Oleh |
Takdir atau Hanya Kebetulan..? |
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 27-12-03 14:22
Takdir atau hanya kebetulan…? Jam di tangan telah menunjukkan tepat 8.00 malam. Aku tercari-cari bas ekspress yg bakal ku naiki. Aku kegelisahan,mungkinkah bas tu dah meninggalkan ku? Aku sepatutnya berada di stesen bas 10 minit sebelum pukul 8.00 malam tapi kerana cuti yg tidak dirancang ini, ia membuatkan aku kelam-kabut utk mengemas barang-barang. " Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku ini.. ameen",doa ku di dalam hati. Tiba-tiba Aiman,temanku yg menghantar ku tadi menarik pergelangan tanganku. "Wazzir,cepatlah.. itu bas untuk ke Batu pahat kan?" tunjuk Aiman pada sebuah bas ekspress yg baru saja hendak bergerak itu. Setelah bersalaman dengan Aiman, akupun bergegas menahan bas tersebut. Mujur aku masih sempat lagi. Aku mencari tempat duduk kosong. Alamak.. serba-salah aku nak duduk kerana di sebelah bangku kosongku telah ada seorang muslimah bertudung labuh. Aku memerhatikan bangku-bangku lain, manalah tahu ada bangku kosong, dapatlah aku elakkan daripada duduk di sebelah muslimat yg bukan muhrimku itu. Dalam aku terpinga-pinga itu.. lantang suara pemandu bas berteriak ke arah ku menyuruh agar aku segera duduk. " Ya Allah..hindarkan diriku dari melakukan sesuatu yg boleh menghamburkan daku ke dalam nerakaMu... ameen", sekali lagi aku berdoa pada Ilahi. Sedang aku leka berzikir di dalam hati, tiba-tiba terdengar esakan dari gadis di sebelahku. Aku terasa serba-salah dan kerana simpati, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada dirinya. Erm.. rupa-rupanya keluarga si gadis berkenaan telah mengaturkan pertunangan untuknya. "Tahniah.. tapi mengapa perlu bersedih, sepatutnya saudari merasa gembira dengan berita pertunangan ini atau mungkin saudari sudah ada pilihan lain agaknya".. ujarku sambil menduga gadis tersebut. Gadis itu menyeka air matanya.."Saya sedih kerana khuatir calon yg dipilih oleh keluarga saya itu bukannya seorang muslimin, iaitu seorang lelaki yg betul-betul berpegang dengan tali-tali Allah. Saya hanya mengharapkan seorang lelaki yg dapat membimbing saya ke arah kebaikan". "Erm.. saudari dah pernah berjumpa ke dengan calon suami saudari tu? InsyaAllah.. ana pasti si dia tu adalah lelaki yg soleh".. aku cuba menenangkan gadis berkenaan. "Belum lagi. Jika benar dia seperti apa yg anta katakan tu.. syukur ana pada Ilahi. Anta tahukan.. tiada yg lebih berharga bagi seorang muslimah melainkan dapat bersuamikan mereka yg beriman. Ana bukanlah bercita2 tinggi utk mencari lelaki yg wara’ tapi cukuplah jika kehadirannya dalam hidup ana ini akan membuatkan ana lebih hampir kepada Al-Khaliq.” Aku tersenyum.. beruntung bagi lelaki yg akan memperisterikan gadis ini.. dia bukan saja beriman malah bijak juga berkata2.. “InsyaAllah..ibubapa anti tentu arif dengan kehendak anaknya dan ingatlah anti, tiada ibubapa yg ingin anaknya hidup susah”. Aku cuba mengerling wajah gadis di sebelahku namun wajah itu tersembunyi dalam kegelapan malam dan dari tadi wajah itu asyik memandang ke luar tingkap di sebelahnya. “Jika anti sangsi tentang keimanan lelaki tersebut, ujilah dia dengan kebijaksanaan anti. Islam juga membenarkan gadis membuat pilihan… ia tidak tertakluk pada kaum adam sahaja. Dan yang penting jangan sesekali anti lupa mengerjakan solat isikharah meskipun anti telah bertunang dengannya. Kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, selagi belum diijabkabulkan..selagi itulah anti perlu tekun dgn solat sunat tersebut, moga anti diberikan petunjuk.. insyaAllah..” ujarku dengan panjang lebar.. Tersenyum gadis di sebelahku…”Terima kasih atas kata2 nasihat itu, insyaAllah akan ana jadikan azimat utk meneruskan hidup ini”, ujarnya dengan penuh bersemangat. Tiada lagi esakan darinya dan kupasti hanya senyuman manis menghiasi bibir. Selepas itu keadaan menjadi sepi. Kubiarkan gadis itu melayan perasaannya. Fikiranku juga melayang mengingatkan keluarga di kampung. Tanpa kusedar, perjalanan yg hampir 11 jam itu telah sampai ke destinasinya. Sebelum turun dari bas, sempat ku berpesan kepada gadis tersebut, “Saudariku.. andai saudari menerima pinangan tersebut, ikhlaskan cinta itu semata2 utk mendapat keredhaan Ilahi. Moga saudari berjaya membina Baitul Muslim yg diidamkan..” “Terima kasih. Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta. Assalamua'laikum..” ujar gadis itu perlahan. “Waalaikumussalam… insyaAllah, berdoalah pada Ilahi.” Mataku sempat menatap sebujur wajah lembut di hadapanku itu… “MasyaAllah… ayunya gadis di hadapanku ini”, ujarku di dalam hati. Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya. ********************** “Erm… ada masalah apa mak dan ayah suruh Wazzir pulang ke kampung dengan segera ni” tanyaku kepada kedua ibubapaku. Kepenatan yg terasa ketika dalam perjalanan tadi hilang apabila dapat menatap wajah mereka berdua. Ibubapaku hanya tersenyum. Aku memandang mereka dengan seribu persoalan. Rupanya mereka telah memilihkan seorang calon isteri buatku. Terkesima aku dibuatnya. Patutlah beria2 benar suruh aku pulang, mujur cutiku masih banyak lagi. Ibu mengatakan bakal tunanganku itu seorang ustazah dan mengajar di pantai timur. Lantas ibu menghulurkan sekeping gambar. Sebaik menatap gambar tersebut, terngiang-ngiang kata2 gadis yg kujumpa dalam bas tadi … “Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta…” “Ibu, siapa nama gadis ni bu…?” ujarku dengan nada gembira. Alahai..kenapalah aku lupa untuk bertanya nama gadis yg duduk di sisiku dalam bas tadi. Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta untukku Relaku menjadi miliknya Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syurga menanti dia bidadari Kekasih sejati teman yang berbudi Kasihnya bukan keterpaksaan Bukan jua kerana dunia Mekar hidup ini disiram Nur Kasih Lagu kegemaranku.. "Nur Kasih".. nyanyian kumpulan In-Team... berkumandang di corong radio. __________________________ p/s: moga terhibur dengan karya ana kali ni.. khas cerpen ni ana tujukan buat seseorang yg istimewa yg juga ahli sahabat ukhwah.. moga apa yg kita hajati dipermudahkan oleh Ilahi.. insyaAllah. wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
Ms_Nik
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1455
Posting: 105
Dari: Malaysia Bumi Bertuah
|
Posting pada: 27-12-03 15:28
Kekayaan pada lapangnya HATI, Rupawan pd indahnya BUDI, Bangsawan pada kerendahan DIRI yg sering sujud pada telapak Illahi, Bila pilihan lantaran ADDIN, kekal SETIA buat selama2nya... "Sesungguhnya, lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"...berusahalah menjadi yg terbaik
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 27-12-03 19:42
andai hidup seindah yang diimpikan..........
|
Limaunipis
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.11.2003 Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang
|
Posting pada: 27-12-03 20:18
kehidupan ini sebagai pentas lakonan... namun tidak upaya menjadi pengarahnya.. tidak upaya mengolah ceritanya... akur pada suratan pasrah pada takdir yang Esa ku panjatkan doa kehadratMu ya Allah berikan aku kekuatan berikan aku ketabahan tidak berdayanya aku di dunia yang fana ini ajal, maut dan jodoh milikmu keampunan juga milik mu siapalah aku ..kasihanilah aku hmmmmmm
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 28-12-03 08:49
alahai..... takde sorang pun yg nak kritik tentang cerpen ana kali ni... isk.. isk.. ni yg buat ana malas nak berkarya lagi ni.. please ler kritik, maybe dapat ana perbaiki mana yg kurang. erm.. apa2pun, dialog yg ana gunakan antara watak "Wazzir" dan gadis dlm cerpen kali ini ana pinjam kata2 dari seseorang.. .. p/s: kisah ni ada kaitan dgn diri penulis... wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 28-12-03 09:41
ana rasa watak2 dlm citer tu kak alin sendirik kak...? jangan marah....apapun citer ni mmg best.. kalaulah apa yg difantasikan seindah realiti...mungkinkah...? ----------------- hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..
