Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 12-12-2024 |
|
Cerpen
|
Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Calon Pilihan Abah | |||
---|---|---|---|---|
zilal |
Posting pada: 14-05-04 10:53 Just nak share citer nih ngan sahabat di Ukhwah.com yg suke lepak kat ruangan nih Bukan karya saye, just copy and paste aje... Kalo yg blom bace...silakan.. Kalo yg dah terbace di mana²...sorry ek... Enjoy! [ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-14 15:50 ] | |||
al_farisi |
Posting pada: 14-05-04 11:05 | |||
zilal |
Posting pada: 14-05-04 11:29
Part 1
Aku duduk termenung sendirian di tepi tasik..burung² swan berenang-renang di tasik.. Entah kenapa aku tergerak hati hendak ke situ harini.. Rasa-rasanya sepanjang hampir 5 tahun aku di sini, di bumi Ireland ini..itu baru kali kedua aku pergi berjalan ke situ.. Kali pertama masa aku tahun satu dulu..Itu pun kakak senior yang bawakkan..saja nak tunjuk² keindahan Bandar kecil itu.. Selepas tu..aku agak sibuk dengan pelajaran..Tak sempat lagi nak berjalan-jalan mengambil angin di situ..Aku bertekad nak menjadi doktor…sejak kecil lagi..itulah harapan abahku… Akan aku usahakan.. meskipun aku rasa aku ini tidak lah sebijak mana jika nak dibandingkan dengan sahabat² aku yang lain.. Aku duduk di atas bangku..merenung jauh ke arah rumpunan di tengah² tasik itu..Tapi fikiran ku sedikit pun tidak memikirkan tentang swan² tadi atau pun rumpunan itu.. Hati aku keresahan..Kepalaku kerunsingan..Peperiksaan akhir akan menjelang tak lama lagi..Kini sudah bulan Mac… sebulan lagi aku perlu bertarung di medan peperiksaan.. Dan kemudian..aku akan pulang bercuti ke Malaysia..menemui keluargaku…dan menemui semula segala masalah yang menghantui fikiranku selama ini.. Aku mengenakan zip di baju sejukku..Tidak tahan rasanya kesejukan angin Irish ini.. Sudah masuk bulan Mac..Sepatutnya semakin kurang sejuk kerana musim bunga sudah mula mahu menjenguk…Hairan pula aku…Tahun ini…lain pulak jadinya…Sejuk sungguh sejak dua tiga minggu ini.. Aku menarik nafas panjang dan menghembus dengan pantas…Terhibur pula aku melihat asap wap panas yang keluar dari mulutku.. Aku tergelak sendiri bila mengenang hampir 5 tahun lalu…Aku baru sampai ke sini..Bukan main jakun lagi aku melihat asap itu…eheheh…Comel aku masa tu..baru berumur 19 tahun…sekarang usia aku dah merangkak masuk angka 24.. Hari yang dijanji-janjikan itu sudah hampir tiba..Aku buntu…Tidak tahu apa harus aku fikirkan..Apa harus aku lakukan…Aku melihat jam tangan..sudah hampir pukul 6.30 petang. Sekejap lagi masuk waktu maghrib..Aku segera bangun dan berjalan dengan agak pantas pulang ke rumah.. Tiba sahaja di rumah, aku terus masuk ke bilikku dan segera bersolat.. Setelah selesai berdoa, aku menuju ke meja study ku. “kak Ana!! Jom makan!! Izzah dah siap masak!!â€, teriak adik serumahku, Nurul Izzah. Hari ini giliran Izzah memasak..Giliran aku hari Jumaat. Kami berlima tinggal di rumah sewa itu, aku, Izzah, Zizi, Semah dan Intan. Izzah dan Zizi dalam tahun 4 pengajian, manakala Semah dan Intan adalah pelajar tahun 2. Aku lah yang paling tua di rumah itu..Aku dalam tahun akhir..Kami semua bakal doctor ! Insya-Allah…. Aku segera turun ke bawah dan menuju ke dapur. Adik-adikku semuanya telahpun sibuk menyedok lauk..Masing-masing lapar agaknya…Letih seharian di hospital dan kuliah. “Kak Ana diam aje harini..kenapa? Tak sihat ke?? Aii..teringatkan sapa pulak tu kak..†soal Intan dengan nada menyindirku. Aku Cuma tersengih melihatnya.. “Ada laaaâ€, jawabku dengan nada penuh berahsia.. “Alah akak ni…suka sangat berahsia…kita kan serumah…kalau apa-apa masalah,bagitau la kami..â€.. Sampuk Semah. Sekali lagi aku tersengeh. Seronok pulak aku tengok gelagat adik-adik ni..Muncung aje muka.. Aku sempat mengerling Izzah. Cuma dia saja yang tahu masalah yang melandaku sejak tahun lepas. Selesai saja makan, aku terus naik semula ke bilik untuk meneruskan proses mengulang kaji pelajaranku. Maklum lah..aku di tahun akhir, tak ada masa untuk tengok tv atau bersenang-lenang berborak-borak di bawah. Sayup-sayup aku terdengar suara Zizi, Semah dan Intan bergelak ketawa menonton siri ‘Friends’ di bawah. Tiba-tiba, pintu aku diketuk dan Izzah masuk sambil tersenyum. “Study ke kak..Petang tadi akak pegi mana? Dekat maghrib baru balik..Ada orang call akak tau tadiâ€, kata Izzah sambil menyengetkan mulutnya. Aku tahu siapa yang dimaksudkan. “Dia lagi ke Izzah? Izzah…akak pening lah fikir masalah ni..Izzah pun tau kan..akak sukakan Hisham tu sejak akak mula-mula datang sini lagi..tapi nak buat macam mana..Dah takdir akak begini agaknyaâ€, balasku. Izzah merenungku. Di wajahnya ada rasa simpati terhadapku. “Emm..Okla kak..Izzah tak nak kacau akak study..Jangan fikir sangat pasal tu tau…Ingat, akak ada exam final tak lama lagi…†Izzah keluar meninggalkan aku yang kononnya study.. Ingatanku melayang ke peristiwa tahun lepas, sewaktu aku pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas. “Ana..Abah nak cakap sesuatu dengan Ana ni..†kata abah suatu malam setelah hampir sebulan aku duduk di rumah. “Gini Ana..2 bulan lepas, ada orang masuk meminang Ana. Jadi..abah dah terima pinangan tu untuk Ana. Abah percaya dia tu lelaki yang baik untuk jadi suami ana.†Abah berhenti untuk melihat riak wajahku ketika itu. Mata aku bulat memandang abah tak berkelip. Aku kelu. Betulkah apa yang abah cakap kan ini? Abah terus menyambung “ Dia bukan orang lain ana..saudara kita jugak.. Ana ingat lagi tak Abang Deris dan Kak Ilya? Anak depa yang sulung lah yang depa pinang untuk Ana. Abah harap ana tak da halangan. Ana kan anak manja abah..†Abah tersenyum memandangku. Tiba-tiba emak muncul di ruang tamu itu dan duduk di sebelah aku yang masih terkejut dengan berita yang baru sahaja abah sampaikan..Emak memegang tanganku erat. “Anak mak ni dah besar..Cantik dan manis pulak tu..Lagi manis kalau Ana sarungkan cincin ni ke jari Ana tu..†Aku memandang kotak baldu merah yang emak hulurkan. Apakah semuanya ini!!!!!jeritku di dalam hati..Sampai hati mak dan abah buat begini kepada aku. Kenapa mesti buat keputusan tentang masa depanku, tentang hidupku tanpa meminta persetujuan ku???kenapa?? Tangan dan bibirku terketar-ketar menahan sebak dan geram sekaligus. Tiba-tiba aku teringatkan Hisham, jejaka yang menjadi pujaan hatiku sejak aku mula-mula belajar di Ireland. Mataku mula berkaca-kaca dan setitik air mata jatuh di pipi ku. “Sampai hati mak dan abah..†kataku perlahan-lahan tanpa memandang wajah emak atau abah. Aku terus berlari masuk ke bilikku..Aku menangis semahu-mahunya…Dari dalam bilik aku terdengar suara emak dan abah. “Itulah abang..Yah dah cakap..Ana mesti tak suka abang terima lamaran tu..Patutnya abang tanya lah dia dulu..†“Yah..Abang dah dah fikir lama pasal lamaran tu..Abang tahu apa yang terbaik untuk Ana..Insya-Allah si Azmi tu boleh jaga Ana baik-baik..†Aku menekup telingaku dengan bantal..Tak sanggup lagi aku dengar kata-kata abah itu. Sungguh tak munasabah keputusan abah! Sampai hati abah.. Aku benci Abah!!! bsambung... | |||
zilal |
Posting pada: 14-05-04 11:31 | |||
zilal |
Posting pada: 14-05-04 11:39
Part 2
“Kak Ana!!!!! Telefon!!!†Suara Intan dari bawah menghentikan lamunanku. Segera aku bangun dan turun ke bawah. “Eh kak..Akak nangis ke?†soal Intan ketika bertembung dengan ku di tangga. “Takda lah..mata akak letih sangat..tengok buku lama sangat kotâ€, jawabku sambil tersenyum dan mengesat air mata yang bertakung di mataku. Tak sedar pulak aku menangis tadi. “Helloâ€ujarku dengan loghat Irishku..manalah tau, kalau kawan-kawan sekelasku yang menelefon. “Helo. Ana. Ni Hisham lah..Tak cam ke suara aku yang lemak merdu ni?†“Oh..Sham..Aku ingatkan mat saleh mana tadi..â€jawabku sambil tergelak kecil. “Ada apa kau telefon aku malam-malam buta ni?†“Takde lah..saja je..aku dah letih la baca buku..Tu yang aku telefon kau tu..Tak boleh ke?†“Memangla tak boleh..Kalau takde hal,aku malas la nak cakap dengan kau..†jawabku tegas. “Ish..jangan la gitu Ana..Sebenarnya gini..tadi ada junior kata dia nampak kau kat Tasik Lough tu, kau tengah termenung. Aku pun naik risau la pulak. Ye la kan..sebagai classmate kau..aku concern lah, exam dah nak dekat ni..Kau tension study ke?†“Emm..tak ada lah..saja je aku ambil-ambil angin. Hari-hari tengok muka orang sakit, letih jugak aku..Kau jangan la risau. Okla Sham, aku dah mengantuk la..dah pukul 11 malam ni..Aku letih harini..†“Takpe lah kalau macam tu..Jumpa kau kat hospital esok ye! Bye..†“Sham, Thanks coz ambil berat….†Aku terus meletakkan gagang. Aku merenung telefon beberapa ketika. Baik si Hisham ni..Selalu ambil berat tentang aku. Tunang ku? Di mana dia? Siapa dia? Aku terasa geram memikirkan tentang dia. Aku benci abah! Aku menarik nafas panjang. “Kak! Oo Kak!†Terkejut aku mendengar suara Semah memanggil. Aku memandang Semah dan Zizi yang masih bertenggek di depan tv. Kedua-duanya memandang aku sambil tersengeh-sengeh. “Berangan ke kak..Hisham dah letak telefon tu..Akak ni..asyik termenung aje kami tengok..Hisham dah melamar akak ke…Sempat lagi dia ye..Bukan dah nak exam final ke..†Kata Zizi sambil tersenyum lebar. Malas aku nak layan budak-budak ni. Aku mencekak pinggang dan menjelirkan lidah kepada adik-adikku itu. Padan muka. Aku tersenyum sendiri ketika memanjat tangga menuju semula ke bilik. Terus saja aku menghempas badanku ke katil. Buku-buku bersepah di atas meja. Perasaanku sungguh tak tenteram hari ini. Apa yang aku fikirkan entah lah..Aku mengambil diariku dan pen untuk mencoret sesuatu bagi melegakan sedikit beban perasaanku ini. Aku menyelak-nyelak halaman-halaman lepas. Aku mencapai pula diari tahun lepas. Kubuka helaian bulan Julai. Cuti Musim panas di Malaysia. Helaian-helaian itu agak pudar kertasnya dan terkeronyok sedikit kerana kesan-kesan air mataku ketika itu. 2 Julai 2003 Aku telah ditunangkan dengan seseorang. Baru semalam abah memberitahu kepadaku. Aku bertunang?? Aku? Sampai hati abah..buat macam ni kat aku..Sampai hati.. Aku akan hidup dengan orang yang aku tak kenali! Aku benciiiii!! Benci abah! Benci abah! Benci abah! Hisham!! Aku rindu kan kau! Aku tak boleh terima orang lain! Kenapa kau diam? Kau tak pernah perasan kah yang aku sukakan kau selama ini..Kau dah terlambat Sham!! Aku benci hidup ini! Kenapa????? Kenapa aku? 3 Julai 2003 Aku telah cuba memberontak dengan abah. Aku katakan aku tak mahu terima keputusan itu. Aku dah ada pilihan hati sendiri. Tapi abah memaksa! Memaksa aku! Aku sepatutnya menjadi anak kesayangan abah! Bukankah selama ini aku anak kesayangannya? Anak yang paling manja dengannya? Aku takkan bercakap lagi dengan abah. Mak? Mak pun sama. Tapi abah yang memaksa aku! Aku rasa benci dengan abah. Sangat benci. Abah menengking aku tadi. Tak pernah seumur hidupku aku dimarahi begitu oleh abah..Aku benci abah!! Takkan aku sentuh cincin berkarat tu! 11 Julai 2003 Aku baru balik dari rumah Izzah. Penat aku menempek kat rumah Izzah di Johor nun. Biarlah! Asalkan aku boleh lari dari keluargaku. Seminggu aku di sana, gembira sikit hati aku. 14 Julai 2003 Abang Long sekeluarga dan Kak Ngah sekeluarga pulang ke rumah hujung minggu. Tak henti-henti mereka bertanyakan soal tunangku kepada abah. Mereka sendiri tak faham kenapa abah terlalu tergesa-gesa. Nah abah! Abang Long dan Kak Ngah membela aku! Aku menutup diari ku. Abang Long dan Kak Ngah. Rindu sungguh aku pada mereka. Kami taklah rapat sangat. Maklumlah..Abang long 21 tahun tua dariku, manakala Kak Ngah pula 19 tahun lebih tua dariku. Masing-masing sudah ada anak-anak sendiri yang hampir sama baya denganku. Mak melahirkan mereka ketika dalam usia akhir belasan tahun. Sedangkan aku lahir ketika mak sudah berusia 40 tahun. Alhamdulillah..mujur aku selamat..Tak ada apa-apa masalah. Ibu yang melahirkan anak di usia lewat ni kemungkinan anak untuk cacat tinggi contohnya Down Syndrome. Alhamdulillah..Allah selamatkan aku… Oh! Aku belum solat Isyak lagi!! bsambung... | |||
zilal |
Posting pada: 14-05-04 15:37 Part 3 Esoknya, aku ke hospital seperti biasa. Hari ini aku ditugaskan memeriksa seorang pesakit lelaki tua berusia 71 tahun. Ketika aku mendekatinya, tiba-tiba aku teringatkan abah. Usia abah sudah menjangkau 72 tahun. Mak pula sudah mencecah 65 tahun. Pesakit tua itu tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya sambil bertanya khabarnya hari itu. Aku mengambil carta di hujung katilnya. Teruk juga pakcik ini. Ada kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Kali ini dia di hospital kerana jangkitan paru-paru pula. Pakcik Irish itu bersembang-sembang denganku ketika aku memeriksanya. Sangat peramah sekali. Aku teringatkan abah ku. Tapi bila mengingatkan peristiwa musim panas lalu, aku terus mematikan ingatanku itu. Abah tak sayangkan aku! Aku bertenggek di depan rumah petang itu. Kunci aku tertinggal di dalam rumah! Puas aku menekan loceng rumah..Manalah tau kalau-kalau ada ahli rumahku yang dah habis kelas..atau tertidur ke…tapi…hampa! Geram betul aku. Solat asar pun masih belum kutunaikan. Mujur sekarang sudah musim bunga..Lambat lah sedikit waktu asar habis. Kalau musim sejuk..teruk juga aku..Melayang begitu sahaja lah waktu asarku. Tiba-tiba aku ternampak kelibat Izzah berjalan perlahan-lahan pulang ke rumah. Penat agaknya. Aku melambai-lambai Izzah, menyuruhnya cepat. Izzah segera berlari-lari anak ke arahku. Aku tersenyum melihat Izzah termengah-mengah di depanku. Makin sihat pula tubuh Izzah ni.. “Kenapa akak duduk sini? Kunci hilang ke?†“Tak..kunci tertinggal dalam rumah...Cepat Zah, akak belum solat asar ni..†Izzah segera mengeluarkan kunci dan membuka pintu. Aku terus masuk ke rumah dan menanggalkan kasutku. “Kak! Akak terpijak something lah!†jerit Izzah. Segera aku alihkan kaki ku. Sampul surat berwarna kuning. Aku mengutip surat tutersebut dan menghulurkannya kepada Izzah. “Ish posmen ni..Main buang aje surat tu. Masukkanlah elok-elok sikit dalam lubang tuâ€,aku mengomel. Izzah diam saja sambil membelek-belek surat tu. “kak, untuk akak lah. Dari Malaysia ni..â€. Terkejut aku..Siapa pulak nak menghantar surat warna kuning istimewa sangat untuk aku. Aku pun menyambutnya dari Izzah dan terus menuju ke bilik dan solat asar. Aku menunggu solat maghrib sekali. Aku memanggil Izzah untuk sama berjemaah denganku. “Akak, sapa yang hantar kad sampul kuning tu kat akak?â€Tanya Izzah sambil melipat kain sembahyangnya sesudah kami selesai bersolat. “Akak belum bukak lagi Zah..Kak Ngah akak kot..Kalau tak pun, kawan baik akak, Bahiyah masa di Matriks duluâ€. Jawabku dengan jawapan aku tak munasabah. Pernah sekali sahaja Kak Ngah menghantar kad raya kepada aku semasa tahun satu dulu. Itu sahajalah sekali. Bahiyah pula cuma mengirimkan e-card sahaja. Ah! Biarlah dulu..Kepala pun sedang berserabut memikirkan perkara lain. “Akak ada telefon rumah Malaysia tak this week?†“Tak ada Izzah..Akak takde mood lah nak telefon. Minggu ni akak rasa serabut otak lah.. Terfikirkan pasal hal dulu tu laa..Dah lama akak tak cakap ngan abah akak. Rasanya dah dekat 2 bulan dah. Kali terakhir akak cakap ngan dia pun masa raya haji haritu aje†balasku. “Ish akak ni..kesian abah akak. Mesti dia rindu kat akak. Akak telefon lah..cakap dengan dia. Memang la Izzah tau akak masih marah lagi kat dia..Tapi sampai bila akak?†“Ntah la Izzah..Akak pun tak tau..Harini sapa masak? Akak laparlaa†“Harini Akak la masak! Akak lupa ye?? Izzah laparrrr!!†kata Izzah separuh menjerit. Alamak! Terlupa pula aku hari ini hari jumaat, giliran aku! Aku segera bergegas turun ke bawah dan memasak….Lauk ayam masak merah dengan sayur kubis masak kicap. Berselera sekali adik-adik rumah aku makan pada malam itu.. Biasa lah..tengok lah siapa yang memasak! Aku masuk ke bilik hanya setelah jam menunjukkan pukul 11 malam. Tadi aku bersembang panjang dengan Zizi, Semah, Intan dan Izzah di bawah. Hari ini hari Jumaat. Esok cuti, bolehlah aku berehat-rehat sekejap malam ini..tak payah menghadap buku. Aku solat Isyak dan terus berbaring di katil dan merenung almari solek di hujung katilku dengan fikiran yang kosong. Terasa seperti ada sesuatu yang keras di bawah lenganku. Segera aku meraba-raba untuk mengalihkannya. Oh! Surat tadi! Aku terlupa hendak membukanya.. Aku amati tulisan di depan sampul surat kuning itu. Kemas tulisannya. Setemnya bercop 11 Mac 2004. Hari ini 19 Mac. Seminggu sahaja rupanya untuk surat itu sampai dari Malaysia. Setem itu bercop Kuala Lumpur. Siapa ya? Aku pun membuka dengan penuh berhati-hati. Aku menarik keluar sekeping kad dari sampul berwarna kuning itu. Muka depannya tertulis “Selamat Menghadapi Peperiksaanâ€. Kad berwarna kuning cair itu dihiasi bunga matahari yang sangat cantik. Aku membuka dengan berdebar-debar. Tulisannya dengan pen berdakwat basah warna hitam. “ wbt (dalam tulisan jawi). Buat tunangku, Nurul Hanaa Aisyah, Azmi doakan moga Ana berjaya dalam peperiksaan akhir nanti. Maafkan Mi kerana tak pernah mengirim sebarang berita atau menelefon Ana selama hampir setahun kita bertunang. Mi tak mahu mengganggu pelajaran Ana. Belajar rajin-rajin ye..Insya-Allah, tunang Mi akan bergelar doktor tak lama lagi..Doa Mi sentiasa mengiringi Ana..