Oleh |
rizal hafizuddin |
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 06-05-04 08:43
insya-allah yukimura akan post citer2 pasal rizal hafizuddin. ni karya original so harap sgt le xde sahabat yg copy paste tanpa kebenaran hamba (dan xletak nama hamba sebagai penulisnya).
walau mungkin xsebest mana, ni lah hasil karya hamba,
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 06-05-04 08:52
Rizal Hafizuddin- prologue
Rizal masih lagi tersedu-sedu semasa Kak Iza datang. Bahunya bergegar dengan sedu sedannya. Dua jam menangis namun amarahnya belum mahu surut, terkilannya masih lagi terasa, suara abah masih lagi terngiang-ngiang.
“Ijal...mari balik...” lembut suara Kak Iza.
Diam. Tiada balasan. Dangau buruk itu bagai tidak menyimpan sesiapa di dalamnya. Kak Iza memang sudah masak dengan sikap degil adiknya. Katanya jarang mainan. Perlahan Kak Iza melangkah masuk.
“Ijal, sudah le tu Jal...jom balik. Dah maghrib pun. Nanti nyamuk gigit.”
Hati budak Rizal masih membentak. “Nyamuk pun nyamuk la! Ijal tak nak balik!”
“Mari la Jal...” pujuk Kak Iza lagi, “Temankan akak balik, akak tak berani la balik sorang-sorang...”
Setelah sekian lama barulah wajahnya diangkat dari lutut. Terusik jugak hati kerasnya mendengar kakaknya merayu. Matanya nyata tersembul lebam, bagai orang tak tidur semalaman. Terkebil-kebil kanak-kanak itu menatap dunia yang semakin kelam.
“Ya Allah, Jal!” Kak Iza tersentuh melihat keadaan adiknya. Di peluk satu-satunya adiknya itu.
“Abah benci kat Jal!”
‘Astagfirullah. Mana mungkin abah benci kat Jal. Sayangnya lebih dari akak. Kadang-kadang akak pun irihati dengan Jal.’ Mahu saja dihambur begitu.
“Dah la Jal. Jangan merajuk lagi. Abah tak marah Jal. Dia sayang Jal lebih dari dia sayang kakak tau.” Naluri keibuannya yang tersentuh hampir melahirkan butir-butir jernih di mata. Di tahannya sedaya upaya.
“Habis kenapa Abah pukul Jal!”
“Abah pukul sebab sayang kat Jal. Abah pukul sebab Ijal degil. Ijal tak nak solat asar ye?”
Rizal angguk. “Kawan Jal Alif, Zam pun tak solat. Tapi diorang tak pun kena pukul!” Balas logik akalnya. Itulah juga katanya pada Abah yang membuatkan Abah hilang sabar. Getah paip abah rentap, abah hayun ke belakang Rizal. Berkali getah itu menyapa kulitnya hingga calar-balar namun lidahnya keras untuk meminta ampun.
“Rizal...kan solat tu kewajipan kita kat Tuhan. Hari-hari Tuhan kasi nikmat kat kita sebab dia sayang kita. Solat tu tanda sayang kita kat Tuhan pulak.”
Diam lagi.
“Ijal pernah bayar ke setiap nafas jal sedut? Ijal pernah bayar setiap kali nak tidur? Mengantuk tu pun nikmat tau!”
Kak Ija menghembus nafas lega melihat adiknya tak lagi membangkang. Tak lagi menjawab. Apakah Rizal faham hujahnya atau dia sudah kepenatan?
“Balik ye Jal..?” tanya Kak Ija penuh harapan. Hatinya terasa lapang apabila Rizal mengangguk setuju.
Matahari hampir tak kelihatan lagi. Jalan yang belum bertar itu terasa begitu kelam tanpa sebarang lampu jalan. Yang tampak ketara hanya petak-petak sawah digarisi saki baki cahaya senja.
“Kak..?” suara si adik memecah kesepian.
“Kenapa?”
“Akak kata kalau kita solat Tuhan sayang kita...” Rizal mendongak ke akaknya.
“Memanglah.”
“Habis tu kenapa kita ni miskin kak? Alif tu tak pernah solat pun tapi keluarga dia kaya?”
Di bawah kemalapan sinar senja Rizal nampak bibir ayu kakaknya tersenyum. Mata cantiknya redup merenungnya.
“Kaya tu tak semestinya tanda Tuhan sayang kita. Orang yang Tuhan sayang, hati dia akan tenang... Ada masaalah ke, tak de masaalah ke. Ada duit ke, tak de duit ke...”
Kalaulah Rizal sentiasa ingat kata-kata itu selepas mereka semua semua pergi. Ibu, abah dan kakak Iza...
© written by rizal hafizuddin (@ sanada_yukimura)
copywrite presevered!
[ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2004-05-06 08:53 ]
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 06-05-04 10:30
copyright salah tulis
preserved pun sama! bi kalau xpolish macam ni la.
gomenasai! [ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2004-05-06 10:42 ]
|
selasih_muara
Warga Rasmi Menyertai: 11.11.2003 Ahli No: 5051
Posting: 17
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 06-05-04 11:40
Assalammualaikum...
Memang ada bakat untuk menulis serta bijak menyusun ayat .Macam pengkritik filem pulak ana ni....
Teruskan usaha untuk mengasah bakat buat saudara sanada_yukimura.
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 06-05-04 16:44
Dari diari Rizal Hafizuddin 2002-2004
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10:59:38 PM
Rabu, 21 April 2002
Entah apalah agaknya nasib aku hari ni, setelah hampir satu semester aku berjaya mengelak dari berada at least semeter jauh darinya, hari ni aku gagal. Aku menyumpah-nyumpah dalam hati kerana bangun lewat pagi ni. Apapun aku sudah terperangkap dan tidak berpeluang untuk melarikan diri. Tiada lagi meja lain yang kosong melainkan disitu...
Hatiku sedikit bergetar dalam langkahan. Adakah aku takut? Ceh! Tak mungkin Rizal Hafizuddin takut pada seorang perempuan! Walau apapun, sikap aku yang sedikit lain pada rakan sekelas ku ini berbanding student perempuan yang lain sudah dihidu Hafiz. Dari seberang kelas dia tampak senang tersenyum.
Aku berdehem perlahan ketika mengambil tempat sambil cuba-cuba mencuri perhatian dari wajah classmate aku tu. Matanya berlabuh seketika, sedikit tersenyum.
"Dah lama ke start?" sengaja aku 'stone'kan muka ketika bertanya. Acuh tak acuh.
"Itulah... lain kali datang 'awal' lagi.....! Entah-entah tak mandi lagi..." bibir Fatin Syahira melentur lebar.
Aku sedikit tersentap. Bukan aku marah atau terasa, aku sedar nadanya adalah nada menyakat. Cuma selalunya aku yang menyakat orang dahulu, tak sangka classmate yang paling jarang aku tegur ni akan menyakat aku.
"Tak mandi pun tak kisah, asalkan hensem.." aku mengangkat kening. Berderai tawa kecil Fatin Syahira dibawah rangkul jejarinya. Entah apa yg kelakar sangat tu aku pun tak tau, ( betul la apa aku cakap tu apa! ) tapi itu la yang aku membuatkan aku terpesona pada Fatin Syahira, membuatkan aku respect...
