Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 218
Ahli: 0
Jumlah: 218




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: ..:::MURTAD sambut 1st January:::...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» ..:::MURTAD sambut 1st January:::...

Please Mendaftar To Post


Oleh ..:::MURTAD sambut 1st January:::...

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-04 11:55




mungkin sudah agak lambat sy post topik ni.flyers ni diedarkan di kolej saya.saya dpt pun dah lepas asar 31 Disember lepas.sibuk dgn test & thesis,akhirnya hari ni baru sy dpt post artikel ni.

tapi x pelah...biarpun lambat moga ilmu ni dpt kita simpan & jd peringatan..andainya 1 Januari 2005 nanti kita 'masih ada'...

*************************************

1 JANUARI JANGAN DISAMBUT !

Ayat 120, surah al-Baqarah, mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Narani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengrtahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Juga disebut hadith RasuliLLAH S.A.W. yang berbunyi (lebih kurang) :-

Umatku dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur, dan siang ia kufur, malam ia Islam.

Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja di sekeliling kita…

Contohnya, haribulan…

BERAPA RAMAI YANG TAHU BAHAWA CARA TARIKH MASEHI INI ADA KAITANNYA DENGAN ‘TUHAN’ MEREKA !!?

21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD di belakang?

‘Anno Domini’; bahasa Latin yang bermaksud ‘Anno’ ialah aku/saya dan ‘Domini’ ialah tuhan dilahirkan.

Jadi…21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai “…beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan.” !!!

Na’uzubiLLAH…Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad S.A.W. seperti di atas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.

Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?
Tapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusuf al-Qardhawi dan ulama’2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah?

Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik.
Tetapi bagi mereka yang tahu (sekarang kita sudah tahu! ) hukumnya ialah MURTAD ! na’uzubiLLAH…

SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN INI…


-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

mariani
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.12.2003
Ahli No: 5648
Posting: 34
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-01-04 12:24


....
terima kasih banyak2 stokin wangi...semoga ianya dapat disebarkan kepada rakan2 kiter yg lain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For marianiProfil   Hantar PM kepada mariani   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-01-04 13:30




nauzubillah....insya Allah semoga kita semua terselamat daripada murtad...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-04 18:36



Terima kasih stokin... tapi macam mana yang dimaksudkan dengan menyambut tuh.. kalau sekadar pasang azam baru adakah kita dikira menyambut..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

An-Naqib
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.12.2003
Ahli No: 6025
Posting: 57
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 04-01-04 21:03



tak salah kita nak pasang azam baru... cuma peliklah kita hanya pasangkan azam baru biler kita sambut tahun baru... kita nihkan seorang muslim/muslimah..... sepatutnya kita kena perbaharukan azam kita setiap hari kerana ia bersesuaian dgn sabda rasulullah s.a.w yang menyuruh kita menjadi lebih baik daripada diri kita yg semalam.... oleh itu, kita sblm tidor, pasang2 ler azam utk hari esok yer............ paper pon tak salah pasang azam tahun baru kan.... ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For An-NaqibProfil   Hantar PM kepada An-Naqib   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-04 01:26




Tq stokin......
Cikgu baru je tau benda ni..
Tapi cikgu tersambut la plak tahun 2004 ni...
Astagfirullahal'azim....
Tak tau plak cikgu sebelum ni...
Insya-Allah, akan cikgu hebahkan pada sahabat2 yg lain....



Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-01-04 13:50


Kalau menyambut dengan perkara yang baik seperti membuat azam,rasanya tak salah......takkanlah kalau sambut tahun baru,call Ibu bapa minta didoakan semoga tahun 2004 ni menjadi tahun yg lebih baik dan jumpa kawan2 dah jadi murtad?????Tahun baru hanya sebagai tahun peralihan je.......takde apa niat pun.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 14:01


in the name of Allah the most gracious the most merciful

akh joshua apsal pilih tahun baru 2004 juga apsal tak pilih awal muharram..? pelik kan cam tahun 2004 nie macam sesuatu yang special sebab kena sambut la dan siap ada bunga apai lagi tuu..

terpulang lah dalil sudah diberikan so biarlah iman yang menjawabnya.. dan jawapan itulah yang menunjukkan tahap keimanan kita.

para sahabat bila turunnya wahyu mengatakan arak itu haram maka seluruh kota makkah dibanjiri dengan air arak.. sehinggakan anjing yang berada ditepi jalanpun mabuk kerana menghidu bau arak itu..

mungkin kita tak sama dengan para sahabat tapi bukankah kita ini pun hamba Allah yang perlu patuh dan taat pada perintah Allah.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-01-04 14:24


Mana aidilshah tahu saya tak sambut Awal Muharam?kalau tahu sesat kat hutan,jangan nak meredah je...
Awal Muharam,saya sambut dan buat seperti mana orang lain lakukan,ke masjid,baca dan aminkan doa tahun baru Islam...
Awal tahu baru,saya cuma anggap ia sebagai peralihan tahun 2003 ke 2004...call Ibu bapa,jumpa kawan2,pergi makan dan menuntup diari 2003 dengan harapan 2004 lebih baik.Begitu juga apabila sampai awal Muharam,saya lakukan perkara yg sama,malah lebih baik.....
Sesetengah org akan katakan ia murtad,tapi cara sambutan org lain terhadap tahun baru berbeza,yg nak gi mabuk,mabuklah,tapi ada juga org yg tak buat mcm tu,cuma lakukan seperti mana saya lakukan..dan melihat 2004 hanya sebagai peralihan masa....
Iman manusia,manusia tidak boleh mengukur,yang mengukur tuhan,Allah yg Esa....ingat bahawa Tahun 2003 ke 2004 hanya peralihan,tu sahaja,rasanya tak salah,bukan menyambut dengan bunga api,pergi club mabuk mabuk..hanya pergi makan dengan rakan2,tutup diari 2003 dan call orang tersayang dia atas kejayaan mereka pada tahun 2003.
Kalau kerana lakukan semua itu yg langsung tak ditakrifkan dosa,pergilah tanya Ulama kat Malaysia ni,jadi Murtad ke saya?
Ingat,sesetengah org akan terus sambut tahun baru dan sesetengah hanya melihat tahun baru sebagai peralihan masa..jgn kerana itu,awak berani nak mengukur iman seseorang dengan cara sinis....
Lihat Iman sendiri dan tanyalah diri sendiri,layakkah aku mengukur iman org yg kita sendiri tidak tahu....Fikirkan.....


p/s...kerdil disisi tuhan




Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 15:20


in the name of Allah the most gracious the most merciful

ermm marah nampak en joshua.. iyer iman itu terletak pada nilaian Allah semata-mata, dan barang siapa yang menuduh seseorang itu murtad maka ia akan berbalik kepdanya.. cuba enta fahami betul-betul apa yang ana reply kat atas tuu err ana tujukan kpd enta ker? kalau enta terasa ana minta maaf ana just timbulkan persoalanan sahaja.

oh yer akh joshua kita menyambut awal muharram bukan sebab orang lain lakukan tapi sempena mengingati peristiwa hijrah baginda kalau kita buat kerana orang lakukan errmmm rugilah kita.. ,

jangan mare yer.. Gong Xi Fatt Choi!!! eh salah... heheheheee.. tersebut lak wassalam.


