Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: menantu pilihan abah???????


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» menantu pilihan abah???????

Please Mendaftar To Post


Oleh menantu pilihan abah???????

chansusu
Warga Rasmi
Menyertai: 28.07.2011
Ahli No: 41532
Posting: 1
Dari: kuching

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-07-11 02:25


Menantu pilihan abah…..

Nama ku ulfa nur zuhaira’ maksudnya.. kalian carila sendiri maknanya apa. sedap kan nama tu. Yup, sedap pada pendengaran ana, kalian macam mana? Sedap jugak kan… hehe. Panggilan manja ULFA. Tapi ana teringin nak orang panggil ana nur.. ‘nur’ terasa lembut kat pendengaran. Terasa tenang di kalbu, seolah-olah ‘nur’ itu umpama cahaya yang menerangi jiwa dan refleksinya hingga keseluruh alam.. cewah!! Hehe, tapi apakan daya, angan-angan nak orang panggil nur tu macam tak kesampaian saja.. huhu. Ana masih belajar, student perubatan di university tempatan. Hurm.. tak payahlah ye bagi tahu universiti mana nanti kalian cari ana pulak nanti. Susoh pulak kalau dah glamour.

Doctor... itu bukan cita-cita ana...... itu impian dan cita-cita ummi dan abah ana. Jika dengan menjadi doctor itu salah satu cara untuk ana mendapat keredhaan mereka, ana redha...... Alhamdulillah Allah permudahkan jalan mungkin berkat doa Ummi dan abah, kini ana sudah pun menjadi final year student, insyaAllah jika diizinkan ana bakal menduduki professional exam tidak lama lagi dan jika diizinkan lulus ana bakal bergelar doctor! Ana anak bongsu, ada abang dan ada kakak. Tak manja, tak suka nangis, independent, ini pada pandangan ana lah. Tapi abang dan kakak kata ana ni yang sebaliknya ‘manja,suka nangis, suka duduk bawah ketiak ummi’. Hurm.. confuse ana di buatnya…. Sejak bila pulak ana macam tu?? Huhu…

Minggu lepas abah telefon, hah.. ni lah benda yang ana asyik fikirkan dari pagi sampai ke petang sehingga ke malam, tak selesai-selesai jugak.. makin serabut ada lah. Terngiang-ngiang lagi perbualan dengan abah kat telinga walaupun dah lebih seminggu..

“assalamualaikum ulfa, anak abah sihat?”
Eh, lah suara abah ingat ummi yang telefon.    
“waalaikumussalam, Alhamdulillah, ulfa sihat. Abah sihat?”
“Alhamdulillah, abah sihat. Study macam mana, okay?”
“Ok saja bah, semua ok, no problem.. hehe”
“Baguslah kalau macam tu.. ni abah nak cakap sikit semalam ada orang datang rumah”
Lah abah ni orang datang rumah pun nak kena bagi tahu ulfa ke..??
“Aish, dia ni cuba dengar dulu, orang tua cakap lain kali jangan potong”
Erk, kan dah kena marah..hurm.
“Hehe, sory abah, ok ulfa diam saja abah cakapla”
“Semalam ada orang datang tanya pasal anak abah seorang ni. Kawan abah masa abah belajar kat University Malaya dulu.”
“Tanya pasal ulfa? Tanya apa bah?”
Ishk, konfiusnya…
“Lah budak ni, tak paham ke buat-buat tak paham? Kawan abah tu dia ada anak lelaki yang masih belajar kat Jordan, Universiti yarmouk. Dia nak jodohkan anak dia dengan ulfa.. Ulfa macam mana?”
Hah? Maknanya ada orang pinang ana? Ada orang nak kahwin dengan ana? Wah….. kiranya ana ni hot jugak lah ye. Hehe….. tak sangka.
“Ulfa?”
“Erk, eh ye ye bah, Ulfa kat sini.”
Ishk apela ana ni
“Ish budak ni orang tengah cakap boleh pulak dia berangan.. kamu fikir-fikirlah dulu ye. Buat sembahyang istikharah, dah dapat petunjuk bagi tahu abah. Insya Allah abah dan Ummi pun akan buat jugak.”
“erk... tapi abah ulfa nak dekat exam sekarang ini..... “
“oh iyalah macam mana abah boleh lupa ni. Tak apa lepas examla baru ulfa fikir....sekarang ni tumpu pada study saja. study molek-mole na....”
Tut..tut.. talian dimatikan.