†Ikhlas dari Tunangmu, Mohd Azmi Idris. Lama aku merenung kad itu. Berkali-kali aku mengulang membaca nya. Azmi? Nama tunangku adalah Azmi? Aku sendiri terlupa. Bagaimana rupanya sekarang? Umur berapakah dia? Kerja apa? Masih belajar lagikah? Pelbagai persoalan menerkam kepalaku. Aku sememangnya tidak pernah langsung mengambil tahu tentangnya. Aku tidak lagi bercakap banyak dengan abah selepas malam itu. Sedikit pun aku tidak berminat untuk bertanya pada mak tentang dia. Air mata ku menitis lagi. Kali kedua dalam minggu ini. Apa yang bermain di mindaku selama ini hanyalah tindakan abah yang melulu, tanpa memikirkan perasaanku. Dan satu lagi yang bermain di hatiku ialah perasaanku pada Hisham..Aku masih belum boleh meluputkan perasaan itu dari hatiku. Meskipun Hisham tidak pernah mengungkapkan sebarang kata-kata sayang, tapi aku tahu dia menyukaiku lebih dari kawan biasa. Aku mengurut kepalaku perlahan-lahan. Letih rasanya melayan perasaan begini. Aku melirik jam di mejaku. Sudah pukul 12.30 malam. Di Malaysia sudah pukul 8.30 pagi. Rindu pula rasanya pada Mak. Elok aku telefon sekarang. Rasanya abah belum balik lagi dari masjid. Selalunya dia duduk lama di masjid lepas solat subuh. Jadi, tak perlulah aku bersusah payah memberi alasan pada mak untuk mengelak dari bercakap dengan abah. “ Mak. Ana ni mak!†“Waalaikumussalam…Ana! Dah 2 minggu Ana tak telefon! Risau mak dibuatnya..Ana sihat ke?†“Sihat alhamdulillah..Mak dan abah sihat ke?†“Kami semuanya sihat-sihat belaka Ana..Ana bila nak periksa akhir ni? Haritu ada Azmi telefon mak minta alamat Ana di sana. Mak dah bagi..Ada dia hantar apa-apa pada Ana?†“Emm..oooo..ye ke..Emm..Mak, periksa ana lagi sebulan je. Takut la mak…Mak doa banyak untuk Ana ya..†Balasku mengelak dari membicarakan lebih banyak tentang Azmi. Jantungku berdebar-debar ketika emak menyebut namanya. “Ala..pasal periksa tu..tak payah takut-takut..Mak doakan untuk Ana..berjaya..lulus cemerlang semuanya†ujar mak diikuti dengan batuk-batuk kecil. “eh, mak sihat ke ni mak? Macam tak berapa sihat je tu†“eish..tak lah..mak baik-baik aje..Ana jaga diri elok-elok tau..Jaga makan minum..Belajar-belajar kemas rumah..Nanti dah nak jadi isteri orang..†Kata mak. Eh…lain pula bunyinya pesanan mak ni..selalunya tak pernah dia berpesan tentang soal rumah tangga pada aku begitu. Pasal Azmi pun dia tak pernah berani hendak menyebutnya di depan aku. “Emm..Okla mak..Ana nak tido, dah ngantuk. Abah tak balik lagi?†Aku pura-pura bertanya. “Abah kat masjid lagi…biasa lah dia..Dia mintak mak kirimkan salam dia pada ana kalau ana telefon..Suruh ana belajar rajin-rajin katanyaâ€, Mak menyambung sambil terbatuk-batuk lagi. “Mak ni..betul ke Ok ni mak..Mak pegi jumpa doktor lah mak..Takut apa-apa pulak nanti†jawabku dengan penuh kerisauan. “Iye lah Ana..Mak sehat je..Biasa lah orang tua Na..Belajar sungguh-sungguh ye sayang..†Setelah memberi salam aku meletakkan telefon. Segera aku naik ke bilik dan baring semula. Teringat pula pada abah. Emm..dah lama tak dengar suara abah. Memang sakit hati aku pada abah. Tapi rindu tetap rindu juga..Kalau dulu-dulu, sekurang-kurangnya seminggu sekali aku akan bercakap dengan abah, bercerita tentang peperiksaan aku dan kehidupan aku di sini. Walaupun abah sudah tua, tapi fikirannya masih tajam. Dia bekas guru besar sekolah rendah di kampungku. Tapi sekarang ini, semuanya telah berubah. Semenjak musim panas tahun lepas, aku sangat-sangat kurang bercakap dengannya. bsambung.. [ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-14 15:39 ] | |||
zilal |
Posting pada: 14-05-04 15:41 Part 4 Sejak kecil hingga besar, aku memang menjadi anak kesayangan abah. Memang aku tak boleh berenggang dengannya. Sampai aku masuk tingkatan satu, aku dihantar ke sekolah agama berasrama di Kedah. Minggu pertama aku di sekolah, aku menangis rindukan abah. Susah payah abah datang melawatku tiap-tiap hujung minggu semasa di tingkatan satu. Sampai tingkatan satu aje lah, selepas itu, aku sudah semakin matang. Tak payah lagi abah datang selalu-selalu sangat. Aku pun tahu abah bukannya larat hendak memandu kereta jauh-jauh. Berkat doa mak dan abah, serta semangat yang diberikan oleh abah, aku berjaya menyambung pelajaran tingkatan 4 ku di Kolej Islam Kelang berdasarkan keputusan PMR ku yang sangat cemerlang. Sejak itu, semakin jarang abah menjengok kerana terlalu jauh. Usia abah ketika itu pun sudah 65 tahun. Itupun abah datang juga sekali sebulan menaiki bas. Dia tak mampu lagi memandu jauh-jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur. Abang Long dan keluarganya memang tinggal di KL, tapi jarang-jarang sekali mereka melawat aku. Mungkin Abang Long dan isterinya, Kak Ti sibuk dengan kerja dan anak-anak mereka. Aku menjejakkan kaki ke Matrikulasi sains tulen di UKM setelah tamat tingkatan 5 dan setelah itu ditawarkan kursus perubatan di Ireland ini. Abah begitu bangga dengan kejayaan aku itu. Memang sejak kecil, abah mahu aku menjadi seorang doktor. Permainan aku semasa kecil pun, permainan ala-ala doktor.. ada jarum kecil (yang tidak tajam langsung), ada botol-botol ubat, ada stetoskop plastik berwarna merah dan hijau… Aku melirih pandanganku ke stetoskop ku yang tersangkut di penyangkut baju dengan kot putih ku..Aku tersenyum sendiri..Kini aku mempunyai stetoskop sendiri! Ah Abah!!! Aku tertidur dengan memori-memori lamaku itu.. Pagi Sabtu itu aku bangun awal seperti biasa sekalipun tak ada kelas. Pukul 5.30 pagi, aku sudah siap solat subuh dan membaca ma’thurat. Subuh masuk pukul 4 lebih sekarang. Waktu syuruk dalam pukul 6.40 pagi. Aku menyangkut kain sembahyang ku. Aku mesti belajar hari ini! Mesti habiskan sekurang-kurangnya sampai muka surat 300 buku Clinical Medicine ku itu. Entah lah kenapa minggu ini aku susah benar hendak menumpukan perhatianku pada pelajaran. Sebelum ini, sekalipun dilanda perang besar dengan abah, aku masih mampu menumpukan perhatianku. Aku mengambil semula kad kiriman Azmi yang kuletakkan di atas meja semalam. Bagaimanakah orangnya Azmi ini…Aku mengulang membacanya lagi. Katanya tak mahu mengganggu aku belajar. Kenapa tiba-tiba menghantar kad pula di kala-kala aku sedang melawan perasaan tak tenteramku ini. Segera aku masukkan kad itu ke dalam laci, membuangkan ia dari pandangan mataku. Fikiranku berselirat. Apa yang mengganggu hatiku ini? Ayah? Azmi? Hisham? Ntah lah..susah untuk kutafsirkan. Lupakan semua itu Ana!!!! Belajar sekarang!!!! Aku mula menunduk memandang buku dan membaca ayat demi ayat. Ah! Satu pun tak masuk ke otakku. Aku memandang jam di meja. Pukul 6.15 pagi. Alamak! Budak-budak ni dah bangun ke belum? Aku segera keluar mengetuk pintu bilik adik-adik rumahku. Semuanya bangun dengan mata terpisat-pisat dan beratur di depan bilik air. Aku tersenyum melihat mereka. Mereka macam adik sendiri. Maklumlah.. aku tak ada adik. Hmm..Azmi itu anak keberapa ya.. Berapa adik-beradik dia ada..Aku teringat pula Abang Deris dan Kak Ilya. Rasa-rasanya mereka itu sepupu jauhku. Aku pernah berjumpa mereka ketika masih tinggal di Kedah, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Abang Deris dan Kak Ilya..Takkan lah aku nak panggil mereka mak dan abah pulak lepas..lepas.. erk…Aku segera memegang dahi ku…Aku ni..demamkah?? Tak pernah-pernah aku terfikir pasal dia selama kami bertunang. Aku segera beralih ke buku-buku ku..Cepat ana! Tumpukan perhatian! Periksa tinggal sebulan aje lagi!! Hari ini 19 Mac! Peperiksaan akhirku pada 17 April! Kurang daripada sebulan! Akhirnya…berjaya juga aku mengetepikan segala soal perasaan dan emosi ku. Fikiranku hanya tertumpu pada gambar-gambar contoh pesakit yang ada dalam buku itu…. Hari Ahad! Aku sungguh gembira kerana telah berjaya menghabiskan sehingga muka surat 500! Sungguh produktif sekali aku minggu ini! Buku setebal lebih kurang 1500 muka surat itu akan aku habiskan sesegera yang mungkin. Pukul 4 petang. Selepas sembahyang asar, aku segera turun ke bawah untuk melepaskan tension di ruang tamu. Dah lama aku tak tengok tv! Hmm…tapi tak ada apa-apa pun dalam siaran. Iklan aje yang lebih. Tiba-tiba Izzah masuk. “Tadi Izzah dengar akak turun. Izzah pun turun lah sekali..Join sekaki..ehehe†kata Izzah penuh keriangan. “Apa yang Izzah syok sangat ni…bukan main lagi menyengih kat kita†“tak da apa..kak..Kad tu…sapa yang hantar kak? Cepat la cakap..Tunang akak tu ke kak?†“Hish..senyap-senyap laa…nanti kang orang lain dengar..teruk akakâ€, kataku sambil meletakkan jari telunjukku ke mulut tanda menyuruh Izzah diam. Aku mengajak Izzah ke bilikku. Tiba saja di bilik, aku terus menunjukkan kad kuning itu pada Izzah.. “Uiii…romantiknya dia kak…siap bunga matahari lagik! Siap ada lukis gambar love lagi ngan pen metalik pulak tuu…Ish..mesti dia sayang akak nih†“Apa merepek ni Izzah..Akak jumpa dia pun tak penah..Emm adalah kot masa kecik-kecik dulu..Macam pendek je budaknya. Ada hingus pulak tu kat hidung. Ntah dia ntah bukan yang akak tengok masa kecik-kecik dulu..Akak baru darjah dua lah masa tu.. Takkan tiba-tiba nak sayang akak pulak..Masa kecik-kecik akak pun ada hingus†Selorohku dengan panjang lebar untuk menghilangkan rasa gundah di hatiku. “Alaaa akak…chenta itu buta lah kak..ahahah…Kalau dia tengok akak sekarang mesti terpana punya lah…Lemah lembut, ayu, sopan santun, comel, manis…†“Ha…jangan nak mengada-ngada lah..akak nih tak lawa,mana ada orang nak!†“Alaaaa….Hisham tu ..dah lama syok kat akak..dia saja taknak cakap..Dekat rumah dia, bukan main lagi bising cerita pasal akak..Tak percaya tanyalah Si Hanif tu†“Hmm..angan-angan tinggal angan-angan aje lah Zah…Hisham dah lambat..Akak dah jadi hak orang lain…†kataku sambil membaringkan diri di katil dan memandang syiling. “kak…jangan la sedih…Azmi tu..gayanya ,macam budak baik je kak…†Aku tersenym memandang Izzah..Harap-harapnya begitulah..Aku seolah-olah sudah boleh menerima sedikit sebanyak hakikat bahawa aku ini tunangan budak lelaki berhingus bernama Azmi itu.. Aku tersenyum lagi.. “Kak! Berangan lagi ke? Ish…Akak pegi belajar kak…Exam kak…Exam…†kata Izzah dengan nada menggerunkan..Aku segera bangun dan mencubit Izzah. Tak lama lepas tu Izzah pun keluar. Tinggallah aku seorang diri termanggu-manggu memikirkan apa yang kami perkatakan tadi. Entah lah kenapa minggu ini..Aku terlalu memikirkan hal itu. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Menyesal dengan tindakanku yang terlalu melayan perasaan ini. Selama 4 tahun setengah ini, pernah juga dua tiga kali aku dilanda masalah besar dengan kawan dan tak lupa juga Dr Khasim, doktor berasal dari Saudi yang meminatiku. Tapi aku tidak pernah berasa terganggu seperti ini. Tidaklah aku terlalu melayan emosi sebegini rupa. Sudah 2 kali aku menangis dalam masa seminggu! Entah kenapa minggu ini. Aku mencapai diariku. Membelek-belek dua tiga hari sebelumnya. Memang sah sejak hari Khamis lalu, segala jenis perasaan aku coretkan dalamnya. Hmm…tak lah lama..Baru 4 hari aku dilanda ‘blues’ begini. Entah apa yang menanti aku esok hari… bsambung...dibwh | |||
zilal |
Posting pada: 14-05-04 15:42 Part 5 Hari Isnin menjelang dengan cahaya sang suria yang penuh meriah. Aku bangun dengan rasa penuh ceria, seolah-olah telah terlupa gelodak perasaan yang melanda hatiku semalam. Kad Azmi telah kumasukkan ke dalam kotak suratku dan sesungguhnya tak mungkin untuk aku buka lagi sehingga tamat peperiksaan akhirku. Aku segera bersiap-siap untuk ke hospital pagi itu. Hari ini aku perlu masuk ke bilik bedah dan aku mesti berada di sana tepat jam 7.30 pagi. Aku memilih baju jubah seluar ku yang paling menjadi kegemaranku sebagai tanda bermulanya hari-hari baru, tanpa ingatan-ingatan yang tidak sepatutnya bagi seorang pelajar akhir perubatan yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi! Aku tersenyum melihat wajahku di cermin hari ini. Penuh semangat! Minggu itu berlalu dengan laju sekali. Sedar-sedar saja hari Jumaat sudah tiba. Hah! Leganya!! Esok cuti! Aku perlu melepaskan tekanan belajarku ini. Tak tahan lagi rasanya menghadap pesakit-pesakit, doktor-doktor pakar yang mengajarku (semuanya garang-garang belaka) serta buku-buku ku yang tebal itu selama 24 jam selama 5 hari. Begini lah rasanya menjadi pelajar perubatan! Hari Sabtu itu, aku dan Izzah turun ke bandar. Seronoknya rasa hati aku ni sebab dapat beli barang-barang yang memang dah lama aku teringin nak membeli. Kami masuk ke kedai Body Shop. Aku dan Izzah membelek-belek lipstik yang pelbagai warna di situ. Aku tidaklah selalu mengenakan solekan di muka. Cuma kadang-kadang ..bila rasa teringin nak nampak berseri sedikit, aku calitkan sedikit lipstik dan blusher. Tergelak aku apabila Izzah menghulurkan lipstik berwarna oren, macam jus sunquick. “Amboi! Oren sangat lah tu….Tak sesuai..â€, ada suara menyapa kami dari belakang. Aku segera menoleh dengan ketawa yang masih belum hilang. Hmm..dah agak dah..memang aku kenal suara dia. Hisham tersengih memandang aku dan Izzah. Izzah dengan malu-malu segera meletakkan semula lipstik oren itu ke tempatnya. “Uish..Ana, nak exam ni..sempat lagi bershoping…†“Alaa..release tension kejap..Yang kau tu..masuk kedai orang perempuan ni apa cerita?†balasku dengan rasa puas hati dapat mengenakan dia semula. Hisham menambah sengih yang tak hilang-hilang dari mukanya dari tadi. “Tak ada lah..tadi aku nampak kau dengan Izzah..Cepat betul kau jalan..Penat aku kejar..heh†“Yang kau kejar tu buat apa..Kau bukannya larat sangat..Badan pun kurus..Macam tak cukup makan†“Itulah Ana..Aku ni kurus sangat..Bilalah aku nak merasa masakan kau ye Ana..Semua orang kata kau masak sedap..Tapi aku ni sekali pun tak pernah rasa masakan spesel kau..†“Hish! Bagi kau makan buat apa…tak balik modal..kurus sama jugak..†“Ooo…sombong ye..tunggulah..kau jadi bini aku nanti…hari-hari aku nak makan masakan kau†katanya sambil tersenyum. “Sape yang nakkan dia, tak malu!†Kataku laju. Terasa panas mukaku ketika itu. Malu nya!! Kenapa tiba-tiba dia berkata begitu..Segan aku dibuatnya. Si Izzah dari tadi cuma tersenyum. Geram aku dibuatnya. Hisham beredar tak lama selepas itu. Aku dan Izzah pula terus pulang memandangkan jam sudah pun pukul 2.30 petang. Solat zohor pun belum. Izzah mula menimbulkan isu Hisham tadi di dalam bas. Beria dia menceritakan wajah hisham yang nampak agak bersungguh-sungguh bila dia mengatakan soal ‘bini’ tadi. “Akak…betul kak..Muka dia..macam berharap je kak..senyum penuh makna! Akak pulak pegi tunduk malu-malu. Siap merah lagi muka akak..Kelakar Izzah tengok..hihi†“Izzah….nak kena ye..Ish budak ni…bukan main suka lagi awak menyakat akak ye†kataku sambil menghulurkan tangan untuk mencubitnya. Sebenarnya, hati aku ni rasa berbunga-bunga juga mengingatkan apa yang dicakapkan oleh Hisham tadi. “Adoi kak..jangan laa..malu…dalam bas ni…†Izzah menjerit perlahan. Padan muka. Seronok sangat menyakat aku. bsambung... | |||
zilal |
Posting pada: 14-05-04 15:46 Part 6 Setibanya di rumah, aku segera bersolat zuhur dan membaca Al-Quran sambil menunggu waktu Asar. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej baru diterima. Segera aku membukanya…Hisham. ‘Sorilah tadi,aku bergurau aje. Jangan marah. Tapi..kalau betul apa salahnya kan..OK Ana, Stadi rajin², jumpa Isnin.A’kum’ Aku tersenyum sendiri. Memang sah Hisham menaruh perasaan pada aku. Tapi..Mungkin juga dia bergurau sahaja..sekadar nak menguji hati aku. Aku berteka-teki pula dengan diri sendiri. Memang aku akui aku terasa gembira mendengar kata-kata Hisham tadi. Hati perempuan mana yang tidak bergetar apabila jejaka yang sudah bertahun-tahun menjadi idamannya meluahkan rasa begitu..?? Tiba-tiba wajah ayah menerpa mindaku. Aku tersenyum pahit. Maafkan aku Hisham..Andai betul itulah isi hatimu, ternyata kau sudah terlambat Sham..Maafkan aku.. Sepatutnya aku menelefon rumah pada hujung minggu begini. Tapi sudah hilang rasa rindu aku pada keluarga mengenangkan hati yang kecewa ini. Hujung minggu itu aku biarkan saja berlalu tanpa sebarang berita buat mak dan abah. Mak pasti merinduiku. Abah?? Biarlah dia…Aku bukan lagi anak manja abah…Hatiku bertambah luka dengan gurauan Hisham tempoh hari. Sepatutnya hati aku sangat gembira ketika ini. Gembira dengan luahan hati Hisham yang aku sendiri tidak tahu ikhlas atau tidaknya. Tapi paksaan abah telah menarik kegembiraan yang sepatutnya aku rasai itu. Aku menangis lagi… Rasa-rasanya sudah tidak ada faedahnya aku memikirkan tentang semua ini. Peperiksaan sudah pun hampir tiba. Tak wajar untuk aku bermain-main dengan perasaan begini. Aku memandang sejadah..Pemberian abah. Pesannya berkali-kali sebelum aku bertolak ke sini semasa di tahun satu dahulu supaya tidak meninggalkan solat. Aku bangun lalu menunaikan solat hajat, memohon agar Allah tenangkan jiwaku dan dapat belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk menjadi seorang doktor, berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. bsambung .... | |||
sanada_yukimura |
Posting pada: 14-05-04 16:37 | |||
marinaosman |
Posting pada: 14-05-04 17:20 | |||
HeArtBroKenkiD |
Posting pada: 14-05-04 23:50
eh laa....