|
i_shahdamaii
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 931
Posting: 243
Dari: iium,gombak
|
Posting pada: 28-12-03 11:23
Pastu...ape jadi kat wazzir tu kak??Camne ustazah tu lak?Mesti dia pun tekejut gak kan?? Sambung la lagi kak...buat bagi ada sikit dugaan dalam hubungan diorang tu...plzz la kak,cam best je kalau akak sambung lagi!!
|
Limaunipis
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.11.2003 Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang
|
Posting pada: 28-12-03 11:41
numan ni...orang dah komen tu tak paham paham heehe ok ni komen terus terang je... cerpen u tu biasa tapi oleh kerana penggunakan ayat dan jalan cerita yang baik..nampak menarik..memang ada bakat pon u ni..so jangan la lepas ni malas lak nak buat cerpen..buat lagi..best gak baca.. i percaya u lebih merasai penhayatan cerpen tu sebab ianya mempunyai nilai peribadi buat u..untuk yang berada dalam situasi tu memang akan mempunyai perasaan dan penghayatan yang sama ..mudah citer...best la cerpen u ni...buatla banyak cikit (iklan) heeheh p/s kekadang apa yang tersentuh jauh dilubuk hati lebih selesa untuk dibiarkan tertanam sebati disitu..risau kalau dianya dilahirkan akan mengubah apa yang telah sedia ada..pasrah pada takdir Illahi [ Posting ini telah di edit oleh: Limaunipis pada 2003-12-28 11:42 ]
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 28-12-03 17:07
Quote:
| On 2003-12-28 11:41, Limaunipis wrote: cerpen u tu biasa tapi oleh kerana penggunakan ayat dan jalan cerita yang baik..nampak menarik..
|
| terima kasih atas komen yg sungguh berterus terang ni. komentar anta memang selalunya sinis dan kritis.. ukhtie i_shahdamaii .. akak belum terfikir nak buat sambungan utk cerita ni.. apa2pun terima kasih sbb beri cadangan.. insyaAllah.. akak akan cuba fikirkan. p/s:masa ana sedang siapkan cerpen ni, ada seorang hamba Allah (sahabat ukhwah jugak) minta ana gunakan namanya sebagai watak utama (hero ler tu).. wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
pLatipus
WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:
|
Posting pada: 28-12-03 17:19
Kreatif, Inovatif, exellent....... ermm.... tak sangka ada yg berbakat dlm menghasilkan cerpen ini, tingkat kan usaha dlm menghasilkan cerpen........ *May Allah bless u All the time.........Aminn...
|
Limaunipis
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.11.2003 Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang
|
Posting pada: 28-12-03 19:46
wow menarik sungguh cerpen u ni toman...ish ish....hebatnya...kreatifnya...ahaaa cam tu nak i komen...baru u nak senyum manjang? baru nak rasa selesa ? apo laa dah cerpen u biasa...biasalah kan...kan dah puji tu 2..bahasanya mudah...jalan cerita menarik..ok la tu ..nak lelebih lak..sekeh nak? hehehe ok lah numan..apapun i suka baca cerpen u tu...
|
aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle
|
Posting pada: 29-12-03 09:13
In the name of Allah the most gracious the most merciful Suatu karya yang cukup menarik dan penuh exciting dari awal mula hinggalah sampai ke tahap wazzir melihat gambar bakal zaujah dia.. untuk penulis tahniah dan teruskanlah usaha dalam mengkaryakan tulisan ente ini di alam cyber ukhwah.com. Bila penulis menulis “Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya” teringat akan insan teristimewa yang bertakhta di hati ini.. ukht itu suka sangat memakai tudung labuh berwarna biru. Semoga mereka kekal hingga ke syurga firdausi bersama-sama dengan para anbia wa solehin.. ameen. Dan untuk penulis semoga dirimu akan bahagia bersama insan yang tersayang hinggalah ke syurga firdausi.. ameen. Wassalam wa ila liqa’ -----------------
|
perantausepi
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah
|
Posting pada: 29-12-03 14:09
tahniah buat ukhti darul_numan81 atas hasil karya yang baik.... cukup mendalam dan begitu enarik jalan ceritanya.... olahan bahasa pun ok.... ana cukup terhibur dengan cerpen ni.... sedikit cadangan..... mungkin enti boleh olah sedikit cerpen ni menjadi sebuah skrip yang menarik.... kemudian boleh le hantar kat radio ikim.fm....
