Oleh |
Yasin Buat Bonda.. |
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 07-02-04 14:37
YASIN BUAT BONDA
"Itulah awak,asyik manjakan sangat anak awak tu! Tengok..apa yang dah dia buat sampai merata orang cakap pasal dia!!!", ujar ayah keras.
Hari ini ayah dan bonda bergaduh lagi. Aidil yang baru hendak melangkah masuk ke rumah, terhenti langkahnya. Memang acapkali ayah dan bondanya itu bertengkar. Aidil juga arif tentang punca perkelahian mereka berdua. Semuanya berpunca daripada anak muda yang baru hendak meningkat remaja itu.
"Mana perginya anak manja awak ni?! Dah malam macam ni masih tak balik lagi? Nanti dia!! Saya akan ajar cukup-cukup!!", memang marah benar nada ayahnya kali ini.
"Sudahlah bang... budak tu masih mentah lagi. Tak elok kalau di ajar dengan kekerasan setiap masa", ada sendu dalam nada bonda itu. Bonda tidak sanggup melihat Aidil, satu-satunya anak hasil perkongsian hidupnya dengan arwah suaminya dahulu.. dipukul oleh suaminya sekarang merangkap bapa tiri Aidil. Sejak berkahwin semula 2 tahun lepas, kerap benar Aidil dipukul. Ini menyebabkan anak remaja itu yang pada asalnya periang dan ceria orangnya bertukar menjadi pendiam. Bonda sedar tentang hal ini. Aidil juga sering menjadi mangsa kemarahan ayah. Kadang-kadang.. hal yang kecil juga boleh menyebabkan Aidil dipukul. Satu sikap ayah yang tidak bonda gemari adalah membeza-bezakan Aidil dengan anak-anaknya yang lain. Sedih hati bonda.. namun apa daya.. dia juga bergantung hidup pada ayah.
Kelibat Aidil di hadapan pintu disedari oleh bonda. Cepat-cepat disuruhnya Aidil masuk ke bilik. Bimbang anaknya yang satu itu akan dipukul lagi. Pada bonda.. Aidil adalah anak yang baik, tidak pernah sekali pun melawan cakapnya sebagai ibu. Mungkin sikap Aidil berubah kerana kurang kasih-sayang dan perhatian, lebih-lebih lagi selepas dirinya berkahwin semula dan memperolehi 2 orang cahaya mata lagi.
"Pergi panggil budak bertuah tu!! Dah pandai nak menyorok dalam bilik! Aku kata pergi panggil, pergilah panggil!!!", bentak ayah marah.
Aidil yang ketakutan cepat-cepat mengunci pintu biliknya. Hatinya benar-benar gerun mendengar suara garang ayahnya tadi. Dari dalam bilik, dia terdengar pertengkaran yang hebat antara ayah dan bonda. Tiba-tiba.. terdengar bunyi tamparan diikuti dengan jeritan dari bonda. Aidil terkesima mendengarnya.......
**************************
Kenangan 8 tahun lalu menerjah benak Aidil. Disebabkan peristiwa tersebutlah Aidil dipisahkan daripada bonda. Dia telah dihantar oleh ayah ke rumah pakciknya,abang kepada bonda yang terletak di pantai timur. Sejak berpisah dengan bonda, Aidil sentiasa menitiskan air mata. Dia menyesal kerana menyebabkan bonda sentiasa di marah oleh ayah kerana dirinya. Perpisahan 8 tahun itu telah mengajarnya erti kasih sayang bonda.. mungkin itu juga berkat didikan pakciknya yang cukup penyabar itu. Selama 8 tahun itu jugalah dia tidak pernah menatap wajah bonda, bonda pun tidak pernah menjengahnya, mungkin ditegah oleh ayah.. Aidil membuat telahan. Cuma kadangkala dia menerima perkhabaran tentang bonda daripada mulut pakciknya saja.
