maklum.. andai ingin memberi makna sentimental dan keamanan mengapa tidak melakukanya berlandaskan syarakan....bukankah itu lebih baik kalau tidak arif ttg sesuatu hukum harap jangan berbicara wassalam... [ Posting ini telah di edit oleh: MuTTaQiN pada 2004-05-24 12:20 ] | |||
JoshuaIsfahan ![]() |
![]()
maknanya semua album klasik yg saya ada..perlu ditukar dengan album nasyid2..begitu mutaqqin?........
setahu saya selagi ia tidak melalaikan....ia boleh didengar.......apa pulak dengan penasyid yg guna percussion dan alat tempo muzik lain...strings base?.... Kalau awak nak dengar nasyid 20jam...awak sorang jelah dengar?saya fikir selagi saya tak lalai dan akidah masih kuat,selagi itu lagu klasik tidak memudaratkan........... | |||
JoshuaIsfahan ![]() |
![]()
kalau tidak arif ttg sesuatu hukum harap jangan berbicara "
Apa gunanya portal kalau takleh berbicara..lagipun..portal ni bukan awak yg punya...punya pasal-lah nak cakap apapun..awak tak suka lagu klasik...itu awak punya hal....saya faham maksud awak..mcm awak tulah agama paling melangit.....Dr.Hassan Din pun yg saya jumpa tak pernah pun menolak mana2 individu nak bercakap....kalau salah dia perbetulkan..bukan mcm awak.....sendiri cakap sendiri telan-lah weiiii | |||
syamin_raw85 ![]() ![]() |
![]() ![]() Kalo Artis dikatakan sebagai pencetus kepada gejala maksiat, dulu sehingga sekarang,mengapa ia tidak di'ban'kan @ ditegur@diambil tindakan? ![]() ----------------- "Idea yang bernas dan akal fikiran yang matang datang dari ketenangan. Kesilapan itu datangnya daripada kegopohan dan emosi." | |||
heris ![]() |
![]() Ambillah yang Jernih, Buanglah Yang Keruh...kalau berbalah sekalipon, antum harus tau, rosulullah diutuskan utk memberi cotoh yang baik, maka Jika sesuatu yang rosul katakan haram..apakah kita nak memabantah apa yg ia sabdakan...sesiapa yg ingkar, Nauzubillah, Allah mungkin murka kerana Membantah suruhan Nya...Ali R.A berkata: " Jangan Lhiat Siapa Yang Berkata, Tapi Lihatlah apa Yang Ia Katakan...".... Bab Muzik, lihat Buku AlBuhus wal ifta' karangan Saudi, yg para ulamaknya Muktabar, seperti Ibnu Baz, Ibnu Jibrin, Ibnu Usaimin dan banyak lagi Rohimuhullahu anhum...Dalam Penerangan bab muzik, syekh Usaimin menjawab tetang persolan yg ditujukan tentang Muzik kepadanya...Lalu syekh menjawab, ia tidak menjawab dng pandangan dia, dia membaca sepotong hadis, " Pada akhir zaman nanti, ada sebuah kaum, yang menghalalkan zina, meghalalkan Arak dan Menghalakan Alat Muzik (Segala Alat Muzik Kecuali Kompang, dan kompang hanya Digunakan utk I'lanun Nikah, Hari Perkahwinan) ." hadis Riwayat Bukhari...So..fikirkan guna mata hati, bukan nafsu melulu..kalau anda suka muzik, jnganlah nak melecehkan ftwa ulamak, lebih2 lagi hadis rosul2...ingatlah, azab allah amat pedih.... wallhu A'lam... ![]() ----------------- [img]http://www.musleem.com/mysite/themes/Sunset/images/logo.gif[/img] | |||
MuTTaQiN ![]() |
