Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 25 hari yang lalu
izdham: 34 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 44 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: jemaah tabligh dan Ikhwan al-Muslimin


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» jemaah tabligh dan Ikhwan al-Muslimin

Please Mendaftar To Post


Oleh jemaah tabligh dan Ikhwan al-Muslimin

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-12-03 16:06


Pandangan Syeikh Salman tentang jemaah tabligh dan Ikhwan al-Muslimin
Syeikh Salman ditanya:


Apa pandangan anda pada mereka yang menghukumkan bid'ah terhadap jamaah Ikhwan al-Muslimin atau menyesatkannya dalam bentuk umum.. Dan begitu juga dgn jamaah tabligh.?

Secara ringkasnya dapat disimpulkan dari pandangan beliau:

1. Tabligh dan ikhwan al-muslimin serta jamaah2 lainnya mengandungi kebaikan yg cukup banyak. Ia memberi kesan yg cukup baik kpd umat ini. Namun sebahagian dari mereka tidak terlepas dari kekurangan atau kesilapan atau sikap taksub yg tidak dibenarkan.

Apa yg mesti dilakukan ialah, menerima apa yg haq/kebenaran dari mereka, menghargai kebenaran itu, membantu mereka dan menasihati terhadap kecacatan2 atau kealpaan atau kesilapan mereka.

2. Ikhwan al-muslimin telah berjuang di mesir dan menentang Yahudi di palestin. Mereka juga telah membawa begitu ramai pemuda2 kembali kepada Islam dan mengembalikan kekuatan mereka dgn Islam. Al-Ikhwan telah melahirkan banyak hasil karya tulis yg cukup bermanfaat dan melahirkan sejumlah tokoh2 yg hebat.

3. Sikap taksub adalah sebahagian dari tabiat manusia. Ia berlaku juga pada individu2 jamaah ini dan pada mana2 jamaah lainnya. Sikap ini perlu dibenteras.

4. Mengenai jamaah tabligh, ia memberi tumpuan kpd masalah akhlak dan ibadah yg tidak terlepas dari pengaruh tasauf. Ramai di kalangan mereka yg tidak mementingkan ilmu2 syarak dan pembersihan aqidah. Dan kadangkala mereka dianggotai oleh golongan ahli bid'ah. Namun begitu, jamaah tabligh memberi kesan yg sangat baik di dalam lapangan dakwah terhadap non muslim yg mampu menarik mereka kpd Islam. Ia juga cukup bermanfaat utk menarik kpd Islam terhadap penagih dadah, yg tidak sembahyang dsbnya dgn bentuk dakwah yg cukup lembut, sabar dan penuh hikmah..

5. Semua umat Islam wajib memelihara perpaduan ummah, membersihkan hati, meluruskan aqidah dan menjauhkan diri dari sikap taksub. (ruj: http://www.sahwah.net/Nuke/sections.php?op=viewarticle&artid=40 ) -----------------

Pendapat syeikh salman mengenai syed qutb pula boleh di lihat di sini: http://www.sahwah.net/Nuke/sections.php?op=viewarticle&artid=33

Secara ringkasnya beliau mengatakan bahawa mengenai syed qutb ini terdapat pelbagai pandangan mengenainya. Ada yg bersikap sederhana dan adil terhadapnya, ada yg bersikap taksub dan ada yg menentangnya.

Dan, syeikh salman memuji syed qutb sebagai salah seorang dari imam2 huda waddin. Yg dikurniakan pemikirannya dan penanya utk mempertahankan Islam dgn cara yg sukar dicari gantinya.

Mengenai tafsirnya Fi Zilalil Quran, syeikh Salman memuji2 sbg satu kerja besar dalam kajian bidang tafsir. Dgn membacanya, pembaca dapat merasakan bahawa betapa al-Quran itu bukanlah diturunkan utk satu zaman atau keadaan shj tetapi adalah utk semua zaman dan keadaan.

Di samping itu, syeikh salman juga ada menjelaskan terdapat beberapa kesilapan di dalam al-zilal ini, spt dalam bab al-istiwa' yg ditafsirkan oleh syed qutb sbg saitharah dan ist'la'. Ini silap kata syeikh, yg benarnya ialah spt kata imam Malik, ia maklum dari sudut makna dan majhul dari sudut kaifiat.

