Oleh |
perasaan antum jadi penganggur |
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 05-11-03 15:22
Assalamualaikum... Ana ingin berkongsi... apa perasaan antum bila dah habis belajar? Ana ingat nak cari kerja...tapi sampai sekarang belum dapat yang tetap. dulu ana menganggur kejap..malu juga kat jiran2 sebelah rumah asyik tanya bila nak kerja.rimas kan??? macam mana antum yang masih menganggur?apa perasaan antum?
|
islamic_princess
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI
|
Posting pada: 05-11-03 15:29
assalamualaikum...... tak pula berpengalaman......tapi masa lepas spm dulu pernah lah tanam anggur ni..tak rasa apa pun...tapi tak pe lah lagipun masa tu sekejap jer sementara nak tunggu result keluar.... wassalam ----------------- HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 05-11-03 23:44
- sama la kongsi gak - saya pun blum dapat keje tetap, keje part time tu ada 2/3 keje (computer technician/guru tuisyen/moderator kursus komputer) income, alhamdulillah, boleh buat 'bergerakĀ²' so buat sesejuksalju carilah keje. kerja apa pun jgn milih sgt. (tgk gak la sesuai tak sesuai) cari pengalaman kerja tu penting sbb byk mereka nak yg dh ada exprn, kan. macm sya ni jika 1 tahun xdapat keje tetap lagi. balik kampung (sabah) la nampak nya jika dh dapat keje tetap. nak cari pengalam 5-10 tahun d semenanjung pastu buka bisnes komputer kat sabah. mesti 'best'. buat masa ni dlm 'planning la' . doakan saya. doakan awak (sesejuksalju ) juga :: ya Allah permudahkanlah rezki Mu datang kepada kami :: -----------------
|
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-11-03 11:37
emm...terima kasih kaze... ana pun doakan agar kaze..islamic princess akan mendapat kerja yang tetap dan terbaik... ana tak memilih kerja ...cuma bimbang memikirkan masa depan..tapi itu semua ketentuan Allah...kepada Allah jua kita berserah... kaze...semoga apa yang dicita2kan itu akan mendapat keredhaan Allah....amiin....
|
safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 18.07.2003 Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor
|
Posting pada: 14-11-03 22:15
ana belum dapat title penganggur lagi tapi mesti malu sebab dah habis belajar takde kerja lagi langkah awal,cari kerja dahulu sebelum habis belajar
|
Awekzz
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2003 Ahli No: 4682
Posting: 142
Dari: Kota Kinabalu <> Kuantan
|
Posting pada: 15-11-03 01:39
assalamualaikum.... saya pernah jadi penganggur 1 tahun!! fuhh... dasyat!! rasa BORING yang teramat!! carik keja... suma tak dapat!! mebi time tu just nak keja saje2 je kot. masa tu saya baru habis diploma... nak sambung degree... tapi takde rezki masuk degree terus lepas habis diploma pasal takde muet! so, dipendekkan cerita... jadik PENGANGGUR ni memang tak BEST!! buat sedara sesejuksalju..... carila keja! just untuk carik pengalaman sesaje tuk sekejap pun takpe....!!
----------------- "YA RABB! Semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaan harapku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling aku rindukan ialah saat berjumpa denganMu.."
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 15-11-03 02:35
Sapa suruh menganggur? Jangan terlalu memilih kerja. Syukur kerana saya tak perlu cari kerja. Biasa kerja cari saya. .
|
Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong
|
Posting pada: 15-11-03 11:58
mmmm.. biasalah..takde yg indahnya menjadi penganggur.. keje takde..duit takde... harapkan mak ayah je... dah la tu masa pun asyik terbuang je.... pernah la jadi "PEMETIK ANGGUR" ni 2 bulan... bukan takde keje... cuma nak cari yg betul2 berkenan.... keje kalo tak ikhlas tak boleh juga...... keje cari kita pun... kadang2 kena pilih juga.. tul tak...... p/s..yg pastinya... pekerjaaan itu byk..... cuma yg sesuai dengan kita yg belum ada.. ada degree tapi keje kilang...camne tu.. ----------------- Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 31-05-08 03:20
Menganggur? Saya yang cuma dulu-dulu lepas tunggu result SPM tunggu matrix sambil makan ubi keledek dekaat rumaah pun bosan taauu ttaakk?? EERRGHH!! Itupun dah tertekan, apatah lagi menambah koleksi anggur. Biasa juga dengar menteri cakap mahasiswa kini kurang nilai tambah... Tapi yang saya tahu laah.. Kalau menganggur, nilai tambah berat badan tuuuee adalaahh... Betul ke?
