Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 260
Ahli: 0
Jumlah: 260




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 25 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Dahsyatnya Neraka & Kesannya di Dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Dahsyatnya Neraka & Kesannya di Dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh Dahsyatnya Neraka & Kesannya di Dunia

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 08-06-03 18:32


Dahsyatnya Neraka & Kesannya di Dunia



Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka;"lalu seseorang bertanya;"Ya Rasulullah, adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab "Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah:

Diriwayat oleh Abu Hurairah:

Rasulullah bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai Tuhanku,bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain. "Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk,"
Riwayat Bukhori

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka.

Firman Allah:

Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri,yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."

Al Ghasiyah 6-7

MINUMAN AHLI NERAKA

1.Hamim(air yang mendidih)

Firman Allah:
"Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya."

2.Ghassaq(nanah dan darah)

Firman Allah:
"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini.Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." Al Haqqah 35-37

3.Sadid(air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli neraka)

Firman Allah:"Dihadapan mereka ada neraka Jahannam,dan ia diberi minum dari air danur(nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka." Ibrahim 16

4.Air seperti Tembaga cair

Firman Allah:
"Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." Al Kahfi 29.

PAKAIAN AHLI NERAKA

1.Pakaian dari api

Firman Allah:
"Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar,mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka.Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka.Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." Al Hajj 19

2.Pakaian dari minyak tar

Firman Allah:
"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." Ibrahim 50.

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah,batu-batu termasuk patung berhala.Firman Allah;

"Hai orang yang beriman.Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat yang kasar,yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." At Tahrim 6

PENDUDUK NERAKA

Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin,dan aku melihat ke dalam neraka,aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita," Riwayat Bukhori.

NAMA-NAMA NERAKA

Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:

1.Jahannam -

Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai." An- Naba:21

2.Latho

Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala" -
Al- Ma'arij; 15-16.

3.Al-Hutamah

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati." Al - Humazah 4-7

4.Sa'ir

Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud: ..Sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka sa'ir.'

5.Saqar

Firman Allah yang bermaksud " Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia."

6.Al- Jahim

" Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." Asy-Syura :91

7.Al- Hawiyah

" Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. .... iaitu api yang sangat panas. Al- Qari'ah;8-11.

PENJAGA NERAKA

Al Quran menyebutkan bahawa jumlah penjaga neraka itu sembilan belas seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Muddaththir ayat 30-31. Salah satu dari sembilan belas itu adalah Malik,penjaga pintu neraka. Allah telah menyebutkan namanya dalam Al-Qur'an yang bermaksud: " Mereka berseru, Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja. `Dia menjawab; Kamu akan
tetap tinggal di neraka ini."






-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

Jendela_Hati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 351
Posting: 29
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 09-06-03 09:20


Sifat Api Neraka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam ke Atas Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh

Dari sebuah hadis ada di ceritakan Allah S.W.T. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu ?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya." Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.


Perhatian: Tazkirah diatas diperoleh dari email. Oleh kerana hadis diatas tiada dinyatakan sumbernya, saya tidak bertanggungjawab atas kesahihannya. Jika anda merasakan kesahihannya diragui, sila emailkan kepada saya dialamat sharuzzaman[@]excite.com dan saya akan mengeluarkannya dari laman ini secepat mungkin. Sila buangkan tanda [ dan ] pada alamat email tersebut untuk alamat yang sebenar.

boleh tak saudara muttaqin beritahu sama ada hadis ini sahih tau tidak..terima kasih..




Bookmark and Share

    


  Member Information For Jendela_HatiProfil   Hantar PM kepada Jendela_Hati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092711 saat. Lajunya....