Begitu juga kesilapan syed qutb dgn menamakan tauhid uluhiyah dgn nama tauhid rububiyah, dan menamakan tauhid rububiyah dgn nama tauhid uluhiyah. Namun kata syeikh salman, ia hanya kesilapan dari segi istilah shja bukan makna sedangkan apa yg dimaksudkan oleh syed Qutb adalah jelas dapat difahami.

Kesilapan2 begini memang perkara biasa berlaku pada mana2 kitab tafsir.

Syeikh salman juga mengatakan bahawa kitab syed Qutb ditulis dgn perasaan yg meluap2, gaya bahasa yg cukup kuat dan sifat cemburu (ghirah) atas agama dan umat Islam. Dgn itu terdapat sebahagian pembaca yg gagal menyingkap makna dan maksud perkataannya. Dan, mereka ini membaca secara harfiyah/bergantung pada zahir perkataan sehingga mengakibatkan mereka mengkafirkan semua manusia.. atau melakukan hijrah dari negara mereka. Ada sebahagian mereka yg memisahkan diri dari masyarakat dsbnya..

---------------------

Ini adalah aliran salafi versi syeikh muhamad bin abdul Wahab rhm. Manakala aliran salafi versi syeikh syed Rasyid Redha, ada beberapa kelainan. Namun, syed Rasyid Redha rhm, ada yg sebahagian syeikh salafi menggolongkannya di dalam golongan Aqlaniyah. Mereka tidak mengiktirafnya sbg pendokong aliran salafiyah. Syeikh Yusof al-Qardhawi pula menganggap syed Rasyid Redha sebagai pembawa panji2 salafiyah di zaman modern. Dan beliau merupakan salah seorang pengkagum syed Rasyid Redha.

Apa yg penting ialah, kita hendaklah berlaku adil dan terbuka ketika membaca karya2 mereka yg mungkin antara satu sama lain bercanggah dan berselisih. Kita tidak boleh cuba mengambil kesempatan utk menyemai benih2 kebencian terhadap para ulamak samada yg pro atau kontra. Kerana masing2 ada bahagian masing2 dalam menyebarkan Islam di atas mukabumi ini.



___________________________
Terbitan : 9 Disember 2003


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1305
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-03 18:42




terima kasih Isa atas maklumat ni, mmg apa saja perkara yg baik yg dibawa oleh suatu jemaah kita patut terima dan jika ada apa2 kekurangan menjadi tgjwb kita juga lah utk perbetulkan sbb yg tubuhkan suatu kumpulan itu pun adalah manusia yg tak sempurna sedangkan dasar yg diturunkan Allah itu yg sempurna.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

insan_kalam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2802
Posting: 104
Dari: batu pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-03 22:10


...

terima kasih diatas pandangan yg telah diberikan.tujuan ana balas email ini ada la kerana ingin perjelaskan perjuagan yg sebenar.perjuagan yang telah ditugaskan oleh para2 nabi dan rasul yang terdahulu.

didunia ini manusia tidak akan dapat lari dari kesilapan dan dengan kesilapan ini la manusia memperbaiki akhlak peribadi seseorang.

kita semua telah percaya bahawa nabi muhamad itu ada la pesuruh ALLAH.dan aper yang telah dibuat oleh nabi muhamad semuanya disukai oleh ALLAH.dan tugas yang paling ALLAH suka dibuat oleh nabi muhamad ada la berdahwah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_kalamProfil   Hantar PM kepada insan_kalam   Quote dan BalasQuote

wufi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3225
Posting: 158
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-12-03 23:03


alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wufiProfil   Hantar PM kepada wufi   Pergi ke wufi's Website   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 13-12-03 23:17


tak kira anda jemaah mana,.... semua sahaja tujuannya tapi perlaksanaan sahaja yg membezakan jemaah itu... tidak kisah lah asal kan kita mengguna pakai keseluruhan isi ummul kitab dan as-sunnah ...bukannya ambil yg mane boleh membawa keuntungan kepada kita dan meninggalkan ape yg tidak menguntungkan kita..

