Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 13
Ahli: 0
Jumlah: 13




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 72 hari yang lalu
al-biruni03: 100 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: untukmu..wanita


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» untukmu..wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh untukmu..wanita

wardahputeh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5708
Posting: 52
Dari: alam maya

blank  


posticon Posting pada: 21-12-03 17:57


Dalam meniti liku-liku kehidupan,sesekali sumbang gerak langkahmu dalam lakonan kehidupan.Kau menjadi fitnah terbesar kaum adam.Dengarlah pesanku ini.Moga kau menjadi muslimah sejati bak mawar putih yang memekar di dalam taman dunia yang penuh dengan fatamorgana.Jagalah matamu.Sesekali jangan kau memandang mata lelaki dengan dengan sejenak renungan.Jangan biarkan mereka mentafsir makna yang bukan kau mahukan.Sesekali matamu terlajak berbahasa lain pula jadinya.Teranglah matamu dengan nur keimanan dan hayatilah makna tersirat ghadul bhasar.Seharusnya, setiap kali kau bertemu dengan insan yang bergelar lelaki,renunglah segenap inci bumi Illahi, nescaya kau berjaya menghindar lelaki daripada dosa yang mahu merapati tubuhmu.Elokkan nada suaramu dan dan perlahankan gema bahasamu.Semestinya tidak manis jika seorang muslimah membuat rumah Ilahi menjadi seperti pasar tani lagaknya.Rasullulah sendiri bagaikan tidak mengenal saudaranya semasa di dalam rumah Allah.Sibuk dengan amalan, malu kepada Allah.Apakah sudah hilang batas -batas adab dan malumu?Andai kau tahu azabnya menuturkan sebaris ayat tentang dunia, nescaya kau pasti tidak merelakannya berlaku
lagi.AWAS!Seulas bibirmu sememangnya suka mengata,mengumpat dan membuat fitnah.Berhati-hatilah menggunakan lidahmu.Jangan sampai lidahmu menutur bait-bait tajam dengan menyakiti hati orang lain.Andai kau disakiti,cukuplah dengan sekali tuduhan dan cacian yang dia tuturkan.Pastinya kau tidak ingin melahap daging saudaramu sendiri di akhirat sana.Tuturlah yang perlu sahaja kerana sesungguhnya terlajak berbahasa lain pula jadinya.Letakkan akalmu di depan hati sebelum bersuara dan pandanglah mata teman bicara.Itulah nanti bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu dan kesopanan tingkah-lakumu.Jangan sesekali kauperagakan tabiatdi luar batas-batas kewanitaan sejati.Seperti yang kau mengerti, ramai muslimah yang sudah hilang nilai kewanitaannya..hilang sudah sifat malu, yang sepatutnya menjadi mahkota diri.Apa-apa yang terhutang lunaslah demi semasa Izrail mencabut nyawa.Kau telah bebaskan dirimu dari segala hutang-piutang.Bermula hari ini binalah satu kehidupan yang baru.Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkan sinar keislaman semoga nur Illahi akan membening seluruh perjalanan hidupmu.Hidup di dunia ciptaan Allah buat sementara waktu.Dia khirat kelak itulah yang kekal.Di sana kita akan dipertemukan untuk membina kehidupan baru.Ingatlah dipilih Allah untuk melakonkan watak wanita adalah satu tugas yang berat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardahputehProfil   Hantar PM kepada wardahputeh   Pergi ke wardahputeh's Website   Quote dan BalasQuote

izz_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5188
Posting: 74
Dari: UTEC

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-03 19:14




bagus benar renungan yang diberikan ini.Ayuh muslimah...mulakan langkahmu mensucikan aqidah. semoga hari hari kita berada dalam redha Allah. Bacalah renungan ini dengan hati, semoga dibukakan hati dicelikkan pandangan mata...insyaallah...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izz_imanProfil   Hantar PM kepada izz_iman   Pergi ke izz_iman's Website   Quote dan BalasQuote

nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5697
Posting: 79

Selangor  


posticon Posting pada: 21-12-03 21:22


patutnye semmua kaum muslimah patut baca renungan ni.