![]() ![]() Saudara....ermm adakah saudara faham maksud ayat ana... andai tidak tahu ttg sesuatu hukum janganlah mengeluarkan tafsiran sendiri..faham tak? ia berbeza dengan maksud kebebasan berbicara...kalau saudara nak keluarkan pendapat silakan tetapi jika saudara tidak arif ttg sesuatu hukum janganlah berbicara atau mengeluarkan pendapat sendiri tentangannya.... takut dikhuatiri akan membuat implikasi yang negatif kepada individu lain...jika saudara ingin bersuara silakan,tetapi jangan berbicara berkenaan sesuatu yang saudara masih samar..seperti bab2 hukum,Kerana ia adalah dilarang oleh Rasulullah S.A.W. ,Untuk seorang yang tidak berapa arif ttg sesuatu hukum untuk berbicara... Seperti mana Sabda Rasulullah "Barang siapa yang berbicara tanpa ilmu,hukumnya adalah haram" Kedua...islam dah gariskan panduan untuk berhibur,kalau music klasik tersebut bertetapan dengan syarak tak salah mendengarnya tetapi andai ia tidak..ia harus dihindari....sebagaimana Rasulullah S.A.W. melarang para sahabat mendengar syair2 yang dianggap melalaikan dan membawa kemudarotan... seperti apa yang ana cakap sebelum ini,Itu adalah kesilapan para penasyid itu sendiri, kerana mengunakan alat2 music yang bertentangan dengan Syarak,dan perkara tersebut tidak memberikan saudara alasan atau tiket untuk mengunakanya...andai mereka bertentangan dengan syarak tidak perlu mengikut mereka... ingat Kita berhukum dan beramal berlandaskan Al-Quran dan sunnah,bukannya Para penasyid...kalau mereka salah tak perlu lah ikut, ikut lah apa yang telah diamanahkan oleh Rasulullah kepada kita.. Rasulullah S.A.W. Bersabda : "Berpegang teguhlah kamu pada Al-Quran dan Sunnah,nescaya kamu tidak akan sesat" (Riwayat Muslim) P/s: jangan memeperlekehkan hukum!! ----------------- | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
hehehehehehe......
tak faham lagi sahabat kita ni....maksud saye wahau jackie....jika tiada music maka tiadalah artis..itu maksud saya....kalau ade music ade la arits..tak kan tu pun tak faham.... emmmmm.... saya sependapat dengan saudara joshua berkenaan dengan music classic...memang music dier memang best seperti morzat, j.s batch dan banyak lagi......pakar motivasi juga berkata dengan music classic ni boleh membuatkan hati kita tenang....lain orang lainlah cara kan.... | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]()
muslimin23, ilmu music ni terlalu meluas. ada music pun belum tentu ada artis. music bukan hanya untuk artis. pandangan awak kabur, hanya nampak benda negatif. actually positif negatifnya sama byk. pepandailah amik benda baik. kita ada akal.
| |||
heris ![]() |
![]()
Allahu akbar...mana ada istilah muzik klasik dan muik tak kelasik dalam syarak...apa bezanya..sudah tertera dalam hadis, dan rosul pon telah bersabda " Pada akhir zaman nanti, ada sebuah kaum, yang menghalalkan zina, meghalalkan Arak dan Menghalakan Alat Muzik (Segala Alat Muzik Kecuali Kompang,la alat muzik.. dan kompang hanya Digunakan utk I'lanun Nikah, Hari Perkahwinan) ." hadis Riwayat Bukhari" mana ada perbezaan..segala alat muzik..sesiapa yg berani menukar apa yg rosul katakan tu, sila fikir2 lah dulu, sebelum allah memurkainya..boleh berhujjah..haruslah kemukakan dalil yg jelas dan benar....