suspen2 lak eh.. org tengah finals ni... kak zilal cepat la habiskan cerita.. tak khusyuk buat paper nanti.. hehe wassalam ----------------- Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!! .: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :. | |||
zilal |
Posting pada: 17-05-04 08:23 Sorrylah ek... Tertinggai copynye kat opis...so arini br bleh pastekan sambungannye...enjoy! Part 7 Masa berlalu begitu pantas. Aku telah berjaya dengan perlahan-lahan membuang gelodak emosiku dan menumpukan perhatianku terhadap peperiksaan. Kini cuma tinggal dua hari sahaja lagi sebelum peperiksaan akhirku. Aku menelefon juga emak untuk meminta restunya. Emak bersungguh-sungguh berpesan supaya aku menjawab dengan teliti. Kalau abah, mesti dia akan menyuruhku supaya banyak-banyak berdoa dan tawakkal. Selawat banyak-banyak. Itu nasihatnya yang biasa sebelum aku menghadapi peperiksaan. Teringin juga rasanya hendak mendengar kata-kata daripada abah sebelum menghadapi peperiksaan ini. Tapi hatiku ini seperti dipagari sesuatu. Adakah ini dikatakan dendam? Aku sendiri tak pasti. Aku sendiri sengaja mengelak dari bercakap dengan abah hari itu.Tak apa lah..Mak juga ada menyampaikan pesan dari abah menyuruhku menjawab dengan teliti. Lain pula pesan abah kali ini. Apalah agaknya yang abah fikirkan ketika ini. Apalah yang abah fikirkan tentang aku..tentang aku, anak perempuan bongsunya ini. Memang aku masih marahkan abah. Masih dalam rasa kecil hatiku pada abah. Sudah 3 bulan aku tak bercakap dengannya..Aku juga yang selalu mengelak.. Mungkin abah juga ada menaruh rasa kecil hati padaku. Ah biarlah.. Aku menghadapi peperiksaan dengan penuh kesungguhan. Segala kesungguhan yang aku ada. Berbekalkan ilmu yang aku pelajari selama ini serta doa yang kupanjatkan kepada Ilahi, aku menghadapi segalanya dengan penuh tawakkal. Selama 3 minggu aku berada di medan peperangan dengan kertas-kertas ujian, ujian praktikal dan lisan, akhirnya…Alhamdulillah…Aku selamat menghabiskan kesemuanya..3 minggu berlalu sepantas kilat. Aku sudah merdeka..Cuma yang ada ialah debaran menanti keputusan yang bakal keluar seminggu lagi. Izzah, Zizi, Semah dan Intan masih lagi belum tamat menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka. Selesai sahaja ujian lisan terakhir tadi, aku bersama rakan-rakan sekelasku terus menuju ke restoren pizza terdekat bagi meraikan episod peperiksaan kami. Aku bersama Lin, Yan, Jes, Zubir dan Hisham makan dengan penuh berselera setelah 3 minggu makan tak kenyang, tidur tak lena. Kawan-kawan Irishku yang lain semuanya beramai-ramai menuju ke pub yang berdekatan dengan kolej kami, menyambutnya dengan minuman najis yang haram itu. Tidak sesuai lah jika aku hendak bersama-sama mereka sekalipun aku agak rapat dengan mereka. Aku pulang ke rumah ditemani oleh Lin. Rumah Lin lebih kurang beberapa minit berjalan kaki dari rumahku. Setibanya di rumah, aku segera menghempaskan tubuhku yang masih keletihan itu di katil. Aku berbaring dengan tenang. Aku tersenyum sendiri..Alhamdulillah…Habis juga akhirnya…Tiba-tiba aku teringatkan Izzah. Sudah lama aku tidak bersembang panjang dengannya. Kepala aku asyik memikirkan tentang peperiksaan sahaja selama 3 minggu yang baru berlalu itu. Aku bangun dan menuju ke bilik Izzah. Aku mengetuk pintu sekali dan terus masuk. Izzah baru selesai sembahyang. Dia segera berpaling ke arahku dengan telekung yang masih terlekat di mukanya sambil tersengih. “Dah habis exam??†“Sudah!!!!Alhamdulillah!!â€, jeritku sambil terus meluru memeluk Izzah. Aku mula membuka cerita tentang peperiksaanku. Izzah masih ada satu lagi kertas yang perlu diduduki. Itupun masih ada 4 hari lagi sebelum peperiksaan itu. Jadi, bolehlah kami bersembang lama malam itu. Tak lama selepas itu, Zizi, Intan dan Semah pun turut sama berkumpul di bilik Izzah mendengar celotehku tentang peperiksaan akhir yang baru sahaja berlalu. Aku sungguh gembira hari itu…! bsambung dbwh... [ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-17 08:27 ] | |||
zilal |
Posting pada: 17-05-04 08:35 Part 8 Malam tadi aku menghabiskan masa bersembang-sembang dengan Izzah, Zizi, Intan dan Semah sehingga lebih kurang jam 12 malam. Kemudian segera aku kembali ke bilikku, bersolat dan turun ke bawah menonton segala CD dan DVD yang ada. Aku melepaskan geram setelah lama berkurung di bilik. Pukul 4 pagi aku menunaikan solat subuh. Waktu musim-musim panas begini, waktu subuh masuk awal. Setelah itu, aku terus merebahkan diri di atas katil dan tidur dengan penuh lena. ‘Tiiiit’ bunyi mesej di telefonku mengejutkan aku dari tidur. Dengan mata yang masih rapat terpejam, aku meraba-raba mencapai telefonku sambil menggosok-gosok mata. Sudah pukul 1 tengah hari! Terkejut sungguh aku! Aku telah tertidur selama hampir 8 jam! Aku bingkas bangun. Tetapi duduk semula dan kemudian baring. Aku tersenyum sendiri. Bukankah peperiksaan sudah tamat? Aku terlupa.. Bolehlah aku bermalas-malasan hari ini. Segera aku membuka mesej yang baru aku terima tadi. ‘Tahniah cik Nurul Hanaa Aisyah! Anda telah pun tamat menduduki peperiksaan anda! Bilalah agaknya saya boleh merasa masakan anda? Inilah masanya untuk anda masakkan untuk saya!’ –Hisham. Aku tersenyum lagi membaca mesej lucu Hisham itu. Malas aku hendak membalasnya. Peperiksaan sudah tamat. Mati kutu aku dibuatnya. Baru semalam ia berakhir, aku sudah tak keruan pagi ini memikirkan masa kosong yang begitu banyak. Tiba-tiba teringat pula pada emak dan abah di rumah. Ingin sahaja aku mencapai telefon dan menelefon emak. Tapi ketika ini pukul 9 malam di Malaysia. Pasti abah ada di rumah. Terpaksa lah aku tangguhkan dahulu. Aku mencapai tiket kapal terbangku di dalam laci yang aku beli 2 bulan lepas. Aku membelek-beleknya dengan teliti. Tarikh berangkat ialah 29 Mei 2004 dan tiba pada 30 Mei, hari Ahad. Pulang semula ke sini pada 1 Julai 2004. Sekejap sahaja cutiku kali ini. Memang aku tidak berniat untuk lama di Malaysia. Tarikh graduasiku dijangkakan pada 8 Julai 2004. Emak dan abah memang sudah bercadang untuk ikut bersama ke Ireland pada 8 Julai itu untuk menyaksikan anak bongsu mereka ini menerima ijazah dan sekaligus bergelar doktor. Insya-Allah… Aku terasa seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiranku yang telah lama aku tinggalkan tanpa penyelesaian. Baru aku teringatkan tentang abah dan calon pilihannya itu. Hati masih sakit, tetapi rinduku masih tebal pada abah. Aku bangun mencapai kotak suratku di tepi meja tulisku. Namanya sahaja kotak surat. Ia Cuma kotak kasut yang aku balut dengan pembalut berbunga-bunga warna merah hati. Aku letakkan poskad-poskad kiriman kawan-kawan lamaku yang sama-sama belajar di perantauan, surat dan kad-kad raya yang boleh dihitung dengan tangan sahaja jumlah nya serta gambar-gambar abah. Selama ini gambar-gambar itu aku letakkan dalam bingkai-bingkai yang cantik sebagai sumber inspirasiku untuk belajar. Tapi sejak tahun lepas, gambar-gambar itu telah aku keluarkan dan menyorokkannya di dalam kotak itu. Samalah seperti aku mengeluarkan abah dari hatiku dan menyorokkannya entah di mana di ruang fikiranku. Tapi hari ini, terasa rindu pula hendak melihat gambar abah. Aku menarik nafas panjang dan membuka kotak itu. Lain yang aku cari, lain pula yang aku terjumpa. Kad kiriman Azmi, tunangku itu, aku baca sekali lagi…dan berulang-ulang kali lagi.. Azmi..Entah bagaimana lah dia. Entah bagaimana aku hendak menghadapi dirinya. Aku melempar kad itu ke tepi pintu bilikku. Tiba-tiba saja kemarahanku memuncak. Semua ini salah abah! Aku duduk di lantai menyandarkan badanku di katil sambil memeluk lututku. Azmi? Marahkah aku pada dia? Aku terasa seperti hendak mengoyak sahaja sampul kuning kad kiriman Azmi itu. Aku menekup wajahku sambil menangis. Ah! Tak guna aku fikirkan semua ini lagi. Aku tidak sabar menunggu 29 Mei, 2 minggu dari sekarang. Aku akan pulang ke Malaysia. Akan aku selesaikan masalah ini segera. Tak mampu rasanya hatiku menahan derita begini. Mampukah aku menyerahkan diri ini kepada orang yang tidak aku kenali? Dengan cara dipaksa oleh abah pula? Adil kah itu namanya? Aku bingkas bangun, mandi, bersolat, bersarapan dan keluar dari rumah. Aku berjalan-jalan mengambil angin di luar. Entah ke mana hala tuju aku entah lah. Yang penting, hati yang gundah ini perlu aku hiburkan. Tanpa disedari, kakiku melangkah ke Tasik Lough. Aku memerhatikan pohon-pohon yang kelihatan agak rending di tepi-tepi jalan. Anak-anak Irish berjalan dengan riang beriringan tangan dengan ibu atau bapa mereka. Baru pulang dari sekolah agaknya. Comel sungguh! Aku tersenyum sendiri. Aku duduk di bangku di tepi tasik itu memerhatikan air tasik yang tenang mengalir. Matahari tidak begitu terik. Namanya sahaja musim panas, tapi anginnya masih sejuk. Mujur aku ada membawa baju sejukku. Begitulah hari-hari ku berlalu selepas habis peperiksaan. Setiap hari, aku bangun dan terus keluar menuju ke tasik itu. Kadang-kadang aku bawa roti untuk aku taburkan kepada burung-burung swan yang ada di situ. Beberapa orang Pakcik dan makcik Irish yang selalu berjalan setiap petang di situ pun sudah mula mengenaliku dan mula bersembang denganku. Aku gembira dengan kehadiran mereka bercakap-cakap dengan ku. Cuma yang menakutkan aku ialah anjing-anjing mereka yang comel itu, hendak bermanja pula dengan aku! bsambung... | |||
zilal |
Posting pada: 17-05-04 08:39 Part 9 24 Mei 2004! Keputusan peperiksaan ku telah keluar. Belum sempat aku pergi ke hospital untuk melihat keputusanku, Hisham sudah menelefonku dengan suara yang tersangat ceria. “Ana!!! Tahniah!!! Kau dah lulus!!! Dr Nurul Hanaa Aisyah!!!†jerit Hisham di gagang telefon. Aku hampir mengalirkan air mata mendengarnya. Terlalu seronok! “Alhamdulillah!! Encik di sana macam mana? Sudah boleh aku panggil Dr Hisham??†“Iya, ini Dr Hisham bercakap..Ahahah†Gembira sungguh suara Hisham dengan hilai tawanya itu. Beria-ria dia mahu aku masakkan sesuatu untuknya. Aku segera mengambil air sembahyang dan bersujud syukur. Akhirnya, aku bergelar doktor…Doktor Nurul Hanaa Aisyah binti Anuar. ..Anuar…Abah…Abah, Ana dah jadi apa yang abah idam-idamkan selama ini. Semua kehendak abah Ana turuti…Semuanya!! Termasuk masa depan Ana sendiri! Hari itu aku memasak nasi minyak dengan lauk ayam masak merah yang istimewa untuk Hisham dan orang-orang rumahnya seramai 3 orang itu. Aku buatkan kek pisang dan kek cokelat untuknya. Aku kasihankan Hisham kerana sudah beribu-ribu kali dia menyuarakan keinginannya untuk merasa masakanku. Adakah aku sekadar kasihankan Hisham? Atau aku mahu memancing kasih sayangnya? Aku sendiri tidak pasti. Aku bungkuskan dalam bekas kemas-kemas dan aku hantar ke rumahnya. Hisham separuh menjerit melihat kedatanganku dengan makanan yang menyelerakan itu. “Ana! Aku sayang kat kau!!! Bestnye! Tak sabar aku nak makan!!†“Ish kau ni..Tak malu! Aku kesian je kat kau..Sebab tu aku masakâ€, kataku dan berlalu pergi. Hisham ni buang tabiat agaknya. Hatiku berdebar-debar mendengar kata-kata Hisham tadi. Aku berjalan pulang dengan senyuman panjang. Hisham..Dia seorang yang baik, peramah, periang, mengambil berat tentang aku…dan menyenangkan hati aku dengan lawak jenakanya itu. Dia anak orang berada, kacukan darah Cina dan Melayu. Ibunya berketurunan Cina yang dipelihara oleh orang Melayu sejak kecil. Kulit Hisham cerah dan wajahnya ada iras-iras ibunya, tetapi matanya tidak sepet. Cermin matanya menyerlahkan kewibawaannya dan menampakkan ketegasannya. Badannya sederhana besar dan tingginya cuma lebih kurang 5 ke 6 sentimeter sahaja lebih daripadaku. Tapi aku sentiasa mengejeknya kurus dan tak bermaya. Kasihan dia..Aku tersenyum sendiri. Setibanya di rumah, Izzah, Zizi, Intan dan Semah sedang rancak bersembang di ruang tamu dengan mulut masing-masing penuh dengan nasi minyak yang aku masak tadi. “Kak!! Sedapnya kak!! Dah lama tak makan best best macam ni†kata Zizi. Yang lain-lain menyambung panjang lebar tentang nasi minyak dan kek itu. “Ai kak…akak ke mana tadi…Semah nampak akak macam on the way pegi rumah Hisham tadi…Ha…ada apa-apa ke kak..†Semah bertanya dengan nada penuh makna. Aku sekadar tersenyum. “Ntah-ntah, summer ni kita kena pegi Kedah makan nasik minyak sekali lagi…â€, Sambung Intan sambil tertawa. Aku turut sama ketawa dan mula mencedok nasi untuk makan bersama mereka. Semuanya sudah tamat menghadapi peperiksaan. Riuh-rendah rumah kami malam itu dengan gelak ketawa kami menonton VCD Senario The Movie yang dipinjam Izzah dari Hanif petang tadi. bsambung.... | |||
zilal |
Posting pada: 17-05-04 08:44 Part 10 Masa berlalu pantas… Petang esok aku akan pulang ke Malaysia. Malam selasa yang lepas, aku telah menelefon emak memberitahu berita gembira tentang peperiksaanku. Abah seperti biasa masih di masjid ketika itu. Memang aku sentiasa terselamat daripada menghadapi abah. Emak menangis kerana terlalu gembira. Suaranya seperti sudah tidak sabar-sabar lagi hendak berjumpa denganku. Aku akan turun di Alor Setar. Mungkin emak dan abah lah yang menjemput. Kak Ngah tinggal di Alor Setar. Tetapi dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Kak Ngah seorang peguam yang bergiat cergas dalam politik. Apa perjuangannya, aku sendiri tidak begitu mengambil tahu. Aku memandang bilik itu. Dindingnya berwarna kuning, menceriakan bilikku. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku akan tinggal di situ lagi atau tidak setelah pulang ke sini nanti. Semuanya bergantung kepada di mana aku ditempatkan untuk housemanship ku nanti. Sekiranya permohonanku untuk membuat houseman di bandar Cork itu diluluskan, bilik itu akan tetap menjadi bilikku lagi. Aku bergaduh agak hebat dengan abah sebelum pulang ke sini musim panas lalu. Abah mahu aku terus pulang ke Malaysia setelah tamat pengajianku. Pada mulanya, memang aku telah bersetuju begitu. Tapi setelah dipaksa oleh abah untuk menerima calon pilihannya, aku menjadi keras kepala. Aku mengambil keputusan untuk menyambung terus di sini. Aku sendiri tidak tahu masa depanku. Entah-entah aku akan tinggal di sini sampai sepuluh tahun. Agaknya sampai rambut aku ini sudah naik uban, baru aku hendak pulang. Entah lah..Terfikir pula aku tentang emak. Kasihan emak. Dia mangsa pertelingkahan aku dengan abah. Aku mengemaskan baju-baju untuk dibawa pulang. Aku mengambil seplastik besar cerderahati yang telah aku beli di bandar tempoh hari untuk aku hadiahkan kepada keluarga dan saudara-mara. Abah? Untuk abah? Aku menghadapi masalah besar mencari hadiah untuk abah. Perlukah aku membeli hadiah istimewa untuknya sepertimana yang aku selalu lakukan selama empat tahun berturut-turut. Akhirnya, aku teringatkan jam abah yang terjatuh di dalam sungai ketika dia di kebun, seminggu sebelum berita pertunanganku dikhabarkan. Aku telah berjanji akan membelikan jam baru untuk abah. Jam yang aku beli tempoh hari memang mahal. Meskipun hati aku bengkak dengan tindakannya, tetapi dia tetap insan yang istimewa. Dia abahku. Mungkin hadiah ini dapat menyambung kembali kasih sayang abah padaku. Aku susun semua baju-bajuku dengan kemas di atas katil. Pening pula rasanya melihat baju-baju ini. Aku keluar sebentar menuju ke Tasik Lough petang itu. Aku perhatikan tasik yang tenang itu dengan burung-burung nya. “..Mengelamun jauh nampak…Boleh aku duduk sama?†Tenunganku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Hisham! “Waalaikumussalam…oh..Hisham..emm..duduk lah..Kau pun ada kat sini ye?†“Aku datang cari kau..†Hisham berhenti dan merenungku dari sisi. “Izzah kata kau ada kat siniâ€sambung Hisham. Aku berasa tidak senang dilihat begitu. Aku menginjak dudukku ke tepi supaya lebih jauh dengan Hisham. Malu aku rasanya duduk berdua di situ. “Kau merenung ingatkan sapa ni Ana…Rindukan aku ye..â€kata Hisham berseloroh. Senyumannya melebar. Aku tergelak mendengarnya. “Ana..Boleh aku cakap sesuatu tak…â€Tanya Hisham perlahan dengan nada agak serius. Terhenti ketawaku di situ. Aku seakan boleh mengagak apa yang bakal diperkatakannya. Tidak pernah aku mendengar suaranya se serius itu. Mataku masih memandang tasik. “Cakaplah..†“Ana, pandanglah aku. Kenapa kau macam tak suka aku kat sini?†“Tak adalah…Kenapa, cakap lah…†Kataku sambil memusingkan badanku ke arahnya sambil tersenyum nipis. “Ana…â€Hisham terhenti di situ. Dia menundukkan kepalanya seolah-olah mencari perkataan untuk diperkatakannya. Perlahan-lahan kepalanya diangkat dan memandangku. “Ana…Aku sayangkan kau..Aku nak ambil kau jadi teman hidup aku..Sudi tak kau…†Mata Hisham seolah-olah berkaca sedikit. Aku merenung Hisham dalam-dalam.. Hisham, Aku juga menyayangimu! Hisham, betapa aku gembira kalau kau ungkapkan ini dari dahulu lagi…Hisham…Aku tak mampu menyusun kata untuk ku jawab pada kau. Hisham merenung mataku seolah-olah mencari-cari sinar harapan. Air mata aku mengalir perlahan-lahan dan jatuh dengan laju apabila aku menutup mataku. Seksa rasanya untuk aku ucapkan walau satu perkataan pun. “Ana..kenapa menangis ana…Cakaplah something Ana.. Aku ada menyinggung perasaan kau ke…â€Tanya Hisham lembut. Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Aku tak mampu lagi duduk di situ. Aku tak mampu lagi melihat wajah Hisham. Aku bingkas bangun dan berjalan laju meninggalkan Hisham tanpa menoleh ke arahnya. “Ana..!!†Jerit Hisham dari jauh. Beberapa orang Irish memerhatikan aku yang sedang tersedu menahan tangis. bsambung... | |||
intan_montel |
Posting pada: 17-05-04 10:08 | |||
zilal |
Posting pada: 17-05-04 12:46 Part 11 Setibanya di rumah, aku terus masuk ke bilik dan menangis semahu-mahunya. Izzah masuk tanpa mengetuk pintu. “Kak, kenapa ni kak…Apa dah jadi kak…Hisham ke kak??†“Izzah, akak sepatutnya rasa bahagia hari ni.. Hisham kata dia sayangkan akak, nak ambil akak jadi isteri dia…†Aku masih mampu tersenyum pahit dengan air mata yang membasahi pipi. Izzah memelukku erat. Air mataku membasahi bahu Izzah. “Kak..sabarlah kak..†kata Izzah lembut sambil mengusap kepalaku. Setelah itu, aku luahkan segala perasaanku pada Izzah. Setelah reda sedikit barulah aku mampu ketawa, kembali kepada diriku yang ceria. Aku meminta Izzah menemankan aku malam itu. Esok aku akan pulang ke Malaysia. Tak perlu aku lihat wajah Hisham. Berkali-kali dia cuba menelefonku, tapi aku biarkan saja. Izzah sudah tertidur di atas katilku. Aku mencapai beg yang besar di atas almari. Sudah hampir setahun beg itu berhabuk di situ. Beg besar berbentuk empat segi yang aku beli sejak tahun satu itu aku gunakan cuma untuk pulang ke Malaysia sahaja. Terlalu besar…Aku letakkannya di atas lantai dan mula berkemas. Aku membuka zip kecil di penutup beg itu. Emm..ada benda pula di dalamnya. Aku mengorek-ngorek poket itu mencari benda tersebut. Aku mencapai dan mengeluarkannya dengan penuh rasa tanda Tanya. Apa pula yang aku tinggalkan di dalam beg ini. Oh! Kotak baldu merah…Kotak cincin pertunanganku…Entah apa perasaanku ketika ini, aku sendiri tidak memahaminya. Bercampur-campur rasanya. Aku tidak pernah membukanya selama ini. Itupun emak memaksa juga aku membawanya ke sini. Dia yang meletakkan kotak itu di dalam begku. Perlukah aku membukanya? Azmi? Adakah Azmi untukku? Atau Hisham? Hatiku sangat menyayangi Hisham. Tapi Azmi? Adakah dia bersalah dalam hal ini? Entahlah.. Aku buka juga kotak itu. Cincin emas dihiasi dengan ukiran berbentuk hati itu ternyata sungguh cantik. Diselang-seli pula corak kelilingnya dengan emas putih. Aku masukkan kembali ke dalam kotak itu dan menutupnya. Aku belum terasa hendak memakainya. Aku masukkan semula ke dalam poket tadi. Aku ini tunangan orang, Sham…Maafkan aku… bsambung dbwh.. | |||
zilal |
Posting pada: 17-05-04 12:51 Part 12 Petang itu Izzah, Zizi, Semah dan Intan menghantarku ke lapangan kapal terbang. Aku memeluk mereka seorang demi seorang dengan perasaan sedih. “Akak, kenapa sedih sangat ni..?†soal Zizi “Emm..iye laa..manalah tau, permohonan housemanship akak tertolak ke..Akak kena lah balik buat kat Malaysia…Tak dapat lah kita serumah lagii…†ujarku dengan nada sedih. Hatiku masih teringatkan Hisham.. “Kak, 2 minggu lagi kitorang balik Malaysia boleh la jalan-jalan Kedah, pi umah akak†sampuk Izzah yang sejak tadi diam. “Datang lah…Jangan tak datang pulak…†jawabku sambil mencubit pipi tembam Izzah. Aku perlu masuk ke balai berlepas sekarang. Cuma tinggal setengah jam sahaja sebelum bertolak. Aku melambai-lambai ke arah mereka sambil berjalan perlahan-lahan. “Ana!!†Satu suara memanggilku dari jauh. Suara yang aku kenali. Aku berpaling melihatnya. “Eh, Sham..Mana kau tahu aku balik harini..â€kataku perlahan ketika dia tiba di depanku. Aku menunduk malu teringatkan peristiwa semalam. Berkali-kali dia menelefonku semalam, tapi tidak kujawab satu pun. “Takkan aku tak tahu pulak..Ni ha..untuk kau…Jaga diri ye..†Kata Hisham sambil menghulurkan bungkusan kecil kepadaku. Aku tidak bercakap banyak. Sudah kutolak pemberiannya itu. Dipaksa juga aku menerimanya. Aku sekadar tersenyum tawar. Di dalam kapal terbang, segera aku membuka bungkusan pemberian Hisham. Cincin. Aku menyandarkan tubuhku lemah di tempat dudukku. Ada nota ringkas ditinggalkan untukku. ‘Ana, andai kau terima hati aku, pakai lah cincin ni.’ Aku masukkan sahaja kotak itu ke dalam beg kecilku. Mataku sudah tak mampu menangis lagi. Aku perlu melupakan Hisham ketika ini. Tak apa lah..pulang ke Malaysia nanti, akan aku pujuk abah supaya memutuskan pertunanganku dengan Azmi, dan menerima Hisham. Aku tiba di London dan terkocoh-kacah aku mengejar kapal terbang London- Kuala Lumpur pula. Aku tidak dapat tidur sepanjang perjalananku. Aku mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan nasyid yang dimainkan di saluran radio peribadi dalam kapal terbang itu. Itu sahaja yang dapat menenangkan aku sekarang. Aku memasang nekad untuk cuba berbaik-baik semula dengan abah kali ini. Akan kupujuk dia bila tiba masa yang sesuai nanti. Aku sangat sayangkan abah. Lagipun, abah sudah tua. Bagaimana kalau abah pergi dulu sebelum aku sempat memohon maaf kepadanya. Aku rindukan kemesraan kami dahulu. Aku rindukan abah..Biarlah kepulangan ku kali ini membawa semula keceriaan hidupku.. | |||
zilal |
