Assalammualaikum warah matullahi b.t.
Ini sedikit petikan atau ulasan salah satu kuliah sembahyang. ada 5
kuliah
semuanya.
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.
Dalam
era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan
terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam
kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka
telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang
tanpa
sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia
masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja,
bacaan
pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja.
Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu
tentang
sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar
dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu
mengenai
sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan
dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak.
Kalau
ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh
kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan
penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih
bacaannya,
tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya,
lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak
tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu
disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi
fikirannya
terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya
mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka
wail
bagi orang ini.
Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat
ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.
Fikirannya
masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja
tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang
awamul
muslimin.
Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,
tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,
sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,
teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah
secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya
serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan
tak
mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal
akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya
kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang
sedar
dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang
lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai
sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa
apa.Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya,
faham
secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam
sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan
sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau
yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan
tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak
mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam
sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar /
ashabul yamin.
Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai
kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia
didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak
gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung
dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak
dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin
(Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh
golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam
sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia
bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang
punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang
telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam
sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak
dibetisnya.
Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam
sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan
sembahyang.
Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara
ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia
nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk
ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak
diambil
peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan
mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah
golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala
golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan
ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari
Allah,
agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Apakah Faedah kursus ini untuk anda..?
*Fahami dan hayati tujuan Allah perintahkan Kita sembahyang.
*Mengenali pasti apakah punca segala masalah dan cara
penyelesaiannya.
*Memahami bahawa sembahyang adalah saluran pertolongan Allah.
*Membentuk diri,keluarga masyarakat dan umat sebagai hamba-hamba
Allah yang benar-benar bertaqwa.
*Cara mencapai kesejahteraan hidup didunia dan akhirat.
Kandungan Program.
*Falasafah dan peranan Sembahyang.
*7 sifat peribadi Agung.
*9 kategori sembahyang umat Islam akhir zaman, 6 Kategori adalah
Sembahyang yang tidak mengubah sikap dan pemikiran umat Islam.
hanya 3 kategori solat yang benar-benar mengubah sikap dan tanda orang
bertaqwa.
*Memahami dan merasai 24 ciri keagungan Sembahyang.
*Ganguan-ganguan yang berlaku sebelum,ketika dan selepas Sembahyang.
*Persediaan-persediaan lahiriah yang perlu apabila hendak
Sembahyang.
Wallahu'alam
-----------------
Bila bercinta kerana Allah s.w.t,berpisahnya tidak gelisah,
Bila rindunya pada yang satu,bertemunya pasti tak jemu,
Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah