Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 44 hari yang lalu
al-biruni03: 73 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Mati Otak - Definisi kematian sebenar


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Mati Otak - Definisi kematian sebenar

Please Mendaftar To Post


Oleh Mati Otak - Definisi kematian sebenar

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 10:25



Oleh NAJIBAH HASSAN

SECARA tradisinya, kita memahami kematian itu berlaku apabila pernafasan dan jantung berhenti berdenyut buat selama-lamanya. Baik ahli agama, perubatan mahupun masyarakat awam, telah menerima piawaian dan takrifan kematian seperti ini.

Mendiagnos kematian dengan cara ini memang kelihatan mudah. Ia dapat digunakan untuk mengesahkan hampir 99 peratus kes kematian.

Dengan kepercayaan seperti ini, kita juga akan melakukan sesuatu yang dianggap stereotaip. Meletakkan telinga di dada bagi mengesan degupan jantung, memeriksa pernafasan dan nadi di pergelangan tangan individu yang disyaki meninggal dunia.

Tanpa disedari, pada masa yang sama, otak juga telah tidak berfungsi. Si mati, tidak dapat bercakap, bergerak atau membuka mata, bernafas dan lain-lain di bawah kawalan otak.

Keyakinan ini dikukuhkan lagi jika seluruh tubuh badannya berubah menjadi sejuk, warna kulit kebiru-biruan dan anggota tubuh menjadi kaku.

Hari ini, persepsi dan kaedah seperti ini sebetulnya, tidak dapat diguna pakai lagi dalam segelintir kecil kes-kes kematian.

Terutama bagi mengesahkan kematian kepada mereka yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan ubat-ubatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) di hospital-hospital.

Dalam dunia perubatan yang semakin maju dengan teknologi alat bantuan pernafasan dan ubat-ubatan khas, piawaian kematian diklasifikasikan apabila seseorang itu mengalami kematian otak (brain death).

``Mati otak ialah satu keadaan di mana seseorang yang koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan tetapi sebenarnya telah mati.

``Kematian ini hanya disahkan melalui kriteria pemeriksaan saraf atau fungsi otak di mana kaedah pernafasan dan denyutan jantung tidak dapat digunakan lagi,'' kata Ketua Jabatan Neurologi dan Pakar Perunding Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Raihanah Abdul Khalid.

Menurut beliau, dalam keadaan seperti ini, konsep `menghembuskan nafas terakhir' tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana, pernafasan pesakit dikawal sepenuhnya oleh mesin dan pesakit telah pun menghembuskan nafas yang terakhir tanpa disedari.

``Jasadnya memang kelihatan seperti hidup dan dadanya berombak seolah-olah bernyawa, itu pun kerana bantuan mesin pernafasan.

``Sekiranya mesin itu dicabut, nafas tidak akan pulih dan jantungnya juga akan berhenti berdenyut dalam masa beberapa minit saja,'' ujar beliau.

Pada hari ini, dengan kemajuan pesat dunia perubatan, pesakit yang tenat dan kritikal dapat dibantu. Pesakit-pesakit ini akan diberi alat bantuan pernafasan dan dimasukkan ke ICU.

Mereka dirawat dengan ubat-ubatan bagi menstabilkan tekanan darah, fungsi jantung dan sebagainya. Bagaimanapun, ada ketikanya walaupun jantung kelihatan berdenyut dan mesin pernafasan masih mengalirkan udara ke paru-paru, tetapi otak pesakit tidak berfungsi lagi.

Raihanah menjelaskan, keadaan ini mungkin disebabkan kecederaan otak primer seperti ketumbuhan dan sebagainya atau kecederaan sekunder. Atau, ia juga boleh disebabkan kecederaan sekunder yang berlaku kerana pembengkakan pada otak akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak.

Serangan jantung atau asma yang serius yang memerlukan resusitasi kardiopulmonari yang berpanjangan boleh menyebabkan bekalan oksigen ke otak terganggu.

``Pada ketika ini, pesakit sebenarnya telah meninggal dunia dan tidak dapat dirawat lagi dengan apa cara sekalipun,'' katanya. Namun, bilangan pesakit seperti ini amat kecil dan kurang daripada satu peratus daripada semua kematian di hospital.

Menurut ceritanya, konsep mati otak ini mula dikenali pada kurun ke-20 terutama selepas Perang Dunia Kedua.

Perkembangan pesat teknologi dalam dunia perubatan membolehkan tentera-tentera yang cedera diselamatkan dengan alat bantuan pernafasan.

Ada di kalangan tentera ini yang pulih dan sebaliknya. Apa yang membingungkan pengamal perubatan ketika itu ialah mereka mula menyedari sekalipun pesakit diberi alat bantuan pernafasan, mereka masih koma. Lama-kelamaan, denyutan jantung mereka terhenti dan lambat laun disahkan mati.

Dari segi fizikalnya, jantung pesakit kelihatan berdenyut dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan, tetapi mereka mula menyedari kemungkinan segelintir pesakit sebetulnya telah mati.

Pada 1894, Horsley, merupakan orang pertama yang membuat laporan berhubung perubahan-perubahan yang berlaku sebelum mati.

Beliau melihat perubahan ini kepada orang yang mengalami pendarahan otak, ketumbuhan otak dan kecederaan kepala.

Menurut beliau, pesakit-pesakit ini mati bukan kerana masalah jantung tetapi akibat pernafasan mereka terhenti. Pernafasan ini terhenti kerana tekanan yang meningkat dalam otak akibat kecederaan atau penyakit.

Menurut Raihanah, kematian otak juga membabitkan isu etika perubatan. Kewajaran mengesahkan seseorang yang koma itu telah meninggal dunia kerana kematian otak membabitkan banyak faktor.

``Dari segi etika perubatan, pengamal perubatan tidak boleh merawat mayat. Pesakit yang mati otak mengalami pembengkakan otak kerana tekanan yang tinggi dan otaknya lama-kelamaan menjadi reput,'' katanya.

Malah, membiarkan pesakit terus bergantung kepada alat bantuan pernafasan dianggap memberi harapan kepada keluarga pesakit. Sedangkan, hakikatnya pesakit telah mati.

Pada masa yang sama, dari segi kos dan peralatan, ia perlu diberi keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Sumber: Utusan Online

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 08-01-04 11:23




syukran jazilan atas maklumat yang diberi... ana baru je membincangkan ttg perkara tu dalam usrah kat tmpt keje pagi tadi... betullah biasanya orang anggap bila jantung dah tak berdegup dan tak bernafas tanda orang tu dah mati... ni tak jantung masih berdegup tapi otak dah tak berfungsi... srg ni keadaan camni pun blh dianggap seseorang tu dah mati dan tak dapat diselamatkan... ada juga keadaan di mana ketika pembedahan dijalankan jantung tu dihentikan sementara ketika dalam pembedahan pemindahan jantung... ni pun suatu perkara yang pelik tapi benar.... sesungguhnya itu semua adalah tanda kekuasaan Allah Subhanahu Wata`ala Yang Maha Kuasa... kita tak tahu di mana nyawa tu berada...

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 11:30




afwan...

kaedah Euthanasia akan digunakan apabila kes mati otak ini berlaku... apa pendpt anda ttg Euthanasia??? adakah ianya perbuatan tidak beretika atau pesakit perlu dibiarkan begitu shj...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 22:05




erm.. teringat tentang eksperimen yg dilakukan baru2 ini. Iaitu ianya melibatkan keupayaan jantung (guna jantung arnab) bertindak terhadap dadah @ drug yg tertentu. Yang mengagumkan, eksperimen ini dilakukan secara invitro (berlaku di luar badan). Jantung arnab yg telah dikeluarkan drpd anggota badan, still dpt bekerja dan memberikan tindakbalas terhadap dadah.

dlm kes seperti ini, jantung still beroperasi.. adakah boleh dikatakan arnab tersebut masih hidup sedangkan ianya telah disembelih dan jantung telah dikeluarkan dari badan arnab itu sendiri?

p/s: org yg hidup adalah org menggunakan otaknya utk berfikir.. org yg malas berfikir boleh disamakan dgn org yg mati.. (kata2 hikmat dari darulnuman81 )
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 22:25


Quote:

On 2004-01-08 11:30, Engku_Salina wrote:
kaedah Euthanasia akan digunakan apabila kes mati otak ini berlaku... apa pendpt anda ttg Euthanasia??? adakah ianya perbuatan tidak beretika atau pesakit perlu dibiarkan begitu shj...


erm... 1 isu yg menarik utk dikupas.

Euthanasia.. berasal dari dua kata Yunani, yang bererti ”kematian yang baik”. Dalam bahasa English, istilah yang popular untuk itu adalah ”mercy killing”. Ertinya: membunuh kerana rasa sedih; dengan simpati; dan didorong maksud baik.

Kalau dah dikatakan "MEMBUNUH", adakah ia membawa maksud yg baik?

TERBURU-BURU mengatakan, ”Euthanasia, no!” atau ”Euthanasia = pembunuhan”, adalah sama salahnya dengan tanpa fikir panjang mengatakan, ”Euthanasia, yes!” atau ”Euthanasia = hak asasi setiap orang”. Mengapa? Sebab persoalan kita ini tidak menyajikan pilihan hitam-putih yang tepat.