“Ada masaalah ke Rizal?” perli Madam Aina tiba-tiba.
Aku kaget manakala wajah Fatin Syahira kulihat bertukar rona merah.
“Saya tak faham le Madam,” kataku cuba meng‘cover line’.
Wajah Madam kembali ke keadaan professionalnya. Lekuk dipipinya hilang, pandangannya bertukar serious.
“Part mana tu awak tak faham?”
“Saya tak berapa faham la macam mana Madam convert first equation tu jadi yang second …”
“Itulah…lain kali datang awal. Tak de la terkapai2 je!” lesung pipit Madam muncul kembali. Aku sekadar tersengih. Mujur le dia terus kembali ke thermo equation one selepas itu untuk melayan soalanku tadi. Aku memang rapat dengan Madam jadi tahu sangatlah macam mana hendak menukar topik.
Aku dapat lihat sedikit perubahan pada wajah Fatin Syahira sepanjang kelas. Matanya direct ke projection transparency Madam di depan. Sedikit sebanyak aku terfikir, apa agaknya dalam fikiran dia.
"Rizal, camna nak dapatkan nilai Qh?"
Aku tersentap. Aku tidak sedar bahawa aku mengelamun rupanya!
Dengan lagak seolah-olah agak busy memberi perhatian pada projection dihadapan, aku menyoal kembali, acuh tak acuh,
"Mmm......apa yang Fatin tanya tadi?"
Aku sememangnya terror berlakon! Fatin Syahira merenungku dengan mata luas seketika.
“Maaf…” katanya sebelum tertawa lagi. Bersungguh-sungguh dia cuba menutup bibirnya dengan jejari.
”Peliknya dia ni…” fikirku dalam hati. Asyik gelak je…Memang style dia macam tu ke… tak pun…? Apa pun itu adalah petanda yang baik.
“Apa yang kelakar sangat…?”
“Maaf…” sekali lagi keluar perkataan ‘maaf’ dari bibir Fatin Syahira. “Awak la orang first panggil saya nama ‘Fatin’…”
Otakku ligat mencari ayat. Senang sangat kalau nak puji dia, tapi bukan style aku puji-puji perempuan.
“Nak buat camne. Nama awak memang best.” Aku kecewa dengan kata-kata aku sendiri. “Fuuuh…”aku hembus nafas slow-slow. Ish, ish, kena kenakan dia balik ni... “Tapi………Nama je lawa pun…orangnya tak lawa mana…”
“Tak lawa?” Fatin Syahira senyum meleret. “Ye la siapa la saya… Abis tu macam ne nak dapatkan Qh?”
Aku tersengih. “Ambil dari jadual la…”
“Nilai Tc pulak?”
Aku garu kepala yang tak gatal. “Itu susah
sikit nak terang…Nanti la… Tanya Madam Aina tak nak!”
“Kan dia dah terangkan dua kali tadi. Ira tak faham lagi la…”
Perbualan kami habis begitu saja. Sampai sekarang aku still tak boleh lupa bait-bait Fatin Syahira. “Tak lawa?” … “Siapa la saya…” Kalau le orang macam dia masih tak dapat penuhi ‘kriteria lawa’ aku, tak tau le sapa lagik kat dunia ni yang boleh. Hm… perkataan ‘lawa’ tak tepat sebenarnya. The correct word is ‘indah’. Budi bahasanya memang tak dapat di challenge mana gadis yang pernah aku kenal. Di kampus atau di mana saja. Sungguh, aku terlalu respect dia. Aku terlalu respect dia untuk suka pada dia. Entah apalah agaknya hari-hari esok bawak kat aku…? Siapa tahu?
Copyright © 2004 Rizal Hafizuddin
[ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2004-05-06 17:00 ]
|
nurul_peace
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8179
Posting: 149
|
Posting pada: 07-05-04 12:35
eh eh eh...konpius..yg atas tuh smbungan yg diari ker??erm..dua2 best aper..leh jd eng yg berbakat dlm penulisan..okies..bes per..nih diari btul ker?? hehehe..ok..teruskan penulisan anda..wassalam
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 07-05-04 12:51
arigato' nurul_peace and selasih_muara !
yg atas tu intro je. yukimura cuba nak ceritakan cite hidup rizal hafizuddin ni dlm bentuk diari dan flashback.
berikan komen membina okeh!
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 07-05-04 14:48
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10:51:56 PM
Jumaat, 23 April 2002
Kata abang sepupu aku, hidup ni macam beli durian la, walau macam mana terrer kita cium, kita belek pun, kalau tak bawak balik rumah, bukak, rasa tengok, belum tentu lagi sedap isi dia.
He… ntah apa-apa abang Faiz ni. Mengarut je falsampah dia. Kebanyakannya tak masuk dek akal aku. Tapi dia punya nasihat jugak yang banyak bantu aku selama ni, especially zaman universiti ni. Zaman akhir keremajaan...
Well, hari ni aku berjaya siapkan lima assignment skaligus. Dengan cost satu kuliah miss.
Erk! Kuliah Madam Aina pulak tu. Tak kira le kamcing macam mana pun aku dengan dia, kalau ponteng kelas memang tak de peluang punya. Mesti kena pancung abis-abis.
Mungkin ni la cakap orang, dah la jatuh, tersembam atas muka lak tu. Waktu aku tengah kena fire gila-gila petang tadi (sebab antar assignment lepas kul dua belas dan ‘ter’ponteng kelas dia) waktu tu la si Fatin Syahira datang nak tanya soalan kat Madam.
Madam punya muncung pun tak hilang lagi sebab anak murid favorite dia tak pergi kelas. Datang pulak Fatin Syahira membimbit fail birunya tersenyum-senyum. Waktu macam tu pun aku nampak Fatin Syahira sweet lagi.
“Syahira yang datang kelas pun boleh hantar assignment on time! Lima hari tu tak cukup ke nak buat assignment yang saya kasi, Rizal…?! Student perempuan semuanya dah hantar, termasuk Azlin. Teruk betul la student-student lelaki ni!”
Bosan betul kalau Madam bangkitkan bab gender ni. Tapi betul ke ‘Azlin the notorious pemalas’ pun dah hantar? Teruk jugak la aku ni. Tapi Madam tak mungkin keluarkan isu gender tu kalau Fatin Syahira tak masuk tadi! Mahu saja aku tenung macam nak telan Fatin Syahira masa tu tapi tak jadi pulak sebab memang bukan salah dia pun.
Dia yang barangkali nampak reaksi muka aku spontan jadi gelisah. Jarinya bermain dengan hujung failnya.
“Diorang suruh junior buatkan Madam…” aku cuba berseloroh.
Anak mata Fatin Syahira mengecil. Matanya membulat. Ekpresi wajahnya seolah berkata, “betul ke apa yang saya dengar ni?” Aku nampak setiap perubahan itu dengan nyata kerna dia hanya berdiri bersebelahan dengan kerusi yang kududuki.
“Ye la tu…! Habis kenapa awak tak suruh junior awak buatkan pulak?” bidas Madam.
Aku hampir mati kata-kata. “Er… saya kan jujur…? Tak original la nanti,” aku buat muka innocent yang entah jadi entah tidak. Masa tu, aku sudah hampir putus asa. Tak tahu macam mana nak tamatkan sesi dengan madam yang dekat 20 minit tu. Punggung pun dah kebas.
“Madam, saya… err… kitorang, ada kelas MetaPhysics sekarang…”
Serta-merta kepala aku terpanggung macam ayam nak berkokok. Giliran aku pula dikejutkan Fatin Syahira. Mata Fatin Syahira menyuruh aku diam, akur.
“Kamu ada kelas? Awak ada apa nak tanya saya, Syahira? Saya mintak maaf sebab tak layan awak tadi.”
“Takpe la Madam. Nanti saya free saya datang lagi. Saya mintak diri dulu…”
Aku masih terjelepok lagi diatas kerusi, tidak pasti nak turut Fatin Syahira atau tidak.
“Hah, tunggu apa lagi? Nanti kelas Prof. Farhan pun awak ponteng…” perli Madam.
Aku keluar dengan wajah suram selepas mengucapkan sebuah terima kasih yang tawar pada Madam. Serba tak faham apa yang telah berlaku. Petang tadi memang tak de kelas dah so aku fikir ada baiknya aku balik dan tidur dari pikirkan…
“Rizal…”
Rupanya Fatin Syahira menungguku. Aku tak dapat tersenyum atau berjenaka kali ni.
“Kenapa?” Aku buat expression ‘malas nak layan’. Langsung tidak toleh kepada dia.
“Kenapa apa?” tanya Fatin Syahira sambil cuba mengikut rentak jalan ku yang relax.
“Kenapa tipu Madam?”
Fatin Syahira diam. Dia tahu aku marah. Buat beberapa ketika tiada kata kedengaran. Sunyinya mengerikan.
“Fatin nak balik hostel jugak ke?” Aku memancing ayat. Padahal memang dah terang lagi bersuluh.
Fatin Syahira memandang ke arah aku. Diangguk kepala macam orang bisu. Macam orang dungu pulak aku tengok. Kesian rasanya.
“Kata ada kelas Physic …?”
Melihatkan aku tersengih Fatin Syahira pun tertawa kecil.
“Kalau saya tak tolong Rizal tadi, tentu setengah jam Rizal kat situ! Ye la student kesayangan Madam Aina tak datang kelas…”
Aku baru nak menjawab bila dia mencelah, “Bila Rizal nak kotakan janji Rizal?”
“Janji apa pulak…?”
“Kata nak ajar Ira hari tu!”
“Ooo… tu… nanti le bila-bila...”
“Dari hari tu lagi Rizal kata bila-bila!”
“Petang ni tak boleh, saya ada keje,” walhal keje aku nak sambung tido dua jam setengah yang tertangguh semalam. “Macam ni, lepas kelas PetroChem minggu depan ada free 3 jam kan? Masa tu la…”
“Ala…hari ni la! Tadi saya nak pegi jumpa Madam pasal tu la. Rizal pulak menyibuk kat situ!”
Aku ukir senyuman yang membuatkan dia terdiam. “Hari selasa depan lepas kelas Petro, final offer. Nak ke tak?”
Dan seperti kata Bro Hafiz dan seperti juga pengalaman aku yang lepas-lepas, Fatin Syahira akur. Tapi yang aku masih tak puas hati sampai sekarang ni, kenapa dia perlu tipu tadi? Memang bagi orang lain benda tu cuma perkara kecik saja tapi bila yang melakukannya adalah Fatin Syahira, aku tak boleh terima.
Dan yang paling membingungkan aku adalah perkataan “kalau saya tak tolong awak tadi…”
Copyright © 2004 Rizal Hafizuddin [ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2005-05-15 05:37 ]
|
adila
Warga Rasmi Menyertai: 14.04.2004 Ahli No: 8383
Posting: 3
|
Posting pada: 10-05-04 02:09
best gak citer nie....x sangka awk mmg berbakat... well...semoga awk akan berjaya...bye...
|
IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM
|
Posting pada: 11-05-04 16:38
erm best gak citer nihh..... biler nak smbung lagi???
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 11-05-04 18:46
lor ada gak org baca, igt org tak minat. ye la sebab nama cerpennya laki
yukimura pun mmg igt nak post sambungannya tapi nanti sabo2 yek, sbb tgh prepare final skrang ni.
|
ain_filzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan
|
Posting pada: 12-05-04 10:08
best aa yukimura. permulaan yang berrentak perlahan, susunan ayat pun cantik n cerita yang what can i say... it's very interesting. forsure awal ke akhir best ni....
aiwah!
wassalam ----------------- tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan
|
nurul_peace
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8179
Posting: 149
|
Posting pada: 12-05-04 10:46
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 12-05-04 11:09
hm... byk supporter. nanti yukimura pertimbangkan. dah tulis, cuma malas nak post lagik. kasi nurul_peace berjanggut panjang skit...
|
nurul_peace
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8179
Posting: 149
|
Posting pada: 12-05-04 11:14
ooo....x per...kener kan kiter lak...ada lori ada bas...nanti kiter balas...
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 13-05-04 12:07
biarlah dunia ini menjadi sepi,
pedulikan jika ia mahu menjerit keriangan.
biar seorang demi seorang ku kenali selama ini pergi,
aku tetap ada hatiku untuk diserahkan pada Mu Tuhan..
rizal hafizuddin
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 14-05-04 16:00
flashback [pertengahan tahun 2000]
Rizal Hafizuddin- ‘first impression’
Ketika itu Rizal Hafizuddin baru saja turun dari bas Express dari Kedah. Penatnya tak payah dibahaskan. Sementara Rizal menunggu roomatenya Shah datang ambil dr kolej, Rizal capai senaskah The Star dan labuhkan punggung atas bangku-bangku sepi terminal one. Sungguhpun masa Rizal beli paper tu jam sudah kira-kira enam petang, tapi fikir Rizal tiada salahnya baca paper pagi tadi pun. Bukannya dah ‘basi’ kertas tu.
Ketika jarum jam sibuk berputar, Rizal terpandang akan seorang makcik tua berbangsa Cina. Jaraknya dalam beberapa meter dari bangku yang diduduki. Tersentuh Rizal akan gayanya. Memang nampak begitu uzur. Dengan baju lusuh, rambut tak terurus... dia benar-benar tak sangka ada manusia sebegitu dhaif di Malaysia ni. Tapi itulah hakikatnya, Rizal telah menyaksikan kedhaifan seorang wanita tua dengan matanya sendiri.
Sedikit sebanyak Rizal cuba mengelak dari kelihatan memerhati tapi matanya tergerak untuk mengekori gerak-geri makcik tersebut. Semakin lama semakin Rizal sayu. Maklumlah Rizal bukan berasal dari keluarga yang berada, walaupun keluarganya tak pernah pula melarat. Rizal juga tahu apa itu susahnya nak dapatkan sehelai baju baru. Untuk merasa makanan yang enak selain masakan mak.
