ingin ku tambah lagi saudari nuraini...bait puisimu memberi ilham.
damainya aku dengan keinginanmu wahai puteri
alangkah indanhnya ..di pantai bersih melambai ada Islamnya
dibangunan pencakar langit juga ada Islamnya
dilaman taman yang berseri ada Islamnya
dimenara Universiti juga ada Islamnya
di puncak pemerintahan negara juga terlaksana kesyumulan Islamnya
dihati kita ada Islamnya
dihati sahabat juga ada Islamnya
dihati isteri, suami, anak-anak, pemuda-pemudi ada Islamnya
dimana-mana ada Islamnya
wahai puteri indah budi pekerti
kalau ini berlaku......
damailah penghuni alam ini
tidaklah kecundang sebuah kehidupan
tidaklah menitis kelopak ibubapa dek keruntuhan akal dan budi
kalau ini berlaku......
dimana mana ada kedamaian
sipeniaga tersenyum riang
sipetani menyanyi girang
sipelaut pulang penuh kegembiraan
kalaulah ini berlaku.....
negara cemerlang gemilang terbilang
kerana rahmat dan berkatNya mencucuri datang
bukan sekadar retorik penipuan
cincin permatakan kaca dan bukannya intan
wahai puteri cemerlang....
terima kasih atas sentuhan
bait puisi melingkari sajak denga iman
bukan sekadar rentak diri yang terbuang
melayan fikiran dan kemahuan yang tidak pernah padam
dikau menghiasi dengan dakwah yang cemerlang