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

Helmisuhaimi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3855
Posting: 111
Dari: Kuala Lumpur

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 15:33


ermmm..saya agak setuju dgn joshua..
sebabnye..fatwa tue mungkinlah hanya diperhatikan cari kaum kafir menyambut tahun baru..sprt minum arak, berzina, berjudi... mmg tak dinafikan ade umat islam yg berbuat demikian..

nie saya nak citer pengalaman saya..
saya mengaku saya sendiri pergi ke klcc..
nak tau tak aper saya buat...
saya bersama ahli masjid as-syakirin membuat kajian ttg rakyat malaysia (walaupun hanya segelintir).. saya mengaku saya menyambut tahun baru..
Alhamdulillah.. dalam pukul 3 pagi kami (saya dan sahabat) bersama2 dgn ahli qariah masjid melakukan qiamulail.. pastu pulak malam tue masjid bhgn bawah yg selalu org tido campur laki pompuan disiram air..
jadi tak saper pun yg cemarkan kesucian masjid..
Alhamdulillah..
mase imam baca doa kan..best tue... tersentuh hati.. mase doa tue..microfon luar dipasang.. tak tau la ape rase orang2 yg kat luar klcc tue rase..
malam tue gak fru jgn penguatkuasa klcc jaga kat kwsn taman...
org yg dtg malam tue disuruh balik..
tapi ader gak yg tak balik.. tapi taman klcc mmg dilarang diorang jejakkan kaki..
banyak lagi la pengajaran drpd pengalaman saya nie..

kadang2 kita sebagai umat islam nie kena gak pegi sendiri tgk cara diorang sambut tahun baru..
baru kita tahu macam mane nak berdakwah ngan diorang... tapi jgnla plak kita sendiri yg membuat maksiat..
lakukanlah yg terbaik utk Islam yg tercinta.. bukan hanya utk diri kita tetapi utk semua umat di dunia ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For HelmisuhaimiProfil   Hantar PM kepada Helmisuhaimi   Pergi ke Helmisuhaimi's Website   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 15:46


lps baca hujah demi hujah, saya tertarik utk meng-highlight semula hadith yg berbunyi....

Umatku dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap

fikirlah sendiri.............................
........................
..............
......
..
.
.
.
.
.
.... .......... ....... .. .

-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 15:48


bagusnya mengimarahkan masjid as-syakirin pd mlm thn baru tu...
sbb sebelah masjid tu ada dibuat konsert kan...
sepatutnya sebuah negara islam menyambutnya dgn mengimarahkan masjid...

------
Hubungan terjalin dgn diri terpimpin
Persengketaan adalah dugaan
Dengan iman dihati amalan dibaiki
Terjalinlah satu ikatan murni


Confidence Determine Success...

[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-01-06 15:49 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

khuzairn
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.07.2003
Ahli No: 2524
Posting: 28
Dari: temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 06-01-04 16:45


assalamualaikum... saya sememangnya tidak bersetuju dengan sambutan sebegitu rupa. tapi jika dilihat pelbagai aspek dan sudut yang melibatkan kepentingan politik peringkat global mungkin ia perlu disambut.... termasuk aspek kemasyarakatan dan perpaduan dan keselamatan negara.... Tapi hakikat yang melanda penyambut-penyambut yang seolah-olah tak sedar diri memang meresahkan jiwa ..... dan perlu dirawat,,,, Hukuman murtad tu tak terlalu rijid ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For khuzairnProfil   Hantar PM kepada khuzairn   Pergi ke khuzairn's Website   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 16:52



khuzairn..saya rasa tentang utk sambut tu atas dasar perpaduan.. maybe boleh, tapi biar berpadanan. hm.. hukuman murtad tu terlalu rigid?
saya tak boleh nak komen.. tapi dikatakan itu fatwa yang telah dikeluarkan.. kalau ada sesiapa yang boleh jelaskan, harap dapat berikan penjelasan dengan metodogi bagaimana hukum tersebut telah dikeluarkan... maksud saya proses pengeluaran fatwa tersebut..kaedah fiqhiyyah, ijtihad dsb. Kalau ianya murtad, atas dasar apa? i'tikad or something else... dan harap dapat berikan ciri2 yang menyebabkan seseorang itu boleh dikatakan murtad...
harap semua dapat berkongsi ilmu

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 16:55


harap dpt huraikan lagi tentang hukum murtad ni...

