Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: studiosmilesnyc
Hari Ini: 0
Semalam: 3
Jumlah Ahli: 43104

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 1 hari, 1 jam 59 saat yang lalu
dentistinhouston: 1 hari, 2 jam, 57 minit yang lalu
ezequielvince: 1 hari, 4 jam, 18 minit yang lalu
shanejohnson: 5 hari yang lalu
wadud: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: isu holy water


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» isu holy water

Please Mendaftar To Post


Oleh isu holy water

qaulah_atrah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 79
Posting: 646
Dari: gombak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 14:56


Isu Holy Water

Di sepanjang pembacaan dan pergaulan saya dengan golongan Kristian, isu Holy Water bukanlah suatu isu yang diutamakan, malahan terlalu kecil di dalam praktik agama mereka. Ia mungkin wujud sebagai suatu amalan (ritual) kecil di gereja-gereja sebagaimana kebiasaan agama lain juga, iaitu sebagai "air berkat" untuk para pengunjung. Sepanjang pembacaan saya di dalam 4 gospel di dalam Bible, tiada satu ayatpun yang menunjukkan kepentingan 'holy water', cuma mungkin ada sedikit cerita di mana Jesus di "baptize" oleh John, di dalam Matthews 3:13-17, Mark 1:9-11 dan Luke 3:21-22. Ia mungkin ada ditulis di dalam New Testament (disusun selepas The four gospels), tapi jika demikian pun, ia tetap juga suatu penambahan baru (bida'ah) terhadap ajaran tulin Jesus.

Jadi, telahan saya, amalan 'holy water" ni, kalau ikut klasifikasi kita termasuklah di dalam amalan bida'ah dholalah puak Kristian. Memang tergambar di dalam New Testament, banyak sekali amalan dan kefahaman baru yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh Kristian(according to Bible) terutama sekali oleh St.Paul(ramai pengkaji Islam menganggap beliaulah tokoh penyesat utama, bahkan pereka doktrin Kristian yang ada sekarang).

Antara contoh lain yang lebih penting mengenai unsur bid'ah yang diperkenalkan oleh St. Paul ialah Doktrin Trinity, The Original Sin, The Atonement of Sin; kerana kesemua ini tidak dinyatakan di dalam Gospels. Maksud saya, kalau seseorang yang membaca keempat-empat gospel yang terdapat
di dalam Bible itu (sekalipun telah diubahsuai dengan banyaknya oleh St. Paul dan kuncu-kuncunya), ajarannya lebih condong kepada apa yang dipraktikkan oleh Islam sekarang. Bahkan, ajaran-ajaran di dalam Bible secara umum jika dibuat kajian secara terperinci satu-persatu, akan menafikan
doktrin-doktrin yang dinyatakan oleh St. Paul, sepertimana huraian ringkas oleh saudara kita Charles Rundi. Saya teringat kesimpulan oleh seorang pengerusi (bukan Islam, bahkan Kristian kalau tak silap saya) dalam debat di antara Ahmad Deedat dengan tokoh Kristian yang menyatakan lebih kurang "hearing from the both sides or argument, I feel that Muslim's perpective on the teachings of Bible in closer than the (current) Christian's itself".

Isu "holy water" di Malaysia dan negara-negara bukan majoriti Kristian lain juga mungkin ada kaitan dengan strategi "tidak sihat" yang dimainkan oleh para mubaligh Kristian yang mengambil taktik "offensive" yang antara lain menggunakan "ilmu sihir" untuk mendapatkan penganut baru. "Holy
Water" yang wujud di sini mungkin adalah air jampian yang membolehkan mereka mengikat peminum kepada Kristian. Memang mereka sering memainkan taktik kotor, memanipulasi dan mengggunakan apa saja kesempatan untuk mendapatkan penganut baru, apatah lagi wujudnya ganjaran material kepada mereka yang berjaya mengkristiankan orang lain.

Kalau dilihat di negeri yang dulunya majoriti Kristian, mereka semakin meninggalkan ajaran itu, bahkan cenderung kepada Islam (cthnya di USA, UK, Germany, France mengikut maklumat mereka yang terbabit di sana). Pihak kita selalu saja bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan puak Kristian (rujuk misalnya beberapa siri tulisan Br. Ahmad Von Denfer mengenai hasil dialog Islam-Kristian yang dianjurkan oleh Islamic Foundation, UK), tetapi merekalah yang memainkan taktik kotor kerana terdesak dengan dakyah dan doktrin mereka yang semakin terserlah sesatnya.

Mereka nampaknya beralih arah, mencari sebarang peluang untuk menyuntikkan ajaran sesat mereka.Misalnya bila saja ada bencana alam, atau kelaparan, kemiskinan di mana-mana, pihak Kristianlah yang paling awal sampai untuk menolong "with the bait attached". Mereka menggunakan pelbagai cara, terbuka atau tersembunyi, cara terhormat atau cara yang keji, untuk terus memancing penganut.

Maka, tidak mustahil "holy water" yang lebih popular di rantau sini ini sebenarnya adalah air jampi/sihir yang merupakan salah satu agenda kotor mereka. Mungkin ada ikhwan yang lebih arif tentang amalan "holy water" ini, boleh tampil untuk memberi komen.

Wassalamu'alaikum...!


-----------------
"kutemui diriku, apabila mencariMu."

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Quote dan BalasQuote

taufiq111
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 12:29


Satu perkara yang masih menjadi tanda tanya....betulkah air holy itu wujud???

sebab, berdasarkan pengalaman dengan seorang penganut agama kristian yang dahulunya menjawat jawatan sebagai paderi, dia mengatakan air itu sebenarnya tidak wujud...

so, confuse

Bookmark and Share

    


  Member Information For taufiq111Profil   Hantar PM kepada taufiq111   Quote dan BalasQuote

mirwana_87
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.06.2005
Ahli No: 16829
Posting: 55
Dari: kuantan..pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-01-06 15:01


musuh kita ni memang tak habis2 nak aniaya umat islam.moga allah memelihara kita..


-----------------
pengertian hidup ini akan lebih indah seandainya diiringi dengan keikhlasan hati dan keindahan budi.. ....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mirwana_87Profil   Hantar PM kepada mirwana_87   Quote dan BalasQuote

nikmudkb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.12.2005
Ahli No: 20630
Posting: 81
Dari: kuala balah

malaysia  


posticon Posting pada: 27-01-06 15:29


tak sepatutnya anda bukak kitab agama lain untuk kaji...
Nabi pernah melarang saidina umar....
adakah anda lebih alim dr saidina umar....?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nikmudkbProfil   Hantar PM kepada nikmudkb   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2024
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-06 16:00


Pada 27-01-06 15:29 , nikmudkb posting:

!!! QUOTE !!!

tak sepatutnya anda bukak kitab agama lain untuk kaji...
Nabi pernah melarang saidina umar....
adakah anda lebih alim dr saidina umar....?


:roll: betul ke ini,tak boleh ke bukak kitab agama lain untuk mengkaji nya.... :roll: :roll:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 27-01-06 18:18


Pada 27-01-06 15:29 , nikmudkb posting:

!!! QUOTE !!!

tak sepatutnya anda bukak kitab agama lain untuk kaji...
Nabi pernah melarang saidina umar....
adakah anda lebih alim dr saidina umar....?


assalamualaikum

seingat ana, seorang sahabat nabi muhammad s.a.w. (ana tidak pasti adakah saidina umar) pernah bertanya kepada nabi tentang bolehkah menerima sesuatu yang tafsiran berbentuk israeliyat, kemudian sahabat ini dimarahi oleh nabi muhammad s.a.w., dengan baginda s.a.w. menyanyakan semula kepada sahabat ini, Kenapa dia hendak rujuk kitab lain, apakah tidak cukup dengan Al-Qur'an dan sunnah baginda s.a.w.?

Konteks ini amat berbeza dengan kita mengkaji kitab agama lain dengan tujuan untuk menambahkan ilmu untuk berdakwah, padahal pada pendapat ana ianya patut digalakkan. Ana sendiri pernah mengikuti kelas bible dan sbgnya, dan alhamdulillah, setelah meneliti kandungan kitab2 ini, keyakinan ana kepada kebenaran al-Qur'an bertambah kuat.

Moga iman kita semua dipelihara sehinggalah kita bertemu denganNya dibawah keredhaanNya.

wallahualam


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-01-06 16:13


:-) Assalamualaikum...


Jika dilihat dalam buku "Gerakan Freemansory,Kritianisasi dan Orieltalisme,musuh dalam menghancurkan ISLAM" ada diterangkan mengenai air holy water ini...

Air ini tidak lain dan tidak bukan ialah air yang dijampi dan disihir supaya penganut Kristian tetap berpegang pada ajaran mereka dan tidak mudah goyah pegangan mereka..

Dan di Malaysia pernah terjadi di mana seorang doktor Melayu/ISLAM yang diberi minum air ini tidak boleh mengucap syahadah dan mendakwa melihat Tuhan turun dari langit padahal ini adalah muslihat syaitan,dan ini diakui sendiri oleh bekas paderi besar sabah yang telah memeluk ISLAM....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

MaWaR84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.04.2005
Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-02-06 12:58


mereka sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat Islam...
moga kita semua sentiasa di bawah lindunganNYA....
aminnn.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaWaR84Profil   Hantar PM kepada MaWaR84   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-02-06 16:59


Bekas paderi besar yang dimaksudkan kalau tidak silap ana adalah Tuan Ayyub. Tuan Ayyub memberitahu Holy Water ini dibuat setiap kali ada perjumpaan dengan ahli gereja sebagai simbolik kepada darah Jesus yang menebus dosa umat manusia .

Ketika menjawab soalan dari pelajar sekolah agama ketika Dialog Peradaban di Terengganu, Tuan Ayyub menyatakan cara membuat Holy Water. Air masak atau air mineral dititiskan dengan minyak zaitun dan dia akan membacakan ayat-ayat Bible tertentu. Dia menyatakan itulah Holy water. mungkin disebabkan ia dibaca dengan ayat-ayat Bible maka air itu diistillahkan Holy Water.

Tuan Ayyub juga menyatakan air itu hanya dikhaskan untuk penganut kristian apabila ada upacara keagamaan dan sebagainya.

Tentang dakwaan air holy water dicampurkan dengan benda-benda kotor, dia menegaskan tidak tahu menahu.

Brother Engku Fauzi, seorang pendakwah dalam pengkhususan Bible juga menyampaikan perkara yang sama.

Biasalah Syaitan sentiasa memainkan peranan supaya orang yakin Holy Water itu berkuasa.

Wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-02-06 17:01


Bekas paderi besar yang dimaksudkan kalau tidak silap ana adalah Tuan Ayyub. Tuan Ayyub memberitahu Holy Water ini dibuat setiap kali ada perjumpaan dengan ahli gereja sebagai simbolik kepada darah Jesus yang menebus dosa umat manusia .

Ketika menjawab soalan dari pelajar sekolah agama ketika Dialog Peradaban di Terengganu, Tuan Ayyub menyatakan cara membuat Holy Water. Air masak atau air mineral dititiskan dengan minyak zaitun dan dia akan membacakan ayat-ayat Bible tertentu. Dia menyatakan itulah Holy water. mungkin disebabkan ia dibaca dengan ayat-ayat Bible maka air itu diistillahkan Holy Water.

Tuan Ayyub juga menyatakan air itu hanya dikhaskan untuk penganut kristian apabila ada upacara keagamaan dan sebagainya.

Tentang dakwaan air holy water dicampurkan dengan benda-benda kotor, dia menegaskan tidak tahu menahu.

Brother Engku Fauzi, seorang pendakwah dalam pengkhususan Bible juga menyampaikan perkara yang sama.

Biasalah Syaitan sentiasa memainkan peranan supaya orang yakin Holy Water itu berkuasa.

Wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 20:18


Pada 27-01-06 15:29 , nikmudkb posting:

!!! QUOTE !!!

tak sepatutnya anda bukak kitab agama lain untuk kaji...
Nabi pernah melarang saidina umar....
adakah anda lebih alim dr saidina umar....?


Reality sekarang ni juga menunjukkan bahawa ..kita perlu memahami senjata musuh supaya lebih senang kita lawan.Kita perlu fahami kelemahan,kesesatan dan juga kekuatan musuh supaya mudah berhadapan dengan mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

diyan_huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2005
Ahli No: 21127
Posting: 102
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-06 20:21


erm everlasting sungguh issue ini..
baguslah...
sekurang-kurangnya menjadi peringatan kepada kita semua spy berhati2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For diyan_huwainaProfil   Hantar PM kepada diyan_huwaina   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 20:55


“Mereka nampaknya beralih arah, mencari sebarang peluang untuk menyuntikkan ajaran sesat mereka.Misalnya bila saja ada bencana alam, atau kelaparan, kemiskinan di mana-mana, pihak Kristianlah yang paling awal sampai untuk menolong "with the bait attached". Mereka menggunakan pelbagai cara, terbuka atau tersembunyi, cara terhormat atau cara yang keji, untuk terus memancing penganut”. qaulah_atrah

….Saya akui dengan mereka buat pelbagai cara ni mereka telah mencipta kejayaan dengan menarik ramai orang kepada agama mereka.Mereka tahu ajaran agama mereka banyak kelemahan,maka mereka cuba berdakwah dengan bantuan dan sumbangan kepada orang yang memerlukan.Cuba tebgok profile agama kristian di sesetengah negara:
Country Facts – China
The People
Religious Composition
Confucian, Tao, and Buddhist philosophy     96%
Muslim     3%
Christian     1%

HHHmm 1 % tu dah ramai bagi negeri China …mislim yang lama bertapak pun ada 3% saja…

Country Facts - India
The People
Religious Composition
Hindu     81.3%
Muslim     12%
Christian     2.3%
Sikh     1.9%
Buddhist, Jain, and Parsi     2.5%
Hmmm …di India pun dah ramai …agama ni baru juga bagi orang India berbanding dengan agama islam yang dah lama datang

Country Facts - Indonesia
The People
Religious Composition
Muslim     88%
Protestant     5%
Roman Catholic     3%
Hindu, Buddhist, and other     4%
Hmm di Indonesia dah ada 8%

Country Facts - Malaysia
The People
Malay and other indigenous     58%
Chinese     24%
Indian     8%
Other    10%
(2000)
Religious CompositionPeninsular MalaysiaMuslim (Malays), Buddhist (Chinese), and Hindu (Indians).(No statistics available)Sabah Muslim     38%
Christian     17%
Other    45%
Sarawak Tribal religion    35%
Buddhist and Confucianist     24%
Muslim     20%
Christian    16%
Other     5%

kat Malaysia pun dah ramai orang India/China Bandar yang masuk kristian…tu tak masuk orang melayu kristian lagi..??

Country Facts - South Korea
The People
Christian        49%
Buddhist        47%
Confucianist                             3%
Shamanist, Chondogyo (Religion of the Heavenly Way)                             1%
kat Korea kristian sudah jadi majority…Muslim tak tahu berapa kerat kat sini..???

Saya rasa la …isu “holy water” tak penting sangat …(tapi perlu hati2 juga)..yang penting bagaimana kita nak berdakwah secara berkesan dan menyaingi kemaraan kristian tu…Kita tak boleh hanya menyampaikan kebenaran islam saja …malah perlu juga memberi sumbangan kepada mereka yang jadi sasaran dakwah kita tuuu… Selama ini apa yang kita buat untuk mereka…..????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-06 22:12


kita patut juga mengkaji agama lain untuk menambah pengetahuan kita sendiri tetapi bukanlah untuk memesongkan diri dan terikut-ikut dengan ajaran agama lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-03-06 04:55


Setuju dengan sautuljannah. Belajar untuk memahami pemikiran mereka agar kita boleh merancang strategi dakwah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

sharkuitm
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.02.2006
Ahli No: 22667
Posting: 109
Dari: UITM SHAH ALAM

brazil   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 13:50


mengkaji tak salah...moger dengan kajian yang kita buat dapat mneguhkan lagi keimanan dalam dari kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharkuitmProfil   Hantar PM kepada sharkuitm   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 16-03-06 00:35


nak kaji kitab lain tu...kena la betul-betul kaji al Quran dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-06 18:51


Pada 16-03-06 00:35 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

nak kaji kitab lain tu...kena la betul-betul kaji al Quran dulu...


ya.. ana setuju. penting untuk kita membina benteng dan mencari kefahaman agar tak tersalah langkah. penting juga mengkaji dengan bimbingan guru. (bukan mentafsir sendiri)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 17-03-06 06:01


MINUMAN HOLY WATER?????

TAK POPULAR PUN?????

BUAT APA NAK MINUM????

MINUM AIP PAIPSI LAGI BEST...DIJAMIN HALAL DAN TIDAK ADA UNSUR2 MUKOTOAH SEBAB PAIPSI ADALAH BERBEZA DENGAN PEPSI BUATAN AMERIKA...


WAHAHAHAHAHAHAHAHAA

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

suhaida_2704
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2004
Ahli No: 10433
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

malaysia  


posticon Posting pada: 17-03-06 08:58


KISAH HOLLYWATER
Kiriman: kickers pada Khamis, 02 Mac, 2006 - 06:21 PM GMT

Saya mempunyai kenalan Bekas Padri Katholik daripada negeri Sabah. Nama Kristiannya sebelum menganut Islam ialah Thomas Layden. dan kini beliau merupakan seorang mubaligh Islam yang sangat gigih menyebarkan dakwah Islam kepada Masyarakat terutama golongan Kristian sendiri. Bekas Padri Thomas ini berasal dari Sabah dan telah menganut islam pada awal tahun 90han. Oleh sebab beliau seorang bekas Padri, dan pernah tinggal bersama-sama dengan Pope (John Paul II) di Vatican, beliau sangan arif tentang agama Kristian dan sangat arif tentang apa yang berlaku di Vatican.


Di antara perkara yang dijelaskan kepada saya, dan juga kepada orang ramai tentang agama Kristian (Khatolik), ialah tentang Kitab Gospel Of Barnabas, yang dianggap oleh pihak Gereja Kristian sebagai apocryphal(dianggap meragukan kandungan dan pengarangnya), tentang biara (yang ada di bawah tanah Gereja Vatican), Celebacy (Padri dan Nun tak boleh kahwin), bacaan talqin, kesah Confession ( memohon ampun) dan sebagainya. Tentang Biara, beliau mengatakan bahawa di Gereja vatican, terdapat sebuah biara (Yang namanya Biara-) yang lokasinya agak terahsia. Jalan masuk ke dalam biara tersebut hanya berbentuk penutup lubang sahaja, tetapi dalamnya merupakan sebuah tempat yang menyerupai istana. hanya golongan tertentu sahaja, iaitu calon-calon Padri sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam biara ini. boleh sebab itu, padri-padri Kristian Khatolik diseluruh dunia (Yang hanya bertaraf Padri ke atas) nescaya pernah sampai dan tinggal di dalam biara ini. Dalam biara ini, bakal-bakal padri dan nun bercampur gaul dengan bebas, sehingga ada dikalangan Nun ini yang mengandung. kandungan Nun ini digugurkan dan dikeringkan untuk dijadikan air the Holy Water (Pagi ini, 22.5.98 Jam 8.30 pagi, saya telah menghubungi kawan saya itu tentang Holy Water. Ada kenyataan mengatakan bahawa Holy Water sebenarnya dibuat di Gereja,. di sini pada malam PASKA. Bekas Padri Thomas, mengatakan benar bahawa di sini pun ada di buat Holy Water, tetapi Holy Water yang ini tidak digunakan sebagai air jampian. Yang digunakan sebagaiair jampian ialah air Holy Water yang juga di buat pada malam PASKA, tetapi menggunakan air daripada larutan janin hasil hubungan antara bakal padri dengan nun. Padri dan nun sebenarnya tidak boleh kahwin, tetapi sebenarnya mereka telah enjoy seks sepuas hati semasa mereka berada di dalam biara. (kalau tidak percaya, sila tanya Padri Katholik yang berhampiran dengan anda-Padri tidak boleh bohong! tidak boleh marah! kalau bohong , kalau marah, berdosa, kalau berdosa siapa yang akan mengampun dosa kerana hanya padri sahaja yang boleh ampun dosa. Pope sendiri walaupun tidak kahwin, tetapi beliau mempunyai ramai pembantu-pembantu wanita!.(Cuba bayangkan!).Bekas Padri Thomas juga mengatakan bahawa, keimanan sesaorang terhadap Jesus Christ sebagai Reedemer juga meningkat apabila berada di dalam biara kerana seolah-olah pada masa itu terbayang dimata mereka kehadiran Jesus Christ di sana.Bagaimana Jesus Christ, sebagai seorang anak Tuhan boleh beserta dengan mereka yang melakukan maksiat!. Biasanya yang selalu bersama-sama dengan pesta maksiat ialah Syaitan dan Iblis.
Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan kejadian yang melucukan ketika beliau sedang giat berdakwah menyebarkan agama Kristian di Indonesia. Pada suatu hari, beliau telah dipanggil oleh seorang doktor dari sebuah hospital. Beliau dipanggil oleh doktor tersebut kerana di hospital tersebut ada seorang penganut agama Kristian yang sedang nazak. Doktor mengatakan bahawa pesakit tersebut tidak ada peluang untuk hidup. latas beliau meminta bekas Padri Thomas untuk melakukan sesuatu kepada pesakit ini. seperti kebiasaan yang dilakukan oleh bekas Padri Thomas, untuk membisikkan sesuatu ke telinga orang yang hampir mati. Menurut bekas Padri Thomas, apa yang dibisikkan ke telinga pesakit (seperti yang biasa dilakukannya ) ialah ' Nabi kamu SebenarNya nabi Muhammad'. Peristiwa itu menjadi satu peristiwa yang menakjubkan dan melucukan kerana pesakit yang hampir mati itu bangkit, dan menjadi kemudah menghibuhkan kepada orang ramai tentang apa yang dibisikan oleh bekas Padri Thomas, lalu beliau menganut agama Islam. menurut bekas Padri Thomas, bacaanyang dibuat oleh Padri semasa mengkebumikan mayat orang Kristian (Khatolik) juga ada menyebutkan bahawa nabi yang sebenar ialah nabi Muhammad.
Bekas Padri Thomas juga ada menceritakan peristiwa bagaiman beliau, yang merupakan seorang bekas Padri, selalu sahaja, iaitu pada hari Ahad menerima pengakuan dosa (Confession). Satu peristiwa yang amat menyentuh hatinya ialah peristiwa di mana pada suatu hari, seorang yang telah kehilangan barang telah mengadu kepadanya tentang kehilangan barang tersebut. Beliau hanya berkata dan memberi dorongan dan galakan agar orang yang kehilangan barang tersebut bersabar. Pada hari Ahad minggu hadapannya, seorang lelaki datang kepadanya untuk membuat pengakuan dosa (confession). Orang tersebut telah mengaku bahawa ia telah mencuri barang orang yang mengadu minggu yang lalu. Seperti biasa bekas Padri Thomas, mengampunkan dosa orang itu. Peristiwa tersebut telah menimbulkan konflim dalam jiwa nya yang sememangnya telah ada dalam dirinya, lalu beliau berkata mana keadilannya!. Manakan adil bagi seorang yang kehilangan barang, mengadu nasib dan meratab kehilangan barang tiba-tiba apabila pencurinya dengan senag diampunkan dosa. Kalau bagitu, mudahlah bagi sesaorang melakukan dosa kemudian memohon ampun daripada Padri.Sekian dahulu.
Saya harap kawan -kawan saya dari penganut agama Kristian Khatolik tidak terguris hati dengan tulisan ini, kerana saya hanya melaporkan sahaja apa yang diceritakan oleh bekas Padri Thomas. kalau tak puas hati, sila hantar message pada saya [email protected] saya akan cuba terangkan lebih lanjut peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku kepada teman saya bekas padri Thomas Layde. Sekian.

*just copy&paste from my email..


.........
wallahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaida_2704Profil   Hantar PM kepada suhaida_2704   Pergi ke suhaida_2704's Website   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 17-03-06 09:00


tak popular pun..mesti tak sedap


kawan2....

jangan minum....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-06 11:26


Kalau teringin nak tambah ilmu, pelajarilah ilmu al-quran kerana ilmu Allah tak pernah habis. tak ada seorang pun dalam dunia ni yang boleh kata dia dah habis belajar dan menguasai ilmu al quran. Maka tak perlulah nak study kitab bible atau sewaktu dengannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-06 11:26


Kalau teringin nak tambah ilmu, pelajarilah ilmu al-quran kerana ilmu Allah tak pernah habis. tak ada seorang pun dalam dunia ni yang boleh kata dia dah habis belajar dan menguasai ilmu al quran. Maka tak perlulah nak study kitab bible atau sewaktu dengannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

hanggukkau
WARGA SETIA
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23501
Posting: 454
Dari: egypt

afghanistan  


posticon Posting pada: 17-03-06 20:51


JANGAN MINUM........MEMANG TAK SEDAP PUNYA....................


JADI JANGANLAH MINUM HOLYWATER............

SEBAB TAK POPULAR PUN!!!!!!!!!!!!!!1111

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanggukkauProfil   Hantar PM kepada hanggukkau   Pergi ke hanggukkau's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145344 saat. Lajunya....