Rizal perhatikan wanita tua itu mengeluarkan sekeping syiling entah dari mana. Barangkali dari kocek baju buruknya. Di tenungnya seketika dengan mata tuanya sebelum menghampiri seorang penjual minuman berdekatan. Syiling tadi di tunjuk-tunjuknya kepada penjual minuman itu, seorang lelaki dalam lingkungan tiga puluhan, sementara mulutnya mengomel sesuatu...
“Saya mau beli air...”
Menyirap darah Rizal tiba-tiba. Brader tu berlagak tidak faham. Buat-buat tidak dengar!
Betapa perasaan di hati Rizal Hafizuddin melihat seorang yang penampilannya saja sudah cukup mensayukan hati di hinakan sebegitu rupa. Mata makcik itu menyepet, tekaknya kelat meneguk air liur. Rizal duga dia ingin beralih dari situ tapi gelojak dahaga membawa ke cubaan seterusnya. Dengan denyutan jantung bertambah pantas sedikit, Rizal perhatikan gerak langkah lelaki kurang ajar itu. Apa reaksinya kali ni?
“Saya tak jual air sepuluh sen! Pergi...!”
Berdesing telinga Rizal. Kata-kata tu mungkin tak sekuat mana tapi cukup untuk membuat beberapa kepala berdekatan menoleh. Terasa seolah kata-kata itu di tujukan kepada dirinya!
‘Apalah salahnya brader tu kasi free saja air kat makcik tu? Berapa sen sangat dia nak rugi?! Luak ke air dalam bekas tu?’
Fikiran demi fikiran terus menerjah dengan berlalunya setiap detik. Namun Rizal masih membatu. Agaknya dia manusia dayus, atau mungkin dia hanya seorang pengecut. Tapi yang pasti dia hanya terpacak bodoh saja di atas bangku umpama patung McDonald yang memerhatikan sandiwara senja itu. Makcik tua terkebil-kebil membawa diri. Pasti dia pun tahu apa itu rasa malu.
‘Kejamnya brader tu...’
“Bang, saya hendak beli air oren...”
Entah kenapa Rizal sedikit terpanggil mengecam suara itu. Manisnya gadis bertudung labuh biru muda ni. Entah bila masanya dia muncul dihadapan si penjual air. Manisnya bukan pada wajahnya saja, tetapi yang lebih trampil nyata adalah lemah lembut setiap gerakannya. Saat itu Rizal sedar itu bukan pandangan pertamanya. Cuma sebelum ini Rizal tidak pernah mengambil pusing. Dalam benaknya terlintas, ‘kalau awek ni tau macammana brader ni layan makcik tadi dah tentu dia pun tak beli air kat situ’.
Betapa silapnya Rizal. Dan betapa terharunya dia. Pada saat-saat berikutnya dia telah jatuh cinta pada gadis bertudung labuh biru muda yang juga merupakan juniornya itu. Jatuh cinta apabila melihatkan gadis itu memberikan air yang di belinya tadi pada seorang makcik tua yang memegang duit sepuluh sen...
Copyright © 2004 Rizal Hafizuddin [ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2004-05-14 16:15 ]
|
nursolehah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.04.2004 Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc
|
Posting pada: 15-05-04 14:50
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 16-05-04 19:11
actually yukimura ada prob sikit.since cerpen ni gabungan dua gaya bahasa - flashback2 dgn style puitis skit, dan diari tu style informal skit. tapi dah jd pening skit sbb yukimura buat dua2 serentak. so sebarang komen tu dialu2alukan takut melarat2 lak gaya bahasa kang...
|
ain_filzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan
|
Posting pada: 18-05-04 10:51
yukimura, sambung lah cepat.dah excited ni nak tau cerita lanjut. kon he fatin syahira, kon he gadis bertudung labuh biru?
wassalam ----------------- tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan
|
cahayaketenangan
Warga Rasmi Menyertai: 26.04.2004 Ahli No: 8647
Posting: 13
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 18-05-04 17:47
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 18-05-04 18:54
Quote:
|
On 2004-05-18 10:51, ain_filzah wrote:
yukimura, sambung lah cepat.dah excited ni nak tau cerita lanjut. kon he fatin syahira, kon he gadis bertudung labuh biru?
wassalam
|
|
"kon he" tu ape? mcm bahasa hindustan je... maksud dia "siapa" ke?
sabo, sabo... dgn sabo baru dapat rasa nikmat sesuatu bende tu...
----------------- "as strong as the mountains, as bright as the sun, as cool as the wind"
[ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2004-05-18 18:56 ]
|
nurilyana
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4815
Posting: 142
Dari: Alor Setar
|
Posting pada: 18-05-04 19:13
wah...wah...wah...pandainyer dier tulih criter..
|
ain_filzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan
|
Posting pada: 19-05-04 15:10
ok... patik brsabo...
----------------- tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan
|
fatin_amani
Warga Rasmi Menyertai: 10.05.2004 Ahli No: 8904
Posting: 13
|
Posting pada: 20-05-04 11:25
ermm, best la citer nih..bile nk smbg yek??
apepun chaiyok2..
|
fatin_amani
Warga Rasmi Menyertai: 10.05.2004 Ahli No: 8904
Posting: 13
|
Posting pada: 20-05-04 11:26
ermm, best la citer nih..bile nk smbg yek??
apepun chaiyok2..
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 20-05-04 12:33
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 20-05-04 19:09
sorry for keeping everyone waiting!!
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 20-05-04 19:13
------------------------------------------------------------------------
11:07:17 PM
Isnin, 26 April 2002
Semalam aku mimpi abah. Sudah lama aku tak teringatkan abah tapi entah kenapa ketika terjaga awal pagi tadi aku terasa begitu sayu. Rasa macam nak menangis sorang-sorang. Aku tak ingat apa mimpinya tapi yang aku ingat hanya perasaan nak menangis sungguh-sungguh. Aku kuatkan jugak hati, dan seperti biasa aku pergi basuh muka, gosok gigi dan capai pen. Ini je yang dapat aku lakukan untuk kuatkan hati diwaktu aku terasa sendirian. Bukannya ada orang nak pujuk hati ni selain diri sendiri.
Aku cukup suka bangun awal2 pagi macam td. Suasananya lain, udaranya segar. Roomateku yang lain masih lagi pengsan kecuali si Shahrul. Shahrul awal lagi2 dah pergi ke surau. Bukan hari ni saja, hari2 dia kejut aku dan budak2 lain pukul lima setengah. Kalau dia balik surau tengok aku masih terbongkam je atas katil dia gerak lagi. Pagi tadi balik dari surau bila dia tanya samaada aku dah solat belum, free2 aku tipu sudah smayang. Dia yang betul bendul conform percaya. Cuma rasa bersalah dalam hati aku tak pernah hilang. Bila lah aku nak jadi macam ‘Rizal Hafizuddin’ yang dulu...