Wallahu a'lam... ![]() ----------------- [img]http://www.musleem.com/mysite/themes/Sunset/images/logo.gif[/img] | |||
MuTTaQiN ![]() |
![]() ![]() so as conclusion bukankah sebaiknya kita mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-quran dan sunnah....dan berkenaan perkara ini telah jelas hukumnya, seperti apa yang dikatakan oleh saudara heris tadi,tiada istilah apa2 untuk music... just to remember that yang haram adalah haram dan yang halal adalah halal Rasulullah Bersabda : "yang halal itu jelas,dan yang haram itu lagi jelas" (Riwayat Muslim) ----------------- | |||
din_arif ![]() |
![]()
![]() Maaf saudara... Saya budak baru belajar. Kalau salah tlg tunjukkn... Hehehe... Sebenarnya saya nk mintak tlg saudara, tlg bg mana2 website yg ada rujukan mengenai bab2 muzik ni. Thanxz in advance. ![]() | |||
MuTTaQiN ![]() |
![]() ![]() kepada saudara din arif... andai saudara ingin penjelasan lebih saudara boleh merujuk pada kitab himpunan fatwa2 terkemuka,yang menghimpunkan fatwa2 sheikh2 yang kebanyakannya dari saudi...seperti sheikh utsaimin,sheikh ibnu dan baaz dan ramai lagi.. ermm kitab ini terbitan darul haq....kalau nak beli kat pustaka indonesia ada menjual p/s: hihihi menjawap dahulu memandangkan saudara heris tidak menjawap lagi ![]() ----------------- | |||
alea13 ![]() |
![]() ![]() saya tak bertujuan nak pertahankan pendapat mana2 pihak.. cuma setau saya Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan kebanyakan ulama' kontemporari mengharuskan muzik selagi tiada unsur lagha & haram dlm muzik berkenaan.. berikut saya paste petikan drp. tulisan beliau dari bukunya 'Sistem Masyarakat Islam dlm al-Quran dan as-Sunnah' berkenaan hadith yg dinyatakan oleh muttaqin dah heris: "Mereka juga berdalil dengan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (Mu 'allaq), dari Abi Malik atau 'Amir Al Asy'ari, satu keraguan dari perawi, dari Nabi SAW ia bersabda: "Benar-benar akan ada suatu kaum dari ummatku yang menghalalkan kemaluan (zina), sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat musik." (HR. Bukhari - Mu'allaq) Hadist tersebut meskipun ada di dalam shahih Bukhari, tetapi ia termasuk "Mu'allaq," bukan termasuk hadits yang sanadnya muttashil (bersambung). Oleh karena itu Ibnu Hazm menolak karena sanadnya terputus, selain hadits ini mu 'allaq, para ulama mengatakan bahwa sanad dan matanya tidak selamat dari kegoncangan (idhtiraab). Al Hafidz Ibnu Hajar berusaha untuk menyambung hadits ini, dan beliau berhasil untuk menyambung dari sembilan sanad, tetapi semuanya berkisar pada satu perawi yang dibicarakan oleh sejumlah ulama' ahli. Satu perawi itu adalah "Hisyam Ibnu 'Ammar," perawi ini meskipun sebagai Khatib Damascus dan muqri'nya serta muhaddits dan alimnya, bahkan Ibnu Ma'in dan Al 'Ajli men-tautsiq. Tetapi Abu Dawud mengatakan, "Dia meriwayatkan empat ratus hadits yang tidak ada sandarannya (yang benar dari Rasul)." Abu Hatim juga berkata, "Ia shaduq (sangat jujur), tetapi telah berubah (hafalannya), sehingga Ibnu Sayyar pun mengatakan seperti itu." Imam Ahmad mengatakan, "Ia thayyasy dan khafif (hafalannya berkurang).' Imam Nasa'i mengatakan, "Tidak mengapa (ini bukan pentautsiq-an secara mutlak)." Meskipun Imam Adz-Dzahabi membelanya, dengan mengatakan, Shadaq dan banyak meriwayatkan, namun ada kemunkarannya. Para ulama juga mengingkari karena ia tidak meriwayatkan hadits kecuali memakai upah. Orang seperti ini tidak bisa diterima haditsnya pada saat-saat terjadi perselisihan pendapat, terutama dalam masalah yang pada umumnya sudah menjadi fitnah. Meskipun dalil tersebut, katakanlah, ada, tetapi kata-kata "Al Ma'aazil" itu belum ada kesepakatan maknanya secara pasti, apa sebenarnya. Sehingga ada yang mengatakan "permainan-permainan," ini sangat global. Ada juga yang mengatakan alat-alat musik. Kalau seandainya kita katakan bahwa yang dimaksud adalah alat-alat musik, maka redaksi hadits yang mu'allaq di dalam Bukhari itu tidak sharih (tidak jelas) di dalam mengartikan haramnya "Al Ma'azif." Karena ungkapan "Yastahilluna" (menghalalkan) menurut Ibnu 'Arabi mempunyai dua makna, pertama meyakini bahwa itu halal, dan yang kedua, suatu majaz (ungkapan tidak langsung) tentang memperlonggar dalam mempergunakan itu semua, karena seandainya itu adalah arti yang sebenarnya maka itu kufur, karena menghalalkan yang haram secara pasti seperti minuman keras, zina itu kufur secara ijma'. Seandainya kita sepakat atas haramnya itu semua, maka apakah itu berarti pengharaman terhadap seluruh apa yang disebutkan di dalam hadits itu, atau masing-masing ada hukumnya sendiri-sendiri? Maka yang pertama itulah yang rajih, karena pada kenyataannya hadits ini menjelaskan perilaku sekelompok manusia yang tenggelam dalam kemewahan, malam-malam merah dan minuman keras . Mereka yang hidup di antara khamr dan wanita, permainan dan lagu-lagu, zina dan sutera. Karena itulah Ibnu Majah meriwayatkan hadits ini dari Abi Malik Al Asy'ari dengan kata-kata sebagai berikut: "Sungguh akan ada manusia dari ummatku yang meminum khamr, mereka menamakannya bukan dengan namanya, kepala mereka dipenuhi dengan alat-alat musik dan biduanita (lagu-lagu dan artis). Sungguh Allah akan memasukkan mereka ke dalam tanah dan akan mengganti rupa mereka dengan kera dan babi." (HR. Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Bukhari dalam Tarikhnya) Seluruh perawi yang meriwayatkan hadits dari selain Hisyam bin Ammar telah menjadikan ancaman itu pada orang yang meminum minuman keras, dan bukanlah pada ma'azif (alat-alat musik) itu sebagai penyempurna dan yang mengikuti bagi mereka." fatwa2 berkenaan muzik oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga boleh didapati dr karya2 beliau spt. 'Fatwa-fatwa Kontemporari' & 'Halal dan Haram dlm Islam' (http://media.isnet.org/) allahu a'lam.. p/s: sori lari sket drp topik.. ![]() | |||
alea13 ![]() |
![]()
ttg artis sbg pencetus gejala maksiat, ada juga kebenarannya.. tak kisah la artis tu cuma main instrument ker, menyanyi ker.. artis nasyid ker, artis rock ker.. tp kalo mereka terlibat dgn hal2 yg membabitkan unsur2 maksiat, contohnya konsert yg menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.. hatta artis nasyid sekali pon dapat gak 'saham' nyer..
apatah lagi artis2 mcm kebanyakan pelakon2 kat tv yg mmg jelas nampak lagha & maksiat nyer.. berlakon berpegangan tgn, berpeluk-pelukan, berlagak mcm pasangan suami isteri (walau pd hakikatnya bukan).. lama2 jadi ikutan pd golongan remaja kat m'sia nih.. allahu a'lam.. | |||
azi ![]() |
![]() ![]() ermm,betultu..skangniepun bnyk artis yang tak kenal dah mane satu yang baik n buruk..termasukla artis nasyid..dalam lagu nasyid sendiri pun ade gak alat muzik yang digunakan same cam musik lain..gitar,alat tiupan dan sebagainya..tapi itulah manusia,untuk kepentingan dan keuntungan diri..yang tak boleh jadi boleh..bile kata2 manusia jadi wahyu.. | |||
najwa_hayati ![]() ![]() |
![]()
assalamualaikum...
kadang2 ana tertanya-tanya... topic sebelum nie tak bermanfaat kah sehingga sampai sekarang... ahli2 forum still membincangkan topic yang sudah lama mencapai konklusi?... ana suka quote posting salleh_y
pandangan Dr Qardawi sweet and simple... ana setuju sangat dengan saranan Dr Qardawi... tak kira laa namanya nasyid atau tidak... music rock mahupun classics.. tapi kalau muzik nya melalaikan... kalau alatan music nya diharamkan... mendengar pun tak membawa faedah... tak perlu dengar.. yg haram tetap haram... tidak kira diatas label apa sekalipun music itu didengar... ketenangan apatah lagi dakwah ... yang haram tetap haram... p/s: suka baca hasil penyelidikan barat tentang kesan bacaan al quran terhadap brain wave dan degupan jantung... dan kita menegaskan yang kita mengkaji music? | |||
kasih_kekasih ![]() ![]() |
![]()
Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kau tahu apa yang dicari - Umar al-Khattab
![]() ----------------- ![]() | |||
al_farisi ![]() ![]() |
![]()
Saya rasa yg buat masalah adalah artis tu sendiri. Kalau muzik tu saya tak kisah. Saya pernah membaca sebuah buku menceritakan bagaimana Al -Farabi, menghasilkan alat muzik yg sungguh baik hinggakan ada penonton menangis mendengarnya, dan pada ketika yg lain membangkit semangat jihad. Muzik itu satu seni yang indah, salah satu dari kebijaksanaan dan daya kreativiti manusia.