|
pLatipus
WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:
|
Posting pada: 29-12-03 14:19
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 29-12-03 17:19
terima kasih atas cadangan dan sokongan daripada akhie perantausepi dan pLatipus.. insyaAllah.. ana akan cuba fikirkan mengenai idea tu.. p/s: erm.. tengah fikir langkah yg sepatutnya nak buat ni... wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
perantausepi
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah
|
Posting pada: 30-12-03 15:33
harap2 jadi yek...ana tunggu je... kot2 boleh berkumandang di radio ikim.fm nanti.... takpe kalau perlu bantuan... ana sudi membantu tapi dari segi idea je la dulu... tang yang lain tak terfikir lagi...
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 30-12-03 15:55
nak komen sket ya... berdasarkan pengalaman membaca berbagai2 karya... cerpennya agak ringkas... dah namanya cerpen kan... hehehe... mungkin boleh diolah lagi... spt wujudkan sedikit konflik... ianya terlalu simple dan boleh diagak apa yg akan berlaku seterusnya... terkejut gak bila seorg gadis spt dia begitu mudah berborak dgn lelaki yg tak dikenali... tapi, kira oklah tu sbb perbualan mrk bkn sekadar ckp2 kosong... kata2 yg diungkapkan amat bermakna sekali... lagu nur kasih tu mmg best... p/s: akak reti komen je... nak buat mmg tak berbakat... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 30-12-03 16:00
bila baca tajuk cerpen ni, teringat lagu feveret... nyanyian kenny, remy dan martin... SURATAN ATAU KEBETULAN Sesuatu yang tak disangka Seringkali mendatangi kita Itukah suratan dalam kehidupan Atau hanya satu kebetulan Kita asyik membicarakan Persoalan hidup dan pilihan Sedang kejujuran semakin berkurang Masih tiada bertemu jawapan Walau kita dihadapkan Dengan berbagai pilihan Mengapa sering terjadi Pilihan tak menepati Hingga amat menakutkan Menghadapi masa depan Seolah telah terhapus Sebuah kehidupan yang kudus Pertemuan sekali ini Bagi diriku amat bererti Tetapi ku bimbang untuk menyatakan Bimbangkan berulang kesilapan ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
Afiza_Ahmad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 09.11.2003 Ahli No: 5031
Posting: 53
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 30-12-03 20:28
[/QUOTE] terkejut gak bila seorg gadis spt dia begitu mudah berborak dgn lelaki yg tak dikenali... -Tiada apa yg nak dihairankan dgn perkara-perkara mcm ni sekarang..malah lebih teruk dari itu boleh kita lihat di luar sana..moga kita dilindungiNYa.. Quote:
| SURATAN ATAU KEBETULAN |
| -Terima kasih kak Engku..pastekan lagu ni kat sini..Fizah pun suke lagu ni..
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 04-01-04 18:59
cerpen yang ringkas tapi best.... teruskan berkarya....
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 04-01-04 22:48
best pun ada kelaka pun ada.. lepas ni kena berhati2 naik bas.. jangan nangis sembarangan.. tapi ana pun kurang suka part bersembang dalam bas tu.. macam pelik pula baru first time jumpa dah boleh luahkan masalah.. kalau sekadar tegur2 gitu biasalah.. tapi cerita ni ada kena mengena dengan kak alin ke.. hehehe -----------------
Hargai semasa ada.... [ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2004-01-04 22:50 ]
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 05-01-04 01:00
Tudung biru muda...hahahaha,dah tahulah siapa gadis tu..... Bayangkan kalau skrip cerpen tadi ditukar,perempuan tu menangis....lepas lelaki tu advice's,dia mengilai..agak2 apa jadi ekk.... Alah Numan,dah tahu dah siapa laki dan gadis tu..ermmm..tapi,realitinya,jarang ada lelaki atau perempuan nak luah perasaan pada orang yang mereka tak kenal.Kalau berbual nak mengurat adalah,heheh.....tapi takpe,cerpen ni bagus.Numan boleh jadi penulis lepas ni,mana tahu ada rezeki,boleh buat buku,jilidkan.... Satu usaha yang bagus,sebab tu dulu Numan jadi librarian..rupanya nak ceduk ilmu buat cerpen..tak sangka sungguh ada bakat terpendam,kalau tahu dulu,paksa dia memekik baca sajak hari kebangsaan kat sekolah. p/s....tak pandai langsung menulis cerpen,baca tahulah...