Masa lepas aku jumpa Prof Rasyid, si Nana, sorang lagi jr yang seclassmate dengan aku panggil aku. Katanya aku terpaksa keluar dari group diorg kononnya sebab dah cukup lima orang ahli. Aku tergelak sorg2 lepas dia tinggalkan aku. Diorg ni memang lawak. Nak tipu memang reti langsung. Aku mati2 boleh tau Nana menipu sekalipun aku tak tau yang bf dia benci kat. Itulah kelebihan aku sejak dari kecil. Aku berkebolehan baca gerak badan orang. Semuanya nyata bagi aku. Mulut cakap lain, sedangkan matanya , jari-jarinya, keningnya, semua bercakap lain. Dan seperti biasa setiap kali aku mengkantoikan orang yang cuba tipu aku, aku akan berasa sedih. Mereka boleh katakan yang sebenarnya aku tak kisah. Tapi mereka pilih untuk menipu. Kenapa?
Hm... aku pun apa kurangnya... Fatin. Fatin pun...
“Rizal!”
Aku toleh dan nampak Anis berjalan ke arah aku.
“Apsal?”
Dari jauh tadi aku nampak senyum kat bibir Anis. Anis ni boleh di kategorikan sebagai sangat lawa la walaupun aku tak berapa suka kulitnya yang nampak kemerah-merahan. 9.1/10 rating pada skala aku. Dengar khabar Anis ni darah campur Canada. Itulah sebabnya lain semacam kulit dia. Lainlah Fatin. Walaupun tak seputih tu tapi... tiba-tiba aku terperasan senyuman Anis makin melebar. Sedar tak sedar rupanya aku tersenyum masa teringatkan Fatin Syahira. Ah, sudah! Dia ingat aku senyum kat dia! Apsal la teringat jer Fatin automatik aku tersenyum ni?? ‘Pap!’ aku tampar pipi sendiri.
“Awak... Kenapa?”
Aku tersengih macam orang bodoh. “Tak de ape-ape. Nyamuk...” betapa bodoh tak bodohnya alasan aku kan...
“Nyamuk apa siang-siang ni? Awak, jom ajar saya QMC...?” tangan Anis tak segan silu paut lengan aku. Walaupun tak de orang kat situ tapi terasa aku bahangnya. Cepat-cepat aku tarik. Ye lah, sejahat-jahat aku tak pernah sentuh anak dara orang oo... bg aku buat jahat biar sendiri-sendiri, jangan babitkan orang lain. Especially bila aku ingat kat adik aku. Kalau aku nampak mana mamat sentuh je Fiza... dah tentu rasa pelempang aku punya mamat tu.
Mahu mengaku atau tidak hakikatnya jantung aku memang kencang sekejap. Lebih kencang dari masa duduk sebelah Fatin Syahira hari tu. Nafsu memang dok kena bisik dek syaitan tadi... Ye lah, Anis tu lawa!! Siapa tak cair. Kalau ‘ustaz Shahrul’ tu sekalipun boleh cair!
“Kenapa awak berkerut dahi? Tak nak ajar Anis ke?”
Aku tarik nafas dalam-dalam. Sampai hari ni aku ingat azam aku lepas dapat anugerah dekan first time dulu. Aku janji dengan diri aku sendiri yang aku tak kan reject sape-sape yang nak mintak tolong dalam hal pelajaran. Itu je aku mampu sebagai tanda nak balas nikmat kepandaian yang Allah bagi ni. Tapi bila yang datangnya cubaan macam ni, bergegar aku. Dalam hati mahu je aku tolak budak ngada-ngada camni. Tapi...
“Anis tak de kelas ke?”
“Tak. Rizal pun sama kan? Jom la pegi library jap..?”
Aku angguk lemah. Kadang-kadang aku menyesal sebab flirt dengan dia dulu. Ehemmmm... dengan ‘semua budak perempuan batch aku’ actually. Kesannya terasa sampai ke hujung degree. Toksah cakap la pasal berapa banyak yang nak “declare” dengan aku sehingga kini. Bukan nak berlagak dan jual mahal. Dan bukan pulak kat satu fakulti aku ni tak de yang lawa, cuma definasi “couple” diorang ni menakutkan aku. Kalah suami-isteri.
Aku juga ada keinginan ke arah tu tapi bila teringat arwah mak, abah, aku jd was-was. Dan bila aku teringat Fiza yang baru remaja aku terus surrender. Kalaulah Kak Iza boleh berkorban untuk aku, apa salahnya aku berkorban untuk Fiza...? Kak Iza...
Aku rindu kat Kak Iza...
“Awak ni macam tak ikhlas je...” dahi Anis mengerut.
Aku teringat kata-kata abg Faiz. ‘Perempuan, boleh baca fikiran lelaki 10 kali lagi bagus dari kita baca fikiran diorang... Diorang tau apa dalam kepala otak kita...’ Betul. Memang betul. Masaalahnya aku bukan lelaki biasa. At least dari segi ni.
“Saya ada keje sebenornya, tapi kali ni saya kasi excuse, saya ajar Anis. Dengan syaaarat... Jangan kasi tau kat sapa-sapa. Kalau ada orang nampak, awak cepat-cepat sembunyi bawah meja. Saya malu duduk dekat dengan awak!”
Dua tiga kali pukulan di bahu aku. Mengkekek gelak minah sorang ni. Malu aku mendengarnya. Tabiat suka tease perempuan memang susah nak di buang lagi dari diri aku...
bersambung...
Copyright © 2004 Rizal Hafizuddin
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 21-05-04 11:20
sambungannya...
Ironinya semasa di library aku benar-benar terasa seperti nak sembunyikan Anis bawah meja. Kalau muat dalam tong sampah pun boleh jugak. Biarlah kulit mat salleh dia tu kena kulit pisang pun tak pe.
Ya-Allah, macam mana aku boleh lupa Fatin Syahira selalu lepak dalam library petang-petang camni...?!
Dengan baju kurung biru gelap yang tak pernah aku lihat dia pakai sebelum ni, tudung biru muda labuhnya (nampak lebih macam kelabu pun ada), Fatin Syahira sememangnya sangat cute. Jari-jemari yang seperti biasa penuh keindahan menari-nari di atas kertas. Tadi, ya tadi, adalah saat dia kelihatan paling cute selama aku kenal dia. Walau pandanganku masa itu dalam serba-salah, dalam gelisah sekalipun.
Kenapa aku boleh lupa pasal Fatin? Padahal kadang-kadang, saja aku masuk library petang-petang gini baca paper atau apa yang patut dengan harapan -jauh di penjuru hati- akan dapat sekilas dua wajah satu-satunya perempuan yang aku sanjung di kolej ni. Aku tau. Ni semua antara larangan besar Bro Faiz. “Jangan simpan perasaan pada mana-mana girls pun terlalu dalam. Ignore feeling lebih2. Girls ni ibarat telaga buta. Kalau jatuh cinta, lagi dalam lagi sakit jatuhnya. Biar diorang gilakan kita takpe...”
Jatuh hati? Tak. Tak mungkin. Aku RESPECT dia. Kalau aku ‘Rizal Hafizuddin yang dulu’ mungkin aku dah mengorak langkah. Kalau aku sebaik Shah dah lama dah... Memang tak sanggup aku tengok orang sebaik Fatin jatuh ke tangan orang yang buruk akhlak, walaupun orang tu aku sendiri!