Hurm, nil ah masalah ana sekarang ni. Ana sedang mengalami konflik jiwa yang sangat berat sekarang ni.

menghitung hari exam.....

week 1 (30 march 2010)
jiwa masih lagi bersemangat untuk study!!




week 2 (6 april)
bersepahnya buku mengalahkan pasar tani javascript: tak() bukti betapa rajinnya ana study. hehe





week 3 (13 april)
semakin banyak study, semakin banyak yang ana tak tahu?? macam mana ni??




week 4 (16 april)
berat badan semakin bertambah disebabkan bertambah banyaknya ilmu di kepala. huhu..
hanya mampu tersenyum..




20 april 2010 profesional exam dah tiba.
Ya Allah, permudahkanlah urusan ana, bantu ana ya ALLAH, ana serahkan segalanya padaMu ya ALLAH segala ilmu yang ana pelajari, ilhamkannya padaku di saat aku memerlukannya ya Rabb. hanya kepadaMu aku bertawakal, hanya kepadaMu aku mohon pertolongan. AMEEN

23 April 2010....
dup..dap..dup..dap. ishk, lajunya jantung ni berdetak.rasa macam nak terlompat keluar. nervous!! hari ni result keluar. luluskah? gagalkah? hanya ALLAH Maha mengetahui..

keputusan exam akan diumumkan di dewan. Mereka yang lulus dan layak bergelar doktor akan disebut namanya dan akan diberikan 'watikah' yang mengatakan anda Dr. nama sekian sekian telah layak bergelar doktor perubatan (MD)


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!!!!
kepada Mu aku bersujud ya ALLAH, kepada aku mengucapkan syukurku YaALLAH. 5 tahun yang penuh ceria, suka, duka dan sengsara bergelar pelajar perubatan. Akhirnya gelaran doktor di pangkal namaku sah di guna pakai. 'DOKTOR ULFA NUR ZUHAIRA BIN ZUBAIR'
bonda, ayahanda tercinta nantikan kepulangan anakanda ke desa....................

Aku menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk pulang ke kampung. sebatang pen dan sehelai kertas ku capai.

selepas ini kerja yang perlu di buat:
1) kemas barang
2) pos buku
3) cek email

hurm, buat yang nombor 3 dululah. dah lama tak buka email, mesti dah berbakul-bakul email dalam inbox ni. hah.. 250 email yang belum dibaca.. dah ku agak. Sedang ana leka main'delete' email yang tidak penting tiba-tiba mata ana tertancap pada email si pengirim '[email protected]'. eh, ni dari abah ni. tak pernah-pernah hantar email kat ana. dulu pernah sekali waktu abah mula berjinak-jinak dengan internet. Lepas tu tak pernah dah ber'email'. Kenapa ye abah tiba-tiba saja hantar email..??? subject:'calon menantu pilihan abah'
zupp!! seperti kilat, rasa bahagia dan gembira setelah lulus exam hilang bila teringat kata-kata abah tempoh hari. 'calon menantu pilihan abah'... siapa? kenal pun tidak, abah tu serius ke? ishk, abah mana pernah main-main.. macam mana ni? Sejenak ana termenung....abah, ulfa dah ada pilihan ulfa sendiri..
segera ku klik pada email tersebut..... ku baca satu persatu kandungannya. setelah selesai...... 'huh' ana mengeluh.'abah, ULFA DAH ADA PILIHAN ULFA SENDIRI, entah untuk kali ke berapa aku mengatakan pendirian ku yang aku punya pilihan sendiri. entah mampu atau tidak untuk aku menuturkannya di depan abah
:-P


sambungan..

MENANTU PILIHAN ABAH:

nama: Umar Asyraf dengan bin Mus'ab saudarai

mesti kalian pelik kan baca nama dia sebab ada 'dengan' belakang tu. Abah ana kata kawan dia ni cina kristian masuk islam waktu abah ana belajar kat UM. Dulu nama dia Eric saudarai, saudarai ni nama keluarga dia lah. Bila masuk islam abah ana bagi cadangan guna nama Mus'ab tu bersempena nama pahlawan Islam yang mati syahid Mus'ab Umair, seorang pemuda yang gugur syahid di medan Uhud berjuang untuk menegakkan Islam sehingga titisan darah yang terakhir. Semoga Mus'ab dengan juga mampu untuk mengekalkan akidahnya sebagai seorang muslim sehingga akhir hayatnya. Macam tu lah lebuh kurang hikayat asal usulnya nama Mus'ab dengan ni. Dan sekarang ni, anaknya Umar dengan nak dijodohkan dengan ana. kalau ana kahwin dengan Umar Asyraf saudarai nanti semua anak ana ada nama dengan kat belakang. contohla, ana suka nama wardah, nanti kalau ada anak perempuan nama dia jadi Wardah dengan binti Umar Asyraf dengan.. hurm..... interesting..