"ke arah mewujudkan sistem khalifah kembali di bumi "

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

sunwukong
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.12.2003
Ahli No: 5658
Posting: 122
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-12-03 08:06


perumpamaan antara jemaah yg kita sertai dgn jemaah yg lain adalah seumpama kita berada dlm sampan...masing² ada tujuan utk menuju ke pulau syurga..
tanggungjawab kita adalah...kayuh sampan tu sampai ke tempat tujuan..bukan sibuk nak simbah air masuk ke sampan org lain...

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunwukongProfil   Hantar PM kepada sunwukong   Pergi ke sunwukong's Website   Quote dan BalasQuote

syura
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 200
Posting: 109
Dari: :~:jalan sabak:~:

egypt  


posticon Posting pada: 14-12-03 23:11


..

setuju dengan pendapat2 yg lain..

semuanya bertujuan satu..kerana satu.. MENEGAKKAN ISLAM di bumi ALLAH.

cari lah ilmu sebanyak mungkin.. kenali juga jemaah lain. seperti kata isa-vr4 kita hendaklah berlaku adil dan terbuka ketika membaca karya2 mrk yg berlainan jemaah..

wallahua'llam

-----------------
"Maka Allah lah Pelindung yang terbaik dan Dia jugalah yang paling Penyayang di ntara yang Penyayang" (Yusuf : 64)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syuraProfil   Hantar PM kepada syura   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 15-12-03 02:18


setuju sangat dengan cadangan di atas.

ada sorang kawan hamba nie terlampau taqlid sgt dengan satu jemaah, sampaikan jemaah lain dia kata salah.
payah betul nak balas hujah dia.

-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 15-12-03 16:48


assalammulaikum ...

pada pandangan ana kan mana 2pun jemaah yang kita sertai ..kita lihat ler semula motif atau hadaf nya.jangan main taksub tak tentu hala...insya allah kalau hadaf berlandaskan alquran dan assunnah apa salah nya kita sertainya..waalahualam...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

Limaunipis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 23-12-03 17:48


masalahnya..kenapa perlu banyak jamaah? untuk apa? soal naik sampan mana tak timbul...soal simbah pun tak timbul...kalau banyak sangat sampan nak ke pulau(matlamat) risaulak nanti jadi perlumbaan...kan terlanggar sesama sendiri karam..
kalau direnung...untuk mencapai matlamat mesti ada penyatuan itikaq, penyatuan fikiran dan penyatuan tindakan..so tidak perlu banyak jamaah..satu je cukup..banyak jamaah tak akan membawa kita kepada matlamat yang sebenar..Islam dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang.
mencari Allah dengan Islam...Islam tu sendiri adalah jamaah..so tengok mana satu jamaah yang benar benar mahu memperjuangkan Islam dan iman..bukan jamaah yang buat separuh tinggal separuh ..wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For LimaunipisProfil   Hantar PM kepada Limaunipis   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 23-12-03 18:09


betul kata limaunipis.. akan tetapi manusia ni mempunyai hati berlainan walaupun rambut sama hitam.. takpe lah byk jemaah pon ..janji ambil semuanya jgn tinggal segala hukum dan hakam dalam al-quran dan as-sunnah..tak kira anda abim ke pas ke jim ke ape2 lagi ke.. sekarang matlamat asas kita adalah utk menyatukan seluruh umat islam supaya terbinanya semula sistem kekhalifan yg telah dihapuskan.. bende2 gini jgn le di ambil kira sbb memungkinkan kita gaduh antara satu sama lain..sbb matlamat kita sama iaitu kita nak islam.. so marilah kita bersama2 bersatu padu utk tegakkan islam dengan cara pilihanraya akan datang..insyAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_abadan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5706
Posting: 29
Dari: bumi wahyu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-12-03 22:05


a`kum...
salam ukhuwahfillah...
bagi ana,jemaah yang terbaik ialah jemaah yang benar-benar mengikut apa yang terkandung dalam al-quran dan juga sunnah rasulullah tanpa bercanggah sedikit pun.apa komen antum/antunna semua?[IMG]null[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_abadanProfil   Hantar PM kepada mujahidah_abadan   Pergi ke mujahidah_abadan's Website   Quote dan BalasQuote