Adakah dia nampak aku tadi? Tidak... dia terlalu khusyuk dengan kerjanya. Mungkin ada tutorial yang perlu dilangsaikan kot. Tapi mata aku tetap termati dengan pasangan mata yang lain. ‘Nana? Apsal?’ Nana duduk setentang dengan Fatin Syahira. Barangkali diorang berbincang bersama. Kenapa dia jeling kat aku tadi? Walaupun tak ketara sangat tapi aku tetap nampak kegugupan dia. Gerakan pennya tak rata. Jarinya mengkuis-kuis kertas. Semua tu tanda-tanda nervous...
“Encik Rizal Hafizuddin...! Awak nak mengelamun ker nak ajar SAYA?”
Sengaja dikuatkan suara. Terutama perkataan ‘saya’. Nampak sangat ke’jealous’an tu. Sakitnya hati aku. Jangannnlah Fatin Syahira dengar. Nana menjeling lagi tapi Fatin Syahira tetap dengan kerjanya.
“Awak ni... Ni kan library. Senyap le skit!” direct aku sound Anis. Dia mula memuncung. Merajuk le konon... “Saya tunggu AWAK tanya le ni. Apa yang tak fahamnya...”
Sekali-sekala mematikan sifat mengada-ngada Anis memang best. Baru dia terkedu, kelam-kabut nak selongkar barangnya macam itik menyudu air. Aku jeling seimbas lalu pada Fatin Syahira dan Nana. Ketika tu aku nampak satu perkara yang kukira pelik. Nana macam beriya-iya berkata sesuatu pada Fatin Syahira tapi Fatin Syahira hanya tenang tunduk pada kertasnya. Bibirnya bagaimanapun tidak kaku. Dalam ketenangan itu bibirnya bergerak-gerak. Ya kalau mataku masih sempurna aku pasti bacaan bibirnya tak ralat.
“Biarlah. Ira tak nak menyusahkan Rizal...”
Senyuman aku ketika itu memang benar-benar ikhlas. Benar-benar bangga. Perasaan apakah ini. Aku... kejiwangan ker? Malangnya, pandangan aku bertembung dengan mata Fatin Syahira sejurus lepas tu. Pelik skit pandangan Fatin kali ni. Macam orang terpukau jer. Tak kan itu expression dia sebab marah aku layan si Anis? Aku tak sanggup bertembung lama lebih dari sekilas.
Hm... aku dah kantoi dengan Fatin Syahira. Fikir-fikir balik pun, tak kan dia tak tau perangai aku selepas jd third year punya student kan? Biar la. Lusa adalah hari yang aku janji nak ajar Fatin Syahira. Mahu ke lagi dia? Kalau dia tak mahu aku lagi suka. Masaalahnya kalau dia nak juga, macam mana agaknya aku nak beri alasan...?
------------------------------------------------------------------------
Copyright © 2004 Rizal Hafizuddin
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 21-05-04 23:43
.....
karya yang menarik...
teruskan berkarya.....
|
HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari:
|
Posting pada: 22-05-04 10:18
best.. best..
sambung la ekk..
tapi lambat² sikit takpe.
bila dah gelabah² posting ni sbb org suruh cepat, mutunya kurang sikit..
..sekadar pendapat..
----------------- Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.
|
ain_filzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan
|
Posting pada: 22-05-04 12:17
diam-diam ubi berisi rupanya. kalau cam ni tak sia-sian tunggu punya tunggu.
best!!!!
congratulation...
wassalam
----------------- tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan
|
nurilyana
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4815
Posting: 142
Dari: Alor Setar
|
Posting pada: 23-05-04 18:39
Chayok! Gambatek
|
nurul_peace
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8179
Posting: 149
|
Posting pada: 26-05-04 10:54
aih...lamer x ngomeng...keep on going ya!!... arap2 dpt bacer smpai abis...sblum berangkat... nanti x sempat bacer smpai the end..sedih plak.. ishk...ok...teruskan usaha...nurul sokong dari depan..
|
AiFi
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.11.2003 Ahli No: 4854
Posting: 96
Dari: BuMi ALLAH
|
Posting pada: 28-05-04 10:53
wah..wah...berbakat besar rupanya yukimura nih..mintak maaf ler...baru ni berkesempatan bc karya awak..huhuuu...teruskan usaha citer ni best...starting dia pun ok...tahle x reti nk komen lebih2..tp wat la slow2.."biar lmbt asal selamat" wokeh...
|
fatin_amani
Warga Rasmi Menyertai: 10.05.2004 Ahli No: 8904
Posting: 13
|
Posting pada: 29-05-04 17:05
dah lama diam cerpen ni....tak sabarlah plak rasanya, jgn la lelama sgt...kepunan kitorg nanti
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 29-05-04 17:35
Gomenasai'! Saya cuti sebulan dua, nanti insya-Allah dah habis karang cite, saya post cite ni secara berterusan. bukan saja nak dera suma org, just nak pastikan qualiti cite ni adalah se best mungkin saya boleh buat...
gomene..
|
miss_arin
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8931
Posting: 288
Dari: n9
|
Posting pada: 03-06-04 20:57
teruskan..semua bg support kat awak sanada_yukimura...
|
HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari:
|
Posting pada: 03-06-04 22:45
encik sanada_yukimura jgn la amik hati sgt apa yg ana cakap tu.. gomenne..
anyway, hayaku san.. ganbatane ah! ----------------- Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 15-07-04 11:11
|
kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia
|
Posting pada: 15-07-04 13:23
wah...tahniah. dah la cerita best, result pn best gak.
|
HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari:
|
Posting pada: 15-07-04 13:59
congratz, congratz kat akhi sanada_yukimura hehe.. smoga diberkati Allah..
bila nak sambung cerita nich..
wslm.. ----------------- Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.
|
Usmad
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2004 Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 15-08-04 16:19
Aahla bila nak sambung ni?
|
silvermaddness
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.11.2003 Ahli No: 5314
Posting: 42
Dari: Alor Setar
|
Posting pada: 15-08-04 20:45
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 21-08-04 19:21
best nyer...biler nak smbg lagik?
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 21-08-04 22:02
wbt..
betul ke yuki yang mengarang nih..??
wahh.. cayalahhh.... go yuki go..
ermm.. mungkin yuki boleh baiki dari segi ayat kot..
gud lak yuki..!!!
p/s: jgn marah ye panggil yuki.. sedap nama tuh.. cam sumi.. -----------------
|
idanur
Warga Rasmi Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 994
Posting: 7
Dari: kajang
|
Posting pada: 24-08-04 23:33
bestlah cerita awak, cepatlah sambung tak sabar ni....
|
pu3_solehah
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9597
Posting: 136
Dari: seberang jaya
|
Posting pada: 25-08-04 21:08
yerlah.. dah tak sabar nak baca seterusnya...
|
Usmad
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2004 Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 26-08-04 18:50
Hai lamanya saya tunggu. Letihla macam ni. Yuki tak sihat ke?
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 26-08-04 20:55
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 06-09-04 11:36
ler... igtkan ukhwah dah "..."
sekali, ada lagi rupenya...
insya-Allah rizal hafizuddin akan diteruskan!
q (^_^) p [ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2004-09-06 11:42 ]
|
Usmad
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2004 Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 06-09-04 12:40
Tolong la cepat skit ye bro sanada_yukimura
Tak sabar nak tau cite selanjutnya
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 07-09-04 10:33
yukimura minta maaf byk2 sbb xboleh tunai janji aritu, nak sambung tulih cite. mmg cite diteruskan cuma sbb dah nak masuk final year so mmg busy sgt. ada masa free yukimura akan post. insya-Allah.
thanx 4 evry1's support!!
arigato'!
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 08-09-04 08:28
wbt..
owhh... gitu rupanya.. ingatkan yuki dah mogok dah....
tak pe yuki, biar lambat asal selamat... ok yuki... gud lak... -----------------
|
ain_filzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3416
Posting: 207
Dari: bumi rantauan
|
Posting pada: 17-09-04 16:48
bravo yukimura! tahniah! tak sia2 ain tunggu karya yukimura/
wassalam
----------------- tiada puisi seindah kejujuran tiada lukisan seindah kesetiaan
|
zinnirah
Warga Rasmi Menyertai: 09.06.2003 Ahli No: 1227
Posting: 19
Dari: -Tawau-
|
Posting pada: 17-09-04 20:42
semua
Tahniah bebanyak tuk yukimura
cerita best......... sumanya best........... karekternya pun saya suka......... teruskan perjuangan.. jangan buat kitaorang ternanti2 yek..
tahniah skali lagi........... buat ain_filzah......... cerita baru dah siap ke????
wassalam
|
nursolehah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.04.2004 Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc
|
Posting pada: 17-09-04 23:12
bile nak sambung ??/ ----------------- ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 17-09-04 23:47
...
Hmm...tak sangka ada penulis remaja yang begitu berbakat. Tahniah sanada_yukimura. Tak sabar nak tunggu sambungannya. Apakata terbitkan je buku tu dgn Ukhwah.com mcm buku Mutiara2 tu. Mesti ramai yang beli. Di samping tu boleh support portal ni. OK tak cadangan saya??
------------
Hidup ini adalah masalah,
Tanpa masalah bukanlah hidup namanya,
Tapi jangan sekali-kali mencari masalah,
Biarlah masalah yang mencari kita. [ Posting ini telah di edit oleh: sayatetapsaya pada 2004-09-17 23:56 ]
|
Marmar
Warga Rasmi Menyertai: 25.07.2004 Ahli No: 10290
Posting: 11
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 26-09-04 12:34
seronok sungguh membaca..
|
nurul83
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2004 Ahli No: 8350
Posting: 122
Dari: selangor
|
Posting pada: 27-09-04 00:53
karya yg bagus.....bukan calang-calang org ni..apa2 pun, cepat2 la sambung citer tu.....tak sabar nak tau ending dia.......
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 27-09-04 12:48
'rizal hafizuddin' lebih kepada life story rizal. so selagi ada nyawa selagi tu la ada cite dia.
insya-Allah sy cuba habiskan part yg ni sebelum habis tahun ni.
gomenasai minnasan (sorry evrybody)!
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 05-10-04 21:23
Menarik.......
Pandai nak attract orang untuk menanti......
Hmmm.....agak berbakat....(memang berbakat)
ingatkan budak pompuan jerk yang pandai nak imagine cite cam ni....
Anyway harap-harap lepas final sambung balik cite ni.......
Tak sabar nak tau kesudahannya.....
Teruskan usaha ..........
|
AzeeArif
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7408
Posting: 59
Dari: pahang
|
Posting pada: 06-10-04 16:12
lambat lagi ke??? tak sabar ni...
sambunglah...nanti dah puasa dah tak boleh keluar...sedihnyer...takpelah...
selagi ada matahari,hati ini akan terus menanti... ----------------- Jadilah orang yang pertama tersenyum...senyumlah selalu agar semua akan tersenyum pada kalian...
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 06-10-04 16:43
Quote:
| selagi ada matahari,hati ini akan terus menanti... |
|
nice. really nice.
sy dah reconstruct tul2 rhafizuddin. ending semua dah ada. jln cite dah ada. cuma nak 'lay the bricks' je. isikan ruang2 kosong. i dont really think RH ni best mana pun, tapi mmg i dah try keluarkan yg da best. sokongan semua org mmg menaikkan semngat saya. thanx evrbd!
penantian anda xkan sia2 insya-Allah!
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 06-10-04 16:48
Quote:
|
On 2004-10-05 21:23, edlin wrote:
Menarik.......
Pandai nak attract orang untuk menanti......
Hmmm.....agak berbakat....(memang berbakat)
ingatkan budak pompuan jerk yang pandai nak imagine cite cam ni....
|
|
bkn saja2 buat org menanti la...
jgn pandang rendah kat org laki!
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 08-10-04 12:26
Laaaaaa.....
Bukannya kita pandang rendah......
Tulaaaa nak bagi semangat namanya.......
Bila bagi orang menanti barulah suspen ckit.....
Tu yang best bila baca........
Dah abis exam nanti sambunglaaa cepat-cepat.....
Bukan kita sorang yang menanti.....
ramai lagi........
Okaylaaaa.......
Taknak ganggu create cite yang best......
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 08-10-04 13:07
wbt...
ermm.... cayalah yuki...
erkk.. musti yuki post dlm bln ramadhan...
masa tu tgh cuti.... tak leh baca la gamaknyer...
ape pun, gud lak tuk yuki... -----------------
|
AiFi
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.11.2003 Ahli No: 4854
Posting: 96
Dari: BuMi ALLAH
|
Posting pada: 08-10-04 18:15
wah..encik yukimura...lamanya x bersambung cerita...x perla...bz ek dgn final year.. [ Posting ini telah di edit oleh: AiFi pada 2004-10-08 18:15 ]
|
intan3103
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11388
Posting: 106
Dari: JoeHoe>>key ell>>S'gor
|
Posting pada: 12-10-04 10:07
|
hakima
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2004 Ahli No: 11033
Posting: 41
Dari: BUMI ALLAH
|
Posting pada: 27-10-04 12:55
Alahai....lamanya nak kena tunggu nih..
balik jepun ke sanada_yukimura?
takpelah, bak kata intan1303, sabar itu separuh drpd iman..
i'm waiting for ur story....
|
nurul_peace
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8179
Posting: 149
|
Posting pada: 28-10-04 23:26
...
hai!!...sorry....sorry lamer xjoin ukhwah...bz skit sbb sem1..(ingat nak dpt anugerah dekan...tp rasa mcm xdpt jer... waaaaaa) aper2 pun...biler nak smbung?? nurul xsabar lah nak tahu ending nih... real life story kan?? eh...gud luck n all da best for last final ya...peace =)
|
ainussakinah
Warga Rasmi Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10760
Posting: 8
Dari: banting
|
Posting pada: 29-10-04 00:23
emm best best
semoge berjaye dgn cemerlang n dapat abeskan citer yg best nih ngan ending yg best.teruskan usaha.
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 29-10-04 11:24
Quote:
|
On 2004-10-28 23:26, nurul_peace wrote:
...
hai!!...sorry....sorry lamer xjoin ukhwah...bz skit sbb sem1..(ingat nak dpt anugerah dekan...tp rasa mcm xdpt jer... waaaaaa) aper2 pun...biler nak smbung?? nurul xsabar lah nak tahu ending nih... real life story kan?? eh...gud luck n all da best for last final ya...peace =)
|
|
xpe, try next sem! err.. RH mmg RIZAL's life's story...tp saya xkata REAL life story! jgn confious.
ja neh
|
nurul83
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2004 Ahli No: 8350
Posting: 122
Dari: selangor
|
Posting pada: 03-11-04 12:23
|
al_farafisya
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.01.2004 Ahli No: 6673
Posting: 49
Dari: ardhilLah
|
Posting pada: 05-11-04 23:12
wrt..
Mm,byk komen drpd cerita nih..mm,xpe2..slow & steady..
teruskan usaha...
Ya Rabbana...tHaBbiT QuLUbaNa 'ALa DiiNiK wa 'ALa to'aTiK..
[ Posting ini telah di edit oleh: al_farafisya pada 2004-11-05 23:13 ]
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 22-11-04 15:50
byk komen drpd cerita nih?
hehe... betul gak.
sorry evrybody, skang (lepas raya sampai bln 12) adalah musim peksa saya.
sorry ye..
ja neh!
|
Usmad
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2004 Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 25-11-04 07:25
Kalau macam tu nampaknye kena tunggu lagi la ni.
|
permata_islam
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak
|
Posting pada: 25-11-04 08:38
bila nak sambung lg?tak sabar2 ni....best la citer ni....
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 25-11-04 10:33
Alamak....lambat lagi ke sambungan dia????
|
nazirah
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.01.2004 Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah
|
Posting pada: 25-11-04 22:56
Pertama kali tengok tajuk kat depan, langsung x rasa macam nak baca. jangan mare ye.
Bila dah buka kali ni, tiba-tiba terasa nak baca.....
Bila dah baca, rasa teruja la pulak.... x sabar rasanya nak tau sambungan dan pernghabisan cerita ni...
Pada saya, plot dia baguih, watak best... Walau sapa pun yang bernama Rizal Hafizuddin ni, all the best!!!!
Buat sanada_yukimura, good luck untuk exam..... Peminat yuki akan terus beri sokongan, Insya-Allah.. Buat yang terbaik, moga berjaya!!!!!!!
Lepas tu, jangan lupa sambung cerita ni pulak dah la....
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 26-11-04 10:57
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 30-11-04 10:31
Hai ......
Bila nak sambung lagi citer ni.....
Orang dah tak sabar lagi nak tunggu....
Karang lambat-lambat lari plak peminat setia....
Kui..Kui...Kui..
Okaylaaa....
Cepat ckit yerk....
Penantian tu satu penyiksaan...!!!!!
|
nazirah
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.01.2004 Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah
|
Posting pada: 10-12-04 01:30
|
aikal
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam
|
Posting pada: 14-12-04 08:36
teruskan menulis...menarik sekali...
|
acikabu
Warga Rasmi Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13105
Posting: 4
Dari: selangor
|
Posting pada: 26-12-04 17:44
as'kum brader yokimura
udah-udahlah buat org tertunggu
sambung lah lekas
awat hang dah takdak idea ker
but anyway citerni best
|
Hafiz_kacak
Warga Rasmi Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10954
Posting: 10
Dari: Bumi ini
|
Posting pada: 27-12-04 18:37
Betul tu janganlah dikau menyiksa batin ini.
|
zinnirah_annur
Warga Rasmi Menyertai: 08.06.2004 Ahli No: 9361
Posting: 10
Dari: Sungai Buloh
|
Posting pada: 01-01-05 23:55
hai .......... bilelah nak abes ni.......penat den nunggu ending die..........wat eva pun jln citer best, plot pun x betabur, bley paham r......hmm...mmg ade bakat .....ok sambg cpt2 ek......ni da bln 1.....
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 14-01-05 16:31
he he... bkn xde idea. ideda byk. masaalahnye xsempat. ye la dah final ye kan, keje xberkurang, bertambah adalah.
anyway, insya-Allah sy nak post satu cite pendek nanti.
|
raudhatulhusnaa
Warga 1 Bintang Menyertai: 28.06.2004 Ahli No: 9710
Posting: 23
Dari: Selangor
|
Posting pada: 14-01-05 18:12
laa...bila lagi nak sambung??cptla ckit,best btl citer ni...menarik.k cpt ckit ye...dah xsbr,nak baca...k
|
ratu_balqis
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4645
Posting: 38
Dari: gombak
|
Posting pada: 15-01-05 16:20
Masih menanti dari hari ke hari.....
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 20-01-05 16:40
Minta maaf bebanyak sbb sy xdpt tunaikan janji sy nak habiskan RIZAL HAFIZUDDIN thn lepas. xtau bila boleh habis. ni sem last sy so boleh agak kan yg keje saya mmg bertambah2 pressure nya. insya-Allah saya tetap akan try habiskan.
anyway, sy ade post just a veeeery short story. mayb byk soalan yg akan timbul sbb xfhm pucuk pangkal dia tapi rest assured yg cite ni ada cite lain lagi di sebaliknya. tp setakat ini mmg itu saja cite dia.
pegi kat ---> y i like u
ja ne
:lo: [ Posting ini telah di edit oleh: sanada_yukimura pada 2005-01-20 16:41 ]
|
MuRfiQaH_saHiRa
Warga Rasmi Menyertai: 30.12.2004 Ahli No: 13414
Posting: 17
Dari: Kedah
|
Posting pada: 25-02-05 17:13
Tajuknya tak menarik hati...saya baru je tergerak nk baca ni sbb tgk page punyala banyak..rupa2nya pendapat yg banyak....tapi..memang best...teruskan usaha...
|
apis_raul
Warga Rasmi Menyertai: 30.01.2005 Ahli No: 13979
Posting: 4
Dari: Perak
|
Posting pada: 27-02-05 12:25
|
AzeeArif
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7408
Posting: 59
Dari: pahang
|
Posting pada: 12-03-05 11:55
akan ku pujuk rasa di hati untuk terus sabar menanti...
|
Nafizatul
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.03.2005 Ahli No: 15443
Posting: 80
Dari: Selangor
|
Posting pada: 20-04-05 12:58
|
fatin_amani
Warga Rasmi Menyertai: 10.05.2004 Ahli No: 8904
Posting: 13
|
Posting pada: 12-07-05 11:20
moga sempat ku menanti hingga ke akhirnya......
|
Usmad
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2004 Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar
|
Posting pada: 30-07-05 07:04
Ya Rabbi still tak ada sambungan ke??? alahai
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 30-07-05 23:34
penantianku entah di mana penghujungnya.... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
farhanin
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2004 Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..
|
Posting pada: 05-08-05 22:57
urm..lmbt lagi ke nak habis
|