|
Nur_Hati
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.07.2003 Ahli No: 2097
Posting: 62
Dari: N9
|
Posting pada: 05-01-04 15:21
best2 cerpen ni... syabas pada numan... bestnyer kalau betul2 terjadi mcm ni....hehehehehehe ----------------- Rahmat Allah itu luas. Usahalah...
|
mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur
|
Posting pada: 14-01-04 17:27
Ana minat sangat bidang kesusasteraan dan pernah belajar basic ilmu nie dulu. Cumanya, tak ada rezeki nak further study dlm bidang nie. Insya Allah... boleh kot kalau nak kongsi sikit. Plot Agak ringkas dan mendatar. Namun kebosanan dapat dielakkan dengan gaya bahasa yang agak menghiburkan. Untuk lebih menarik, perlu diselitkan elemen2 seperti kejutan, konflik dll. Kalau baca sekali imbas, tak perasan klimaks cerita nie, sebab tak banyak konflik yang membawa kepada kemuncak cerita. Sebab elemen2 tue tak diadun sempurna, pembaca dengan mudah boleh guess apa kesudahan cerita nie. Gaya Bahasa Seperti yang ana katakan sebelum nie, gaya bahasa yang dipilih oleh penulis ringan tetapi bermakna dan penggunaannya juga tepat dan kemas. Dialog yg dipilih sesuai untuk dibuat renungan. Unsur bahasa seperti metafora dan simile yang digunakan memang sesuai lebih2 lagi untuk cerpen yang bertemakan seperti ini. Pendek kata, gaya bahasanya memang menghiburkan dan ana rasa disinilah terletak kekuatan dan daya penarik cerpen nie. Teknik Penulis memilih untuk menggunakan sudut diri pertama (maaf... ana lupa term sasteranya) tapi nyata cara ini cukup sesuai kerana cerpen nie tidak banyak watak. Teknik pengolahan dan penyusunan ayat juga dikuasai dengan baik, cuma mungkin di lain masa dapat dielak daripada menggunakan short form untuk menjaga mutunya sebagai bahan sastera. WaLlahu Ta'ala A'lam... "/images/signmawarputih.gif"> [ Posting ini telah di edit oleh: mawarputih pada 2004-01-14 17:28 ]
|
imanhaqimie
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5721
Posting: 22
Dari: kuching
|
Posting pada: 19-01-04 13:32
assalamualaikum...... okey, ni komen utk kak Numan (boleh panggil macam tu ker?)...... saya ni, nak kata pandai sangat nak nulis cerpen ni tak la jugak...tapi, berdasarkan apa yang saya tahu dan nampak, bila start baca jer.... haaaa, dah tahu klimaksnyer..... terutama sekali bila watak tu berada kat dalam bas.... adalah amat mengejutkan saya bila, gadis tu boleh pulak bercerita dengan lelaki yang tak dikenalinya... wuih, advance tu... tapi, tergantung pulak cerita tu eik.... abis tu, aiman tu tak ada niat ker nak jumpa ngan ustazah yang dijodohkan dengannya tu? takat jumpa dalam bas jer, tak cukup, tak cukup. so, cukup2kanlah ye, kak. tak baik biarkan cerita tu berenti takat tu jer.......ekh, ekh.... lastly, berkawanlah selagi ada impi, bercintalah selagi ada hati, bergembiralah selagi ada teman di sisi, berilah kemaafan selagi dirimu bergelar hamba Ilahi........
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-01-04 19:23
erm.. tahniah buat ukhti darul_numan81.. lain kali boleh wat lagi.. jalan ceritanya ringan dan agak menarik.. cuma pada perenggan yang akhir2, “Erm… ada masalah apa mak dan ayah suruh Wazzir pulang ke kampung dengan segera ni” tanyaku kepada kedua ibubapaku. " “Ibu, siapa nama gadis ni bu…?” ujarku dengan nada gembira" ana sedikit terkonfius, ibu atau mak gelaran yang di gunakan oleh wazzir untuk bondanya??
|
zamani
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2256
Posting: 184
|
Posting pada: 20-01-04 20:26
Jangan tergesa di telan meski manis,siapa tahu itu racun yang dibungkus dengan madu,jangan tergesa dimuntahkan meski pahit ,siapa tahu itu adalah ubat yang menyembuhkan
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 02-02-04 12:13
ismi tak pandai nak komen, tapi pada ismi citernya best cuma kalo boleh cuba masukkan elemen yg boleh menjadikan pembaca tertanya2...juga boleh masukkan teknik flash back... oklah, alin..gud luck... -----------------
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 03-02-04 11:09
uikss.. macam2 komen yg diterima membuatkan ana sendiri rasa takut utk buat cerpen lagi ni.. oppss.. sifat lekas berputus asa tu bukan pakaian org Islam, right? Jadinya.. selepas ada kekuatan kembali, insyaAllah.. ana akan cuba mencari idea baru. Apa2pun.. terima kasih atas komen semua para sahabat.. wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
achik_solehah
WARGA SETIA Menyertai: 04.07.2003 Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 07-02-04 02:49
ermm...best bace cerpen ni... tapi..lagi best kalau kak numan sambung citer ni sampai abis..sampai diorang kawin..
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 02-06-04 03:23
hem...Alhsmdulillsh,ALLAH MAHA BESAR....... sesungguhnya,ALLAH telah takdirkan,suami yg baik utk isteri yg solehah.......
|
putripuisi
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2005 Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua
|
Posting pada: 04-02-06 00:54
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 13-02-06 14:58
Pada 04-02-06 00:54 , putripuisi posting:!!! QUOTE !!! dah habis? pendeknya? Dah namanya pun cerpen (cerita pendek) putripuisi... Cerpen yang best. Saya nagi akak yeos campur (2 thumbs up) hehehe ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!"
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 13-02-06 15:13
BAIK saya kritik...............karya anti.................... best..........hehhe.tapi macam dah pernah baca.kat mana? tak tau...cuma setiap yang berlaku bukanlah kebetulan tapi ia telah ditakdirkan olehNya
|
julihan
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17771
Posting: 90
Dari: klate
|
Posting pada: 13-02-06 16:37
ERMMMM... best cerita ini... kalau ada jodoh tak kemana.... jangan terlalu dicari takut ianya makin menjauhi..... seronoknya kalau ianya terjadi pada saya
|
Al-Fadhil
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19378
Posting: 119
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 22-04-06 21:56
wah! kalau cerpen ni dijadikan sebuah novel mungkin lebih menarik kerana teknik penceritaan dan jalan cerita sangat menarik!
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 22-04-06 21:59
tak sempat nak baca lagi...lain kali la...kalau dibukukan mesti saya baca...
|
finas
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah
|
Posting pada: 23-04-06 23:54
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 24-04-06 08:32
|
srikandi85
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13219
Posting: 54
Dari: kota tinggi
|
Posting pada: 24-04-06 10:36
tahniah... best cerita 2... pasni smbung suratan atau kebetulan 2 ye.. aai....bertuahnya pom yang dapat lelaki macam 2 and bertuahnya lelaki yang dapat pom macam 2.. sesungguhnya lelaki yang baik hanyalah untuk pom yang baik..
|
nabilpoyo
WARGA SETIA Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta
|
Posting pada: 30-05-06 02:32
lambat nya sambung...huhuhuhuhuhu
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 27-06-06 13:33
cerita yang penuh maksud tapi Kalau panjangkan lagi sedikit ksudahan cerita ni mesti lagi best kan...
|
arinie
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.07.2005 Ahli No: 17125
Posting: 56
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 27-06-06 15:14
bagi pendapat saya itu adalah takdir kerana jodoh pertemuan seseorang insan telah ditentukan sejak azali lagi..............
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 27-06-06 16:30
suatu kebetulan yang memang satu suratan....
|