Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 29 hari yang lalu
izdham: 38 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 48 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Kempen Anti-Merokok


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Kempen Anti-Merokok

Please Mendaftar To Post


Oleh Kempen Anti-Merokok

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-02-04 16:38


Penguatkuasaan jualan rokok ditingkat

PUTRAJAYA 9 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan Kempen Antimerokok dengan menegaskan kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan penjual tidak menjual rokok kepada golongan di bawah umur terutama pelajar.

Perdana Menteri berkata, penguatkuasaan terhadap penjualan rokok kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun perlu ditingkat memandangkan semua pihak sedar bahawa rokok tidak memberi faedah kepada golongan muda.

``Setakat ini dalam kempen yang kita jalankan dulu pihak syarikat rokok tidak pernah menimbulkan sebarang bantahan, jadi kita akan teruskan. Yang pentingnya kita teruskan kempen ini kerana kita tahu merokok itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada anak muda kita.

``(Jadi) kita kenalah perbaiki penguatkuasaan,'' tegas beliau ketika ditanya tindakan yang akan dibuat oleh kerajaan bagi mengelakkan remaja bawah 18 tahun membeli rokok.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan di Pusat Konvensyen Putrajaya di sini.

Majlis pelancaran kempen itu dihadiri oleh kira-kira 3,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata, pihak berkuasa sekarang boleh mengenakan denda terhadap anak muda berumur kurang 18 tahun sekiranya mereka memiliki atau merokok di tempat-tempat awam.

``Sekarang kita boleh kenakan kompaun terhadap pemuda-pemudi terutamanya di bawah 18 tahun kerana mereka tidak boleh memiliki atau membawa rokok.

``Bagaimanapun kempen ini pendekatannya adalah secara pemujukan iaitu kita akan menggalakkan mereka menjauhi rokok melalui pendidikan yang tepat, menggunakan slogan yang mudah iaitu Tak Nak Kepada Rokok,'' tegas beliau.

Menurut Jui Meng, bagi menjayakan kempen itu, kerajaan menetapkan peruntukan RM20 juta setahun untuk lima tahun akan datang.

``Respons orang ramai akan diukur dan kandungan kempen akan dinilai setiap tahun agar ia menjadi lebih tepat dan lebih berjaya dari tahun ke tahun,'' katanya.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, usaha untuk membanteras budaya merokok seharusnya dimulakan di rumah dengan ibu bapa memainkan peranan sebagai model utama kempen antimerokok.

``Untuk memastikan anak kita ceria dan sihat, kita perlu pastikan mereka dijauhkan dari apa juga perbuatan yang merosakkan diri dan masa depan termasuk merokok.

``Saya sungguh berharap kalau ibu bapa dapat menasihati anak mereka supaya menjauhkan rokok, tetapi susah juga hendak berbuat begitu kalau ibu bapa sendiri yang menghisap rokok,'' ujarnya.

Kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah amat penting bagi memastikan anak-anak terutamanya yang masih di sekolah rendah tidak terpengaruh dengan hasutan kawan-kawan untuk menghisap rokok apabila meningkat dewasa, tambahnya.

``Bak kata orang tua-tua, hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi saya harap dari kecil lagi kita dapat mengasuh mereka supaya menjauhi rokok,'' katanya.

Abdullah ketika menjawab soalan berkata, pembinaan projek Gerbang Selatan Bersepadu di Johor Bahru akan diteruskan seperti biasa walaupun perbincangan masih diadakan antara pihak Malaysia dan Singapura mengenai bentuk jambatan yang akan dibina untuk menggantikan Tambak Johor.

``Banyak kerja pembinaan yang sudah dibuat, terutamanya yang berkaitan dengan Kompleks Imigresen dan Kuarantin atau CIQ, tetapi keputusan (muktamad) belum lagi (bentuk jambatan yang akan dibina),'' katanya.

