Oleh |
Berkahwin dengan Janda (Dilema) |
syahbi
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai
|
Posting pada: 14-11-11 12:28
Salam saya ucapkan semua ahli ukhwah.... syah hendak minta pendapat semua tentang diema yang syah hadapi sekarang..... harap rakan-rakan dapat beri nasihat dan tunjuk ajar kepada syah ceritanya bergini "syah dikenalkan oleh sepupu dengan seorang kawan rapatnya seorang janda berusia 24 tahun,sebaya dengan syah dan dia mempunyai anak perempuan berusia dua tahun,hati syah sangat tertarik untuk mengenali perempuan ini sebab sepanjang pemerhatian syah....perempuan ini baik dan lembut juga orang nya......jadi kami berkenalan dan terjalinnya perasaan erat...syah nak ke peringkat seterusnya...ke alam perkahwinan dia bercerai kerana suaminya dah ada perempuan lain....suami buat hal masa dia mengandung anak pertama....lepas beranak dia ceraikan isterinya dengan talak 1 (1) mak syah bukan bencikan orang dari negeri kelantan..tapi dia tak berapa gemar dengan orang kelantan...sepanjang pengalamanya...orang kelantan ini katanya sukar mengekalkan institusi kekeluargaan...bercerai berai dan susah nak difahami....oleh kerana perempuan ini orang kelantan...jadi selama ini syah tak pernah cakap apa-apa pasalnya kepada mak syah...syah takut nak confess pada mak tentang niat syah nak memperisterikan perempuan ini sebab takut mak menghalang...syah tak nak jadi anak derhaka..sungguhpun bergitu syah tak nak kehilangan permpuan tersebut....syah sayangkan dia (2)syah bujang...dia sudah pernah berkahwin...syah tak pasti apa persepsi masyarakat terhadap perkara macamnie....sebab bila dikaitkan dengan janda...orang sering hukum pihak perempuan....tapi kebenaranya...suami perempuan tersebut yang ceraikanya kerana sudah ada perempuan yang lain (3)tentang anak yang berusia dua tahun ini...syah sangat sayangkanya,bukan kerana maknya tapi sebab syah memang ikhlas nak bela dia...bagi syah...dia tak bersalah dan tak tahu apa-apa....sungguhpun bergitu..ayah kandungnya masih ambil berat tentang anaknya...syah takut akan jadi konflik perebutan hak penjagaan anak pada masa hadapan.... nasihat kan syah rakan-rakan...syah bingung...patutkah diteruskan niat baik syah ini nak... =( ----------------- "CaRiLaH KaSiH InsaN DemI CinTa TuHAn"
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 15-11-11 03:24
salam alaik...saya rasa tentu anda dalam kebingungan yang teramat...tak apa..relax..saya try untuk merungkai persoalan d minda anda.. 1- oleh kerana mak anda telah ada persepsi sendiri terhadap wanita kelantan, maka mungkin sukar untuk anda bercerita mengenai teman itu kepadanya...so anda perlu kreatif untuk cuba cara lain. cadangan saya, apakata, dengan keadaan mak anda langsung tak pernah tahu anda telah mempunyai teman dr kelantan, anda pertemukan mereka tanpa dirancang. mungkin ada 1 hari keraian d rumah anda atau pun cuti d hujung minggu, anda bawa ke rumah teman itu. Kenapa tanpa d rancang, sebab jika sebelum itu anda mmberitahu rancangan anda tu, besar kemgkinan segala maklumat mengenai teman itu akan dtanyakan. bermakna d sini, teman itu harus bertingkahlaku yang dapat menawan hati mak anda...moga-moga berjaya... 2- biarlah apa org nak kata...yang bahagia nanti anda juga insya allah...(ceh, saya pun Kalau macam ni situasinya fikir berkali2 juga...hehe). tatkala umur da sebaya saya fikir tak ada masalah, small matter saja...adakah anda pasti hubungan anda tu mendapat reaksi negatif drpada orang-orang sekeliling lantaran wanita itu adalah janda? saya fikir sekarang masyarakat da open minded...so relax ek.. 3- anda kena tahu, mana hak dan bukan hak anda. jika anda kahwini wanita itu, memang itu hak anda, tapi anaknya tetap hak si bekas suaminya, biarkan lah mereka. jika ada hal ehwal berkaitan hadhanah d mahkamah, b rasional..ok.. anyway tahniah lah anda telah bersedia ke arah itu tatkala ramai individu seusia dan lebih senior sikit dr anda masih belum bersedia melalui gerbang perkahwinan...saya juga menasihati diri saya dan rakan-rakan yang sestatus macam saya agar lebih bersedia ke arah itu...  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
relajihad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 09.11.2004 Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak
|
Posting pada: 07-12-11 15:21
Jangan biarkan diri anda dalam dilema, dapatkan nasihat dari "YANG MAHA BIJAKSANA" hari ini juga. apa yang perlu anda buat ialah "dail" no dibawa; "Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala" InsyaAllah segala masalah anda akan terungkai.. Moga diberi pencerahan olehNya. Ameen.
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 29-01-17 22:24
apa cerita sekarang? sudah kawin ka bellum? ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|