-----------------
di mana bumi dipijak, di situlah Islam didaulatkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nahdatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada nahdatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

zahrahtunnur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.12.2003
Ahli No: 5786
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-12-03 11:37



"wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH"

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrahtunnurProfil   Hantar PM kepada zahrahtunnur   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-12-03 15:55


sesiapa yang membacanya...
akan memberi keinsafan kepada dirinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

Limaunipis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 23-12-03 17:51


pertama kali setuju dengan apa yang dikatakan tu..so no komen lah

p/s harap lelaki tak jadi wanita

Bookmark and Share

    


  Member Information For LimaunipisProfil   Hantar PM kepada Limaunipis   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 24-12-03 19:25


wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah...
muhasabah diri selalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

ainunnadwah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.12.2003
Ahli No: 5886
Posting: 14
Dari: segamat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-03 01:02


....sedarlah oh wanita..dirimu amatlah berharga..pertahankan maruah..tinggalkan lembah hina..kembalilah ke jalan Allah..carilah keredhaannya..masih ada kesempatan masa..sebelum kau menemuiNya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunnadwahProfil   Hantar PM kepada ainunnadwah   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 25-12-03 17:23


wanita hiasan dunia

-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.08.2003
Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-12-03 05:43


syukran... good info...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 28-12-03 05:54


assalamualaikum , Alhamdullillah satu renungan yang menyentuh sanubari... insyaAllah same2lah kite musahabah diri perbetulkan yg mane2 tak betul perbaiki yg mana2 ader kelemahan yerk ...
moga kita terlepas dari siksa api neraka,,, insyaAllaH gitulah hendaynyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

stefaisle
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 220
Posting: 87
Dari: marang, terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-03 10:04



alhamdulillah masih ade sahabat yg mengingatkan kita.....syukran....
peranan wanita dalam islam amat tinggi....
jgnlah salahgunakan segala kelebihan anugerah Ilahi ke jln yg tidak diredhai....
bila kita mensyukuri segala anugerahnya n menggunakannya ke jln yg btul....
insyaAllah kitra akan merasai betapa nikmat dan indahnya menjadi seorg muslimah khalifatullah.....

sesungguhnya wanitalah senang utk ke syurga
dan juga senang utk ke neraka....

wallahua'lam....

-----------------
BiLa HidaYAh MeNyApa maJUsI
LaUTan BeRgelOra sAnGgUp dIRenAnGI
DeMi mENcaRi cINta YanG suCi
Akan KUtabAhkan dIRi DemiMU YA RABBI!

Bookmark and Share

    


  Member Information For stefaisleProfil   Hantar PM kepada stefaisle   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-04 00:43


Ingat wanita merupakan salah satu senjata syaithan.Bergantung kepada kiter untuk menyelamatkan diri kiter daripada diumpan atau mengumpan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

amiratulizzah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.07.2004
Ahli No: 9818
Posting: 57
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 20:20


terima kasih kerana masih sudi mengingatkann kita sesama insan... yang mudah alpa ni.....moga2 ALLAHmerahmati kita semua....

Bookmark and Share

    


  Member Information For amiratulizzahProfil   Hantar PM kepada amiratulizzah   Quote dan BalasQuote

nuruludz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4225
Posting: 148
Dari: pahang darul peace

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 20:55



Wahai wanita2 di bumi ALLAH,baca dan renunglah disebalik forum ini.mudah2an kita dapat perbaiki diri kita demi menuju MARDHOTILLAH ILLAHI...amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruludzProfil   Hantar PM kepada nuruludz   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-07-04 21:11


Quote:

On 2003-12-25 01:02, ainunnadwah wrote:
....sedarlah oh wanita..dirimu amatlah berharga..pertahankan maruah..tinggalkan lembah hina..kembalilah ke jalan Allah..carilah keredhaannya..masih ada kesempatan masa..sebelum kau menemuiNya..





Syukran atas info diberikan....



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-09-04 21:03


Thanks.....
Insya-ALLAH kemantapan diri akan di bentuk.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 18-09-04 21:31


Ini adalah sepucuk surat buat segenap ukhti yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Buat segenap wanita… baik sebagai ummi, ukhti, isteri maupun binti…yang oleh Allah Ta’ala telah diberi amanah memelihara tanggung jawabnya masing-masing… niscaya di hari kiamat kelak akan menanyakan apa yang menjadi tangggung jawab anti semua.