Quote:
BERAPA RAMAI YANG TAHU BAHAWA CARA TARIKH MASEHI INI ADA KAITANNYA DENGAN ‘TUHAN’ MEREKA !!?



actually, kita tak boleh sebut "tuhan mereka"... kata2 itu seolah2 kita mengaku ada tuhan selain Allah... seolah2 mengiakan kewujudan tuhan lain...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 17:07


..

terima kasih dengan maklumat ni. sempit sungguh fikiran ana nih..bebenda gini pun tahu skit2 jer. tapii apa yang pasti, menyambut apa2 tarikh pun mesti berlandaskan niat kita. Nawaitu kita kemana. adakah untuk kebaikan atau pun untuk keburukkan? Sesama kita berdoa kepada Allah agar kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah taala dunia dan akhirat.

Wassalam.

-----------------
Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-01-04 00:21


aidilshah,kalau org dah ke masjid,saya pun memang nak ke masjid sambut tahun baru Islam,u ada cara lain ke sambut?seperti org lain dan diri saya juga,menghayati dan mengingati peristiwa penting dlm Islam....
Jawapan u tu mcm tak faham,redah lagi,nampak sgt mcm nak kata,saya ikut apa org buat,bukan kehendak sendiri....kalau dah benda baik mcm ni saya buat dan turut serta pun u nak komplain ke?
Orang mcm saya,kalau org tengok mcm tak percaya ada perasaan nak sambut maal hijrah,lainlah org mcm awak....kan baik...nak isteri mcm siti khadijah....buat apapun semua dari hati dan saya yg awak tak kenal ni,semuanya buat seolah mengikut.....awak jelah umat Islam terbaik di dalam muka bumi ni kan?...


p/s..ermm


Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 12:38


Quote:

On 2004-01-06 16:55, Engku_Salina wrote:
.
.
....actually, kita tak boleh sebut "tuhan mereka"... kata2 itu seolah2 kita mengaku ada tuhan selain Allah... seolah2 mengiakan kewujudan tuhan lain...

-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA



...sebab tu kita tulis 'tuhan'...
ada inverted comma..

-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 13:37


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

saudara Joshua errmmm.. kena lagi smashed! dengan awak yer, terpulang lah pada awak apa andaian awak yang penting saya seronok berdiskusi dengan awak, sekurang-kurangnya adalah juga sifat sayangnya kita dengan agama Allah ini.

ketahuilah sesungguhnya umat islam sekarang ini dipijak-pijak bak pijak tahi lembu, nak pegang kotor nak cium busuk nak sayang buruk iyerlah dah tahi lembu.. mana ada yang baik.. begitulah tanggapan dunia pada kita umat islam.

bagi saya penilaian disisi Allah bukannya pada tingkah laku seseorang itu tapi pada ketaqwaannya disisi Allah, tetapi tingkah laku seseorang itu adalah hasil iman di hati yang ada pada dirinya.

adakah iman yang menggerakkan seseorang itu membawa wanita bukan muhrimnya pergi jalan-jalan.. makan angin dan adakah iman yang menggerakkannya pergi ke majlis sambutan awal muharram..

untuk ini kita perlukan banyak amalan islami insyaAllah barulah kita akan sedar yang mana baik dan yang mana buruk..

sesungguhnya yang halal itu sudah jelas dan yang haram itupun sudah jelas. wassalam

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-01-04 14:09



"bagi saya penilaian disisi Allah bukannya pada tingkah laku seseorang itu tapi pada ketaqwaannya disisi Allah, tetapi tingkah laku seseorang itu adalah hasil iman di hati yang ada pada dirinya."