sunwukong
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.12.2003
Ahli No: 5658
Posting: 122
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-12-03 23:28


sampan itu cumalah perumpamaan..bagi yg mahu mengambil iktibar dan berfikir dgn akal
islam telahpun terpecah kepada pelbagai jemaah..semenjak tercetusnya perang jamal dan siffin..itu kira zaman para sahabat..yg berpeluang utk berjumpa dgn nabi...apatah lagi kita yg cuma mampu membaca hadis nabi sahaja melalui para sahabat...

oleh itu, kesatuan jemaah hanyalah akan wujud dgn kesatuan matlamat...amat mustahil utk mewujudkan kesatuan manhaj..kerana ilmu wahyu telah melalui pecahan yg terlalu banyak cabangnya...

sbb itu masing² terkenal dgn manhaj sendiri...hassan al banna dgn manhaj ikhwannya...maulana ilyas dgn gerakan tablighnya...syeikh sanusi dgn gerakan sanusiyyahnya...syeikh muhammad dgn gerakan wahhabinya...so, siapakah kita utk mengatakan cara mereka ini salah?tiada bukti dan kepastian atas perkara ini...

atas maksud inilah maka...istilah sampan dan pulau syurga digunakan..supaya manusia tidak saling berbalah mempertahankan gerakannya...apa yg perlu dilakukan adalah utk memperkukuhkan perjuangannya dlm gerakan yg disertainya..bukannya menuduh gerakan lain dgn pelbagai tuduhan..sebaliknya dia sendiri lemah dalam melaksanakan matlamat perjuangan gerakannya...

marilah kita bersatu atas matlamat...dgn manhaj yg disukai..asalkan manhaj tersebut tidak lari daripada landasan quran dan sunnah...

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunwukongProfil   Hantar PM kepada sunwukong   Pergi ke sunwukong's Website   Quote dan BalasQuote

najwa_hayati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 3625
Posting: 182
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-12-03 06:52


assalamualaikum...

dalam dunia ni ada macam macam colour rambut.. perang, blonde, orange dan juga hitam..

siapakah kita untuk kata rambut ini yang terbaik.. rambut itu yang terlawa... sedangkan basic nya.. itu rambut... mahkota manusia

dalam mesia ni ada macam macam jemaah... abim, jim, pas, umno malah keadilan...

siapakah kita untuk kata jemaah ini yang terbaik.. jemaah ini yang betul... sedangkan basic nya.. kita Islam... bersatulah.. dan saling nasihat menasihati ... moga kita sama sama capai matlamat utama.. pulau syurga

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_hayatiProfil   Hantar PM kepada najwa_hayati   Quote dan BalasQuote

mzama_11
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.12.2003
Ahli No: 5804
Posting: 35
Dari: bumi Allah

australia   avatar


posticon Posting pada: 31-01-04 21:42


ana sekarang sedang dlm jemaah nilah. belajar tafsir fi zilal, n asas islam sumer n byk dr syed qutb, imam hasan al banna n syed al maududi. ade ape yg x kena. pd pandangan ana tiade ape2 pon yg salah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mzama_11Profil   Hantar PM kepada mzama_11   Quote dan BalasQuote

mahadir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 768
Posting: 69

Johor  


posticon Posting pada: 01-02-04 00:30


assalamulaikum sahabat2.....
banyak ek kita dah denga pendapat sahabat2 lain.bagi ana.. kita sebenanya mempunyai matlamat yang sama..yang satu..menegakkan syiar ISLAM.tak kira la jemaah apa pun..ana dah penah join dua2 jemaah jemaah dan dapat rasakan sendiri apa natijahnya..tetapi pada pendapat ana kan baik kalau kita bergerak sebagai satu jemaah krn kita akan lebih kuat lagi dan digeruni......wallahua'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mahadirProfil   Hantar PM kepada mahadir   Quote dan BalasQuote

mannan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7171
Posting: 63
Dari: Setapak

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-02-04 16:40


Analogi Rasa Oren!!!

