Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 2 hari yang lalu
wadud: 7 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 24 hari yang lalu
muslimin23: 26 hari yang lalu
kasih_kekasih: 30 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh cinta

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-02-04 10:04


I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???
Atau...
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau impian???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...

Wallahu'Alam...
Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain... sesungguhnya ini adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta sahabat2 kita yg lain... semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT... Wassalam...


Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-02-04 15:28


assalamualaikum

cinta kpd Allah swt lebih suci dan abadi berbanding cinta manusia yg lebih kpd kepura2an

wassalam
demi cinta suci-unic

-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

silver_wardah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6669
Posting: 12
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-02-04 19:56


betul tu..
cinta pada illahi tetap akan kekal abadi..
terlalu indah...
jgn mudah terpedaya kepada manusia..mungkin hipokrit semata2..

waalahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For silver_wardahProfil   Hantar PM kepada silver_wardah   Quote dan BalasQuote

Ar-Raihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 6769
Posting: 95

Perak  


posticon Posting pada: 09-02-04 15:04




Marilah kita semua Cinta 5 perkara

Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta ibu bapa
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ar-RaihanaProfil   Hantar PM kepada Ar-Raihana   Quote dan BalasQuote

heris
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 388
Posting: 250
Dari: bumi Allah

yemen  


posticon Posting pada: 09-02-04 15:07


asyik tajuk cinta erk...dah basi lah..kekek..sori yerk..cari lah bab lain cik abg oi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For herisProfil   Hantar PM kepada heris   Pergi ke heris's Website   Quote dan BalasQuote

Ar-Raihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 6769
Posting: 95

Perak  


posticon Posting pada: 10-02-04 17:06


topik ni pun penting jugak...sebab kerana cintalah,masalah kini berleluasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ar-RaihanaProfil   Hantar PM kepada Ar-Raihana   Quote dan BalasQuote

sinar_islamiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-02-04 12:08


baru kini kurasai nikmatnya cinta yang suci....tiada terbanding dgn cinta yg kau beri...ranjau yg berduri akan aku tabah menempuhnya...menurut iman di dalam jiwa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiahProfil   Hantar PM kepada sinar_islamiah   Pergi ke sinar_islamiah's Website   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 28-02-04 13:20




ada orang percaya cinta itu sudah ditakdirkan...istilahnya jodoh - mesti ader seorang wanita dilahirkan utk seorang lelaki di dunia...cuma masa sahaje yg dpt memberitahu bila kedua2 mereka ini akan bertemu dan cuma masa sahaje akn dpt memberitahu bagaimana kedua mereka ini akan bertemu....sebab itu kiter ader istilah cinta pandang pertama - sekali jumpa terus jatuh hati...kiter kate itu cinta pandang pertama tapi sebenarnya ia sudah ditakdirkan. begitu juge dgn pengantin yang tidak seperti pinang dibelah dua...kita kata itu pasangan pinang dibelah dua tapi sebenarnya itu sudah jodoh - takdir Tuhan bukan untuk dijadikan bahan gelak ketawa...

di mana ada kemahuan..di situ ader jalan...di mane ade sayang..di situ ada cinta....carilah cinta sejati yang membawa kpd kebahagian hakiki..



Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 10-03-04 20:55



cinta itu sesuatu yg suci dan murni.Tp manusia seringkali menyalahi dan menodai cinta itu sehinggakan ada yg sanggup melakukan benda2 yg terlarang disebabkan cinta.Kerana terlalu taksub.Tanpa cinta,manusia tidak akan berkasih2an antara satu sama lain.Cinta itu satu benda yg sukar ditaksirkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114386 saat. Lajunya....