Euthanasia boleh dilakukan dengan syarat:

(a) bahawa keputusan yg diambil, setelah benar-benar tidak ada kemungkinan lain yang lebih baik;

(b) bahawa keputusan diambil dipersetujui oleh semua pihak yang berkaitan, dan setelah mempertimbangkan semua faktor; dan

(c) bahwa keputusan dilaksanakan, tidak dengan aktif ”membunuh” (misalnya, dengan menyuntikkan racun), melainkan dengan sekadar membiarkan penderita meninggal secara wajar (misalnya, dengan mencabut alat-alat perubatan yg digunakan).

p/s: sesiapa ada maklumat mengenai Euthanasia dari segi agama.. samada boleh dilakukan atau tidak.. dipersilakan bagi pendapat..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 13-01-04 12:39


waah , so complexs lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-01-04 13:17


Quote:
p/s: org yg hidup adalah org menggunakan otaknya utk berfikir.. org yg malas berfikir boleh disamakan dgn org yg mati.. (kata2 hikmat dari darulnuman81 )



wah!!! boleh masukkan dlm buku "Mutiara Warisan" ni...



Quote:
p/s: sesiapa ada maklumat mengenai Euthanasia dari segi agama.. samada boleh dilakukan atau tidak.. dipersilakan bagi pendapat..


akak pernah terbaca... Euthanasia dibenarkan jika ada 4 org doktor beragama islam yg mengesahkan bhw org tersebut telah mati otak... tapi, dah lupa sumbernya... kena cari balik sumbernya utk memastikan kesahihan maklumat tersebut...

pd pendpt peribadi akak, rasanya Euthanasia tu bknlah kejam sgt... cuma offkan alat bantuan hayat... tapi, kalau ahli keluarag kita sendiri yg terlibat, mungkin sukar utk menerimanya... krn masih menaruh harapan agar mrk sedar kembali...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-01-04 13:47


Beberapa artikel mengenai Euthanasia...

Euthanasia

Hukum Euthanasia

Euthanasia

Fiqh Humanis

Euthanasia utk penderita HIV/AIDS




Confidence Determine Success...


[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-01-13 13:53 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-01-04 17:09




memang sedih teramat bila ada saudara kita yang kemalangan lalu disahkan mati otak...saat hendak mematikan mesin alat bantuan pernafasan memang teramat pilu....tapi orang kata satu perbuatan yang menzalimi si mangsa itu kalau kita terus biarkan dia 'hidup' dengan bantuan alat pernafasan itu....

memang sedih...

Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu....

wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

lie_na
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 777
Posting: 55
Dari: DARI PERAK-KUALA LUMPUR

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-01-04 12:34


.....
erm....memang betul apabila tisu-tisu otak mati,dari segi medikalnya pesakit itu dah tiada,kerana seluruh sistem sarafnya juga telah mati,dalam banyak-banyak organ dalam badan manusia jantunglah paling lambat berhenti jika sistem vaskularnya baik...tetapi otak kita boleh kematian tisu hanya dengan beberapa minit sahaja tanpa bekalan oksigen.....
apa yang pernah saya lihat dengan penggunaan alat bantuan hayat atau 'ventilator' tu hanya akan memberi harapan kosong pada keluarga yang menharapkan pesakit akan sembuh semula sedangkan ia akan dihentikan bila-bila masa sahaja jika keadaan memaksa.....cuba bayangkan keadaan pada waktu tu kekecewaan yang amat sangat yang mereka alami......dan jika harapan yang mereka simpan tu selama lebih setahun......
allahualam......

-----------------
yang tersurat kelihatan jelas,
yang tersirat hanya tuhan yang tahu........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lie_naProfil   Hantar PM kepada lie_na   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 24-01-04 14:36


bagusnya...tak payah la student uia pj ni pening2 kepala cari bahan untuk argumentative essay pasal euthanasia lagi...english level 4...memang kena buat pasal euthanasia...syukran kak engku...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

Tuffah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.02.2004
Ahli No: 6997
Posting: 56
Dari: Giant

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-02-04 13:09


Alhamdulillah... good info...
so actually org biasa (yg bukn doktor) tataule bile sebenarnye pesakit tu meninggal dunia ekk.. diorang hny tengok instrumentations yg dipsg kat badan pesakit tuh...

so mmg euthanasia dgn mncabut alat2 bantuan tu patutle... jgn biar lama2

Bookmark and Share

    


  Member Information For TuffahProfil   Hantar PM kepada Tuffah   Pergi ke Tuffah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096025 saat. Lajunya....