Bagaimana nak rasa oren...

Cara 1 :
air gula + air masak + jus sun quick = minum rasa apa ? rasa oren.

Cara 2 :
Ibu oren + air RO + ais batu = minum rasa apa ? rasa oren.

Cara 3 :
Fresh oren = minum rasa apa? rasa oren.

Cara 4 :
F&N Orange = minum rasa apa? rasa oren.

Atas niat nak rasa oren maka pelbagai cara boleh diusahakan bergantung kepada cara yang selesa dan mudah untuk dilakukan. ISU : BERAPA RAMAI LAGI YANG TAK TERLIBAT DALAM GERAKAN ISLAM ? jgn asyik mencari mana jamaah yang terbaik, tetapi terlupa dgn keadaan real sahabat kita yg jauh drp ISLAM


Sama gak dalam persoalan jamaah, matlamat kita satu menegakkan syiar Islam. Tapi ada jalan berbeza, bagaimana pun masih wujud persetujuan dalam perkara pokok (akidah). Ana berpandangan dalam konteks waqi' Malaysia dan situasi ummat Islam sekarang usaha kearah wahdatul Qalb, Wahdatul Fikr dan Wahdatul Amal menjadi keutamaan... walaupun pergabungan itu suatu perkara yg mudah tapi perlu ada persetujuaan dalam perkara asas seperti agama, pendidikan, bahasa.

---------------
Tokoh Islam, Ismail Faruqi (dibunuh oleh dalam satu konspirasi oleh pihak pemerintah di US), pernah menekankan kewujudan pertubuhan pelajar Islam di US berdasarkan Negara Islam (Malaysia, Indonesia, Mesir dll) tidak menguntungkan ummat...


[ Posting ini telah di edit oleh: mannan pada 2004-02-17 16:47 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mannanProfil   Hantar PM kepada mannan   Quote dan BalasQuote

kaizers
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.01.2008
Ahli No: 32494
Posting: 50
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 02:37


bagus benor topik ni... intipatinya ialah kepelbagaian jemaah, saya kadang-kadang begitu hairan Kenapa ada sebahagian dai'e yang begitu taksub dengan jemaah masing-masing sehingga menolak jemaah lain.... contohnya...

"akan hanya ada satu jemaah sahaja yang betul dr yang banyak-banyak"...
"rugilah dia tu ikut jemaah XYZ, ".....

saya merasakan ayat2 di atas seperti menafikan amal seorang muslim lain sedangkan apa yang mereka lakukan sedikit pun tidak mengundang kepada syirik terhadap Allah... apakah salahnya ada kepelbagaian Harakah Islam ini...

saya cuba mencari dalam tulisan2 As-Syahid Hassan Al-Banna mengkritik Harakah Islam lain namun tiada satu pun... begitu juga tulisan yang menunjukkan Maulana Muhammad Ilyas mengkritik Harakah Islam yang berkecimpung dalam politik,,,

Namun apa yang kita lihat keadaan sekarang ini ialah penegakan Harakah Islam oleh kebanyakan pengikut2 para pemimpin Islam ini.. ia seolah-olah mennjukkn pemikiran para pengikut Harakah Islam ini telah terikut-ikut dengan budaya Kapitalis...masing-masing berlumba-lumba meluaskan empayar kekuasaan.

tujuan aku tulis ini bukanlah supaya kita menolak untuk bersama-sama dengan Harakah Islam, malah saya juga adalah seorang yang bersama-sama dengan Harakah Islam. Ini kerana tanpa Harakah maka tidak akan ada tanzim(penyusunan), jadi mana mungkin Islam dapat ditegakkan kembali..

tapi kita perlu sedar selagi mana kumpulan-kumpulan ini tidak menegakkan dasar yang bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah makaikatan Aqidah atau ukhwah itu perlu dipelihara diantara pengikut pelbagai Harakah.

maaf kalau salah... berkongsi pendapat.. wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For kaizersProfil   Hantar PM kepada kaizers   Pergi ke kaizers's Website   Quote dan BalasQuote

kaizers
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.01.2008
Ahli No: 32494
Posting: 50
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 02:44


mohon untuk paste artikel/biografi mengenai Maulana Muhammad Ilyas, munkin tak ramai sahabat2 di sini yang tahu tentang beliau.. sebab kadang-kadang yang ikut Harakah beliau pun tak tau pasal dirinya, brdasarkan pemerhatianku trhadap sahabat2ku sendiri.