| |||
nurul_peace ![]() ![]() |
![]() ![]() erm....bnyk btul hujah kat Cni...bg nurul.. muzik itu x apa...sbb ianya atas individu yg mendengar, diorg nak dgr lagu pun jgnlah yg ada unsur memesongkan Islam...dan yg penting apabila dgr lagu tuh jgnlah smpai xingat Tuhan langsung..dlm erti kata lain...jangan smpaikan diri kita xingat Tuhan walaupun sesaat...kan?? nurul pun dgr jugak lagu2 barat...yg kump. ganas2pun ![]() ![]() | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]() | |||
alea13 ![]() |
![]() ![]() maaf apa yg saya ndak perkatakan ni lari drp topik asal.. to najwa hayati: maaflah saya tak perasan ada topik lain yg conclude mende nih.. tp biasalah, bkn sumer org baca all the topics.. lg pon masih ada org yg bahas ttg alat2 muzik bertali ni dlm topik2 lain gak, bkn kat sini jer.. ![]() naper kita ndak berbahas ttg perkara2 yg dianggap khilaf? ada ulama' yg mengharuskan, ada ulama' yg mengharamkan.. maka kita ambil la jln yg tgh2.. kalo sekalipun kita ndak pegang pd fatwa yg mengharamkan penggunaan alat muzik bertali ni, jgnlah paksa org2 lain ikut pendapat kita.. sdgkan ulama' yg masuk dlm kategori mujtahid pon boleh memberikan pendapat yg berbeza dan mereka tak pulak paksa kita terima fatwa mereka.. ![]() allahu a'lam.. | |||
rahmat_hidayat ![]() |
![]() ![]() Saya rasa pendapat daripada sahabat MuTTaQiN, sahabat alea13 dan sahabat heris sudah cukup untuk dijadikan panduan untuk kita memahami isu ini. Hujah bernas yang dikemukakan oleh ketiga-tiga sahabat-sahabat ini bersama bukti serta sumber rujukan harus dijadikan iktibar dan pedoman. Daripada apa yang dinyatakan...semua pihak harus berlapang dada...menerima kenyataan sebenar dan yang paling penting jangan sekali-kali menegakkan benang yang basah. Tiada siapa yang dapat melarang anda untuk meminati apa-apa jua jenis muzik. Tepuk dada tanyalah iman. Fikirkanlah jika anda masih lagi mampu berfikir! ![]() ----------------- IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410 | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
huh.......
tentang isu muzik bertali ni pun kontervesi jugak..bukannye aper...sekarang ni pun kumpulan nyasid pun guna jugak music bertali...tu yang jadi confius..kalau ikut hukum haram.... | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]() | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]()
betul, topic ni bukan tentang music. apa saya nak cakap skrang, yg rosak ialah org yg ikut artis. yg bodoh sgt g ikut artis tu pesal.
seni tak pernah merosakkan manusia. | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]()
muslimin23, skrang ni terlalu byk usic yg tak gunakan artis. fungsi music camni seperti utk bantu org obesiti menurunkan berat, utk merawat penyakit kancer, sakit jantung, mengurangkan stress dll. kebanyakan music ni dihasilkan melalui komputer.ada juga fungsi2 lain. tapi saya lebih tumpu pada bidang kesihatan.
| |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]() | |||
Jackie_uniten7 ![]() |
![]()
kalau kata music merosakkan dunia tu betul juga. music boleh menyebabkan bencana alam macam gempa bumi dll. tapi kes tu jarang terjadi.
| |||
syed ![]() ![]() |
![]()
jackie...
nampak mcm melekehkan kuasa muzik yg lagha dan melaghakan umat manusia...mmg benar muzik boleh menghancurkan dunia...benar..dan bukan jarang..tetapi sentiasa berlaku..sehinggalah umat manusia yg jahil dan tak ada NUR...mudah terpesong....itu salah satu bencana yg cukup2 besar di dunia ini..... | |||
al_farisi ![]() ![]() |
![]()
Saya rasa topik ini patut di tukar tajuk membicarakan tentang muzik, sebab kat tajuk diatas berkenaan artis bukan pasal muzik.macam kata jackie.