Aidil mengesat air matanya yang mengalir secara tiba-tiba itu. Tatkala ini dia telah pun berada betul-betul di hadapan rumah bonda. Dia memberanikan diri datang ke rumah tersebut pun setelah mendapat telegram dari adik tirinya yang membawa perkhabaran bahawa bonda dalam keadaan tenat sekarang ini. Aidil memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah yg meninggalkan banyak kenangan pahit dalam hidupnya. Beberapa orang jiran terdekat yang juga dikenali Aidil turut hadir. Aidil segera menyusun langkah menuju ke arah bilik bonda tanpa bertangguh lagi. Tidak sabar hatinya ingin segera menatap wajah bonda yang teramat dirinduinya setelah sekian lama berpisah.
Di dalam bilik, terlihat sekujur badan bonda, terbaring lesu di atas katil. Aidil terus merapati bonda tanpa mempedulikan orang-orang yang ada di dalam bilik tersebut. Jari-jemari bonda digenggamnya erat.. pipi pucat bonda diciumnya tanda kasih dan rindu yg teramat sangat. Bonda memandang wajah anaknya itu dengan pandangan yg penuh bermakna. Air mata mengalir di wajah lesu itu. Bonda cuba mengagahkan diri untuk bangun namun segera ditegah Aidil. Kehadiran Aidil itu turut disedari oleh ayah tirinya namun orang tua itu membiarkan saja. Dia tidak mahu terus menerus menyiksa isterinya itu yang cukup penyabar. Cukuplah selama ini isterinya itu menanggung rindu terhadap anak tersebut.. cuma dia berharap yang anak itu telah berubah. Sejak diserahkan kepada abang iparnya 8 tahun lepas.. memang dia langsung tidak ambil tahu tentang anak itu.. padanya Aidil hanya menyusahkan dirinya.
Dengan suara tersekat-sekat, bonda cuba memperkatakan sesuatu kepada Aidil. Ada sesuatu yang ingin dimintanya dari anak tersebut. Aidil menganggukkan kepalanya tanda akur dengan permintaan bondanya itu. Segera Aidil ke dapur dan kembali semula setelah selesai mengambil wudhuk. Dia mengambil posisi berdekatan dengan bonda. Wajah itu direnungnya sejenak sebelum memulakan bacaan Yasin seperti yang diminta oleh bonda. Merdu bacaan Aidil mengalunkan surah Yasin itu.. suaranya berkumandang memenuhi setiap ruang dalam bilik. Para tetamu yang hadir mendiamkan diri, ada juga yang cuba-cuba menghayati bacaan yang cukup sempurna sebutannya itu.
Sejuk hati bonda mendengar bacaan itu. Tidak sia-sia rasanya dia mengambil keputusan menyerahkan Aidil kepada abangnya. Tidak sia-sia mereka berpisah sekian lama. Terasa perpisahannya selama ini telah berbayar. Ini kerana.. Aidil yang berada di depan matanya, bukan lagi Aidil 8 tahun dahulu. Aidil yang ada di depannya kini adalah seorang tahfidz dan juga baru saja menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Bibir bonda menguntum senyum. Bonda memejamkan matanya... untuk selama-lamanya.
**********************
KE MAKAM BONDA
(USMAN AWANG)
Kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.
....................
darul_numan81
usm kubang kerian
post: 16 zulhijjah 1424/7 Feb.2004
wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
adlan
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin
|
Posting pada: 07-02-04 23:00
bnyk pengajaran daripada story ni..subhanallah.
insyaLLAH semoga kita sama2 dpt terus berusaha untuk memperbaiki amal & iman demi kehidupan yg kekal abadi. ----------------- "Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 08-02-04 08:15
bersamalah kita mengambil pengiktibaran dan pengajaran dari cerpen ini.
insyaALLAH....
|
achik_solehah
WARGA SETIA Menyertai: 04.07.2003 Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 08-02-04 10:41
butir2 permata jatuh dari kelopak mataku pabila selesai membaca cerpen ini...
|
nur_tinta
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 08-02-04 12:07
subhanallah.....sesunggah bondaah permata hati ini...
sedarlah akan sesiapa yang sering melakukan dosa kepada bondanya..pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari ALLAH SWT.
sesungguhnya,syurga itu ditelapak kakinya...
-----------------
|
pLatipus
WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:
|
Posting pada: 08-02-04 13:24
Nampaknya anti darul_numan81 dah kembali dgn karyanya.... ermm best-best-best.... hampir menitik air mata nie.... Benarlah org kata Bonda itu umpama permata hati janganlah dipersiakannya..
:: BONDA AKU CINTA PADAMU ::
|
aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle
|
Posting pada: 09-02-04 08:53
dgn nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
titisan air mataku yang jatuh ini mengajarku sebuah erti kasih-sayang yang ikhlas kerana Allah sahaja boleh mendidik Baitul Muslimku nanti, jazakallahu khairan khathira buat ukhtie darul_numan81.
akan ku titipkan kasih-sayangku ini hanya keranaMU ya Rabb. -----------------
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 09-02-04 17:47
err.. terima kasih buat semua warga ukhwah yg telah membaca dan menghayati cerpen dari ana ni.. idea daripada cerita ni ana perolehi semasa melihat video klip kump. UNIC mendendangkan lagu "KE MAKAM BONDA" hasil ciptaan Usman Awang.. sebab tu ana paste kan sekali sajak tu di bawah cerpen ana kali ni. lagipun ana memang suka karya2 dari Usman Awang.. teringin nak jadi penulis macam tu.. hehehe manalah tahu suatu hari nantikan..? ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 09-02-04 22:54
insyaAllah kak numan....hmm..sedihla cerita ni....nasib baik tak de orang kat sini masa tengah baca ni...kalau tidak..malu...
|
waaz04
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang
|
Posting pada: 11-02-04 11:28
memang dari satu sudut ianya amat memilukan kalau dilihat dari perspektif anak dan ibu...penderitaan ibu tetapi.......
adalah amat tidak adil bila penulis meletakkan watak seorang ayah dalam situasi yang begitu...memang betul juga ada kes seperti itu tapi berapa kerat je? watak ayah tu hanya segelintir je yang bersikap macam tu...
kalau dilihat memang sikap Ibu tu salah...dan sikap ayah juga salah tapi tak perlulah arahkan cerita semacam memperlihatkan kelemahan ayah sampai macam tu sekali....
sepatutnya penulis membentuk suatu pemikiran yang baik dikalangan pembaca ..jangan meletakan persepsi yang kurang wajar seperti itu...apa pandangan umum terhadap lelaki nanti?
nak suruh orang menangis kerana sedih bukan susah tapi nak suruh orang menangis untuk mempertahankan kebenaran itu yang payah.
realitinya mesti diambil kira..dan unsur unsur pengajaran yang nak diterapkan juga mesti adil dan saksama bukan hanya kepada sebelah pihak je..ini tanggungjawab sosial seorang penulis.
sekian terima kasih
wassalam
|
imanhaqimie
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5721
Posting: 22
Dari: kuching
|
Posting pada: 11-02-04 12:03
orang kata, kasih saudara semasa ada, kaish ibu hingga ke syurga....... menitis jugak air mata dibuatnya...nampak real aje cerita tu...... ahsanti...... lain kali boleh tulis ceria baru lagi ye......
wassalam
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 11-02-04 12:10
Quote:
|
On 2004-02-11 11:28, waaz04 wrote:
adalah amat tidak adil bila penulis meletakkan watak seorang ayah dalam situasi yang begitu...memang betul juga ada kes seperti itu tapi berapa kerat je? watak ayah tu hanya segelintir je yang bersikap macam tu...
sepatutnya penulis membentuk suatu pemikiran yang baik dikalangan pembaca ..jangan meletakan persepsi yang kurang wajar seperti itu...apa pandangan umum terhadap lelaki nanti?
realitinya mesti diambil kira..dan unsur unsur pengajaran yang nak diterapkan juga mesti adil dan saksama bukan hanya kepada sebelah pihak je..ini tanggungjawab sosial seorang penulis.
|
|
terima kasih atas komen ni.. erm, memang benar hanya segelintir insan yg bersikap sedemikian, tp apa yg ana cuba gambarkan adalah mengenai perubahan seorang anak. bagaimana sikapnya berubah kerana kekurangan kasih sayang.
pada ana, penulis berhak membuat mahupun memilih jalan cerita yg dikehendakinya. jika jalan cerita menurut kebiasaan yg ada, rasanya tiada perbezaan dan kemungkinan cerpen2 penulis tu akan kelihatan biasa dan menyerupai cerpen2 dari penulis lain. lagipun itu sekadar cerpen.. bukannya biografi ataupun kisah benar.
apa2pun.. terima kasih atas komen yg cukup membina itu.
wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
waaz04
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang
|
Posting pada: 11-02-04 12:50
terima kasih sebab menerima pandangan saya tu..
apa yang perlu saudari faham ialah ...dalam soal berkait dengan manusia ni..satu perkara yang penting ialah sikap.
tujuan sesuatu cerpen dan apa juga perkara ialah antara yang besarnya ialah untuk mengubah sikap..kalau kita bercerpen ..ianya satu sumbangan kearah pembentukan sikap manusia..seperti artis yang menyanyi..tengok betapa kesannya kepada pembentukan sikap manusia.
so kita yang ada akal yang baik..ada peribadi yang baik , dalam melakukan sesuatu perkara mesti meletakkan keutamaan dalam menyumbang kepada perubahan sikap manusia.
dalam soal perubahan sikap ini, ianya tidak boleh dipandang mudah ..semua sudut mesti diambil kira.
kita boleh berkata ianya hak kita untuk melakukan sesuatu tapi kena ingat disana masih ada hak-hak orang lain ke atas kita. ini perlu disedari.
so nasihat saya supaya semua sudut mesti diambik kira dalam berkarya....ini lah indentiti penulis ...inilah yang membezakan antara penulis itu dan ini. kalau ahli pemikir barat katakan..orentalis barat sentiasa memisahkan manusia, aktiviti kehidupan dengan Allah..lihat mereka berjaya mewujudkan suatu sistem sekular dalam penulisan dan pandangan mereka. ini jelas.
lihat dalam penulisan berbentuk ilmiah..apa juga ..kita akhirnya merujuk kepada orentalis barat untuk diterjemahkan kedalam kehidupan masyarakat kita.
kita mesti berubah ...ambik kira semua sudut dan hak-hak orang lain untuk berkarya..ini penting. bertentangan pandangan itu biasa tapi bukan dengan menafikan hak orang lain.
wahai saudari yang cantik bistari(merujuk kepada penulis yang cantik dan bijak) saya ingin mengatakan bahawa menjadi hak bakal bakal ayah...ayah ayah...lelaki seluruhnya supaya diberi persepsi yang baik tentang mereka
p/s kami kaum lelaki punyai perasaan kasih dan sayang juga kepada anak isteri atau bakal isteri atau bakal anak
apapun memang puji penulis sebab karya karya beliau memang ada kekuatan tersendiri. teruskan berkarya wahai penulis cantik bistari
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 03-09-10 08:54
salam.... semasa membelek-belek himpunan cerpen lama,terjumpa cerpen ini...sebak dan syahdu di pagi jumaat ini...memang terasa kehilangan bonda...lagi-lagi ini tahun pertama ramadhan tanpa bonda tercinta..namun,Allah lebih sayangkan bonda tercinta...pada semua yang masih mempunyai ibu baoa,hormati dan sayangilah mereka seperti mereka mengasihi dan melindungi kalian sejak dari lahir....Al-Fatihah buat bonda tersayang...damailah bonda di sana.... ----------------- Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.
|