Mawlana Muhammad Ilyas, the founder of the Tablighi Jama’at of South Asian subcontinent, is arguably one of the most influential, yet least well-known , figures of the twentieth century Islam. Despite his enormous contribution towards the development of a powerful grass root Islamic Da’wah movement, Mawlana Ilyas has not received much attention in the literature on modern Islamic movements. Most of the Western, and even Muslim, scholarships have remain occupied with the more spectacular and dramatic manifest ions of Islamic revivalist upsurge. The available literature on Maulana Ilyas and his Tablighi movement is mostly in Urdu and that too consists mainly of inspirational works by its leaders and devotional writings by its followers and supporters.

Mawlana Ilyas was born in 1885 in a small town in the United Province of British India in a family of religious scholars. He received his early religious education at home and later went to the famous center of Islamic education in Deoband where he studied the Qur’an, Hadith, Fiqh and other Islamic sciences under the early Deoband luminaries. After completing his education at Deoband, Mawlana Ilyas took up a teaching position at another famous Madarsah Mazaharul Uloom in Saharanpur (U.P., India)

It was at this point in his life that Mawlana Ilyas became aware of the "dismal Islamic situation" in the Mewat region near Delhi where majority of Muslims were living a life that had very little to do with Islamic teachings and practices. Mawlana Ilyas sent several of his disciples to Mewat to survey the situation and later himself undertook many Da’wah trips there. Mawlana Ilyas met Mewati Muslims who could not even recite Shahadah and who had not prayed even once in their life because they did not know how to pray. He saw Muslims greeting each other in a typical Hindu manner; some had even adopted Hindu deities and visited Hindu temples to participate in devotional practices.

Mawlana Ilyas fully aware of the difficult task ahead was, nevertheless, determined to bring the Meo Muslims back to the fold of true Islam. In the early 1920s, he prepared a team of young Madrasa graduates from Deoband and Saharanpur and sent them to Mewat to establish a network of Masajid and Madrasas throughout the region. He soon realized, however, that the Madrasa ulama trained in the Deoband tradition were simply reproducing their prototypes and had no significant impact on society at large. Mawlana Ilyas concluded that these Madrasas were ill-equipped to produce Muslim preachers who would be willing to go door to door and remind people of their Islamic obligations. These institution were good only for producing religious functionaries, not Da’wah workers.

It was because dissatisfaction with the Madrasas that Mawlana Ilyas resigned from a prestigious teaching position at Madrasa Mazaharul Uloom in Saharanpur and came to Basti Nizamuddin in the old quarters of Delhi to begin his Da’wah. The Tablighi movement was born in this place in 1926. Basti Nzamuddin became his permanent residence as well as the headquarter of the Tablighi movement.

The new movement met with dramatic success in relatively short period of time, thanks to Mawlana Ilyas’s utmost devotion, untiring efforts and sincerity of purpose. As a result many Muslims joined Mawlana Ilyas to preach the message of Islam in every town and village of Mewat. The rapid success of his efforts can be seen from the fact that the first Tablighi conference held in November 1941 in Mewat was attended by 25,000 people many of them had walked on foot for ten to fifteen miles to attend the conference. Sayyid Abul A’lah Mawdudi, the founder of the Jama’at-e-Islami paid glowing tribute to the spectacular successes of the Da’wah efforts of Mawlana Ilyas in Mewat and elsewhere in India and described the Tablighi movement as a major step toward the Islamization of Indian Muslim society.

Mawlana Ilyas was neither a charismatic leader like Mawlana Mohammad Ali Jauhar of the Khilafat movement, nor an outstanding religious scholar like Abul Kalam Azad of the Indian National Congress. He was not even a good public speaker like Ataullah Shah Bukhari of the Ahrar movement. Unlike Sayyid Abul A’lah Mawdudi of the Jamaat –e-Islami who was a prolific writer and a systematic thinker, Mawlana Ilyas did not author a single book in his life.

Physically frail and intellectually unassuming, Mawlana Ilyas was, nevertheless, enthused with the zeal of a dedicated Da’wah worker. His passion to reach out to the Muslim masses and touch them with the message of the Qur’an and Sunnah knew no bounds.

Like a true missionary, he was persistent, untiring, and whole-heartedly devoted to his cause. During one of his many missionary tours of Mewat, he was once hit with a stick by a peasant upon whom he was impressing the importance of leading a religious life. The Mawlana, already physically frail, fell on the ground and collapsed. When he regained consciousness, he got up and, holding his assistant affectionately, said: "Look, you have done your job. Now would you let me do my job and listen to me for a little while?" As one of his colleague put it, "Mawlana Ilyas, though a mere skeleton, can work wonders where he takes up anything."

His eagerness and indomitable determination to reach every Muslim and remind him of his obligations as a believer took precedence on every thing else. His passionate concern for the spiritual welfare of his fellow Muslims caused him great anguish. A friend once came to visit him while he was on his deathbed. Mawlana Ilyas greeted his friend by telling him. " People out there are burning in the fire of ignorance and you are wasting your time here inquiring after my health!"

He wanted every Muslim to be on his feet, preaching the message of Islam to others. He exerted his friends and followers to dedicate their lives to this cause. Once when he was trying to peruse his audience to volunteer for a missionary trip to Kanpur, U.P. India, not a single person responded to his call. Spotting one of his friends in the audience, Mawlana Ilyas asked him what prevented him from going to Kanpur. His friend was suffering from serious ailment and was obviously too weak to travel. He told Maulana Ilyas that he was "almost dying" and there was no way he could travel. The Mawlana said, "If you are dying already, you had better dia in Kanpur."

It is important to note that while Mawlana Ilyas kept himself completely aloof from politics of the day and focused his program of action exclusively on making the Muslims aware of their religious obligations, he did not, at any time, criticized those Islamic groups which were actively engaged in politics. On the contrary, he maintained extremely cordial relations with Hussain Ahmad Madani and other Ulama of Deoband school whose political organization, Jamiat Ulama-e-Hind, a pro-Indian National Congress group, was very much active in Indian politics. Mawlana Ilyas had equally warm relation with pro-Pakistan faction of the Deoband school led by Mawlana Ashraf Ali Thanvi and Mawlana Shabbir Ahmad Usmani. However he refused to take any position on the issue of united India vs. a separate Muslim state of Pakistan for the obvious reason that this would distract his movement from its main religious tasks, and would also create dissensions within its ranks. Mawlana Ilyas was of the view that the Tablighi movement and the politically-oriented Islamic groups, although operating in two different spheres, were complementing each other’s work and hence there should be no competition and rivalry between them.

Once when someone pointed out that his movement was "too narrowly focused" and did not address the larger issue of socio-political reforms in Muslim society, the Mawlana responded that this narrow focus in the initial phase of the movement was necessitated by the available manpower and that the movement could grow to encompass a larger and more comprehensive program in the future. It is unfortunate that those who succeeded Mawlana Ilyas did not realize his larger vision and saw the Mewat model of Da’wah as eternally fixed. Nevertheless, the fruits of Mawlana Ilyas’s efforts are visible all over the world today.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kaizersProfil   Hantar PM kepada kaizers   Pergi ke kaizers's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 09:40


syukran isa... kita seharusnya jangan membanding2kan antra jemaah... kita sokong semua jemaah selagi mana dasar penubuhannya untuk perjuangkan Islam dan tak mengkritik antara jemaah yang lain... kita sokong... perbezaan tetap ada tapi iulah keindahan islam... jangan kita jadikan ia sebagai titik permusuhan dan kehancuran Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

cendana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2008
Ahli No: 34379
Posting: 184

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-08-08 12:31


memang lah tabligh ni kan ada pro dan kontra nya...pernah lah dulu join tabligh sekejap sekadar ingintahu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cendanaProfil   Hantar PM kepada cendana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137657 saat. Lajunya....