Muzik itu penting dalam perang juga ada muzik, iaitu muzik perang, tiupan semboyan dan paluan gendang untuk membangkitkan semangat jihad. Tentang hal alat muzik tu, saya pernah tanya pada satu ustaz, tentng alat muzik nie. Dia cakap kalau kita nak nafikan keharusan penggunaan alat muzik seperti seruling dan sebagainya maka kita menafikan bunyi-bunyian yg dihasilkan dari kicauan burung, deruan angin dan sebagainya. Wallahualam | |||
syed ![]() ![]() |
![]()
biar saya mencelah sekali lagi....maaf ye..
kita sekarang membicakan ttg artis dan pengaruh buruk yg mereka bawak...dan juga ade yg masukkan pulak dalam topik ini..ttg muzik...jadi perlu diingati di sini bahawa skop perbincangan ttg muzik..IALAH MUZIK YG MELAMPAU...X ADE ETIKA SENI LANGSUNG... | |||
Firdaus15 ![]() ![]() |
![]()
wah, laku betul tajuk ni, nak posting gak.
artis ni dengan lagu2nya mmg pemusnah. tp macamana dgn pihak penganjur, penerbit dan mereka2 yang lain yang terlibat dalam dunia ni. merekalah mastermind dlm hal ini. mereka tidak menonjolkan muka. tetapi mereka lebih pemusnah daripada artis yang tidak pandai berfikir dengan waras. | |||
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
emmmm....
maaf sahabat semua....memang kita sekarang membincangkan tentang artis...artis memang sebagai pencetus segala maksiat..tetapi harus kita bincangkan music juga..music juga adalah sebahagian daripada pencetus maksiat..jadi tak salah kita bincangkan kedua-duanya sekali kan???? cuma bila bincang tu...jangan la terlalu emotional sangat..sampai keluarkan perkataan yang tak elokj... | |||
Firdaus15 ![]() ![]() |
![]() | |||
syafie ![]() ![]() |
![]() ![]() first time jawab ni.. aperpun, kita kembalikan semua kepada ALlah.. adakah kita diredhai atau tidak? semua tingkah laku ktia diperhatikan, cam kate kawan kite tadi, terpulang pada niat. aperpun kita rujuk sumber hukum kita Al-Quran, Hadith & as-sunnah, Qias & ijma Ulamak... bukan merujuk kepada kebenaran undang-undang negara sekarang. coz tak semua yang diluluskan oleh kerajaan di benarkan oleh syarak! dan tak semua yang di suruh oleh Allah s.w.t. dilaksanakan... maaf jika tersalah bicara.. sesungguhnya ana insan lemah.. akhiru kalam... salam tuk semua "Islam Untuk Semua" akhukum fil Islam... | |||
ummu_najah ![]() ![]() |
![]() ![]() citer pasal artis nih..memang tak dinafikan....memang deme2 nih berpakaian tak sopan..bukan kurang sopan dah...aa itulah yang nak dibanggakan oleh orang kiter tuh???? idola lah kononnyer...aper idola..idola???dalam islam bukan idola tapi qudwah hasanah...aaa itu baru betul..rasulullah saw tuh qudwah hasanah kiter...bukan artis yang dijadikan pujaan....tampal gambar artis tu tampal artis ni.... pakaian dedah sana sini..ikhtilaq lelaki dan perempuan tah macamana....gossip sana gossip sini..paparazi sana paparazi sini.....ermm tak taulaa nak ghoyak gapo......tapi itulah hakikatnyer skang nih..artis ramai bagaikan cendawan tumbuh.....wallahualam..... | |||
syed ![]() ![]() |
![]()
Ramai ulama bertanding dalam pilihanraya yg lalu seperti, datuk mashitah, datuk firdau,amran kasimin,pengarah JAKIM ,dan lain lain lagi memebuktikan islam hadhari yang dibawa oleh umno dan keraan adalah betul.