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 31-05-08 06:08
adoii ol..pergi bukakk geledah fail lama pula dia ni..adoii...isu sensetep betul..ya ummu penganggur berjaya..anggur2 sekarang da nak kena tuai..hehe perasaan?bangga.. tengok anggur2 ni da masak ranum..tak lama lagi boleh d pasarkan..kih2.. tak adalah..aduhh rasa nak belajar balekk.....
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 31-05-08 09:02
menganggur? huhu. ni siapalah yang upkan balik tapik zaman doludolu (2003) ni.. pengalaman pengangguran adalah pengalaman yang begitu menyakitkan dan tak larat dah saya nak luahkannya dengan kata-kata. sakit, sedih, patah hati, tekanan dan putus asanya hanya orang yang pernah laluinya saja yang tahu.. saat pengangguran juga amat menguji keimanan kita.. pada saat-saat melihatkan orang lain berjaya memperoleh kerja dan kerjaya yang diidamkan, ia menguji keredhaan hati kita akibat rasa kecemburuan yang timbul. bayangkan jika kita tidak gembira atau redha dengan segala yang berlaku, ia seolah-olah kita tak redha dengan segala ketentuan yang Allah sediakan. seolah-olah segala yang Allah bagi, kita tak happy. sebab tu saya kata pengangguran ni menguji keimanan kita. begitu juga ketabahan kita dan semangat untuk terus bangun mencari dan mencari lagi pekerjaan buat diri sendiri. adakalanye memang tak dinafikan kita rasa putus asa dan helpless. jadi sokongan kawan-kawan adalah begitu penting. ni tidak, dalam dok menganggur, kawan-kawan pula dok tak habih tanya "kau bila nak kerja?" " kau dah dapat kerja?" "macam mana kau apa cerita kau sekarang?" semuanya soalan-soalan yang memberi tekanan. sedangkan tiada siapa yang faham perasaan orang2 yang menganggur. bagi mereka yang sedang menganggur, semoga anda tabah melaluinya... dan bagi mereka yang tak perlu dan tak pernah melalui saat2 pengangguran, bersyukur lah banyak-banyak dengan segala rezeki yang anda perolehi.... dan doakanlah kawan-kawan yang masih menganggur tu juga... dulu masa kerja penganggur di rumah, pernah juga dengar2 lagu ni.. heheh.... aduh lah.. Sudirman (Sudirman) Aku Penganggur Jangan ku dipandang hina Hanya kerna aku penganggur Jangan pula ku dilupa Hanya kerna aku penganggur Aku hanya insan biasa Ingin juga hidup bahagia Ohoo... nasibku Aku penganggur Ohoo... nasibku Aku penganggur Puas sudah mencari kerja Memang nasib aku penganggur Masih belum diterima Memang nasib aku penganggur Hasrat hati ingin membantu Menjaga orang tua ku Ohoo... nasibku Aku penganggur Ohoo... nasibku Aku penganggur Aku anak berbudi bahasa Walaupun aku penganggur Hormat kepada orang tua Walaupun aku penganggur Mungkin esok ataupun lusa Aku akan mendapat kerja Ohoo... nasibku Aku penganggur Ohoo... nasibku Aku penganggur -----------------
|
syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia
|
Posting pada: 31-05-08 10:07
ana pun dulu pernah jadi penganggur kejap ana ingin berkonsi pengalaman dulu lepas belajar family suruh cari kerja kat kg saja tapi ana tak nak ana dukla kl cari2 kerja last sekali tengok iklan dalam suratkhabar ana pun p lah dia cakap key-in data pla lepas itu dia cakap tak ada kekosongan yang ada cuma executive manager ana pun terkejutla hebatnya rupa-rupanya salesman yang jual barang hari pertama, mereka tunjukla cara nak jual barang petang tu ada interview balik ana tidak mengapalah petang tu bos dia cakap awak tak ada kerja lain dah percayela cakap saya tapi alhamdulillah sekarang ni dah bergelar pendidik kalau ikutkan hati mahu saja ana jumpa dengan bos tu tapi dari situla ana dapat pengalaman bahawa kita kena berani tempuhi cabaran insya ALlah berjaya ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 03-06-08 13:07
hmm,saya ni pun masih menganggur lagi ni.hmm,macam-macam kerenah saya tengok sekarang.saya teringin nak kerja dengan gov walaupun family kata saya akan kerja dengan umno/bn hmm.
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 03-06-08 22:48
lepas spm, ana menganggur dalam seminggu sebelum dapat kerja. lepas stpm pun ana tak lama cuti terus cari dan dapat kerja. ana tak tahan duduk rumah sedangkan ana mampu untuk membantu mak ana. alhamdulillah, setakat sebelum ana dapat lanjutkan pelajaran ini, Allah mudahkan urusan ana untuk mendapat kerja... ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 04-06-08 10:41
Pada 31-05-08 10:07 , syah_apium posting:!!! QUOTE !!!
rupa-rupanya salesman yang jual barang
saya pun pernah tertipu. Sebenarnya memang ada syarikat yang sengaja bagi iklan macam tu (setahu saya lah). Sebenarnya kerjanya lain. Saya tak pandang hina kerja salesman pun. Cuma rasa teraniaya sebab datang jauh2 tapi tak ada pun kerja yang ditawarkan tu wujud.
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 05-06-08 23:09
resah dan gelisah ku rasa hidup penuh pancaroba tapi saya yakin rezeki Allah itu luas satu peluang dah terlepas sedih lah sikit tapi itu mungkin bukan rezeki saya ismi kata Allah itu adil ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 15-07-08 02:07
Pada 03-06-08 13:07 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! teringin nak kerja dengan gov teringin ke? saya kalau boleh nak lari. jahat tak?
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 15-07-08 10:58
Pada 15-07-08 02:07 , AmrinHakeem posting:!!! QUOTE !!! Pada 03-06-08 13:07 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! teringin nak kerja dengan gov
teringin ke? saya kalau boleh nak lari. jahat tak? jahat juga tu tapikan kalau semua nak kerja sendiri dan buka bisnes sendiri nanti kerja-kerja gov siapa nak buat?. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
alam_barzakh
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian
|
Posting pada: 15-07-08 11:23
Kekadang jadi penganggur ni malu juga dengan kekawan dan jiran sebelah rumah... rimas, rasa nak sekeh juga mereka ni... kita dah usaha, tak ada rezeki.. nak buat bagaimana.... huhuhuhuhuhuh........ Alhamdulillah, ana tak pernah lagi jadi penganggur....
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 15-07-08 11:34
Pada 15-07-08 10:58 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 15-07-08 02:07 , AmrinHakeem posting:!!! QUOTE !!! Pada 03-06-08 13:07 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! teringin nak kerja dengan gov
teringin ke? saya kalau boleh nak lari. jahat tak?
jahat juga tu tapikan kalau semua nak kerja sendiri dan buka bisnes sendiri nanti kerja-kerja gov siapa nak buat?.
kerja dengan private lah. lama2 tak ada sapa kerja gov. tak wujud lah gov. semua perkhidmatan private
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 15-07-08 11:37
erm,tak ada pengalaman menganggur lama-lama..paling lama pun seminggu sebab ada saja kerja nak buat walaupun tak tetap....erm,ala buat kerja apa pun tak apa selagi halal sementara nak dapat kerja tetap.............
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 15-07-08 12:32
bosan sgt3...sampai tak tau nak buat apa...tapi sekarang dah dapat smbung belajar semula...dah dapat gelaran student semula...seronoknya
|
insangembira
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34056
Posting: 27
Dari: Keningau, Sabah
|
Posting pada: 21-07-08 14:52
.tumpang mencelah juga.saya pun ada pengalaman menganggur untuk dikongsi.selepas habis belajar,setahun saya mengaggur.bukan tak cari kerja,merata saya mencari kerja.ulang alik dari negeri saya ke Kl.dpanggil interview saya pergi.exam SPA saya pergi.setahun jugala saya menganggur.bukan makna saya memilih,tapi bukan rezeki saya lagi.akhirnya selepas satu interviu,untuk jawatan yang basic gaji hanya RM300,saya dipanggil bekerja.Alhamdulillah riang hati ini bila org opis itu call..dan paling riang lagi hati sata,setelah satehun menunggu,opis tu offer saya jawatan yang lain dari yang diminta..itulah,saya percaya,kalau kita sabar,Allah akan bagi lebih dari yang kita mahu.InsyaAllah
|
ibnusina
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2004 Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA
|
Posting pada: 21-07-08 14:57
huhu terasa otak ni bengong sementara.....ni pun sedang menunggu yang lebih baik...bagaimana pun kena teruskan usaha dan bersabar
|
insangembira
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34056
Posting: 27
Dari: Keningau, Sabah
|
Posting pada: 21-07-08 15:07
Pada 21-07-08 14:57 , ibnusina posting:!!! QUOTE !!! huhu terasa otak ni bengong sementara.....ni pun sedang menunggu yang lebih baik...bagaimana pun kena teruskan usaha dan bersabar teruskan berusaha kerana bmi Allah ini luas.jika bukan di malaysia,di luar negara barangkali rezeki kita?hanya Allah yang mengetahui ----------------- Jangan dipandang pangkat dan darjat,pandanglah ke dalam hati, terjawablah segala gusar di hati
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 21-07-08 15:25
Pada 21-07-08 14:57 , ibnusina posting:!!! QUOTE !!! huhu terasa otak ni bengong sementara.....ni pun sedang menunggu yang lebih baik...bagaimana pun kena teruskan usaha dan bersabar tu lah perasaan jadi penganggur nsib baik tak ada avatar kena mortar hihihihi p/s: usaha, sabar dan tawakkal ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 21-07-08 17:14
Pada 15-07-08 11:23 , alam_barzakh posting:!!! QUOTE !!! Kekadang jadi penganggur ni malu juga dengan kekawan dan jiran sebelah rumah... rimas, rasa nak sekeh juga mereka ni... kita dah usaha, tak ada rezeki.. nak buat bagaimana.... huhuhuhuhuhuh........ Alhamdulillah, ana tak pernah lagi jadi penganggur.... Selagi anda berpakaian menutup aurat, selagi anda tidak melakukan dosa besar..., lupakan perkataan malu tu... ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
farouks
WARGA SETIA Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30061
Posting: 433
|
Posting pada: 22-07-08 09:28
kekadang best jugak jadi penganggur (tak ada orang yang nak ditanggung lagi) boleh isi dengan reading, dan banyak lagilah. sebab kalau dah kerja busy teramat sangat. (add knowledge) jadi jangan malu jadi penganggur, sebab kalau kita dah cari tapi tak dapat, itu bukan salah kita. Jadi yang salah!!!! semua dah taukan ----------------- http://mykhilafah.com/
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 22-07-08 09:36
setakat ni ana tak pernah lah jadi penganggur dalam tempoh yang lama...,.paling lama pun 1minggu jadi pengangur,,sebab peralihan kj,,tapi bila dengar rintihan kawan-kawan kat kg yang menganggur,,memang kasihan dengan tekanan yang mereka hadapi...kerja da bpuluh apply pas grad...tapi belum ada rezeki,,,time tu lah suntikan dr agama bagi mereka bfikir secara ilmiah perlu kat sampaikan... so sekarang da ramai sahabat2 kat kg da berkerjaya,,,da hidup senang hendaknye,,,,harap mereka tak lupa dr dengan ksenangan yang dmiliki,,,,dulu nasihat umar didengari..sekarang nasihat umar,,,hurmmmm.... p/s;zaman da berubah,,dunia da maju..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 22-07-08 20:01
Pada 15-07-08 11:34 , AmrinHakeem posting:!!! QUOTE !!! Pada 15-07-08 10:58 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 15-07-08 02:07 , AmrinHakeem posting:!!! QUOTE !!! Pada 03-06-08 13:07 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! teringin nak kerja dengan gov
teringin ke? saya kalau boleh nak lari. jahat tak?
jahat juga tu tapikan kalau semua nak kerja sendiri dan buka bisnes sendiri nanti kerja-kerja gov siapa nak buat?.
kerja dengan private lah. lama2 tak ada sapa kerja gov. tak wujud lah gov. semua perkhidmatan private mana boleh macam tu.kena ada gov kerana gov yang akan tentukan dasar2 dan memastikan kestabilan dan keselamatan p/s-------->hmm tapi di sini semangat kepartian menjadi kemestian jika nak kerja dengan gov ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|