Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 9 hari yang lalu
Jaafar072286: 21 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Petua Memilih Sahabat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Petua Memilih Sahabat

Please Mendaftar To Post


Oleh Petua Memilih Sahabat

harakah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.09.2003
Ahli No: 3833
Posting: 45

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-11-03 15:02


Berkata Hukamak:
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku,
peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh
maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat
siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu
kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan
mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu".

Berkata Ulama’
"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang
yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang
itupun memanfaat ilmunya kepadamu.
Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:
Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan
perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih
teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:
1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan
sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia
akan segera mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu
dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan
kata-katamu.
5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau
perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia
akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka
ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka
ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya
maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela
mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.
Sahabat Sejati
Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai
pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya
kepada sahabatnya yang kedua
"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat??
Maka sahabatnya yang kedua menjawab
"Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar
bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku
jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"
Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling
pendusta"
Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga
sahabatnya itu melayannya seperti itu. Sahabat pertama tadi menjawab
"Pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya,
dan esok datanglah kau berjumpa aku."
Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya
Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.
Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.
"Wahai sahabat. Puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu tapi tidak
juga kutemui." katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat, apa
kesalahanku??"
Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua.
"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah,
atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan
bersembang kosong??". Sahabatnya menggeleng
"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera
bersolat setiap kali azan dikumandangkan??" Sahabatnya menggelengkan kepala
"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya
berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan?? Sahabatnya menggeleng lagi.
"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya
berzakat??"Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertama
tadi mneruskan soalannya.
"Dan soalan ku yang terakhir. Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji
setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki??" Sahabat kedua mendiamkan diri
sambil menengis teresak esak.
"Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku.
Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka
jahanam. Pergilah kau. Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.
Moral:
Pernahkah kita melihat kedalam diri kita?? Layakkah kita untuk bergelar
seorang sahabat?? Dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama
kita. Layakkah dia menjadi sahabat kita?? Renungkan sendiri dengan mata
hati bukan dengan membuta tuli. Perbaikilah diri. Mungkin suatu hari kita
layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki. Berhati-hati memilih sahabat
agar tidak terpilih sahabat yang menjerumuskan kita kedalam neraka jahanam!!
Wallahualam..

WORD OF WISDOM:
“Tiap kata ada jawabnya,
Tiap gayung ada sambutnya,
Tiap penyakit ada ubatnya,
Selagi dengki bukan pangkalnya.

~ mearfi ~
"Jangan tergesa-gesa ditelan meskipun manis adanya,
siapa tahu itu racun yang dibungkus dengan madu,
jangan tergesa-gesa dimuntahkan meskipun pahit adanya,
siapa tahu itu adalah ubat yang menyembuhkan"

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakahProfil   Hantar PM kepada harakah   Quote dan BalasQuote

saujana_soleh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 210
Posting: 32
Dari: Alam fi Duniah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 15:22


emm...sahabat...sahabat...sahabat....dikala ku sunyi kaulah sentiasa menghiburkan....
Tak kanku lupa kenangan bersamamu....
Ya Allah..tabahkan hatinya..kuatkan semangatnya utk menghadapi hidup..limpahkanlah makfirah...dan kasih sayangMu ..agar hidupnya sejahtera di dunia Akhirat....

-----------------
Bila bercinta kerana Allah s.w.t,berpisahnya tidak gelisah,
Bila rindunya pada yang satu,bertemunya pasti tak jemu,
Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For saujana_solehProfil   Hantar PM kepada saujana_soleh   Pergi ke saujana_soleh's Website   Quote dan BalasQuote

adi_ck2003
Warga Rasmi
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 3931
Posting: 9

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 01:39


sahabat yang hakiki adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan ayat2 Allah, mengingatkan temannye tika dlm kelupaan, sentiasa bersama di waktu senang mahupun duka, berpegang bersama tali2 Allah dan tali manusia dlm menjaga tali persahabatan agar tidak putus dan terus sambung-menyambung..silaturrahim terpintal dan terjalin.. Ukhwah islamiah atau persaudaraan di zaman rasulullah s.a.w..sebagai contoh..yang mana rasul dan perjuangan sahabatnye menjadi ikutan dlm menegakkan syiar islam. semoga ukhwah kekal selama2 nye..abadan abada..aamin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For adi_ck2003Profil   Hantar PM kepada adi_ck2003   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 23:33



berat tanggungjawab sebagai sahabat.. bukan sekadar teman bergelak ketawa, berkongsi cerita.. semoga kita semua dapat menjadi sahabat2 yang saling melengkapi, yang saling menasihati.. itulah tujuan kita di ukhwah.com

ukhwah fillah abadan abada

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 12-11-03 06:46


sebenarnya susah kita nak kenal betul2 siapa sebenarnya sahabat atau musuh....kekadang orang yang paling kiter percayai tulah yang mengkhianati kiter...mudah-mudahan semua sahabat sayer alhamdulillah...
moga kiter semua kat komuniti nieee okkk....utamakan ukhwah dalam ISLAm dari hati dan perasaan!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-03 21:14



ana tengah mencari sahabat sejati ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

peminat_nasyid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1152
Posting: 136
Dari: atas bumi bawah langit

singapore  


posticon Posting pada: 29-12-03 23:19


ana pun tengah cari sahabat yg sejati...mesti bestkan! lagi2 bila dengar lagu sebuah pertemuan....makin kuat semangat nak cari kawan!
ana nak cari kawan yg tak pentingkan diri sendiri dan suka menyelesaikan masalah....hmmm....mana nak cari...

-----------------
~ Yg pulang pegi usahlah dirintih
doakan saja dikurnia sejahtera
apa yg diratap dgn tangis
keharuan ,leraikan hiba
pujuklah hatimu
pemergiannya
iktibar buatmu.....~


Bookmark and Share

    


  Member Information For peminat_nasyidProfil   Hantar PM kepada peminat_nasyid   Quote dan BalasQuote

solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2003
Ahli No: 1384
Posting: 165
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-12-03 22:26


Ana berharap suatu hari nanti ana akan menemui sahabat sejati....Insya-Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehahProfil   Hantar PM kepada solehah   Pergi ke solehah's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-01-04 10:40


hmm......sahabat sejati...mmg susah nak cari...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092236 saat. Lajunya....