Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
nur_tinta: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Suami hanyalah tetamu (pendapat rakan-rakan ukhwah)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Suami hanyalah tetamu (pendapat rakan-rakan ukhwah)

Please Mendaftar To Post


Oleh Suami hanyalah tetamu (pendapat rakan-rakan ukhwah)

salabianca
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2010
Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-04-11 16:02


saya harap rakan-rakan dapat memberikan pandangan peribadi anda...


Suami hanyalah tetamu


Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga
berpunca daripada sikap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami,
sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh
menjerat diri.'' Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.


''Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka
isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu
penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa
masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri
sendiri.


''Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah
ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri
ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam
kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia
boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain
pula.


''Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan
sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika
bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan
lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia
buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.


''Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai
tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu
tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri,
akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka
datang menjengok kita ibarat tetamu.


''Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali
kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup
mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.


''Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya
jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu
kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu
dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.


''Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak
tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil
menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ''Saya reda
awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya.
Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik
daripada awak.'' Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi
kahwin, mungkin dia fikir jika saya diceraikan dia takut saya berkahwin
dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.


Kewangan


''Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya
saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi
isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan
walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit
pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen
setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.


''Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat
simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu
jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana
kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita
pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.


''Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya;
''kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.'' Puas saya
fikir apa maksud emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami
walaupun kita sayang dia.


''Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang
saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang
tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman.
Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.


''Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan
China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping
anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak.
Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan
merasa rugi kalau ceraikan saya.


''Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai
suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah
bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa
depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan
ganjaranNya.


''Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin
titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka,
berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.


''Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab,
kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum
lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh
Allah.


''Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini
sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang
kita lakukan semasa hayat kita. .


''Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari
sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih
penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami
sendiri.


''Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di
akhirat.'' Pesanan Marlisya menutup cerita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For salabiancaProfil   Hantar PM kepada salabianca   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-04-11 17:35


Pada 19-04-11 16:02 , salabianca posting:

!!! QUOTE !!!

saya harap rakan-rakan dapat memberikan pandangan peribadi anda...


Hidup ini sementara saja. Semakin hari semakin galak ALLAH tunjukkan satu persatu penyakit bumi takala dunia semakin sampai ke penghujungnya. Pendapat saya, supaya ALLAH masukkan saya dalam golongan yang dipilihNya.


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103609 saat. Lajunya....