Sumber: Utusan Online

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 10-02-04 16:50




Ana sokong cakap kak Sal....
Jgn biarkan remaja sekarang dipengaruhi Rokok...
tak elok bagi badan dan minda...... Nanti otak lembab nak berfikir lainlah kalau Mereka ini otak tahap Genius dan Superb.......
Anyway syabas Pak Lah bcoz memerangi Gejala Merokok...........
**Do not smoking but study**


Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-02-04 17:20


hemm..firman allah SWT yang bermaksud:"jangan kamu campakkan diri kamu di dalam kebinasaan"..dan daripada hadis junjungan besar SAW:"tidak mudharat dan memudharatkan.."....
para ulama terkini sudah mengeluarkan hukum haramnya merokok..jadi tindakan kerajjan untuk membasmi gejala ni memang di sambut baiklah..ok membangun menentang rokok..semoga udara kita semua kembali bersih...




p/s: pemimpin kita pun ramai yang merokok..hemm mcm mane tu pak lah???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 10-02-04 21:31




sape2 yg rasa dah ketagih sangat rokok tu, bolehlah hidupkn motor anda dan sedut le asap dr ekzos tu...eheh.

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 10-02-04 22:31


Quote:
sape2 yg rasa dah ketagih sangat rokok tu, bolehlah hidupkn motor anda dan sedut le asap dr ekzos tu...eheh.

cadangan paling best!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-04 22:45



Harga mahal camner pun dieorg akan beli gak rokok..Ermm sanggup berlapar coz rokok....Rokok2.......Penanganmu sungguh berbisa!!meninggalkan kesan yg mendalam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-04 22:55


Jauhilah diri anda dari merokok.....ingatlah orang yang tersayang...asap rokok boleh membawa maut......ingat tue !!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

daquayza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6050
Posting: 153
Dari: sp

Kedah  


posticon Posting pada: 10-02-04 23:51



Bagusla kerajaan ambil inisiatif buat kempen tu. Harap-harap dapatla kurangkan perokok-perokok di m`sia. Iklan dia dlm tv pun best!


Bookmark and Share

    


  Member Information For daquayzaProfil   Hantar PM kepada daquayza   Quote dan BalasQuote

hanim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 10-02-04 23:56


saya sokong dengan pelancaran kempen anti rokok ni...... sape2 yg masih merokok igt2...nanti kena kompaun.......tak caye tanya saya...hehehe
ha..mana syg? syg rokok ke syg duit??hehe..rasa blh pikir kot......semoga berjaya....

-----------------
yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal+ iman+ adab bukan asal keturunanya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanimProfil   Hantar PM kepada hanim   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 11-02-04 02:01




apa nak buat, di mana permintaan, di situlah ada pasaran...
kalo xde permintaan, dah lama bankrup dh company2 rokok di bumi M'sia ni.
bg perokok yg dh berkeluarga tu, ana bersimpati pada anak & isteri dia..camane nk buat ni?

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 11-02-04 09:09



Merokok..merokok...... walaupun ana seorang perokok tapi sungguh bisa dan mendalam penangan mu tapi Alhamdulillah ana berjaya mengurangkan dari 20 batang sehari kepada 10 batang sehari ......... rokok penangan mu tidak lagi menjadi penghalang bagi ana........ hahahaha


Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

PrePAID
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3876
Posting: 130
Dari: Bukit Beruntung, Rawang

Kedah  


posticon Posting pada: 11-02-04 10:26




Bagi pendapat PrePAID utk menghalang sesuatu hal mesti diambil tahu punca kejadian itu terlebih dahulu.... sebagai contoh jika batang pokok bermasalah...adakah kita perlu tebang pokok atau batang pokok tersebut atau sembur ngan racun perosak...???

Permasalahan rokok ada dr pembekalan rokok itu sendiri...cuba kita jd org bijak ..kita tanam pokok tembakau tp kita ekspot ke luar negara...kat lam malaysia yg bukak kilang rokok...buat rokok tp jual kat org luar sana... bukan kat malaysia...kat malaysia kalau nak suruh org malaysia henti merokok bukan dengan kempen..tak beri kesan langsung...Cuba haramkan terus penjualan rokok kat malaysia.... dan tangkap org yg menjual rokok... dan kalau siapa yg hisap rokok plak denda jerk suruh wat kerja amal jgn suruh byr duit kompaun...so kalau nak mendidik manusia kena cara hikmat baru bleh berjaya...

Wassalam... pendapat PrePAID yang sayangkan nyawa perokok dan org ramai

Bookmark and Share

    


  Member Information For PrePAIDProfil   Hantar PM kepada PrePAID   Pergi ke PrePAID's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-02-04 10:52


heheh...
Saya menyokong kempen utk berhenti merokok.

