Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: studiosmilesnyc
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43104

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 1 hari, 9 jam, 23 minit yang lalu
dentistinhouston: 1 hari, 11 jam, 19 minit yang lalu
ezequielvince: 1 hari, 12 jam, 40 minit yang lalu
shanejohnson: 5 hari yang lalu
wadud: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: MENJALIN PERSAUDARAAN YANG SUCI


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» MENJALIN PERSAUDARAAN YANG SUCI

Please Mendaftar To Post


Oleh MENJALIN PERSAUDARAAN YANG SUCI

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 23:24


warahmatullahi wabarakatuh

MENJALIN PERSAUDARAAN YANG SUCI

Terdapat banyak cara untuk mengukuhkan ikatan ukhuwwah, dan sekiranya anggota masyarakat berpegang dengannyadan melaksanakannya di dalam kehidupan mereka, nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama mereka.Antaranya ialah:

1 ) Nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya” [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

2 ) Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar bin al-Khattab r.a berkata : “ saya minta izin kepada baginda sallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mengerjakan umrah”. Baginda Sallahu ‘Alaihi Wasallam membenarkan dan berpesan : “ Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama”. [Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

3 ) Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

4 ) Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya : “Tiadalah dua orang orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah”.

5 ) Selalu menziarahi saudaranya dari semasa ke semasa (satu tempoh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang).

Sabda Rasulullah s.a.w, ertinya : “Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya, menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di Syurga”. Sabdanya lagi di dalam riwayat yang lain, “Ziarahilah saudaramu untuk menambahkan kasih sayang”.

6 ) Memberi ucapan TAHNIAH kepada saudaramu dan menyukakan hatinya.

“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari Kiamat”.

7 ) Memberi hadiah kepada saudaranya pada waktu yang munasabah

“Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati”. [Riwayat Dailami dari Anas]

8 ) Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya”. [Riwayat Muslim]

--------
Jika dilihat daripada tazkirah di atas, banyak perkara yang boleh dilakukan bagi merapatkan ukhuwwah Islamiyyah sesama kita.Tetapi, ada juga yang tidak sesuai untuk diamalkan di antara persahabatn muslimin dan muslimat.jadi, pandai-pandailah kita menilai dan memilih..Jangan tersilap langkah, buruk padahnya nanti.

Sekian..
wassalam

.::Allah does not look at your body and face; rather He looks at your heart [at-tirmidhi]::.



[ Posting ini telah di edit oleh: nawwal pada 2004-02-22 23:32 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: sunan-faqih pada 2004-03-05 10:02 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 16:28



Bagusnya info ini...
terima kasih kpd nawwal yg menyumbangkan info ini....sekurang2nya ana dapat belajar cara2 yg betul untuk menjalinkan ukhwah yg betul.

marilah sama2 kita praktikkan agar kita tidak akan menyakiti @ berkasarbahasa dgn saudara seislam kita.


-----------------
SYUKRAN JAZILAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 03-03-04 07:21




ukhwah itue indah biler dasarnya cinta ILLAHI



Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-03-04 10:47




Syukran jazilan kpd ukhti kita kerana mengemukakan topik menarik ini. Daripadanya kita dapat belajar menjalinkan ukhuwwah yang suci berlandaskan Islam yang murni.

Pabila dah tau tu, cuba2la amalkan mana yang mampu...kerana selama ni kita hanya berkawan tanpa memahami apa itu ukhuwwah yang sebenar. Indahnya ukhuwwah pabila dasarnya cinta Illahi..indahnya ukhuwwah lebih2 lagi ngan adanya Komuniti Ukhwah

Ma'assalamah Ilalliqa'


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 00:01


ukhwah tu indah sekiranya disirami dengan sifat ikhlas dan jujjur dalam aper jua tindakan........demi mendapat redha ilahi

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108205 saat. Lajunya....