Allah SWT je tahu,setinggi mana iman dan ketakwaan kita,bukan kita ni manusia yg boleh automatik nak judge org kerana apa yg kita nampak dan kata"oooo..u ni takde iman,confirm tak masuk syurga and listen to me!"
Kerana itu,jgn kerana ada segelintir org menyambut tahun baru,di dalam erti kata yg lain menganggap ia sebagai"satu tarikh peralihan masa"ia di anggap mengahalalkan apa yang haram,dengan lebih 20 juta umat manusia kat malaysia dan sebahagian besarnya adalah org Islam,kita tidak boleh judge sesiapa yg sambut tahun baru"MURTAD" hanya kerana melihat 15,000 berjoget sakan dekat KLCC.
Saya memerlukan pendapat yg lebih sahih dari Ulama di Malaysia,Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah keluar apa apa kenyataan mengenai hal ini.Jika tahun 2004,disambut walau dengan cara yg baik seperti beribadat dikatakan sebagai murtad,maka haruslah kerajaan mengharamkan penggunaan tahun moden ini dan ukhwah harus tutup semua kelab febuarians,oktoberians dan mana mana kelab bulan kerana setiap bulan yg ada ini punyai sejarah dan sebenarnya,tidak pernah terfikir pun bagi mereka yg menggunakannya selain sebagai landasan organisasi masa yg tersusun mengikut standard mana mana urusan di dunia.
Ingat,seperti kata stokin wangi,setiap tahun masihi punyai kaitan dengan tuhan mereka (mereka yg menyembah selain Allah swt),perkara begini harus diperjelas oleh mereka yg lebih ariff dan bukan yg hanya mengimpal hadis atau firman Allah taala yg suci dan agung dari kitab dan buku yg dibeli tanpa penjelasan yg spesifik,sahih dan tidak berlatarbelakangkan kredibiliti yg tinggi di dalam pemaksudan dan juga pemahaman Islam yang jelas.
Seperti kata,rakan2 saya yg membaca isu ini dan melihat dengan serius,isu ini perlu diperjelaskan dengan lebih teratur dan bukan dari mereka yg menghafal setiap hadis yg wujud dan tidak punyai kredibiliti seperti Majlis Ulama mahupun Majlis fatwa yg lebih jelas dengan isu yg berkaitan.
Bagi saya,tahun baru hanya peralihan masa tahun masihi dan saya tidak menyambutnya dengan satu sambutan yg mendatangkan erti kata maksiat.Saya tidak ingin atau mahu menjadi mereka yg mengubah hukum tuhan,menghalalkan perkara yg haram,tetapi adalah tidak begitu masuk akal untuk mentakrifkan seseorang murtad tanpa dirinya mendeklamasikan kepada umum bahawa dia keluar Islam atau melakukan perkara yg zahirnya keluar dari Islam seperti menyatakan Jesus adalah tuhan sebenar.
Perkara ini memerlukan penjelasan dari yg mereka yg benar2 layak,arif dan bukan yg mengimpal bulat2 hadis dan firman Allah swt untuk menguatkan hujah mereka tanpa penjelasan yg lanjut dari buku ytg dibeli dan ditaip isinya disebelah komputer.Ia hanya akan melahirkan kekeliruan kerana portal ukhwah ni turut dibaca oleh rakan2 saya yg berada di luar negara dan pembaca dan peminat lain bacaan ilmiah.


p/s.Jika anda layak,arif dan punyai kredibiliti dengan pengetahuan agama yg tinggi dan diiktiraf,saya alukan penjelasan.





Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

StokinWangi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4200
Posting: 109
Dari: segumpal tanah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 15:39




bagi menjawab persoalan2 yg berbangkit, saya telah mengemukakan artikel tersbt kpd PUM (Persatuan Ulama' Malaysia).

diharap kita semua dpt bersabar menanti jawapannye...Wassalam...