kami para artis menyokong islam hadahri umno kerana kami tetap mengucapkan kalimh shahadah walaupon kami berlakon.menurut cal-calon umno yang menangg tu berkata tak pe menyaynyidan pakai oakaian yg menjolok mata pon tak pee,GRO hidang arak dan berfoya-foya pon tak peee sebeb kita mengucap dan tak terkluar dari islam,kalau kita tak ikut macam barat macam mana nak maju.erra fazira masuk pertandingan ratu cantik pon tak apa dan sesuai dengan islam hadari,pakai bikini pon tak pa asalkan islam dan kami pon pegi umrah. konsert rock dan menyanyi campor leleki dan perempuan adalh mengikut ajaran islam hadari yang sebenar.dartuk mashitah skong kami dari artis ini kerana kami memebawa imeg islam hadari yang sebenar. ini bermakna artis ini tak lah sehina yang dinyatakan sebe kami dosokong hebat oleh ulama umno ini.tak pakai tudung tak pe kata mashitah asalkan ucap kalimah shahadat dan ianye sesuai dengan islam hadari.kami akan jempot datuk mashitah rasmikan kelab dangdut yang bersesuaian dgn islam hadari sedikit masa lagi. Ke Atas Pelawat Tarikh: Sat Jun 19, 2004 4:28 pm Tajuk Mesej: -------------------------------------------------------------------------------- Iklan lucah dan artis Saudara Astora, Apakah pandangan saudara tentang perkara ini? Iklan-iklan yang agak lucah di televisyen dan artis-artis yang menjadi perosak masyarakat, adakah komponen ini mesti dibiarkan dalam konsep Islam Hadhari yang ingin dilaksanakan? Saya sebenarnya tertarik dengan tulisan-tulisan saudara yang begitu membuka minda. - Mohd. Shahir, ([email protected]) JAWAPAN: Iklan-iklan dan artis-artis seperti itu tidak hadhari (civilized) dan tidak boleh dibiarkan. Bagaimanapun, konsep Islam hadhari akan mengubah keadaan itu sedikit demi sedikit. Penulis ingin jelaskan di sini bahawa artis zaman ini pun sudah banyak berubah walaupun ada artis wanita yang berpakaian rogollah aku (pinjam istilah Datuk Mustafa Taib). Lihat saja Siti Nurhaliza yang sentiasa berpakaian moden, tetapi sentiasa menjaga akhlaknya walaupun tidak bertudung, tidakkah beliau seorang artis yang baik?? tranugkite.cjb.net... | |||
syed ![]() ![]() |
![]()
Artis perlu nilai diri dengan ajaran Islam
Friday, July 23 @ 16:47:29 MYT Oleh Roy Rasul KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Para artis tempatan diseru menilai kembali pembabitan mereka dalam dunia seni agar tidak menyimpang daripada ajaran Islam. Menurut pendakwah bebas, Ustaz Akil Hayy Yusuf Rawa, tamparan dan ujian besar yang menimpa artis-artis kini sama ada hidup menderita kerana ditimpa penyakit, menghadapi tindakan mahkamah dan sebagainya sebenarnya adalah bertitik tolak dari keberkatan hidup mereka. "Kadangkala artis ini lupa mereka juga adalah seorang muslim dan mereka hampir tidak yakin dengan hukum Islam contohnya dari segi pergaulan, aurat dan akidah," katanya. Beliau yang juga bekas seorang penyanyi kumpulan rock di era 80-an dulu berkata, kehidupan para artis yang merempat di hujung usia adalah berkait rapat dengan akhlak mereka semasa di puncak kerjaya. Sebaliknya, beliau tidak menolak jika ketika berada di puncak populariti, golongan artis akan melupakan kebesaran-Nya. "Mereka sendiri yang mengeliru kehidupan mereka sebab itu bila di ambang tua mereka berada dalam kehidupan yang tidak menentu," katanya. Sehubungan itu katanya, mereka yang terlibat dengan dunia hiburan sepatutnya tidak memperlekeh, mempermain dan mengelirukan hukum Islam. "Sepatutnya ketika inilah artis-artis baru kita mengambil kesempatan untuk berubah bukannya dengan mencipta publisiti murah kerana kalangan masyarakat mudah menganggap mereka sebagai 'role-model'," katanya. Atas sebab itu katanya, artis perlu berhati-hati dalam menentukan rezeki supaya diredai Allah SWT. Ini katanya daripada disanjung jutaan masyarakat adalah lebih mulia jika diangkat darjat oleh Allah Taala sebagai insan yang beriman. Malah katanya, kesan daripada tindakan