Posting pada: 17-05-04 13:59 Part 13 Tiba di Kuala Lumpur, aku menaiki pula kapal terbang domestik ke Alor Setar. Letih rasanya badanku ini. Tapi aku puas! Puas kerana aku telah pun pulang membawa kejayaan. Tak sabar rasanya hendak membawa emak dan abah bersamaku ke Ireland bulan depan untuk menyaksikan hari graduasiku. Akan aku pertemukan mereka dengan Hisham. Aku melambai-lambai Kak Ngah dari jauh. Shikin, anak saudaraku berusia 17 tahun dan Nina, berusia 5 tahun melambai dengan girang ke arahku. Aku tersengih riang. Aku bersalaman dan berpelukan dengan mereka. Hairan juga aku, ada pula masa dia dan keluarganya mengambil aku hari ini. Selalunya dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja politiknya. Emak dan abah tak kelihatan pula. Kira-kira 5 meter dariku, kulihat abang Ngah sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Pemuda berbadan sedikit berisi itu berpaling ke arahku. Direnungku sebentar dan senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Siapakah dia? Itukah.. “Ana..pandang siapa tu..Itulah tunang ana,Azmi..†kata kak Ngah sambil tersenyum. Aku membalas senyuman kakNgah dengan cubitan ke lengannya. Shikin dan Nina tertawa melihatku. “Mak dan abah mana kakNgah?†soalku. Tak sabar rasanya hendak menatap wajah mereka. “Ada di rumah..Jom lah kita balik..†Kak Ngah terus saja memanggil Abang Ngah dan Azmi. “Dr Hana!! Apa macam? Sehat?†tegur Abang Ngah dengan penuh keceriaan. Abang Ngah memang periang orangnya. “Sehattt..alhamdulillah…†jawabku sambil tersengih. Azmi kulihat diam saja di tepi Abang Ngah. Aku sendiri tidak berani melihat wajahnya. Malu. Segan. Entah apa lagi perasaan yang bersarang. “Ini pulak..Dr. Azmi.. Ala Mi..Mai lah sini..Malu-malu pulak dia..†sambung Abang Ngah. Aku menunduk malu dan memandang kak Ngah yang tersengih melihat Azmi. Dia nampak serba-salah untuk berhadapan denganku. Aku memberanikan diri menoleh memandangnya. Tepat pula ke wajahnya. Wajah itu nampak resah diperlakukan begitu. Orangnya hitam manis, berkulit sawo matang. Wajahnya nampak matang dan dapat aku rasakan dirinya seorang yang sangat pemalu. Kalau hendak dibandingkan dengan Hisham..Hisham jauh lebih kacak dan menarik pada pandanganku. “Emm..ana apa khabar†soalnya perlahan. “Alhamdulillah..†ringkas sahaja jawapanku. Sampai di situ sahaja jawapan sepatah aku. Aku terus pura-pura sibuk mengangkat beg kecil ku. “Mi ikut ke rumah sama?†Tanya Abang Ngah pada Azmi. “Emm..tak apa lah Angah..Urusan keluarga angah ni..tak eloklah Mi ada pula..†ujar Azmi. Urusan keluarga apa pula?? Aku tertanya-tanya di dalam hati. bsambung.... | |||
atie_aznan |
Posting pada: 17-05-04 15:29 | |||
zilal |
Posting pada: 18-05-04 08:20 Part 14 Di dalam kereta, ternyata Abang Ngah dan Kak Ngah diam sahaja. Cuma Shikin dan Nina sahaja yang bising mengajukan pelbagai soalan kepadaku. “Usu beli apa untuk Nina ??†soal Nina manja sambil memeluk lenganku. “Ada laaa….Usu beli macam-macam…cokelat pun ada usu beli..†Ujarku sambil mengusap-ngusap rambut Nina. “Usu beli tak untuk Shikin?†Tanya Shikin pula. Aku tersenyum mendengar soalan Shikin. “Mestilah ada….Usu beli hadiah untuk semua orang..Untuk mama dan papa Shikin, Untuk Maklong dan paklong, untuk Rizal ,Aiman, Ipah, Nenek dan Atuk†jawabku panjang. Tiba-tiba kulihat kedua-dua wajah itu muram. Entah kenapa. “Tapi atuk dah..†Belum sempat Nina menghabiskan katanya, Kak Ngah menyuruh dia diam. Aku tiba-tiba berasa resah dengan keadaan itu. Kenapa dengan abah??? Shikin dan Nina duduk bersandar diam. Abang Ngah dan Kak Ngah turut diam. Sunyi sepi. Aku sendiri tidak mahu menyoal apa-apa. Apakah hal keluarga yang dimaksudkan? Abah? Kenapa dengan abah? “Kak Ngah…†aku mula memberanikan diri menyoal. “Ana..Kita cakap kat rumah ye..†kata Kak Ngah perlahan. Aku menjeruk perasaanku sehingga tiba di rumah. Hati ku berasa resah sungguh. Tiba sahaja di rumah, kulihat emak tersenyum di pintu pagar. Aku segera keluar dari kereta dan memeluk emak. Aku terlalu rindu padanya. “Mak, abah mana mak?†soalku laju, dengan hati berdebar menanti jawapan emak. Aku lihat air mata emak jatuh menuruni pipi tuanya. Emak memelukku lagi sambil mengusap belakangku. Kulihat rumahku sudah seolah-olah kehilangan seri. Dulu, pokok-pokok bunga terjaga rapi di luar rumah. Kini, pasu-pasu itu kosong. Kawasan rumahku sudah tidak berseri, Cuma kebersihannya sahaja tetap terjaga. “Mak…mana abah…â€tanyaku lembut. Adakah abah sakit? Kenapa emak menangis begini…Kak Ngah menarik kami masuk ke rumah. Aku duduk di sofa bersebelahan dengan emak di ruang tamu. Kak Ngah dan Abang Ngah duduk di sofa yang menghadap kami. Aku menggenggam tangan emak. Kak Ngah melihatku lama. Aku sekadar diam. Aku seolah-olah terasa rumah ini kehilangan sesuatu. Kak Ngah tunduk menangis. Abang Ngah serba-salah dengan keadaan itu lantas membuka mulut menerangkan kepadaku. “Ana…Abah dah tak da..†Aku terketar mendengar ayat itu. Wajahku mengatakan ketidakpuasan hatiku dengan jawapan Abang Ngah tadi, lantas Abang Ngah menyambung. “Ana..banyak-banyak sabar ye..Abah dah pergi tinggalkan kita semua..19 Mac lepas, pagi Jumaat. Lebih kurang 3 bulan lepas...†Abang Ngah berhenti seketika. Tiada kata yang terkeluar dari mulutku. Bibirku terketar-ketar menahan sesuatu. Aku sekadar mengangguk-angguk perlahan memandang abang Ngah. Emak mengusap belakangku. Nafasku naik dan turun dengan sukar. Sesuatu menahan di kerongkongku. Tiada air mata yang keluar. Aku boleh menerimanya. Aku boleh bersabar. “Abah meninggal pagi itu di masjid..Lepas semayang subuh. Tiba-tiba saja dia rebah. Pak Su ada masa tu..Dia ajarkan shahadah..Alhamdulillah..Abah pergi dengan tenang..†Aku mengangguk-angguk lagi. Fikiranku kosong. Aku memandang emak dan Kak Ngah yang sedang tunduk menangis. Aku memandang ke kanan. Ku lihat sofa yang abah selalu duduk menonton TV. Aku sendiri tak dapat bayangkan wajah abah. Aku takkan dapat lihat wajah abah lagi. Selepas ini tak kedengaran lagi suara abah di rumah ini. Tak ada lagi kedengaran deruman motor abah pulang ke rumah dari masjid. Tak ada lagi suara abah bergurau senda denganku. Terasa panas kulit mukaku. Hidungku terasa sengal menahan perasaan yang terbuku. Air mataku keluar bertakung di mataku ku dan mengalir perlahan-lahan. Semakin lama semakin laju. Abah..Ana rindukan abah.. Aku mengetap bibirku menahan kesedihan dan kesayuan yang mendalam. Aku lemas dengan air mata yang mengalir. Emak menyapu pipiku dengan tangannya. Belakangku diusap-usap penuh kasih sayang. Kali terakhir abah mencium dahiku ketika di lapangan kapal terbang Alor Setar tahun lepas, ketika menghantarku pulang ke Ireland. Perasaan marahku ketika itu masih bersarang teguh menyebabkan aku sekadar menjeling abah. Itulah ciuman terakhir abah yang aku tak hargai. Bahuku terhenjut-henjut menahan esak. “Sabar lah sayang…Abah dah pergi tinggalkan kita..Allah lebih sayangkan dia. Abah meninggal di hari yang baik, tempat yang baik…†pujuk emak lembut. Aku teringat selama ini, aku cuba mengelak dari bercakap telefon dengan abah. Selama tiga bulan lepas, rupa-rupa nya memang tiada apa yang perlu aku elakkan lagi. Tak ada.. Abah memang sudah tinggalkan aku ketika itu. Bila kali terakhir aku mendengar suara abah? Bila? Hari raya Haji yang lepas..itu lah yang terakhir.. Abah berpesan supaya aku menjaga diri, menjaga iman, jangan tinggal solat, jadi hamba Allah yang baik… Air mataku tidak mampu berhenti mengalir. Aku sendiri tak mampu mengawalnya. Betapa aku ini bersalah kepada abah. Betapa aku ini anak yang derhaka. Betapa aku ini anak yang tak mengenang kasih sayang abah. “Mak…abah ada pesan apa-apa pada Ana…?†soalku lemah. “Abah selalu sangat sebut-sebut nama Ana seminggu sebelum dia meninggal..Teringin sangat nak bercakap dengan ana…†Aku menangis lagi. Lebih deras air mataku jatuh..Abah..Maafkan ana..Maafkanlah Ana.. “Dia teringat sungguh pada ana. Dia kata tak sabar nak jumpa ana. Nak suruh ana rawat dia bila dah jadi doctor…†Air mataku mengalir sehingga ku rasakan pipiku bergetah dengan air mata. Aku menyapu wajahku dengan tudung. “Sebelum ke masjid dia pesan suruh kirim salam pada ana pagi tu kalau ana telefon. Mak dah pun sampaikan pada ana..†sambung emak dengan nada sayu. Mata tua itu kutatap lama. Cengkung mata emak menahan semua ini sendiri. “Mak,..ana nak masuk bilik dulu..†kataku dan terus aku berlalu meninggalkan ruang tamu. Aku menangis lagi… bsmbg... | |||
HeArtBroKenkiD |
Posting pada: 18-05-04 20:33 | |||
sanada_yukimura |
Posting pada: 18-05-04 21:06 | |||
zilal |
Posting pada: 19-05-04 08:07
Part 15
Malam itu Paksu dan Maksu datang dari Kulim menjengokku. Aku tidak banyak bercakap. Mereka bersembang agak panjang malam itu. Mungkin mereka sudah boleh melepaskan perasaan sedih mereka. Sudah tiga bulan.. Aku? Aku baru sahaja menerimanya..menerima dengan hati yang terlalu sedih..Dengan hati yang terlalu berat.. Ya Allah..Tolonglah hambaMu ini.. Seminggu lamanya aku terperap di bilik. Tak mampu rasanya aku keluar melihat rumah itu yang terlalu banyak menyimpan kenangan. Hendak ke kubur abah pun aku tak mampu. Tak mampu melihat nisannya. Makan minumku sendiri aku abaikan. Mujur emak memaksa aku makan. Aku terlalu rindukan abah. Aku terlalu rindu. Segala kenangan ku bersama abah sejak kecil hingga besar bermain-main di mataku. Setiap kali aku terpandang barang-barang pemberian abah, aku menangis. Aku hiba. Aku ini anak kesayangan abah. Aku tahu sangat hakikat itu. Aku tak mampu membayangkan wajah tenang abah itu aku hamburkan kegeramanku dengan calon pilihannya. Petang Ahad itu, emak memujukku menziarahi kubur abah. Aku menggeleng-geleng. “Ana belum sedia..†kataku lemah. “Ana, marilah kita pergi kubur abah..Abah rindu nak tengok Ana kan..†Kata-kata emak yang terakhir itu menusuk hatiku. “Nak pegi macam mana mak..Nak naik apa..Kak Ngah sibuk kan..Lesen kereta ana dah mati 2 bulan lepas..†soalku “Mak dah minta tolong Azmi hantarkan kita†jawab emak. Aku menarik nafas panjang. Azmi. Kini, Azmi sudah menjadi wasiat buatku. Mahu atau tidak, Azmi itulah yang bakal aku serahkan hidupku. Tapi kenapa abah?? Kenapa abah buat semua ini? Ana terseksa abah..Abah..abah balik lah..Ana nak Tanya macam-macam pada abah… Kereta proton perdana Azmi berwarna kelabu metalik itu sudah berada di depan rumahku. Aku duduk di belakang. Wajah Azmi tidak sedikit pun aku pandang. Aku sekadar tunduk ketika dia di rumah tadi. Emak duduk di depan, sebelah Azmi. Entah apa yang mereka bualkan sepanjang 10 minit perjalanan itu aku sendiri tidak mengendahkan. Ada juga dua tiga kali namaku disebut. Setibanya sahaja, Azmi berjalan mendahului kami. Dari belakang kulihat, ternyata Azmi ini agak berisi orangnya. Emak memimpinku berjalan perlahan-lahan. Aku lihat kubur abah di bawah rendangan pokok. Kelihatan damai sekali. Batu sungai dipacak di kedua-dua hujung. Azmi menghulurkan surat khabar untuk aku duduk. “Abah..Ana datang ni..Abah…Maafkan ana abah..Ana sayangkan Abah…†bisikku perlahan. Tak baik aku menangis di sini. Aku sekadar menahan perasaanku. Selesai membaca yasin, Azmi membaca doa. Lancar dan sedap suaranya kudengar, persis suara imam Said Al-Ghamidi.. Setibanya di rumah, emak meminta Azmi makan tengah hari bersama. Puas ditolaknya, tapi desakan emak memaksanya untuk singgah sebentar. “Ana, marilah makan sama sini†panggil emak. Aku di dapur mengemas-ngemaskan apa-apa yang perlu. Arahan emak aku turuti sahaja. Tak ingin lagi aku melawan kata-kata orang tuaku. Azmi nampak tidak selesa dengan kehadiranku makan bersama. Kasihan dia, desis hatiku. “Ana, mak nak bancuh air sekejap ye..†kata emak meninggalkan aku dan Azmi yang belum habis menjamu hidangan tengah hari itu. Aku kehilangan kata.. Aku menyuap nasi perlahan-lahan. Perutku terasa seperti sudah kenyang walau hanya beberapa suap sahaja yang aku telan. Aku teringatkan abah. Rindukan dia..Terlalu rindu. Aku teringat tempat duduk Azmi di sisi meja itu, itulah tempat abah selalu makan. Abah suka mengajak aku makan dengannya. Sup daging adalah makanan kegemaran abah, itulah juga makanan kegemaran aku. Teringat aku ketika aku berebut merasa sup dengan abah. Abah pula seronok melihat aku merajuk kerana dia sudah merasanya dulu. “Ana..†panggilan Azmi mengejutkan aku dari lamunanku. Berdebar jantungku mendengar panggilan Azmi. “Boleh tolong hulurkan air basuh tangan tu pada Mi?†“Emm…†balasku sambil menghulurkan air basuh tangan tanpa memandang wajahnya. Aku sendiri tak pasti rupa wajah Azmi ini bagaimana. Entah lah kenapa, aku tidak rasa ingin hendak melihat wajah Azmi itu. Cukup sekadar melihat dari jauh dan mendengar suaranya sahaja. Aku sendiri tak tahu kenapa aku begini. Bencikah aku pada dia? Malu kah aku untuk memandang wajahnya? Adakah aku teringatkan abah ketika aku memandangnya? Entah lah..Perasaanku ini masih kabur.. Dia ligat membasuh tangannya. Kemudian, duduk bersandar menunggu emak. Aku tunduk sahaja sambil menyuap perlahan. Ku rasakan matanya memandangku lama. “Ana..Mi harap Ana sabar dengan pemergiannya Pakcik Nuar. Allah sayangkan dia.. Mi dapat rasa kesedihan hati Ana…†Aku sekadar mengangguk-angguk tanpa berkata apa-apa. Aku nampak bayang dia tersenyum nipis memandangku. “Macam tu lah tunang Mi…â€katanya sambil tersenyum lagi. “Dulu abah Ana selalu cerita pada Mi tentang Ana. Dia kata Ana ni anak dia yang paling manja. Yang paling dia sayang…†Aku terdiam. Apa lagi yang abah ceritakan pada dia? “ Pakcik Nuar kata anak dara dia ni penyabar orangnya, bijak, cantik, pandai memasak..Tapi kuat merajuk..†Aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Azmi. Azmi ini nampaknya seperti pemalu. Tapi pandai pula dia berkata-kata di hadapanku. Azmi tersenyum puas melihat senyuman ku tadi. “Kan manis Ana senyum macam tu… Barulah..†belum sempat Azmi menghabiskan katanya, emak sudah tiba dengan air teh susu. Aku diam lagi. Cuma emak dan Azmi sahaja yang bersembang. bsambung... | |||
zilal |
Posting pada: 19-05-04 08:08 sambung sikit lagi ek... Part 16 Azmi pulang lebih kurang pukul 1.35 petang untuk solat zuhur di masjid. Hari itu, aku terasa lebih bersemangat meneruskan kehidupanku. Entah kenapa. Aku sudah mula ke dapur menolong emak masak. Tidak lagi berkurung menangis di bilik. Aku sudah mula bersembang-sembang dengan emak dan sudah boleh tertawa. Kenangan dengan abah masih bermain di mataku, namun mendengar kata-kata Azmi, aku terasa seolah-olah abah masih ada, masih terlalu menyayangi aku seperti dulu….walau apa yang telah terjadi antara kami.. Beberapa hari selepas itu Azmi menelefon rumah ku, meminta izin emak untuk bercakap denganku. Berdebar rasanya hatiku ini. “ Ana..†“…†“Ana sihat..?†“Emm..alhamdulillah..†“Ana…Mi teringat lah pada tunang Mi..†Tersentak aku mendengar luahan hati Azmi itu. Aku memandang ke kiri kanan, risau kalau-kalau emak mendengarnya. “Ana..dengar tak Mi cakap..†Aku diam saja. “Tadi mak kata ana dah ceria semula. Mi teringin nak tengok Ana gembira semula..†“Emm..†itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Melampau-lampau pula aku rasa Azmi ini berbahasa denganku. Cara pembawaan dirinya menunjukkan dia seorang yang pemalu, tapi lain pula dia berbahasa denganku. “Ana, mak kata ana nak pergi perbaharu lesen kereta..Nak Mi hantarkan esok? Esok Mi tak buzy..Klinik Mi kawan Mi tolong jagakan..†Ada klinik sendiri rupanya Azmi ini.. “Emm..takpe lah..terima kasih,..Ana pegi naik teksi aje..tak pa..Lagipun, tak eloklah pergi berdua kan..†kataku. Azmi tertawa kecil mendengar kataku. “Mi tau..Nanti Mi bawak anak saudara Mi yang umur 5 tahun..OK..jumpa esok ye..Pukul 2 Mi datang ambik Ana ye..†Katanya lalu memberi salam dan meletakkan telefon. Aku termenung sendiri. Azmi..Azmi.. Perasaan hati ku ini masih belum ada untuknya. Aku terpaksa menerima tawaran Azmi itu, meskipun hati ini berat untuk terlalu rapat dengannya. bsambung.... [ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-19 08:11 ] | |||
intan_montel |
Posting pada: 19-05-04 12:00 | |||
zilal |
Posting pada: 19-05-04 15:20 Part 17 Malam itu aku keluarkan cincin pertunanganku dan cincin pemberian Hisham. Ah Hisham! Sudah lama dirinya kuletakkan ke tepi. Kehilangan abah menyebabkan aku terlalu sedih untuk memikirkan apa-apa tentang diriku. “Ana!! Telefon!†jerit emak dari bawah. Aku segera berlari menuruni tangga mencapai telefon. Entah siapa yang menelefon. “…Ana!!!†Kedengaran suara yang aku kenali menjerit namaku. “…Hisham…kau rupanya..terkejut aku!†“Ana..aku kene cepat nii…Nak pegi ambik mama dan papa aku di airport. Diorang baru sampai dari Malaysia. Ana, kau dapat posting di CUH untuk 6 bulan pertama. 6 bulan kedua pulak kau di Mercy Hospital. Kita sama hospital lah!! Tak sabar aku nak tunggu kau balik untuk grad ..†“Sama ke kita..Boleh la aku tumpang kereta kau pegi keje†selorohku “Tak boleh lah..unless kalau kau dah pakai cincin haritu…†Aku terdiam mendengar kata-kata Hisham. “Okla Ana…Aku kene pergi ni..†“OK..Thanks Hisham..†“Ana…Aku rindukan kau..†Terus saja dia meletakkan telefon selepas itu. Aku menepuk dahiku perlahan. Apalah nasib ku ini..Aku merindui Hisham..Tapi Azmi pula bagaimana? Di bilik, aku duduk seorang memeluk lututku di atas katil. Aku memandang kedua-dua kotak cincin pemberian Hisham dan Azmi. Hisham adalah calon pilihan hatiku. Azmi adalah calon pilihan arwah abah. Kerana Azmi jugalah aku bergaduh dengan abah. Abah..maafkan ana kerana terlalu marah pada abah..Tapi kenapa abah lakukan ini pada ana…Ana tak faham abah…Aku kesat air mata yang mengalir. Terfikir pula aku tentang tawaran bekerja di Cork itu. Aku tak mampu meninggalkan emak sendirian. Mahukah emak mengikut aku ke Ireland? Aku dapat rasakan tidak mungkin untuk emak tinggal di sana, walau untuk sebulan sahaja. Emak pasti tak senang duduk. Tak mungkin emak mampu meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangannya bersama abah itu tanpa penjagaannya sendiri. Walaupun emak nampak tenang, tapi setiap kali selepas solat, aku nampak air mata emak mengalir.Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Biarlah aku pulang sahaja ke Malaysia selepas graduasiku. Aku turun ke bawah selepas solat isyak. Malam itu, serba-serbi emak bercerita tentang Azmi padaku. Aku Cuma diam mendengar cerita emak, tapi segala apa yang emak sampaikan aku rakam baik-baik dalam fikiranku. Azmi itu, doctor lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir. Dapat pula jadi hafiz Al-Quran sepanjang dia di sana. bsambung jugak kot... [ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-19 15:21 ] | |||
nurien |
Posting pada: 20-05-04 13:41 | |||
alfaqierah |
Posting pada: 20-05-04 13:45 Ana sebenarnya mengikuti kisah ni juga Tertarik hati nak tahu kisah seterusnya dan bagaimana akhir cerpen ni..Tak sabar menanti sambungannya.. ukhti zilal..cepatla...nak tahu kisah seterusnya.sampai part brapa ni kak? *terus setia menanti sambungan cerpen ni... | |||
al_farisi |
Posting pada: 20-05-04 13:50 | |||
zilal |
Posting pada: 20-05-04 15:22 Maaflah adik² & sahabat² semua... Busy sket ari nih nak kena perabih buat sistem nih..nak kene submit dah nih... pusing kepala akak nih... Ok sambung ye... | |||
zilal |
Posting pada: 20-05-04 16:13 Part 18 Esoknya, Azmi datang tepat jam 2 petang. Dari bilik, ku lihat Azmi mendukung anak saudara perempuannya masuk ke rumah ku. Aku segera bersiap. Baju kurung ungu lembut kupadankan dengan tudung ungu bunga-bunga sama warna. Aku turun ke bawah sambil kepalaku menjengok-jengok memerhati Azmi dari atas. “Anak dara bersiap memang macam tu Mi..Kejap lagi turun lah dia tu..†kata emak. “Ana dah siap lah mak…â€kataku dengan nada merajuk ketika menjejak ke anak tangga terakhir. Azmi tersenyum memandangku. “Ana, ni anak saudara Mi, Izzati. Anak adik Mi, Nora†kata Azmi. Izzati datang bersalam dan mencium tanganku. Aku tersenyum sambil mengusap kepala Izzati. “Ooo..Izzati ye..Nanti kakak ambik cokelat Ireland kat Izzati ye..†Izzati nampak gembira sekali dengan kata-kataku. “Bukan kakak..Maklong..â€kata Azmi perlahan. Mujur emak tiada di situ. Aku menjeling Azmi tajam, dan terlihat wajahnya yang sedang tersenyum. Tidak kacak, tapi manis dan bersih wajahnya. Itu baru kali kedua aku memandang wajahnya sejak kami berjumpa di airport. Di dalam kereta, aku lebih banyak berbual-bual dengan Izzati. Aku duduk di belakang. Aku biarkan Izzati duduk di depan. Izzati berpusing mengadap ke belakang dan berceloteh denganku sepanjang perjalanan pergi ke pejabat pengangkutan jalan raya. Azmi Cuma ketawa mendengar cerita-cerita anak saudaranya. Lama juga aku di pejabat itu, ramai pula orang berbaris. Dalam perjalanan pulang, Izzati sudah pun tertidur di pangkuanku di belakang. “Ana..Jadi ke buat houseman di Ireland?†soal Azmi. Lama aku terdiam sebelum menjawab soalannya. “Erm..tak tau lagi..Mungkin tak..kesian mak, tinggal sorang..tengoklah dulu macam mana†jawabku dengan nada kerisauan. “Ana fikirlah mana yang terbaik..Mi takde halangan..†kata Azmi mematikan bicara kami. Sepanjang 10 minit sebelum tiba di rumah itu, kami sama-sama diam. Aku sendiri tidak tahu apa yang perlu kukatakan. Setibanya di rumah, puas emak mengajak Azmi singgah, tapi ditolak dengan alasan Izzati sudah tidur. Aku pula terus sahaja masuk ke rumah selepas membaringkan Izzati di tempat duduk belakang kereta. Malam itu, Azmi menelefonku lagi. “Ana..Mi sebenarnya nak cakap sesuatu..Mi harap Ana boleh pertimbangkan..†ujar Azmi perlahan. “Kalau boleh, Ana tak payah lah buat housemanship di Ireland. Ana buatlah di Alor Setar saja. Insya-Allah, kalau diizinkan…Mi ingin jaga Ana dan mak lepas ni..†Kata-kata Azmi itu disusun molek-molek olehnya ku dengar. Suaranya matang menuturkan kata-kata itu. Aku terdiam mendengarnya. “Ana..Mi minta maaf..Bukan Mi menggesa Ana..Tapi Mi kasihankan mak Ana..Sejak arwah pakcik Nuar tak ada, dia tinggal seorang di rumah tu..Mujur anak-anak Mak Kiah pergi temankan Mak Ana malam-malam..†Aku diam lagi. Aku terbayang wajah sedih emak. “Ana, Mi tak kisah kalau Ana tak bersedia lagi untuk hidup dengan Mi, tapi Mi harap Ana tak usah lah tinggalkan makcik sendiri ye..†tutur Azmi lembut. Aku menelan air liur dengan kerongkong yang tersekat kerana sebak. Mak… “Emm..Insya-Allah†Itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulutku. Aku terus saja memberi salam dan meletakkan telefon. Aku masuk ke bilik melihat emak yang sedang lena tidur. Aku pandang wajah emak lama. Emak tidur nyenyak sekali..Aku baring di sebelah emak, sambil menguis-nguis rambut emak yang sudah hampir penuh beruban itu. Mak..Ana janji takkan tinggalkan emak… Belum sempat aku terlena, telefon berbunyi lagi. Aku segera bangun untuk mengangkat telefon di atas tangga. Siapa pula lah yang menelefon malam-malam buta ini.. “ Ana!!†Aku kenal benar suara ceria itu. Hisham! Aku rindu sungguh padanya! “Hisham! Kau ni…Lambatnya telefon aku!†“Ehh..excited sangat dapat cakap ngan aku, jangan la lupa jawab salam tu cik adik..†Aku tersengih lebar mendengar suara Hisham. “..†“Ana, aku ada banyak cerita nak cerita kat kau lah..†“Sham..aku pun ada benda nak cerita pada kau..Sham..kau dengar aku cakap dulu boleh..?†soalku lemah. Malam itu, aku ceritakan segalanya pada Hisham. Segalanya..tentang pemergian abah, tentang perasaan aku, tentang emak, tentang housemanship ku…Tapi..tak ku sentuh sedikit pun tentang Azmi. Rasanya, tak perlu aku khabarkan tentang dia. Perasaanku sudah lama tercurah buat jejaka bernama Hisham ini. Kurasakan tak perlu untuk aku gemburkan tentang Azmi. Perasaanku bukan padanya. Aku berasa senang sekali mendengar segala nasihat yang diberikan Hisham. Sekali-sekala jenakanya membuatkan aku ketawa. Sesungguhnya aku gembira dan bahagia dengan Hisham.. Dia juga bersetuju supaya aku terus pulang ke Malaysia. Aku tahu dia bersedih dengan ketiadaanku nanti. Tapi, katanya, itulah yang terbaik buatku. Aku senang dengan kata-kata Hisham. Selesai sahaja bercakap dengan Hisham, aku terasa bagaikan pasti bahawa dia lah sebenarnya untukku. Aku bertekad akan bersetuju menerima Hisham. Kalau abah masih ada, pasti abah juga akan menyukai Hisham. Aku pasti abah juga mahu anaknya ini gembira. Aku pasti.. bsambung... [ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-05-20 16:14 ] | |||
