Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 3 hari yang lalu
muslimiman: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
nur_tinta: 25 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: ada apa dengan cinta???


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» ada apa dengan cinta???

Please Mendaftar To Post


Oleh ada apa dengan cinta???

mahadir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 768
Posting: 69

Johor  


posticon Posting pada: 03-06-03 15:04


Assalamualaikum.........
best ke cinte2 nie...saje nak tanyer je korang nie...betul ke cinte tue buta???...cinta camaner yg baik sebenarnya bg remaja cam kiter???( except rabbul jalil)
boleh ke kite bercinta ngan berlainan spesies time2 remaja nie???....tapi berteraskan islam..tak pegang2 tangan...sentiasa bertegur arah kebaikan...selalu bagi tazkirah ...n etc

Bookmark and Share

    


  Member Information For mahadirProfil   Hantar PM kepada mahadir   Quote dan BalasQuote

pacik-huzaifah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 103
Posting: 42
Dari: Labayan.com

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-03 05:28


La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma
yuhibbu li nafsihi"
"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk
saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini
adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak
memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya
sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan
elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia.
Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di
dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.
Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita
akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja
demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang
dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia
berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu
persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata,
"Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan
cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan
belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak
akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri
seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan
dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu
perasaan luhur anugerah Allah kepada semua
hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya
berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan
kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini
tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan
kasih sayang.
Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam.
Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih
mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai
umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon
diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan
akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud
a. s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka
kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a. s, kaum
Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang
menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini
diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari
Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan
pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada
seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum
dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat
berleluasa di muka bumi ini.
Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya.
Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi
termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya
dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa
baginda.

Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup
membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama
bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap
baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat
pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw,
cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau
sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi
perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup
menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa
hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit
dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila
beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di
muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta
generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga
dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita
pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup
menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk
diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah
kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan
hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu,
golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri
mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan
Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta
kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan
Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa
ramai di antara kita yang medermakan barang-barang
yang paling disukai untuk diberikan kepada
pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita?
Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian
yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih
disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga
kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan
itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat,
mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari
itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita
sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan
perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci
sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan
pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang
Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada
ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam
yang lainnya.
Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa
cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang
dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik
masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang
dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan
membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan
tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan
menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas
saudaranya itu. Umat Islam yang cintakan saudaranya
akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah
tiba. Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak
cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad
menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam
diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad
menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada
dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon
untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka
dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui
perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya
perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat. Islam
akan terus tertindas sekiranya kita masih belum
memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis
Yahudi. Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih
belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan
mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran
itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan
tersusun di rak-rak. Islam akan makin dipersenda,
sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual
kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris
nabi. Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih
diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang
akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu. Maka
didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh
hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang
akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan
ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.



-----------------
:: mendamai ombak resah ::
http://www.labayan.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For pacik-huzaifahProfil   Hantar PM kepada pacik-huzaifah   Pergi ke pacik-huzaifah's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-06-03 06:09


a'kum..

cinta itu adalah pendorong.....tetapi.. cinta pada allah itu adalah pendorong teragung.....

-----------------
believe, persist and archive

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

espiranza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 935
Posting: 192
Dari: negara akhirat kekal abadi

zambia   avatar


posticon Posting pada: 09-07-03 12:49


As'kum..hehehe..baru nak kasi pendapat...tak sangka pacik-huzaifah dah hujah panjang lebar...ekeke..tapi,bagi saya lah..cinta cam tuh tak best..buat sakit hati..pedih..sure ader lagha gak skali skala...so baik simpan jer lah cinta tuh utk isteri/suami tercinta kelak...setia pd bakal suami/isteri..wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For espiranzaProfil   Hantar PM kepada espiranza   Quote dan BalasQuote

akuzakie
WARGA SETIA
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta

Johor  


posticon Posting pada: 09-07-03 12:59


" Cinta yg. terbaik..sesama insan.. Cinta yg berlandaskan Agama.. Cinta tanpa paksaan dan penuh kerelaan.. tanpa ada apa2 paksaan.. penuh kasih sayang Tp, jgn lupa Cinta padaNya.. Cinta pada makhluk.. penuh kasih sayang... jdkan ianya satu nikmat yg patut d'syukuri... wallahua'lam

-----------------

[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]

Bookmark and Share

    


  Member Information For akuzakieProfil   Hantar PM kepada akuzakie   Pergi ke akuzakie's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 09-07-03 13:04


Quote:

On 2003-06-03 15:04, mahadir wrote:
Assalamualaikum.........
best ke cinte2 nie...saje nak tanyer je korang nie...betul ke cinte tue buta???...cinta camaner yg baik sebenarnya bg remaja cam kiter???( except rabbul jalil)
boleh ke kite bercinta ngan berlainan spesies time2 remaja nie???....tapi berteraskan islam..tak pegang2 tangan...sentiasa bertegur arah kebaikan...selalu bagi tazkirah ...n etc


rasanya cinta tu tak buta, cuma org yang mengalami tu yang buta jika takde pegangan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-12-07 10:19


:bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga: :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:

ada apa dengan cinta?

monolog diri tentang CINTA

segala-galanya ada pada CINTA..

hanya CINTA yang menerima diri seadanya..
segala kurang,lemah dan buruk diri...CINTA itu terima..

dengan dosa2 yang sebanyak buih di lautan, CINTA itu masih terima diri..

dalam CINTA itu diri dapat tenang..
kerana CINTA itu diri dapat menangis dengan sepuas-puasnya..
tangisan pada CINTA itu suatu nikmat..
melembutkan hati yang terasa keras..
mendekatkan semula hati pada CINTA itu..

CINTA..bersemadi dalam hati..terasa CINTA itu dalam hati..
terasa CINTA itu dalam sujud..terasa...terasa dalam hati diri yang hina..

CINTA itu dekat tapi diri sering leka dan lalai

jauh di sudut hati diri sentiasa rindu pada CINTA itu..
mampukah diri..

cinta hina tanpa CINTA
jika cinta pada dunia/manusia

cinta sementara parah menyakitkan dusta putar belit

CINTA itu sejati dan kekal..
jika CINTA pada ALLAH

alhamdulillah ditunjukkan pada CINTA kerana cinta itu..

diri mendamba CINTA itu
perjalanan masih jauh..
mampukah diri..:sopan:

:bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga: :bunga:    :bunga:    :bunga:    :bunga:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-12-07 10:21


Pada 03-06-03 15:04 , mahadir posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.........best ke cinte2 ini...saja nak tanya saja anda ini...betul ke cinta itu buta???...cinta bagaimana yang baik sebenarnya bagi remaja macam kita???( except rabbul jalil)
boleh ke kita bercinta dengan berlainan spesies time2 remaja ini???....tapi berteraskan islam..tak pegang-pegang tangan...sentiasa bertegur arah kebaikan...selalu bagi tazkirah ...dan etc


hehe saya lari topik sikit ye..

fikir fikir, balik juga pada topik ni..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-12-07 10:26


Saya pun bercinta sebelum kawin, tapi kami xberjumpa sehinggalah akad. Alhamdulillah, walaubagaimanapun, kalau anda takut akan jadi perkara yang tak elok, elak kan lah bercinta :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104656 saat. Lajunya....