Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 152
Ahli: 0
Jumlah: 152




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Menelusuri Keperibadian Fatimah Az-Zahra


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Menelusuri Keperibadian Fatimah Az-Zahra

Please Mendaftar To Post


Oleh Menelusuri Keperibadian Fatimah Az-Zahra

aimanqistina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.10.2003
Ahli No: 4710
Posting: 57
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-11-03 12:35


Hari ini adalah hari kelahiran wanita termulia dan agung iaitu Fatimah Az
Zahra. Dialah wanita yang terpelihara daripada segala noda dan dosa. Dia
membawa pesan-pesan luhur, nilai-nilai cinta, kasih belas dan dermawan.
Getar hatinya hanya demi kebahagian dan kesejahteraan umat manusia.

Lahirnya Fatimah Az-Zahra adalah berkat dan rahmat Ilahi kerana wujudnya
yang agung dan mulia telah mengakhiri mitos tentang rendahnya martabat kaum
wanita dan seterusnya mengangkat darjat kaum hawa.

Fatimah adalah puteri tercinta baginda Muhammad SAW. Jika Rasulullah SAW
adalah ciptaan yang paling sempurna dan Ali adalah lelaki yang mulia maka
Fatimah adalah wanita yang paling mulia. Dialah yang mendapat gelaran
Sayyidati Nisa'il Alamin, penghulu wanita semesta alam. Senyum Fatimah
adalah senyum yang menghilangkan duka lara Rasul. Pengabdian Fatimah adalah
pengabdian untuk Rasul. Fatimah adalah 'Ummu Abiha', ibu dari ayahnya,
demikian kata-kata suci Rasul menyebut Fatimah dengan penuh rasa bangga.
Aisyah yang seringkali cemburu melihat keabraban Rasulullah pernah
meriwayatkan bahawa baginda bersabda; "Setiap kali aku rindukan aroma
syurgawi, akan kucium Fatimah kerana dia adalah dari benih al-Jannah."

Sesungguhnya Fatimah adalah pewaris seluruh keutamaan ayahnya. Bersama ahli
keluarganya, dia diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran;

"Sesungguhnya Allah menghilangkan dosa dari kalian, wahai Ahlul bait, dan
mensucikan kalian sesuci-sucinya." (al-Ahzab:33)

Fatimah juga digelar 'al-Kauthar'- telaga yang mengalirkan rahmat dan
nikmat Ilahiyah kepada Rasulullah sehingga Allah menyeru baginda agar
mensyukurinya, dengan firmanNya;

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka
dirikanlah solat demi Tuhanmu, dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang mencela
kamu, dialah yang terputus (keturunannya)." (al-Kauthar)

Adalah kebanggaan tersendiri bagi wanita muslim agar mampu menelusuri jejak
langkah Fatimah yang sempurna dalam ketaqwaan, akhlak dan ilmu. Setelah
berjaya membentuk revolusi Islam Iran pada tahun1979 , Imam Khomeini
mengumumkan bahawa hari kelahiran Fatimah az-Zahra sebagai Hari Wanita. Di
mata beliau, Fatimah adalah mukjizat sepanjang sejarah manusia dan
merupakan kebanggaan bagi alam semesta. Para wanita di seluruh dunia
seharusnya bangga mempunyai Fatimah sebagai suri teladan mereka. Puteri
Rasulullah adalah perempuan mulia yang hidup secara sederhana. Beliau
tinggal di sebuah rumah kecil, tempat dia mendidik tunas-tunas insan kamil
yang menampung pancaran cahaya Fatimah, cahaya yang menerangi segala wujud,
dari butir-butir pasir sahara hingga bintang-bintang di langit dan malaikat
di jagat raya. Rumah Fatimah adalah ruang singgahnya pancaran cahaya Ilahi
serta tempat tumbuh dan besarnya manusia-manusia pilihan. Walaupun kecil
dan kosong dari perhiasan, namun penuh dan kaya dengan kemanusiaan. Di
situlah rumah di mana berkumpulnya Muhammad sebagai datuk, Ali sebagai
ayah, Hasan, Hussein, Zainab dan Ummu Kalthum sebagai anak-anak dan kasih
sayang Fatimah sendiri sebagai pembentuknya.

Untuk memahami kebesaran peribadi Fatimah, terlebih dahulu kita harus
mengenali ciri-ciri wanita sejati dalam Islam. Islam menyebut lelaki dan
wanita sebagai makhluk yang saling melengkapi. Perbezaan jantina tidak ada
hubungannya dengan martabat manusia, kerana kemuliaan manusia hanya
terletak pada amal perbuatannya. Taqwa yang mengangkat darjat seseorang.
Maka, seperti lelaki, wanita juga mempunyai tanggungjawab bagi menggapai
ketinggian iman untuk mampu berada di sisi Tuhannya. Justeru wanita yang
mampu menunaikan tanggungjawab ini dianggap sebagai wanita yang lebih mulia
daripada lelaki.

Kepada Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW pernah bercerita tentang kearifan
yang dicapai oleh Fatimah. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah
bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan
keimanan." Al-Hassan menuturkan; "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya
dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."

Sebagai pendamping hidup Imam Ali r.a, Fatimah juga tampil sebagai isteri
yang ideal dan suri rumah yang penuh tanggungjawab. Bahkan beliau turut
menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status-quo yang merampas
kekhalifahan Ali r.a dan pencerobohan ke atas tanahnya. Demikian besar
peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Imam Ali r.a merasa tenang dan
damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku
merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak
pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat
Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Pemimpin Spiritual Republik Islam Iran, Ayatullah Sayyid Ali Khamenei
menyebut, "Pelbagai masalah yang timbul hari ini harus diselesaikan dengan
bijaksana dan Islamik. Wahyu tidak hanya menyajikan nasihat, tetapi
menampilkan juga teladan; salah satunya adalah Fatimah Az-Zahra. Fatimah
adalah citra besar dan istimewa merangkumi politik, sosial dan jihad.
Seluruh wanita dunia harus berkiblat kepadanya. Kehidupan Fatimah adalah
samudera yang diwarnai dengan perjuangan, kerja keras dan - terpenting -
ialah syahadah."

"Anda yang bekerja di luar rumah, baik sebagai doktor, pensyarah pengajian
tinggi dan sebagainya yang sesuai pada tempatnya, namun tetap harus
memberikan keutamaan di rumah. Masalah keibuan dan status isteri dalam
rumahtangga, merupakan hal yang amat fundamental dan penting. Anda bukanlah
wanita sempurna jika tidak dapat menangani amanah dalam rumah. Kasih sayang
memerlukan satu pengerak utama dan itulah wanita yang menjadi ibu kepada
rumahtangga. Tanpa kehadiran wanita ideal - seperti Fatimah - rumahtangga
akan kering tanpa makna.


-----------------
--Cinta itu ibarat kentut, ditahan sakit, dilepas malu--

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimanqistinaProfil   Hantar PM kepada aimanqistina   Quote dan BalasQuote

ummumasyhural-yahya
Warga Rasmi
Menyertai: 23.04.2004
Ahli No: 8601
Posting: 8
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-04 14:49


itulah dia manusia yg dilahirkan sebagai manusia contoh. Dia adalah nendaku tercinta. darah yg mengalir dalam tubuhku adalah darahnye. aku merindukan unuk bertemu dengannye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummumasyhural-yahyaProfil   Hantar PM kepada ummumasyhural-yahya   Pergi ke ummumasyhural-yahya's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 23-04-04 15:34


Inilah dia ahli kisa' nabi. Ummu-abiha(ibu kepada bapanya), Penghulu segala wanita, Penghulu syurga(wanita...........)dan kalangan 4 org wanita terbaik dalam sejarah manusia. (Asiyah, Mariam, Siti Khadijah dan Fatimah)

Anak-anak nya menjadi pewaris kecermelangan bangsa dan akan lahir Imam Mahdi dari keturunannya.

p/s:betul ker ari ni hari ulang tahun (HUT) Saidatina NIsa il alamin Fathimah Az-Zahra' binti Muhammad Rasulullah


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

umairah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 15:34


Assalamualaikum wbt...

pastikan diri kita mampu menjadi contoh untuk generasi akan datang... Insya'Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairah86Profil   Hantar PM kepada umairah86   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 02-08-06 16:48


alhamdulillah..syukran...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098818 saat. Lajunya....