Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 233
Ahli: 0
Jumlah: 233




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 54 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Rahsia dan Misteri Al-Quran
Topik: Pengembaraanku ke dalam Al-Quran


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rahsia dan Misteri Al-Quran
    »» Pengembaraanku ke dalam Al-Quran

Please Mendaftar To Post


Oleh Pengembaraanku ke dalam Al-Quran

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-11 16:02


Pengembaraanku ke dalam Surah an-Nur ayat 31

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)


Semua individu Islam tidak kira lelaki atau wanita dari kalangan jin mahupun manusia mestilah berpesan atau memberi nasihat kepada para wanita mereka supaya menjaga MATA mereka daripada melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat mengikut syariat Islam. Ini kerana mata adalah ALIRAN SUNGAI UTAMA yang membawa segala khasiat ataupun sampah sarap KE LAUT OTAK. Tercemar sungai tercemarlah sebahagian lautnya. Rosak pandangan mata maka rosaklah sebahagian otak.


Rosak otak di sini bermaksud ROSAKNYA AKAL FIKIRAN, padahal akal fikiran adalah perkara paling berharga kepada semua manusia termasuklah wanita. Akal fikiran inilah yang akan menentukan baik buruknya peribadi seseorang. Saham wanita di mata manusia beriman akan jatuh jika rosak akalnya, sama ada rosak akibat kecacatan mahupun rosak kerana pemikirannya banyak anasir-anasir yang tidak baik.


Kita mesti berpesan supaya para muslimah memelihara KEMALUAN mereka sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Memelihara kemaluan diletakkan di TEMPAT KEDUA, sepadan dengan kedudukannya sebagai perkara kedua paling berharga buat wanita selepas otak. Nilai wanita akan jatuh merudum jika rosak kemaluannya sama ada oleh penyakit, kecacatan mahupun kemaksiatan. Oleh itu para wanita jagalah kedua-dua perkara utama ini iaitu pandangan mata (hakikatnya akal fikiran) dan kemaluan. Orang lelaki mukmin sangat mementingkannya.


Wanita juga wajib diberitahu tentang batas-batas “perhiasan” yang boleh diperlihatkan. Perbahasan “perhiasan” ini agak panjang di kalangan para ulama, tidak perlulah kita bahaskan di sini kerana bukan untuk itu nukilan ini dikarang. Ringkasnya, kebanyakan ulama berpendapat bahawa “perhiasan” yang boleh diperlihatkan hanyalah muka dan tangan (dari pergelangannya ke bawah). Jika dikhuatiri mendatangkan fitnah, maka kedua-duanya kena disorokkan juga.


Selepas kemaluan, para muslimah mestilah menyorokkan BAHAGIAN DADA mereka sebagaimana tatacara Islam. Jangan kita faham penjagaan mata, kemaluan dan dada ini sekadar berkaitan dengan hal-hal dosa atau maksiat sahaja. Lihat juga dari SUDUT KESIHATAN. Allah memerintahkan wanita mengambil berat akan kesihatan ketiga-tiga perkara utama ini.


Mengapa ia sangat penting? Kerana ia adalah penyambung zuriat hamba-hamba Allah dari kalangan manusia dan jin. Sihat akal fikiran biasanya menjadi penyebab kepada PERKAHWINAN. Sihat kemaluan akan menjadi penyebab KELAHIRAN hamba-hamba Allah yang baru, hasil perkahwinan tadi. Sihat bahagian dada akan menjadi penyebab kepada SIHATNYA BAYI-BAYI yang telah dilahirkan itu pula.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/pengembaraanku-ke-dalam-surah-nur-ayat.html


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-11 16:06


Pengembaraanku ke dalam Surah al-Hasyr ayat 21

“Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau akan melihat gunung itu khusyuk serta terpecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.”

(Surah al-Hasyr: 21)


Allah minta kita berfikir tentang perbandingan ini. Berapa ramai orang yang mengajak kita untuk berfikir tentang ayat-ayat al Quran? Sudah berapa ramai pula orang yang kita ajak untuk berfikrir tentang ayat-ayat al-Quran?

Satu renungan yang bermanafaat untuk kita semua.


