Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang bodoh hanya berdiam diri, tetapi orang yang paling bodoh adalah yang bercakap perkara yang dia sebenarnya bodoh
-- -- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 42 hari yang lalu
al-biruni03: 71 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: rasa takut pada mati


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» rasa takut pada mati

Please Mendaftar To Post


Oleh rasa takut pada mati

hakem
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8516
Posting: 31
Dari: united kingdom

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-04-04 08:27


assalamualikum...kepada semua sahabat ukhwah..
di sini saya ingin bertanyer kan pendapat saudara dan saudari..
soalan:saya sering kali takut pada mati,setiap kali nak tido saya sering takut dan menagis, dan lebih takut lagi kalau saya fikir saya akan ditanam dalam kubur.
pada pandangan saya, adalah wajar bagi manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt mati, tetapi bagaimana hendak mati seorng diri yang penuh dgn dosa dan selalu berdosa. Kadang2 perasaan rasa nak mati seringkali terbayang,bagai diri saya sendiri dikapan dan ditanam.Saya sejujurnyer shabat baru dalam ruangan ini.Sebagaimana halnya secara berterusan selalu juga dosa yang dilakukan berulang2,walaupun tahu dosa yang saya buat dan setelah buat baru terasa takut.(maaf kalau saya salah susun ayat)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakemProfil   Hantar PM kepada hakem   Pergi ke hakem's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-04-04 09:14




mula mula sekali ana nak ucapkan selamat datang kedalam komuniti ukhwah ini..

sememangnya kita patut ditanam dengan takut pada siksaan kubur, tapi bukan pada mati.. dan sepatutnya kita juga perlu merasa takut untuk melakukan dosa kerana takut tak sempat untuk bertaubat sebelum tiba waktu ajal kita..
sebaik - baiknya jangan ditangguh - tangguhkan niat untuk bertaubat ini..

sekian, wassalam..



Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 21-04-04 11:29


warahmatullah

ahlan wasahlan buat akhi hakem..

alhamdulillah, nampaknya telah timbul rasa kesedaran yang menebal dalam diri enta..
mati itu pasti, cuma bentuknya sahaja yang berbagai rupa..

ana setuju dgn kata rakan ukhwah istisafa..
seeloknya janganlah ditangguhkan perkara taubat ini sekiranya enta telah menyedari kesilapan enta, selagi ada kesempatan pintu taubat masih terbuka.

smga ALLAH SWT berikan enta kekuatan untuk meninggalkan perkara2 yg boleh m'datangkan dosa yg enta telah lakukan selama ni..amiin.

p/s: lecturer ana penah b'pesan, kdg2 bile dlm kekeliruan, b'AZAMlah slalu agar 1 hari nanti kita pasti akn dapat melakukan perkara yg kita ingini.

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

epal_85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5703
Posting: 32
Dari: uia pj

Johor  


posticon Posting pada: 21-04-04 13:32


alhamdullilah,bkn semu hambaNya mendapat hidayah.Saya cemburu dgn anda.Erm,ingatkan mati tu kan ke bagus,sunat tau...Dicadangkan Hakem rajin2 kanlah diri bangun malam,buat tahajud,solat hajat,solat taubat.Allah tu kan Maha Pengampun..Masih ada masa lagi,sebelum masa tu benar2 tibe.
Anyway,selamat dtg ke Ukhwah,garden of virtue and knowledge ,cewah...pinjam uia punya motto nie....


Bookmark and Share

    


  Member Information For epal_85Profil   Hantar PM kepada epal_85   Quote dan BalasQuote

faryd
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2003
Ahli No: 5968
Posting: 95
Dari: Proton RnD S. Alam

Johor  


posticon Posting pada: 22-04-04 14:45


erm alhamdulillah..beribadatlahkamu seolah2 kamu mati esok hari..renungkanlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For farydProfil   Hantar PM kepada faryd   Quote dan BalasQuote

sinar_islamiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-05-04 12:15




" Setiap jiwa akan merasakan kematian" (ali Imran 185)

Ayat ini mengungkapkan fakta kematian sebagai suatu kenyataan....suatu hal yang pasti terjadi, yang pasti akan kita alami.