Namun disini saya juga berharap selepas ini diadakan juga kempen utk mengharamkan arak dan judi.Kerna arak dan judi ini terang2 haram didlm Al Quran.Jadi rasanya eloklah diharamkan atau dikurangkan aktivitinya.
kita lihat byk premis2 judi 'HALAL' bertaburan diseluruh pelusuk negara ini.sedangkan judi terang2 haram bagi semua agama.
begitu juga dengan arak.dimana pengiklanannya terlalu bebas.kita lihat didada2 akhbar seperti STAR,NST juga dipapan2 tanda iklan ini seperti bebas utk menarik perhatian org ramai terutamanya golongan muda.
kita lihat juga statistik terbaru PDRM mengenai jenayah dilembah klang utk tahun lepas.Samseng India lebih agresif kerana faktor arak.Jadi jika sebegini diharapkan pihak pemerintah sepatutnya mengharamkan juga judi dan arak.
tapi saya percaya.
kenyataan tinggal kenyataan.
hanya cakap2 politik org menarik perhatian rakyat.
hanya bijak beretorik tanpa perlaksanaan.
kerna apa..rokok,arak dan judi adalah penyumbang besar kepada ekonomi pemerintah.

p/s...merokok membahayakan kesihatan.
oleh itu amalkan cara hidup yg sihat.

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 11-02-04 11:41


pelik-pelik yang makruh dititik beratkan tapi yang haram dibiarkan berleluasa....pening x 10000kali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1305
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-04 00:19




kempen anti merokok tu memang la kita sokong, tapi masalahnya dlm masa yg sama kejohanan bola sepak liga super malaysia yg dilancarkan baru2 ni ditaja oleh dunhil, syarikat pengeluar rokok. apa cerita?


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 12-02-04 01:46




oo ye ke...sampai ke situ pulak...musykil jugak ni..

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

ProfTakBersalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6916
Posting: 120
Dari: Putra University of Japan

japan  


posticon Posting pada: 12-02-04 12:24


saya sokong kempen anti merokok ni tapi antara sedar atau tidak kempen sebegini banyak dijalankan.....cara membanterasnya tidak juga dijalankan.....kalau nak rakyat tak merokok janganlah jual rokok....tapi kerajaan hanya mementingkan cukai yang diterima setiap tahun dan mengetepikan kesihatan rakyatnya.....fikirlah... jangan hanya pentingkan untung jer.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ProfTakBersalahProfil   Hantar PM kepada ProfTakBersalah   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-02-04 12:31


Quote:

On 2004-02-12 00:19, lidah-penghunus wrote:


kempen anti merokok tu memang la kita sokong, tapi masalahnya dlm masa yg sama kejohanan bola sepak liga super malaysia yg dilancarkan baru2 ni ditaja oleh dunhil, syarikat pengeluar rokok. apa cerita?


-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa



hehe...
bukan tu je sahabat..
kejohanan golf yg ditaja oleh calsberg turut diberikan publisiti oleh media.
Piala Tiger....hehehe...paham2 dah la..
tanya kat hafiz hashim..yg pernah dapat ganjaran drpd sports toto...hikhikhik..
macam2 la....ni la yg jadi..
bila yg haram di'halalkan'...

p/s..sian kat manusia yg tak sedar2 lagi..

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 13-02-04 15:00


saye sokong kempen tue.. skrg nie ramai remaja yg terlibat .. peningkatan dua kali ganda oleh remaja perempuan dlm merokok.. nampak nya masalah nie semakin parah..s ebelum nazak elok di bendung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-04 21:57


buat kempen anti merokok... dalam mase yang same jual plak rokok (tak kire laa bwh umo ker tak)... erm... benar tapi pelik

kalau nak mengharamkan terus judi, arak di m'sia mmg ana setuju. sebab byk kerosakan dari manfaat. tapi kalau tak silap ana judi mmg semua agama tak benarkan kecuali arak(melainkan dalam ISlam arak mmg Haram). that's why laa k'jaan k'tan masih benarkan arak dijual (hanya utk org bukan Islam)...

so kesimpulannye jangan beli rokok
amaran k'jaan m'sia ditepi kotak rokok : Rokok Membahayakan Kesihatan

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

haff
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman

malaysia  


posticon Posting pada: 23-02-04 22:43




katakan "TAK NAK".........

kata seorang alim ulama....
"sebatang rokok itu bagaikan sebutir peluru untuk umat islam di palastin"

Bookmark and Share

    


  Member Information For haffProfil   Hantar PM kepada haff   Quote dan BalasQuote

ma_N
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3948
Posting: 85
Dari: No 49 Persiaran Temenggong,Taman Koskam,13220 Kepala Batas,Pulau Pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 23-02-04 23:13



ermmm....mmg patut disokong kempen PM kite tu..
katakan TAK NAK!tapi macam2 bleh org guna perkataan tak nak ni...cam saye pernah terbaca lam satu news paper ade dialog tunjuk salah satu penggunaan perkataan 'TAK NAK'... camni bunyi nyer..."suami saye dah kate 'TAK NAK',tapi dia kate 'TAK NAK' berenti merokok...hehehehe...susah gak tu...ade sesape bleh jawab persoalan nih?

