Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: studiosmilesnyc
Hari Ini: 0
Semalam: 3
Jumlah Ahli: 43104

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 20 jam, 28 minit yang lalu
dentistinhouston: 22 jam, 24 minit yang lalu
ezequielvince: 23 jam, 45 minit yang lalu
shanejohnson: 4 hari yang lalu
wadud: 9 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Iblis menangis ketika mukmin bersalam


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Iblis menangis ketika mukmin bersalam

Please Mendaftar To Post


Oleh Iblis menangis ketika mukmin bersalam

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 27-02-04 15:01


semua..tahukah kita setiap kali kita bersalaman ia
mengandungi hikmah di sebaliknya? RASULULLAH saw bersabda maksudnya: "Wahai
manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu
malam ketika orang Lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."


Sabdanya lagi: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada kenikmatan yang belum
pernah dilihat oleh mata, belum pernah dibayangkan hati manusia."

Lalu bertanya sahabat: "Ya Rasulullah, untuk siapakah itu?" Sabda
Rasulullah: "Ia bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang memberikan
makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat
malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya sahabat: "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya
Rasulullah?" Sabda Rasulullah lagi: "Akan aku terangkan kepada kamu
semua. Mereka ialah:-


* Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan
memberikan salam kepadanya, sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

* Barang siapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga
kenyang, maka sesungguhnya dia telah memberi makan.

* Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian berpuasa enam hari
Syawal (kecuali 1 Syawal), bererti dia sentiasa berpuasa.

* Barang siapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, sesungguhnya dia
mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya iblis menangis, sewaktu seseorang
mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua-dua mukmin itu
tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

kakciknah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3875
Posting: 165
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-02-04 10:30



insyallah moga ana dan ahli komuniti ukhwah tergolong dalam golongan yg beriman dan beramal kerana allah taala

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakciknahProfil   Hantar PM kepada kakciknah   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-02-04 11:35



betul kat kakciknah..sama2la kitaberdoa utk kesejahteraaan umat esp palestinians

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 02-03-04 01:54




..ringankan mulut memberi salam & murahkanlah dgn senyuman...

Rasulullah saw pernah bersabda: Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman...dan tidak sempurna iman sehinggalah kamu berkasih sayang di kalangan kamu...apabila saling sayang menyayangi ini telah ader..Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat...sudikah kamu semue saye ajarkan satu perkara, jika kamu lakukan kamu akan saling sayang-menyayangi? Apakah dia, ya Rasulullah....ermmm... Rasulullah pun menjawab, Sebarkan salam..(assalamualaikum)

Menyebarkan salam merupakan sunnah Rasulullah saw yg mudah tuk kiter menuju ke jalan ALLAH SWT... As Salaam itu sendiri adalah salah satu daripada nama-nama-Nya....ucapan salam termasuk dalam kategori doa...memberi dan menjawabnya bererti kiter saling doa-mendoakan, merapatkan hubungan dan kasih sayang antara kiter sesama ISLAM...

Bahagia sebenarnya ader dlm hati dan perasaan manusia....sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang bertaqwa....



Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 01:59


macamana kalau non muslim bagi salam? pastu kalau kita tersilap bg salam kat non muslim? sy pernah lalui bende ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 02-03-04 02:32




memberi salam kpd org kafir hukumnya adalah haram...Rasulullah SAW bersabda :
"Janganlah kamu memulai orang Yahudi dan nasrani dgn salam...maka a/bila kalian bertemu mereka ditengah jalan maka persempitlah jalannya kepada yang lebih sempit. ( HR. Muslim )

....kalau dlm satu majlis berkumpul muslim dan non muslim kita tetap disyari'atkan mengucapkan salam kepada yang muslim.
"Dari Usamah r.a. bahwasanya Rasulullah SAW melewati suatu majlis yang di dalamnya bercampur kaum muslimin dan musyrikin - penyembah berhala dan yahudi..maka nabi mberi salam kpd mereke." ( Muttafaqun 'alaih)

menyebut warahmatullah, kite akan mendapat 20 pahala...menyebut warahmatullahi wabarokatuh, kiter akan mendapat 30 pahala...kemudian ALLAH SWT mengajar kiter spy menjawab iaitu Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh...sebaik2 jawapan kpd salam..

Jika kiter tersasul memberi salam kepada non-muslim..mengikut madzhab Syafi'e hendaklah ditarik balik tp tidak perlu menurut madzhab Malik

Jika non-muslim mberi salam "assalamu'alaikum'.. hendaklah membalas dgn lafaz : Wa 'alaykum sahaja tanpa apa-apa penambahan lagi (jumhur). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Anas, apabila ahlil kitab memberi salam kepada kamu, jawablah "wa'alaykum".

Allahu a'alam



Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094567 saat. Lajunya....