Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 161
Ahli: 0
Jumlah: 161




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pantun
Topik: TUTUP AURAT!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pantun
    »» TUTUP AURAT!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh TUTUP AURAT!!!

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-05-03 01:03


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.


Sekian Terima(lah) Kasih,
tranung
Azhari(s)
Telah dihasilkan pada 23 Julai 2002


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

Putera_AlRazi
Warga Rasmi
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 21
Posting: 10
Dari: Terengganu

cambodia  


posticon Posting pada: 23-05-03 10:43


cam penah tengok jee pantun ni..
tutup uarat!! jangan bagi dilihat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putera_AlRaziProfil   Hantar PM kepada Putera_AlRazi   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 10:48


assalamualaikum...

mm nasihat yang membina dan berguna....
syukran jazillan.....

moga-moga lepaih nie ramailah lepas nie yang menutup aurat

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-05-03 19:12


assalamulaikum......

buat sekalian muslimah...janganlah kamu mendedahkan aurat kamu..pada org yang yang bukan mahram kita..



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

lie_na
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 777
Posting: 55
Dari: DARI PERAK-KUALA LUMPUR

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 01:46



assalammualaikum....sedap lak bila dibaca..ramai yg berbakat rupanya kat sini...teruskan berseloka....ini pun salah satu cara berdakwah sambil berhibur....ALLAHHUALAM.....

-----------------
yang tersurat kelihatan jelas,
yang tersirat hanya tuhan yang tahu........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lie_naProfil   Hantar PM kepada lie_na   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 13:16


Assalamualaikum wbt..to isa..erm..panjangnyer..tapi tak pe..sinar try balas ok? tapi sinar
rangkumkan jadi beberapa rangkap jek...hehehe..



malas bersolat terasa liat
syaitan menghasut sukar dibendung
aurat ditutup wajib syariat
runtunan nafsu sukar dibendung

pergi ke hulu menaiki rakit
waktu subur suasana kabur
tak guna nasihat berbukit-bukit
nilai keinsafan masih terkubur

waktu subur suasana kabur
mengayuh rakit sehingga keletihan
nilai keinsafan masih terkubur
dek tergoda arus kemodenan

mengayuh rakit sehingga keletihan
rehat sebentar terasa aman
dek tergoda arus kemodenan
yang kini merebak pada yang beriman.

rehat sebentar terasa aman
kesegaran menyerap kian terkesan,
kian kini merebak pada yang beriman
nak nasihat terasa tak berkesan

kesegaran menyerap kian terkesan
lalu kayu kayuh mula dikerah
nak nasihat terasa tak berkesan
dek iman diperoleh tidak diasah

lalu kayu kayuh mula dikerah
kayuh dan kayuh tak sudah sudah
dek iman diperoleh tidak diasah
semakin terserlah kebanggaan pulak dahh..

kayuh dan kayuh tak sudah sudah
hajat di hati nak sampai hari ini
semakin terserlah kebanggan pulak dah
ketat di sana terbelah di sini.

kampung halaman semakin terlihat
hati girang tamatkan hasrat
asahkan iman keinsafan terlihat
diri sendiri penentu niat

hati girang tamatkan hasrat
keringat berjujuran kian terlihat
diri sendiri penentu niat
sahabat sekadar menyambung nasihat


erm...iman perlu ditingkat berserta amal perlu istiqamah...tak guna beriman tanpa amal..
kelak terkuburlah iman tanpa di pupuk...ilmu perlu ditimba...nafsu perlu di kawal... insya'allah
muslimah tidak tersesat.....berubah dari tak elok kepada elok lebih baik dari elok ke pada tak elok..
nauzubillah....


wsalam....


-----------------
Islam itu Indah

Bookmark and Share

    


  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Pergi ke MencariSinar's Website   Quote dan BalasQuote

putera_manis
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-03 13:55


tutup jangan tak tutup......

-----------------

MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_manisProfil   Hantar PM kepada putera_manis   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 02-07-03 19:20


balas membalas nampak..
nie jadikan..
forum nie lebih
ceria..ehe..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132454 saat. Lajunya....