Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 265
Ahli: 0
Jumlah: 265




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pelaburan Emas Bahjah Rizqah Gold


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pelaburan Emas Bahjah Rizqah Gold

Please Mendaftar To Post


Oleh Pelaburan Emas Bahjah Rizqah Gold

nur_muslimin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2008
Ahli No: 36366
Posting: 49
Dari: matahari terbit

slovenia   avatar


posticon Posting pada: 02-03-12 20:40


Assalamualaikum

Kepada kawan-kawan portal ukhwah yang berminat untuk menceburi bidang emas,pelaburan dan berkaitan untuk menambahkan lagi pendapatan,kami di Bahjah Rizqah menjemput Tuan dan Puan Sekalian,meyertai seminar kami yang diadakan pada setiap hari Sabtu pada setiap minggu di Sungai Buluh Selangor..Kehadiran Tuan dan Puan sangat-sangat dialukan..Peyertaan adalah percuma..Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..012-7548783..tempat adalah terhad.

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG TINGGAL,DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA,MAKA SIMPANLAH EMAS DAN PERAK"


-----------------
د سيني برمولا سڬالاڽ


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_musliminProfil   Hantar PM kepada nur_muslimin   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 23-04-12 00:46


Boleh jelaskan lagi dengan lebih terperinci tak?.

Bagaimana..... dan lain-lain


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-05-12 19:21


info tak jelas dan segala dokumen berkaitan tak diketahui.

harap berhati-hati supaya tak jadi seperti di bawah ini.jangan asal nama islamik saja terus percaya padahal kena tipu nanti.

Pelabur Emas Berputih mata!!
IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.

Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.

Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.

“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu.

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 03-05-12 12:29


Syukran khatiran ya akhi Trouver_99 .

hehe...lama tak jumpa di alam maya mahupun alam nyata.

ana sedang bercadang nak membeli emas ini. dah bertekad nak beli. cuma tak jumpa lagi... hehe

macam mana dengan impian yang dulu-dulu itu??. dah jalan ke belum?


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10405 saat. Lajunya....