zilal |
Posting pada: 21-05-04 13:23
Part 19
Malam itu seperti biasa aku bersembang dengan emak sebelum tidur. Selalunya kami bercerita tentang drama-drama di tv sambil emak mencuri-curi menasihatkan aku itu dan ini. Tapi malam itu, lain pula agenda emak. “Ana..Mak rasa..dah tiba masanya Ana nikah dengan Azmi…†Aku terkejut memandang emak. Tidak kusangka secepat ini emak mahu aku berumah tangga. “Azmi pun dah matang mak tengok. Dah mampu nak jaga Ana…Lagipun cuti ana dah nak habis..tinggal seminggu lebih aje lagi kan..Kalau boleh,..Nikah aje lah dulu sebelum ana balik sana..Kenduri kita boleh buat nanti..Senang sikit hati mak kalau ana dan menikah..Manalah tahu esok lusa mak pergi..†kata emak panjang.. Aku sayu mendengar kata-kata emak. Dalam masa yang sama, terasa lemah diri ini memikirkan masa depan yang akan aku serahkan pada orang yang tidak kucintai. Aku telah berfikir panjang semalam. Aku telah pun mengambil keputusan untuk memilih Hisham. Aku tekad. “Ana…Ana janganlah terkejut ye..Ana..2 tahun lepas, mak disahkan ada ketumbuhan buah dada…Tapi alhamdulillah, kata Azmi, ketumbuhan tu tak merebak…Mak dibedah tahun lepas, masa tu ana di Ireland..†Aku tergamam. “Mak…Apa mak cakap ni..mak tak bagitau ana pun..â€kataku dengan air mata yang sudah bergenang di mata. “Mak tak nak ganggu ana belajar..Mak simpan aje..Ni ana dah habis belajar..Boleh lah mak ceritakan pada Ana..Mak takut umur mak tak panjang..Mana tahu, ketumbuhan tu datang semula..†Empangan air mata aku tak tertahan lagi lalu pecah mengalirkan titis demi titis air mata..Aku tak sanggup kehilangan emak!! Aku segera memeluk emak erat. “Mak…†itu sahaja yang terucap..Emak mengusap kepalaku. “Ana jangan tinggalkan mak ye..†Aku sebak. Ujian apakah yang kau berika padaku ya Allah..Aku bagai hilang arah tujuan. Aku mengeratkan pelukanku. Mak..Mak jangan tinggalkan Ana..Mak..Ana sayang sangat-sangat pada mak..Mak.. Malam itu, aku berjanji yang aku akan pulang terus ke Malaysia. Aku tak akan tinggalkan emak. Aku lihat emak menangis gembira mendengar kata-kataku. Cuma tentang Azmi, aku minta agar emak jangan bertanya lagi. Tunggu lah hatiku tenang dahulu. Itu sahaja yang aku pinta pada emak. Emak Cuma mengangguk dengan senyuman kerana masih gembira dengan keputusanku untuk terus pulang ke Malaysia selepas graduasiku. Lusa aku akan berangkat ke Ireland. Aku melipat-lipat baju yang hendak kubawa. Semalam, Azmi menghadiahkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu beserta tudung kepadaku. Dia meminta agar aku memakainya di hari graduasiku nanti. Aku Cuma tersenyum kelat menerima hadiah itu. Hatiku ini kurasakan tidak ada perasaan langsung padanya. Sejak Hisham menelefonku minggu lepas, aku seolah-olah telah menetapkan fikiranku bahawa Hisham lah orangnya untukku. Malam sebelum aku bertolak ke Ireland, Izzah menelefonku. Rupa-rupanya dia masih lagi di Ireland. Dia sedang bekerja sambilan sekarang, sebelum pulang ke Malaysia. Aku sendiri tidak menyangka anak manja seperti Izzah itu boleh menangguhkan kepulangannya. Dia seolah-olah ingin merajuk denganku kerana tidak membalas emelnya. Aku sendiri terlupa tentang emelku dengan segala masalah yang melanda. Dia mendapat tahu tentang pemergian abahku dari Hisham rupanya. Aku sendiri tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengannya untuk kuluahkan segala yang terbuku di hatiku ini. Cuma dia sahaja yang tahu segala masalahku. Sebelum aku berangkat, aku sempat menulis sekeping surat buat Azmi. Aku terangkan segalanya dalam surat itu. Di airport, aku lihat wajahnya gembira sekali menerima surat yang kuhulurkan. “Surat apa ni..ala..cakap aje lah lain kali..†kata Azmi sambil tersenyum malu-malu. Seketika aku terasa sungguh bersalah pada Azmi. Aku tak pasti apakah reaksinya setelah membaca suratku itu. Kasihan dia.. Aku melambai-lambai emak, Azmi dan Abang Long dan Kakti. Abang Long dan Kak Ti, baru pulang beberapa jam sebelum aku berangkat. Sudah hampir sebulan aku di rumah, baru kini mereka mendapat cuti untuk pulang. Aku pula sudah hendak berangkat. “Jaga diri baik-baik..†pesan Azmi dengan senyuman yang tak putus-putus dari wajahnya. Sesungguhnya, aku berasa sangat bersalah dengan surat aku hulurkan tadi padanya. Ingin rasanya aku ambil semula surat itu dari genggamannya. Tak sanggup aku melihat wajah manis dengan senyuman itu bersedih. Apakan daya..segalanya sudah terlepas..Aku masuk ke balai pelepasan dengan hati yang diselubungi serba-salah yang teramat-sangat. “, Ke hadapan saudara Azmi, pertama sekali, Ana ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana selama ini Mi ambil berat tentang diri Ana dan emak. Sesungguhnya, jasa Mi itu tak terbalas dan akan ana kenang hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya. Mi, Ana ingin meminta maaf terlebih dahulu atas apa yang akan ana perkatakan ini. Ana terasa sungguh berat meluahkan ini pada Mi. Tapi, ana terpaksa lakukannya. Ana tak mahu Mi menaruh harapan terlalu tinggi. Mi..Sesungguhnya, pertunangan kita bukanlah dengan persetujuan Ana..Bukan ana marahkan Mi, Cuma ana rasa ana tak mampu meletakkan Mi di hati ana. Terus terang, ana tak mampu menerima Mi. Bukan Mi tidak sempurna, tapi Mi cukup segalanya. Cuma, soal hati ini, sukar untuk ana bicarakan. Ana doakan agar Mi akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari Ana. Lupakanlah Ana, Mi.. Ana minta agar kita putuskan sahaja ikatan ini..untuk kebaikan bersama. Mi, maafkan Ana.. Cukup sekadar ini, Ana harap Mi tak marahkan Ana…Walau apa sekali pun, ana akan sentiasa ingat Mi sebagai seorang kawan yang sangat baik dan mengambil berat tentang ana. Segala jasa Mi takkan ana lupakan.. Ikhlas, Nurul Hanaa Aisyah binti Anuar. Aku telah masuk ke perut kapal terbang kini. Aku duduk selesa di tepi tingkap, memandang ke luar. Aku membuka beg sandangku untuk memeriksa barang-barangku. Manalah tahu, kalau tercicir apa-apa. Tiba-tiba aku ternampak kad berwarna biru lembut. Kad apa pula ini? Aku segera mengeluarkannya dan membaca tulisan hadapannya. ‘Buat tunang tersayang, Nurul Hanaa Aisyah’. Terasa seperti ingin mengalir air mataku. Aku membuka isi dalamnya. Kad ucapan tahniah untukku rupanya. ‘ Ana, Mi ingin ucapkan tahniah buat Ana atas kejayaan Ana. Mi tahu macam mana susahnya belajar nak menjadi seorang doctor. Mi doakan agar Ana akan gembira di hari graduasi nanti walaupun Mi tak dapat melihat Ana nanti. Mi pasti akan merindui Ana di sana. Pulang lah segera nanti ke Malaysia. Mi nak tengok gambar-gambar ana di sana ketika graduasi. Jaga diri Ana baik-baik. Jaga iman dan amal.’ Salam sayang, Mohd. Azmi Idris. Ada kad nama Azmi disertakannya sekali untuk aku hubungi jika ada sebarang masalah. Air mata aku menitis. Madu yang diberikan, tuba yang aku balas padanya. Baju merah jambu pemberiannya pun aku tinggalkan sahaja di rumah. Terasa diriku ini berdosa padanya. Ya Allah…Apakah semua ini..Ya Allah Ya Rabbi..Bantulah hamba-Mu ini.. Kapal terbang sudah mula bergerak dan naik ke awan. Aku memejamkan mataku. Terasa berat kepalaku. Seribu satu perkara bermain di fikiranku. Aku melihat jari manis kananku yang telah kusarung cincin pemberian Hisham pagi tadi. Perlahan-lahan aku tanggalkan cinicin itu dari tanganku dan aku masukkan ke dalam beg. Berpuluh kali emak bertanya padaku kenapa tidak kupakai cincin pertunanganku. Aku Cuma diam dan akan menjawab yang aku masih belum bersedia. Bodohkah aku ini? Atau aku ini mementingkan diri sendiri? Atau aku ini memang dasar yang tak mengenang budi orang. Aku hamun diriku di dalam hati. Aku menutup mataku. Aku mahu tidur dan lupakan semuanya. Biarlah masa menentukan segalanya. Biarlah..Atau biar aku ini pergi sahaja dari dunia yang tak putus-putus mendatangkan aku dengan segala macam onak durinya sekarang ini. Terasa berdenyut-denyut kepalaku ini. Pening sekali. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir dan menangis. Makanan dalam kapal terbang itu tidak sedikit pun aku jamah. Aku selamat tiba di London dan menukar kapal terbang Aer Lingus ke Cork, Ireland. Aku berharap Izzah menungguku di airport. Sudah kumaklumkan padanya jadual perjalananku. Aku telah melewatkan keberangkatanku ke Ireland kerana ingin lebih lama bersama emak. Jadi, majlis graduasiku Cuma lusa sahaja. Ketibaanku di Cork Airport disambut oleh Izzah. Aku terus memeluk Izzah erat. Mataku terpandang Hisham yang turut ada di situ bersama Hanif, teman serumahnya yang juga rakan sekelas Izzah. Wajah yang sangat kurindu itu aku tatap agak lama sebelum menunduk malu. Mungkin mereka dapat melihat riak-riak kesedihan masih bertapak di wajahku. Aku disambut dengan senyuman, bukan dengan gelak tawa gembira. Aku memandang Hisham yang nampak kecewa melihat jariku yang tidak bersarung cincin pemberiannya. Aku cuba senyum padanya. Dia senyum kembali padaku tapi tanpa lawak jenakanya seperti selalu. Hisham menjemputku dengan keretanya. Dia satu-satunya pelajar melayu yang mempunyai kereta di sini. Keluarganya orang berada. Dia pula anak kesayangannya ayahnya. Apa lagi, segala kemewahan dicurahkan pada Hisham. Di dalam kereta, Izzah dan Hanif bercerita pelbagai perkara kepadaku. Kak Tini, doctor senior itu sudah bersalin anaknya yang ketiga. Dr Ramli pula akan berkahwin minggu depan. Macam-macam lagi lah cerita komuniti Melayu di situ diceritakan kepadaku. Aku Cuma tersenyum dan sekali sekala tergelak kecil dengan telatah Hanif yang suka menyakat Izzah. Setibanya di rumah, aku terus sahaja bercerita segala-galanya yang berlaku pada Izzah. Setiap satu perkara aku ceritakan pada Izzah. Tidak ada satu pun yang aku tinggalkan. Mata Izzah bergenang mendengar luahan hatiku. “Kak..Izzah tak dapat buat apa-apa..Cuma mampu mendengar aje..Izzah akan doakan setiap kali lepas semayang untuk akak ye..Akak jangan risau sangat. Insya-Allah..Allah akan beri yang terbaik untuk akak selepas diuji pelbagai dugaan ni kak..†Aku terasa sayu mendengar kata-kata Izzah. Aku Cuma mengangguk sahaja. “Kak..Izzah nak Tanya, akak dah buat istikharah ke untuk Azmi dan Hisham ni kak?†Aku terkejut mendengar soalan Izzah. Ya Allah!! Kenapa lah aku tak terfikir untuk bersolat istikharah?? Selama ini aku Cuma bersolat hajat setiap hari, berdoa agar Allah tenangkan hatiku dan menunjukkan aku pilihan terbaik. Esoknya aku duduk di rumah dan mengemas barang-barangku untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Sebahagiannya, seperti buku-buku ku yang berat itu akan aku pos melalui kapal laut sahaja. Aku membuka beg besarku. Terkejut aku melihat baju kurung merah jambu itu di dalam beg ku. Kotak merah cincin pertunanganku juga ada. Aku rasa semalam aku tinggalkan saja di atas katil di bilik. Ini mesti emak yang masukkan. Mak! Aku segera menelefon emak untuk memberitahu yang aku sudah pun selamat tiba di Ireland. Tak mengapalah, esok akan kupakai juga baju merah jambu ini sebagai memenuhi permintaan Azmi. Jasanya menjaga emak dan aku sepanjang ketiadaan abah ini terlalu besar. Hisham..aku tetap menyintaimu.. Tapi, Azmi? Dia banyak berjasa padaku dan emak, dia juga pilihan arwah abah… bsambung... | |||
intan_montel |
Posting pada: 21-05-04 15:54 | |||
intan_montel |
Posting pada: 21-05-04 15:54 | |||
cahaya_pertama |
Posting pada: 21-05-04 16:25 | |||
Pu3Dla |
Posting pada: 21-05-04 18:10 | |||
aLaMeeN |
Posting pada: 22-05-04 00:32 | |||
zilal |
Posting pada: 22-05-04 08:34 | |||
zilal |
Posting pada: 22-05-04 08:39
Part 20
Beribu-ribu kali rasanya Izzah memuji keayuanku dengan bajuku. Aku Cuma tersenyum. “Kak!! Comelnye akak pakai baju ni..Lembut, ayu habis! Meh Izzah solekkan akak†Aku mengikut sahaja kata-kata Izzah. Habis mukaku diconteng dengan alat-alat make-up. Emm…cantik juga..Pandai jugak Izzah ni make-up kan aku.. Aku tersenyum sendiri memandang cermin. Kepala aku masih sakit sedikit kerana menangis lagi semalam. Mukaku tidaklah pucat dengan hasil solekan Izzah itu. “Wahh!!bagaikan puteri!!!†jerit Izzah. Cuma aku dan Izzah sahaja yang ada di rumah. Zizi, Intan dan Semah semuanya sudah pulang ke Malaysia. Sepanjang hari itu aku berasa sungguh gembira. Aku berjaya melupakan segala masalah yang melanda hatiku. Aku berjalan mengambil Ijazah MBBS dan BSc ku dengan penuh keyakinan. Abah, ana dah jadi doktor!!! Izzah tak putus-putus mengambil gambarku. Hisham ditempatkan agak jauh dariku di dewan graduasi. Sebaik sahaja selesai mengambil ijazah, kami bergambar beramai-ramai. Sesi fotografi tamat ketika sudah hampir petang. Aku sungguh berdebar di saat aku diperkenalkan pada mama dan papa Hisham. Gaya dan penampilan mereka nampak sungguh moden, berbeza dengan ibuku. Ketika aku bersalam dengan Auntie Zaleha, aku nampak Hisham mengenyitkan mata pada mama nya. “Ana, parents tak datang ke?†soal Auntie Zaleha. “Emm..tak Auntie..Mulanya nak datang, tapi ada masalah sikit†Aku terasa sebak mendengar soalan Auntie Zaleha itu. Dia mengusap-usap belakangku mengucapkan tahniah. Uncle Rahman pula tersenyum padaku. Mereka ramah denganku. Pelbagai soalan diajukan padaku. Lega hatiku dengan layanan baik mereka padaku. Auntie Zaleha dan Uncle Rahman sudah beralih ke Taman bersebelahan tempat sesi fotografi tadi. Cuma tinggal aku dan Hisham sahaja. “Ana, mama dan papa aku nampak dah sukakan kau..Lega aku..â€kata Hisham sambil tersenyum penuh makna. Aku tunduk malu. “Kau ni Sham! Tak malu!†kataku malu-malu. Aku nampak Hisham tersenyum meleret. Izzah datang ke arah kami sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang rapi itu. Hanif menurut di belakangnya. Aku gembira hari itu. Sungguh gembira. Malam itu aku masak masakan paling sedap buat Izzah dan aku. Kami makan penuh selera. Hisham tidak pula menelefonku. Mungkin kerana sibuk melayan papa dan mamanya. Malam itu, aku bermunajat kepada Allah, bersolat sunat hajat, tahajud, dan akhir sekali aku lakukan solat istikharah. Aku mohon bersungguh-sungguh dengan air mata yang tak henti-henti mengalir, agar Allah tunjukkan aku pilihan terbaik. Esoknya, aku bangun dengan kepala yang masih berat kerana menangis. Izzah masih tidur. Letih agaknya. Aku keluar berjalan perlahan-lahan menghirup udara musim panas. Aku ingin ke Tasik Lough. Aku rindukan burung-burung swan di situ. Aku duduk di bangku di tepi tasik memandang air tasik yang tenang dan burung-burung yang berenang-renang. Aku kosongkan fikiranku. Biarlah Allah menentukan jodohku. Aku sudah letih bermain dengan perasaan sendiri. Sejam lebih juga aku di situ. Aku mula mengangkat kaki untuk pulang. Aku melalui simpang biasa berhampiran rumahku. Aku berjalan perlahan sambil merenung pohon-pohon merendang di tepi jalan. Aku berhenti untuk melintas jalan itu. Aku memegang kepalaku yang masih sakit sedikit. Sudah tidak ada kereta. Aku terus sahaja melintas. Tiba-tiba, “Ponn!!!!†Hon kereta yang kuat itu menyebabkan aku sungguh terkejut dan sepantas kilat aku berpusing dan berundur ke belakang. “pang!!†Aku terasa seperti terlanggar sesuatu ke kepalaku dengan kuat ketika aku berpusing ke belakang. Pandanganku mula gelap. Aku memegang tiang aku yang aku terlanggar tadi. Tak tertahan rasanya sakitku. Aku rasa badanku lemah dan terus rebah di situ. Aku nampak abah memakai jubah putih yang selalu dipakainya untuk sembahyang Jumaat. Abah nampak muda dan tenang sekali air muka nya memandangku. Abah senyum padaku. Lama juga aku melihat wajah abah. Abah!!! Jeritku. Abah masih lagi tersenyum. Abah!! Ana rindukan abah!! Abah tersenyum lagi. “She’ll recover soon†aku terdengar suara itu. “Don’t worry too much OK? It’s just a minor trauma. She’s going to be OK.†Aku dapat dengar dengan jelas kata-kata itu. Aku mula membuka mataku. Aku nampak Dr. Kieran sedang tersenyum padaku. Izzah sedang memegang tanganku sambil tersenyum. “Alhamdulillah, akak dah sedar†“Hi Anna, so..how are you feeling?†ujar Dr Kieran sambil tersenyum. Aku mengangguk-angguk sahaja kepalaku dengan lemah. Tangan sebelah kiriku berbalut. Terasa sakit. Aku meraba-raba kepalaku. Juga berbalut sedikit di sebelah atas dahi kiriku. “You’re in ward 1A Anna. I’m your doctor today, not your reg. I’m not going to torture you with questions.â€kata Dr. Kieran sambil tersengih. Aku juga turut tersengih mengingatkan yang aku ini selalu sahaja tidak lepas menjawab soalannya di wad. Dr Kieran beredar tidak lama selepas itu. “Akak..macam mana boleh terlanggar tiang tu kak..Akak tak sedar dekat seharian tau. Dr Kieran kata akak shock. Sebab tu tak sedar. Injury akak sikit je tu.†Kata Izzah. “Entah la Izzah. Akak ni banyak sangat menangis. Kepala akak macam pening semalam. Tak perasan ada kereta datang. Memang akak meremang abis lah bila dia hon. Rasa macam jantung akak kena ragut aje†balasku dengan panjang lebar. Hari itu, aku dihujani pelawat. Doktor-doktor Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia yang tidak pulang bercuti semuanya datang melawatku. Pelbagai buah tangan yang aku dapat. Buah, cokelat, bunga…semua ada.. Tapi aku hairan..kenapa Hisham tak ada? Ke mana dia? Sepatutnya dia di sisi aku bersama Izzah yang setia menunggu aku sedar dari semalam. “Izzah, Hisham mana? Kenapa dia tak datang?†Izzah diam sahaja sambil menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Kata Izzah, tadi ketika aku masih belum sedar, Hisham ada datang melawatku. Keesokan harinya, aku sudah stabil dan boleh ketawa seperti biasa. Dr. Kieran datang berjumpaku. Izzah diminta beredar kerana dia mahu bercakap denganku. Dr. Kieran menjelaskan padaku kedudukan sebenar yang telah memberikan aku satu lagi dugaan besar. Dia menjelaskan bahawa kemalanganku tempoh hari tidak memberi kecederaan yang teruk. Tetapi, CT scan yang dilakukan ke atasku menunjukkan seperti ada ketumbuhan kecil di lapisan luar otakku. Aku terkejut dengan berita itu. Aku ceritakan pada Dr Kieran yang aku selalu juga sakit-sakit kepala. Aku sangkakan itu semua Cuma kerana aku selalu sangat menangis. Dia membenarkan aku keluar hospital hari itu, tetapi aku mesti datang ke hospital di bahagian pesakit luar minggu depan. Setelah Dr Kieran pergi, aku berbaring memandang siling. Entah apa aku fikirkan. Ya Allah..Kuatkan hamba-Mu ini. Aku berdoa agar ketumbuhan itu tidak merebak. Aku harap ia Cuma ketumbuhan sahaja, bukan kanser. Izzah masuk dan dia melihat sahaja wajah muramku tanpa berkata apa-apa. “Kak…†Izzah mula bersuara. Aku tersenyum padanya. Aku jelaskan padanya apa yang diberitahu Dr Kieran tadi. Izzah menangis di hadapanku. Mungkin terlalu kasihan melihat aku. Air mata aku sudah kering. Mungkin ada baiknya aku begini. Mungkin aku akan pergi tinggalkan dunia ini..Mungkin itu yang terbaik untukku..Ya Allah..Bantulah aku ini… Petang itu, Dr Zaidi dan Isterinya, Kak Zu membawa aku pulang dengan kereta. Berkantung-kantung nasihat yang aku terima daripada Kak Zu supaya aku menjaga diri. Aku telah pun meminta Izzah merahsiakan tentang ketumbuhan itu. Setelah mengucapkan terima kasih pada Dr Zaidi dan Kak Zu, aku dan Izzah masuk ke rumah. Aku terus sahaja masuk ke bilik dan berbaring. Aku teringatkan emak. Siapalah yang akan menjaga jika aku tiada?? Azmi? Tapi Azmi..sudah kuputuskan pertunanganku… Seminggu berlalu begitu sahaja. Aku Cuma berehat di rumah. Izzah lah yang menjaga makan minumku selama seminggu itu. Aku ke hospital semula hari Rabu itu. Satu lagi scan dibuat untuk mengesahkan ketumbuhan itu. 2 hari selepas itu Dr Kieran menelefonku dan menyampaikan kepadaku bahawa kemungkinan besar ketumbuhan itu bukan kanser. Tapi dia mahu melakukan pembedahan segera untuk mengeluarkan ketumbuhan itu. Entah bagaimana hendak kutanggung perbelanjaan pembedahan itu. Rawatan aku di hospital tempoh hari pun, mujur JPA sanggup membayarnya. Aku menarik nafas panjang. Aku segera mengambil air sembahyang dan bersujud syukur kerana aku tidak diberikan sesuatu yang lebih bahaya. Hisham hilang entah ke mana. Sudah hampir 2 minggu, yang aku tahu Cuma dia telah pergi bercuti bersama keluarganya. Sampai hati Hisham! Getus hatiku. Hari ini aku mengemaskan semua barang-barangku untuk ku bawa pulang. Berkotak-kotak juga. Aku perlu mengepos sebahagiannya melalui kapal laut sebelum aku pulang. Izzah bersusah payah menolongku. Hampir 2 hari barulah selesai kami mengemas. Bilikku kini kosong. Cuma ada perabot sahaja. Izzah tidur nyenyak di katilku keletihan. Aku mengusap-usap rambut Izzah. Kasihan dia. Mujur Allah kurniakan aku seorang sahabat yang baik untuk aku hadapi semua ini. Sudah lah letih dengan kerja sambilannya di asrama universiti itu, terpaksa pula menolong aku ini. Minggu depan kami akan pulang bersama ke Malaysia. bsambung.... | |||
marinaosman |
Posting pada: 23-05-04 01:43 | |||
atie_aznan |
Posting pada: 23-05-04 18:41 | |||
alfaqierah |
Posting pada: 26-05-04 01:40 kak zilal...nk tahu sambungannya.. akak,tolongla sambung.. nanti,kalau akak terluang,akak paste byk2 skit ye.. | |||
al_farisi |
Posting pada: 27-05-04 08:59 | |||
nur_malam99 |
Posting pada: 27-05-04 22:59 | |||
zilal |
Posting pada: 28-05-04 08:14 erk..maaf ye sume, zilal pon tgh dok tunggu episod seterusnye...tak dpt lg fwdnye... Harap sumer bersabar.... | |||
arda |
Posting pada: 02-06-04 14:14
...ala kak arda pun dah tak sabar tunggu sambungan citer tue, best la kak....fist skali bila bukak web nie trus pi tgok kat citer nie tgok ader sambungan ker tak............cepat la kak kasi la sambungannnya........