-----------------
-=TakE iT oR LEavE iT=--=bE sErioUS oR jusT quiT=-

Bookmark and Share

    


  Member Information For ma_NProfil   Hantar PM kepada ma_N   Pergi ke ma_N's Website   Quote dan BalasQuote

ma_N
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3948
Posting: 85
Dari: No 49 Persiaran Temenggong,Taman Koskam,13220 Kepala Batas,Pulau Pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-05-04 13:20


"Masalah rokok hanya dapat dibendung if and only if the government stop from giving licence to any cigar company'...think about it,we have no power to stop the enterprenuer to stop from importing and selling the cigar...ONLY the GOVERNMENT have the POWER to take back the licence...
sape lagi yg patut kite salahkan?nak salahkan smoker?takde rokok,takde la smoker...!!!

-----------------
-=TakE iT oR LEavE iT=--=bE sErioUS oR jusT quiT=-

Bookmark and Share

    


  Member Information For ma_NProfil   Hantar PM kepada ma_N   Pergi ke ma_N's Website   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-05-04 22:50




merokok ni jugak membahayakan kesihatan..mungkin kita tak nampak kesannya masa sekarang...jadi..siapa yang perokok..kurang2kanlah merokok..sikit2 pun takper..insyaallah...pasti berjaya..



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-05-04 11:41


Sekiranya sikap yang negatif mmelingkari diri kita,seharusnya dapat diubah dengan apa jua cara dan uslubnya,tidak sukar untuk merubah yang buruk kepada yang baik mmelainkan kita tak mahu kepada perubahaan dan kecemerlangan,Misalnya kita berazam untuk berhenti meroko,tetapi tidak berusaha untuk mmengelak dari duduk bersama perokok atau membeli rokok,Bagaimana rokok hilang dari minda dan jiwa........kalau cam ni.....kempen anti merokok tak akan berjaya..kalau tak dari ada kesedaran dari diri kita sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 13-05-04 11:57


emmmmmm......

mari ramai-ramai jangan merokok..tak ade paedahnyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-05-04 16:47


Apa la best merokok. buat badan kurus je. camna la nak naik badan kalau asyik merokok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-06-04 23:19





KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menghisap kira-kira 23.7 bilion batang rokok setahun pada 2000 berbanding 18 bilion batang 1998, peningkatan kira-kira 32 peratus.

Perangkaan yang dikumpul Kementerian Kesihatan mendapati semakin ramai masyarakat menghisap rokok dan kurang peka terhadap bahananya.

Jurucakap Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan berkata, berdasarkan kajian 2000, 4.6 juta rakyat negara ini menghisap rokok.

“Peningkatan ini mungkin disebabkan pertambahan bilangan perokok baru serta pengaruh faktor media massa.

“Bagi peratusan perokok mengikut kaum pula, Melayu di tangga teratas dengan jumlah 35 peratus manakala Cina (23 peratus), lain-lain kaum (23 peratus) dan India 20 peratus,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan perokok Melayu daripada kalangan mereka yang tinggal di kampung dan pinggir bandar.

“Peningkatan bilangan perokok ini meningkatkan jumlah perokok remaja apabila kajian mendapati bilangan mereka meningkat dari 9.5 peratus 1985 kepada 18 peratus 2000.

“Apa yang dibimbangkan ialah peningkatan bilangan remaja perempuan dengan nisbah empat perokok remaja lelaki dengan seorang perokok remaja wanita,” katanya.

Katanya, dianggarkan purata 55 perokok remaja baru dikesan setiap hari.

“Purata perokok remaja menghisap rokok sehari adalah antara lima hingga 10 batang manakala bagi perokok dewasa pula, puratanya ialah 14 batang sehari.

“Secara keseluruhannya, bilangan perokok bukan ketagih ialah seramai 2.76 juta orang, perokok tegar seramai 1.38 juta orang manakala bilangan perokok remaja adalah 460,000,” katanya.

Dengan kempen oleh pihak kementerian, jumlah itu dapat dikurangkan dengan memberikan tumpuan kepada perokok bukan ketagih dan perokok remaja.




Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 01-06-04 23:24




kalau la majlis fatwa kebangsaan mewartakan merokok tu hukumnya haram dan fatwa tu dihebahkan pd umum melalui media2 cetak & elektronik, tak payah govt. berhabis duit buat kempen ni.. sbb bila kata haram, org akan automatically understood..

tp ntah bila lah ndak kuarkan fatwa ttg pengharaman tuh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 14:43


Gambar bayi sakit tenat bantu henti merokok


SINGAPURA 15 Jun - Kerajaan Singapura berharap rancangannya untuk menghiasi kotak rokok dengan gambar-gambar bayi tenat dan otak yang berlumuran darah akan membantu perokok menghentikan tabiat merokok, lapor Straits Times hari ini.

Mulai Ogos depan, kesemua kotak rokok yang dijual di Singapura mesti dihiasi dengan salah satu daripada enam gambar berwarna yang akan memenuhi sekurang-kurangnya separuh daripada permukaan kotak rokok, lapor akhbar itu.

Selain gambar bayi yang dipasang alat bantuan pernafasan dan gambar otak yang berlumuran darah, kotak-kotak rokok juga akan dihiasi gambar paru-paru yang dijangkiti barah dan gambar ahli-ahli keluarga terdedah kepada kepulan asap rokok, kata akhbar itu.

Gambar-gambar tersebut akan dilengkapi amaran bertulis seperti `merokok boleh membunuh bayi' dan `merokok membahayakan keluarga anda'.

Kanada telah pun mencuba taktik yang sama dan kajian-kajian menunjukkan bahawa tabiat merokok di negara itu kini berkurangan sebanyak 3.4 peratus, lapor Straits Times.

Sejak 1999, kerajaan Singapura menaikkan cukai eksais ke atas rokok sebanyak lima kali dengan menyebabkan harga sekotak rokok naik kepada S$9.50 (RM20.90) daripada S$5.80 (RM12.80) lima tahun lalu. - AP




Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 18-06-04 23:41


assalammulaikum fatwa ulamak terkini menyatakan merokok tu haram qoddi'....so para perokok sekalian ..fikir.....kan laa....dah tahu jgn laa buat 2tak tahu .....

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

ummu_najah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9199
Posting: 182
Dari: egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 00:51




aa bab merokok nih memang tak dapat nak dinafikan lagi ...memang berleluasa....sampaikan budak2 skolah la ni pun pandai dah merokok...padahal da tau dah merokok tuh membahayakan kesihatan...da ditulis lagi kat kotak rokak tuh...."merokok membahayakan kesihatan" abih tu apsal laa deme2 nih dok sukerr lagi hisap rokok....tak taulaa kan...."mamnu' tadkhin" kome....
berbagai2 kempen anti rokok da dijalankan tapi masyarakat kita masih x amik serius perkara nih...orang yang menghidu asad rokok lebih tinggi risikonyer berbanding orang yang menghisap rokok....aaa ihtimam sikit....wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_najahProfil   Hantar PM kepada ummu_najah   Pergi ke ummu_najah's Website   Quote dan BalasQuote

adlan
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin

uk  


posticon Posting pada: 21-06-04 05:29




kalo di UK, ngeri je bila tengok iklan2 larangan merokok...
kalo sape2 yg tgh merokok tgk iklan tu, msti x lalu dah nk pegang rokok..eheh..

udah2 le...
dah elok2 ALLAH SWT suruh berkawan ngn manusia, yg nak pegi kawan ngn JIN tu watpe eyh..
lagi nak merokok, lagi nak kasi jin tu makan..

mulalah berazam untuk berhenti merokok eyh!!!

-----------------
"Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"

Bookmark and Share

    


  Member Information For adlanProfil   Hantar PM kepada adlan   Pergi ke adlan's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 13:23


Apa jadi dengan kempen antimerokok?

SETIAP kali terpandang papan tanda kempen antimerokok `Tak Nak' yang dipasang di seluruh negara, hati saya bertanya sejauh mana ia berkesan untuk menghentikan tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

Saya mencurigai keberkesanannya kempen yang dilakukan secara psikologi ini, orang ramai dirayu supaya mengatakan `Tak Nak' kepada rokok dan bukan membenci tabiat tersebut.

Perkataan yang dipilih juga kurang bertenaga, ia sekadar mempromosikan perkataan `Tak Nak' dan bukannya cuba menanam perasaan benci kepada bahan narkotik itu.

Dalam hal ini kempen antidadah yang menggunakan slogan `Dadah musuh nombor satu negara' adalah lebih berkesan dan bertenaga. Sebagai musuh nombor satu, adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita memeranginya habis-habisan.

Sebaliknya kempen `Tak Nak' itu tidak menampakkan kesungguhannya dan kurang memancing jiwa mereka yang ketagih merokok. Manakala bagi mereka yang tidak mengetahui bahaya dan implikasi buruk merokok, tidak akan berusaha menjauhinya apatah lagi ia bukan merupakan satu amalan yang membahayakan negara.

Bagi saya persoalan mengenai sejauh mana iklan itu berkesan terjawab apabila Kementerian Kesihatan menganggarkan di antara 50 hingga 60 orang remaja setiap hari mula merokok. Apabila dewasa kelak remaja itu akan membelanja RM5,544 setiap seorang setahun untuk membeli rokok, pemetik api dan juga membiayai kos-kos lain akibat merokok, termasuk kesihatan.

Pendedahan anggaran itu menjelaskan kepada kita bahawa kempen jauhi tabiat merokok menerusi iklan `Tak Nak' tidak berjaya dan keberkesanannya semakin diragui. Angka yang dikeluarkan itu mungkin diperoleh sebelum kempen itu dilaksanakan. Justeru pihak Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan statistik baru, selepas kempen dijalankan, mengenai jumlah remaja merokok sebagai perbandingan.

Pada pendapat saya kempen yang dilancarkan Kementerian Kesihatan tahun lepas itu adalah satu pembaziran wang semata-mata. Ia tidak mencapai matlamat utama untuk mengurangkan tabiat merokok.

Yang mendapat untung ialah syarikat yang memperoleh tender memasang papan iklan berkenaan. Pendekatan yang diambil itu tidak dikaji secara mendalam dan serius.

Kesungguhan memasang iklan itu di seluruh pelosok negara termasuk di kampung-kampung sudah pasti menelan belanja puluhan juta ringgit. Adalah lebih elok kalau wang itu dibelanjakan untuk pendidikan kesihatan secara formal.

Kalau benar kita ingin membasmi sindrom penagihan rokok, khususnya di kalangan remaja, langkah lain perlu diambil. Misalnya pencegahan tabiat merokok secara berkesan perlu dilaku dan ditingkatkan sepanjang masa. Misalnya menguatkuasakan larangan merokok secara terbuka dan pembelian rokok oleh remaja di bawah 18 tahun.

Jika pihak kerajaan `sayang' untuk kehilangan cukai tembakau (rokok) yang menjadi salah satu punca pendapatan negara, tidak mungkin jualan rokok akan diharamkan sepenuhnya. Oleh itu lebih elok jika penguatkuasaan larangan menjual rokok di tempat awam dilakukan secara menyeluruh dan tegas.

Peraturan sedia ada melarang remaja bawah 18 tahun membeli rokok dan mendenda kedai yang menjualnya hendaklah diperketatkan. Selama ini peraturan sedia ada gagal membawa sebarang erti semata-mata kerana penguatkuasaan yang lemah. Kita meragui sejauh manakah peraturan itu dilaksanakan kerana jarang kedengaran tindakan dilaksanakan.

Berapa ramai remaja atau pekedai yang didenda kerana menjual rokok kepada anak-anak di bawah umur? Kita sering melihat di sesetengah restoran, remaja dengan berpakaian sekolah masih bebas membeli dan menghisap rokok tanpa sebarang halangan.

Pada saya selagi rokok tidak diklasifikasikan seperti dadah yang diharamkan terus penjualannya, maka selama itulah usaha untuk mengurangkan tabiat merokok tidak berhasil.

Kempen yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta juga tidak memberi apa-apa makna, sebalik ia merugikan saja.

Paling anehnya dalam satu masa kita melarang merokok dan dalam masa lain pihak pengeluar rokok terus bebas mengeluarkan iklan merangsang orang agar mencuba dan terus merokok.

Kadangkala kita sangat `Pandir' dalam hal ini! - MOHD. SAYUTI OMAR, Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Online (06/07/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.160772 saat. Lajunya....