"Dan sesungguhnya hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga sesungguhnya dialah yang benar benar beruntung. Sesungguhnya kehidupan didunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Ali Imran 185)

Sungguh beruntung org yg matinya dalam iman...ini yg kena kt usahakan...dunia ini hanya lah ladang yg perlu kt usahakan di mana hasilnya hanya akan kt perolehi di akhirat kelak..sama2lah kt berusaha agar kematian kt kelak dalam iman dan takwa...amin..

Bertakwa dan ingatlah Allah setiap detik dan masa kerana kematian itu tidak akan menunggu kt...tiba masa kt pasti akan dijemput olehNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiahProfil   Hantar PM kepada sinar_islamiah   Pergi ke sinar_islamiah's Website   Quote dan BalasQuote

al-Jawzi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.05.2004
Ahli No: 8722
Posting: 27
Dari: Sana nak ke Sana

Johor  


posticon Posting pada: 06-05-04 12:57


Bismillahi Walhamdulillah...

Syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi nikmat Islam dan Iman.

Beruntunglah saudara, kerana terpilih untuk merasakan takut kepada mati, sehinggakan membawa kepada menangis pada malam hari. Sedangkan ramai lagi diluar sana ramai manusia yang masih tidak ingatkan mati pun. Tahniah buat saudara kerana telah terpilih diantara jutaan manusia di atas dunia ini.

Kerana pada akhir zaman ini Rasulullah menyatakan bahwa manusia ramai yang cintakan kehidupan dan takutkan untuk mati.Tapi atas dasar apakah yang perlu ditakuti mati itu. Apakah kerana takutkan api neraka? Kerana amalan masih tak mencukupi? Jika itu adalah soalannya maka jawapannya berada pada kita sendiri.

Seimbas mengingatkan kita pada kata2 mashyur Rabiatul Adawiah:"Sekiranya Cinta Allah Itu Berada Dalam Neraka Nescaya Aku Redha Untuk Kesana". Dalam kitab terjemahan karangan Imam Nawawi :"Cinta dan Rindu Pada Allah" bahawa tahap tertinggi keimanan adalah tahap redha (tapi bukan bermaksud tidak perlu bedoa dan usaha). Itulah tahap keimanan Rabiatul Adawiah. Beliau redha jika neraka yang Allah redha bg dirinya.

Banyak lagi kisah-kisah wali-wali Allah yang mashur mahu pun tidak dikenali didunia ini, tapi kisahnya terkenal dikerajaan langit sana. Mereka bukan takut untuk mati bahkan mengharapkan supaya dapat berjumpa dengan yang dicintai oleh mereka (tapi bukan bermaksud berdoa untuk mati tapi jika itu yang terbaik maka berserah).


Jadi peluang untuk terpilih ini bukan mudah, maka jadikanlah peluang ini sebagai platform untuk sama-sama bermuhasabahkan diri kita untuk tingkatkan lagi hubungan dengan Allah,bukan hanya saudara sahaja tapi kita semua (mengapa bukan kita yang terpilih).

Insaflah wahai diri, Allah telah memberikan nikmat kepadamu, sejak engkau dilahirkan,apa yang engkau balas?, jika hendak dibalas dengan amalan?, banyak manakah amalan engkau lakukan?, jika engkau mengaku bersyukur?, banyak manakah ketaatan yang engkau ikut?.
Nak dihitung solat? dalam 60 tahun kehidupan, engkau cuma bersolat selama 2 tahun. Itu entahkan penuh?,entahkan diterima?,entahkan sah? Insaflah wahai jiwa...siapakah kita ???


Sekadar pandangan dari sedikit pemerhatian,
Abaikan jika tidak berkaitan,
Maafkan jika bersalahan,
Moga tidak dijadikan perhitungan,
Sesungguhnya Ilmu Allah Amat Luas.
Wallahuaklamu Ma La Tak Lamun.


-----------------
Ibnu Al-Jawzi :Kekurangan ilmu disebabkan kelemahan cita-cita, dan kesudahan sesuatu ilmu ialah keupayaan untuk mengamalkannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-JawziProfil   Hantar PM kepada al-Jawzi   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-05-04 14:38






Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

nasirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7101
Posting: 57
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-04 19:05



hmm..sokong al-jawsi..kadang2 semua ini menjadikan kita semakin insaf..itu yg penting..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nasirahProfil   Hantar PM kepada nasirah   Quote dan BalasQuote

fuqaha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.12.2003
Ahli No: 6026
Posting: 66
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-05-04 02:04



"setiap yg hidup pasti akan merasai mati...."
baguslah camtu, selalu ingatkan mati leh tambah iman apa.......

#####################
kadang2 hati gembira untuk bertemu, ya allah
tapi bila mengenangkan diriku yang daif ini
aku menjadi takut, hatiku menjadi gusar
takut2 Kau tidak menerimaku
tiada guna hidupku tanpa keberkatanmu
tiada guna nafasku tanpa cahayamu....



-----------------
belajar menghargai sesuatu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fuqahaProfil   Hantar PM kepada fuqaha   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-08-05 06:56


kita kena melalui sakaratulmaut sebelum nyawa terpisah dari badan.
bagaimana sakitnya ketika menghadapi sakaratulmaut ada dijelaskan oleh Saidina Umar Al-Khatab:'maut bagaikan pohon yang berduri yang dimasukkan ke dalam tubuh anak adam, maka tiap duri berkait dengan urat , lalu dicabut oleh seseorang yang kuat,sehingga dapat memutuskan apa yang terputus dan meninggalkan apa yang masih tinggal'

semoga kita semua dapat muhasabah diri kita, sebanyak mana amalan dan keimanan kita terhadap Al-Khalik dan setakat mana persediaan kita untuk menghadapi mati. siapakah kita di depan ALLAH?

wallahu a'lam.
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

namirah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5920
Posting: 232
Dari: Ardhillah

singapore  


posticon Posting pada: 05-09-05 17:12


tak sangka ye Hakem yang merase macam apa yang ana rasa...ana pun sentiase takut bila nak tidur malam hari..masih belum sedie lagik..terase macam ana nya dosa fuh..tinggi menggung, tapi pahala tak sampai tinggi bukit...ana tak tau apa yang seaptutnye ana buat sampailah terbace post ni dan replies-nya...
rasa takut pada mati selalu memuncak lagi2 bila memikirkan sahabat abang yang tlh pergi tahun lalu pada usia 16 tahun..
semoge kita semua tetap di dalam agamanya hingga ke akhir hayat..
Ya Allah, tsabbit qalbi 'ala diinika


-----------------
Our readiness strengthens our security
Our adaptability ensures our success
Our unity strengthens our nation
Total Defence S'pore


Bookmark and Share

    


  Member Information For namirahProfil   Hantar PM kepada namirah   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 05-09-05 18:15


Alhamdulillah saudara ialah seorang yang bijak sebab anta ingatkan kepada kematian seperti dikatakan di hadis..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Dan, sebaik-baiknya jangan berlengah untuk buat ketaatan dan selalulah bertaubat.

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. " (Riwayat Bukhari)

Dari Anas r.a, katanya : " aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu. Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan aku dengan sesuatu pun, nescaya aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula. (Riwayat at-Tirmizi)

Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa engkau hidup sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum miskin


-----------------
..::: Kehidupan berasaskan Al-Quran dan Hadis menjamin kebahagiaan didunia dan diakhirat :::..


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09844 saat. Lajunya....