----------------- uhwah itu indah andai disulami keikhlasan dan kasih sayang... | |||
dila |
Posting pada: 02-06-04 17:54 | |||
Al-FaQiHaH |
Posting pada: 03-06-04 15:47
kak zilaaalllll.....
cepaaattttt...... takleh tahan dah niii..... ape kesudahannyaaaa...... ----------------- KaSiH iTu iBaRaT MuTiaRa..HaDiaH DaRi ALLaH YaNg EsA..GiLaPLaH iA DeNgaN iMaN DaN TaQWa.. SiNaRNyA KaN BeRCaHaYa.. | |||
zilal |
Posting pada: 04-06-04 08:09
Part 21
Aku termenung seorang diri di bilikku, sambil memandang ke luar tingkap. Matahari hebat memancarkan surianya di kala musim panas begini. Bumi Ireland ini akan aku tinggalkan dalam masa seminggu sahaja lagi. Pelbagai kenangan suka duka telah kulalui di sini. Sesungguhnya lima tahun bukanlah satu masa yang singkat untuk aku mengumpul segala memori itu.. Aku beralih ke cermin panjang yang kuletakkan di tepi pintu. Aku seorang yang menjaga penampilan diri. Wajahku kutatap lama di cermin itu. Aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang memberikan aku wajah yang cantik. Kulitku hitam manis, tidak begitu cerah, tidak begitu gelap, persis kulit ibuku. Mataku juga bulat mewarisi ibuku. Selebihnya kuwarisi dari abahku. Hidungku kecil dan molek terletak. Wajahku bujur, saling tak tumpah wajah abah. Senyumanku dihiasi lesung pipit di pipi sebelah kananku. Namun kecantikan itu kini kurasakan hambar. Aku tidak punya abah lagi. Aku kehilangan kasih sayangnya. Aku juga tidak sihat seperti sebelum-sebelum ini. Impianku bagai terbantut seketika menunggu masa untuk aku membinanya semula. Aku menarik nafas panjang sambil memejamkan mataku. Inilah dugaan hidup. Begini rupanya merasa duri-duri kehidupan ini. Aku akui kehidupanku selama ini dipenuhi dengan kegembiraan dan kejayaan yang mengelilingiku. Kesusahan yang aku rasakan Cuma ketika aku berusaha untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaanku. Aku punya bakat-bakat tersendiri yang menyababkan aku menjadi tumpuan ketika di sekolah dahulu. Namun kini, sudah tiba masanya diriku diuji. Aku harus menerima segalanya dengan jiwa yang kental. Aku percaya Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan yang mampu dihadapi mereka. Aku juga hamba Allah yang lemah. Namun ujian-ujian ini pasti dalam kemampuanku untuk menghadapinya. Aku pasti. Aku mengisi sehari dua ini dengan berjalan-jalan di sekitar daerah Cork. Izzah menemaniku sebaik sahaja dia selesai dengan kerja sambilannya di asrama Castle White itu. Kalaulah Hisham ada, dialah yang akan menjadi pemandu kami berjalan-jalan ke pantai Dingle dengan keretanya. Sesungguhnya, aku amat merindui Hisham. Aku sendiri keliru dengan sikap Hisham meninggalkan aku tanpa sebarang kata. Mungkinkah dia kecewa kerana aku tidak memakai cincin pemberiannya? Tapi, aku sudah menunjukkan riak-riak yang aku juga menyukainya. Takkan Hisham tak dapat melihatnya? Aku sudah berkawan dengannya selama 5 tahun. Mustahil dia tidak dapat membezakan senyuman yang aku berikan padanya. Sudah hampir seminggu. Hisham masih tidak muncul. Aku mula menangis semula. Izzah nampak risau melihatku. Aku rindukan Hisham. Kenapa satu berita pun tidak dihantarnya padaku. Sudahlah pergi tanpa memberitahuku. Kenapa dengan Hisham?? Adakah aku melakukan apa-apa kesilapan ketika bercakap dengan mama dan papanya? Dua hari sebelum kepulangan kami, Izzah mula bersuara tentang Hisham. “Kak..Izzah risau tengok akak..Janganlah sedih sangat kak..Akak..akak lupakan aje la Hisham tu..Lupakan aje..Izzah rasa Azmi tu baik lah akak..Hisham tu…†“Kenapa dengan Hisham?†“Tak ada laa…macam tak ambil berat langsung tentang akak je..Lupakan aje lah dia kak..†Aku terdiam. Ada betulnya kata-kata Izzah itu. Tapi..bukan mudah untuk aku lupakan perasaan yang sudah bertapak sejak 5 tahun lalu ini. Bukan sesuatu yang mudah bagiku. Esoknya, Izzah bersuara lagi.. “Kak..lupakan aje Hisham tu..†Aku mula mengesyaki sesuatu. “Izzah ada tau apa-apa ke tentang Hisham? Janganlah berahsia dengan akak..Cakap aje lah Zah..Kenapa? Hisham dah tawar hati dengan akak? Hisham sengaja lari dari akak?†Izzah diam. “Ish akak ni..Ni Cuma pandangan Izzah je..Izzah rasa Hisham tu pentingkan diri la akak..Akak accident, dia buleh lagi pegi holiday..Izzah rasa macam tak suka kalau akak ngan Hisham tu. Dulu mungkin dia nampak beria sukakan akak..Tapi sekarang?? Di mana dia kak?? Akak tak terasa apa-apa ke?†ujar Izzah dengan panjang lebar. Aku mengetap bibir menahan sedih. Entah kenapa Hisham buat aku begini. Aku mengeluh panjang. Izzah memandang sahaja mukaku. Lama kami sama-sama diam. “Izzah..Akak sebenarnya terasa sangat dengan apa yang Hisham buat ni..Dia pergi mana pun tak cakap dengan akak..Sampai hati dia..Tawar hati akak jadinya Zah..†Aku memecahkan kesepian dengan tangisan. “Kak..akak balik lah pada Azmi..â€pujuk Izzah. Aku menggeleng-gelengkan kepala laju. “Izzah, akak dah tolak dia mentah-mentah Izzah..Semuanya kerana cinta akak pada Hisham..Bukan mudah akak nak lupakan Hisham..†Izzah memelukku sambil menepuk-nepuk belakangku. Di bahu Izzah itulah aku selalu mencurahkan air mataku. Dialah insan yang paling memahami diriku. Alangkah rumit dan sukarnya kehidupanku kini. Sehabis mana pun Izzah cuba menyembunyikan sebarang rahsia daripadaku, paling lama pun seminggu sahaja dia mampu bertahan untuk mendiamkan diri daripada memberitahuku. Hari ini, Izzah menceritakan segala-gala rahsia yang diketahui daripada Hanif tentang Hisham padaku. “Kak, Izzah tak mampu berahsia lagi kak..Izzah harap akak sabar lah ye..†Mulutku ternganga menunggu-nunggu kata-kata Izzah seterusnya dengan penuh debaran. Rahsia?? “Kak..Akak lupakanlah Hisham..Izzah tak percaya Hisham boleh jadi suami yang baik untuk akak..†Aku diam dan memandang Izzah tak berkelip. Izzah meneruskan kata-kata yang ingin disampaikannya. Izzah telah mendesak Hanif menceritakan segala-galanya. Bukan mudah untuk Hanif bersuara, kata Izzah. Berpuluh kali Izzah mendesak, barulah Hanif membuka cerita. Tapi dia meminta agar jangan diberitahu pada aku. Kata Izzah, sebaik sahaja Hisham memperkenalkan aku pada mama dan papanya, papa Hisham terus sahaja menyiasat tentang diriku. Keluarga Hisham tidak begitu bersetuju dengan pilihan Hisham. Aku tersentak. Apa salahnya dengan diriku? Apa yang tak kena? Izzah berat berkata-kata. Kata Izzah, papa dan mama Hisham mahu orang berada juga. Mereka sudah pun mengatur jodoh Hisham dengan anak kenalan mereka. Sesuatu yang tak dapat aku nafikan. Memang keluargaku kurang berharta. Apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan keluarga Hisham yang kaya-raya itu. Aku tunduk mendengar kata-kata Izzah. Air mataku mengalir perlahan. Tidakkah aku sedar selama ini perasaanku bermain dengan api yang hanya akan membakar diri sendiri bila sudah marak? Papa Hisham kenal Kak Ngah ku. Mereka bertentangan pendapat politik. Aku tidak masuk campur urusan politik Kak Ngah. Aku hanya menggeleng-geleng kepalaku perlahan dengan bibir yang diketap. Ditambah lagi, kata Izzah, keluargaku banyak penyakit keturunan. Ibuku ada ketumbuhan. Aku juga ada ketumbuhan.. Aku mengerutkan dahiku. Dari mana pula mereka mendapat semua ini??? Apa jenis orang yang sanggup nak menyiasat sehingga begitu sekali??? “Hisham? Bagaimana dengan Hisham?†Nadaku bertanya dengan marah. Sudah tidak ada air mata mengalir lagi. Terasa perasaan marah menyelubungi hatiku. Keluargaku dikata begitu begini mentah-mentah oleh Uncle Rahman dan Auntie Zaleha. “Emm..Hisham..Hisham..Dia ikut aje kata-kata papa dan mamanya..Sebab itulah papa dan mamanya bawa dia bercuti. Mereka mahu Hisham lupakan semua ni..†Jelas Izzah lagi. Aku menelan air liur dengan begitu payah mendengar kata-kata Izzah yang panjang lebar menjelaskan butir-butir laporan kehilangan Hisham yang telah menjadi punca air mataku sejak seminggu lalu. Payahnya aku menerima hakikat ini. Hampir sama payahnya untuk aku menerima kehilangan abah dahulu. Aku kehilangan Hisham pula. “Izzah, thanks sebab bagitau akak semua ni..Izzah, boleh tinggalkan akak sendiri kejap..?†soalku pada Izzah. Izzah mengangguk perlahan sambil bangun meninggalkan aku keseorangan di bilik yang kosong itu. Aku menyapu wajahku dengan kedua-dua telapak tanganku. Aku agak kurang bersedia menghadapi semua ini. Hisham itu harapanku, harapanku sejak bertahun lamanya. Sukar untuk aku percaya semua kata-kata Izzah tadi selagi tidak kudengar dari mulut Hisham sendiri. Setelah beberapa minit berfikir, aku segera bangun dan turun ke ruang tamu di bawah dan mencapai telefon. Nombor telefon bimbit Hisham aku dail dengan pantas. Mungkin dia sudah pulang dari bercuti. Aku tidak sabar mendengar penjelasan Hisham. “Hello,assalamualaikum, Hisham..†Salamku tidak berbalas. Aku tahu ada orang yang mengangkat telefonnya. “Waalaikumussalam..ana..†Akhirnya Hisham membalas. Kami sama-sama terdiam sebentar. “Ana, kau apa khabar? Sihat?†Ujar Hisham perlahan, memecahkan suasana itu. “Emm…Sham,kau pergi tak bagitau aku,sham..†kataku dengan nada yang agak sebak. “Mama dan papa aku ajak aku holiday, so..masa tu kau still kat hospital..emm..†Aku seperti ingin menangis di situ mendengar kata-kata Hisham. “Sham, kenapa tak beritahu aku..†Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Hisham cepat memotong. “Ana, sorry, aku ada hal kejap ni, kena keluar…†“Sham, kenapa kau macam ni Sham??†“Ana, aku bizi sikit ni..Aku letak dulu ok..Oh ya, by the way, congratulation for your engagement.†Aku tergamam. “Hisham, please tunggu..Sham..please..†kataku agak kuat. Hisham Cuma diam sahaja. Hanya nafasnya sahaja yang kedengaran. Air mataku sudah mula mengalir lagi. “Sham, itu pilihan keluarga aku. Bukan kehendak aku. Sham..Sham, aku sukakan kau..Sejak kita mula-mula jumpa lagi..Azmi tu pilihan keluarga aku, Sham..†Tangisanku tak dapat dibendung lagi. Aku seolah-olah terdesak. Hisham diam sahaja. “Hisham, cepat sikit! Papa dah tunggu tu!†sayup-sayup suara mama Hisham kedengaran di telefon. “OK mama, coming!†Hisham membalas. Aku Cuma mendengar sahaja. “Ana, aku ada kerja ni..†Kata Hisham pantas. Aku sendiri tidak faham nada suaranya. Marahkah dia? Kecewakah dia? Bencikah dia pada aku? “Sham..†Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Hisham sudah pun meletakkan telefonnya. Aku jadi kelu untuk berkata apa-apa. Terketar-ketar bibirku menahan kesedihan. Dia bukan milikku lagi. Begitu cepat Hisham berubah. Aku sudah tidak mengira baik buruk atau kesopanan diriku lagi. Aku segera mendail nombor telefon Hisham sekali lagi. “Sham..kau dah tak sukakan aku Sham? Sebab mama dan papa kau tak sukakan aku?†Hisham tidak menjawab. Aku tahu dia masih mendengar. “Sebab aku tak layak untuk kau? Kau dah takde apa-apa perasaan pada aku lagi?†soalku lagi. Aku inginkan kepastian. Aku letih bermain dengan emosi sendiri. Hisham tidak menjawab. Dia terus meletakkan telefonnya. Aku terkedu. Aku keliru dengan perasaan Hisham. Perasaan cinta yang aku bina padanya seolah-olah sudah hampir roboh. Mungkin benar apa yang dikatakan Izzah dan Hanif. Hisham menurut kata mama dan papanya. Dia anak yang baik. Anak yang taat. Bukan seperti aku. Aku ini anak derhaka yang sanggup melawan abahku demi untuk seorang lelaki yang aku sendiri tidak tahu sejauh mana kasihnya padaku. Mungkin aku yang bodoh. Aku terlalu lemah untuk berfikir tentang realiti hidupku kini. Izzah memapah aku ke bilik. Berjam-jam Izzah menasihatkan aku supaya menguatkan hati dan semangatku. Memang itu yang aku perlukan. Aku perlukan kata-kata semangat itu. Sesungguhnya bukan mudah untuk aku melupakan Hisham | |||
al_farisi |
Posting pada: 04-06-04 09:18 | |||
muslimah_87 |
Posting pada: 04-06-04 10:16 | |||
muslimah_87 |
Posting pada: 04-06-04 10:19 | |||
muslimah_87 |
Posting pada: 04-06-04 10:19 | |||
dila |
Posting pada: 04-06-04 10:24 | |||
zilal |
Posting pada: 04-06-04 10:32 | |||
Al-FaQiHaH |
Posting pada: 04-06-04 10:39
lepas tu???ape jadi??
----------------- KaSiH iTu iBaRaT MuTiaRa..HaDiaH DaRi ALLaH YaNg EsA..GiLaPLaH iA DeNgaN iMaN DaN TaQWa.. SiNaRNyA KaN BeRCaHaYa.. | |||
sam |
Posting pada: 04-06-04 10:58 kak zilal, kami menanti sambungan kak zilal dengan penuh kesabaran ----------------- obey ALLAH obey Rasul success will be yours | |||
kaze |
Posting pada: 04-06-04 11:09
.. waa.. kaze antra yg terlewat baca.. akhirnya abis gak baca hehehe.. bt koleksi lagi hehe
best.. 2 thumbs up ----------------- | |||
zilal |
Posting pada: 04-06-04 11:58
{lepas tu???ape jadi?? }
ape kate...kite main teka-teki...ape jd lepas nih... zilal pon tak pasti.... [ Posting ini telah di edit oleh: zilal pada 2004-06-04 12:00 ] | |||
sam |
Posting pada: 04-06-04 23:57 | |||
norhanan |
Posting pada: 07-06-04 00:14 sekali bersambung lagi daa... kahwin jea la dgn Azmi tu..dah ada orang nak..lagipun pilihan mak abah..insyaallah pilihan orang tua akan diberkatiNya.. | |||
kasihmu-amanahku |
Posting pada: 09-06-04 15:52 | |||
Al-FaQiHaH |
Posting pada: 09-06-04 16:33
kak zilal...jgn laa macamni... usahlah dikau mendera hatiku...... tak sabar dah ni!! ----------------- KaSiH iTu iBaRaT MuTiaRa..HaDiaH DaRi ALLaH YaNg EsA..GiLaPLaH iA DeNgaN iMaN DaN TaQWa.. SiNaRNyA KaN BeRCaHaYa.. | |||
zilal |
Posting pada: 10-06-04 09:48 ilham itu dtg setelah Dia izinkan... zilal pon sedang menunggu same seperti sahabat² di ukhwah semua | |||
nasirah |
Posting pada: 10-06-04 11:32 | |||
kakyongju |
Posting pada: 11-06-04 12:37 zilal...mana sambungannya.....penantian suatu penyeksaan...lekaslah sambung sementara kakyong cuti ni....cepatllaaaa.... Moral of the story setakat ini dan waktu ini... Mmg kesian pada ana...tp janganla kita kejar suatu benda/perkara yang tak pasti menjadi milik kita dan yang kita ada kita cicirkan dan buangkan... wallahu'alam | |||
nawra_albahira |
Posting pada: 11-06-04 16:09
rasanye Ana akan memilih Azmi akhirnya kerana ada hikmah disebalik pilihan abahnye..
Hisyam pun mestila sakit hati sbb Ana rahsiakan pertunangan yg tak direla itu tapi dia sepatutnye menjelaskan keadaan yg sebenarnye kan...kesian jugak kat Hisyam.. Jadi calon pilihan abah la yg mungkin dia terima,cinta itu boleh dipupuk..... ini pada pandangan saya la..tak tau le betul ke tak..rase-rasenye le.... mana sambungannye??aduuhh....penat ku menunggu!!! ----------------- jadikan pengalaman itu sebuah kenderaan yg memandu dlm kehidupan agar kita menjadi lebih berhati-hati | |||
sam |
Posting pada: 13-06-04 23:44 kak zilal... nampaknya memang calon pilihan ana menguji kesabaran kita.. ----------------- obey ALLAH obey Rasul success will be yours | |||
kasihmu-amanahku |
Posting pada: 24-06-04 23:12 | |||
cute_islamii |
Posting pada: 25-06-04 00:30 | |||
illy_najlaa |
Posting pada: 25-06-04 16:36 | |||
intan_montel |
Posting pada: 27-07-04 13:13 | |||
hidayahnur |
Posting pada: 29-07-04 13:12 | |||
di_azie |
Posting pada: 29-07-04 17:11
... Bile la nak ada sambungan cerita ni... Tgh syok2 'layan blues',tetiba sambungnnya belum ada... Kepada Kak Zilal,diharap anti dapat mnyegerakannya... ana tak sabar nak tahu kesudahannya... Nak kata cerpen,ssay copy & paste dalam Ms Word pun dah lebih 20 ms sebelum saya besarkan sket tulisannya... Dah macam tahap novel dah ni... Tolong lah sambung cepat... Janganlah kesabaran ana diuji sebegini rupe.....
| |||
Usmad |
Posting pada: 05-08-04 00:54 | |||
insan_solehah |
Posting pada: 05-08-04 02:06
Hisham,aku merindui dirimu. Air mataku menitis lagi!