Buat segenap remaja putri yang mengimani Allah… buat siapa saja yang hari ini menjadi ukhti… kemudian esok bakal menjadi isteri dan selanjutnya menjadi ummi.
Wahai wanita yang mengimani Allah sebagai Rabb-nya, Islam sebagai dien-nya dan Muhammad sebagai nabi serta rasulnya. Mudah-mudahan engkau pernah membaca seruan nan luhur dari Allah: “Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan suara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap berada di dalam rumahamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya… (Al Ahzab: 32-33)

Itulah seruan Allah kepada siapa saja yang memahami firman-Nya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan wanita yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang saiap yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dalam kesesatan yang nyata. (Al Ahzab: 36)

Wahai ukhti… bacalah dan jangan terperdaya. Engkau hidup di zaman dimana kehinaan telah menguasai keutamaan. Karena itu berhati-hatilah.

Wahai ukhti… janganlah engkau terperdaya oleh para dajjal, yang menyerukan tabarruj dan buka-bukaan. Mereka adalah musuh-musuhmu wahai putri Islam-khususnya- dan musuh para kaum muslimin pada umumnya.

Wahai ukhti… sebenarnya Allah telah menurunkan ayat-ayatNya yang telah jelas, supaya dengan melaksanakan tuntunan-tuntunan syari’at yang ada di dalamnya, engkau menjadi terpelihara dan tersucikan dari kotoran-kotoran jahiliyah yang hari ini, musuh-musuh Islam, para penyeru kebebasan, berusaha keras untuk sekali lagi mengembalikan kaum wanita ke abad jahiliyah dengan bersembunyidi bawah cover Peradaban, Modernisasi dan Kebebasan.
Namun sebenarnya orang-orang gila itu lupa dan tidak pernah memperhatikan bahwa wanita muslimah tidak mungkin akan dapat menerima pembebasan dirinya lepas dari pengabdiannya kepada rabb-Nya untuk kemudian jatuh menjadi mangsa bagi budak-budak tentara iblis.

Wahai putri Islam…para penyeru tabarruj dan buka-bukaan amat berambisi untuk melepaskan hijabmu, mereka berlumba-lumba ingin mengeluarkanmu dari rumah-rumahmu.
Sayang seribu kali sayang, ternyata banyak wanita yang telah keluar rumah dengan pakaian yang menampakan ketelanjangannya (berpakaian tapi telanjang). Mereka berjalan berlenggak-lenggok, sanggul kepalanya seperti punuk unta, menggugah kelelakian kaum lelaki dan membangkitkan letupan-letupan nafsu seksual yang mestinya terpendam.

Wahai putri fitrah… janganlah engkau tertipu dengan semboyan peradaban yang sebenarnya hanya akan menjajakan wanita sebagai barang dagangan yang ditawarkan kepada siapa saja yang menghendakinya. Jangan pula engkau tertipu dengan tipu daya yang tak tahu malu. Allah berfirman: “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia yang ada di muka bumi niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tidaklah mereka mengikuti melainkan hanya persangkaan belaka dan tidaklah mereka melainkan hanya berdusta. (Al An’am: 116)
Pada busana sebatas lutut engkau bergegas? Demi Allah, sungai manakah yang kan engkau seberangi ?

Seolah pakaian masih panjang di pagi hari
Namun kian tersingsing saat demi saat
Engkau sangka kamu laki-laki itu tanpa rasa ?
Sebab engkau mungkin tak lagi punya rasa ?
Tidak malukah engkau terhadap pandangan-pandangan mata itu ?

Aduhai ukhti… ! bacalah dan jangan terperdaya! Malukah engkau untuk bertaqwa dan berbusana iman ? Sementara engkau tiada malu untuk bertabarruj dan buka-bukaan ?

Wahai ukhti…, adakah akan merugikanmu penghinaan kaum juhala (orang-orang yang bodoh) itu selama kita berada di atas al haq sedang mereka di atas al bathil ?
Tidakkah engkau dengar firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya di dunia menertawakan orang-orang yang beriman. Dan bila orang-orang yang beriman lewat di hadapan mereka mereka saling mengedip-edipkan matanya. Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali dengan gembira. Dan jika mereka melihat orang-orang mukmin mereka berkata: ‘Sungguh mereka itu benar-benar orang yang sesat’, padahal orang-orang yang berdosa itu tiada dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin. Maka pada hari ini, orang–orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, mereka duduk di atas dipan-dipan sambil memandang.

Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Al Muthafifin: 29-36)

Wahai ukhti… siapa yang kelak tertawa di akhirat niscaya dia akan banyak tertawa.
Atau engkau pernah berfikir bahwa hijabmu itu akan menghalanginya untuk mendapatkan seorang suami?

Hai ukhti… Demi Allah! Pikiran itu hanyalah waswasah (bisikan) syaitan.

Tidakkah engaku tahu bahwa Allah telah menetapkan bagi wanita pasangannya masing-masing? Maka karena itu dengarkan firman-Nya: “Perempuan-perempuan buruk (jahat) untuk pasangan laki-laki yang buruk (jahat). Laki-laki yang buruk untuk pasangan perempuan-perempuan yang buruk pula. Dan perempuan-perempuan yang baik untuk pasangan laki-laki yang baik untuk pasangan perempuan-prempauan yang baik.” (An Nur: 26)

Oleh sebab itu mestinya engkau jangan ridha kecuali jika menjadi pedamping seorang suami yang baik, yang berpegang teguh pada ajaran diennya dan selalu merasa diawasi oleh Rabbnya.

Suami seperti inilah yang engkau bakal merasa aman bagi jaminan hidup masa depanmu. Lihatlah! Di sana banyak sekali putri-putri sebangsamu yang terjebak dalam tipu daya kehidupan Romantisme dan Cinta menyesatkan. Ternayata banyak di antara mereka kemudian gagal dalam menempuh jalan hidupnya…. Begitu tragis.

Allah berfirman: “…barang siapa yang bertqwa kepada Allah niscya Allah butakan baginya jalan keluar dan niscaya Dia akan memberinya rizki dari jalan (arah) yang tiada disangka-sangkanya.” (At Thalaq: 2-3)

Tapi bagaimanakah engkau sanggup berbusana seperti ini di tengah musim panas dan teriknya sengatan matahari ?

Wahai putri fitrah… sesungguhnya di dalam iman terdapat rasa manis bagi jiwadan rasa tenteram bagi dada. Kalau engkau tahu bahwa neraka jahannam itu lebih panas niscaya segala rasa panas dunia akan, menjadi ringan bagimu.

Ketahuilah, sungguh seringan-ringannya orang yang disiksa di neraka pada hari kiamat aialah seseorang yang di bawah telapak kakinya diletakkan sepotong ‘bara’ dari api neraka, tetapi dari sepotong bara di bawah kakinya itu kan mendidih otaknya…

Waspadalah akan godaan-godaan syaitan. Dengan demikain apakah gerangan yang menyebabkanmu berpaling dari seruan Allah? Dunia dan perhiasannyakah …?

Bacalah firman-Nya: “Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permaianan, perhiasan dan bermegah-megahan anatar kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya itu mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya menjadi kuning kemudian manjadi hancur. Dan akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunaan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenagan yang menipu.” (Al Hadid: 20)

Atau adakah engaku kini sedang bergembira ria dengan para pemuda dan dengan dunia kecantikan, seraya engaku katakana: “Nantilah saya akan berhijab kalau umurku sudah tua” ?

Ketahuilah –semoga Allah menunjuki kita semua- bahwa apa yang engku gembirakan itu adalah nikmat Allah sebab; “Apa-apa yang ada padamu dari suatu nikmat maka ia adalah datangnya dari Allah.” (an Nahl: 53)
Mestinya engkau wajib bersyukur kepada Allah dengan cara mentaati-Nya.

betapa banyak remaja yang hari-harimnya penuh tawa…

padahal kain-kain kafan telah siap untuknya
sedang ia tak mengira betapa banyak

temanten putri dihias untuk sang suami tiba-tiba nyawa melayang di malam taqdir

Wahai ukhti… kembalilah segera kepada nilai-nilai dan prinsip Islam, niscaya harga diri dan kehormatanmu akan terjaga di hadapan siapa saja. Angkatlah kemuliaanmu wahai ukhti dengan cara menutup aurat dan berhijab. Semoga Allah memberi taufik kepada kita semua untuk melakukan apa yang dicintai dan diridahi-Nya. Akhirnya akau memohon pada Allah agar Ia menjadikan amalan kita ikhlas karena wajah-Nya. (Syeikh Faris Al Jabushi)


Tempahan Kad Kenangan Bersama Ukhwah.com dan Hanan.com


[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-09-18 21:33 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116833 saat. Lajunya....