Apa yang boleh kita fikirkan? Antaranya ialah keteguhan Nabi Muhammad saw menerima wahyu. Alangkah hebatnya kekasih kita itu! Apa yang tidak mampu ditanggung oleh gunung–ganang berjaya ditanggung oleh baginda sepanjang lebih-kurang 23 tahun, padahal tubuh badannya kecil berbanding gunung. Tetapi pernahkah kita menyahut seruan Allah untuk berfikir dan mengambil pengajaran daripada perbandingan di atas?


Kita menghayati ayat dan perbandingan ini sebagai mengenang susah payah kekasih Kita Nabi Muhammad saw menerima wahyu untuk disebarkan kepada kita. Semoga kita dapat berkongsi serba-sedikit apa yang baginda lalui dan seterusnya meningkatkan rasa kasih sayang kita kepadanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Dari Aisyah Ummul Mukminin katanya;


Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi baik sewaktu dia tidur. Biasanya mimpi itu ternampak jelas olehnya seperti jelasnya cuaca pagi. Sejak itu hatinya tertarik untuk mengasingkan diri ke Gua Hira’. Di sana beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya.
(Bukhari)


Dalam perjalanan baginda untuk menerima wahyu-wahyu terawal, sudah nampak pengorbanan baginda. Baginda mengasingkan diri ke tempat sunyi, beruzlah (bab uzlah akan diperkatakan di bawah nanti), berkhalwat, jauh daripada keseronokan dunia dan orang ramai. Bolehkah kita mengorbankan sedikit daripada keseronokan dunia kita untuk menggerakkan agama Allah? Bolehkah kita mengorbankan banyak keseronokan dunia untuk menggerakkan agama Allah?

Sabda Rasulullah saw:


“Kadang-kadang wahyu datang kepadaku seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lalu aku mengerti apa yang dikatakannya. Kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang lelaki datang kepadaku. Dia berbicara kepadaku dan aku mengerti apa yang dikatakannya.”

(Bukhari)


Kata Aisyah:


“Aku pernah melihat sewaktu wahyu turun kepadanya pada suatu hari yang sangat dingin. Selepas wahyu itu berhenti turun, kelihatan dahinya bersimbah peluh.”

(Bukhari)


Sabda baginda saw:


“Pada suatu ketika sedang aku berjalan-jalan tiba-tiba kedengaran olehku satu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hira’ dulu. Dia berada di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah: “Selimutkan aku.”

(Bukhari)


Rupa-rupanya bukanlah senang bagi seseorang bertaraf Nabi malahan Rasul untuk menerima wahyu. Ada kalanya ia memberatkan minda dan melemahkan anggota tubuh. Apa yang dikesalkan, sikap sebahagian umat yang mengaku Islam hari ini mengabaikan kitab Perjanjian Terakhir al-Quran dengan mudah-mudah sahaja sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ini bermakna mereka tidak menghargai susah-payah Rasulullah saw.


Berkaitan uzlah, banyak juga manusia yang mengetahuinya tetapi kurang yang mempraktikkannya. Terdapat tiga jenis uzlah:


1. UZLAH JASMANI - seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang jauh daripada hiruk-pikuk manusia namun fikiran atau hatinya masih bersama hal-hal yang tidak bersangkutan dengan hal ehwal uzlah. Badan jauh tetapi hatinya masih dekat dengan keduniaan. Uzlah jenis ini hampir-hampir tiada berkesan.

2. UZLAH JASMANI DAN ROHANI- seperti mengasingkan diri ke tempat-tempat yang terhindar daripada hiruk-pikuk manusia dan hatinya khusyuk dengan hal ehwal uzlah tersebut. Uzlah jenis ini memang berkesan.

3. UZLAH ROHANI- dia berada di tengah-tengah manusia dan keduniaan tetapi hatinya tidak terpengaruh dengan semua itu bahkan keadaannya tak ubah seperti hati orang yang sedang menjalani uzlah jenis kedua tadi. Inilah uzlah tertinggi, sangat sukar untuk menguasainya.


Wallahualam.



“BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw”


Abu Zulfiqar

6 JAN 2007

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/pengembaraanku-ke-dalam-surah-al-hasyr.html


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117198 saat. Lajunya....