seseorang yang melanggar perintah Allah kadang-kadang akan memberi kesan kepada keluarga sendiri. "Ini yang kita tidak mahu dan sebab itu saya menyeru kepada rakan artis semua supaya mengambil iktibar dari apa yang mereka lihat," katanya. Katanya, menjadi seorang artis tidak salah tetapi mereka wajib sedar bahawa mereka juga adalah muslim dan kerana itu katanya para artis perlu sentiasa berada dalam majlis ilmu agama untuk memperbaiki diri mereka. Bahkan katanya, peranan para ulama juga perlu untuk menegur artis-artis menjadi seorang penghibur yang tidak melanggar etika sebagai orang Islam. "Yang paling penting keberkatan di sisi tuhan walaupun pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi untuk menjadi seorang artis yang diperkenankan-Nya," katanya yang ketika ini membuat program 'Kesenian Islam' ke seluruh negara. Dalam pada itu, beliau berkata sesiapa yang berminat untuk mengadakan program tersebut boleh berhubung terus dengan beliau menerusi talian 019-5170813 Allah menarik keberkatan melalui musibah Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebagai seorang Islam tidak kira artis ataupun orang biasa keberkatan dalam mencari sesuap rezeki yang halal cukup penting untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Ini katanya disebabkan keberkatan tersebut adalah sesuatu yang bersifat abstrak maka rezeki yang diperolehi itu perlu dilihat dari mana puncanya bukan di atas tiket populariti dunia glamournya. "Jangan kerana nak cari pendapatan tinggi misalnya sehingga seseorang itu mendedahkan aurat di pentas serta tergadai maruahnya sehingga tidak ada beza lagi orang Islam dan bukan Islam," katanya. Atas sebab itu katanya, kadang-kadang seseorang artis yang menjadi pujaan ramai hidup melarat semasa meniti hari tua. "Allah SWT akan menarik keberkatan tersebut dengan pelbagai musibah tak kiralah dia sebagai artis mahupun orang biasa kerana dunia glamour hanya sementara dan lumrahnya pula apabila seseorang itu tua dan uzur dirinya tak disanjung lagi malah makin dicemuh," katanya. Sehubungan itu katanya, semasa di zaman muda khasnya artis perlu menginsafi diri dan sedar bahawa dunia ini sementara sahaja dan pendekatan yang betul perlu dilakukan semasa mereka dipuja masyarakat. "Apa salahnya mereka berdampingan dengan tokoh-tokoh agama untuk mendapat panduan yang diredai bagi mencari keredaan Allah dalam perjuangan seni mereka," katanya. Malah katanya, pendakwah sendiri tidak boleh meminggirkan terus artis supaya artis tidak menganggap orang agama sebagai musuh. "Maknanya pendakwah perlu cari pendekatan terbaik supaya mereka ini dapat bimbingan dan yang paling utama kerajaan juga perlu menggalakkan para artis banyak melibatkan diri dengan program agama bukannya sekadar menjadi model di pentas hiburan yang terpesong dari akidah Islam," katanya lagi. Ini katanya, bentuk hiburan dalam Islam tidak disekat asalkan ia tidak menyimpang dari syariat Allah. Katanya, sepatutnya artis-artis tanah air bersyukur kerana memiliki bakat malah rupa yang cantik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat menerusi karier mereka sebagai penghibur. Namun katanya, sebagai seorang penghibur artis sewajarnya perlu tahu apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang dalam Islam. - mks. | |||
ABg_IMaM ![]() |
![]() ![]() satu pandangan yang baik... apa kata kita jadikan artis-artis nasyid sebagai role model...kerana mereka ni kita lihat jaga syariat... kalau artis muslimah kita jadikan at least waheeda sebagai role model kerana waheeda nie menutup aurat,namun waheeda mahu tak mahu harus tukar jadi artis nasyid untuk elak fitnah... siti nusrhaliza pun gitu kalau tak nak lagi ditimpa bermacam-macam fitnah....misha omar dan lain2 gitu... akhirnya semua artis patut balik ke jalan Allah dan tinggalkan segala maksiat dan jalan yg terpesong itu.... ![]() |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |