Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 2 hari yang lalu
muslimiman: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
nur_tinta: 25 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Aurat lelaki dan perempuan dalam rumah...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Aurat lelaki dan perempuan dalam rumah...

Please Mendaftar To Post


Oleh Aurat lelaki dan perempuan dalam rumah...

nazirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.01.2004
Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 23-01-04 02:18



Ana sebenarnya dah lama keliru...Tentang aurat antara perempuan dan lelaki dalam rumah....
Macam ni....macamana aurat seorang perempuan dengan sepupu lelaki sebelah ayahnya......Dan aurat seorang muslimah dengan suami ibu saudaranya? Selalunya, orang selalu jarang ambil berat sangat...JAdi, macam dah biasa tak pakai tudung bila di rumah.... Keliru kan dengan aurat antara ajnabi dalam rumah yang sama...(Rumah datuk dan nenek terutamanya waktu cuti balik kampung)...

Jadi, sesiapa yang tahu tu, harap dapat tolong selesaikan...ya....Terima kasih...

Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazirahProfil   Hantar PM kepada nazirah   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 00:55




Aurat ajnabi walaupun tinggal serumah contohnya sepupu tetap aurat sebagaimana di luar rumah.
Jadi kena pakailah tudung, stokin yang lengkap menutup aurat kita..
Jangan pakai tshirt tangan pendek, tudung selempang aje.. sebab dia tetap ajnabi

tentang permasalah ajnabi boleh rujuk topik Hukum Ajnabi....

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 01:12




ada satu artikel psl aurat wanita..

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1.Suami
2.Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5.Anak-anak suami.

Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6.Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7.Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8.Anak saudara dari saudara perempuan.
9.Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10.Hambanya Sahaya.
11.Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12.Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;

"Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka , pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Oleh itu,uamat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasab-batasan yang telah digariskan oelh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.



Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-04 16:54




sahabat2, aurat kita dgn sepupu lelaki sama dgn ajnabi, kan...so kena tutup sepenuhnya.. tp kalau kita tinggal serumah dgn dia, takkan nak pakai stokin selengkapnya... ana rasa, cukuplah kita pakai tudung elok2, baju lengan panjang...tp stokin tu..macamana?..
apa pendapat semua...

-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

nazirah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.01.2004
Ahli No: 6301
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-01-04 10:47


...
Terima kasih pada semua yang sudi beri respons....
Moga Allah beri kekuatan untuk kita semua dalam melaksanakan syariatnya.....

Wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazirahProfil   Hantar PM kepada nazirah   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 27-01-04 22:00


so, dah phaham kan. senang je, tanye kat sini. make pare ustazh2 akan m'jawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-02-04 00:22


,

Izinkan ana memberi sedikit ulasan ttg topik menarik ini....ana bersetuju dgn apa yang didiskusikan oleh para forumers sekalian terutamanya ttg aurat yang wajib dijaga sekalipun di dalam rumah. Pastinya persoalan tudung dan baju lengan panjang usah digaduhkan lagi...

Quote:
...ana rasa, cukuplah kita pakai tudung elok2, baju lengan panjang...tp stokin tu..macamana?..



Secara ringkasnya, kak Hanan dah pun menjawab soalan ini, sebelum soalan dikemukakan ..

Quote:
Jadi kena pakailah tudung, stokin yang lengkap menutup aurat kita..
Jangan pakai tshirt tangan pendek, tudung selempang aje.. sebab dia tetap ajnabi



Cumanya, ingin ana perluaskan minda dan ilmu kita bahawa persoalan tidak berstokin bagi wanita bertudung pernah didiskusikan dalam topik Bertudung labuh, tapi tak berstokin.. dan dgn itu ana rasa persoalan berstokin atau tidak (sbg memenuhi tuntuntan menutup aurat) di dalam rumah bisa terjawab mungkin.

Meminjam kata2 seorang insan," Kita berlapang dada dalam hal-hal furu'"

ALLAH KNOWS THE BEST

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

insannulkamil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4978
Posting: 50
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 04-02-04 01:15



boleh ana tanyer sikit tak?
mengenai stokin...kalau kita duduk umah nenk pun kena pakai stokin ker??yelah..kita kena basuh baju...dan buat banyak kerja ..macamana tue?
lagi satu,ada sesetengah mazhab kata kaki bukan aurat..tue je ana tau..

p/s maaf klau kata2 anaada yang salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insannulkamilProfil   Hantar PM kepada insannulkamil   Quote dan BalasQuote

arissa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 611
Posting: 37
Dari: kl

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-02-04 12:00


assalamualaikum..

saya pun selalu confuse pasal ni sbb saya stay ngan mak cik(kakak tiri ayah).means that, pak cik dan anak2 lelaki mak cik n pak cik saya bukan mahram saya..just imagine saya stay ngan diorang dr saya baby lagi, so mmg dah anggap mcm family sendiri..alhamdulillah, sampai satu masa, saya kuatkan diri dan pakai tudung dalam rumah all the time..(unless masa dok dlm bilik sorang2 la..).sy memang selalu pakai baju kurung je kat umah or long sleeves shirt...tp, in term of stokin, sy mmg tak pakai dlm umah..mcm kwn2 kata, nak mandi, nak buat keje rumah n lain2...macam mana ek??
dan lagi satu problemnya, sy nak fahamkan cousins saya yg lain..diorang dah anggap sy cam adik dan kakak diorang sendiri..kat umah tu, ada 2 org abg sedara n sorang adik sedara lelaki..macam yg adik sedara lelaki tu, susah jg nak fhmkan dia yg kitorg ni bukan mahram..kdg2 dia masuk bilik ikut suka hati, pegang tgn n lain2..ngan pak cik plak, wpun dah anggap cam ayah sendri, sy dah tak bersalam lagi dgnnya, even masa hari raya...mula2 pakai tudung dlm umah all the time, mmg rasa weird, tp lama2 dah ok..family saya pun tak de tanya apa2...tapi mmg kena kuat utk utup aurat sepenuhnya sepanjang masa sbb kdg2 kita tend to ambik mudah jugak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arissaProfil   Hantar PM kepada arissa   Quote dan BalasQuote

Nur_Hati
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 2097
Posting: 62
Dari: N9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-02-04 10:03


saya pun confius jugak.... kene pakai stokin jugak ker???? mcm mane dgn keje2 rumah yg kita nak bt... rase cam susah jer kalau pakai stokin... tp ntahlah.. tak cube lagi pun....

betul ker meme kene pakai stokin w/pun duduk kat rumah ms kite bersama bukan mahram?????

-----------------
Rahmat Allah itu luas.
Usahalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_HatiProfil   Hantar PM kepada Nur_Hati   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-02-04 21:59


.Pakai stokinkat rumah ni mula2 raser susah,bila dah lamer jadi biaserlah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

nurul_peace
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8179
Posting: 149

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-04-04 09:24



sy pun baru tahu nie(lepas baca artikel)... subhanallah...sy pun kalau sepupu dtg ke rumah, x kira laki ker prmpn..sy x pakai pun tudung kepala, kalau pakai kain tuala bulehx?alas dgn tuala, sbb sy biasa buat mcm tuh...klau di kolej sy, sy slalu pakai stoking kaki...tapi bila di rumah sy jarang pakai..mmg x patutkan??...pasal aurat di rumah, bagaimana dgn ayah dan adik lelaki? aurat mcmmana pula??..konfius jugak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_peaceProfil   Hantar PM kepada nurul_peace   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116248 saat. Lajunya....