umur: 27 tahun
umur ana sekarang 24 tahun, ana target nak kahwin lagi 3 tahun, waktu tu umur dia 30, ana 27... hurm...

pekerjaan: baru sahaja selesai program master di universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang usuluddin. Kini bekerja sementara di syarikat ayahnya, syarikat kapal. Abah kata bisnes keluarga... hurm, ambil usuluddin sampai master, tapi kerja kapal. hehe..... nasib badan...

itu saja maklumat yang ana tahu pasal 'calon menantu' pilihan abah ni. Nama, umur, pekerjaan.. yang lain?????

tapi ana dah ada pilihan ana sendiri. ana rasa pilihan ana lebih baik dari pilihan abah

MENANTU ABAH PILIHAN ULFA

Nama: Mohd Farid Radzi bin Abd Aziz
memang pure anak jati melayu berasal dari Kedah

Umur: 25
tua setahun dari ana. sebenarnya dia ni senior ana kat u

pekerjaan: doktor

'Mohd Farid Radzi.' sebaris nama yang sering di sebut di setiap lewat doa ana agar ada jodoh antara kami. nama yang sering meniti di bibir dan di doakan kesejahteraannya acap kali tangan ini berdoa menadah ke hadratNya. Telah ada janji antara kami.. janji bahawa dia akan melamar ana seusai ana sah bergelar doktor. Semuanya melalui orang tengah yang boleh dipercayai iaitu Ustaz Ghazali yang mejadi murobbi kami.

Di kampus ana aktif terlibat dalam gerakan jemaah dan program dakwah. Di situlah ana mengenali Mohd Farid Radzi, seorang amir yang sangat dikagumi kepimpinannya, kepetahannya berbicara, dan keindahan akhlaknya. semuanya bergabung menjadi satu yang terbias pada raut wajahnya. Melalui Murobbi kami Ustaz Ghazali dia merisik ana. waktu tu ana masih lagi di tahun 4 dan dia di tahun akhir pengajian. ana yakin beliaulah jodoh terbaik pilihan Allah buat ana walaupun ana belum lagi melakukan istikharah. bagaimana ana boleh terlalu yakin? ana pun tak tahu.... janjinya akan merisik datang berjumpa keluarga ana sebaik sahaja ana bergelar doktor. setelah grad, dia bekerja di Hospital Terengganu. Hospital mana ana pun tak tahu.. hubungan kami tidak pernah dikotori dengan perkara-perkara yang dilarang agama. kami tak pernah berhubung, ber'sms', bercakap di telefon apatah lagi. Hanya janji yang menguatkan ana. Janji itu yang ana masih pegang sampai sekarang. tapi, macam mana ana nak bagi tahu dan yakinkan abah yang ana dah ada pilihan sendiri dan pilihan ini lebih baik sedang Farid sendiri ana tidak tahu khabar beritanya?

hurm.. inilah konflik hidup ana yang paling besar yang ana tegah hadapi... kalau exam dulu, bolehlah bantai pilih saja mana-mana kalau dah blurr sangat. tapi ni nak pilih calon suami, semudah A B C ke?

bersambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chansusuProfil   Hantar PM kepada chansusu   Quote dan BalasQuote

hidayati_mamahafiy
Warga Rasmi
Menyertai: 27.07.2011
Ahli No: 41530
Posting: 3
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-11 00:16


bila nak sambung ni???;-)


-----------------
mama hafiy,
salam ukhwah


Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayati_mamahafiyProfil   Hantar PM kepada hidayati_mamahafiy   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-11 03:28


best cerpen ni..tak sabar nak tunggu sambungannya..


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 17-08-11 18:17


salam...

bila nak sambung?

tak sabar nak baca sambungan seterusnya...

cerita ni bestla...

:bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-08-11 23:59


salam...iyalah..syaa pun xsbar nak tau apa kesinambungan cerita ini...bla nak sambung ini...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088566 saat. Lajunya....