Hari ini, aku dan Izzah pulang bersama. Ramai juga yang menghantar aku di airport. Itu kali terakhir aku menjadi warga bumi Cork yang menyimpan seribu satu kenangan itu. Aku menoleh buat kali terakhir memandang bumi kedua yang kucintai selepas Malaysia itu sebelum aku masuk ke perut kapal terbang. Aku menghirup sepuasnya udara Ireland. Selepas ini aku mungkin takkan kembali lagi ke sini.. Mataku masih berbekas lagi hasil tangisanku selama 2 hari yang lepas. Malu juga dilihat orang. Tapi apakan daya, itulah perasaanku yang terpancar jelas di wajahku. Aku akan cuba melupakan semuanya. Kenyataan yang terlalu sakit untuk kuterima. Tapi itulah hakikatnya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mengenang aku ini hanyalah hambaNya yang hina, sesungguhnya tidak layak untuk aku mempersoalkan takdir ketentuanNya. Dia lebih tahu. Aku percaya sepenuh hatiku bahawa dia lebih tahu segala-galanya. Sepanjang di dalam kapal terbang, aku bersembang panjang dengan Izzah. Semuanya cerita-cerita gembira sahaja yang kami cakapkan. Kami berpisah di KLIA. Ibu bapanya akan menjemput dia di situ. Aku memeluk Izzah erat-erat sebelum berpisah. Bagiku dialah sahabat paling sejati pernah aku miliki. Aku meneruskan penerbanganku ke Alor Setar. Aku tidak memberitahu emak tentang kepulanganku. Sampai sahaja di Alor Setar, aku mengambil teksi dan terus pulang ke rumah. Fikiranku kini kosong. Aku Cuma memikirkan tentang pembedahan otakku yang akan aku uruskan nanti. Setibanya di rumah, aku nampak emak sedang menyapu di luar. Emak sungguh terkejut melihatku. Terus dia memelukku dan mencium pipiku. "Kenapa tak cakap dengan mak nak balik? Kalau tidak boleh mak dan Azmi jemput ana" kata emak lembut. Azmi?? Sudah lah tu Mak!Ana dah putus dengan Azmi..kata hatiku. "saja nak kejutkan mak.." kataku sambil tersenyum. Emak terus sahaja mengheret aku masuk ke rumah dan bercerita panjang-lebar denganku. Betapa dia merindui aku.. Aku tunjukkan pada emak gambar-gambar konvokesyenku. Emak memeluk aku sebaik sahaja dia melihat aku memakai baju merah jambu itu. "Ana..kita cepatkan aje ye sayang.."ujar emak lembut. "Cepatkan apa ni mak?" soalku dengan penuh debaran. "Perkahwinan Ana laa..Janganlah berdalih-dalih lagi..Mak ada jumpa Azmi minggu lepas." Emak diam seolah-olah menunggu aku bertanya tentang Azmi. Aku diam sahaja.. "Ana..Ana bergaduh dengan Azmi ke? Dia diam saja bila mak sebut nama Ana..Kenapa ana..bagitau lah pada mak.."pinta emak sepenuh hati. "Erm..tak ada apa-apa mak..Alahh..biasalah..Ana kan duduk jauh dekat sebulan jugak tak balik ni kan..Mestilah macam tu sikit.."kataku. Apa maksud kata-kata aku itu aku sendiri pun tidak memahaminya. Aku tergelak sendiri di dalam hati memikirkan kata-kata aku pada emak itu. "Mak tengok Ana ni macam susah hati je..Ana ada masalah apa-apa ke.." soal emak sambil membelai-belai rambutku. Aku tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Biarlah aku sendiri dan menyendiri..Biarlah aku fikirkan masa depanku dan emak sahaja. Aku tak mahu lagi menghiris hati sendiri..Cukuplah dengan apa yang apa yang sudah berlaku. Malam-malam yang berlalu setelah aku kehilangan Hisham sememangnya begitu sukar bagiku. Sebelum tidur adalah masa terbaik yang selalu aku gunakan untuk memikirkan masa depanku, apa yang akan aku lakukan esok dan seterusnya. Ketiadaan Hisham dalam masa depanku adalah sesuatu yang di luar kemampuan diriku untuk membayangkannya. Kalau dulu, abah memaksa, aku masih mampu memberontak dan menolak. Tapi kini, empunya diri yang menjadi impianku sudah menolak. Apalah yang mampu aku lakukan. Ketumbuhan otakku adalah ujian dariNya. Pemergian abah adalah ujian dariNya. Andaikata umurku masih panjang, esok pasti akan menjelma jua. Hidup perlu aku teruskan. Tak ada gunanya aku merungut dan menangis. Aku lelap setiap malam berbekalkan kekuatan semangat dan keyakinanku pada Ilahi. Malam sudah larut. Yang kedengaran Cuma suara cengkerik dan unggas-unggas di luar. Bunyi kipas berpusing menemaniku malam itu. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat istikharah, memohon petunjuk Ilahi. Gambar masjid Nabawi di sejadahku itu kupandang lama. Malam ini aku bertekad untuk berusaha mengubah hidupku. Derita yang aku hadapi perlu aku lalui dengan kegigihan. Tidak ada gunanya lagi bayangan-bayangan wajah Hisham dalam hidupku. Dia terlalu jauh. Terlalu jauh untuk aku gapai. Aku harus belajar membuang Hisham daripada hidupku. Telekung aku lipat perlahan. Aku mengusap rambutku perlahan. Aku Cuma ada diri sendiri untuk membela nasibku. Selama ini, pergantunganku pada abah. Abah lah yang menguruskan diriku. Dialah yang menggembirakan aku. Seri hidupku sudah mula hilang sejak peristiwa tahun lepas. Aku perlu mengembalikan keceriaan yang sudah lenyap dari hatiku. Kalau lah abah masih ada, dialah yang akan berusaha mencarikan doctor terbaik untukku. Kalau lah abah masih ada, dialah yang akan memujukku atas kesedihanku. Aku menarik nafas panjang dan kuhembus perlahan. Aku perlu berdiri sendiri sekarang. Tidak perlu bergantung kepada orang lain. Aku perlu kuatkan semangatku. Semangat dan kegigihan untuk melawan kekangan emosi ku ini. Aku tertidur di atas sejadah yang masih belum kulipat. " Ana." Suara di telefon itu kukenali. Azmi menelefonku pagi itu setelah hampir seminggu aku di rumah. "Waalaikumussalam !Emm.." "Ana..Mi bercakap ni. Boleh Ana datang klinik Mi tengah hari ni? Klinik Darul Syifa’. Ana tau kan? Mi tunggu pukul 12.30 nanti ok?" Nada Azmi tegas. Aku tidak berani membantah. "Insya-Allah.." Aku segera bersiap. Aku lihat wajahku yang sedikit pucat itu. Aku sapukan pelembab dan pelapik bedak. Sedikit blusher dan lipstik nipis berwarna merah lembut turut aku sapukan. Malu pula ingin berjumpa Azmi dengan wajah yang begitu. Tepat jam 12.30 tengah hari, aku tiba di klinik Azmi. Puas juga aku meronda mencari Klinik Darul Syifa’ ini. Klinik itu kemas dan bersih. Tulisan-tulisan ayat-ayat Al-Quran yang indah-indah dibingkaikan dan digantung di dinding. Ramai juga orang di luar menunggu. "..Ini Cik Nurul Hanaa ye?"Tanya penyambut tetamu di depan. Aku menjawab salam dan mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Cik pergi ke bilik nombor 2 di hujung sana, Dr Azmi sedang menunggu." Aku berlalu setelah mengucapkan terima kasih. Berdebar-debar sungguh rasanya. Entah apa yang akan dikatakan Azmi. Pasti dia marah dengan kata-kataku dalam suratku meminta tali pertunangan kami diputuskan. Aku mengetuk pintu perlahan. Setelah mendengar suara Azmi menyuruh masuk, perlahan-lahan aku menguak pintu yang tidak bertutup rapat itu. Aku terus saja menutup pintu dan memandang Azmi yang masih leka menulis sesuatu. "Emm!" aku kehilangan kata. "Duduklah Ana.."kata Azmi perlahan. Aku patuh sahaja. Kulihat Azmi masih lagi khusyuk menulis. "Ana apa khabar? Macam mana grad? Seronok tak?" soal Azmi setelah menghabiskan kerjanya. "Emm..ana sihat alhamdulillah..Grad pun seronok.."terketar kurasakan suaraku. Aku tidak berani melihat wajah Azmi. "Ana!Mi minta ana ke sini..bukan untuk berbincang hal kita. Tapi, hal ana.." Aku sedikit terkejut. Hal aku? Aku mengerutkan dahi memandang meja. Hal apa pula? "Ana..Mi risau kesihatan Ana..Mi tahu tentang masalah kesihatan Ana. Mi dah uruskan pembedahan untuk Ana di KL. Laporan kesihatan ana pun Mi dah dapat dari Cork University Hospital. Mi harap Ana setuju dengan cadangan Mi ni.." Kata-kata Azmi yang panjang lebar itu memeranjatkan aku. Siapa?? Siapa pula yang memberitahu Azmi?? "Izzah menelefon Azmi beberapa hari selepas ana kemalangan. Dia dah ceritakan semuanya pada Mi.." "Semua? Hisham? Tentang Hishan pun?"soalku laju sambil memandang wajah Azmi. "Hisham??" Azmi mengerutkan dahinya. "Siapa Hisham tu? Ohh..patutlah!Ana..tak sudi terima Mi..Rupanya hati ana dah berpunya.." Kata Azmi perlahan. Dia memandang tepat ke wajahku. Aku jadi serba-salah. Darahku juga menyirap mendengar kata-kata Azmi. Benci pula aku mendengar nama Hisham itu. "Hisham tu kawan biasa saja. Tak lebih dari itu." Kataku tegas. "Habis tu kenapa ana sebut nama dia tadi??" soal Azmi memerangkapku. Aku terdiam Mataku tepat memandang Azmi tidak berkelip. "Ana tak pernah ada apa-apa dengan dia." "Tapi kenapa Ana sebut nama dia tadi?" Azmi mengulang soalannya. Hatiku menjadi geram mendengarnya. "Biarlah ana! Ikut suka saya lah!" Aku mula meninggikan suara. "Mana boleh ikut suka. Awak tunang saya" "Saya dah minta diputuskan" "Saya tak pernah setuju untuk putus" Azmi membalas. Selesai sahaja Azmi berkata begitu, azan zohor berkumandang dari masjid. Kami sama-sama terdiam. Aku mengalihkan pandangan ku ke almari buku yang tersusun di tepi dinding. Selesai sahaja azan, Azmi bingkas bangun. Aku memerhati dengan serba tak kena. "Saya nak ke masjid bersolat sekejap. Awak pergilah solat di bilik sembahyang di atas. Lepas tu turun balik ke sini" arah Azmi. Aku menurut sahaja dia dari belakang. Aku naik ke tingkat atas mencari bilik sembahyang. Aku mengambil air sembahyang di bilik air bersebelahannya dan terus masuk bersembahyang. Ada seorang wanita sedang turut sama bersembahyang di situ. Aku menepuk belakangnya untuk berimam. Selesai memberi salam dan membaca doa, wanita itu masih lagi di situ. "Ini Cik Nurul Hanaa tunang Dr Azmi ye?" soalnya sambil tersenyum. Aku bersalam sambil membalas senyumannya. Aku dikenali rupanya di sini. "Kakak ni siapa nama?" soalku lembut. "Kakak jururawat di sini. Panggil aje Kak Tiah..emm..patutlah Dr Azmi sanggup tunggu..comel tunang dia ni rupanya!" usik Kak Tiah. Aku Cuma tersenyum malu. Setelah Kak Tiah beredar, aku pun segera bersiap dan turun ke bawah semula. Aku bimbang kalau terlambat nanti, marah pula Azmi. Sudahlah tadi aku sudah pandai meninggi suara. Dia pula sudah bercakap penuh ketegasan denganku. Aku masuk ke bilik tadi. Aku perhatikan bilik itu tersusun rapi. Azmi ini pengemas orangnya. Aku memerhatikan rak buku yang penuh dengan buku-buku perubatan dan buku-buku bertulisan arab. Aku beralih ke rak yang rendah dan lebar di belakang meja Azmi. Peralatan perubatan tersusun di rak itu. Aku memandang meja Azmi. Kerusi empuk Azmi itu aku duduk. Aku terpandang gambar-gambar yang tersusun di atas meja. Gambar Kak Ilya dan Abang Deris. Gambar Nora dan suaminya serta Izzati, adik-adik Azmi yang sudah kulupa nama mereka itu kutatap seorang demi seorang. Aku terkejut melihat gambar aku diletakkan bersebelahan gambarnya di dalam bingkai. Ini mesti emak yang beri gambar aku ini pada Azmi. Terharu pula aku dengan ingatan Azmi padaku. Di hujung sekali aku ternampak gambar aku dan Azmi semasa kecil. Aku terkejut sekali! Bila pula aku mengambil gambar dengannya?. Dia memeluk bahuku. Ketika itu mungkin aku dalam darjah satu agaknya. Umur Azmi sendiri pun aku tidak ambil tahu. Aku tersengih sendiri melihat gambar semasa kami kecil itu. Rambutku bertocang dua. Oh! Budak hingusan itu adik Azmi rupanya! Dia duduk bercangkung di hadapan aku dan Azmi. Aku hampir tergelak melihat gambar Azmi dengan seluar pendek itu. Ketawaku hilang sebaik sahaja ternampak Azmi di muka pintu. Terkejut aku bukan kepalang dengan kehadiran Azmi. Aku jadi tak tentu arah, bingkas bangun dan hampir terjatuh pula terlanggar wayar radio Azmi. Wajah Azmi tak berani aku pandang. Aku segera duduk semula di kerusi berhadapan meja Azmi. Azmi berjalan perlahan lalu duduk di kerusi empuk yang aku duduk tadi. "Apa yang ana gelak tadi?" soal Azmi sambil tersenyum. Lega hati aku melihat bayang senyuman itu. Sudah hilangkah marahnya padaku tadi? Aku mengangkat muka lalu tersenyum kembali padanya. "Tu..gambar tu..gambar masa kecik.." "Ooo..gambar depan rumah Mi masa mak dan ayah Mi dekat sini duluu..Ana tak ingat ke?" Aku menggeleng-geleng kepala. "Ha!itulah..asyik teringatkan Hisham dia aje..Manalah nak ingatkan kita ni.." Aku menarik muka mendengar kata-kata Azmi itu. Aku baru nak cuba berbaik semula, dia dah cari gaduh balik. "Mi ni!.Ana baliklah macam ni.."kataku dengan nada merajuk. Aku mencapai beg tanganku di atas meja. Entah kenapa berani pula aku buat perangai dengannya. "Tengok tu..baru usik sikit dah nak balik. Duduk situ. Jangan pegi mana-mana. Mi belum habis cakap." Kata Azmi, persis suara abahku mengarahkan aku. Aku duduk diam sahaja. Tak berani hendak melawan. Azmi sedang bercakap telefon dengan kawannya. Aku sendiri hairan dengan perangaiku ini. Apa yang sedang terjadi ini? "OK..sori Ana..kawan Mi tadi ada problem sikit..OK..Ha!ada apa-apa penjelasan nak berikan pada saya tentang Hisham?" "Takde" jawabku ringkas dengan nada memberontak. "OK..kalau takde, dua minggu lagi saya bawa awak ke KL untuk check-up dan operation tu." kata Azmi tegas. "Ana tak cakap ana setuju pun lagi untuk operation tu" jawabku sambil menguis-nguis tali beg tanganku. "Degil lah awak ni..Memang betul lah kata Pakcik Nuar..Degil,cepat merajuk!Tarik muka..semula lengkap.." Aku terasa seperti hendak menangis sahaja mendengar kata-kata Azmi itu. Abah ni..Itu pun dia ceritakan pada Azmi. Sesungguhnya aku teringatkan abah..Azmi ini rupanya seperti abah juga. "Ana.. 2 minggu lagi Mi bawa ana dan mak ke KL. Kawan Mi sendiri yang akan buat operation tu nanti. Mi tak berniat memaksa ana..Mi Cuma sayangkan Ana.. Sebab tu Mi nak ana cepat sihat." Ujar Azmi lembut apabila melihat wajah aku yang hampir menangis itu. "Ana tak sakit pun." Aku meneruskan rajukku dengan kata-kata Azmi mengatakan aku degil tadi. Aku dengar Azmi menarik nafas panjang. Aku tak melihat wajahnya. Aku pandang sahaja beg tangan hitamku itu. "Ana kan dah jadi doktor..Takkan tak tau pula..Okla..Mi minta maaf ye pasal kekasaran Mi tadi..Minggu depan hari Khamis kita pegi ye.." Aku sudah malas hendak bergaduh dengannya. Aku mengangguk sahaja. Tak sampai hati menolak. Dia bersungguh benar ingin membantu ku. "Bayarannya macam mana? Berapa ribu? Ana belum cukup duit lagi.." "Dengan tunang sendiri takkan lah Mi nak berkira. Tak payah Ana susah-susah fikir tentang duit. Mi bayar semua. Mi Cuma nak Ana sihat". Aku rasa tidak senang mendengar penjelasan Azmi. Aku tidak mahu terhutang budi padanya. "Ana tak mau macam tu..Insya-Allah, nanti bila dah kerja Ana bayar balik." Azmi tergelak kecil mendengar kata-kataku. Entah apa yang kelakar. "So, Ana setuju ?" soal Azmi. Aku sekadar mengangguk. Kepada siapa lagi boleh aku harapkan? Mujur juga ada Azmi hendak membantu. Alhamdulillah.. "Macam tu lah tunang Mi" katanya sambil tersenyum. Hati aku sayu mendengar perkataan ‘tunang’ itu. Azmi tak kisah kah dengan penyakit aku seperti Hisham? Aku mula mengeluarkan air mata. Bertakung sudah air mataku. Aku teringatkan tentang tanggapan-tanggapan buruk Uncle Rahman dan Auntie Zaleha pada aku dan keluargaku. "Mi.." aku bersuara perlahan. Dia memandang tepat ke arahku. Aku tunduk memulakan bicara. "Mi tak kisah ke dengan diri ana? Ana sakit. Mak pun pernah sakit ketumbuhan juga. Mi tak kisah ke? Mana tahu memang keturunan ana ni macam tu.." Kataku perlahan. "Ana..semuanya ini ketentuan Allah..Manusia tak mampu menghalang. Lagipun, ana sendiri belajar kan..berapa percent aje yang bergantung pada genetik." Air mataku mengalir di pipi. Kulihat Azmi bagai tergamam melihat aku menangis. "Ana..kenapa ni..Mi mintak maaf pasal kekasaran Mi tadi. Janganlah macam ni." Dihulurkan sapu tangannya padaku. Aku sambut dan terus sahaja menyapu air mataku. "Mi, Mi tak kisah ke kalau mak dan arwah abah bukan orang berada?" soalku lagi. Aku tahu Kak Ilya dan Abang Deris bolehlah dikatakan orang berada di KL sana. "Astaghfirullahal ‘azim..Apa ana cakap ni..Mi sayangkan Ana dan keluarga Ana sama macam keluarga Mi sendiri. Apa yang Ana nak beza-bezakan dengan harta ni?" "Mi..Mi tak kisah ke Kak Ngah dengan hal politik dia tu. Mana tahu, bertentangan pulak dengan pendapat Mi..Nanti takde orang pulak datang klinik Mi" "Ana..apa yang Ana cakap tak tentu hala ni..Mi tak pernah terfikir pula pasal tu semua.." Azmi menggeleng-gelengkan kepalanya. "Mak dan ayah Mi suka ke Ana ni..? Dahla berpenyakit, bukan orang berharta..Ha..apa lagi? Degil, cepat merajuk, mengada-ngada.." "Ehh!mana ada Mi cakap Ana mengada-ngada..??" Aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Azmi itu. Azmi tersengih melihat aku menyapu-nyapu air mata. "Ana..kita kawin sekarang lah..Mi nak tolong sapu air mata tu.." "Apa Mi ni..Ana tak sukalah.." Aku segera bangun ke sinki di bilik Azmi. Aku lihat wajah Azmi tersenyum memandang aku yang masih mengesat-ngesat mukaku yang dibanjiri air mata tadi. Aku membetul-betulkan tudungku. Hendak ke bilik air malu pula dengan orang-orang di luar dengan mata yang masih merah. Aku pulang segera selepas itu. Pertemuan sekali itu telah membuahkan perasaan terhadap Azmi yang tak dapat aku gambarkan. Azmi? Siapakah dia di hatiku kini? Tak mungkin aku jatuh hati padanya. Aku ketawa kecil di dalam kereta sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Kelakar rasanya memikirkan perasaan sendiri. Terasa hilang masalahku. Hilang perasaan susah hatiku. Sudah lama rasanya aku tidak ketawa begini. Perwatakanku yang dulu, mudah ketawa, suka berlawak dan periang sudah mula menunjukkan dirinya. Sudah lama tidak kurasa senang hati begini. Pertemuan dengan Azmi tadi seolah-olah mengubah sesuatu dalam diriku. Entah lah..Aku sendiri tidak faham. Mustahil untuk aku jatuh cinta padanya sedangkan bekas sisa-sisa kasihku pada Hisham masih lagi terpahat. Mungkin hatiku gembira kerana masalah ketumbuhanku insya-Allah akan diselesaikan tak lama lagi..Alhamdulillah.. Atau mungkin kerana aku telah berbaik semula dengan Azmi. Rasa bersalahku pada Azmi begitu menebal sejak aku memberikan surat untuk memutuskan pertunanganku dengannya sebelum aku berlepas ke Ireland bulan lepas. Tapi itu tidak bermakna aku mahu menjadi isterinya. Isteri! Gementar aku mendengar perkataan itu. Aku belum bersedia menerima sesiapa pun setelah aku kehilangan Hisham. Benarkah aku sudah kehilangannya?? Tanganku memegang erat steering kereta arwah abah. Aku melalui jalan-jalan di kampung kawasan rumahku. Sengaja aku berpusing mengambil angin sebelum pulang ke rumah. Biarkanlah apa yang telah Hisham lakukan padaku. Aku sudah terlalu letih memikirkan tentang dirinya. Biarlah masa menentukan segalanya. Aku tiba di rumah dengan senang hati. Pertolongan yang dihulurkan oleh Azmi kusambut dengan tangan terbuka. Akan kubayar semula semua kos perubatanku setelah aku bekerja nanti. Segala persoalan hati yang masih tergantung ini aku tolakkan ketepi sehingga segala-galanya selesai. Terasa aman hidupku seminggu ini, seolah-olah segala kekusutan dalam kehidupanku sudah berlalu. Minggu depan Azmi akan membawa aku dan emak ke Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan itu. Azmi sendiri telah menerangkan tentang penyakitku kepada emak. Maklumlah, dia lebih percayakan kata-kata Azmi daripada anaknya yang masih mentah dalam dunia perubatan ini. Aku memandang dengan pandangan yang masih kabur ke arah wajah emak di sisi kananku. Emak tersenyum sambil memegang tanganku. "Ana..Bangun lah..alhamdulillah..semuanya dah selesai.." ujar emak lembut. Aku membalas senyuman emak. Pembedahanku sudah selamat dijalankan. Azmi serta Kak Ilya dan Abang Deris turut berada di sampingku. Aku tidak sanggup memandang wajah Kak Ilya. Wajah itu seolah-olah menaruh satu harapan buatku. Aku pejamkan semula mataku yang masih lemah. Alangkah indahnya jika Hisham di sisiku. Entah kenapa wajah Hisham tiba-tiba bermain di fikiranku. "Biarlah dia rehat dulu", satu suara menyuruh mereka meninggalkan aku sendiri. Aku telah selamat kembali ke rumahku kini. Kesihatanku sudah semakin baik. Azmi menjaga aku dan emak dengan baik sepanjang kami di Kuala Lumpur dan juga setelah aku pulang ke rumah. Setiap hari dia akan menelefon emak bertanya khabarku. Abang Long dan Kak Ngah sekeluarga juga pulang menjengokku. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah menyembuhkan penyakitku ini. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Menyembuhkan. Terus-terang aku katakan kebaikan Azmi telah sedikit-sebanyak menawan hatiku meskipun bayang-bayang Hisham masih lagi bermain di fikiranku. Aku duduk termenung di atas katilku sambil memandang kedua-dua cincin pemberian Azmi dan Hisham. Kedua-duanya sama cantik. Atau mungkin cincin pemberian Hisham itu lebih menarik pada pandangan mata kasarku. Pandangan mata hatiku? Aku sendiri tidak mampu menentukannya. Hari ini Kak Ilya telah menelefon emak bertanyakan tentang tarikh pernikahan aku dan Azmi. Emak begitu beriya-iya mahu mempercepatkan tarikhnya. Daripada apa yang aku lihat, emak juga agak kecewa dengan sikapku yang tidak memberikan sebarang respon. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk aku memikirkan soal perkahwinan. Aku baru sahaja pulih daripada pembedahan dan baru saja pulih daripada ingatanku terhadap Hisham. Aku belum bersedia. Memang aku suka membaca buku-buku isteri teladan, kisah-kisah Isteri-isteri Rasulullah, kerana aku tahu sesungguhnya, Allah meletakkan kedudukan suami itu begitu tinggi dalam kehidupan seseorang isteri. Aku mahu menjadi seorang isteri yang diredhai oleh suaminya. Tapi, perasaanku masih belum bersedia. Mungkin Hisham telah pun mengorbankan cintanya pada aku. Tiada sebarang berita pun yang aku terima daripadanya. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku terima Azmi itu. Tetapi sekadar untuk membalas perbuatan Hisham. Tapi sesungguhnya ini tidak adil buat Azmi. Dia terlalu baik untuk diperlakukan begitu. Emak memberikan tempoh seminggu untuk aku memikirkan tentang perkahwinanku dengan Azmi. Masa berlalu dengan sia-sia sahaja. Aku masih belum mampu memberikan keputusan. Aku mahu katakan ‘ya’ tetapi kenangan bersama Hisham masih di fikiranku. "Kak Ana! Izzah ni!" jerit Izzah di telefon. Aku gembira sekali menerima panggilan Izzah. Ada juga Izzah menziarahiku di hospital tempoha hari. Aku ceritakan segala konflik yang aku alami sekarang pada Izzah. "Hmm..Izzah pun tak tau nak cakap jugak kak..Haritu Hanif bagitau Izzah, si Hisham tu still teringatkan akak la..tapi tu la..parents dia..Akak pun tau kan yang dia tu anak emas, so dia macam dah nekad cuba lupakan akak. Ntah la kak..Kesian jugak kat Hisham..Tapi Azmi tu pun baik kak.." "Kenapa lah Hisham ni..Nampaknya tak ke mana kalau akak tunggu Hisham tu.." kataku perlahan. Sedikit demi sedikit aku mula menyedari hakikat kisah ku dengan Hisham. Izzah terdiam sebentar. Aku sekadar menarik nafas dalam-dalam. "Ntah la zah.." Itu sahajalah jawapanku. Esok keputusanku perlu diberikan. Aku masih lagi bingung. Hidupku selepas berkahwin bergantung kepada lelaki yang akan aku kahwini ini. Bahagiakah aku hidup bersama Azmi? Atau dengan Hisham? Aku memegang perutku. Anak aku! Aku mahu dia mengikut wajah kacak Hisham. Aku tergelak sendiri. Ke situ pula fikiranku ini. Ah..Biarlah..esok..apa sahaja yang terkeluar daripada mulutku ini, itulah jawapanku. Terlalu sukar untuk aku berfikir dengan logic akalku. Sudah masanya untuk aku bertawakkal..Ya Rabbi..Bantulah hambaMu ini..Berikanlah yang terbaik buat diriku.. Aku memandang wajah emak yang penuh harapan pagi itu. Aku membuka mulut untuk menjawab. Tapi tiada perkataan yang keluar. Dalam aku termanggu-manggu itu, terdengar pula orang memberi salam. Lega sedikit aku melihat emak bangun membuka pintu. Kelegaan aku Cuma seminit dua sahaja. Aku bagaikan hendak menangis melihat kelibat Kak Ilya berjalan menuju ke arahku. Di duduk di kerusi meja berhadapanku setelah bersalam denganku. Aku tidak berani memandang matanya. "Ni lah ni Ilya..tengah bertanya dia la ni..Diam je dianya. Uk-ak uk-ak dari tadi. Tak tau la .." kata emak sambil memandang Kak Ilya dengan pandangan yang aku sendiri tak pasti sama ada emak sedang membela aku atau memaksaku. Kak Ilya Cuma tersenyum memandangku. Wajah kelatku aku paksakan juga membalas senyuman itu. "Diam tu tanda dia dah setuju kot!" kata Kak Ilya dengan senyuman yang makin melebar. Dadaku berdebar-debar mendengar kata-kata Kak Ilya tadi. "Emm..emm.." Aku cuba berkata-kata. Mungkin lebih baik kalau aku meminta seminggu lagi tempoh untuk aku berfikir. "Ha!macam tu lah tadi..tak lepas dia nak bercakap..Ana nak cakap..cuba cakap betul-betul kat mak sayang.." pujuk emak lembut. "Dia malu tu..sebab tu diam tu.. Setuju lah tu maknanya tu makcik.." Kata Kak Ilya dengan senang hati. Emak ketawa mendengar kata-kata Kak Ilya. Emak memandangku sambil tersenyum. "Setuju ye Sayang!" pujuk emak meminta aku mengiyakan. Aku tunduk memandang lantai. Hendak berkata-kata tapi tak mampu. Hendak menangis malu pula pada Kak Ilya. "Ha!setujulah tu makcik!Insya-Allah berbesan la kita!" Gembira sungguh suara Kak Ilya. Aku menelan air liur dengan begitu payah mendengarnya. "Lepas ni kena panggil Kak Ilya emak tau Na.." Kata Kak Ilya lagi. "Ana ni malu sangat ni..macam anak-anak dara dulu-dulu..pemalu..bagusla makcik..Bukan macam budak-budak sekarang ni.. Berdua sana-sini tak malu langsung." Sambung Kak Ilya lagi. Emak pula beriya mengiyakannya. "Emm!Ana masuk dulu la mak, kak.." kataku pada emak dan Kak Ilya yang masih asyik bersembang. "Masuklah Ana..Mak nak berbincang sikit dengan bakal mak mentua Ana ni",balas emak. Aku terus berlalu selepas bersalam dengan Kak Ilya. Perasaanku terlalu sukar untuk aku sendiri tafsirkan. Inilah takdirku. Air mataku mengalir deras di bilik. Kisah lama perlu aku lupakan. Masa depanku sudah menunjukkan bayangnya yang selama ini terlalu kabur kulihat. Cuma bayangnya yang aku lihat. Apakah warnanya tidak kupasti. Adakah ia ceria dan membahagiakan atau adakah ia suram dan menyeksakan. Aku memandang wajahku di cermin. Cuba tersenyum. Inilah wasiat abah yang akan aku tunaikan. Untuk Abah. Tak perlu lagi aku membantah. Inilah keputusanku. Muktamad. Aku akan berusaha untuk membahagiakan diri dan keluargaku. Selebihnya aku bertawakkal kepada Allah. 2 hari selepas itu Kak Ilya menelefon emakku, meminta dipercepatkan sahaja tarikh perkahwinan kami. Kak Ilya meminta agar kenduri diadakan lebih kurang dua bulan dari sekarang. Kak Ilya sendiri akan menguruskan urusan perkahwinan kami. Aku terkejut sungguh mendengarnya dari emak. Cepat sungguh! Aku belum bersedia! Tapi emak bagai tidak mahu mengalah lagi denganku. Serba-salah sungguh aku dibuat emak. Kad jemputan yang berwarna keemasan telah diserahkan padaku semalam. Semua sahabatku aku jemput ke hari perkahwinanku.Izzah telah kukhabarkan awal-awal lagi, sebaik sahaja tarikh perkahwinanku ditetapkan. Dia bagaikan ingin menjerit mendengar berita yang aku sampaikan padanya. Air mata yang sudah hampir kering ini tumpah juga ketika menulis nama Hisham pada kad itu. Majlis perkahwinanku diuruskan oleh Pakcik Tamam,jiranku. Kak Ilya telah mengamanahkan tugas itu padanya. Katering Haji Zamani telah ditempah untuk jamuannya. Tugas aku dan emak Cuma menghias bilik pengantinku. Kak Ngah ada juga datang menolong. Tapi hampir setiap hari aku berulang-alik mengambil dan menghantar anak-anaknya menolongku apa-apa yang patut di rumah. Abang Long yang begitu sibuk pun mengambil cuti seminggu untuk pulang ke rumah untuk turut sama membantu. Anak-anak abang Long pun turut sama pulang. Maklumlah..cuti sekolah..Izzah datang 2 hari lebih awal. Dia telah kupilih sebagai pengapitku. Pagi bulan September itu telah menyaksikan aku dinikahkan dengan Mohd Azmi bin Idris. Aku memakai serba putih ketika akad nikah dan upacara akad nikah. Ucapan akad Azmi aku dengar dengan teliti. Aku mencium tangan Azmi dengan satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Dahiku dikucup Azmi lembut. Abang Li, jurugambar itu tidak habis-habis mengusik kami. Menyuruh berposing beginilah..begitulah..Aduhh!letih sungguh aku. Ramai juga kawan-kawanku yang datang. Intan, Semah dan Zizi turut sama hadir. Aku cuba juga mencari-cari Hisham. Hanya Hanif sahaja yang aku nampak. Masih ada rindu yang terpalit buat Hisham meskipun hatiku ini dilukainya. Aku tahu dia terlalu sedih dengan keputusan keluarganya. Itulah apa yang diberitahu Hanif. Tapi dia tidak sekali-kali mahu menentang keputusan keluarganya. Aku tahu dia anak harapan keluarga. Aku tahu dia anak yang patuh dan taat. Tapi aku juga tahu dia tak mampu menyayangi diriku seperti ibu bapaku menyayangiku. Aku juga tahu keluarganya jauh lebih penting dariku. Mungkin kasihku pada Azmi masih terlalu sedikit, tapi aku yakin dengan kasih nya untukku. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..Malam itu aku duduk di katil memerhatikan bilikku yang dihias indah itu. Sungguh aku tidak menyangka..Begini akhirnya episod kesedihan hatiku. Aku berdoa kepada Allah agar kehidupanku akan berubah selepas ini, berubah menjadi kembali ceria seperti dulu-dulu..seperti ketika abah masih ada untuk membelaiku.. "..Apa yang isteri abang menungkan tu.."ujar Azmi lalu duduk di sebelahku. Aku tersenyum memandangnya. Tidak sedar pula aku akan kehadirannya tadi. "Tak ada apa.."kataku malu-malu. Azmi memegang tanganku dan membelai rambutku yang melepasi bahu itu. "Cantik isteri abang!" "Abang..Ana minta maaf kalau sebelum-sebelum ni ana ada buat silap banyak pada abang.." "Itulah..ana kena tebus balik ni..Dah remuk hati abang masa ana minta putus tunang dulu" Aku tertawa mendengarnya. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu Azmi. Rambutku dibelai lembut. Aku terasa disayangi.. **************************************************************************************************** Luqman Hakim bin Mohd Azmi telah selamat kulahirkan 2 hari lepas, genap setahun selepas perkahwinanku dengan calon pilihan abah itu. Alhamdulillah! Suamiku orang paling gembira menyambut kedatangan ahli baru itu. Tapi hari ini, aku benar-benar rindukan abah. Kalau abah masih ada, pasti dia akan gembira sekali melihat anak kesayangannya ini sudah punya anak sendiri! Aku melihat Luqman yang sedang nyenyak tidur. Azmi telah keluar bersolat maghrib di masjid tadi. Kak Salmi masih di dapur. Kak Salmi itu pembantu rumahku. Selalunya, dia Cuma datang pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang. Tapi aku baru sahaja lepas bersalin , jadi dia bermalam beberapa hari di rumahku. Aku mencium Luqman yang masih merah itu. Aku benar-benar rindukan abah. Wajah Luqman ini seakan-akan menyerupai abah. Aku teringatkan album gambar yang dipenuhi gambar-gambar aku bersama abah sejak kecil hinggalah besar. Entah di mana aku meletakkannya setelah aku bergaduh dengan abah dulu. Entah kenapa aku begitu bodoh melawan cakap abah dahulu sehingga tak sempat aku memohon maaf sebelum dia pulang pangkuan Ilahi. Air mata aku mengalir. Aku terlalu rindukan abah. "Ana!kenapa ni.." soal emak yang baru masuk ke bilik dengan telekungnya itu. "mak, mak ada nampak tak album warna biru yang ada gambar-gambar lama ana dengan abah dulu?" "Mak tak ingat lah ana..Nanti mak cari dalam almari lama dalam bilik mak tu. Mak rasa ada arwah abah belek-belek album tu sebelum dia meninggal." "tak pa lah mak, ana cari sendiri ye mak.." Aku bangun perlahan-lahan dan menuju ke bilik emak membuka almari usang itu. Penat juga aku meraba-raba mencari. Akhirnya aku ternampak album itu, lantas mencapainya dan kembali ke bilik. Aku berbaring di sebelah Luqman sambil membelek helai demi helai. Air mataku tidak putus-putus mengalir melihat abah mendukungku ketika kecil, membawa aku naik motor petang-petang. Aku tergelak kecil melihat gambarku dengan uniform skirt ketika darjah satu, menerima hadiah nombor satu dalam darjah dari abah sendiri kerana ketika itu abah PIBG sekolahku. Abah bergambar segak di sisiku memegang piala anugerah kanak-kanak terbaik peringkat negeri Kedah. Abah memeluk aku yang kesedihan ketika menghantar aku ke sekolah asrama. Wajah bangga abah ketika aku dinobatkan johan pertandingan pidato peringkat negeri. Wajah sedih abah menghantar aku di airport ketika tahun pertama. Abah ada di sisiku dalam setiap detik sejarahku. Di masa sedih dan gembiraku. Abah!Maafkan kesalahan ana..Ana sayangkan abah.. Di muka akhir helaian itu aku ternampak satu sampul surat cokelat yang masih kemas terselit di poket belakang album itu. Sampul apa pula ini? Lantas aku mengeluarkannya. ‘Buat anak manja abah, Ana’ Apa terpaku sebentar. Rasanya belum pernah kubaca surat ini. Perlahan-lahan aku membukanya. Aku lihat tulisan jawi abah bertarikh 17 Mac 2004. 2 hari sebelum abah pergi. Air mata aku mengalir deras. Aku bangun mengalas bantal dan menyandar di kepala katil lalu membaca surat abah. " anak manja abah, Semasa ana baca surat abah ni, abah sendiri tak tahu abah masih ada lagi di dunia ini. Abah berasa sedikit kurang sihat akhir-akhir ini. Abah tinggalkan surat ini untuk menyatakan sesuatu pada ana supaya ana tak salah faham pada abah. Abah tinggalkan surat ini dalam album ini sebab abah tahu, kalau ana buka album ini, maknanya ana sedang teringat pada abah. Abah pun sedang teringatkan ana sekarang. Sejak kecil, abah menatang ana dan abah sayang sungguh-sungguh pada ana. Ana anak manja abah kan!Abang Long ana dan Kak Ngah ana tu abah tengok terlalu sibuk dengan kerja masing-masing. Abah risau sungguh andai kata abah pergi dalam saat-saat terdekat ini, tiada siapa yang akan menjaga Ana dan mak. Abah tahu anak abah boleh berdikari, tapi abah tak mampu melihat anak abah susah. Abah pilihkan Azmi untuk ana kerana abah kenal Azmi sejak dia kecil, sehinggalah dia besar. Abah percayakan Azmi. Padanya abah amanahkan untuk menjaga ana, sebagai mengganti abah nanti. Ana, bukan niat abah mahu melihat ana bersedih. Abah Cuma mahu yang terbaik untuk anak abah seorang ini. Abah minta maaf kalau abah membuat ana sedih. Abah sayangkan ana. Abah sudah maafkan segala salah silap ana, dan menghalalkan segala nya untuk ana. Ana, jaga diri baik-baik. Jadilah anak yang solehah. Tengok-tengokkan mak ana nanti. Jadilah isteri yang solehah. Sesungguhnya isteri yang solehah itu perhiasan dunia yang terbaik. Jadilah ibu yang solehah. Jaga anak-anak ana nanti baik-baik supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, boleh mendoakan ana nanti. Abah sentiasa doakan kesejahteraan ana dunia akhirat" Salam dari abah. Abah. Aku menangis semahu-mahunya. Perlahan-lahan aku lipat surat itu. Abah..Ana sayangkan abah..Abah, ampunkan ana abah. Ana rindukan abah.. "Sayang, kenapa ni?" Azmi yang baru pulang dari masjid cemas melihat aku begitu. Dia memegang bahu dan tanganku. Disapunya air mata yang tak henti-henti mengalir. Aku memeluk Azmi dan menghulurkan surat itu pada Azmi. Dia lantas membaca surat itu. Aku lihat mata Azmi berkaca-kaca. Dia melipat semula surat itu dan memasukkannya ke dalam sampul. "Ana jumpa dalam album ni ke.." soal Azmi. Aku mengangguk-angguk perlahan. Azmi menyelitkan sampul itu di dalam album lalu melatakkannya di meja kecil sebelah katil. "Sabarlah sayang,..jangan menangis..Abang ada ni kan..Insya-Allah abang akan jaga mak, ana dan anak-anak kita dengan sebaik yang mungkin selagi abang termampu.." Aku masih teresak-esak. Dipeluknya aku erat dan disapu-sapu air mataku. "Sudah lah tu..Kalau abah ada, mesti dia tak suka ana menangis macam ni..Ana kan anak manja abah.." Kata Azmi memujukku. Aku tersenyum sedikit. "Tu!malu kat Luqman. Ummi dia menangis lagi dasyat dari dia" kata Azmi sambil tersenyum melihat Luqman yang masih nyenyak di sebelahku. Aku tergelak mendengar usikan Azmi itu. "Abang..abang tau tak..Abang calon pilihan abah paling tepat" kataku sambil memandang wajah suamiku itu. Dia merenung wajahku dalam-dalam. "dan ana calon pilihan Pakcik Nuar yang paling tepat untuk abang..Calon paling kuat merajuk, paling kuat menangis, paling degil, paling mengada-ngada!semua cukup" kata Azmi sambil memicit hidungku. "Abang ni!!!" Aku bahagia sekali kini..Alhamdulillah!Terima kasih abah..Ana sayang abah! Ana janji akan jadi isteri dan ummi yang baik. Ana akan jadikan abah contoh untuk anak-anak Ana. Hisham sudah lama pergi dari hidupku. Episod cintaku dengan Hisham sudah berlalu. Aku tahu betapa dia masih sayangkan aku. Dia pergi dari Ireland dan menetap di Amerika semata-mata untuk lupakan aku. Tapi dia tak mampu mempertahankan dirinya di hadapan keluarga sendiri, apatah lagi mempertahankan diriku. Kata Izzah,Hisham sudah pun ditunangkan dengan anak sahabat keluarganya. Aku mendoakan kebahagiaan buat Hisham, sahabatku yang telah banyak membantu dan mengajarku. Sesungguhnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah..Jodohku dengan Azmi, suamiku yang tercinta ini..adalah yang terbaik buatku, yang membahagiakan aku dengan kasih dan cinta yang mencurah-curah buatku. Pertemuanku dengan Hisham pula adalah satu persinggahan sebentar sebagai mengajarku erti kehidupan. Kini aku bahagia bersama Azmi dan Luqman. Keluarga kecil yang kami bina sudah cukup menceriakan hidupku. Abah..Terima kasih abah! Terima kasih atas segala-galanya. Kerana menjaga dan mendidikku dari kecil hingga dewasa. Kerana menyatukan aku dengan suamiku. Kerana mengampunkan kesalahan anakmu yang berdosa ini.Ya Allah!Aku bersyukur padaMu..Setiap ujian yang mendatang..pasti ada hikmah dan rahmat yang melimpah menanti! Alhamdulillah! -The End!- Mohon maaf sangat2 atas kelewatan ini!! Soriiii sangat2! n sori coz episod akhir ni panjang sangat. | |||
insan_solehah |
Posting pada: 05-08-04 02:10
ok ini cerita terakhir dia minta maaf saya tolong k zilal jer mingkin dia sibuk kot untuk hantar sambungan cerita ini
oklah kalau saya ada buat silap minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki | |||
Usmad |
Posting pada: 05-08-04 18:17
WAhhhhh habi gak akhirnya. Cerpan yang menarik tak nak koleksikanke. Jual buat menampung kos Komuniti
| |||
zilal |
Posting pada: 07-08-04 15:35 hehehe tq to insan_solehah akak pon mmg sgt busy skrg nih... jarang² skali dpt surfing... anyway...enjoy! | |||
alfaqierah |
Posting pada: 08-08-04 01:19 Alhamdulillah..penantian berakhir jua Calon Pilihan Abah melabuhkan tirai dgn suatu episod pengakhiran yang baik sekali. Terima kasih sbb sudi berkongsi cerpen disini. Seronok membacanya! ilalliqa' | |||
nur_malam99 |
Posting pada: 08-08-04 12:51 | |||
ismi_atikah |
Posting pada: 08-08-04 16:08 | |||
muslimah_87 |
Posting pada: 21-08-04 00:54 | |||
zilal |
Posting pada: 26-08-04 21:19 erkk...akak nih bakat menulis kureng sket... kan akak dah ckp mase first posting dulu... Cerpen nih bukan akak yg tulih...just nak share ngan sahabat di Ukhwah then I pastekan kat sini... Emm akak ader satu lagi cerpen...eh bukan novel lah kirenye yg nih nak di share ngan sahabat di Ukhwah, atau maybe dah ade yg mengikuti e-novel nih...so enjoy! Relevankah Aku Di Hatimu | |||
humairatulhusna |
Posting pada: 15-10-04 07:34 | |||
intan3103 |
Posting pada: 18-10-04 09:49
cerpen nie bebetul besh la... sampai boleh keluar air mate ana dibuatnye...
tapi sememangnye, setiap ape yang berlaku itu ade hikmah disebaliknye... ----------------- ~ DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita pulang.. ~ | |||
norsha |
Posting pada: 18-10-04 12:50 | |||
amier_hafizun |
Posting pada: 18-10-04 13:13 | |||
safiyyhannan |
Posting pada: 18-10-04 14:50 | |||
srikandihati |
Posting pada: 18-10-04 16:11
Erm...xtau nak komen apa..tapi cerpen ni best...tq akthi zilal...berpinar2 mata menghabiskannya...
----------------- " aku menyintai mu krn agama yg ada pada mu, sekiranya kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku pada mu" | |||
ibnuyahya |
Posting pada: 18-10-04 22:24 | |||
khaulah_alazwar |
Posting pada: 19-10-04 14:01
Mudah-mudahan ada manfaatnya kepada kita semua..setiap perkara yang terjadi adakalanya ia suatu ujian..tetapi setiap ujian pasti ada hikmahnya...
| |||
bilqisirdina |
Posting pada: 19-10-04 15:01
Kak zilal, boleh tak nak tahu, dari mana sumber akak dapatkan citer ni, very nice story, cumer saya rasa macam citer ni a true story. n identiti ana tu most 70% like my friend yang dah lama terputus hubungan..... kalau macam privacy sgt, just ym saya, anyway tq banyak2
I'm waiting for your msg..... | |||
izzul_islam |
Posting pada: 19-10-04 15:52 | |||
izzul_islam |
Posting pada: 19-10-04 15:52 | |||
virtualmovement |
Posting pada: 19-10-04 16:50 | |||
apple85 |
Posting pada: 20-10-04 08:02
Alhamdulillah.......
NASIB BAIK WAKTU SYE BACE CITENYE DAH COMPLETE SUMENYE.... kalu tak haru nk kena tunggu .... nway cite yg best... | |||
abuyaa |
Posting pada: 20-10-04 11:37 |
Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |