Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 19 hari yang lalu
Kakngah: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: hukum bercinta...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» hukum bercinta...

Please Mendaftar To Post


Oleh hukum bercinta...

Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 121
Posting: 211

Sarawak  


posticon Posting pada: 07-06-03 10:53


hukum lelaki berbual dengan wanita untuk mengurat dan
bercinta. Apakah hukumnya?
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan
bercinta itu halal. Tetapi kebanyakan ulama menganggapnya haram.
Bagaimanapun, di kalangan ulama fikah terdapat beberapa orang ulama
yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri, imam
Mazhab az-Zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan.
Tiada sesiapa pun dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk
mereka yang mendakwa bercinta selepas berkahwin. Kerana mereka yang
mendakwa bercinta selepas kahwin pun biasanya akan melihat bakal
isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap mukadimah kepada perkahwinan, maka
mengurat pula dianggap mukadimah kepada cinta. Kedua-duanya
berkaitan antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin
atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada
kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan
perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia
membawa kebaikan. Dari situ terbentuk pula keluarga dan daripada
keluarga, terbentuk masyarakat seterusnya negara. Tidakkah dalam
konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam?
Jawabnya ia tepat dengan ajaran Islam kerana manusia yang
diamanahkan oleh Allah menjadi khalifah di bumi perlu meneruskan
survival sampai ke hari kiamat. Mungkin jika manusia tidak mengurat
dan bercinta, mereka akan pupus di dunia seperti kepupusan dinosaur
dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna
dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini
tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah
kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampak anak yang tidak
berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam
Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang
itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada
perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam
perkara-perkara yang tidak baik. Oleh yang demikian sesiapa saja
yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan
bercinta perlu berusaha sedaya upaya menggunakan kewarasan akal.

Malah mereka juga perlu mengelak daripada konteks fizik yang boleh
mencetus keghairahan seks dan seterusnya menyebabkan berlaku
perlanggaran hukum Allah, iaitu perzinaan.

Bagi mengelak perkara-perkara terkutuk itu daripada berlaku, panduan
Rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya
jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka
bercinta kerana Allah, iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana
Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w.
membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh
Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl
kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana
menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-
lagu ghazl. Baginda berkata:

Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl.
(Ibnu Majah. Hadis No. 1890)

bersambung....


-----------------
TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qudwah_hasanahProfil   Hantar PM kepada Qudwah_hasanah   Quote dan BalasQuote

Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 121
Posting: 211

Sarawak  


posticon Posting pada: 07-06-03 10:55


Fitrah manusia

Ghazl bermaksud mengurat, tetapi ghazl dalam beberapa hadis
Rasulullah bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi
daripada kata-kata baik, lucah dan sebagainya.

Terdapat perkataan-perkataan Arab lain yang memberi maksud mengurat
dan salah satunya disebut dalam beberapa hadis dan kitab-kitab fikah
sebagai tasybib.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain
Rasulullah mengingatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda
bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau dalam mendendangkan
lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan cinta.

Penulis menurunkan di sini nas hadis yang diriwayat oleh Muslim di
mana Rasulullah bersabda:

Perlahan-lahan wahai Anjasyah supaya kaca tidak pecah. Muslim
memberi erti kaca itu adalah wanita kerana lemah (perasaan). (Sahih
Muslim, juz 4, muka surat 1812).

Imam an-Nawawi menghuraikan hadis itu dengan berkata bahawa lagu-
lagu yang didendang oleh Anjasyah itu turut menyentuh soal mengurat
dan cinta. Lalu Rasulullah menyuruh Anjasyah berpada-pada sahaja dan
jangan melampau. (Syarh an-Nawawi `Ala Sahid Muslim, juz 15, muka
surat 81)

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran
dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta.
Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan Barat atau Bollywood, tetapi
sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan
matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa mesej cinta. Cinta kepada Allah,
cinta pada rasul, cinta kepada negara, cinta sesama manusia. Sebab
itulah Rasulullah s.a.w. menekankan dalam mendidik anak-anak
daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi
bersabda, tanamkan dalam diri anak-anak kamu ini cintakan Allah,
cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan
membaca al-Quran.
--------------------------------------------------------------------------------
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan sehinggakan
Nabi s.a.w. berpesan bahawa tidak akan masuk syurga sehingga kamu
belajar cinta-mencintai di antara satu sama lain.

Oleh itu, jelaslah di sini, cinta itu merupakan satu daripada mesej
yang dibawa oleh para nabi. Ia merupakan satu fitrah manusia.

Dr. Mashitah menegaskan, cinta kepada berlainan jenis antara seorang
lelaki pada perempuan, dan seorang perempuan pada lelaki adalah
fitrah.

Cinta itu normal dan merupakan fitrah manusia, cuma Islam mengatur
fitrah manusia. Islam mengatur bagaimana cara cinta antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan. Adakah bila seorang lelaki dan
perempuan itu bercinta dia boleh sampai ke peringkat mahu melihat
dan merasa tubuh badan pasangannya? Ini tidak boleh.

Jelas di sini, Islam mengambil kira bahawa cinta itu satu fitrah
manusia, dan ia mengatur setakat mana dibolehkan cinta antara lelaki
dengan perempuan, diberikan garis panduan.

Remaja bercinta, jelas beliau, bukan satu perkara yang melanggar
fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diatur bagaimana cara mereka
boleh bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, dia
mesti ada rasa tanggungjawab.

Rasulullah s.a.w. bersabda, kalau dua orang bercinta, aku tidak
nampak yang lebih baik kepada dua orang yang sedang bercinta
melainkan diakhiri dengan pernikahan.

Sambung beliau, yang menjadi masalah adalah apabila si anak bercinta
dan mahu berkahwin, ia dihalang oleh ibu bapa mereka. Apabila
perasaan si anak sudah sampai ke peringkat cinta, jika disekat boleh
membawa kepada pelbagai masalah.

Islam telah mengatur, jika sampai ke peringkat cinta, dibuka jalan
ke arah pernikahan, kenapa mesti ibu bapa keluar daripada apa yang
diatur oleh Islam?

Di institut pengajian tinggi (IPT), jelasnya, bukan sahaja tempat
menuntut ilmu, tetapi di situlah pelajar boleh mencari pasangan yang
sekufu, setaraf, sekedudukan, sepemikiran dan sewadah dengan mereka.

Bercinta di IPT itu baik, cuma pelajar perlu diberi panduan. Jika
bercinta, jangan berpegang-pegangan tangan, jangan sampai
mengabaikan pelajaran, jangan sampai cinta itu menjadi asasi, sebab
pelajar mesti ada keutamaan. Di sinilah ibu bapa perlu memainkan
peranan dalam mengatur dan menyusun fitrah itu.

Pelajar boleh berjumpa, tetapi bukan dalam keadaan bersunyi-sunyian.
Mereka boleh berjumpa di dalam kelas, secara beramai-ramai. Jika
pelajar-pelajar ini disekat daripada bercinta, bayangkan bagaimana
mereka hendak mencari pasangan hidup. Berbanding zaman dahulu,
perkahwinan diatur, tetapi zaman sekarang, anak muda telah bergaul.


Sabda Rasulullah S.A.W. - 'Barangsiapa jatuh cinta, kemudian beliau menahan dirinya, tidak mengeluarkan perasaannya dan bersabar lalu mati, maka matinya itu ialah syahid'


kesimpulannya...sesungguhnya cinta yang abadi tiu hanya untuk allah swt...


-----------------
TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qudwah_hasanahProfil   Hantar PM kepada Qudwah_hasanah   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 11:00


assalamualaikum..timer kasih kepada Qudwah_hasanah..ana nak bagi sikit pandangan la..ana pun tak la arif sangat..ana lebih ke arah bercinta tu haram sebabnya bila dah mabuk cinta..semuanya boleh terjadi..betul tak..tapi tak tau la bagi yang kuat iman..sebabnya ader kat tempat ana menggelarkan mereka sebagai couple 'islamic'..betul ke..tapi berduaan sentiasa..kan orang yang ketiga tu syaitan..tapi tak tau la..itu pandangan ana saja..wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

ana_muslim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 666
Posting: 58
Dari: Semarak Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 18:06


Quote:
Remaja bercinta, jelas beliau, bukan satu perkara yang melanggar
fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diatur bagaimana cara mereka
boleh bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, dia
mesti ada rasa tanggungjawab.



Assalamualaikum...

Menarik topik ni... satu lagi topik berkaitan cinta... ana pun sependapat dgn apa yang ditulis oelh Qudwah_Hasanah tu... cuma ana nak ingatkan lah kpd sahabat2 remaja sekalian, cuba tanya diri sendiri dulu sebelum bercinta... mampukah kita menahan nafsu kita daripada melakukan perkara2 yang ditegah syariat ketika kita bercinta nanti? Sudah cukup teguhkah iman kita untuk menghalang semua perkara2 yang tak diingini itu daripada berlaku?.... Tanya lah iman masing2 sebelum bercinta... Dan bagi yang sedang mabuk cinta sekarang ni... segerakanlah urusan pernikahan, jangn bercinta lama2... kita tak tahu apa yang akan terjadi dimasa depan...

-----------------
Member of Kelab Downline Islam Malaysia (KDIM)
ID Code - 191
http://kdim.net/?penaja=191

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_muslimProfil   Hantar PM kepada ana_muslim   Pergi ke ana_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

HajarAswad
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 77
Posting: 12
Dari: J S T

turkey   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 22:11


Ana sokong...

Bookmark and Share

    


  Member Information For HajarAswadProfil   Hantar PM kepada HajarAswad   Quote dan BalasQuote

peng_yu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 17
Posting: 120
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-06-03 22:28


sokong gak

-----------------
membangun menurut islam
TeReNggAnU DaRuL IMaN

Bookmark and Share

    


  Member Information For peng_yuProfil   Hantar PM kepada peng_yu   Quote dan BalasQuote

insaflahdiri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 588
Posting: 64
Dari: nowhere

ussr  


posticon Posting pada: 09-06-03 22:39


remaja takleh lari dr cinta walaupon percubaan utk melarikan diri telah dilakukan utk kesekian kalinya

Bookmark and Share

    


  Member Information For insaflahdiriProfil   Hantar PM kepada insaflahdiri   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113131 saat. Lajunya....