-----------------
saya cinta Malaysia
tapi lebih cintakan ALLAH
jadi,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentinganNYA
DAHULUKAN KEPENTINGANNYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For StokinWangiProfil   Hantar PM kepada StokinWangi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 15:44


Quote:
...sebab tu kita tulis 'tuhan'...
ada inverted comma..


syukran atas penjelasan...
kpd yg belum tahu ttg perkara ni, harap dpt manfaatkan pengetahuan ni...

p/s: ana sekadar memerhati perdebatan antara akh Joshua dan aidilshah...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

mentari_suram
Warga Rasmi
Menyertai: 13.09.2003
Ahli No: 3551
Posting: 19
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-01-04 17:23




terima kasih kerana bagitau pasal nie...say tak penah tau pun yang kita tak boleh sambut tahun baru...saya dah tersambutnya sambil sambut hari lahir saya sekali..kalau sambut hari lahir pulak camne...boleh tak??confuse pulak saya...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mentari_suramProfil   Hantar PM kepada mentari_suram   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 17:38


Seronok ke debat2 ni??

p/s: macam biasa, malas nak memikio doh... den ponek ehh...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 09-01-04 16:40



aik.. apa ni dah macam nak bergaduh je, kalau berdebat pun kawallah skit.... klu org beri teguran, kita tak buat so jgnlah mengelabah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-04 17:18


dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

alhamdulillah semakin hari semakin meningkat ilmu akh joshua ni.. baguslah dengan adanya komuniti ini ia telah meningkatkan ilmu kefahaman islam kepada kita semua terutamanya ana sendiri.

panjang lebar hujjah akh joshua.. yer kena smashed! lagi tapi kali ni ana surrendorlah tak dapat nak tangkis smashed akhie untuk kali ini, tapi insyaAllah jika ia adalah perdebatan kerana ilmu ana menerimanya dan semoga akh joshua dapat meningkatkan lagi kefahaman islam..

betullah kata akh joshua Allah sendiri menilai hambanya melalui ketaqwaan hambanya sahaja so no doubt! jadi ana solute enta akh joshua semoga perdebatan ini memberikan sedikit ilmu kepada kita.

mana-mana akh atau ukht yang ada pandangan silakanlah. ana dah surrendour.. hehehe.. err cam ner akh joshua turun tak JK Bowling nie nanti kita fight kat lane pulak.. ana pun tak ler pandai sangat main bowling..

ila liqa'

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-04 12:31


Quote:

On 2004-01-08 15:39, StokinWangi wrote:
Assalamualaikum

bagi menjawab persoalan2 yg berbangkit, saya telah mengemukakan artikel tersbt kpd PUM (Persatuan Ulama' Malaysia).

diharap kita semua dpt bersabar menanti jawapannye...Wassalam...


betul ke.. ?

baguslah mcm tu...
sekurang2nya dapatlah kita dgr mcm mane pulak penjelasan/pendapat PUM tentang permasalahan nih...
nak tau jugak jawapan atau keputusan yg benar2 menyakinkan drpd PUM berhubung dgn apa yg tgh kita perbincangkan ni..

p/s:PUM dah dikemukakan,Majlis Fatwa Kebangsaan tak dikemukakan ker... ?

[ Posting ini telah di edit oleh: sahabat_amin pada 2004-01-10 12:44 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-01-04 22:57




Terlebih dahulu,saya zahirkan terima kasih saya pada saudara Aidilshah,dia benar2 faham apabila berhadapan dengan jawapan saya.Saya bukan perlukan kemenangan di dalam apa juga debat,tapi apabila isu itu berkaitan Akidah,saya tidak boleh bernada lembut kerana saya membaca dan berfikir,dan apabila ada sesuatu yang saya gusarkan,saya perlukan jawapan.Bukankah tugas pendakwah adalah memberikan jawapan kepada setiap kesangsian.
Aidilshah bertindak dengan baik malah dengan nada yang ramai lihat mcm nak gaduh ni,saya rakan ukhwah boleh lihat how cool he is.Saya bukan menggelabah atau mahu bergaduh,saya rasa jika ia adalah berkaitan akidah,saya tidak boleh angguk dan setiap apa yg saya gusar dan sangsi,saya akan pertikai dan kemukakan.
Isu hukum murtad bukan isu yang boleh buat main-main.Saya tidak mahu kelak,apabila dihisab dan disoal,saya akan dipertikai kerana menyembunyikan kesangsian saya apabila saya memerlukan jawapan.Dan kelak juga,kelak apabila syahadah menjadi nazam terakhir hidup sebagai manusia,ia sepi ketika Maut datang kerana silapnya tidak bercakap apabila ingin tahu mengenai sesuatu di dalam pemahaman Islam.
Biar saya dituduh apa sahaja,diniat dan difikirkan apa sahaja di dalam sekeping hati manusia kerana nada bahasa dan lawan debat saya,asalkan saya tahu bahawa diri saya tidak memandang enteng isu murtad dan isu akidah.Saya bukan setinggi mana takwa dan imannya dan saya hina kerana dijadikan dari segumpal tanah yang hitam oleh Allah SWT.Kerana itu setiap apa yg saya baca,saya berfikir dan berfikir.Ilmu agama adalah mutiara yang hidup dan kelak apabila Azzawajalla naikkan naskhah sucinya ke atas langit,maka tidak ada lagi arkib akidah di dalam diri melainkan apa yang belajar dan yang diamalkan.
Isu ini perlukan penjelasan yang sahih dari mereka yang arif.Ingat,walaupun sebesar biji gandum,jika ia berkaitan akidah dan Islam,ia bukan satu perkara yang boleh kita abaikan dan itu saya lihat dari insan seperti Aidilshah dan saya mula mendidik di dalam diri saya sendiri.

Biar taksub tegasku kerana Agama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 11-01-04 12:58


Sambutan tahun baru ermmmmmmm memang meriahkan lebih lagi kat bandar..saya tak sambut cuma pertukaran tahun 2003 ke 2004.....dan nak berjaya......pada tahun nie.....tak payah lah nak sambut sangat asalakan teguhkan iman dan banyakkan amalan .......walau umur semakin tua ajal semua tangan tuhankan

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

ayuazar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2390
Posting: 171
Dari: kuala lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-01-04 14:35



bagaimana pula kalau kita cuma tengok bunga api yg ader...saya cuma tengok dari rumah sbb boleh nampak dari rumah..tak pernah pun pergi menyambut tahun baru..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayuazarProfil   Hantar PM kepada ayuazar   Quote dan BalasQuote

albarlasy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-01-06 23:56


Ya Allah jauhkanla umt akhir zaman ini dari segala tipu daya dan dakyah orang yahudi..semoga di ampuni segala dosa2 umat Muhammad diakhir zaman ini...amin... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For albarlasyProfil   Hantar PM kepada albarlasy   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 00:11


saya memang tak suka sambutan 1st January ni, sebab kita kan orang Islam, lebih afdhal kalau kita sambut tahun baru berdasarkan kalendar Islam...

lebih2 lagi, kita sedia maklum bahawa sambutan tahun baru masehi kat negara mana pun adalah dengan mengadakan pesta maksiat...

orang Islam buatlah cara macam orang Islam... wassalam...

p/s: 31 Januari ni adalah sambutan Ma`a'l-Hijrah, iaitu tahun baru Islam, sama2lah kita meriahkannya dengan perkara2 yang berfaedah...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 16-01-06 00:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 13:27


assalamualaikum wbt...

tak pasti sama ada hukumnya boleh sampai ke tahap MURTAD...

cuma memang tak pernah sambut pun tahun baru....tengok bunga api dari luar rumah tu ada la...tu pun kalau tak tidur lagi..

kadang-kadang pelik juga tengok orang Melayu Islam ni yang beriya-iya sambut tahun Masehi tapi time Awal Muharam buat derk saja...

yang lagi pelik pula boleh lagi sambut dengan bersuka ria padahal PERALIHAN MASA yang dimaksudkan adalah SEMAKIN DEKAT DENGAN KEMATIAN..hohooooooooooooooooo

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-06 13:37


syukran........

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138312 saat. Lajunya....